kaedah mengajar pendidikan kesihatan
TRANSCRIPT
KAEDAH MENGAJAR PENDIDIKAN KESIHATAN
SOALAN 4
Aktiviti penutup dalam pengajaran Pendidikan Kesihatan.
1. Bagi menarik perhatian pelajar terhadap apa yang baru dipelajari supaya pelajar
mendapat satu gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh.
2. Bagi mengukuhkan lagi konsep atau kemahiran yang baru dipelajari dengan
merumuskan fakta-fakta penting contohnya dengan memberi kerja bertulis.
3. Untuk mewujudkan satu perasaan pencapaian dan kejayaan dikalangan pelajar
seperti dengsn menggunakan teknik peneguhan.
4. Untuk menilai pencapaian objektif pelajaran serta aktiviti pengajaran dan
pembelajaran supaya pelajar dapat membuat modifikasi serta membaiki
pelajarannya pada masa akan datang. Sebagai contoh menggunakan aktiviti
penilaian.
5. Dapat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan konsep dan kemahiran
yang mereka baru dipelajari dengan mengadakan aktiviti-aktiviti susulan.
Sebagai guru Pendidikan Kesihatan, beberapa aktiviti dalam komponen kemahiran
penutup harus dilaksanakan. Seperti rajah di bawah.
Perkaitan kognitif
Komponen-komponen Pemahiran Penutup
Perkaitan sosial
1. Membuat rumusan.2. Mengulangi isi-isi penting.3. Menjalankan aktiviti penilaian.4. Menjalankan aktiviti susulan.5. Menjalankan aktiviti pengukuhan
1. Menimbulkan perasaan pencapaian pelajar.
2. Memberi peneguhan positif.3. Mewujudkan perasaan ingin tahu.4. Memotivasikan perasaan ingin
belajar
SOALAN 5
Set Induksi
Set induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran. Tujuan utama
utama mengadakan set induksi ini ialah untuk membina.aliran fikiran serta menimbulkan
minat pelajar-pelajar supaya mereka akan menumpukan perhatian terhadap aktiviti
pengajaran yang hendak disampaikan. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakajikan
untuk menyampaikan set induksi atau permulaan pelajaran. Di antaranya ialah dengan
menggunakan alat Bantu mengajar, motivasi, teknik menyoal, mrngulangkai topic yang
berkaitan, membimbing pelajar mengingat kembali pelajaran yang telah dipelajari dan
sebagainya.
Bagaimanapun, oleh kerana tujuan set induksi hanya digunakan untuk membina
aliran pelajar sahaja, maka peruntukan masa dalam perlaksanaan set induksi haruslah
ringkas dan singkat, biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu pelajaran.
Langkah pertama dalam pengendalian set induksi merancang satu aktiviti
pengajar yang berdasarkan komponen-komponen kemahiran set induksi, khasnya
komponen-komponen yang menarik perhatian dan mewujudkan motivasi pelajar untuk
belajar. Selain itu alat bantu mengajar harus disediakan bagi tujuan menambahkan lagi
kesan set induksi dalam aktiviti pengajaran.
Komponen-komponen kemahiran set induksi dan cara perlaksannya
Komponen-komponen kemahiran set induksi
MenstrukturMembuat perkaitan
Mewujudkan motivasi
Menarik perhatian
• Manggunakan nada suara.
• Menggunakan alat Bantu mengajar.
• Menggunakan gerakan, isyarat, kontak mata.
• Menunjukkan satu isyarat yang luar biasa.
• Membangkitkan rasa ingin tahu.
• Menggunakan teknik bercerita.
• Menunjukkan suatu aktiviti yang berguna.
• Menggunakan soalan mencabar.
• Menyatakan had tugas yang akan dijalankan.
• Mengunakan satu siri soalan yang berkaitan.
• Menyatakan cara-cara melaksanakan tugas.
• Menyatakan aktiviti, tugas atau projek.
• Mengaitkan pengetahuan lepas pelajar.
• Mengaitkan isi pelajaran baru.
• Mengaitkan isi peristiwa smasa.
• Mengaitkan minat dan pengalaman pelajar.
SOALAN 6
Kaedah pengajaran.
Kaedah pengajaran adalah satu cara untuk mendekati sesuatu objektif pelajaran
dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Kaedah pengajaran boleh
digunakan sebagai teknik mengajar apabila kaedah itu dilaksanakan dengan suatu teknik
yang sesuai. Contohnya;
1. Kaedah pengajaran secara kelas.
2. Kaedah pengajaran secara berkumpulan.
3. Kaedah pengajaran secara individu.
4. Kaedah pemudahcara.
5. Kaedah perbincangan.
6. Kaedah tunjukcara.
7. Kaedah penyelesaian masalah.
8. Kaedah simulasi.
9. Kaedah bercerita.
10. Kaedah bermain.
11. Kaedah projek.
12. Kaedah lawatan.
13. Kaedah pengajaran berpasukan.
14. Kaedah pengajaran modul.
1. Kaedah pengajaran secara kelas.
Kaedah penyampaian pengajaran guru kepada seluruh kelas. Ini bermakna guru
mengajar isi pelajaran yang sama, masa yang sama, serta memberi latihan atau kerja yang
sama kepada semua pelajar dalam kelas.
Biasanya, dalam kaedah pengajaran secara kelas ini, pelajar akan duduk mengikut
susunan meja-kerusi secara selari dan muka pelajar menghadap guru. Kaedah ini sangat
sesuai digunakan pada peringkat permulaan pengajaran (set induksi), perkembangan
konsep dan kemahiran atau membuat rumusan pada akhir pengajaran. Pada peringkat
permulaan pelajaran, pelajar duduk secara berbaris atau berkumpul di ruang pengajaran
yang biasanya terletak di hadapan kelas untuk mendengar arahan supaya menjalankan
aktiviti atau mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh guru. Pengajaran secara kelas juga
mempunyai beberapa kelebihan tersendiri seperti;
a. Menjimatkan masa dan tenaga. Iaitu dengan menjelaskan satu konsep atau
kemahiran baru, atau menghuraikan langkah-langkah penyelesaian sesuatu
masalah yang dihadapi oleh hamper semua pelajar dalam kelas.
b. Pelajar suka belajar secara beramai-ramai missalnya suka membaca, menyanyi
atau mengambil bahagian dengan berpasukan terutamanya pendidikan jasmani. Ia
juga dapat memuaskan naluri sediaada pelajar yang suka secara beramai-ramai.
c. Pelajar dapat keseronokan ketika belajar bersama-sama berbanding belajar
bersendirian.
d. Dapat memupuk minat ketahap optimum.
e. Dapat melibatkan setiap pelajar dalam kelas menyertai aktiviti pembelajaran yang
sama.
f. Pelajar dapat berusaha bersama-sama menyelesaikan masalah yang dikemukakan
oleh guru. Semangat kerjasama juga dapat dipupuk dengan baik.
g. Dapat melatih pelajar yang lemah atau lambat mencontohi rakan-rakan yang
cerdas.
h. Memberi kesempatan kepada pelajar mempunyai sifat bertanding di antara satu
sama lain. Dengan pertandingan yang positif, pelajar akan dapat meningkatkan
prestasi mereka.
2. Kaedah Pengajaran Secara Berkumpulan
Kaedah ini adalah berdasarkan kebolehan pelajar. Di bawah aktiviti pembelajaran
secara berkumpulan pelajar akan dapat mengusai kemahiran tertentu mengikut kadar
pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan pelajar.
Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, kaedah pengajaran secara berkumpulan
boleh dilaksanakan dalam dua cara. Iaitu membahagikan pelajar mengikut kebolehan dan
membahagikan pelajar dalam kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan dan
kecenderungan. Contohnya;
a. Kumpulan mengikut kebolehan
Kumpulan ini dibentuk adalah berdasarkan rasional bahawa terdapat perbezaan
kebolehan dalam penguasaan kemahiran dikalangan pelajar sesebuah kelas. Di
samping itu, guru juga dapat merancang aktiviti secara berperingkat, megikut
kebolehan mereka.
b. Kumpulan pelbagai kebolehan
Kumpulan pelbagai kebolehan pula dibentuk dengan membahagikan pelajar kepada
beberapa kumpulan di mana pada setiap kumpulan terdapat pelajar yang cerdas,
sederhana dan lambat. Pengumpulan jenis ini sangat sesuai bagi menjalankan aktiviti
pembelajaran seperti permainan, simulasi, perbincangan, ujikaji, projek dan aktiviti-
aktiviti yang memerlukan bimbingan daripada pelajar-pelajar cerdas.
Aktiviti membaca secara berperingkat
Kumpulan cerdas
Diberikan bahan membaca yang mencabar
Kumpulan sederhana
Diberikan bahan membaca yang biasa
Kumpulan lambat
Diberikan bahan membaca yang mudah
Kumpulan AStesen PSituasi 1
Kumpulan DStesen SSituasi 4
Kumpulan CStesen RSituasi 3
Kumpulan BStesen QSituasi 2
3. Kaedah Pengajaran Secara Individu
Sejenis kaedah pengajaran yang berlaku di antara seorang guru dan seorang
pelajar. Kaedah dilakukan adalah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan dalam
pengajaran secara kelas. Pelajar dalam setiap kelas lazimnya mempunyai kebolehan dan
prestasi yang berbeza-beza yang mana penggunaan kaedah kelas akan membawa faedah
kepada sebilangan kecil pelajar sahaja. Oleh yang demikian, pengajaran secara individu
dirancang berdasarkan kepada kebolehan dan prestasi individu. Ini akan dapat membantu
setiap pelajar belajar mengikut kebolehan dan prestasi mereka sendiri. Oleh itu, mereka
akan dapat mengembangkan potensi mereka dari segi intelik, rohani, social dan jasmani
secara menyeluruh dan seimbang. Untuk mencapai kaedah pengajaran individu ini,
seorang guru harus menggunakan teknik yang sesuai dan berkesan. Pemilihan teknik juga
menjurus kepada pemahaman guru terhadap kebolehan dan potensi setiap pelajarnya.
Teknik yang sipilih juga mestilah sesuai dengan masa dan keadaan semasa.
Untuk mendapatkah hasil yang berkesan, aktiviti pengajaran individu hendaklah
dirancang dengan teliti. Beberapa faktor harus diambil kira;
Faktor-faktor pengajaran
secara individu
• Kebolehan dan pengalaman sedia ada pelajar.
• Punca masalah pelajar
• Strategi dan teknik mengajar
• Isi pelajaran dan alat bantu mengajar
• Langkah-langkah yang mudah diikuti oleh pelajar
• Masa dan tempat pengajaran
• Aktiviti pengukuhan dan penilaian
• Aktiviti pembelajaran pelajar lain.
4. Kaedah Pengajaran Cara Bermain
Kaedah pengajaran cara bermain merupakan suatu kaedah dan teknik yang
memberi peluang pelajar melakukan aktiviti berpura-pura dalam keadaan terkawal. Ia
juga mampu mengembangkan potensi intelek, jasmani, rohani dan sosial serta dapat
mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dipelajari.
“Saya sendiri mendapati sesuatu permainan bahasa yang baik merupakan
cara yang sangat berkesan untuk menghilangkan kebosanan membuat latihan
congak di bilik darjah, kerana ia membawa keseronokan dan mengurangkan
ketegangan”
Julia Dobson, (1970). Try one of my games.
Cara perlaksanaan
• Selepas pengajaran secara kelas atau kumpulan. ( aktiviti pemulihan)
• Semasa kelas membuat kerja sendiri.
• Membantu pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran semasa pengajaran secara kelas.
• Membantu pelajar mengatasi kelemahan supaya mencapai peringkat yang setaraf dengan pelajar lain
• Pengajaran Terancang atau Pukal Pembelajaran Sendiri (Rancangan Dalton dan Winnetka)
• Pelajar diberi bahan mengikut kebolehan dan kecenderungan.
• Pelajar belajar sendiri.• Guru sebagai perancang, fasilitator,
pembimbing dan penilai.• Pelajar yang bermasalah boleh
merujuk pada pembimbing.
Kaedah ini lazimnya dijalankan untuk aktiviti pengukuhan, pengayaan serta
pemulihan. Kaedah bermain ini juga adalah gabungan beberapa kaedah lain seperti
kaedah simulasi, main peranan dan sosiodrama, penyelesaian masalah dan tunjuk cara
(demonstrasi). Terdapat beberapa contoh aktiviti permain dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan kesihatan seperti permainan bahasa, teka-teki, silangkata, dan
demonstrasi. Kebanyakan aktiviti permainan dilakukan dalam berkumpulan.
Langkah melaksanakan aktiviti permainan-Jill Hadfield (1984)
Demonstrasi
Guru menerangkan cara barmain
Demonstrasi
Semua pelajar jalankan aktiviti dalam kumpulan masing-masing
Wakil pelajar dari kumpulan tunjuk cara berdasarkan apa yang dilihat.(seorang / kumpulan)
Bimbingan guru dari kumpulan ke kumpulan lain.
Rumusan oleh guru, pelajar tentang aktiviti permainan.