kad imbasan
DESCRIPTION
KAD IMBASANTRANSCRIPT
Mata Pelajaran : Matematik
Kelas : 3 Ceria (27 orang)
Masa : 8.30-9.30 pagi
Tema : Nombor dan Operasi
Tajuk : Tolak dalam lingkungan 10 000
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk :
3.3 Menyelesaikan masalah tolak sebarang dua nombor
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :
3.3 (ii)
Objektif Pengajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :
Menyelesaikan masalah tolak sebarang dua nombor tanpa mengumpul
semula dan dengan mengumpul semula.
Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran:
1. Murid mendengar dan menyanyi bersama-sama lagu ‘Anaklah Ayam’. 2. Murid menyebut nombor yang terlibat dalam nyanyian dan membina ayat matematik.3. Murid membaca dan memahami teks soalan penyelesaian masalah.4. Murid dalam kumpulan 4 orang menyelesaikan soalan penyelesaian masalah.5. Murid menjawab soalan lembaran kerja secara individu.
BBM : MP3 lagu anaklah ayam, lembaran kerja, buku teks, kad imbasan, kad aktiviti dan
papan tulis.
EMK : Kreativiti dan Inovasi.
Penilaian P&P : Hasil kerja murid.
Refleksi : __ daripada 27 murid dapat menyelesaikan masalah tolak sebarang dua nombor hingga 10 000 tanpa mengumpul semula dan dengan mengumpul semula.
Lembaran kerja .
Nama:___________________________________Kelas :_____________ Tarikh :______________
Selesaikan masalah tolak yang berikut.
1. Rosli mencetak 4 855 keping poster untuk sebuah syarikat. Pekerjanya telah menghantar 1 962 keping poster kepada syarikat tersebut.Berapa kepingkah poster yang belum dihantar ?
2. Puan Nora membuat 3 560 keping biskut mentega. Dia menjual 2 955 keping biskut itu.Berapa keping biskut mentegakah yang tinggal ?
3. Terdapat 5 000 biji manik di dalam sebuah balang. 1 072 biji manik adalah manik hijau dan selebihnya adalah manik biru.Cari bilangan manik biru di dalam balang itu ?
4. Muthu ada 5 350 keping setem. Dia memberi 1 275 keping setem
kepada Amir.Berapa keping setem Muthu yang tinggal ?
Kad Imbasan :rujuk buku teks m/s 49Nama Kumpulan :______________ Tarikh :_____________
2. Pasar Raya Mega menyediakan sejumlah beg kitar semula. Sebanyak 5 407 buah beg telah dijual. Pasar raya itu masih ada 2 893 buah beg lagi. Berapakah bilangan asal beg kitar semula ?
Langkah penyelesaian:
i. Baca dan fahamii. Tulis maklumat pentingiii. Selesaikaniv. Semak jawapan