kajian amalan gaya pembelajaran dalam peningkatan prestasi akademik di kalangan pelajar jurusan...
TRANSCRIPT
Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di kalangan
Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka.
oleh
Mohd Khairi bin Abdul Rahman
Suzana binti Mad Hezir
Nurul Ainie binti Roosle
Sharifah Huda binti Syed Ismail
ABSTRAK
Kajian bertujuan mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar dan hubungannya dengan
prestasi akademik mereka. Untuk mencapai matlamat kajian, dua instrumen, iaitu
Inventori Gaya Pembelajaran (Dunn, Dunn dan Price, 1978) yang diubahsuai dan Soal
Selidik Persepsi Pemilihan Gaya Pembelajaran (Reid, 1984) telah diberi kepada pelajar-
pelajar jurusan perakaunan sesi 2011/2012. Hasil kajian mendapati pelajar lelaki lebih
dipengaruhi persekitaran sunyi dan tempat yang formal berbanding pelajar perempuan..
Kajian mendapati pelajar memilih awal pagi dan malam sebagai waktu untuk belajar.
Dari sudut tempat belajar, pelajar suka persekitaran sunyi, mempunyai cahaya yang
terang dan formal. Dari segi gaya pembelajaran, pelajar lelaki kurang mengamalkan gaya
pembelajaran auditori, kinestetik dan taktil berbanding dengan pelajar perempuan.
Dapatan kajian menunjukkan pelajar lelaki dan perempuan dirangsangkan faktor
persekitaran dan fizikal dalam pembelajaran mereka. Dari sudut perbezaan jantina dan
gaya pembelajaran menunjukkan gaya pembelajaran pelajar lelaki adalah kurang auditori,
kinestetik dan taktil berbanding dengan pelajar perempuan. Manakala dari segi gaya
pembelajaran individu dan visual, pelajar lelaki lebih tinggi daripada pelajar perempuan.
Kajian turut mendapati terdapat hubungan kuat diantara rangsangan pembelajaran
persekitaran dengan pencapaian akademik. Walaubagaimanapun, terdapat hubungan yang
lemah dan positif di antara faktor fizikal, emosi dan psikologi dalam pencapaian
akademik pelajar. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perhubungan di antara
gaya pembelajaran auditori, visual, kinestetik dan taktil dengan pencapaian akademik
pelajar. Walaubagaimanapun, terdapat hubungan yang lemah di antara gaya pembelajaran
berkumpulan dan individu dengan pencapaian akademik. Berdasarkan dapatan kajian,
beberapa cadangan dibuat untuk membantu pihak pengurusan kolej, pensyarah dan
kaunselor dalam menyesuaikan pemilihan rangsangan dan gaya pembelajaran pelajar.
PENDAHULUAN
Pembelajaran merupakan satu proses reflektif di mana pelajar membangunkan
persepsi dan pemahaman baru dalam proses kematangan mentalnya. Oleh itu,
pembelajaran boleh dikatakan sebagai satu proses umum manakala pemikiran kritikal dan
kreativiti lebih tertumpu kepada aspek-aspek spesifik dalam pembelajaran. Menurut
teoris, gaya pembelajaran adalah gabungan ciri kognitif, afektif dan faktor-faktor fisiologi
yang memberi penunjuk yang stabil bagaimana seorang pelajar melihat, berinteraksi dan
bergerak balas terhadap persekitaran. (Keefe, 1979).
Oleh yang demikian, penting bagi pengajar mengetahui perbezaan-perbezaan
diantara individu dan bagaimana untuk mengajar secara produktif daripada pelbagai
model pengajaran. Bagi pembelajaran pasif, pelajar boleh mengawas dan mengawal
aktiviti-aktiviti kognitif. Pelajar memproses maklumat baru melalui asimilasi dan
integrasi dengan maklumat lama. Manakala pembelajaran aktif, pelajar perlu membuat
lebih daripada mendengar. Mereka perlu membaca, menulis dan berbincang dalam
menyelesaikan masalah. Selain itu, pelajar perlu terlibat dalam peringkat tinggi dalam
membuat analisis, sintesis dan penilaian.
LATARBELAKANG KAJIAN
Kajian bermula hasil daripada keputusan Peperiksaan Semester Program
Matrikulasi 1 sesi 2011/2012. Bagi pelajar jurusan perakaunan, bilangan pelajar yang
mendapat keputusan PNGK 4.0 bagi semua subjek adalah sedikit. Ini kerana terdapat
sebilangan pelajar yang tidak mencapai gred A dalam salah satu subjek peperiksaan. Ada
sebilangan kecil yang mencapai PNGK kurang 2.0. Ini menimbulkan persoalan adakah
pelajar tidak memberi fokus kepada semua subjek peperiksaan atau pelajar menggunakan
gaya pembelajaran yang berbeza bagi setap subjek tersebut.
Permasalahan kajian ini adalah mengenal pasti gaya pembelajaran di antara
pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi dengan pelajar yang
mempunyai pencapaian akademik yang sederhana dalam semua subjek peperiksaan
secara keseluruhan. Antara subjek-subjek yang termasuk dalam pengiraan Purata Nilai
Gred Keseluruhan (PNGK) adalah Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi dan
Matematik.
Oleh itu, satu soal selidik diberikan kepada semua pelajar jurusan perakaunan. Di
dalam soal selidik ini, terbahagi kepada tiga bahagian utama. Bahagian A merupakan
maklumat berkaitan pelajar seperti jantina, jumlah jam belajar seminggu dan nilai PNGK
semester 1. Bahagian B dan C pula menggunakan dua instrumen utama, iaitu Inventori
Gaya Pembelajaran (Dunn, Dunn dan Price, 1978) dan Persepsi Pemilihan Gaya
Pembelajaran (Reid, 1984) untuk menentukan jenis rangsangan yang terlibat dalam
pembelajaran. Pelajar dikehendaki menjawab soalan-soalan yang menentukan persepsi
gaya pembelajaran seperti auditori, visual, taktil atau kinestetik. Pelajar turut dikenalpasti
dari segi corak pembelajaran, sama ada belajar secara bersendirian atau berkumpulan,
suasana persekitaran seperti sunyi, bising, cahaya terang atau gelap dan waktu belajar
sama ada pada waktu pagi, tengahari atau malam.
PERNYATAAN MASALAH
Objektif utama kolej adalah mewujudkan dan membina kesedaran pelajar ke arah
penghayatan budaya ilmu yang terancang dan sistematik. Untuk mencapai objektif ini,
pensyarah perlu memainkan peranan yang utama dalam menyelesaikan masalah
akademik dengan mengenalpasti corak dan gaya pembelajaran pelajar. Dengan
mengenalpasti masalah ini, pensyarah dapat membantu mengenalpasti strategi
pembelajaran yang sesuai supaya ianya dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar.
Hasil daripada kajian ini secara tidak langsung membantu meningkatkan pencapaian
pelajar dan kaedah pengajaran pensyarah, seterusnya membantu pihak kaunseling
merangka program-program khusus yang bersesuaian dengan pelajar.
Menurut Keefe (1979), gaya pembelajaran adalah gabungan ciri kognitif, afektif
dan faktor-faktor fisiologi yang memberi penunjuk yang stabil secara relatif tentang
bagaimana seorang pelajar melihat, berinteraksi dan bergerak balas terhadap persekitaran
pembelajaran mereka. Selain itu, pencapaian akademik banyak dikaitkan dengan gaya
pembelajaran yang dipraktikkan pelajar. Pelajar yang memperoleh pencapaian akademik
yang baik selalunya mempunyai gaya pembelajaran yang berkesan. (McCaulley dan
Nater, 1980; Miller, Always dan McKinley, 1987. Oleh yang demikian, kajian telah
memilih untuk menggunakan instrumen Perceptual Learning Style Survey dan Learning
Style Inventory yang telah dialih bahasa untuk mengkaji perhubungan gaya pembelajaran
dengan pencapaian akademik pelajar jurusan perakaunan di Kolej Matrikulasi Melaka.
PERSOALAN KAJIAN
Di dalam kajian ini, beberapa persoalan telah dikenalpasti :
1. Adakah terdapat perbezaan rangsangan pembelajaran di antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan?
2. Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran di antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan?
3. Apakah perhubungan yang wujud di antara jumlah jam belajar seminggu dengan
pencapaian akademik pelajar?
4. Apakah perhubungan yang wujud di antara pelbagai jenis rangsangan
pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar?
5. Adakah terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
akademik pelajar?
TUJUAN KAJIAN
Umumnya, kajian ini adalah satu bentuk penilaian terhadap corak dan persekitaran
pembelajaran pelajar-pelajar jurusan perakaunan di Kolej Matrikulasi Melaka. Tujuannya
mengenal pasti faktor-faktor individu, rangsangan dan gaya pembelajaran pelajar dan
hubungannya dengan prestasi akademik. Antara objektif utama kajian ialah :
1. Mengenal pasti perbezaan rangsangan pembelajaran di antara pelajar lelaki dan
perempuan.
2. Mengenal pasti perbezaan gaya pembelajaran di antara pelajar lelaki dan
perempuan.
3. Menentukan perhubungan di antara jumlah jam belajar seminggu dengan
pencapaian akademik pelajar.
4. Menentukan perhubungan pelbagai jenis rangsangan pembelajaran dengan
pencapaian akademik pelajar.
5. Menentukan perhubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
akademik pelajar.
HIPOTESIS
Berikut adalah hipotesis yang dibina bagi menjawab setiap persoalan kajian yang
dijalankan.
H01 : Tidak ada perbezaan rangsangan pembelajaran di antara pelajar lelaki dan
perempuan.
H02 : Tidak ada perbezaan gaya pembelajaran di antara pelajar lelaki dan
perempuan.
H03 : Tidak ada hubungan di antara jumlah jam belajar seminggu dengan pencapaian
akademik pelajar.
H04 : Tidak ada hubungan di antara berbagai rangsangan pembelajaran dengan
pencapaian akademik pelajar.
H05 : Tidak ada hubungan di antara gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian
akademik pelajar.
KEPENTINGAN KAJIAN
Dengan adanya kajian ini, ianya diharap dapat meningkatkan lagi kefahaman
pensyarah mengenai gaya pembelajaran pelajar di Kolej Matrikulasi Melaka agar
mencapai prestasi yang lebih baik dalam pembelajaran mereka. Kajian juga diharap dapat
memberi kefahaman kepada semua pihak tentang sejauh mana gaya pengajaran dan
pembelajaran boleh disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar. Ini membolehkan
pensyarah membuat persediaan pengajaran dengan memperkembangkan bahan-bahan
pengajaran.
Untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, pensyarah
bukan sahaja perlu mengetahui latarbelakang pelajar, tetapi perlu mengetahui gaya
pengajaran dan pembelajaran yang boleh disesuaikan dengan potensi dan kebolehan
pelajar. Selain itu, kajian diharap dapat memberikan maklumat serta panduan kepada
pihak kaunselor dalam membantu pelajar mengenalpasti ciri-ciri gaya pembelajaran
peribadi. Dengan itu, pihak kaunselor dapat merangka program berkaitan kemahiran
belajar yang boleh menjadi panduan kepada pelajar.
TINJAUAN LITERATUR
Menurut teori gaya pembelajaran, pelajar menggemari lebih daripada satu gaya
pembelajaran. Teori turut mengandaikan dengan merekabentuk pengalaman pendidikan,
kurikulum dan pengajaran yang sepadan dengan gaya pembelajaran pelajar mungkin
dapat memperbaiki pencapaian akademik pelajar (Irvine dan York, 1995).
Walaubagaimanapun, seseorang individu boleh mengubah gaya pembelajarannya
mengikut kehendak kerja pada waktu itu (Kolb, 1976).
Menurut model gaya pembelajaran yang diperkenalkan oleh Dunn, Dunn dan Price,
terdapat lima kategori utama rangsangan yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran.
Antaranya ialah :
1. Persekitaran - Merujuk kepada faktor cahaya, bunyi, suhu dan rekabentuk bilik.
Reaksi pelajar kepada rangsangan ini ditentukan oleh faktor biologi. Oleh itu, ia
tidak dapat mengubah pendengaran, penglihatan, suhu dan sensitiviti badan.
2. Emosi – Merangkumi aspek perancangan berstruktur, ketekunan, motivasi dan
kebertanggungjawaban. Elemen ini mempengaruhi pelajar melalui pengalaman di
rumah, sekolah, taman permainan, perjalanan dan sebagainya
3. Sosial - Merujuk kepada faktor pasangan, rakan sebaya, sendiri dan kumpulan.
Faktor ini mempengaruhi corak pembelajaran pelajar itu sendiri dan membantu
mereka belajar daripada maklumat yang diperolehi dari pengalaman tersebut.
4. Fizikal – Merangkumi kekuatan persepsi, mobiliti, pengambilan dan masa
seharian. Elemen fizikal pelajar adalah biologikal secara semulajadi dan
berhubung dengan bagaimana seseorang individu itu belajar melalui pancaindera
iaitu auditori, visual, taktil dan kinestatik.
5. Psikologi – Merujuk kepada faktor seperti sifat global/analitik, impulsif/reflektif
dan kedominan otak kanan atau kiri. Perbezaan dalam fungsi otak menyumbang
kepada perbezaan gaya pembelajaran dalam individu yang berlainan.
Pembelajaran yang baik dapat dicapai apabila individu melalui pendekatan
pembelajaran yang berbeza mrngikut tahap kesukaran.
Selain itu, Perceptual Learning-Style Preference Questionnaire (Reid, 1984)
merupakan salah satu instrumen yang boleh digunakan dalam kajian berkaitan gaya
pembelajaran. Menurut instrumen ini, pemilihan gaya pembelajaran yang utama
menunjukkan ciri-ciri pelajar seperti berikut :
1. Visual
Mempelajari sesuatu dengan baik dengan melihat perkataan dalam
buku, di atas papan hitam dan di dalam buku kerja.
Mengingati, memahami maklumat dan arahan dengan baik jika membaca.
Tidak memerlukan penerangan lisan dan boleh belajar secara bersendirian
dengan sebuah buku.
Mengambil nota dan arahan secara lisan untuk mengingati maklumat.
2. Auditori
Belajar daripada mendengar perkataan yang diucap dan penerangan lisan.
Dapat mengingati maklumat dengan cara membaca kuat atau
menggerakkan bibir semasa membaca, terutama semasa mempelajari
bahan yang baru.
Mendapat keuntungan daripada mendengar pita audio, kuliah dan
perbincangan kelas.
3. Kinestetik
Belajar melalui pengalaman secara fizikal di bilik darjah.
Mengingati maklumat dengan baik apabila mengambil bahagian dalam
aktiviti, field trips dan mainkan peranan di bilik darjah.
4. Taktil
Mempunyai peluang mencari pengalaman hands-on dengan bahan-bahan.
Melaksanakan eksperimen di makmal, mengawal dan membina model.
Menulis nota atau arahan yang boleh membantu mengingati dan
memahami maklumat baru melalui penglibatan fizikal di dalam kelas.
5. Belajar Berkumpulan
Lebih mudah, sekurang-kurangnya dengan seorang pelajar dan lebih
berjaya menyiapkan kerja apabila bekerja dengan orang lain.
Menghargai interaksi dan kerja berpasukan dengan pelajar lain dan mudah
mengingati maklumat apabila bekerja dengan dua atau tiga rakan lain.
6. Belajar Bersendirian
Dapat berfikir dengan lebih baik apabila belajar bersendirian.
Dapat mengingati maklumat yang dipelajari sendiri.
Memahami dan lebih berjaya dalam pelajaran apabila bekerja sendirian.
Selain itu, kebanyakan penyelidikan menunjukkam gaya pembelajaran boleh
menghalang atau meningkatkan pencapaian akademik dalam beberapa aspek (Riding dan
Grimley, 1999). Kejayaan dan kegagalan seseorang berpunca dari cara pembelajarannya
sendiri sama ada berkesan atau sebaliknya. Menurut Maznah Ismail dan Yoong Suan
(1995), pendekatan pembelajaran yang digunakan bergantung kepada ciri-ciri diri, motif
pembelajaran dan persepsi mereka terhadap tugasan yang diberi.
Pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran spesifik didapati mendapat
pencapaian akademik yang lebih baik (McCaulley dan Natter, 1980 ; Miller, Always dan
McKinley, 1987). Kajian lain ke atas gaya pembelajaran dan pencapaian akademik
menunjukkan bahawa mengajar pelajar bagaimana untuk mengawas dan mengurus gaya
pembelajaran adalah penting untuk kejayaan akademik (Matthews, 1991; Atkinson, 1998;
Biggs dan Moore, 1993). Kajian yang lain oleh Nelson et al. (1993) mendapati pelajar
yang terlibat dalam bengkel gaya pembelajaran mempunyai PNGK yang lebih tinggi
daripada pelajar yang tidak terlibat dalam bengkel tersebut.
Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Lai (1994) menunjukkan faktor jantina
mempunyai perhubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik dalam kursus
pengenalan perakaunan di Universiti Melaya. Doran et al (1991) juga mendapati jantina
adalah pembolehubah yang signifikan dalam pencapaian pelajar dalam kursus
perakaunan di kolej. Walaubagaimanapun, kajian pencapaian perakaunan oleh Hanks
(1985), Lipe (1989) dan Carpenter et al (1993), tidak memperolehi perbezaan yang
signifikan dalam pencapaian pelajar lelaki atau perempuan.
Ramai penyelidik memfokuskan jumlah masa yang digunakan untuk belajar dan
tugasan di dalam dan di luar kelas. Ini diperolehi daripada cadangan yang menyatakan
bahawa pencapaian pelajar akan meningkat dengan jumlah masa yang digunakan untuk
belajar. Dari segi penggunaan masa untuk belajar, Keith (1982) mendapati masa yang
digunakan membuat kerja rumah adalah berhubung secara positif dengan gred pelajar di
sekolah menengah. Secara bandingan, Schuman et al (1985), Delucchi, Rohwer dan
Thomas (1987) mendapati tiada perhubungan di antara penggunaan masa untuk belajar
dan pencapaian pelajar.
Kajian oleh Dunn, Cavanaugh, Eberle dan Zenhausern (1982) menunjukkan
pelajar yang menggunakan otak kiri secara dominan memerlukan persekitaran yang
sunyi, cahaya yang terang, reka bentuk yang formal, tabah dan tidak memerlukan
pengambilan makanan secara belajar. Sebaliknya, pelajar yang menggunakan otak kanan
secara dominan, mengutamakan cahaya rendah dan tempat duduk yang tidak formal,
tidak tabah dan biasanya memerlukan pengambilan makanan semasa belajar.
METODOLOGI
Kajian dijalankan bagi mengenalpasti hubungan beberapa pembolehubah yang
dipilih dengan pencapaian akademik pelajar dalam PSPM 1 iaitu :
(i) Ciri-ciri pelajar seperti jantina, jumlah jam belajar dan PNGK.
(ii) Rangsangan pembelajaran pelajar.
(iii) Gaya pembelajaran pelajar.
Pada keseluruhannya, kajian ini merupakan kajian deskriptif dan inferensi kerana
cuba mengenalpasti korelasi di antara jumlah jam belajar dalam seminggu dan gaya
pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Oleh itu, analisis ujian –t dan analisis varians
sehala (ANOVA) digunakan bagi menganalisis dapatan soal selidik bagi kajian ini.
Pemboleh ubah bersandar bagi kajian ini adalah pencapaian akademik, manakala
pemboleh ubah tidak bersandar terdiri daripada faktor demografik (jantina, jumlah jam
belajar seminggu dan PNGK), rangsangan pembelajaran dan gaya pembelajaran. Rajah
menunjukkan kerangka konseptual bagi kajian ini.
Pembolehubah tidak bersandar Pembolehubah bersandar
Demografik
Jantina
Jumlah jam belajar dalam seminggu
Purata Nilai Gred Keseluruhan
Rangsangan
Persekitaran
Fizikal
Emosi
Psikologi
Gaya Pembelajaran
Auditori
Visual
Taktil
Kinestetik
Individu
Kumpulan
Kajian menggunakan kaedah kuantitatif untuk mengumpul data yang diperlukan
untuk menjawab persoalan kajian. Oleh itu, soal selidik merupakan pendekatan yang
digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini. Instrumen yang dibina berpandukan
Learning Style Inventory (Dunn, Dunn dan Price, 1978) dan Perceptual Learning Style
Preference Survey (Reid, 1984). Instrumen terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu :
Bahagian A : Maklumat demografik yang merangkumi maklumat berkenaan jantina,
jumlah jam belajar seminggu dan PNGK.
Bahagian B : Inventori Gaya Pembelajaran yang mengukur keadaan rangsangan yang
digemari semasa pembelajaran.
Bahagian C : Persepsi Pemilihan Gaya Pembelajaran yang mengukur keutamaan gaya
pembelajaran pelajar.
Setiap item bagi Bahagian B dan C mempunyai empat pilihan yang pelajar bulatkan atas
skala 4 poin, iaitu 1 = Sangat Tidak Setuju (STS), 2 = Tidak Setuju (TS), 3 = Setuju (S)
dan 4 = Sangat Setuju (SS).
Data-data dikumpul melalui maklum balas responden terhadap soal selidik yang
diedarkan kepada mereka. Borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar melalui
Pencapaian
Akademik
pensyarah tutoran masing-masing. Persampelan dibuat di kelas-kelas tutoran pada
minggu ke 14 oleh pensyarah tutoran pada 10 minit sebelum kelas berakhir. Daripada
sebanyak 276 soal selidik yang telah diedarkan, hanya 245 (88.77%) daripadanya
dikembalikan. Semua data mentah dikumpul dan diproses dengan menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS 11.5). Statistik deskriptif seperti min,
peratus dan sisihan piawai digunakan untuk menghuraikan skor-skor bagi pembolehubah
yang terdapat di dalam instrumen.
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan pada sampel, berikut ialah latarbelakang responden berdasarkan
faktor jantina, jumlah jam belajar seminggu dan pencapaian akademik berdasarkan purata
nilai gred keseluruhan (PNGK). Ditinjau dari segi faktor jantina, didapati 26.1% terdiri
daripada lelaki dan 73.9% ialah perempuan. (Jadual 1)
Frekuensi Peratus
Lelaki 64 26.1
Perempuan 181 73.9
Jumlah 245 100.0
Jadual 1 : Jantina
Seterusnya, Jadual 2 menunjukkan skor min bagi jumlah jam belajar dalam
seminggu ialah 17 jam seminggu, manakala skor min bagi pencapaian akademik pelajar
berdasarkan purata nilai gred keseluruhan (PNGK) ialah 3.33 (Jadual 3).
N Minimum Maksimum Min Sisihan Piawai
Jam Belajar Seminggu 245 0 49 17.22 0.58
Jadual 2 : Skor Min Jumlah Jam Belajar Seminggu
N Minimum Maksimum Min Sisihan Piawai
GPA 245 1.70 4.00 3.33 0.58
Jadual 3 : Skor Min Pencapaian Purata Nilai Gred Keseluruhan
Jadual 4 menunjukkan skor min persekitaran pembelajaran dengan jantina.
Dapatan kajian menunjukkan pelajar lelaki mempunyai skor min yang lebih tinggi (3.31)
untuk persekitaran yang sunyi daripada skor min pelajar perempuan (3.18), manakala
pelajar lelaki mempunyai skor min yang lebih rendah untuk belajar dalah cahaya yang
terang (3.45) berbanding pelajar perempuan (3.56). Skor min yang lebih tinggi untuk
pelajar lelaki (2.42) juga dicapai untuk persekitaran belajar di tempat yang formal
berbanding dengan skor min pelajar perempuan (2.36)
Persekitaran Pembelajaran
Jantina
Sunyi Cahaya Terang Tempat Formal
Min Sisihan
Piawai
Min Sisihan
Piawai
Min Sisihan
Piawai
Lelaki 3.31 0.69 3.45 0.64 2.42 0.89
Perempuan 3.18 0.72 3.56 0.54 2.36 0.76
Keseluruhan 3.25 0.71 3.51 0.59 2.39 0.83
Jadual 4 : Skor Min Persekitaran Pembelajaran Dengan Jantina
Daripada respon pelajar terhadap rangsangan persekitaran (Jadual 5), didapati
87.3% suka belajar dalam persekitaran yang sunyi, 96.3% suka belajar di bawah cahaya
yang terang, 72.7% suka belajar dalam perekitaran yang sejuk, 81.2% suka belajar di
meja dan 41.7% memilih untuk belajar di perpustakaan.
Rangsangan Persekitaran
Respon
Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%)
Saya suka belajar
dalam persekitaran
yang sunyi
5 (2) 26 (10.6) 124 (50.6) 90 (36.7)
Saya suka belajar
dalam cahaya terang
0 (0) 9 (3.7) 97 (39.6) 139 (56.7)
Saya suka belajar
dalam persekitaran
yang sejuk
7 (2.9) 60 (24.5) 141 (57.6) 37 (15.1)
Saya suka belajar di
meja apabila
mempelajari sesuatu
bahan yang baru atau
rumit
7 (2.9) 39 (15.9) 97 (39.6) 102 (41.6)
Saya suka belajar di
perpustakaan
29 (11.8) 114 (46.5) 83 (33.9) 19 (7.8)
Jadual 5 : Respon Pelajar Terhadap Rangsangan Persekitaran.
Manakala dari rangsangan fizikal (Jadual 6), didapati 69.8% menyukai sesuatu
untuk diminum atau dimakan semasa belajar, 76.3% sangat segar dan produktif pada
waktu awal pagi, 87.4% waktu malam, manakala 27% pada waktu lebih kurang jam dua
petang. Kajian turut mendapati 61.6% pelajar boleh belajar secara berterusan lebih
daripada 20 minit tanpa perlu bangun dan bergerak atau mengambil waktu rehat.
Rangsangan Fizikal
Respon
Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%)
Saya suka
mempunyai sesuatu
untuk diminum atau
dimakan semasa
belajar
9 (3.7) 65 (26.5) 118 (48.2) 53 (21.6)
Saya sungguh segar
dan produktif pada
waktu awal pagi
9 (3.7) 49 (20) 116 (47.3) 71 (29)
Saya sungguh segar
dan produktif pada
waktu malam
3 (1.2) 28 (11.4) 134 (54.7) 80 (32.7)
Saya amat produktif
pada waktu lebih
kurang 2 petang
46 (18.8) 133 (54.3) 57 (23.30) 9 (3.7)
Saya boleh belajar
secara berterusan
lebih daripada 20
minit tanpa perlu
bangun dan bergerak
atau mengambil
waktu rehat.
14 (5.7) 80 (32.7) 101 (41.2) 50 (20.4)
Jadual 6 : Respon Pelajar Terhadap Rangsangan Fizikal
Dari segi rangsangan emosi (Jadual 7), sebanyak 49.4% pelajar mempunyai
masalah belajar dan 53.5% pelajar tidak mempunyai masa belajar yang konsisten.
Manakala peratusan pelajar yang mempunyai keyakinan mencapai kejayaan yang
cemerlang sebanyak 94.3%, 51% pelajar mempunyai perancangan yang sistematik
terhadap pembelajaran dan peratusan pelajar yang sentiasa berusaha keras bagi
matapelajaran yang sukar adalah tinggi, iaitu sebanyak 86.9%..
Rangsangan Emosi
Respon
Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%)
Saya tidak
mempunyai masalah
untuk belajar
16 (6.5) 105 (42.9) 105 (42.9) 19 (7.8)
Saya yakin boleh
mencapai kejayaan
yang cemerlang
1 (0.4) 13 (5.3) 132 (53.9) 99 (40.4)
Saya belajar secara
konsisten sepanjang
masa
7 (2.9) 124 (50.6) 107 (43.9) 7 (2.9)
Saya mempunyai
perancangan yang
sistematik
9 (3.7) 111 (45.3) 113 (46.1) 12 (4.9)
Saya sentiasa
berusaha keras bagi
mata pelajaran yang
sukar
2 (0.8) 30 (12.2) 153 (62.4) 60 (24.5)
Jadual 7 : Respon Pelajar Terhadap Rangsangan Emosi
Rangsangan Psikologi
Respon
Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%)
Saya suka
menghabiskan satu
tugas dahulu
sebelum memulakan
yang lain
2 (0.8) 53 (21.6) 114 (46.5) 76 (31.0)
Apabila
mempertimbangkan
sesuatu maklumat,
saya lebih suka
memfokus kepada
butir-butir secara
terperinci
0 (0.0) 33 (13.5) 153 (62.4) 59 (24.1)
Apabila
mempertimbangkan
sesuatu maklumat,
saya cuba
memahami
gambaran
keseluruhan sebelum
mendapat butir-butir
1 (0.4) 27 (11.0) 153 (62.4) 64 (26.1)
terperinci.
Apabila seseorang
menunjukkan saya
data, saya lebih suka
melihat carta atau
graf
17 (6.9) 122 (49.8) 86 (35.1) 20 (8.2)
Apabila seseorang
menunjukkan saya
data, saya lebih suka
membaca teks yang
meringkaskan
sesuatu keputusan.
5 (2.0) 41 (16.7) 148 (60.4) 51 (20.8)
Jadual 8 : Respon Pelajar Terhadap Rangsangan Psikologi
Gaya Pembelajaran
Jadual 9 menunjukkan skor min gaya pembelajaran untuk lelaki dan perempuan.
Dapatan menunjukkan skor min gaya pembelajaran auditori bagi pelajar lelaki lebih
rendah (3.19) berbanding skor min pelajar perempuan (3.21). Skor min gaya
pembelajaran visual pelajar lelaki lebih tinggi (3.00) daripada skor min pelajar
perempuan (2.95). Untuk gaya pembelajaran kinestatik, skor min pelajar lelaki lebih
rendah (3.03) daripada skor min pelajar perempuan (3.07). Didapati juga skor min gaya
pembelajaran taktil adalah sama bagi lelaki dan perempuan (2.91). Skor min
pembelajaran berkumpulan bagi pelajar lelaki lebih tinggi (2.98) berbanding skor min
pelajar perempuan (2.96), manakala skor min untuk belajar secara individu bagi pelajar
lelaki adalah lebih tinggi (2.97) daripada skor min pelajar perempuan (2.87).
Gaya
Pembelajaran Jantina N Min
Sisihan
Piawai
Auditori Lelaki 64 3.19 0.48
Perempuan 180 3.21 0.40
Visual Lelaki 64 3.00 0.40
Perempuan 180 2.95 0.44
Kinestetik Lelaki 64 3.03 0.44
Perempuan 180 3.07 0.48
Taktil Lelaki 64 2.91 0.46
Perempuan 180 2.91 0.40
Kumpulan Lelaki 64 2.98 0.58
Perempuan 180 2.96 0.58
Individu Lelaki 64 2.97 0.61
Perempuan 180 2.87 0.58
Jadual 9 : Skor Min Gaya Pembelajaran Dengan Jantina
Gaya Pembelajaran Auditori
Respon
Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%)
Saya lebih
memahami sesuatu
apabila pensyarah
memberikan arahan
10 (4.1) 106 (43.3) 129 (52.7)
Saya belajar dengan
lebih baik apabila
seseorang
memberitahu
bagaimana
melaksanakan
sesuatu dalam kelas
1 (0.4) 9 (3.7) 124 (50.6) 111 (45.3)
Saya lebih
mengingati sesuatu
yang saya dengar
dalam kelas daripada
membaca
8 (3.3) 56 (22.9) 106 (43.3) 75 (30.6)
Saya lebih
mempelajari sesuatu
dalam kelas apabila
pensyarah memberi
kuliah
2 (0.8) 38 (15.5) 152 (62) 53 (21.6)
Saya belajar lebih
baik dalam kelas
apabila saya
mendengar
seseorang.
3 (1.2) 44 (18.0) 133 (54.3) 65 (26.5)
Jadual 10 : Respon Pelajar Terhadap Gaya Pembelajaran Auditori
Bagi gaya pembelajaran visual (Jadual 11), didapati 89% bersetuju bahawa
mereka lebih banyak belajar apabila pensyarah menulis di papan putih, 71.8% lebih
mengingati apabila membaca peraturan, 79.6% belajar dengan lebih baik dengan
membaca daripada mendengar seseorang dan 57.2% lebih banyak belajar dengan
membaca buku teks daripada mendengar kuliah.
Gaya Pembelajaran Visual
Respon
Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%)
Dalam kelas, saya
lebih banyak belajar
apabila pensyarah
menulis di papan
putih.
2 (0.8) 25 (10.2) 111 (45.3) 107 (43.7)
Apabila saya
membaca peraturan,
saya lebih
mengingatinya.
5 (2.1) 64 (26.1) 138 (56.3) 38 (15.5)
Saya lebih
memahami apabila
saya membaca
peraturannya.
1 (0.5) 49 (20) 132 (53.9) 63 (21.6)
Saya belajar dengan
lebih baik dengan
membaca daripada
mendengar daripada
seseorang
4 (1.6) 69 (28.2) 119 (48.6) 53 (21.6)
Saya lebih banyak
belajar dengan
membaca buku teks
daripada mendengar
kuliah.
16 (6.5) 89 (36.3) 95 (38.8) 45 (18.4)
Jadual 11 : Respon Pelajar Terhadap Gaya Pembelajaran Visual
Dari konteks gaya pembelajaran kinestatik (Jadual 12), didapati 80.9% responden
bersetuju suka belajar dengan membuat sesuatu dalam kelas, 87.8% belajar lebih baik
apabila membuat sesuatu tindakan dalam kelas, 69.8% seronok belajar dalam kelas
apabila membuatnya dalam bentuk perbentangan, 86.5% memahami sesuatu perkara
dalam kelas apabila memainkan peranan dalam sesi perbentangan dan tugasan. dan
84.8% belajar paling baik dalam kelas apabila menyertai aktiviti-aktiviti yang berkaitan.
Gaya Pembelajaran Kinestetik
Respon
Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%)
Saya suka belajar
dengan membuat
sesuatu di dalam
kelas
5 (2.0) 42 (17.1) 130 (53.1) 68 (27.8)
Saya belajar lebih
baik apabila saya
membuat sesuatu
tindakan dalam
kelas.
1 (0.4) 29 (11.8) 141 (57.6) 74 (30.2)
Saya seronok belajar
dalam kelas apabila
membuatnya dalam
bentuk
perbentangan.
15 (6.1) 59 (24.1) 122 (49.8) 49 (20.0)
Saya boleh
memahami sesuatu
perkara dalam kelas
apabila memainkan
peranan dalam sesi
perbentangan dan
tugasan.
7 (2.9) 26 (10.6) 136 (55.5) 76 (31.0)
Saya belajar lebih
baik dalam kelas
apabila saya boleh
menyertai aktiviti-
aktiviti yang
berkaitan.
5 (2.1) 32 (13.1) 153 (62.4) 55 (22.4)
Jadual 12 : Respon Pelajar Terhadap Gaya Pembelajaran Kinestatik
Bagi gaya pembelajaran taktil (Jadual 13), didapati 70.3% daripada responden
bersetuju bahawa mereka lebih mempelajari sesuatu apabila membuatnya dalam bentuk
peta minda / model, 70.2% belajar dengan lebih baik apabila membuat sesuatu dalam
bentuk projek / tugasan, 49.4% lebih mempelajari sesuatu apabila mereka melukis
semasa belajar, 95.5% cuba menyelesaikan sesuatu masalah dengan mengingati apa yang
telah dipelajari dan 77.5% suka membuat sesuatu untuk tugasan kelas yang diberikan.
Gaya Pembelajaran Taktil
Respon
Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%)
Saya lebih
mempelajari sesuatu
apabila saya
membuatnya dalam
bentuk peta minda /
model.
9 (3.7) 64 (26.1) 129 (52.7) 43 (17.5)
Saya belajar dengan
lebih baik apabila
saya membuatnya
dalam bentuk projek
/ tugasan.
7 (2.9) 66 (26.9) 121 (49.4) 51 (20.8)
Saya lebih
mempelajari sesuatu
apabila saya melukis
semasa belajar.
17 (6.9) 107 (43.7) 97 (39.6) 24 (9.8)
Apabila saya cuba
menyelesaikan
sesuatu masalah,
saya dapat
mengingati apa yang
telah dipelajari
dengan lebih baik
2 (0.8) 9 (3.7) 125 (51) 109 (44.5)
Saya suka membuat
sesuatu untuk
tugasan kelas yang
diberikan.
6 (2.4) 49 (20.1) 149 (60.8) 41 (16.7)
Jadual 13 : Respon Pelajar Terhadap Gaya Pembelajaran Taktil
Bagi gaya pembelajaran secara berkumpulan (Jadual 14), didapati 69.4% daripada
responden bersetuju dapat menyempurnakan lebih banyak kerja apabila bekerja dengan
orang lain, 65.7% lebih banyak belajar dalam berkumpulan, 88.2% dapat belajar dengan
baik apabila bekerjasama dengan rakan lain, 81.2% seronok membuat tugasan dengan
dua atau tiga rakan sekelas dan 73.5% lebih suka belajar dengan rakan yang lain.
Gaya Pembelajaran Berkumpulan
Respon
Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%)
Saya dapat
menyempurnakan
lebih banyak kerja
apabila bekerja
dengan orang lain.
16 (6.5) 59 (24.1) 111 (45.3) 59 (24.1)
Saya lebih banyak
belajar apabila
belajar dalam bentuk
berkumpulan.
17 (6.9) 67 (27.4) 99 (40.4) 62 (25.3)
Dalam kelas, saya
dapat belajar dengan
baik apabila saya
bekerjasama dengan
rakan lain.
3 (1.2) 26 (10.6) 148 (60.4) 68 (27.8)
Saya seronok
membuat tugasan
dengan dua atau tiga
rakan sekelas.
8 (3.3) 38 (15.5) 135 (55.1) 64 (26.1)
Saya lebih suka
belajar dengan rakan
yang lain.
6 (2.4) 59 (24.1) 130 (53.1) 50 (20.4)
Jadual 14 : Respon Pelajar Terhadap Gaya Pembelajaran Kumpulan
Jadual 15 menunjukkan respon pelajar terhadap gaya pembelajaran secara
individu. Dapatan menunjukkan 87.8% daripada responden bersetuju mereka lebih
mengingati sesuatu perkara apabila belajar bersendirian, 80.4% lebih mempelajari
sesuatu apabila belajar bersendirian, 53.8% belajar lebih baik apabila bersendirian, 51.4%
suka membuat projek bersendirian dan 58.4% lebih suka kerja bersendirian.
Gaya Pembelajaran Individu
Respon
Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%) Frekuensi (%)
Saya lebih
mengingati sesuatu
perkara apabila
belajar secara
bersendirian.
3 (1.2) 27 (11) 105 (42.9) 110 (44.9)
Apabila saya belajar
sendiri, saya lebih
mempelajari sesuatu.
4 (1.6) 44 (18) 118 (48.2) 79 (32.2)
Dalam kelas, saya
belajar dengan lebih
baik apabila
melakukannya
secara bersendirian.
8 (3.3) 105 (42.9) 93 (38) 39 (15.8)
Saya lebih suka
membuat tugasan
yang diberikan
secara bersendirian.
14 (5.7) 105 (42.9) 82 (33.4) 44 (18)
Saya lebih suka kerja
bersendirian
17 (6.9) 85 (34.7) 86 (35.1) 57 (23.3)
Jadual 15 : Respon Pelajar Terhadap Gaya Pembelajaran Individu
Ujian Hipotesis
Perbezaan Di Antara Jantina dan Rangsangan Pembelajaran
Penyelidik telah menggunakan kaedah ujian-t untuk menguji perbezaan antara
jantina dan rangsangan pembelajaran. Nilai positif menunjukkan pelajar lelaki dan
perempuan dirangsangkan oleh faktor persekitaran dan fizikal dalam pembelajaran
mereka. Oleh itu, hipotesis 1 (H01) yang menyatakan tidak terdapat perbezaan di antara
jantina dan rangsangan pelajar diterima.
Jantina
Rangsangan Pembelajaran t Df Sig. Perbezaan Min
Persekitaran .210 242 .834 .0115
Fizikal 1.252 242 .212 .0693
Emosi .792 242 .429 .0492
Psikologi -.683 242 .495 -.0394
Jadual 16 : Jadual Ujian-t Jantina dan Rangsangan Pembelajaran
Perbezaan Di Antara Jantina Dan Gaya Pembelajaran
Hipotesis kedua (H01) kajian cuba menguji perbezaan di antara faktor jantina dan
gaya pembelajaran pelajar. Nilai negatif menunjukkan gaya pembelajaran pelajar lelaki
adalah kurang auditori, kinestetik dan taktil berbanding dengan pelajar perempuan,
manakala dari segi skor gaya pembelajaran secara individu dan visual, pelajar lelaki
adalah lebih tinggi skornya daripada pelajar perempuan (Jadual 17). Oleh itu, hipotesis
kedua (H02) yang menyatakan tidak ada perbezaan di antara faktor janitna dengan gaya
pembelajaran dapat diterima.
Jantina
Gaya Pembelajaran t Df Sig. Perbezaan Min
Auditori -.263 242 .793 -.0160
Visual .761 242 .447 .0478
Kinestetik -.454 242 .650 -.0312
Taktil -.014 242 .989 -.0008
Kumpulan .176 242 .860 .0150
Individu 1.149 242 .252 .0978
Jadual 17 : Perbezaan Di Antara Jantina Dan Gaya Pembelajaran
Perhubungan Di Antara Jumlah Jam Belajar Seminggu Dengan Pencapaian
Akademik Pelajar
Hipotesis 3 (H03) dalam kajian ini mengkaji perhubungan di antara jumlah jam
belajar dalam seminggu dengan pencapaian akademik pelajar. Untuk menguji hipotesis
ini, Ujian Korelasi Pearson telah digunakan. Hasil ujian menunjukkan tidak terdapat
perhubungan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut. Hubungan antara
kedua pemboleh ubah adalah sangat lemah, iaitu nilai korelasi ialah 0.135 (Jadual 18).
Oleh itu, hipotesis 3 (H03) yang menyatakan tidak terdapat perhubungan di antara jumlah
jam belajar dalam seminggu dengan pencapaian akademik pelajar tidak dapat ditolak.
Pembolehubah PNGK
Jumlah Jam Belajar Seminggu Korelasi .135
Sig. .34
N 2.45
Jadual 18 : Perhubungan Di Antara Jumlah Jam Belajar Seminggu Dengan Pencapaian
Akademik Pelajar.
Perhubungan Di Antara Rangsangan Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik
Pelajar.
Bagi Hipotesis 4 (H04), hasil ujian menunjukkan terdapat hubungan yang kuat
diantara rangsangan pembelajaran persekitaran dengan pencapaian akademik.
Walaubagaimanapun, terdapat hubungan yang lemah dan positif di antara faktor fizikal,
emosi dan psikologi dalam pencapaian akademik pelajar. (Jadual 19)
Pembolehubah PNGK
Persekitaran Korelasi 1
Sig. .
N 245
Fizikal Korelasi .178
Sig. .005
N 245
Emosi Korelasi .297
Sig. .000
N 245
Psikologi Korelasi .240
Sig. .000
N 245
Nota : Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01
Jadual 19 : Perhubungan Rangsangan Pembelajaran Dengan PNGK
Perhubungan Di Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar
Hipotesis 5 (H05) menunjukkan tidak terdapat perhubungan di antara gaya
pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Hasil ujian menunjukkan tidak
terdapat perhubungan di antara gaya pembelajaran auditori, visual, kinestetik dan taktil
dengan pencapaian akademik pelajar. Walaubagaimanapun, terdapat hubungan yang
lemah di antara gaya pembelajaran berkumpulan dan individu dengan pencapaian
akademik, di mana nilai korelasi ialah -0.240 dan 0.185 pada paras signifikan 0.01
(Jadual 20).
Pembolehubah PNGK
Auditori Korelasi .059
Sig. .360
N 245
Visual Korelasi .059
Sig. .357
N 245
Kinestetik Korelasi -.097
Sig. .128
N 245
Taktil Korelasi -.094
Sig. .143
N 245
Kumpulan Korelasi -.240
Sig. .000
N 245
Individu Korelasi .185
Sig. .004
N 245
Nota : Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01
Jadual 20 : Perhubungan Gaya Pembelajaran Dengan PNGK
RUMUSAN
Sebagai kesimpulan daripada kajian yang dilakukan, pengkaji telah menjawab
setiap persoalan dan menguji hipotesis-hipotesis yang telah dikemukakan. Pada asasnya,
pelajar yang memperolehi pencapaian akademik yang baik selalunya mempunyai gaya
pembelajaran yang berkesan (McCaulley dan Nater, 1980 ; Miller, Always dan
McKinley, 1987). Selain itu, rangsangan pembelajaran juga turut diambilkira dalam
menentukan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Jadual 19 dan 20
menunjukkan penerimaan dan penolakan hipotesis daripada kajian yang telah dijalankan.
Kesimpulannya, dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar, para pensyarah perlu
mengenalpasti ciri-ciri pelajar, rangsangan pembelajaran dan gaya pembelajaran yang
menjadi amalan pelajar bagi membantu dan meningkatkan pencapaian akademik mereka.
Oleh yang demikian, elemen kerjasama di antara pihak pengurusan kolej, pensyarah dan
kaunselor amat penting bagi memastikan kecemerlangan pelajar. Di pihak pengurusan
kolej khususnya, hendaklah memperbaiki dan menambahbaikan budaya persekitaran
pembelajaran yang sedia ada. Selain itu, bagi pensyarah, amalan pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian dengan ciri-ciri pelajar, rangsangan dan gaya
pembelajaran pelajar hendaklah diambil kira. Akhirnya, pihak kaunselor perlu
mengenalpasti dan mengadakan program-program yang dapat memberi pendedahan
kepada pelajar tentang corak pembelajaran yang sebenar. Akhirnya, jika semua pihak
bekerjasama dan menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing, tidak mustahil
matlamat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek akan tercapai, selaras
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.