kajian kes rekaan pakaian coverall inovatif kes rekaan pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 analisis...
TRANSCRIPT
KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN "COVERALL" INOVATIF
Sitti Darma Binti Patuhai
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka)
2012
~usat IQidmat MakJumal Aka'fm~ VNlVERSm MALAYSIA SAHAWAK
P. KHID~IIT ~IIKLU~IIT IIKIIDE~IK
UNI~A5
UlIIIIIIIIIIII~ IIIII 1000273983
Sitti Darma Binti Patuhai
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif dengan Kepujian
Teknologi Senireka (Tekstil dan Fesyen)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
2012
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
lUDUL : KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOV ATIF
SESI PENGAJIAN : 2011/2012
Saya SITTI DARMA BINTI PA TUHAI
mengaku membenarkan *tesis ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak. 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 5. **sila tandakan 0
(mengandungi maklumat yang berdaIjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di
DSULIT dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972)
(mengandungi maklumat terhad yang telah DTERHAD ditentukan oleh organisasiibadan di mana
penyelidikan dijalankan) o TIDAK TERHAD
Disahkan:...;o;..:-l______
(T ANDA TANGAN PENULIS)
Alamat tetap: lalan Menggaris Kampung Merotai Besar 91000 Tawau Sabah Tarikh : Tarikh :
Catatan: • Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda • Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Projek bertajuk 'Kajian Kes Rekaan Pakaian Coverall Inovatif' telah disediakan oleh Sitti Darma Binti Patuhai dan telah disediakan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif dengan
Kepujian (Teknologi Seni Reka Tekstil dan Fesyen).
(Cik Norhayati Binti Suleiman)
Tarikh:
It,ll>~1 !l. ... .............. \........ ............... ...... . Morbyatf SuJebaa
P yarah lCaDaD Plkulti Seni au.an daD Kr f
UNlVHISm MAlAYS1ASARAWAlt.
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa tiada bahagian daripada penyelidikan dalam disertasi ini telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan samada kepada
universiti ini atau institusi pengajian tinggi yang lain.
~-- .••••••• • ••••••••••••Wf'•••• • •••••••••• • ••••••••••••••••
(SITTI DARMA BINTI PA TUHAI)
No. Matrik: 25687
"usat Kbidmat MakJumat AkadtmiJ.: f) 'E . oS )1\ SA . V K
lSI KANDUNGAN
lsi Kandungan
Penghargaan v
Abstrak VI
Abstract VB
BAB 1 LATARBELAKANGKAJIAN
1.0 Pengenalan
1.1 Persoalan Kajian 2
1.2 Kenyataan Masalah 2
1.3 Objektif Kajian 3
1.4 Kepentingan Kajian 3
1.5 Skop Kajian 4
1.6 Lokasi Kajian 4
1.7 Limitasi Kajian 4
1.8 Sorotan Kajian 5
1.9 Kesimpulan 6
BAB 2 METODOLOGI KAJIAN
2.0 Pengenalan 7
2.1 Metodologi Kajian 7
2.2 Data Primer 7
2.3 Data Sekunder II
2.4 Kesimpulan II
BAB3 HASILDAPATAN KAJIAN
3.0 Pengenalan
3.1 Pemerhatian
3.2 Temubual
3.3 Analisa Data Soalan Kaji Selidik
3.3.1 Jawapan daripada bahagian A (demografik)
3.3.2 Analisa Jawapan Dari Bahagian B, Seksyen A
3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B
3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi
3.5 Eksperimen dan persampelan (Mock Up)
3.6 Kesimpulan
BAB 4 PROD UK AKHIR
4.0 Pengenalan
4.1 Rekabentuk coverall
4.1.1 Rekaan pertama
4.1 .2 Rekaan kedua
4.1.3 Rekaan ketiga
4.1.4 Rekaan keempat
4.2 Kesimpulan
BAB 5 VALIDASI PRODUK AKHIR
5.0 Pengenalan
5.1 Proses Validasi
12
12
15
17
17
28
30
47
49
50
52
52
52
54
56
58
59
60
60
ii
5.2 Kelebihan produk 66
5.2.1 Bukaan 66
5.2.2 Material 67
5.2.3 Wama Fabrik 68
5.3 Kelemahan produk 68
5.4 Batasan kajian 69
5.5 Kesimpulan 69
BAD 6 KESIMPULAN
Kesimpulan 71
Lampiran A
Harta Intelek
Lampiran B
Borang kaji selidik
Lampiran C
Analisa borang kaji selidik
Lampiran D
Rekaan Coverall Pertama
Rekaan Coverall Kedua
Rekaan Coverall Ketiga
Rekaan Coverall Keempat
Lampiran E
Paten Rekaan Coverall Pertama
Paten Rekaan Coverall Kedua
Paten Rekaan Coverall Ketiga
iii
Paten Rekaan Coverall Keempat
Lampiran F
Costing sheet - Harga jualan coverall
Lampiran G
Borang validasi
Lampiran H
Analisa Borang Validasi
Rujukan
Glosari
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera ..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah dan kurniaNya dapat juga
saya menyiapkan penyelidikan saya yang bertajuk Kajian Kes Rekaan Pakaian Coverall
Inovatif ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan berjuta-juta ucapan terima kasih diberikan kepada
kesemua pihak yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam menjayakan
penyelidikan ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khas buat penyelia saya iaitu
Cik Norhayati Suleiman yang telah ban yak memberi tunjuk ajar, kata-kata semangat, dan
membantu menyelesaikan sebarang masalah yang timbul sepanjang menjalankan kajian ini.
Tidak lupa juga kepada seluruh keluarga saya terutamanya ibu bapa dan adik
beradik saya yang tidak putus-putus memberi dorongan dan semangat kepada saya
sepanjang berada di Universiti Malaysia Sarawak. Pengorbanan kalian amatlah saya hargai
dan tidak akan dilupakan.
Akhir sekali kepada rakan-rakan seperJuangan yang bersama-sama mengharungi
cabaran dalam menjalankan penyelidikan ini. Dengan kerjasama dan sikap saling
membantu yang diberikan, jasa kalian tidak dapat dilupakan hingga ke akhir hayat.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Coverall merupakan gabungan baju berlengan panjang dan seluar yang bertujuan
melindungi badan pemakai dari kotoran dan unsur-unsur bahaya. Dari pemerhatian awal
kajian, masalah rekabentuk coverall yang sedia ada menyukarkan pengguna untuk ke
tandas terutamanya kaum wanita. Kajian ini bertujuan menyelesaikan masalah fungsi
bukaan coverall yang terhad tersebut dan akan memberi fungsi yang maksimum kepada
pengguna dalam menjalani tugasan di temp at kerja at au aktiviti.
vi
ABSTRACT
Coverall is a combination of long sleeves shirt with trousers to protect the wearer
f rom dirty and elements of danger. From the early observation study, the problem of
existing coverall design makes it difficult to go to the toilet for the users especially the
woman. This study aims to solve the problem oflimited coverall aperture function and will
provide maximum functionality to the user in carrying out tasks at work or activity.
vii
BAB 1
LATAR BELAKANG KAJIAN
LO Pengenalan
Pakaian memainkan peranan yang penting bagi setiap pemakai. Penggunaan
pakaian ketika melakukan sesuatu kerja adalah penting bagi keselesaan pengguna.
Sesetengah perkara mungkin tidak dapat dilakukan sekiranya mempunyai masalah dengan
pakaian yang digunakan ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Masalah ini adalah termasuk
rekaan pakaian tersebut, bukaan yang digunakan, saiz, ciri-ciri keselamatan yang terdapat
pada pakaian, material yang digunakan, dan kemudahan yang terdapat pada pakaian yang
digunakan.
Coverall merupakan sejenis pakaian yang dipakai oleh pekerja dari jabatan atau
organisasi tertentu yang menjalankan tugasan dalam keadaan habuk, asap, gas,
penyelidikan sesuatu bahan dan penyelenggaraan mesin. Tujuan pamakaian coverall adalah
untuk melindungi diri mereka dari kekotoran dan juga untuk keselamatan. Coverall dipakai
untuk menjalankan kerja-kerja tertentu sahaja dan jarang dipakai. Oleh itu, rekaan coverall
juga berbeza untuk bidang-bidang tertentu. I
Kajian yang dijalankan telah membawa kepada rekaan coverall yang lebih inovatif.
Dalam rekaan ini, rekabentuk yang inovatif adalah penting bagi menambahbaikkan fungsi
pakaian coverall sedia ada. Langkah ini adalah penting agar pengguna berasa lebih selesa
'Oipetik dari : Vikneswery AlP Narayanasamy, Kajian Kes Rekaan Coverall luruteknik Unimas.
menggunakan coverall semasa melakukan sesuatu kerja.
Kajian telah dijalankan kepada organisasi yang menggunakan pakaian coverall ini
iaitu bidang akuatik yang menggunakan coverall ketika melakukan kerja lapangan dan
menjalankan penyelidikan. Oleh yang demikian, kajian secara terperinci perlu dilakukan
kepada organisasi yang dipilih. Pelbagai kaedah kajian perlu dijalankan agar objektif kajian
dapat dilaksanakan dengan sempuma.
1.1 Persoalan Kajian
Kajian awal penyelidikan ini mendapati bahawa rekabentuk bukaan adalah perkara
yang penting untuk dipertimbangkan. Hal ini demikian kerana pengguna mengalami
masalah berkenaan bukaan apabila hendak membuang air. Antara persoalan yang
dibangkitkan adalah:
1. Apakah rekabentuk coverall dan bukaan yang bersesuaian yang dapat memudahkan
dan memberi keselesaan kepada si pemakai untuk ke tandas?
ii. Bagaimanakah rekabentuk penyimpanan yang bersesuaian untuk coverall?
1.2 Kenyataan Masalah
1) Berdasarkan pemerhatian (kajian melalui pemerhatian) dan soal jawab (kajian
melalui temubual) yang dilakukan, pengguna wanita terutamanya berasa sukar
untuk ke tandas kerana bukaan yang terdapat pada coverall adalah begitu terhad.
2
Pengguna terpaksa membuka coverall tersebut sebelum ke tandas dan perkara ini
amat melecehkan dan membuang masa.
2) Celah paha di bahagian seluar juga memerlukan pengubahsuaian di mana celah
tersebut menyukarkan pengguna semasa menaiki bot ataupun semasa ingin
membuat langkahan yang besar.
3) Selain itu, tempat penyimpanan barang yang terdapat pada coverall adalah tidak
mencukupi dan perlu diubahsuai semula.
4) Pemantul cahaya juga tidak digunakan pada coverall menyebabkan pengguna sukar
untuk dilihat sekiranya menjalankan kerja lapangan pada waktu malam.
1.3 Objektif Kajian
I) Mengenalpasti masalah bukaan dan keselesaan yang dihadapi oleh pengguna
pakaian coverall.
2) Membuat eksplorasi rekaan pola dalam dalam penghasilan coverall yang inovatif.
3) Menghasilkan rekaan pakaian coverall yang lebih selesa, praktikal dan bersesuaian
dengan bidang tugasan.
4) Membuat validasi terhadap produk yang dihasilkan.
1.4 Kepentingan kajian
Penyelidikan mengenai pakaian coverall ini adalah penting bagi menghasilkan suatu
produk barn yang dapat menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Keselesaan dan
lamatan adalah sangat penting ketika seseorang menjalankan tugas. Oleh itu,
3
penyelidikan ini diharapkan dapat menghasilkan coverall yang amat berguna kepada setiap
penggunanya.
1.5 Skop kajian
Kajian ini lebih memfokuskan mengenai keselesaan dan kemudahan dari segl
bukaan bagi membuang air kepada pengguna. Kajian turut dilakukan terhadap pola
potongan dan material yang digunakan dalam pemghasilan rekaan pakaian ini.
1.6 Lokasi kajian
Kajian ini dijalankan kepada warga Unimas iaitu tertumpu kepada pelajar-pelajar
yang mengikuti kursus-kursus tertentu yang menggunakan coverall semasa menjalankan
beberapa aktiviti. Antara bidang yang diberi perhatian adalah bidang akuatik di Unimas.
Selain di dalam Unimas, pemerhatian juga akan dilakukan di kawasan kerja lapangan
bidang akuatik iaitu di kawasan berair seperti kolam, sungai dan tepi pantair.
1.7 Limitasi kajian
Kajian ini adalah meliputi proses pengumpulan data, pemprosesan data dan mencari
idea rekaan terbaru dalam penghasilan coverall yang lebih praktikal. Faktor keselesaan dan
keselamatan amat dititik beratkan disamping menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika
menggunakan pakaian coverall ini .
4
"'u~at Khidmar I b Jumal Akadrmik VNlVERSm MALAYSIA SARAWAK
Sasaran pasaran kepada produk yang akan dihasilkan adalah kesemua pihak yang
terlibat dalam bidang akuatik. Penghasilan produk ini akan menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh pengguna coverall dalam bidang akuatik.
1.8 Sorotan kajian
Sorotan kajian pertama yang dijalankan adalah berdasarkan kajian lepas yang
bertajuk Kajian Kes Rekaan Coverall lumteknik Unimas. Satu tinjauan dilakukan di
Unimas yang diterbitkan oleh Vikneswery AlP Narayanasamy pada tahun 2007. Kajian ini
menunjukkan penggunaan coverall yang diperlukan o]eh jumteknik di Unimas. Secara
khususnya, kajian ini bertujuan mengenalpasti rekaan coverall yang sesuai untuk jumteknik
Unimas. Berdasarkan kajian lepas ini, bukaan yang terdapat pada rekaan sedia ada adalah
kurang memuaskan. Oleh itu, rekaan bam dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Kajian ini tumt mendefinisikan pakaian coverall dengan jelas. Oleh itu, kat a
kunci coverall dalam kajian lepas dapat dikaitkan dengan kajian masa kini.
Kajian setemsnya dilakukan terhadap kajian lepas bertajuk Reka Bentuk Pakaian
Seragam Untuk Pekerja Pengumsan Sampah Dan Sisa Pepejal iaitu satu kajian kes yang
dijalankan di Syarikat Trienekens (Sarawak) SDN. BHD. Kuching, Sarawak. Kajian ini
diterbitkan pada tahun 2006 oleh Mohd Syaiml Bin Md Isa dari Fakulti Seni Gunaan dan
Kreatif Unimas. Kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan penggunaan pakaian
overall di kalangan pekerja organisasi tersebut. Pengkaji tumt mengemukakan beberapa
masalah yang terdapat pada overall yang dikaji. Walaupun kajian lepas yang dilakukan oleh
5
pengkaji adalah terhad kepada satu organisasi sahaja, maklumat kajian sedikit sebanyak
dapat dikaitkan dengan kajian yang dilakukan pada masa kini.
Kajian seterusnya dijalankan ke atas kajian lepas yang bertajuk Kajian Jaket Untuk
Penunggang Motorsikal. Kajian ini diterbitkan pada tahun 2006 oleh Siti Hajar Binti Abd
Ghani dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif. Pengkaji telah membuat kajian mendalam
terhadap penunggang motorsikal di sekitar kawasan kediaman Desa Ilmu dan jalan
menghala Unimas. Kajian secara terperinci terhadap bukaan jaket dalam kajian lepas telah
diambil kira dalam melakukan kajian pada masa kini.
1.9 Kesimpulan
Kesimpulannya, di akhir kajian ini penyelidik akan menghasilkan coverall dengan
rekaan terbaru yang mengikuti trend semasa dan merealisasikan objektif penyelidikan iaitu
menghasilkan rekaan coverall yang lebih inovatif dengan mengambil kira pendapat dan
cadangan responden. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh pengguna terutamanya ketika hendak membuang air.
BAB2
METODOLOGI KAJIAN
2.0 Pengenalan
Bab 2 adalah mengandungi metodologi kajian atau kaedah kajian yang digunakan
dalam menyiapkan penyelidikan ini. Metodologi kajian yang digunakan adalah
menekankan kepada beberapa soalan yang diajukan semasa proses temubual, dan yang
terdapat di dalam borang kaji selidik yang diedarkan kepada beberapa orang responden.
2.1 Metodologi kajian
Metodologi kajian kes rekaan coverall inovatif ini terbahagi kepada dua bahagian
iaitu secara primer dan sekunder. Data primer merupakan sumber maklumat yang utama
diperolehi daripada tiga jenis pengumpulan data iaitu melalui pemerhatian, temubual, soal
selidik dan eksperimen. Data sekunder pula merupakan sumber maklumat yang diperolehi
daripada pembacaan buku, tesis dan internet (Rujuk rajah 1).
2.2 Data primer
Kaedah primer adalah pengumpulan data melalui pemerhatian, temubual dan
pengedaran borang soal selidik, juga eksperimen bagi mendapatkan maklumat tertentu.
7
Fasa 1
Fasa 2
Fasa3
Rajah! : Carta alir metodologi penyelidikan.
8
2.2.1 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian akan dijalankan di kawasan anggota bidang akuatik melakukan
aktiviti kajian lapangan iaitu kawasan kolam, sungai, atau tepi pantai. Kaedah ini dilakukan
bagi memerhatikan gelagat pengguna ketika menggunakan coverall semasa menjalankan
tugas. Pengkaji juga akan memerhatikan segala aktiviti yang dilakukan sepanjang anggota
akuatik menjalankan tugas. Selain itu, ciri-ciri coverall juga dapat diperhatikan samada
terdapat kelrurangan yang boleh diperbaiki. Pemerhatian turnt dijalankan di kawasan
pembuatan seramik untuk memerhatikan keperluan mereka terhadap penggunaan coverall.
2.2.2 Temubual dan soal selidik
Kaedah temubual akan dijalankan terhadap pakar iaitu pensyarah dari program
akuatik, pembantu makmal program akuatik dan beberapa pelajar dari program Illl.
Temubual dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi semasa
melalrukan kerja dan mengetahui ciri-ciri yang perlu ada pada rekaan coverall yang akan
dihasilkan.
Soalan yang diutarakan terbahagi kepada dua bahagian iaitu demografik yang
meliputi nama, umur dan bahagian rekabentuk yang meliputi kelemahan pakaian sedia ada,
kesulitan yang dialami semasa menggunakan coverall, wama yang sesuai, material dan
kehendak mereka terhadap rekaan terbarn.
Borang soal selidik juga diedarkan bertujuan mengkaji dan mengetahui pendapat
pengguna terhadap pakaian coverall. Borang kaji selidik akan diedarkan kepada beberapa
orang responden dan rekaan coverall barn yang telah siap akan digunakan oleh responden
puan dan lelaki untuk mengetahui keupayaan rekaan terbarn mengatasi masalah yang
9
telah dikenalpasti. Borang soal selidik ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu
bahagian demografi dan bahagian visual berkaitan coverall.
2.2.3 Eksperimen
Selain dari temubual dan soal selidik, kaedah eksperimen juga dijalankan bagi
memperolehi data primer. Kaedah ini dijalankan melalui penghasilan beberapa sampel
produk (toile) dengan mengkaji bukaan yang sesuai mengikut keperluan pengguna dan
material yang digunakan adalah bersesuaian dengan kehendak pengguna.
a) Bukaan
Penghasilan sampel dalam proses eksperimentasi yang dijalankan telah
memfokuskan pada bahagian bukaan yang amat penting bagi kemudahan ketika
hendak membuang air. Dalam rekaan yang dihasilkan, penyelidik mencuba
untuk mengaplikasikan beberapa jenis bukaan yang bersesuaian iaitu pada
bahagian sekeliling pinggang, bahagian sisi, dan juga pada bahagian belakang.
b) Celah Kelangkang
Selain itu, eksperimen turnt dilakukan dengan mengkaji bahagian celah
kelangkang. Penyelidik membuat beberapa sampel dengan membuat celah yang
lebih kecil dan lebih besar bagi menguji saiz yang terbaik bagi bahagian celah
kelangkang agar langkahan yang lebih besar dapat dilakukan tanpa sebarang
halangan.
10
c) Tambah Nilai
Dalam proses 1m Juga, beberapa jenis tambah nilai turut diaplikasikan
seperti hood, reflector, padding, dan poket. Tambah nilai ini turut dititikberatkan
dalam rekaan kerana setiap tambah nilai ini mempunyai kepentingan dan kegunaan
bagi anggota bidang akuatik semasa melakukan aktiviti.
2.3 Data Sekunder
(a) Buku-buku dan laman sesawang
Data sekunder juga diperolehi melalui bacaan buku-buku yang berkaitan.
Antara data yang dicari melalui pembacaan adalah termasuk definisi, pola pakaian
coverall dan imej yang terdapat pada bahan bacaan tersebut. Selain daripada buku,
laman sesawang juga menjadi tempat untuk mendapatkan data yang berkaitan
dengan coverall.
2.4 Kesimpulan
Kesimpulannya, bab 2 adalah menerangkan secara terperinci mengenai kaedah
kajian yang digunakan oleh pengkaji sepanjang tempoh penyelidikan dijalankan. Dengan
adanya data-data yang diperolehi melalui kaedah pemerhatian, temubual, mengedarkan
borang soal selidik, eksperimen dan bacaan, penyelidik dapat menghasilkan rekaan yang
lebih bertepatan dan bersesuaian berbanding produk yang sedia ada.
11
BAB3
HASIL DAPATAN KAJIAN
3.0 Pengenalan
Bab ini akan menerangkan mengenai ciri-ciri fizikal yang sedia ada pada coverall
dan pennintaan daripada penggunanya melalui borang soal selidik yang telah diagihkan
kepada 40 orang responden. Pemerhatian dan kajian juga dilakukan bagi mengenalpasti
apakah ciri-ciri yang perlu ada pada coverall yang memenuhi pennintaan responden dan
pengguna amnya. Hasil dapatan kajian ini diperolehi melalui temuramah, pemerhatian,
persampelan, dan borang soal selidik. Sebanyak 40 jawapan yang diperolehi daripada
responden telah dikumpulkan melalui kaedah soalan kaji selidik. Kemudian jawapan
dianalisa menjadi data agar keperluan dan kehendak pengguna terhadap coverall ini dapat
diketahui oleh penyelidik selain daripada ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh pengguna ketika menggunakan coverall semasa menjalankan kajian ataupun
menjalankan tugas.
3.1 Pemerhatian
Pemerhatian telah dilakukan oleh penyelidik pada 29 Oktober 2011 bertempat di
Siar Beach Resort, Lundu. Penyelidik memerhatikan cara pemakaian coverall oleh
penggunanya. Pengguna pakaian coverall ini adalah sangat minimum disebabkan oleh
kebanyakan penggunanya tidak menggemari penggunaan coverall yang agak menyukarkan
. segi pemakaiannya. Antara masalah yang dapat diperhatikan oleh penyelidik adalah,
12