kaji selidik quran

61
BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Al-Quran merupakan elemen penting dalam kehidupan umat islam. Pendidikan al-Quran bermatlamat untuk membina masyarakat yang bertaqwa, masyarakat yang adil berasaskan kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan dan masyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak zalim, tidak sombong dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan al-Quran (Ahmad Mohd. Salleh, 1997:15). Matlamat utama pendidikan al-Quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah dalam masyarakat yang dilanda arus globalisasi, pembelajaran al- Quran serta hafazan mampu menjadi pemangkin ke arah membentuk minda islamik yang bakal melahirkan generasi yang hafiz, alim, dai’e dan profesional seterusnya memenuhi matlamat pendidikan al-Quran. 1

Upload: aur-cmr

Post on 12-Aug-2015

311 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaji Selidik Quran

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Al-Quran merupakan elemen penting dalam kehidupan umat islam. Pendidikan al-Quran

bermatlamat untuk membina masyarakat yang bertaqwa, masyarakat yang adil

berasaskan kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan dan masyarakat yang bertolak

ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak zalim, tidak sombong dan

masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan al-Quran (Ahmad Mohd. Salleh,

1997:15). Matlamat utama pendidikan al-Quran ialah mendidik manusia supaya

mengabdikan diri kepada Allah dalam masyarakat yang dilanda arus globalisasi,

pembelajaran al-Quran serta hafazan mampu menjadi pemangkin ke arah membentuk

minda islamik yang bakal melahirkan generasi yang hafiz, alim, dai’e dan profesional

seterusnya memenuhi matlamat pendidikan al-Quran.

Menurut Yusuf Ahmad, Kalimah al-Quran adalah berasal dari perkataan bahasa

Arab. Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kalimah al-Quran berasal dari kata

perbuatan ‘Qara’a’ yang bererti baca. Yusuf Ahmad dalam majalah Dakwah keluaran

Januari (1994:10) menyatakan bahawa al-Quran yang diturunkan melalui Malaikat Jibril

merupakan petunjuk dan hidayah bagi manusia. Al-Quran dikatakan mukjizat ruhi atau

aqli kerana ia akan terus berkekalan hingga akhir zaman untuk dibaca dan diamalkan

walaupun Rasulullulah s.a.w. telah wafat.

1

Page 2: Kaji Selidik Quran

Dalam pengertian masa kini Mazlene Zain (199:15-16) menyatakan dalam

majalah dakwah keluaran Januari bahawa, al-Quran bukan sekadar kitab yang perlu

dibaca, tetapi menjadi tugas kita untuk menjadikannya sumber amalan yang dihayati

bersama. Jalinan antara pembacaan, penelitian dan penghayatan merupakan wadah

pembentukan generasi al-Quran. Perkembangan teknologi maklumat serta penerokaan

dunia tanpa sempadan lebih-lebih lagi menuntut pembentukan generasi al-Quran agar

tetap teguh dalam landasan islam. Unsur rohani dan jasmani yang mantap membolehkan

seseorang mengurus dan menangani kemajuan dunia kini selaras tuntutan Allah.

1.2 Latar Belakang Kajian

Hukum tajwid pada bahasa ialah memperelokan dan menghalusi sesuatu. Pada istilahnya

ialah suatu ilmu yang membahaskan kalimah-kalimah al-Quran dari segi menunaikan

hak tiap-tiap huruf dan mengelokkan sebutan huruf serta sifat huruf sama ada yang asli

ataupun yang mendatang. Tujuan mempelajarinya ialah memelihara lidah dari

melakukan kesalahan ketika membaca al-Quran. Hukum mempelajarinya ialah fardhu

kifayah dan hukum beramal dengannya ialah fardhu ain ke atas orang-orang islam yang

mukallaf dan berdosa serta dilaknat sesiapa yang membaca al-Quran tanpa memelihara

hukum tajwid.

Faedah mempelajari hukum tajwid adalah untuk mendapat kejayaan dan

kebahagiaan serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah s.w.t di dunia hingga akhirat.

Hukum tajwid merupakan semulia-mulia ilmu kerana berkait rapat dengan kitab Allah

al-Quran Al-Karim, berdasarkan sepotong hadith Rasulullah s.a.w. :

2

Page 3: Kaji Selidik Quran

خير : : وسلم عليه الله رسول قال قال عنه الله رضى عفان بن عثمان عن

. وعلمه القرءان تعلم من كم

البخارى ) ( رواه

Bermaksud : Daripada ‘Uthman bin ‘Affan (r.a) berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan

mengajarkannya.

Firman Allah s.w.t:

Bermaksud : “Bacalah al-Quran itu dengan secara tartil.”

(Surah Al-Muzammil ayat 4)

Tartil ialah ialah bacaan lambat dan tenang serta melafazkan setiap huruf dari

makhrajnya yang betul dan memenuhi hak sifat asli dan sifat mendatang pada huruf

yang berkenaan dan memelihara segala hukum tajwid serta merenungnya. Masalah yang

dibincangakan dalam ilmu tajwid ialah mengenai kaedah-kaedah dan cara-cara

bacaannya secara keseluruhan yang memberi pengertian hukum-hukum cabangan dan

bermatlamat memelihara lidah daripada kesalahan ketika membaca ayat-ayat suci al-

Quran .

Maka adalah menjadi satu tanggunjawab kepada semua pelajar islam di sekolah

rendah lagi mengetahui dan memahami hukum tajwid dengan baik bagi memastikan

bacaan al-Quran mereka lancar dalam menyebut kalimah-kalimah di dalam al-Quran.

1.3 Penyataan Masalah

3

Page 4: Kaji Selidik Quran

Hukum Nun Sakinah dan Tanwin antara hukum tajwid yang banyak mempengaruhi

mutu pembacaan. Penelitian pengkaji berkaitan masalah ini dapat dikesan apabila

program tasmik dijalankan didapati murid tidak mengenal tanda-tanda beserta huruf bagi

hukum bacaan tersebut. Justeru bacaan mereka sumbang tanpa bunyi hukum tajwid yang

betul. Peperiksaan juga gagal dijawab dengan betul berikutan tiada penguasaan aspek

Nun Sakinah dan Tanwin.

Justeru menjadi salah satu agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat Panitia

Pendidikan Islam iaitu pelajar tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan

hukum tajwid semasa peperiksaan manakala dalam ujian bacaan al-Quran pula murid

tidak dapat menguasai, mengenal hukum tajwid dalam ayat-ayat al- Quran yang dibaca.

Apa yang jelas didapati murid-murid masih lemah dalam menjawab soalan berkaitan

hukum tajwid.

Berdasarkan masalah di atas maka pengkaji ingin menyelidiki secara terperinci

apakah tahap penguasaan murid ini dalam hukum tajwid Nun Sakinah dan Tanwin yang

mereka telah pelajari . Kajian yang dijalankan hanya kepada mengenal hukum Nun

Sakinah dan Tanwin dalam kalangan murid-murid Tahun 5 sahaja. Kajian yang dibuat

hanya tertumpu kepada lebih kurang 40 orang murid sahaja iaitu 20 orang murid Tahun

5 Cerdik dan 20 orang murid Tahun 5 Bijak.

Melalui tinjauan awal dengan cara pemerhatian yang dilakukan semasa

pengajaran dan latihan yang diberikan kepada semua Tahun 5 Cerdik dan Bijak, di

4

Page 5: Kaji Selidik Quran

dapati pemahaman mereka dalam mengenal hukum Nun Sakinah dan Tanwin tidak

memuaskan malahan mereka tidak dapat mengenal dan mengingat huruf-huruf yang

bertemu dengan Nun sakinah dan Tanwin apatah lagi untuk menyatakan apakah hukum-

hukum bacaan tersebut sama ada Ikhfa’, Idgham, Iqlab dan Izhar.

Kajian ini juga dilakukan untuk mengetahui tahap penguasaan hukum Nun

Sakinah dan Tanwin di dalam ayat al-Quran. Justeru langkah terbaik perlu dirancang

bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan sehinggalah mereka belajar di

sekolah menengah seterusnya hingga ke alam dewasa. Mereka mungkin boleh membaca

al-Quran tetapi tidak dapat mengenal dengan baik hukum tajwid daripada ayat-ayat yang

di baca. Ini telah diperhatikan sendiri oleh pengkaji apabila berada dikalangan ibu-ibu

yang berada di sekitar tempat tinggal pengkaji. Tindakan yang diambil iaitu dengan

memanggil guru tajwid untuk mengajar ibu-ibu yang berminat mendalami dan

memperbaiki bacaan al-Quran mereka. Pengkaji mengandaikan sekiranya guru-guru

Pendidikan Islam tidak dapat mengatasi masalah mengenal dan memahami hukum

tajwid dalam kalangan pelajar, masalah akan bertambah rumit pada masa akan datang.

Tambahan pula golongan remaja sekarang yang dipaparkan dengan pelbagai hiburan

memberi kesan kepada mereka kurang berminat untuk membaca al-Quran apatah lagi

untuk mendalami ilmu tajwid dalam al-Quran .

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Kenal pasti tahap pengguasaan hukum tajwid Nun Sakinah dan Tanwin dalam

5

Page 6: Kaji Selidik Quran

kalangan murid-murid islam dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.4.2 Kenal pasti hubungan antara minat dengan penguasaan hukum tajwid

mempengaruhi bacaan al Quran.

1.4.3 Mengesan faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehan penguasaan pelajar

terhadap hukum tajwid.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut :

1.5.1 Apakah tahap penguasaan murid-murid dalam hukum Nun Sakinah dan

Tanwin.

1.5.2 Adakah terdapat hubungan antara minat dengan penguasaan hukum tajwid.

1.5.3 Adakah terdapat faktor yang mempengaruhi wujudnya perbezaan tahap

penguasaan hukum tajwid dalam ayat-ayat al-Quran dalam kalangan murid-

murid daripada aspek jantina, tempat belajar, tahap pembelajaran al-Quran,

tempat tinggal dan lain-lain.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini perlu dijalankan memandangkan tahap penguasaan dan pemahaman pelajar

Tahun 5 berkaitan hukum tajwid Nun Sakinah dan Tanwin secara umumnya masih

lemah. Kajian ini bertujuan untuk mengesan tahap sebenar permasalahan ini berlaku dan

apakah cara terbaik untuk mengelakkannya daripada berpanjangan. Sekiranya

kelemahan penguasaan dan pemahaman hukum tajwid dalam pembacaan al-Quran

dikalangan murid-murid islam (Nun Sakinah dan Tanwin) tidak diambil berat oleh

6

Page 7: Kaji Selidik Quran

segenap lapisan masyarakat dikhuatiri pada masa akan datang tidak akan ada generasi

kita yang boleh membaca al-Quran dengan baik dan lancar mengikut hukum tajwid

yang betul dan fasih. Ia amat penting sekali di dalam kehidupan seorang muslim kerana

ia mempengaruhi ibadah seseorang.

Kajian ini juga dijalankan untuk memberi kesedaran kepada pihak-pihak tertentu

terutamanya pelajar itu sendiri, ibu bapa, guru serta rakan-rakan yang memainkan

peranan penting bagi menangani masalah ini. Penguasaan pelajar dalam hukum tajwid

yang berfokus kepada Nun Sakinah dan Tanwin melalui tinjauan awal yang dilakukan

penyelidik adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu seperti pengajaran dan

pembelajaran, pelajar, ibu bapa dan guru serta pengaruh lain. Tahap penguasaan dan

pemahaman hukum tajwid diukur terbatas kepada kebolehan menyebut dan melafaz

kalimah-kalimah al-Quran dengan makhraj yang betul dan membaca beberapa ayat

Lazim atau surah-surah pendek mengikut hukum tajwid .

1.7 Batasan Kajian

1.7.1 Kajian ini dilakuan di Sekolah Kebangsaan Tengkawang, Hulu Terengganu

1.7.2 Responden yang terlibat seramai 40 orang murid Tahun 5 , dengan

menggunakan soal selidik, soalan ujian, ujian lisan, maklumat responden dan

menjalankan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah latih tubi dan

Talaqqi Musyafahah.

1.8 Kesimpulan

7

Page 8: Kaji Selidik Quran

Al-Quran adalah kitab suci bagi orang islam. Kitab suci ini mesti dimuliakan dan

dipelihara dengan baik. Al-Quran juga adalah kitab petunjuk kerana mengandungi

peraturan hidup yang lengkap jika diamalkan kerana ianya bersangkutan dengan

keimanan, ibadah, muamalah dan hukum. Al-Quran juga berperanan sebagai asas utama

dalam pendidikan islam. Pengajaran al-Quran perlu diperkenalkan dengan hukum tajwid

yang betul supaya pelajar kita mahir menguasai hukum tajwid dan dapat membaca al-

Quran dengan mengikut bacaan yang betul sebagaimana bacaan Al-Quran diturunkan

oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad S.A.W.

BAB II

8

Page 9: Kaji Selidik Quran

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan mengenai kajian-kajian dan perbincangan - perbincangan

yang berkaitan dengan kepentingan membaca al-Quran dengan mengikut hukum tajwid

yang betul. Melihat kajian-kajian yang telah dibuat oleh beberapa pengkaji, didapati

masih ramai sama ada murid sekolah rendah, menengah dan pelajar di institusi pengajian

tinggi tidak dapat membaca al-Quran dengan baik dan masih lemah dalam mengenal

hukum tajwid, sedangkan membaca al-Quran dengan bertajwid amat dituntut dalam

islam.

2.2 Literatur Berkaitan

Membaca al-Quran dianjurkan oleh Allah s.w.t dengan menjaminkan ganjaran yang

besar sebagai perniagaan yang tidak rugi. Bagaimanapun untuk mendapatkan ganjaran

itu, setiap pembaca kitab suci ini mestilah mempelajari ilmu tajwid supaya sempurna

bacaannya. Menurut Hayati bt Husni, Kandungan al-Quran Mesti Dihayati, Pensyarah

Jabatan Tilawah Al-Quran Pusat Bahasa UIAM. Gaya pemikiran umat islam di Malaysia

perlu diubah kepada kefahaman islam sebenar berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Bagi

konteks negara kita sekarang, al-Quran dilihat hanya berperanan seperti berikut

antaranya untuk dilagukan pada pertandingan musabaqah Tilawah al-Quran, dibaca

untuk majlis keagamaan pada malam tertentu di masjid dan di surau seluruh negara,

digunakan untuk menghalau hantu syaitan yang mengganggu manusia atau untuk

mengubati sihir.

9

Page 10: Kaji Selidik Quran

Sekiranya al-Quran itu diturunkan hanya untuk tujuan di atas, apa gunanya

Baginda Rasulullah s.a.w. dan sahabatnya mengalami segala kesusahan untuk menjamin

kesinambungan islam sehingga terpaksa mengobankan nyawa dan harta yang cukup

banyak. Baginda Rasulullah s.a.w. tidak pernah memisahkan antara aspek luaran dan

dalaman al-Quran seperti yang berlaku hari ini. Apabila sesuatu ayat diturunkan.

Baginda akan mengajarkannya kepada sahabat secara bacaan bertajwid, kemudian ayat

berkenaan dijelaskan dengan terperinci maksudnya. Seterusnya untuk mengukuhkan lagi

aspek pemahaman, ayat itu akan dihafaz dan diamalkan secara berterusan. Gabungan

antara aspek tilawah, tajwid, tafsir, hafazan dan penghayatan ini ternyata berjaya

menghasilkan generasi sahabat yang diiktiraf sebagai al-Quran yang bergerak.untuk

menyebarkan islam ke seluruh dunia.

Selain itu, perbincangan ilmu tajwid perlu diperluaskan kepada perbahasan

mendalam perbezaan Qiraat 7 dan 10 boleh membawa kepada perubahan pemahaman

hukum. Amalan memperdengarkan bacaan al-Quran di corong masjid dan surau juga

perlu dikaji semula keran Allah s.w.t. secara tegas memberikan panduan yang jelas

mengenai adab yang perlu dijaga berkaitan al-Quran seperti firmanNya dalam Surah al-

A’raf, ayat 204 bermaksud : “Apabila dibacakan al-Quran, maka hendaklah kamu

Semua mendengar kepadanya dan diam, mudah-mudahan

Kamu akan mendapat rahmat.”

Menurut pengkaji Us. Sharin Awaludin, Fakulti Pendidikan UKM , Pendekatan

terbaik pengajaran al-Quran ialah Talaqqi dan Musyafahah iaitu berdepan secara

10

Page 11: Kaji Selidik Quran

langsung diantara guru dengan murid seperti mana yang berlaku antara malaikat Jibril

dan Rasulullah s.a.w. ketika wahyu yang pertama diturunkan di Gua Hira’. Kaedah

utama pengajaran al-Quran di Malaysia dan seluruh dunia islam amnya ialah

menggunakan kaedah Baghdadiyah. Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja muncul beberapa

kaedah baru pengajaran al-Quran di Malaysia iaitu Kaedah Qiraati, Kaedah Iqra’,

kaedah Hattawiyah.

Berikut ialah huraian ringkas kaedah-kaedah pengajaran al-Quran tersebut

antaranya:

2.2.1 Kaedah Baghdadiyah

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama dan meluas digunakan di seluruh dunia.

Ia dipercayai berasal dar Bagdad, Iraq dan diperkenalkan di Malaysia seiring dengan

kedatangan islam ke Tanah Malayu sejak berabad yang lalu. Kaedah Baghdadiyah

mengunakan sebuah buku yang dinamkan ‘Muqaddam’ yang menjadi bahan utama

pengajaran asas tilawah al-Quran. Kaedah ini menekankan kepada pengenalan huruf

hijaiyyah, baris dan ejaan.

2.2.2 Kaedah Qiraati

Kaedah Qiraati yang bermaksud ‘Bacaanku’ mula diperkenalkan pada tahun 1963 di

semarang, Indonesia oleh seorang guru al-Quran yang bernama bapak Haji Dachlan

Zarkasyi. Pada mulanya terdiri dari sepuluh buku untuk kanak-kanak berusia enam

tahun ke atas. Kemudian dikemaskinikan menjadi lapan jilid, enam jilid dan akhirnya

lima jilid. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf hujaiyyah hinggalah ke

11

Page 12: Kaji Selidik Quran

buku jilid lima untuk pengajaran yang lebih susah seperti bacaan huluf qalqalah dan

sebagainya. Apabila selesai lima buah buku tersebut pelajar akan dilatih membaca juzuk

Amma dan seterunya al-Quran.

2.2.3 Kaedah Iqra’

Kaedah Iqra’ atau cara cepat belajar al-Quran rasm Uthmani juga adalah berasal dari

Indonesia iaitu mula diperkenalkan pada tahun 1984 di sebuah taman Kanak-kanak al-

Quran di Kota Gedo, Jogjakarta. Pengasas ini ialah Haji As’ad Humam telah menyusun

enam jilid buku iqra’. Buku iqra’ sepertimana juga Qiraati disusun untuk memudahkan

pengajaran pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan huruf hijaiyyah hinggalah

menguasai tilawah al-Quran dengan baik dan mengetahui hukum tajwid. Kaedah ini

mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh kerana itu setiap orang guru hanya akan

membimbing lima atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi pengajaran yang

mengambil masa selama enam puluh minit. Kaedah iqra’ diterima dan digunakan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994 bagi pengajaran al-Quran sekolah.

2.2.4 Kaedah Hattawiyah

Kaedah ini merupakan salah satu kaedah membaca al-Quran dengan berpandukan

tulisan rumi, kaedah ini diperkenalkan bagi membantu pelajar yang terlalu lemah dalam

tulisan jawi. Oleh kerana itu syarat utama untuk mengajar atau menggunakan kaedah ini

ialah pelajar tersebut benar-benar buta al-Quran dan pelajar tersebut boleh membaca

rumi, kaedah ini dianggap sebagai sementara, langkah terakhir dan hanya untuk

golongan tertentu sahaja bagi mempastikan mereka tidak terus buta al-Quran.

12

Page 13: Kaji Selidik Quran

Menurut pengkaji iaitu Nasir bin Mohamad dan Rubiyah bt Haron, tahap

penguasaan Bacaan al-Quran dikalangan Guru Pelatih Bukan Pengkhususan Pengajian

Islam, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, dalam kajian mereka, didapati guru pelatih

hanya menguasai kemahiran yang rendah membaca al-Quran. Mereka didapati kurang

menguasai atau pengetahuan yang lebih tinggi dan mencabar. Contohnya, Ilmu Tajwid

dan tanda-tanda bacaan, menghafaz ayat-ayat al-Quran dan membaca al_Quran di

khalayak ramai.

Masalah-masalah tersebut boleh dikaitkan dengan faktor-faktor berikut:

(i) Sebahagian besar guru pelatih mendapat pendedahan awal pembelajaran

membaca al Quran daripada pembimbing yang tidak bertauliah. Ramai

dibimbing tok-tok guru dan ibu bapa sendiri yang tidak dilatih khas untuk

membimbing membaca al Quran. Ini bererti guru pelatih tersebut dibimbing

secara teratur ketika mula belajar membaca al Quran. Ini mengakibatkan tahap

kebolehan yang rendah di kalangan guru pelatih tersebut.

(ii) Di Sekolah Rendah, Pendidikan Agama Islam diperuntukan 180 minit seminggu.

Sementara sukatan pelajarannya adalah luas. Ianya termasuk aspek Tilawah

Quran (bacaan, hafazan dan kefahaman), asas ulumul Syariah (ibadah, Akidah

dan sirah), asas Akhlak Islamiyah dan amali. Di samping itu Guru Pendidikan

Islam dikehendaki menyempurnakan Perkara Asas Fardhu ain (PAFA) dalam

waktu yang sama. Memandangkan sukatan Pendidikan Agama adalah berat dan

13

Page 14: Kaji Selidik Quran

pelbagai, peruntukan masa 180 minit seminggu sudah tentu tidak memungkinkan

pembelajaran membaca al-Quran dapat disempurnakan sepenuhnya.

(iii) Pendedahan ilmu Tajwid pula hanya berlaku secara tidak sengaja.

Akibatnya tidak ramai di kalangan mereka yang benar-benar menguasai ilmu

tajwid. Malah ada yang langsung tidak tahu hukum-hukum asas yang terdapat

dalam ilmu tajwid, apatah lagi mengaplikasikannya dalam bacaan al-Quran.

Keadaan ini berpunca dari kurangnya penekanan terhadap ilmu tajwid semasa

mereka belajar membaca al-Quran. Pembelajaran dan pengajaran yang tidak

sistematik turut menjadi punca. Keadaan ini menjadi bertambah parah apabila

subjek Pendidikan Islam di sekolah, ilmu tajwid hanya disampaikan melalui

penggabungjalinan kemahiran tilawah al-Quran sahaja. Peruntukan masa khas

untuk ilmu tajwid tidak disediakan. Ia lebih banyak bergantung kepada budi

bicara guru pendidikan islam itu sendiri. Adalah malang bagi ibu bapa yang

beranggapan subjek Pendidikan Islam di sekolah sudah membebaskan mereka

dari tanggungjawab memberi ilmu kepada anak-anak mereka khususnya yang

berkaitan dengan ilmu fardhu ain, termasuk ilmu tajwid.

(iv)Sikap ibu bapa yang mengutamakan pencapaian akademik dan membelakangkan

kebolehan membaca al-Quran juga turut memainkan peranannya. Ramai ibu

bapa akan terkilan sekiranya anak mereka tidak mencapai kejayaan cemerlang

dalam peperiksaan awam tetapi tidak ramai yang terkilan jika anak mereka tidak

boleh membaca al-Quran mengikut hukum tajwid.

(v) Pengkaji juga mendapati hanya sebilangan kecil guru pelatih kerap kali membaca

al-Quran. Ramai yang tidak menjadikan amalan membaca al-Quran sebahagian

14

Page 15: Kaji Selidik Quran

daripada amalan hidup mereka. Sikap sambil lewa terhadap perkara tersebut

telah menyebabkan tahap kebolehan membaca al-Quran yang rendah dan kurang

keyakinan membaca al-Quran di khalayak ramai di kalangan guru pelatih.

Allah telah memerintahkannya melalui firmanNya dalam Surah Al Muzammil

ayat 4 : Maksudnya : “Hendaklah kamu mentartilkan bacaan al-Quran seberapa tartil

yang boleh.” Berhubung makna “tartil”, Saiyidina Ali Karramallah Wajhah telah

menjelaskan bahawa ia bermaksud mengelokkan sebutan huruf disamping menjaga

hukum bacaan ( Hukum Tajwid).

Bagi seseorang muslim, mempelajari ilmu tajwid adalah tanggungjawab Fardhu

Kifayah, sementara membaca al-Quran secara bertajwid adalah Fardhu Ain. Membaca

al-Quran tanpa mengambil kira hukum tajwid adalah satu pencemaran dan penghinaan

terhadap kitab suci al-Quran. Dalam islam, sebarang bentuk pencemaran dan penghinaan

terhadap al-Quran hukumnya haram jika disengajakan, lebih-lebih lagi pencemaran pada

lafaz al-Quran kerana ianya boleh membawa kepada kekufuran.

Adapun ulama-ulama tajwid yang terdahulu, mereka berpendapat bahawa

kemahiran hukum-hukum tajwid adalah satu perkara yang wajib, berdosa jika

meninggalkannya. Tetapi ulama-ulama muta’akhirin berpendapat terdapat suatu

kesempitan, oleh itu mereka telah menetapkan jika seseorang muslim itu hendak

membaca al-Quran atau menghafaznya, hendaklah dia mempelajari ilmu tajwid dan

usulnya, kerana ia adalah wajib ke atasnya. Sesiapa yang bersikap sambil lewa

15

Page 16: Kaji Selidik Quran

terhadapnya sedangkan dia mampu untuk mempelajarinya, maka dia berdoasa jika

membaca dan melakukan kesalahan yang nyata. Jika ia hanya kesalahan kecil, maka ia

tidak sampai kepada batas-batas yang dilarang menurut ulama tajwid muta’akhirin.

Nabi telah mengalakkan umatnya untuk mempelajarinya hukum-hukum al-Quran

sebagaimana sabdanya :

البررة الكرام السفرة مع االقرأن قي يقرأ الماهر الذي

ويتتعتع القرأن

مرتين أجره له شاق عليه وهو فيه

(Riwayat Syaikhan dari hadith Aisyah r.a.)

Maksudnya : Orang yang mahir membaca al-Quran, dia akan bersama dengan malaikat

safarah yang menghitung amalan kebaikan lagi yang berbuat kebajikan,

Manakala sesiapa yang membaca al-Quran dalam tergagap-gagap dan

sukar, maka dia akan memperolehi dua ganjaran.

Sesiapa yang membaca al-Quran tanpa mempelajari sedang dia tidak tergagap-

gagap, dia tidak akan tahu samada bacaannya betul atau tidak. Adapun mereka yang

mempelajarinya dari guru dan bersusah payah untuk mengikuti apa yang dipelajarinya.

Berkata Syeikh Abdul Aziz bin Baz Rahimahullahu ta’ala: Orang mu’min diperintahkan

untuk bersungguh-sungguh dalam membaca al-Quran dan hendaklah dia membaca

dengan orang yang lebih tahu darinya sehingga dia mendapat faedah dan dapat

16

Page 17: Kaji Selidik Quran

memperbetulkan kesalahannya. Dia akan mendapat ganjaran pahala padanya dan akan

mendapat dua kali ganda ganjaran sekiranya dia bersungguh-sungguh.

Dari Ensiklopedia Fiqh Kuwait : Para ulama terdahulu berpendapat bahawa

mempelajari hukum tajwid adalah wajib dan berdosa bagi mereka meninggalkannya.

Samada ia berkaitan dengan kelancaran huruf yang mana boleh mengubah struktur dan

maknanya atau selain dari itu seperti idgham dan sebagainya.

Berkata Muhammad bin Al-Jazari : Memperbaiki bacaan adalah fardhu wajib ke

atas pembaca untuk membaca al-Quran dengan bacaan yang betul. Ulama muta’akhirin

telah bersependapat mengenai perincian di antara ‘wajib syarie’ iaitu bacaan yang

ditinggalkan sehingga menukar struktur ayat dan merosakkan makna, dan ‘wajib

shina’ie’ iaitu yang mewajibkan seseorang untuk menyempurnakan kemahiran

bacaannya. Inilah yang disebutkan oleh ulama dalam kitab-kitab tajwid seperti idgham,

ikhfa’ dan sebagainya. Ini tidaklah berdosa jika dia meninggalkannya.

Berkata Syeikh Ali al-Qari selepas penerangannya mengenai makhraj huruf dan

sifat-sifatnya, dan berkaitan dengan bahasa Arab ; Sepatutnya hendaklah seseorang itu

memelihara seluruh kaedah-kaedah yang wajib yang mana jika tidak, ia akan mengubah

struktur ayat dan merosakkan makna, dan digalakkan untuk memperbaiki sebutan dan

mengindahkan cara bacaannya. Kemudian dia berkata mengenai kesalahan kecil yang

dilakukan oleh mereka yang tidak mengetahuinya kecuali orang-orang yang mahir

dalam bacaan ; ia tidak di gambarkan sebagai fardhu ain jika terdapat halangan pada si

17

Page 18: Kaji Selidik Quran

pembaca kerana ia termasuk dalam kesempitan. Berkata Muhammad bin al-Jazari:

membaca dengan bertajwid adalah satu kemestian dan mereka yang tidak membaikkan

bacaan adalah berdosa. Berkata anaknya Ahmad dalam syarahnnya : Ia adalah suatu

kewajipan bagi mereka yang mampu kerana Allah telah menurunkan kitab yang mulia

dan disampaikan pada Nabi secara mutawatir dengan bertajwid. Ahmad bin Muhammad

bin al-Jazari telah memberi penekanan ini bagi mereka yang mampu .

Menurut Muhammad Arabi Al-Qabbani, Kaedah Tajwid Membaca Al-Quran,

1994, membaca al-Quran dianjurkan oleh Allah s.w.t. dengan menjaminkan ganjaran

yang besar sebagai perniagaan yang tidak akan rugi. Bagaimanapun untuk mendapatkan

ganjaran itu, setiap pembaca kitab suci ini mestilah mempelajari ilmu tajwid supaya

sepurna bacaannya.

Suara yang bagus dan tajwid yang betul disertai dengan lagu yang baik ketika

membaca al-Quran akan menghasilkan bacaan yang indah dan sempurna. Dengan syarat

bersungguh-sungguh dalam melaksanakan hukum-hukum mad sesuai dengan kaedah

ilmu tajwid dan menepati makraj setiap huruf dan sifat-sifatnya, tebal dan nipisnya. Di

samping itu membaca kitab Allah Azza Wajalla ini dengan hati yang khusyuk dan

semata-mata mengharapkan reda Allah s.w.t. jua.

Menurut Haji Abdul Qadir Long, Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani, Oktober

1998, Sesungguhnya kita telah mengetahui hakikat memepelajari Tajwid adalah untuk

mengetahui cara bacaan Izhar, Idgham, Ikhfa’ Iqlab, Tarqiq, Tafkhim, Raum, Isymam,

18

Page 19: Kaji Selidik Quran

Tashil, Imalah, Mad dan sebagainya dengan betul dan tepat, maka hendaklah bertemu

dengan ustaz pembaca al-Quran atau ahli qira’at yang bersanad sahih dalam bidang

bacan al-Quran (bacaan mereka tali-menali sampai kepada Rasulullah s.a.w.) dan

mendengar, melihat bacaan daripada mulut mereka, kerana ini adalah satu-satunya

syarat yang wajib untuk mempelajari membaca al-Quran secara Talaqqi dan

Musyafahah (pengambilan bacaan dari mulut ke mulut).

Terdapat dua cara pengambilan bacaan al-Quran:

(i) Ustaz membaca di hadapan murid, manakala murid meniliti cara bacaan ustaz,

kemudian murid meniru cara bacaan tersebut. Cara pengambilan bacaan ini

adalah lebih diutamakan.

(ii) Murid membaca di hadapan ustaz, manakala ustaz menyemak cara bacaan murid

kemudian memperbetulkan cara bacaan murid tersebut.

Bacaan al-Quran yang bersanad sahih daripada Rasulullah s.a.w merupakan

bacaan mutawatir, bertepatan dengan apa yang telah dilakukan oleh junjungan kita Nabi

Muhammad s.a.w. semasa baginda mengambil bacaan daripada malaikat Jibril a.s. dan

malaikat Jibril a.s. mengambil bacaan daripada Allah S.W.T adalah satu rukun yang

penting daripada rukun-rukun membaca al-Quran,

19

Page 20: Kaji Selidik Quran

Rukun Bacaan al-Quran mengandungi 3 perkara:

(i) Bacaan yang mempunyai sanad sahih.

(ii) Bacaan yang bertepatan dengan Bahasa Arab.

(iii) Bertepatan dengan menggunakan al-Quran Rasm Uthmani.

Menurut Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz dan Harun Arrasyid Tuskan, Ilmu

Tajwid Praktikal dan berkesan, 1998, Darul Nu’man. Membaca al-Quran dengan betul

merupakan ibadah. Mengamalkannya akan memperolehi kebahagian dunia dan akhirat.

Mempelajari ilmu tajwid merupakan fardhu kifayah dan membaca al-Quran dengan

tajwid adalah fardhu ain bagi setiap kaum muslimin. Sesungguhnya al-Quran yang

diamalkan dengan betul dapat mengisi fikiran dan jiwa dengan hikmah dan kemuliaan.

Mempelajari ilmu tajwid bertujuan agar dapat memelihara lidah daripada

kesalahan menyebut ayat-ayat al-Quran ketika membacanya serta menjaga lisan dalam

melafazkan setiap huruf dari makhrajnya dan memenuhi hak-hak setiap huruf. Ilmu

tajwid juga memberi ruang kepada kita untuk mencapai kejayaan dan kebahagian serta

mendapat rahmat dan keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

2.3 Kesimpulan

Berdasarkan pengamatan berdasarkan kajian-kajian lepas dan pandangan mengenai

kepentingan penguasaan bacaan al-Quran mengikut hukum tajwid yang betul amat

penting sekali. Menurut Muhammad Arabi Al-Qabbani, Tajwid Kaedah Membaca Al-

Quran 1994, membaca al-Quran dianjurkan oleh Allah s.w.t. dengan menjaminkan

20

Page 21: Kaji Selidik Quran

ganjaran yang besar sebagai perniagaan yang tidak akan rugi. Bagaimanapun untuk

mendapatkan ganjaran itu, setiap pembaca kitab suci ini mestilah mempelajari ilmu

tajwid supaya sempurna bacaannya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

”Hiasilah al-Quran itu dengan suaramu”.

(H.R. Abu Daud dan An-Nasa’i)

Sabdanya lagi, Bermaksud :

“Tidak termasuk golongku orang yang tidak melagukan al

Quran”.

(H.R. Ibnu Majah )

21

Page 22: Kaji Selidik Quran

BAB III

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan

Perancangan teliti dapat membantu dan memudahkan data serta maklumat penyelidikan

dikumpulkan, dianalisis dan dinilai. Dalam bab ini dihuraikan kaedah dan prosidur

kajian digunakan. Mohd Majid Konting (1990:86) menyatakan bahawa kaedah

penyelidikan adalah cara untuk mendapatkan maklumat yang boleh mencapai objektif

sesuatu penyelidikan.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kaedah kajian yang telah dipilih untuk menjalankan kajian ini ialah kaedah kuantitatif

iaitu menggunakan soal selidik. Kaedah ini dijangka dapat menerangkan sesuatu

fenomena yang berlaku yang menjadi fokus kajian (Mohd. Majid Konting, 1990).

Dalam kajian ini, kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat dalam

bentuk data bandingan, iaitu satu set soalan yang sama dikemukakan kepada sampel

kajian yang terlibat.

Satu lagi kelebihan kaedah ini ialah sifatnya yang memerlukan sampel kajian

membuat respons pada masa tertentu. Fraenkel dan Wallen (1993) berpendapat, dengan

menggunakan kaedah penyelidikan ini, pengkelasan dan perbandingan jawapan bagi

pernyataan yang telah disediakan dapat memberi satu gambaran yang jelas tentang

22

Page 23: Kaji Selidik Quran

pelaksanaan program yang telah dijalankan. Rekabentuk begini dapat menjelaskan

tentang pembolehubah-pembolehubah yang dikenalpasti iaitu pembolehubah tak

bersandar (jantina, umur, dan kawasan tempat tinggal) dengan pembolehubah bersandar

(kebolehan menyebut huruf dengan baik, mengenal dan memahami hukum tajwid

dengan baik, mahir menyebut kalimah dan ayat al-Quran, masa untuk belajar al-Quran

dan berminat belajar al-Quran dan mempelajari hukum tajwid.

Kajian ini menggunakan satu set soal selidik yang diterjemah dan diubahsuai

berdasarkan tinjauan dan kajian-kajian lampau tentang masalah-masalah dalam

penguasaan membaca dan mengenal hukum tajwid di dalam ayat-ayat al-Quran yang

dibaca. Kajian ini menggunakan instrument soal selidik, ujian bacaan potongan surah

terpilih untuk mendapatkan maklumat. Menurut Mohd Majid Konting (1990:202) soal

selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, perasaan,

kehendak dan sebagainya.

Menurut Haji Abdul Qadir Long, Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani, Oktober

1998, Sesungguhnya kita telah mengetahui hakikat mempelajari tajwid adalah untuk

mengetahui cara bacaan Izhar, Idgham, Ikhfa’, Iqlab, Tarqiq, Tafkhim, Raum, Isymam,

Tashil, Imalah, Mad dan sebagainya dengan betul dan tepat, maka hendaklah bertemu

dengan ustaz pembaca al-Quran atau ahli qira’at yang bersanad sahih dalam bidang

bacan al-Quran (bacaan mereka tali-menali sampai kepada Rasulullah s.a.w.) dan

mendengar, melihat bacaan daripada mulut mereka, kerana ini adalah satu-satunya

23

Page 24: Kaji Selidik Quran

syarat yang wajib untuk mempelajari membaca al-Quran secara Talaqqi dan

Musyafahah (pengambilan bacaan dari mulut ke mulut).

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian dalam penyelidikan ini ialah pelajar islam Tahun 5 dari Sekolah

Kebangsaan Tengkawang. Hanya sebuah sekolah sahaja dipilih dalam menjalankan

kajian ini. Pemilihan sample adalah secara kluster atas kluster. Jumlah sample yang

digunakan adalah seramai 40 orang. Rasional pemilihan responden Tahun 5 dipilih oleh

penyelidik kerana mengandaikan respondan telah boleh membaca al-Quran dengan baik

kerana pembelajaran al-Quran bermula dari usia 4 - 6 tahun dan telah mempelajari

hukum tajwid yang hendak di kaji iaitu hukum Nun Sakinah dan Tanwin. Diharapkan

respondan dapat membaca al-Quran dengan mengikut hukum tajwid yang betul dari segi

dengung, idgham, iqlab dan izhar dimana respodan telah mendapat pengajaran hukum

Nun Sakinah dan Tanwin semasa darjah empat dan di sekolah agama. Selain daripada

itu respondan juga tidak menghadapi peperiksaan penting seperti mana murid Tahun 6

yang menghadapi peperiksaan UPSR.

Untuk mengumpul data-data kajian tentang penguasaan bacaan al-Quran dan

memahami serta mengenal hukum tajwid di dalam ayat-ayat al-Quran yang di baca. Di

harap juga respondan dapat menjawab soalan-soalan yang akan di kemukakan oleh

penyelidik.

3.4 Instrumen Kajian

24

Page 25: Kaji Selidik Quran

Untuk menjawab persoalan-persoalan utama yang tercatat dalam bahagian pernyataan

masalah, pengkaji menggunakan kaedah soal selidik, ujian pra, pemerhatian dan latar

belakang respondan bagi menguji tahap penguasaan respondan dalam bacaan al-Quran

dengan mengikut hukum tajwid.

3.4.1 Soal Selidik

Satu set soal selidik mengenai latar belakang Respondan, soal selidik ini

mengandungi 5 item untuk mengetahui latar belakang responden iaitu dari segi jantina,

tempat belajar al-Quran, kebolehan menguasai al-Quran, tahap pembelajaran al-Quran

dan tempat tinggal. Soal selidik ini diubah suai daripada penyelidik Dr. Aminuddin bin

Yusof, seorang pensyarah di fakulti Pengajian Pendidikan.

Satu set soal selidik yang berbentuk skala Likert yang mengandungi :

1. Sangat tidak setuju (STS)

2. Tidak setuju (TS)

3. Kurang setuju (KS)

4. Setuju (S)

5. Sangat setuju (SS)

Soal selidik yang berbentuk skala likert yang terdiri daripada 5 peringkat ,

peringkat 4 dan 5 melambangkan penilaian yang tinggi, 3 bagi melambangkan penilaian

yang sederhana, 2 dan 1 menunjukkan penilaian yang rendah terhadap item-item

berkenaan

25

Page 26: Kaji Selidik Quran

Soal selidik latar belakang responden digunakan untuk mengetahui penguasaan

bacaan al-Quran mengikut jantina, tempat belajar al-Quran, tahap penguasaan Bacaan

al-Quran, tempat tinggal respondan juga didapati mempengaruhi penguasaan bacaan al-

Quran dengan baik.

Item yang dikemukakan dalam bahagian ini berkaitan dengan persepsi pelajar

tentang kepentingan menguasai bacaan al-Quran mengikut hukum tajwid yang betul.

Tajwid yang betul, faktor penguasaan bacaan al-Quran dengan mengikut hukum tajwid

pelajar serta masalah yang dihadapi pelajar dalam penguasaan bacaan al-Quran yang

betul. Soalan yang terkandung dalam bahagian in adalah sebanyak 20 soalan.

3.4.2 Ujian Pra

Ujian dijalankan untuk menguji pemahaman dan penguasaan respondan dalam hukum

tajwid berdasarkan ayat-ayat yang diberikan dalam soalan ujian sebelum kajian

dijalankan, ujian tersebut akan diberikan semula setelah pengkaji menjalankan

pendekatan-pendekatan dalam pengajaran contohnya pendekatan Talaqqi dan

Musyafahah dan latih tubi untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam

hukum tajwid yang berfokus Nun Sakinah dan Tanwin. Pemerhatian pula dijalankan

dengan melihat sikap pelajar itu sendiri sama ada memahami, berminat dan lupa huruf-

huruf hijaiyyah yang bertemu dengan Nun Sakinah dan Tanwin.

26

Page 27: Kaji Selidik Quran

Contoh

SOALAN UJIAN PRAPENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 CERDIK

(HUKUM TAJWID AL-QURAN)

Nama Pelajar : ___________________

Kelas : ___________________

ARAHAN : Tuliskan jawapan anda pada ruang yang disediakan berpandukan kepada pilihan jawapan yang diberi.

( Izhar Halqi, Idgham Maal Ghunnah, Idgham Bila Ghunnah, Ihfa’ Hakiki, Iqlab)

Bil Soalan Jawapan

1 أ الكتب من هل2 كت ق فيها يمةب3 ع ربهمندجزاؤهم4 أبدا أنهال فيها رخلدين5 ي وم مثقال ن عمل

27

Page 28: Kaji Selidik Quran

3.5 Prosedur Pengumpulan Data

Semasa menjalankan kajian ini penyelidik telah merancang satu gerak kerja sepanjang

pelaksanaan kajian untuk memudahkan serta memastikan segala perjalanan kajian

berjalan mengikut waktu yang dikehendaki:

Bulan Catatan

Julai

Ogos

September

Oktober

November

Januari

Februari

i. Perjumpaan dengan penyelia, berbincang mengenai tajuk yang dicadangkan. ii. Membuat rujukan, mencari dan mengumpul bahan.iii. Berjumpa dengan penyelia untuk mendapat bimbingan membuat kajian.

i. Menyiapkan tugasan bab satu dan dua dengan bimbingan penyelia. ii. Membuat penyemakan tugasan dengan penyelia.iii. Menghantar tugasan bab satu dan dua kepada penyelia.

i. Membina dan menguji alat kajian. ii. Mendapatkan kebenaran menjalankan kajian di Sekolah.iii. Membuat tinjauan dan mengutip data.

i. Menganalisis data. i. Menyediakan laporan kajian dan memulakan tugasan untuk bab IV dan V dengan bimbingan penyelia.

i. Menyempurnakan kelima-lima bab. ii. Mengemukakan draf terakhir untuk dinilai.

i. Perjumpaan dengan penyelia untuk membuat semakan tugasan. ii. Membuat pembetulan tugasan.iii. Menghantar tugasan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

28

Page 29: Kaji Selidik Quran

3.6 Analisis Data

Maklumat atau data yang diperolehi dari borang soal selidik yang dikumpulkan akan

dianalisa melalui komputer dan secara manual. Pengkaji akan menentukan peratus bagi

setiap pembolehubah yang terdapat di dalam soal selidik. Berdasarkan peratus yang

didapati, penguji akan menyusun nilai-nilai tersebut daripada yang tertinggi kepada yang

terendah. Seterusnya pengkaji akan menilai dan menterjemahkan nilai-nilai dapatan

berdasarkan objektif yang hendak dicapai.

3.7 Kesimpulan

Bab III iaitu metodologi kajian merupakan kaedah yang digunakan oleh penyelidik

sepanjang menjalankan kajian ini. Instrument kajian yang digunakan penyelidik adalah

melalui soal selidik, ujian pra dan pemerhatian untuk menilai tahap kefahaman pelajar

dalam hukum tajwid. Bab ini juga menerangkan beberapa prosedur yang digunakan oleh

penyelidik seperti jangkamasa kajian untuk menyiapkan kajian dan analisa data yang

digunakan.

29

Page 30: Kaji Selidik Quran

BAB IV

HURAIAN DAN ANALISIS DATA

4.1 Profil Responden

Responden berada dalam kelas terbaik dan sederhana dengan pencapaian peperiksaan

pendidikan islam sering mendapat keputusan A dan B. Responden terdiri daripada 22

(55%) lelaki dan 18 (45%) perempuan sepertimana rajah 1 di bawah. Dalam peperiksaan

pertengahan tahun yang lalu purata markah pendidikan islam murid ialah 81.5%. Murid-

murid ini juga mendapat pendedahan mempelajari hukum tajwid nun sakinah dan tanwin

di sekolah agama sebelah petang secara khusus dan mempelajari hukum tersebut secara

spesifik selain pendedaham semasa program tasmik di sekolah kebangsaan. Justeru

kajian ini bagi mengesan penguasaan hukum nun sakinah dan tanwin dalam kalangan

murid tersebut

Rajah 1 : Jantina Responden

30

55%

45%

Jantina lelaki

Jantina perempuan

Page 31: Kaji Selidik Quran

Responden melalui pembelajaran al-Quran di pelbagai tempat. Ini dibuktikan

dalam dapatan sebagaimana Rajah 2 iaitu 32% atau 13 orang menjalani pembelajaran al-

Quran di rumah guru, 27% atau 11 orang murid belajar al-Quran di rumah sendiri, 10%

atau 4 orang belajar di sekolah, 8% atau 3 orang murid belajar di sekolah dan rumah

guru manakala 23% atau 9 orang murid belajar di lain-lain tempat pengajian seperti di

pusat pengajian tahfiz, pusat pengajian al-Quran di masjid dan lain-lain. Manakala 23%

atau 9 orang murid belajar di lain-lain tempat pengajian seperti di pusat pengajian tahfiz,

pusat pengajian al-Quran di masjid dan lain-lain.

Rajah 2: Tempat Belajar Al-Quran

Kebolehan dan penguasaan responden dapat dirumuskan seperti berikut

sebagaimana Rajah 3 di bawah iaitu 12 orang murid iaitu 30% telah lancar membaca al-

Quran, 24 orang murid iaitu 60% murid sederhana lancar membaca al-Quran, 4 orang

murid atau 10% kurang lancar manakala tiada jumlah direkodkan bagi mereka yang

tidak boleh membaca al-Quran. Rumusan ini membuktikan bahawa tiada murid yang

gagal membaca al-Quran.

31

27%

32%

10%

8%

23%

Rumah sendiri

Rumah guru

Sekolah

rumah guru dan

sekolah

lain-lain

Page 32: Kaji Selidik Quran

Rajah 3 : Kebolehan Menguasai Al-Quran

Responden juga kebanyakan tinggal di taman berbanding di kampung iaitu 80%

atau 32 responden tinggal di taman perumahan berbanding hanya 20% atau 8 orang

murid sahaja tinggal di kampung. Ini dibuktikan seperti dalam rajah 4 di bawah.

Rajah 4 : Tempat Tinggal Responden

32

12

24

4

00

5

10

15

20

25

30

Lancar Sederhana Lancar Kurang Lancar Tidak boleh baca

20%

80%

KampungTaman

Page 33: Kaji Selidik Quran

Rajah 5 : Tahap Pembelajaran Al-Quran

Responden juga mempunyai pelbagai tahap pencapaian dalam pembelajaran al-

Quran. Maklum balas responden membuktikan 48% atau 19 orang murid telah khatam

al-Quran, 47% atau 19 orang murid belum khatam al-Quran, 2 orang atau 5% sahaja

berada dalam kaedah Iqra’. Rajah 5 di atas membuktikan keadaan tersebut.

4.2 Analisis Data

Hasil kutipan data telah dianalisis secara manual. Analisis ini adalah berdasarkan gred

yang ditetapkan pihak sekolah (Jadual 1) untuk mengukur pencapaian dan penguasaan

murid dalam peperiksaan.

Jadual 1 : Gred Sekolah

GRED MARKAHA 80 - 100B 60 - 79C 40 - 59D 20 - 39E 0 - 19

33

47%

48%

5% 0%Khatam

Belum khatam

Muqaddam

Iqra'

Page 34: Kaji Selidik Quran

Tahap penguasaan hukum tajwid nun sakinah dan tanwin dalam kalangan murid-

murid islam dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh dibuktikan sebagaimana

rumusan keseluruhan dalam jadual 2. Rumusan ini menunjukkan bahawa peratusan

pencapaian murid yang menguasai cemerlang hanya 15% iaitu 6 orang sahaja manakala

murid yang menguasai tahap sederhana baik adalah 17.5% iaitu 7 daripada 40 murid

yang menjalani ujian ini. Manakala murid yang mencapai tahap baik pula seramai 10

orang yang mewakili 25%. Peratus keseluruhan yang lulus dan dianggap menguasai

pada tahapnya ialah seramai 23 orang iaitu 57.5 %.

Jadual 2 : Rumusan Keputusan Ujian Pra

GRED BIL. MURID PERATUSA 6 15.0B 7 17.5C 10 25.0D 14 35.0E 3 7.5

4.3 Persepsi Minat dan Penguasaan Al-Quran

Berdasarkan analisis data secara manual daripada soal selidik terhadap responden

tentang persepsi minat dan penguasaan al-Quran, berikut adalah dapatan kajian. Jadual 3

menunjukkan respon pelajar terhadap 20 item soal selidik terhadap persepsi mereka.

34

Page 35: Kaji Selidik Quran

Jadual 3 : Persepsi Minat dan Penguasaan Al-Quran

Dari segi pengetahuan asas menguasai Al Quran majoriti responde

35

PERSEPSI MINAT DAN PENGUASAAN AL QURAN

0 5 10 15 20 25 30 35

Meminati subjek Pendidikan Islam

Meminati Bidang Tilawah al-Quran

Membaca al-quran al-Quran setiap hari

Saya tidak kesuntukan masa untuk belajar al-Quran di rumah.

Ibubapa mengambil berat tentang perkembangan bacaan al-Quran saya

Mengenal tanda-tanda bacaan yang terdapat dalam al-Quran

Saya berminat untuk mempelajari bacaan al-Quran

Mudah bagi saya mengenal huruf-huruf hijaiyah

Bersekolah Agama di waktu petang

Ramai yang membantu saya dalam membetulkan bacaan al-Quran

Tertarik dengan kaedah P&P guru semasa mengajar Tilawah al-Quran

Suka membaca topik-topik hukum tajwid al-Quran

Memahami dengan jelas penerangan guru mengenai hukum tajwid

Tumpuan sepenuhnya semasa pengajaran dan pembelajaran al-Quran

Sudah mengetahui, memahami dan menguasai hukum Nun Sakinah danTanwin dengan baik

Dapat mengenal pasti hukum Nun Sakinah dan Tanwin apabila membacaal-Quran

Boleh membaca al-Quran mengikut hukum tajwid yang betul

Boleh menyebut kalimah al-Quran yang bersambung

Dapat tunjuk ajar hukum tajwid daripada guru al-Quran di rumah.

Suka dan seronok belajar Quran.

SS

S

KS

TS

STS

Page 36: Kaji Selidik Quran

BAB V

RUMUSAN

5.1 Pendahuluan

Bab ini membentangkan rumusan kajian yang dijalankan terhadap latar belakang,

persepsi minat dan penguasaan al-Quran juga ujian penguasaan hukum tajwid berkenaan

dalam kalangan murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Tengkawang.

5.2 Rumusan

Daripada hasil kajian yang singkat ini pengkaji dapat nyatakan bahawa :-

5.2.1 Tahap penguasaan murid terhadap Nun Sakinah dan tanwin masih rendah

walaupun terdapat faktor pendorong yang boleh membantu murid menguasai

topik ini. 42.5% atau 17 murid masih gagal menguasai hukum tajwid malah

kumpulan ini juga yang gagal memberi tumpuan dalam kelas mahupun tidak

tertarik langsung dengan pengajaran guru. Justeru pengkaji merasakan bahawa

adalah penting hukum tajwid di beri fokus semula supaya tahap penguasaan ini

meningkat ke tahap lebih baik. Pengkaji perlu memikirkan langkah yang dapat

dilakukan dalam masa terhad dan waktu terbatas untuk murid.

5.2.2 Minat dan penguasaan al-Quran sangat mempengaruhi bacaan al-Quran murid.

Murid yang boleh menguasai merupakan murid yang boleh membaca al-Quran

dengan baik. Pengkaji mendapati hanya 20 responden atau 50% murid

menyatakan tidak minat sertai tidak menguasai hukum tajwid dengan baik.

36

Page 37: Kaji Selidik Quran

Justeru pengkaji berpendapat responden perlu diubah persepsi berkaitan hukum

tajwid. Jika minat mereka boleh menguasai dengan pelbagai kaedah yang sedia

ada untuk mendalami al-Quran khususnya hukum tajwid.

5.2.3 Terdapat beberapa faktor mempengaruhi penguasaan al-Quran responden

antaranya :

5.2.3.1 Responden mengakui guru al-Quran tidak menerangkan kepada mereka

hukum tajwid. Justeru potensi mereka untuk mengetahui hukum tajwid

amat rendah. Responden dalam kalangan pelajar sekolah rendah wajar

ditunjuk ajar tentang hukum tajwid secara berperingkat.

5.2.3.2 Responden tidak dapat mengenalpasti Nun Sakinah akibat tumpuan

terhadap bab tersebut amat kurang. Responden merupakan kumpulan

yang telah menguasai bacaan dengan lancar dan sederhana lancar

sebanyak 90%.

5.2.3.3 Tidak membaca al-Quran setiap hari menyumbang kepada masalah

kelupaan walaupun telah menguasai. Hanya 50% responden membaca al-

Quran setiap hari di rumah.

5.2.3.4 Murid-murid perlu diberi pendedahan yang banyak tentang hukum

tajwid. Justeru perancangan ke arah itu perlu dilaksanakan secara

berterusan. Sukatan hukum tajwid mesti dimasukan semula dalam

sukatan pelajaran al-Quran sejak sekolah rendah lagi. Pendedahan

berterusan membantu kemajuan bacaan al-Quran dalam kalangan murid

sekolah rendah.

37

Page 38: Kaji Selidik Quran

5.3 Cadangan

Oleh itu pengkaji mencadangkan adalah perlu guru merancang peringkat-peringkat

hukum tajwid yang boleh didedahkan melalui program Tasmik semasa sekolah

Kebangsaan. Aktiviti ini boleh mengukuhkan ingatan murid disamping latihan praktikal

bacaan al-Quran secara talaqqi musyafahah.

Teknik pengajaran guru-guru al-Quran samada di sekolah, di rumah mahupun

institusi mengaji al-Quran juga perlu menarik dan memberikan persepsi yang baik

terhadap guru dan matapelajaran yang diajar. Ini mengelakkan murid bosan dan enggan

mendalami hukum tersebut. Guru perlu memberi langkah paling mudah dan beri peluang

kepada murid menyusuri satu demi satu hukum tajwid tanpa tekanan.

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian ini bagi mengesan tahap penguasaan al-Quran dalam kalangan murid Tahun 5 di

sekolah kebangsaan. Kajian ini merupakan kajian berasaskan sekolah dilakukan kepada

populasi yang kecil . Justeru aspek-aspek seterusnya dapat dipertimbangkan untuk kajian

akan datang.

Pengkaji mencadangkan kajian tindakan dilakukan yang mengandungi ujian pra,

ujian pasca, proses rawatan untuk mengesan perbandingan sebelum dan selepas rawatan

bagi kumpulan yang masih lemah. Kajian tindakan tersebut barangkali boleh mengesan

teknik yang sesuai serta langkah yang proaktif membantu peningkatkan penguasaan

murid terhadap hukum tajwid. Berdasarkan kajian tindakan tersebut maklumat yang

38

Page 39: Kaji Selidik Quran

diperoleh dapat merangka perancangan strategik ke arah peningkatan penguasaan hukum

tajwid pada mana-mana peringkat.

5.5 Kesimpulan

Pengkaji berpuashati dengan kajian ini. Pengkaji mendapati potensi murid-murid boleh

dikembangkan dengan pelbagai cara. Melalui kajian secara saintifik maka keputusan

kajian secara jelas memaparkan kehebatan, kelemahan, masalah-masalah yang dihadapi

serta instrumen utama untuk menyelesaikan masalah-masalah berkaitan bacaan al-

Quran. Pengkaji juga terbuka minda untuk melalui fasa baru untuk mengembangkan

penguasaan hukum tajwid dalam kalangan murid sekolah rendah.

.

39

Page 40: Kaji Selidik Quran

40