kajian kes

8
KES 8 SMK PERSIARAN SEPOY (SMKPS) SMK PERSIARAN SEPOY (SMKPS) (Lampiran 1) ialah sebuah sekolah menengah harian yang terletak di kawasan Bandar Georgetown. Sebilangan besar pelajar yang ditempatkan di sekolah ini datang dari kawasan penduduk berstatus ekonomi rendah iaitu dari kawasan Sungai Pinang, Kg Makam, Kg Dodol, Lorong Kulit dan kawasan perumahan kos rendah yang berhampiran. Pencapaian akademik mereka adalah rendah. Hampir 75% kemasukan pelajar ke tingkatan satu misalnya hanya daripada kalangan pelajar yang mendapat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada peringkat gred C, D dan E. Kebanyakan ketua keluarga hanya bekerja buruh kasar dan juga sebagai bekerja sendiri. Sejak Pengetua mula bertugas di sekolah ini pada bulan Januari 2007, (Lampiran 1) beberapa masalah displin telah berlaku. Pengetua yang sebelum ini pernah memegang jawatan seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid berpendapat bahawa jika disiplin terkawal, maka pencapaian akademik akan meningkat. Beliau bertekad untuk membersihkan nama sekolah yang sebelum ini sinonim dengan rujukan “sekolah bermasalah”. Kes bermula apabila salah seorang pelajar daripada tingkatan empat dipilih untuk urine test. Walaupun pemilihan dibuat secara rawak namun waris tidak berpuas hati dan masalah bertambah sukar apabila ujian tersebut tidak mendapat keizinan waris terlebih dahulu. Tiada garis panduan yang jelas dapat diikuti tentang tatacara pengendalian “urine test” di sekolah. Masalah ini ditambah pula dengan kegagalan pihak sekolah menyampaikan surat pemberitahuan kepada waris mengenai tindakan disiplin yang dikenakan kepada anaknya kerana data pelajar yang tidak lengkap dan tidak kemaskini. URINE TEST Perbincangan berlaku antara Pengetua Puan Salmi Salman, Puan Mona Abidin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) (Lampiran 1) dengan bapa pelajar yang bernama Azizan Johari (Lampiran 2) Johari Johan di bilik Pengetua. En. Johari Johan : Cikgu taka da hak melakukan “urine test” terhadap anak saya. Dia ada waris. Mengapa cikgu pandai-pandai buat kerja tanpa kebenaran saya. Tanpa pengetahuan saya. Saya tak bersetuju. Saya memang akan panjangkan hal ini (sambil menumbuk meja). Saya akan laporkan hal ini kepada Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran. PKH : Sabar dulu Encik Johari. Tolong dengar penjelasan daripada saya. Memang setiap tahun, Lembaga Disiplin tekah bersetuju untuk memilih para pelajar tingkatan empat dan lima untuk diuji secara rawak. Kebetulan salah seorang daripada pelajar yang terpilih tersebut ialah anak encik.

Upload: rasidamohamad

Post on 22-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

IAB

TRANSCRIPT

KES 8

SMK PERSIARAN SEPOY (SMKPS)

SMK PERSIARAN SEPOY (SMKPS) (Lampiran 1) ialah sebuah sekolah menengah harian yang terletak di kawasan Bandar Georgetown. Sebilangan besar pelajar yang ditempatkan di sekolah ini datang dari kawasan penduduk berstatus ekonomi rendah iaitu dari kawasan Sungai Pinang, Kg Makam, Kg Dodol, Lorong Kulit dan kawasan perumahan kos rendah yang berhampiran. Pencapaian akademik mereka adalah rendah. Hampir 75% kemasukan pelajar ke tingkatan satu misalnya hanya daripada kalangan pelajar yang mendapat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada peringkat gred C, D dan E. Kebanyakan ketua keluarga hanya bekerja buruh kasar dan juga sebagai bekerja sendiri.

Sejak Pengetua mula bertugas di sekolah ini pada bulan Januari 2007, (Lampiran 1) beberapa masalah displin telah berlaku. Pengetua yang sebelum ini pernah memegang jawatan seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid berpendapat bahawa jika disiplin terkawal, maka pencapaian akademik akan meningkat. Beliau bertekad untuk membersihkan nama sekolah yang sebelum ini sinonim dengan rujukan “sekolah bermasalah”.

Kes bermula apabila salah seorang pelajar daripada tingkatan empat dipilih untuk urine test. Walaupun pemilihan dibuat secara rawak namun waris tidak berpuas hati dan masalah bertambah sukar apabila ujian tersebut tidak mendapat keizinan waris terlebih dahulu. Tiada garis panduan yang jelas dapat diikuti tentang tatacara pengendalian “urine test” di sekolah.

Masalah ini ditambah pula dengan kegagalan pihak sekolah menyampaikan surat pemberitahuan kepada waris mengenai tindakan disiplin yang dikenakan kepada anaknya kerana data pelajar yang tidak lengkap dan tidak kemaskini.

URINE TEST

Perbincangan berlaku antara Pengetua Puan Salmi Salman, Puan Mona Abidin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) (Lampiran 1) dengan bapa pelajar yang bernama Azizan Johari (Lampiran 2) Johari Johan di bilik Pengetua.

En. Johari Johan : Cikgu taka da hak melakukan “urine test” terhadap anak saya. Dia ada waris. Mengapa cikgu pandai-pandai buat kerja tanpa kebenaran saya. Tanpa pengetahuan saya. Saya tak bersetuju. Saya memang akan panjangkan hal ini (sambil menumbuk meja). Saya akan laporkan hal ini kepada Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran.

PKH : Sabar dulu Encik Johari. Tolong dengar penjelasan daripada saya. Memang setiap tahun, Lembaga Disiplin tekah bersetuju untuk memilih para pelajar tingkatan empat dan lima untuk diuji secara rawak. Kebetulan salah seorang daripada pelajar yang terpilih tersebut ialah anak encik.

Pengetua : Memang benar, saya yang benarkan para pegawai daripada Agensi Anti Dadah dating melakukan ujian. Ini merupakan prosedur biasa.

En. Johari Johan : Guru-guru tak perlu susah-susah dengan anak saya. Saya tahu jaga anak saya. Dia budak baik, tak pernah pegang rokokpun, apatah lagi sudah salah cikgu. Ini dah menjatuhkan air muka anak saya dan keluarga saya. Saya ketua di Lorong Kulit, dan sekarang hal ini tersebar, malu besar keluarga saya! Oleh sebab tindakan cikgu itu, anak saya diejek dan diperli oleh kawan-kawannya. Anak saya mengalami trauma cikgu. Bagaimana dia nak belajar dalam keadaan begini? Saya betul-betul tidak puas hati, saya mesti laporkan hai ini kepada pihak atasan.

PKH : Tetapi ada laporan daripada pelajar-pelajar lain mengatakan anak Encik menghisap ice! Dan “urine test” menunjukkan anak Encik positif. Selain itu, anak Encik melakukan beberapa pelanggaran disiplin yang lain iaitu ponteng sekolah, ponteng kelas, tidak membuat kerja sekolah dan melawan guru di samping mempengaruhi pelajar lain mengambil dadah. Beberapa orang pelajar melaporkan bahawa anak Encik telah mengajak pelajar lain ke rumah Encik dan mereka cuba diberi dadah.

En. Johari Johan : Cukup cikgu. Jangan tuduh anak saya macam-macam. Ingat cikgu, ini amaran daripada saya. Cikgu tak kenal siapa saya. Sudahlah cikgu, saya tak akan diamkan hal ini. Cikgu tunggu dan lihat akibatnya!

En. Johari Johan terus bangun meninggalkan bilik pengetua dengan perasaan marah dan tidak berpuas hati. Pengetua dan PK HEM berbincang tentang tindakan seterusnya yang patut mereka ambil.

Pengetua : Puan Mona, nampaknya, waris ini amat tidak puas hati dengan cara sekolah mengendalikan “urine test” ini. Saya harap puan boleh menulis sedikit laporan tentang peristiwa ini dan serahkan satu salinan kepada saya. Selain itu, saya ingin mendapat maklumat tentang pelajar ini terutama mengenai salah lakunya, dan tindakan yang telah diambil. Sebelum ini adakah pelajar ini dirujuk kepada Kaunselor Sekolah?

PKH : Untuk makluman puan, pelajar ini selalu ponteng. Oleh sebab itu Kaunselor tidak dapat melakukan sesi kaunseling mengikut perancangannya. Mengikut laporan kaunselor lagi, beliau cuma dapat bertemu dengan pelajar sebanyak dua kali sahaja. Puan, ini laporan disiplin pelajar ini yang terkini.

Pengetua : (Meneliti laporan displin pelajar) Cikgu, tolong aturkan mesyuarat Jawatankuasa Disiplin pada petang ini selepas sekolah. Kita perlu berbincang mengenai pelajar ini dengan segera.

Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin memutuskan pelajar ini dirujuk kepada Kaunselor Sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah untuk sesi kaunseling setelah mendapat nasihat daripada Unit HEM dan Jabatan Pelajaran Negeri. Pelajar ini juga dikenakan tindakan gantung sekolah.

(2 hari selepas kejadian)

Hari itu ialah hari Jumaat. Lebih kurang pukul 12.30 tengah hari guru-guru meninggalkan kawasan sekolah, begitu juga dengan para pelajar. Pada masa itu Pengetua, PK HEM dan Kaunselor masih berada di pejabat bersiap-siap untuk meninggalkan sekolah. Kaunselor keluar, dan beberapa minit kemudian, diikuti oleh PK HEM dan Pengetua.

Apabila kereta Pengetua tiba di pintu pagar sekolah, keretanya telah dihalang oleh sebuah kereta waris. Pengetua keluar dari keretanya, begitu juga waris tersebut bersama-sama dengan seorang lagi rakannya. PK HEM yang menyusul di belakang, turut keluar dari kereta dan berjalan ke arah kereta Pengetua.

Pengetua : Mengapa ni Encik Johari, saya nak cepat ni. Saya perlu menghadiri mesyuarat di Seberang Prai pukul 2.45 petang. Nanti saya terlewat.

Encik Johari : Cikgu, mengapa anak saya digantung persekolahannya? Saya tak puas hati dengan tindakan cikgu terhadap anak saya. Mula-mula cikgu tak minta kebenaran saya untuk buat “urine test”, lepas tu anak saya pula kena gantung. Apa pasa ni cikgu. Lagipun saya tak dapat apa-apa makluman daripada pihak sekolah mengenai penggantungan sekolah anak saya. Saya dapat tahu daripada rakan-rakan anak saya.

Pengetua : Beginilah Encik Johari, mari kita berbincang di pejabat. Lagipun tak elok kita bergaduh di depan pelajar ni. Kebetulan PK HEMpun ada ni. Mungkin beliau akan menerangkan kedudukan hal ini dengan lebih jelas lagi.

Pengetua, PK HEM dan Encik Johari masuk ke pejabat dan terus ke bilik Pengetua

Pengetua : Silakan duduk Encik Johari. Sebenarnya Jawatankuasa Disiplin Sekolah telah bersidang mengenai kes anak Encik Johari ni. Dalam persidangan tersebut, keputusan telah diambil iaitu anak Encik Johari dikenakan tindakan gantung sekolah selama tiga hari. Surat maklumanpun sudah saya tandatangani dan PK HEM saya telah menguruskan surat tersebut supaya diberi kepada Encik Johari.

Encik Johari : Saya tak dapat apa-apa surat daripada pihak sekolahpun. Entah-entah cikgu tak hantar suratpun. Cikgu jangan beri alasan lagi. Saya tahu anak saya kena aniaya. Dia budak baik cikgu. Saya tak pernah dimaklumkan mengenai salah laku anak saya baik merokok ke, ponteng sekolah kea tau kesalahan disiplin lain. Tolonglah cikgu, memang nyata pihak sekolah cuba aniaya anak saya, janganlah cikgu cuba beri seribu alasan lagi. Hah, buang masa saja!

PK HEM (Sambil menyemak jadual kedatang pelajar) Saya sudahpun menghanatar surat tersebut ke alamat yang ada dalam buku Jadual Kedatangan ni iaitu No 12, Rumah Panjang Rakyat, Lorong Kulit, 10450 Georgetown, Pulau Pinang. Saya hantar surat tersebut melalui surat berdaftar dan Pembantu Pejabat telahpun mengeposnya.

Encik Johari : Itu bukan alamat rumah saya, cikgu. Itu alamat rumah lama saya. Saya dan keluarga telah berpindah beberapa bulan yang lepas ke rumah pangsa 100.

PK HEM : Inilah alamat yang diberi anak Encik Johari kepada guru tingkatannya dan semua surat menyurat dari sekolah menggunakan alamat ini tidak pernah berjawab. Dan seperkara lagi, betulkah Encik tiada nombor telefon? Dalam Jadual Kedatangan ini tiada diberi nombor untuk dihubungi dan apabila saya tanya anak Encik dia kata talian telah dipotong.

Encik Johari : Tetapi cikgu saya ada mengisi borang Maklumat Pelajar yang cikgu beri kepada anak saya. Dalam borang tersebut ada saya tulis alamat dan nombor telefon rumah saya. Cuba cikgu semak dulu.

PK HEM : (Mengambil fail Maklumat Murid di biliknya sambil mencari-cari nama pelajar tersebut tetapi tiada) Saya sudah cuba mencari borang Maklumat anak encik. Tetapi mengikut catatan di sini anak encik tidak mengembalikan borang tersebut kepada guru tingkatannya dan kerana kesalahan ini anak encik telah diberi tiga kali amaran.

Pengetua : Beginilah Encik Johari, oleh sebab saya terpaksa keluar sekarang untuk menghadiri mesyuarat dan PK HEMpun perlu mengambil anaknya dari sekolah, jadi saya harap segala penjelasan daripada pihak kami tadi dapat melegakan sedikit rasa tidak puas hati Encik Johari. Sebelum kita beredar, Encik Johari tolong catatkan alamat dan nombor telefon dan jika ada sebarang ketidakpuasan hati bolehlah datang ke sekolah pada bila-bila masa

sahaja. Kami sedia mendengar dan membantu encik dan anak encik.

Encik Johari : (Dengan nada tinggi dan marah) Apa ni cikgu, mana boleh selesai macam ni, mana ada sekolah tak ada maklumat murid, mana ada sekolah boleh buat tindakan sesuka hati! Kalau sekolah boleh malukan anak saya, saya juga boleh malukan sekolah. Saya akan saman sekolah!

Lampiran 1

Profil Sekolah

Nama sekolah : SMK Persiaran Sepoy

Lokasi : Kawasan bandar

Penubuhan : 5 Januari 1970

Bangunan : Terletak di tanah seluas 3.26 ekar (105,471 kaki persegi)

4 blok bangunan sekolah

Status : Sekolah Gred B. Sekolah Pusat Tanggungjawab (PTJ)

Enrolmen : 322 orang pelajar (40% Melayu, 40% Cina, 20% India)

Sesi Persekolahan : 1 sesi (pagi sahaja)

Bil. Kelas : 16 kelas

Bil. Guru : 35 orang

Bil. Staf Sokongan : 7 orang

Latar Belakang Ibu Bapa : Buruh kasar dan bekerja sendiri

Profil Pengetua

Nama : Puan Salmi Binti Salman

Umur : 50 tahun

Gred : DG 48

Kelulusan : Sarjana Muda Sains dan Matematik (Hons USM)

Diploma Pendidikan (USM)

Perkhidmatan : 1. 10 tahun Guru Penolong di Grik Perak

2. 5 tahun Ketua Bidang di sekolah menengah luar bandar

3. 2 tahun sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

4. 3 tahun sebagai Penolong Kanan Pentadbiran

5. Dari tahun 2007 – menjawat jawatan Pengetua hingga

sekarang

Profil Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Nama : Puan Mona Abidin

Umur : 49 tahun

Gred : DG44

Kelulusan : Sarjana Muda Sastera (Hons)

Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan)

Perkhidmatan : 1. Mula bertugas di sekolah sekarang pada 3/10/2007

2. 15 tahun – Guru Penolong

3. 5 tahun – Guru Kanan di SMKA

4. Dari 2005 – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

(Sumber: Fail Sekolah)

Kes-Kes Pengurusan Hal Ehwal Murid

Kes 8: SMK Persiaran Sepoy (SMKPS)

Lampiran 2

Profil Pelajar

Nama : Azizan Bin Johari

Umur : 16 tahun

Latar belakang keluarga : Anak sulung daripada dua beradik

Ibu bapa bercerai

Bapa bekas banduan

Ibu berkahwin lain

Kesalahan disiplin : 1. Melawan guru

2. Ponteng sekolah

3. Ponteng kelas

4. Merokok

5. Tidak membuat latihan

(Sumber: Fail Sekolah)