k2 sej spm 2008

8

Click here to load reader

Upload: isharsmiaa

Post on 16-Jan-2017

63 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: K2 SEJ SPM 2008

Bahagian A

[40 markah]

1. Sistem demokrasi yang diamalkan di Athens lebih kurang 3000 tahun dahulu telah

diwarisi oleh hampir semua negara di dunia pada hari ini.

a) Apakah maksud demokrasi ?

[1 markah]

b) Nyatakan tiga ciri sistem pemerintahan demokrasi yang diamalkan di Athens.

(i)

(ii)

(iii)

[3 markah]

c) Senaraikan dua buah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi

pada hari ini.

(i)

(ii)

[2 markah]

Page 2: K2 SEJ SPM 2008

d) Sekiranya anda dilantik sebagai pemimpin di sebuah negara yang mengamalkan

sistem pemerintahan demokrasi, apakah ciri-ciri kepimpinan yang akan anda

amalkan?

(i)

(ii)

[2 markah]

e) Pada pandangan anda, apakah kebaikan sistem pemerintahan demokrasi kepada

sesebuah negara ?

(i)

(ii)

[2 markah]

2. Jadual berikut menerangkan tentang Perjanjian Hudaibiyah.

Tahun Peristiwa

628 Masihi bersamaan 6 Hijrah Perjanjian Hudaibiyah dimeterai

a) Senaraikan dua pihak yang menandatangani perjanjian tersebut.

(i)

(ii)

[2 markah]

Page 3: K2 SEJ SPM 2008

b) Nyatakan dua peristiwa ke arah termeterainya perjanjian itu.

(i)

(ii)

[2 markah]

c) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan Perjanjian Hudaibiyah kepada

perkembangan Islam ?

(i)

(ii)

(iii)

[3 markah]

d) Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada Perjanjian Hudaibiyah demi

memperkukuhkan perpaduan dan keamanan negara kita Malaysia.

(i)

(ii)

(iii)

[3 markah]

3. Pada 8 Februari 1946, Vyner Brooke telah mengisytiharkan penyerahan Sarawak kepada

British. Pengisytiharan ini menimbulkan bantahan penduduk tempatan di Sarawak.

a) Mengapakah Vyner Brooke bertindak sedemikian ?

[1 markah]

Page 4: K2 SEJ SPM 2008

b) Senaraikan dua persatuan yang menentang penyerahan Sarawak kepada British.

(i)

(ii)

[2 markah]

c) Mengapakah penduduk tempatan Sarawak menentang penyerahan itu ?

(i)

(ii)

[2 markah]

d) Bagaimanakah masyarakat tempatan menentang penyerahan tersebut ?

(i)

(ii)

(iii)

[3 markah]

Page 5: K2 SEJ SPM 2008

e) Pada pandangan anda, mengapakah penentangan tersebut gagal ?

(i)

(ii)

[2 markah]

4. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan pada tahun 1945 apabila

Liga Bangsa dibubarkan. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menyertai PBB

pada tahun 1957.

a) Apakah matlamat Piagam PBB ?

(i)

(ii)

[2 markah]

b) Bagaimanakah Malaysia menbantu PBB menyelesaikan konflik antarabangsa ?

(i)

(ii)

(iii)

[3 markah]

Page 6: K2 SEJ SPM 2008

c) Jelaskan manfaat keahlian Malaysia dalam PBB.

(i)

(ii)

(iii)

[3 markah]

d) Pada pandangan anda, adakah PBB berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai

badan pengaman dunia ?

Berikan alasan anda.

(i)

(ii)

[2 markah]

Page 7: K2 SEJ SPM 2008

Bahagian B

[60 markah]

5. Pada sekitar tahun 3500 S.M., Tamadun Mesir Purba berkembang menjadi pusat tamadun

awal dunia.

(a) Pada pandangan anda, apakah keistimewaan masyarakat Mesir Purba yang

menyumbang kepada kemunculan Mesir sebagai pusat tamadun awal dunia ?

[8 markah]

(b) Terangkan sumbangan Tamadun Mesir Purba kepada masyarakat dunia yang kekal

hingga ke hari ini. [6 markah]

(c) Kegemilangan sesuatu negara itu tidak akan dapat dinikmati oleh generasi akan

datang sekiranya masyarakat kini tidak meninggalkan warisan serta khazanah

bangsanya untuk dikagumi.

Berdasarkan pemerhatian anda, apakah pencapaian Malaysia kini yang boleh

menjadi kebanggaan generasi akan datang ? [6 markah]

6. Dari tahun 300 M. hingga 610 M., masyarakat Arab hidup pada zaman yang dikenali

sebagai Zaman Jahiliah.

(a) Mengapakah masyarakat pada zaman tersebut dikenali sebagai masyarakat Arab

Jahiliah ? [4 markah]

(b) Terangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah. [10 markah]

(c) Bagaimanakah pengamalan ciri-ciri kehidupan kehidupan masyarakat Arab Jahiliah

menghalang pembentukan masyarakat bermoral ? [6 markah]

7. Penentangan masyarakat tempatan terhadap campur tangan British bertujuan untuk

mempertahankan hak mereka daripada dicerobohi oleh kuasa luar.

(a) Huraikan tindakan penjajah British yang membawa kepada penentangan tersebut.

[6 markah]

(b) Ceritakan tentang perjuangan tokoh-tokoh berikut menentang British :

(i) Dol Said (Naning) [5 markah]

(ii) Mat Salleh (Sabah) [5 markah]

(c) Berikan empat cadangan kepada generasi muda hari ini supaya mereka menjadi

warganegara Malaysia yang berupaya mempertahankan kedaulatan negara.

[4 markah]

Page 8: K2 SEJ SPM 2008

8. Sebelum campur tangan British di Tanah Melayu, orang Melayu merupakan pengusaha

perlombongan bijih timah sejak zaman-berzaman.

(a) Jelaskan peranan pembesar Melayu dalam perusahaan perlombongan bijih timah

pada abad ke-19. [4 markah]

(b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah pembesar Melayu tidak dapat

meneruskan penguasaan mereka terhadap perusahaan perlombongan bijih timah ?

[8 markah]

(c) Apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh pembesar Melayu untuk memastikan

mereka terus menguasai perusahaan perlombongan bijih timah pada masa itu ?

[8 markah]

9. Dasar pembangunan ekonomi negara diperkenalkan untuk memenuhi keperluan ekonomi

moden yang berteraskan perindustrian.

(a) Jelaskan dasar-dasar pembangunan ekonomi berikut :

(i) Dasar Pertanian Negara (DPN) [4 markah]

(ii) Dasar Persyarikatan Malaysia [4 markah]

(iii) Dasar Penswastaan [4 markah]

(b) Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan

melalui dasar-dasar tersebut. [4 markah]

(c) Jelaskan peranan generasi muda Malaysia dalam memajukan ekonomi negara.

[4 markah]