kajian keberkesanan projek pembangunan estet padi di kelantan papers/pert vol... · universiti...

8
Pertanikal4(l),lll-118(1991) Kajian Keberkesanan Projek Pembangunan Estet Padi di Kelantan MOHD GHAZALI MOHAYIDIN WAN AZAHARI WAN HARUN Jabatan Ekonomi Pertanian Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Pertanian Malaysia 43400 UPM, Serdang, SelangorDarulEhsan, Malaysia. Kata Petunjuk: Estet padi, sebelum dan selepas projek, analisis faktor, inovasi baru, pendapatan, tanggapan. ABSTRAK Salah satu strategi yang telah diamalkan oleh kerajaan bag, meningkatkan produktiviti dan pendapatan petani ialah melaluipenanaman padi secara komersialdan besar-besaran (ala estet). Kajian ini bertujuan meninjau dan menilai keberkesanan perlaksanaan strategi berkenaan bagi Projek Perintis KADA II. Data-data primeryang digunakan diperolehi melalui temuduga dengan para peserta projek. Kaedah analisis faktor telah digunakan untuk menilai keberkesanan projek dalam mencapai objektif-objektifnya. Walaupun projek berkenaan belum dapat mencapai mat la mat asnlnya, para petani merasakan projek tersebut berkesan dari segi menambahkan pendapatan dan berupaya menyedarkanpetani supaya menggunakan inovasi-inovasi baru dalam kegiatanpertanian mereka. ABSTRACT One ofthe strategies adopted by the government to increase productivity and subsequently farmers 'income is to encourage the commercial cultivation of paddy on a relatively large area (estate-type). This study investigates and evaluates the effec- tiveness of this strategy in the KADA II Pilot Project. The primary data used in this study was collected by interviewing the project participants. Factor analysis was used to evaluate the effectiveness of the project in meeting its objectives. Though the project has not achieved its initial targets, thefarmers are of the opinion that the project has been effective in raising their income and in creating an awareness among them to use new innovations in their farming activities. PENGENALAN Walaupun penanaman padi merupakan sektor terpenting dari segi keluasan tanaman dan penggunaan tenaga kerja, sektor ini menghadapi pelbagai masalah seperti saiz sawah yang tidak ekonomikdan produktiviti yang rendah. Dalam tempoh 1960-1974 pengeluaran padi didapati telah meningkat setiap tahun, tetapi se- menjak tahun 1975 pengeluarannya telah men- urun. Fenomena ini mungkin berpunca daripada kurangnya minat masyarakat terhadap sektor tra- disional, yang secara umumnya dianggap sebagai scktoryang memberi pulangan yang rendah. Hal inidapatdilihatdenganbertambahnyatanah sawah terbiardi seluruh negara. Bagi mencapai matlamat pembangunan sektor pertanian amnya dan sektor perusahaan padi khususnya, maka kerajaan telah nielancarkan program pembangunan berdasarkan kepada konsep pembangunan kawasan pertanian yang disatukan di bawah Rancangan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP). Objektif umum kajian ini ialah untuk menin- jau dan menilai keberkesanan strategi pem- bangunan pertanian bagi sektor padi di bawah Rancangan Pembangunan Pertanian Bersepadu. Matlamat utama perlaksanaan projek pem- bangunan di bawah IADP ialah untuk mengga- lakkan petani menanam secara komersial bagi meningkatkan peratus kecukupan beras negara dalam strategi pembangunan pertanian yang ber- orientasikan gantian import. Oleh sebab per- laksanaan IADP melibatkan banyak kawasan, kemungkinan perlaksanaannya hanya berkesan di sesetengah tempat dan tidak di tempat yang lain; terutamadari segi penerimaan petani, peningkatan hasil dan kos pembangunan yang terpaksa dibe- lanjakan. Oleh itu kajian ini akan cuba mengenal pasti masalah-masalah yang timbul akibat per- laksanaan projek berkenaan dan seterusnya mengemukakan cadangan bagi mengatasi masalah tersebut.

Upload: lamdan

Post on 11-Jul-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pertanikal4( l ) , l l l -118(1991)

Kajian Keberkesanan Projek Pembangunan Estet Padi di Kelantan

MOHD GHAZALI MOHAYIDINWAN AZAHARI WAN HARUN

Jabatan Ekonomi PertanianFakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Pertanian Malaysia43400 UPM, Serdang, SelangorDarulEhsan, Malaysia.

Kata Petunjuk: Estet padi, sebelum dan selepas projek, analisis faktor, inovasi baru, pendapatan, tanggapan.

ABSTRAK

Salah satu strategi yang telah diamalkan oleh kerajaan bag, meningkatkan produktiviti dan pendapatan petani ialahmelaluipenanaman padi secara komersialdan besar-besaran (ala estet). Kajian ini bertujuan meninjau dan menilaikeberkesanan perlaksanaan strategi berkenaan bagi Projek Perintis KADA II. Data-data primeryang digunakandiperolehi melalui temuduga dengan para peserta projek. Kaedah analisis faktor telah digunakan untuk menilaikeberkesanan projek dalam mencapai objektif-objektifnya. Walaupun projek berkenaan belum dapat mencapaimat la mat asnlnya, para petani merasakan projek tersebut berkesan dari segi menambahkan pendapatan dan berupayamenyedarkanpetani supaya menggunakan inovasi-inovasi baru dalam kegiatanpertanian mereka.

ABSTRACT

One of the strategies adopted by the government to increase productivity and subsequently farmers 'income is to encouragethe commercial cultivation of paddy on a relatively large area (estate-type). This study investigates and evaluates the effec-tiveness of this strategy in the KADA II Pilot Project. The primary data used in this study was collected by interviewingthe project participants. Factor analysis was used to evaluate the effectiveness of the project in meeting its objectives.Though the project has not achieved its initial targets, the farmers are of the opinion that the project has been effectivein raising their income and in creating an awareness among them to use new innovations in their farming activities.

PENGENALAN

Walaupun penanaman padi merupakan sektorterpenting dari segi keluasan tanaman danpenggunaan tenaga kerja, sektor ini menghadapipelbagai masalah seperti saiz sawah yang tidakekonomikdan produktiviti yang rendah.

Dalam tempoh 1960-1974 pengeluaran padididapati telah meningkat setiap tahun, tetapi se-menjak tahun 1975 pengeluarannya telah men-urun. Fenomena ini mungkin berpunca daripadakurangnya minat masyarakat terhadap sektor tra-disional, yang secara umumnya dianggap sebagaiscktoryang memberi pulangan yang rendah. Halinidapatdilihatdenganbertambahnyatanah sawahterbiardi seluruh negara. Bagi mencapai matlamatpembangunan sektor pertanian amnya dan sektorperusahaan padi khususnya, maka kerajaan telahnielancarkan program pembangunan berdasarkankepada konsep pembangunan kawasan pertanianyang disatukan di bawah Rancangan Pembangunan

Pertanian Bersepadu (IADP).Objektif umum kajian ini ialah untuk menin-

jau dan menilai keberkesanan strategi pem-bangunan pertanian bagi sektor padi di bawahRancangan Pembangunan Pertanian Bersepadu.Matlamat utama perlaksanaan projek pem-bangunan di bawah IADP ialah untuk mengga-lakkan petani menanam secara komersial bagimeningkatkan peratus kecukupan beras negaradalam strategi pembangunan pertanian yang ber-orientasikan gantian import. Oleh sebab per-laksanaan IADP melibatkan banyak kawasan,kemungkinan perlaksanaannya hanya berkesan disesetengah tempat dan tidak di tempat yang lain;terutamadari segi penerimaan petani, peningkatanhasil dan kos pembangunan yang terpaksa dibe-lanjakan. Oleh itu kajian ini akan cuba mengenalpasti masalah-masalah yang timbul akibat per-laksanaan projek berkenaan dan seterusnyamengemukakan cadangan bagi mengatasi masalahtersebut.

MOHD. GHAZALI MOHAYIDIN DAN WAN AZAHARI WAN HARUN

METODOLOGI

Kajian ini dijalankan ke atas petani-petani yangmenyertai projek perintis Program IADP bagikawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu(KADA). Seramai 80orang responden telah dipilihdari kalangan 656 pescrtaestetpadi yang berdaftardengan KADA dan menjadi ahli PertubuhanPeladang Kawasan. Responden berkenaan dipilihdengan menggunakan kaedah persampelan rawakmudah.

Untukmendapatkan data dan maklumat yangdiperlukan, satu soal selidik telah dibentuk me-rangkumibutir-butirtentangsosioekonomi,per-bezaan hasil dan pendapatan sebelum dan selepasmenvertai projek, sumbangan pendapatan luarladang, pandangan dan sikap petani terhadapprojek yang diiaksanakan serta maklumat-mak 1 umat lain yang berkaitan. Pengumpulan datadilakukan melalui temuduga.

Analisis faktor digunakan bagi menentukanwujudnyakorelasi faktor mengenai pandangan dantanggapan petani tentang keberkesanan projekpembangunan pertanian berkenaan. Walaupunterdapat beberapa teknik analisis yang bolehdigunakan, analisis faktor didapati paling sesuaibagi mendapatkan satu set angkubah di kalanganangkubah-angkubah yang mempunyaikorelasi yanglinggidi antara satu sama lain. Dalamkeadaan ini,analisisregresi tidakberupayamemberikeputusanyang tepat (Kim dan Mueller 1978). Selain daridisiplin-disiplinsosiologidanantropologi (Forslund1980), politik (Kim, Nie dan Verba 1977) danpendidikan (Verlicer 1975), teknik analisis faktorjuga telah digunakan dengan berkesan dalambidang ekonomi dan pengurusan termasuk pe-masaran (Stewart 1981;Kenneth 1983).

Model asas analisis faktor ialah seperti berikut:

Z = a.. F. + a,, F(, + ... a. F + d.U., j = l,2,..,n

di manaZ = angkubahj dalam bentuk terpiawai;F. = faktor hipotesis, i = 1,2,..., m;U = faktor unik untukangkubahj;a.. = koefisien regresi berganda piawai untuk

angkubahj atas faktor i; dand = koefisien regresi terpiawai untuk angkubahj

atas j faktor unik, j .

Korelasi di antara angkubah yang menjadi hipo-tesis ialah seperti berikut:

r(R, U.) = 0; i = 1, 2, ...n; j = 1,2, .,., n; dan i =j

r(U.,Uk)=0;j=k

Antara angkubah-angkubah yang dijangka dapatjmenentukan keberkesanan projek estet padi bagikajian ini ialah peningkatan kepada taraf hiduplpetani, peningkatan kepada tahap pengeluaran,penambahan kepada peluang pekerjaan, pe.|nerimaan teknologi baru, penggunaan input perJtanian yang baru, peningkatan kepada aktivitijpengembangan dan latihan, peningkatan kepadaaktiviti pemasaran, dan peningkatan kepadakecekapan sistem pengeluaran. Angkubah-angkubah ini dipilih berdasarkan matlamat sertaobjektif projek tersebut.

Teknikanalisisfaktordidapati boleh meringkas-kan pengaruh angktibah-angkubah hingga kepadasatu set komponen atau faktor yang lebih kecil. Iajuga dapat digunakan bagi mengenalpasti dimensiberasingan bagi angkubah yang diukur, denganmenentukan faktor bebanan bagi setiap angkubahuntuk setiap faktor. Keadaan ini membolehkJangkubah-angkubah pentingdikenal pasti berdasar-kan dimensi yang ditentukan.

Kriteria 'varimax' putaran 'ortogonal' diguna-kan untuk memudahkan pengenalpastian faktor-dan ia telah diterima umum sebagai satu teknikjyang baik dalam menganalisis putaran orthoga

PENERIMAAN PETANI TERHADAP PROJEKPRINTIS KADA II

Perlaksanaan Projek Perintis KADA II me 1 ibatkankegiatan-kegiatan seperti merata tanah, membuatjalan ladang, menyediakan perparitan, menyusunsemulalot tanah dan membahagikan semula lot-lottersebut. Wa 1 aupun perbelanjaan serta peralatanditanggungoleh pihak KADA, persetujuan daripadatuan tanah diperlukan terlebih dahulu. Untukmemberi kefahaman, seterusnya memperolehpersetujuan dan tandatangan pemilik, pihak KADAmengadakan lawatan, perjumpaan dan penerangankepada petani-petani yang terlibat. Ia bukanlahtugas yang mudah kerana pemikiran petani agakkonservatifdisebabkan usiayang lanjutdan tahappendidikan mereka yang rendah. Setelah dialogdi 1 akukan beberapa kali, barulah projek berkenaandapatdijalankan. Sebanyak 96.2% petani bersetujudengan ketetapan yang melibatkan kegiatankegiatan merata tanah, pembinaan jalan ladang.sistem perparitan dan penyusunan semula lot tanahBilangan yang tidak bersetuju dengan ketetapantersebut hanya 3.8%. Mengenai pembahagiarsemulalottanah,hanya91.2% petani memberikan

Untuk perbincangan terperinci, rujuk kepada Jae-On(1975) dan Jae-On Kim dan Charles W. Mueller (1978)

112 PERTANIKA VOL. 14 NO. 1, 1991

KAJIAN KEBERKESANAN PROJEK PEMBANGUNAN ESTET PADI DI KELANTAN

persetujuan.Walaupun sebi langan kecil pe tan i tidak

bersetuju tentang perkara t e r t en tu yang te rdapa tdalam konsep p tnya tuan tanah , hampi r kesemuayang terlibat dalam Projek Perintis KADA IIbersetuju dengan konsep projek secarakeseluruhan. Cara penerimaan projek di kalanganpetani didapati berbeza-beza. Keadaan tersebutwujud berpunca daripada perbezaan kefahamanpetani, pengaruh orang lain atau paksaan. Pega-wai-pegawai KADA, penghulu (ketua kampung),Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) danorang perseorangan yang berpengaruh didapatipenting dalam memberi penerangan untuk mem-pengaruhi sikapdan tanggapan petani. Terdapatsebilangan kecil petani yang menyertai projekkerana desakan apabila mendapati jiran-jiranmereka menerima projek tersebut. Kaedah peneri-maan petani terhadap perlaksanaan projek dapatdilihat dalam Jadual 1.

JADUAL 1Taburan mengenai kaedah penerimaan petani

terhadap projek

55.0

12.532.5

PENCAPAIAN SERTA KEYAKINAN PETANITERHADAP PROJEK

Pencapaian matlamat dan objektif per lu diberipenekanan dalam menilai keberkesanan projek.Penilaian perlu kerana projek berkenaan telahmenelan belanja yang banyak dan dijangkamemberikan faedah kepada sebilangan besarkeluarga tani. Kos projek IADP di kawasan KADAdalam Rancangan Malaysia Keempat ialah $114juta dan dalam Rancangan Malaysia Kelima $57juta. Ianya melibatkan kawasan projek se 1 uas 60,438hektar dan dijangka 45,000 keluarga petani akanmenikmati faedah daripada projek tersebut. Kospembangunan bagi projek IADP di kawasan KADAialah $3,153 sehektar dan kos pembangunankeluarga ialah $3,799 bagi setiap keluarga(Rancangan Malaysia Keempat, 1984).

Kemudahan InfrastruklurPewujudan serta peningkatan kepada kemudahaninfrastruktur boleh dianggap sebagai salah satu ciri

Cara penerimaan

Dengan kefahamansendiri

Dipengaruhiolehorang lain

Paksaan

Bil.petan(N-8O)

44

1026

keberkesanan projek. Selain memudahkanperlaksanaan aktiviti utama iaitu pengeluaran hasilpertanian, petani juga akan dapat menikmatikemudahan kemudahan sepertijalan ladang, taliairdan sistem perparitan yang sistematik. Jadual 2menunjukkan pencapaian perlaksanaan kemudah-an infrastruktur di dalam kawasan projek.

JADUAL2Kepadatan jalan ladang, tali air dan perparitan

di dalam kawasan projek

Perkara Sebelum Matlamat Pencapaianprojek projek masakini

(% kawasan) (% kawasan)

Kepadatanjalan ladang

Kepadatantaliair

(meter/hektar)

Kepadatanperparitan

(meter/hektar)

tiadamaklumat

tiadamaklumat

tiadamaklumat

60.0

60.0

60.0

29.0

20.0

10.5

Sumber: Laporan Kemajuan IADP, KementerianPertanian Malaysia (1987)

Pengeluaran PadiPerubahan kepada pengeluaran padi diperolehdengan membandingkan hasil bersih padi sebelumprojek dengan selepas projek (Jadual 3). Hasilkajian mendapati pengeluaran sebelum per-laksanaan projek berada di antara 0 hingga 4,000kilogram dengan purata hasil sebanyak 970

kilogram . Selepas projek didapati pengeluaranberada di antara 150 hingga 4,250 kilogram, danpurata keluaran ialah 1,312.5 kilogram.

JADUAL3Taburan pengeluaran padi seluruh sawah semusim

Sebelum projekPengeluaran

Kurang daripada625 kg625-1250 kg1250-1875 kg

Lebih daripada1875 kg

Bilanganpetani

34266

14

80

(%)

47.532.5

7.5

17.5

100.0

Selepas projek

Bilanganpetani (%)

14 17.5035 43.7517 21.25

14 17.50

80 100.0

2 Kuantiti keluaran adalah untuk seluruh sawah petani.Keluasan tanah petani yang terletak di dalam kawasan projekberada dalam lingkungan 0.08 hektar sehingga 1.92 hektar.Keluasan purata ialah 0.4 hektar.

PERTANIKAVOL. 14NO.1, 1991 113

MOHD.GHAZAU MOHAYIDIN DAN WAN AZAHARI WAN HARUN

Perbandingan pengeluaran hasil padi per hektarantara sebelum dan .sdepas projek serta mathimatprojek dapat dilihat dalam Jadual 4. Hasil padi perhektar sebelum projek ialah 48.6% daripadamatlamat projek. Setelah projek diusahakan hasi 1telah meningkat kepada 76.1%.

JADUAL 4Purata pengeluaran padi per hektar

Perkara Sebelum Matlamat Selepasprojek projek projek

Pengel uaran padi(tan/hektar)

Sisihan piawai(tan/hektar)

Peratusan daripadamatlamat

2.14

2.68

48.64

4.40 3.35

2.82

76.14

Perbezaa ti Pen da pa ta n Pet a u i da la m Projek

Pendapatan kasar hasil padi untuk kesehu uhansawah juga digunakan bagi meni 1 ai keberkesananprojek. Perbandingan dijalankan antara pen-dapatan kasar sebelum dan selepas projek. Hasi]kajian mendapati pendapatan sebelum projekberada dalam lingkungan $0.00 hingga $2,500.00dengan purata pendapatan semusim $547.00 bagiseorang petani. Selepas projek, pendapatan petanimeningkatsebanyak 37.48% dengan pendapatanpurata $752.00 semusim bagi seorang petani(Jadual 5).

JADUAL5Taburan pendapatan kasar padi semusim

untuk seluruh sawah

PendapatanSebelum projek Selepas projek

Bilanganpetani

Bilanganpetani

Kurang daripada$400 43 53.75 23 28.75$400-$800 19 23.75 33 41.25$800-$1200 6 7.50 13 16.25

Lebih daripada$1200 12 If).00 11 13.72

Purata pendapatanSisihan piawai

Peratus perubahan

80

S547$716

100,00

.00

.00

37.

80

48

$650

100.00

.00

.00

Tahap Keyakinan PetaniTahap keyakinan petani amat penting dalammengukur tanggapan petani terhadap kesanperlaksanaan IADP. Faktor-faktor yang dikajjmerangkumi keberuntungan projek, kebolehandan kemahiran pegawai-pegawai KADA yangmenjalankan aktiviti-aktiviti pengembangan, danprestasi projek sebagai satu sistem yang dapatdimajukan sebagai perladangan komersil. Majoritipetani didapati mempunyai keyakinan (yakindansangat yakin) tentang ketiga-tiga aspek yangdikemukakan kepada inereka (Jadual 6).

JADUAL6Peratus petani yang menyuarakan tahap keyakinan

mereka terhadap projek

Tahap Keberuntungankevakinan

Sangat yakinYakinTidak pastiTidak yakinSangat tidak

yakin

16.2550.0030.00

3.75

0

100.0

Aktiviti Perladanganpengembangan komersial

20.067.512.50

()

100.0

11.2542.541.25

5.0

0

100.0

HarapanPetaniWalaupun sebahagian besar petani berkeyakinanterhadap kejayaan projek, mereka tetapmengharapkan pihak KADA membahagikansemula lot tanah kepada keadaan asal seperti yangdijanjikan. Mereka tidak berpuas hati denganmasalah teknikal seperti penilaian tanah bagiurusanjualbeli dan pewarisan .Justeru itu, apabiladiajukan soalan tentang harapan petani terhadapprojek, didapati 22.5% mengharapkan KADAmeneruskan atati mengambil alih pengurusantanaman padi, 68.8% ingin mengusahakan tanamanmereka secara bebas seperti sebelum projek, dan8.7% ingin mengusahakan sendiri tetapimemerlukan pengawasan dari pihak KADA.

ANALISIS FAKTOR

Teknik analisis faktor telah digunakan untukmenilai tanggapan petani tentang keberkesananIADP menjalankan Projek Perintis KADA II.Beberapa soalan diajukan kepada responden bagitujuan mendapatkan pandangan serta tanggapanmereka tentang keberkesanan projek. Soalan-soalan tersebut termasuklah samaada projek vangdisertai itu berkesan dalam meninggikan tarafhidup, meninggikan hasil pengeluaran, menyedia-

114 PERTANIKAVOL. 14NO.1, 1991

KAJIAN KEBERKESANAN PROJEK PEMBANGUNAN ESTET PADI DI KEIANTAN

JA0UAL7Matrik korelasi faktor

Angkubah X | X9 V

1 .()()()().6527

.2929

.4142

.4006

.0090

.6527

1.0000

.4202

.4227

.2849

.0928

.2929

.4202

1.0000

.3996

.3048

.2301

.4142

.4227

.3996

1.0000

.6476

.1991

.4006

.2849

.3048

.6476

1.0000

.3057

.0090

.0978

.2301

.1991

.3057

1.0000

kan peluang pekerjaan, meningkatkan peneri-maan teknologibaru,meningkatkan penggunaaninputpertanian yang baru dan menyediakan aktivitipengembangan dan latihan. Soalan-soalan yangdikemukakan menggunakan lima kategori skalayaflg tersusun iaitu daripada skala sangat berkesankepada sangat tidak berkesan.

I'ntuk kajian ini prinsip komponen analisisfaktordengan putaran 'ortogonal1 telah digunakan.Bagi menyen an gkan penggunaan, makaangkubah-angkubah yang digunakan ditukar kepada X , ,

X.sepertiberikut:

Xj = membantu meninggikan taraf hidup,

X9 = meninggikan basil pengeluarantanaman,

X,? = menyediakan peluang pekerjaankepada keluarga dan penduduksetempat,

X4 = menerima teknologi baru,

XL = menerima input-input pertanian baru,dan

X6 = menyediakan aktiviti pengembangandan latihan.

Pekali matrik korelasi dan komunaliti jangkaanbagi setiap angkubah dalam sampel ditunjukkandalamjadual 7 dan 8.

JADUAL8Komunaliti jangkaan bagi setiap

angkubah dalam sampel

Angkubah

XI

X2

X3

X4

X5

X6

Komunaliti jangkaan

0.49605

0.89504

0.25720

0.59597

0.73339

0.12081

Selepas memasukkan komunaliti jangkaan dalampepenjuru utama bagi matrik korelasi, penyelesaianfaktor yang terlibat adalah merujuk kepadagabungan nilaieigen dan vektoreigen.

Jumlah nilai eigen yang dihasilkan sama de-ngan bilangan angkubah yang digunakan. Nilaieigen yang terbesar mewakili jumlah bahagianvarians yang terbesar, nilai eigen yang kedua ter-besar mewakili jumlah bahagian varians yang keduabesarnya dan begitulah seterusnya. Ini dapat dilihatdalamjadual 9.

JADUAL9Keputusan analisis komponen faktor

Bil. faktor

123456

Nilaieigen

2.785211.125880.799460.648380.373460.26761

% varians

46.418.813.310.86.24.5

Timbunan ' <vanans

46.465.278.589.395.5100.0

Faktor 1 mempunyai nilai eigen 2.78521, fak-tor 2 nilai eigennya 1.12588 dan seterusnya hinggafaktor 6 dan nilai eigen ini jika dijumlahkan ber-samaan dengan 6 iaitu sama dengan jumlahangkubah yang digunakan.

Dalam kajian ini teknik SPSS 'default'1 telahdigunakan bagi menentukanfaktoryangdisimpanseperti yang dilihat dalamjadual 9, di mana hanyadua faktor sahaja yang disimpan iaitu yang mempu-nyai nilai eigen lebih daripada 1.0. Keputusananalisis faktor yang dijalankan berdasarkan pu-taran 'varimax' dapat dilihat dalam Jadual 10.

3 SPSS 'default' menyimpan faktor yang mempunyai nilaianeigen lebih daripada 1.0. Dengan menggunakansubpengatucaraan 'FACTOR1 dalam pengaturcaraan SPSSbagi analisis faktor, maka ia secara automatik akanmenghapuskan semua faktor yang mempunyai nilai eigenyang kurang daripada 1.0.

PERTANIKA VOL. 14 NO.l, 1991 115

Putaran

Angkubah

x ,

x,

XK

X 4

X 5

X 6

Faktor

1

2

MOHD. GHAZALl MOHAV1DIN DAN WAN AZAHARl WAN HARUN

JADUAL10'Varimax' matrik faktor bagi tanggapan peserta terhadap keberkesanan projek

Perkara

meninggikan tarafhidup

meninggikan hasiltanaman

menyediakan banyakpeluangpekerjaan

penerimaanteknologi baru

penerimaan inputbaru

aktivitipengembangan

NilaiEigen

2.78521

1.12588

Skor

sangatberkesan

sangatberkesan

berkesan

, sangatberkesan

sangatberkesan

berkesan

Beban1

.66166

.99569

.32956

25343

.04139

-.05798

%Varians

46.4

65.2

faktor2

.08650

-.12751

.26609

.62512

83712

.36938

Terdapat dua faktor yang menerangkan 65.2%jumlah keseluruhan varians. Faktor-faktor yangwujud dapat diterangkan berdasarkan corak kri-teriamenurun. Faktor-faktorditentukan berdasar-kan corak pembebanan faktor (factor loading) dimana pembebanan (loading) tertinggi diberikeutamaan.

Berdasarkan analisis faktor ke atas data-data

yang berhubung dengan tanggapan petani menge-

nai keberkesanan projek, didapati hanya angkubah-

angkubah XL, X^, X4 ,danX5menjadikomponen

f aktor-faktor yang terpen ting.Berdasarkan kepadajadual 11, faktor 1 yang

dikenal pasti sebagai perubahan pendapatanmenunjukkan jumlah varians sebanyak 46.4%.

JADUAL11Perubahan pendapatan

Faktormeninggikan hasil pengeluaran tanam-an dan taraf hidup petani mempunyai bebanantertinggi iaitu 0.996 dan 0.662. Oleh itu padatanggapan petani projek ini berkesan dari segimenambah pendapatan mereka. Kesan projekten tang perkara ini dapat dibuktikan olehpengeluaran hasil per hektar yang telah bertambahdari 2.14 kepada 3.35 tan (Jadual 3).

Faktor 2, yang dikenalpasti sebagai inovasipeftanian, memberikan jumlah varians sebanyak18.8%. Faktor inovasi pertanian ialah untukangkubah penerimaan input baru pertanian danpenerimaan teknologi baru yang masing-masingmempunyai bebanan 0.837 dan 0.625 (Jadual 12).

JADUAL 12Inovasi pertanian

Angkubah Bebanan Perkara Skor

Angkubah Bebanan Perkara Skor

X2 0.996 Meninggikan hasil Sangattanaman berkesan

X3 0.662 Meninggikan taraf Sangathidup berkesan

Nilaieigen = 2.78521Peratus = 46.4%

Timbunanpera tusvar i ans = 46.4%

X. 0.837 Penerimaan input Sangatpertanian baru berkesan

X4 0.625 Penerimaan teknologi Sangatbaru berkesan

NilaieigenPeratus variansTimbunan peratus

varians

= 1.12588= 18.8%

= 65.2%

116 PERTANIKAVOL. 14NO.1, 1991

KAJIAN KEBERKESANAN PROJEK PEMBANGUNAN ESTET PADI DI KELANTAN

Parapetani menganggap projek ini berkesan darisegi meninggikan inovasi pertanian di kalanganmereka. Penerimaan input-input pertanian barumeliputi penggunaan benih baka baru, baja danracun mengikut kadar-kadar yang telah ditetapkan.Penerimaan teknologi baru pula ialah galakandalam menggunakan jentera penuai di sampingjenterapembajak yang memang telah digunakan,sistem semaian dapog dan tabur terus bagimengurangkan kos serta sistem pintu kawa 1 an airvang lebih sistematik untuk mengawal kuantiti air.Komponen faktor-faktor ini dianggap pen tinguntukmenilaikeberkesanan projek berdasarkantanggapan para petani.

KESIMPULAN

Di sepanjang tempoh perlaksanaan 1967-73, IADPdi KADA gagal mencapai matlamat asalnya,terutama dari segi menyediakan kemudahaninfrastruktur serta meningkatkan pengeluaran danpendapatan petani. Setelah Projek Perintis KADAII dilaksanakan di beberapa tempat didalamkawasan IADP KADA, pencapaian matlamat asalIADP ditempat-tempat tersebut telah dapatdiperbaiki. Kesan daripada pelaksanaan projekperintisini ialah kejayaannya dalam meningkatkanpengeluaran hasil per hektar, memberi kemudahaninfrastruktur kepada petani dalam kawasan projeksertamenyeimbangkan kedudukan sosioekonomipetani. Peserta-peserta jugaberpendapatbahawaprojek ini berkesan dari segi menambahpendapatan dan menyedarkan petani supayamenggunakan inovasi- inovasi baru di dalamkegiatan mereka. Sekiranya perkembangan iniberterusan dan usaha-usaha dalam bidang inidapatdipertingkatkan serta dipergiatkan lagi makamatlamat utama Dasar Pertanian Negara khususnyadi sektor padi akan dapat dicapai.

Oleh itu adalah dicadangkan bahawa:

(i) Perlaksanaan Projek Perintis KADA IIharuslah diteruskan serta dikembangkandi kawasan KADA yang lain kerana kesanperlaksanaan dari projek ini menunjukkanpenambahan hasil dan pendapatan. Walaubagaimanapun kos serta faedah per-laksanaan projek mestilah diteliti denganmendalam terlebih dahulu.

(ii) Kemudahan infi astruktur haruslahditambah bagi mencapai kepadatan yangtelah ditetapkan oleh IADP untukmemberi kemudahan kepada petanimeningkatkan daya pengeluaran mereka.

Pencapaian masa kini masih belummencapai matlamatasal IADP.

(iii) Perlaksanaan projek ini melibatkan pem-bahagian serta penyusunan semula lotsecarasementara. Bagi mengatasi masalah-masalahpentadbiran,urusanjualbeli sertamasalah yang berkaitan dengan hartapesaka di pihak petani, disarankan satupembahagian yang kekal dibuat. Geranasal haruslah digantikan dengan geranbaru dan bagi petani-petani yang tanahmereka terpaksa diambil mestilahmenerima bayaran pampasan.

(iv) Dalam perancangan dan perlaksanaanprojek, pendapat para petani danmasyarakat umum perlu diambil kiraterutama sekali yang melibatkankehidupan mereka.

(v) Program-program serta aktiviti-aktivitipengembangan haruslah dipergiatkanbagi mendedahkan lagi petani kepadateknik penanaman padi secara moden yangdapat meninggikan produktiviti.

(vi) Penggunaan teknologi yang bersesuaiandengan keadaan setempat haruslahdiperkenalkan kerana tidak semuateknologi baru sesuai dengan keadaansetempat. Umpamanya ada petanimendapati bahawa jentera penuai yangdigunakan sekarang tidak sesuai bagisetengah-setengah tempat dalam kawasanKADA yang mempunyai struktur tanahyang lembut dan berlumpur.

RUJUKAN

DASAR PKRTANIAN NEGARA. 1984. Kuala Lumpur:Jabatan Percetakan Negara.

FORSLUILD, MORRIS. A. 1980, Patterns of DeliquencyInvolvement: An Empirical Typology. Kertaskerjayang dibentangkan di Annual Anthropologists,Lethbridge, Alberto.

KAJIAN SEPARUH PERTANIAN MALAYSIA. 1984. KualaLumpur: Jabatan Percetakan Negara.

KEMENTERIAN PERTANIAN MALAYSIA. 1984. DasarPertanian Negara, Strategi Pembangunan di SektorPadi. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

1987. Laporan Kemajuan Rancangan Pem-bangunan Pertanian Bersepadu, Kuala Lumpur:Jabatan Percetakan Negara.

PERTANIKAVOL. 14NO.1, 1991 117

MOHD. GHAZALI MOHAYIDIN DAN WAN AZAHARI WAN HARUN

KENNETH, H.B. 1983. Modelling Farm Decisions forPolicy Analysis. Colorado: Western Press Inc.

KJM,JAE-ON. 1975. Factor Analysis, Statistical Packagefor the Social Sciences. New York: McGraw Hill.

KIM.JAE-ON dan CHARI.ES MUELLER. 1978. Introduction

to Factor Analysis: What it is and How to do it.California: Sage Paper Series.

KIM, J.O., N. NIE and S. VERBA. 1977. A Note of FactorAnalyzing Nichotomous Variables: The Case ofPolitical Participation. Political Methodology 4:39-62.

KLECKA, WILLIAM. R. 1980. Discriminant Analysis.California : Sage Publications.

LEMBAGAKEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU. 1987.Taklimat

Jabatan dan Agensi Kementerian Pertanian, BukitKiara,Jabatan Percetakan Negara.

RANCANGAN MALA\SIA KEEMPAT 1981-85. 1981. Kuala

Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

RANCANGAN MALARIA KELIMA 1986-90. 1986. Kuaj

Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

STEWART, D. W. 1981, The Applications ancMisapplications of Factor Analysis in MarketingResearch. Journal of Marketing Research (Feb).

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI. 1985. DaJ

Pertanian Negara dan Strategi Pembangunan SektiPertanian di Negeri Kelantan, Kota Bharu: PejabaSetiausaha Kerajaan.

VELICER, W.F. 1975. The Relation between FactoriScores, Image Scores, and Principal ComponerrScores. Educational and Pyschological Movernm36:149-159.

(Diterima 12Januarit 1989

118 PERTANIKAVOL. 14NO.1, 1991