kaedah penyelidikan

51
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH GRS 3023

Upload: wanhishamudin

Post on 20-Jul-2015

2.536 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah penyelidikan

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

GRS 3023

Page 2: Kaedah penyelidikan

Dr. Wan Hishamudin Wan Jusoh

019 9360135

[email protected]

Page 3: Kaedah penyelidikan

Pengenalan kepada natural

Penyelidikan fokus kanak-kanak sekolah

rendah.

Penyelidikan sebagai alat dalam

pendidikan.

Etika dalam penyelidikan berhubung

dengan kanak-kanak sekolah rendah

Design penyelidikan dalam pendidikan

sekolah rendah

Page 4: Kaedah penyelidikan

Penyelidikan kuantitatif

Penyelidikan Kualitatif

Hubungan teori dengan masalah kajian

Persampelan

Kajian literature

Paradigma, metod dan kaedah kajian

Analisis data

Dapatan kajian

Perbincangan

Menghasilkan proposal kajian

Page 5: Kaedah penyelidikan

Proses sistematik pengumpulan dan analisa maklumat

untuk mendapatkan jawapan terhadap sesuatu persoalan

Page 6: Kaedah penyelidikan

Menambahkan pengetahuan sedia ada

Penambahbaikan amalan sedia ada

Memberi maklumat untuk penggubalan

dasar

Page 7: Kaedah penyelidikan

Bagaimana nak buat ???

Page 8: Kaedah penyelidikan

Rangka perancangan yang dilakukan oleh penyelidik

sebelum penyelidikan sebenar dijalankan

Proposal terbuka kepada pembetulan dan kritikan

bagi memantapkan penyelidikan

Proposal tidak terhad kepada penulisan akademik

seperti projek ilmiah, latihan ilmiah, disertasi atau tesis

tetapi juga digunakan dalam penyediaan

mendapatkan geran penyelidikan daripada institusi

berkaitan

Page 9: Kaedah penyelidikan

o Menjadi panduan kepada penyelidik untuk mengenal

pasti masalah, metodologi, objektif dan jangkaan hasil

penyelidikannya

o Memberi laluan kepada penyelia mengemukakan

cadangan dan bimbingan terhadap perancangan

penyelidikan oleh penyelidik di bawah seliaannya

o Berfungsi sebagai buku perjanjian antara penyelidik dan

penyelia supaya dapat bekerjasama merancang sebuah

penyelidikan yang baik dan memastikan objektif kajian

dicadangkan berhasil

Page 10: Kaedah penyelidikan

1. Tajuk

2. Pengenalan

3. Latarbelakang masalah / permasalahan kajian

4. Kenyataan masalah

5. Objektif / Hipotesis

6. Persoalan kajian

7. Definisi konsep, istilah

8. Kepentingan kajian

9. Kajian lampau / Sorotan Literatur

10. Metod, persempelan, analisis, jangka masa, kekangan.

11. Rujukan asas

12. Anggaran perbelanjaan

13. Jadual cadangan operasi dalam bentuk ‘Gantt Chart’

Page 11: Kaedah penyelidikan

Biasanya penyelidik bermula dengan perkara yang sangat besar atau idea yang kurang sempurna: Contoh: Apakah kaedah pengajaran yang paling

berkesan?

Komen: Terdapat pelbagai kaedah dan sukar menentukan paling berkesan? Berkesan kepada semua aspek? Aspek apa?

Perkara kedua ialah kepentingan kajian kepada penyelidik sendiri. Contoh: Kajian kesesakan lalu lintas dikatakan

mempunyai faedah terhadap kepenggunaan kereta bagi seorang guru.

Kajian mengenai kemalangan jalan raya dalam kalangan bas sekolah mungkin mempunyai kepentingan khusus untuk guru.

Page 12: Kaedah penyelidikan

Boleh dikaji

Contoh: Pendidikan dalam kalangan banduan di

penjara Marang.

Persekolahan dalam kalangan banduan juvana

penjara Marang mungkin boleh dilaksanakan.

Mahukah anda menemui banduan dipenjara

untuk melengkapkan kajian?

Praktikal

o Dengan masa, kos, logistik, kemampuan,

kemudahan?

Page 13: Kaedah penyelidikan

Bidang – Disiplin pelajar

Fokus – Ponteng / Couple / Vandalisme

Sumber – Data dan maklumat

Page 14: Kaedah penyelidikan

Populasi - Sekolah Menengah, Rendah

Sekolah mana? Sekolah menengah agama atau

sekolah menengah biasa?

Pelajar Lelaki / wanita?

Negeri? Daerah? Sekolah tertentu? Mengapa

perlu dikaji?

Page 15: Kaedah penyelidikan

Kaitan pelajar yang bermasalah dengan prestasi

akademik?

Apakah langkah-langkah untuk mengatasi

masalah ini?

Setakat manakah berkesannya langkah

tersebut?

Page 16: Kaedah penyelidikan

Satu Kajian Terhadap Salah

Laku Dalam Kalangan Pelajar

Tingkatan 2 Sekolah Menengah

Agama Khairiah, Kuala Terengganu.

Kes Salah Laku Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan

Dua Sekolah Menengah Agama

Khairiah, Kuala Terengganu: Satu Kajian Mengenai

Kesannya Terhadap Prestasi

Akademik.

Page 17: Kaedah penyelidikan

Kajian Terhadap Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah

Agama Khairiah, Kuala Terengganu.

Kajian Mengenai Kes Salah Laku Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan

Dua Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu Dan Implakasinya Terhadap Prestasi

Akademik.

Page 18: Kaedah penyelidikan

Buat pencarian sumber untuk meneliti pelbagai aspek

yang berkaitan dengan tajuk kajian.

Adakah tajuk tersebut telah dikaji oleh penyelidik

sebelum ini. Apakah aspek yang dikaji? Setakat

mana penemuannya. Adakah penemuan tersebut

masih mempunyai keesahan kerana peredaran masa?

Apakah kaedah yang mereka gunakan?

Jika terbukti anda mempunyai banyak bahan

sokongan, ia akan membantu anda membuat

keputusan mengenai tajuk yang dipilih. Jika aspek

yang dipilih tidak pernah dikaji, anda mungkin tidak

mempunyai panduan langsung dan ini akan

menyukarkan kerja anda.

Page 19: Kaedah penyelidikan

Kenalpasti Penyelia yang akan membimbing

anda menyiapkan kajian sesuai dengan bidang

kepakaran mereka.

Buat draf struktur kajian anda untuk

perbincangan.

Persetujuan penyelia mempastikan anda

berada pada landasan yang betul.

Page 20: Kaedah penyelidikan

ITEM DALAM PROPOSAL KAJIAN

Page 21: Kaedah penyelidikan

Pengenalan yang baik akan membantu pembaca

mengetahui apakah yang dilakukan oleh penyelidik

dan mengapa?

Menerangkan secara umum dan global tentang semua

aspek kajian seperti anda memperkenalkan diri anda

kepada seorang yang baru dikenali.

Memperkenalkan permasalahan / idea kajian.

Menerangkan secara keseluruhan tentang kajian:

Mengapa memilih tajuk ini?

Implikasi dari segi teori dengan kajian lepas? Apakah

tujuan atau konsep utama yang ingin diuji?

Page 22: Kaedah penyelidikan

Perkara yang paling sukar bagi sesetengah orang.

Penyelidik mesti mempunyai masalah yang hendak

dikaji: tanpanya rasional melaksanakan penyelidikan

tidak ketara dan penyelidikan menjadi tidak penting.

Masalah ialah apa yang ingin dikaji oleh penyelidik.

Menyatakan kedudukan semasa sesuatu perkara

yang akan dikaji sehingga memerlukan kajian.

Keadaan yang berlaku sebenarnya berkaitan

masalah masa kini.

Ramalan tentang akibat keadaan atau masalah

masa kini.

Catatan terkini dan mempunyai sumber

Page 23: Kaedah penyelidikan

1. Persoalan

Ada masalah: jurang – yang patut

berlaku vs. yang sebenarnya

berlaku

Timbul tanda tanya

Dirasai – perlu penyelesaian

Perlu jawapan

Page 24: Kaedah penyelidikan

2. Hakikat masalah

• Kebenaran isu? Sahih / tidak?

• Kedudukan isu: penting / tidak?

• Berat / ringan? Kritikal / tidak?

• Siapa yang menghadapi? Awam/individu?

• Di mana berlaku?

• Perlu “re-search” / tidak?

• Ada manfaat / tidak?

Page 25: Kaedah penyelidikan

3. Masalah yang dikenal pasti

Siapa telah kaji?

Kaedah apa?

Apa hasilnya? Faedahnya?

Perlu kajian lanjut?

Boleh laksana/tidak?

Page 26: Kaedah penyelidikan

Masalah kajian merupakan suatu kesulitan atau kebuntuanyang menggerakkan penyelidik memecahkannya

Masalah kajian menjadi rangsangan intelektual yang memerlukan gerak balas dalam bentuk saintifik untukdirealisasikan

Masalah yang dikemukan dapat menyatakan hubunganantara dua atau lebih pemboleh ubah

Masalah kajian perlulah dinyatakan dengan jelas dan tidakkabur. Ia boleh dinyatakan dalam bentuk pertanyaanyang boleh diuji secara empirikal

Page 27: Kaedah penyelidikan

Mengemukakan pengenalan kepada

permasalahan kajian

Mengketengahkan latar sejarah permasalahan

kajian

Mengaitkan permasalahan kajian dengan isu-isu

kontemporari berdasarkan data atau maklumat

literatur

Menegaskan kepentingan permasalahan kajian

untuk dikaji

Page 28: Kaedah penyelidikan

Pola menunjukkan kaunseling tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Dengan itu penyelidik ingin menyelidik persepsi pelajar tentang kaunseling di sekolah-sekolah menengah di Daerah Kuala Terengganu.

Amali sangat penting kepada pembelajaran Sains kerana ia menggalakkan pelajar berfikir secara seorang saintis. Sekiranya tidak, pelajar mungkin bosan belajar sains dan dengan itu ramai yang tidak akan memilih bidang Sains. Oleh itu penyelidik ingin menyelidik sama ada amali Sains diberi kepentingan oleh guru dalam pengajaran mereka

Page 29: Kaedah penyelidikan

Adalah matlamat khusus yang mengandungi

lebih daripada satu tujuan

Tujuan objektif kajian adalah untuk mengenalpasti

maksud yang tersurat dan kepentingan sesebuah

kajian dicadangkan. Objektif kajian hendaklah

berdasarkan prinsip ‘V’.

Page 30: Kaedah penyelidikan

Untuk mengenalpasti (to identify)

Untuk mencari hubungan (to correlate)

Untuk mengukur (to measure)

Untuk mengkaji (to examine)

Untuk menjelaskan (to clarify, illustrate)

Untuk menganalisa (to analyze)

Untuk menilai (to evaluate)

Untuk membandingkan (to compare)

Untuk menentukan (to determine)

Untuk membuktikan (to prove)

Untuk mencadangkan (to propose)

Page 31: Kaedah penyelidikan

Objektif menentukan hala tuju kajian.

Kejayaan atau kegagalan kita melaksanakan sesuatu tugas berasaskan kejayaan atau kegagalan kita mencapai objektif.

Di akhir kajian anda pelu merujuk kembali kepada objektif bagi menentukan sama ada kajian telah dilaksanakan dengan jayanya.

Objektif hendaklah berkaitan dengan pernyataan masalah.

Senaraikan objektif: › jangan terlalu banyak sehingga menyukarkan peneyelidikan:

banyak objektif, banyak data dikutip

Objektif hendaklah lengkap, ringkas dan khusus.

Boleh dan selalunya dinyatakan dalam bentuk persoalan atau pernyataan.

Soalan mestilah jelas dan khusus bagi mendapatkan jawapan yang konklusif:

Page 32: Kaedah penyelidikan

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif yang berikut:

Untuk meninjau persepsi pelajar di sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu terhadap khidmat kaunseling.

Apakah bentuk salah laku di kalangan pelajar mengikut jantina.

Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak tertentu untuk menangani masalah salah laku pelajar.

Apakah kesan masalah salah laku dikalangan pelajar terhadap prestasi akademik mereka.

Page 33: Kaedah penyelidikan

i. Adakah persekolahan agama menyebabkanseseorang itu menjadi radikal?

Bagaimana menerangkan tahap radikal: perlukriteria

Sukar mendapatkan sampel. Siapa yang bolehdianggap radikal dan siapa yang sanggup jadiresponden.

ii. Sejauhmanakah keberkesanan perpustakaan dalammembantu proses pembelajaran.

Keberkesanan dari segi apa? Bagimana hendakdiukur?

Proses pembelajaran – pembelajaran apa? Dalamkalangan siapa?

Page 34: Kaedah penyelidikan

iii. Adakah hukuman rotan dapat meningkatkan tahap disiplin

Masalah tahap disiplin: apa kriteria?

Tiada sampel

Skop terlalu luas.

Hasil penyelidikan menyatakan tahap boleh dibaiki melalui peneguhan dan bukan hukuman.

Oleh itu: Sekolah yang melaksanakan hukuman merotan dapat mengurangkan bilangan pelajar yang melanggar peraturan sekolah.

Page 35: Kaedah penyelidikan

Menerangkan secara terperinci dan khusus

tentang masalah kajian.

Satu huraian tentang apakah sebenarnya

masalah yang hendak dikaji.

Merujuk kepada persoalan spesifik yang

dikaji dan merupakan inti kepada

pengukuran dan pemilihan alat untuk

kajian.

Dinyatakan dengan menggunakan dua

pemboleh ubah.

Page 36: Kaedah penyelidikan

Sah atau tidak sah cerai melaui SMS?

Bagaimana mengawalnya?

Bolehkah penguatkuasaan undang-undang mengawal keadaan ini?

Adakah terdapat perbezaan antara keperluan pelajar dengan kekerapan mereka mendapatkan khidmat kaunseling? Apakah terdapat kaitan di antara mutu kaunseling dengan kelulusan kaunselor?

Adakah perlaksanaan amali sains memenuhi kehendak pelajar?

Adakah sekolah mempunyai alat yang mencukupi untuk melaksanakan amali?

Page 37: Kaedah penyelidikan

Terangkan segala istilah atau konsep berdasarkan sumber rujukan (kamus, ensaiklopedia) atau pendapat pakar.

Mesti jelas dan merangkumi semua pendapat serta berpaut kepada sumber yang berautoriti.

Kaunseling

Amali sains

Page 38: Kaedah penyelidikan

Garis kemiskinan adalah paras pendapatanminimum yang sangat diperlukan untuk sara diriyang mencukupi. Pemahamam lazim mengenaigaris kemiskinan adalah ia tinggi di negara majuberbanding di negara membangun.

Ponteng adalah istilah yang digunakan bagimerujuk kepada apa jua kegagalan menghadirikelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yangmunasabah. Menurut Kamus Dewan, pontengdidefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawabatau tugas tanpa kebenaran.

Page 39: Kaedah penyelidikan

Penyelidik haruslah mengakui bahawa bukan semua masalah boleh dikaji dan diselesaikan dalam satu kajian sahaja. Oleh itu pengkaji perlu menyatakan had atau batasan kajian untuk pembaca.

Batasan meliputi:

Batasan instrumen, kaedah, masa, kewangan. Nyatakan sebarang masalah yang mungkin dihadapi.

Had kajian: tentu tidak boleh kaji semua perkara.

Keputusan kajian pun tidak boleh memberi penyelesaian kepada semua.

Kajian di UniSZA sahaja dan terbatas di UniSZAsahaja dan tidak boleh digunakan untuk menerangkan fenomina ditempat yang lain.

Page 40: Kaedah penyelidikan

Mengapa penyelidik ingin melaksanakan kajian

tersebut?

Nyatakan rasional dan kepentingan kajian dengan

merujuk kepada semua pihak yang berminat

kepada keputusan kajian samada individu, institusi

atau masyarakat.

Jika tidak ada kepentingan, sia-sialah kajian anda.

Tulis menggunakan perenggan.

Page 41: Kaedah penyelidikan

Apakah landasan bagi teori yang digunakan

Penyataan fakta, teori, pendapat, penilaian dan laporan kajian berkaitan dengan tajuk yang dipilih berdasarkan sumber asli.

Perlu baca banyak artikel, buku. Sebaik-baiknya yang terkini.

Bermula dengan peta konsep bagi mencatatkan aliran idea yang ingin disoroti.

Cari bahan sebanyak-banyaknya di perpustakaan atau bertanya cadangan penyelia.

Sorotan terbaik adalah dari sumber asal. Mungkin anda bertemu dengan ulasan orang lain, tetapi perlu cari sumber asal. Elak daripada menyorot sumber kedua.

Catatan sangat penting: gunakan kad indeks.

Susunan idea sangat penting.

Cari sumber dari buku akademik, artikel atau majalah, kertas kerja. Elak rujuk tulisan berbentuk pendapat tanpa rujukan.

Page 42: Kaedah penyelidikan

Kualittatif: rasional

Lokasi kajian

Nyatakan tempat atau institusi serta rasionalnya.

Reka bentuk kajian:

Bagaimana mengutip data kajian. Mungkin menggunakan kaedah:

Tinjauan, pemerhatian, ujian dan temu bual, analisis dokumen, fotografi dll, rakaman.

Tinjauan- gunakan soal selidik.

Pemerhatian – temu bual perlukan penyelidik terlatih.

Samada tinjauan, temu bual dan nyatakan rasionalnya merujuk kepada objektif kajian.

Page 43: Kaedah penyelidikan

Matlamat umum sesebuah kajian

Merujuk kepada tajuk kajian yang

hendak dijalankan

Page 44: Kaedah penyelidikan

Tujuan untuk menghadkan bidang kajian supaya tidak terlalu luas

Mengelakkan penilai atau pembaca mempersoalkan kenapa tidak dimasukkan bidang atau lokasi tertentu sedangkan menurut pandangan mereka relevan dengan kajian

Page 45: Kaedah penyelidikan

1. Batasan masa

2. Batasan bidang kajian

3. Batasan lokasi kajian

Page 46: Kaedah penyelidikan

Adalah sejumlah perkataan yang dipilih oleh penyelidik

untuk diberikan huraian supaya tidak mengelirukan

pembaca yang berkemungkinan mempunyai maksud lain

seperti yang dipersepsikan oleh penyelidik

Definisi operasional BUKAN definisi tajuk

Perkataan yang dipilih hendaklah diberikan definisi sesuai

dengan maksud penyelidik berdasarkan pendapat pakar

bidang atau literatur berkaitan penyelidikannya

Page 47: Kaedah penyelidikan

Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data

atau menganalisa data

Penting bagi melihat kaedah yang dirangka boleh

mencapai objektif yang dicadangkan

Page 48: Kaedah penyelidikan

1. Jenis kajian- sama ada kajian pensejarahan, deskriptif,

eksperimen, kajian lapangan atau kajian

perpustakaan

2. Persampelan-persampelan mudah, persampelan

kuota etc, jumlah sampel dan kawasan sampel

3. Instrumen kajian-sama ada borang soal selidik,

temubual atau pemerhatian

4. Kaedah analisis data - menggunakan kajian

perbandingan, analisis kandungan dan sebagainya

Page 49: Kaedah penyelidikan

Rujukan –bahan yang HANYA dirujuk khusus

dalam penyeldikan

Bibliografi-bahan yang DIRUJUK ATAU TIDAK

tetapi mempunyai berkaitan dengan kajian

Page 50: Kaedah penyelidikan

Penyataan berhubung masa yang diambil untuk

setiap tahap kerja dalam melaksanakan kajian.

Penyediaan cadangan penyelidikan

Tinjauan awal

Pengumpulan data

Analisis data

Menyedia laporan

Menyerah laporan

Page 51: Kaedah penyelidikan

Penyataan berhubung jumlah perbelanjaan yang

terlibat.

Pembelian peralatan

Pengakutan

Penginapan

Bayaran kepada pembantu penyelidik

Upah; analisis data, menaip laporan dll.

Bayaran saguhati/hadiah