kajian kesesuaian dan keberkesanan raven spm
DESCRIPTION
Kajian_Kesesuaian_dan_Keberkesanan_Raven_SPM yerperinciTRANSCRIPT
PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. 2(1): 63-68 (1994) ISSN: 0128-7702© Universiti Pertanian Malaysia Press
Kajian Kesesuaian dan Keberkesanan Raven SPMuntuk Mengenal Pasti Kanak-kanak Melayu yang Pintar Cerdas
ABD MAJID MOHD ISAFakulti Pengajian PendidikanUniversiti Pertanian Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor Darnl Ehsan, Malaysia
Katakunci: pintar cerdas, inventori, keberkesanan, ujian piawai, kecerdasan
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan menentukan kesesuaian inventori Raven SPM sebagai ujian kecerdasan secara kumpulanuntuk menapis kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Seramai 100 pelajar Melayu tingkatan satu, Sekolah MenengahDatuk Abdullah, Rembau merupakan responden bagi kajian ini. Mereka terdiri daripada yang mempunyaipencapaian yang baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan layak ke sekolah asrama penuh seluruhDaerah Tampin/Rembau. Ujian Raven SPM dan WISC-R diberikan kepada mereka. Responden yang mendapatskor IQ melebihi 120 dari ujian WISC-R dikelaskan sebagai pintar cerdas. Korelasi antara skor Raven SPMdengan IQ WISC-R adalah tinggi dan kedua inventori ini berkongsi varians bagi konstruk kecerdasan (kriteriauntuk pintar cerdas) sebanyak 65 peratus. Persamaan regresi untuk menganggarkan IQ (indeks kecerdasan)mendapati bahawa skor 50 boleh menganggarkan IQ 120 (pintar cerdas). Oleh kerana ralat bagi persamaanregresi ini tinggi, maka ramai kanak-kanak yang pintar cerdas mendapat skor kurang daripada 50 dan ini dinamakanfalse negative. Indeks keberkesanan dan kecekapan yang dikemukakan oleh Pegnato dan Birch (1959) digunauntuk menentukan sama ada skor 50 pada ujian Raven SPM dapat mengurangkan false negative. Oleh kerana skoryang kurang daripada itu akan menambahkan bilangan calon untuk diuji, satu skor yang ekonomikal dari segikos perlu dikemukakan. Daripada dapatan penyelidikan ini, skor Raven SPM sebanyak 48 didapati dapatmengurangkan bilangan calon sebanyak 30 peratus dan skor ini mengandungi 85 peratus kanak-kanak pintarcerdas. Jika dibandingkan dengan skor yang lain, skor ini mempunyai indeks keberkesanan yang baik keranaseorang daripada tiga calon yang akan diuji seterusnya ialah kanak-kanak pintar cerdas.
ABSTRACT
The objective of this study is to determine the suitability of Raven's SPM as a group intelligence test for thescreening of gifted children. One hundred Form One Malay students from Sekolah Menengah Datuk Abdullah,Rembau were the respondents in the study. They were among the high achievers in the 1990 Ujian PencapaianSekolah Rendah at Tampin/Rembau District who qualified to be emplaced at residential schools. The Raven'sSPM and WISC-R were administered. Students with IQ scores of more than 120 on the WISC-R are classified asgifted. The correlation between the Raven's SPM score and the IQ score derived from the WISC-R was high andseemed to share about 65 percent of the 'intelligence' costruct. From the regression equation, the giftednessconstruct could be drawn from a Raven's SPM score of50. However, the standard error for this equation was alsonotably high. Therefore, many of the gifted children may be among those with a Raven's score ofless than 50 andthis is known as false negative. The effectiveness and efficiency indexes forwarded by Pegnato and Birch (1959)were used in determining whether a score lowe, than 50 on the Raven's SPM would reduce the false negative. Asthe lower score would increase the number of children to be tested, the score recommended must be costeffective. A score of 48 was recommeded as it reduces the number to be tested to 30 percent, and includes 85percent of the gifted children. Also, the efficiency is high compared with other scores. Using this procedure, it isestimated that one among three children studied is gifted.
Abd Majid Mohd Isa
PENGENALAN
Bagi mencapai Wawasan 2020, Perdana MenteriMalaysia, Majlis Arnanah Rakyat (MARA), sebuahagensi kerajaan yang ditubuhkan untukmemajukan Bumiputra, telah mengumumkanuntuk menghasilkan 1000 pintar cerdas (gifted)Melayu pada tahun 2020 (Utusan Malaysia,llNovember, 1991). Salah sebuah daripada 18Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang adapada masa ini, akan menjadi sekolah bagi kanakkanak pintar cerdas. Dalam masa yang sarna,Kementerian Pendidikan yang sedang mengkajiAkta Pendidikan, 1961 juga akan memberitumpuan khas kepada kanak-kanak pintar cerdasdan program pendidikan ini akan dijalankanmelalui sekolah berasrama penuh (Awang HadSalleh, 1990).
Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) ialahkanak-kanak yang mempunyai kecerdasan yangtinggi. Kecerdasan ini diukur melalui skor IQyangdihasilkan oleh ujian kecerdasan (intelligencetest). Kanak-kanak yang mempunyai skor IQyangtinggi selalunya menjadi orang dewasa betjaya:mendapat kelayakan akademik yang tinggi,menjadi profesional yang menghasilkan reka cipta(patent) dan mendapat pendapatan yang lumayan(Oden, 1968; Martison, 1961; Reynold, 1962).Oleh itu, semua institusi pendidikan kanak-kanakpintar cerdas memilih calon mereka berdasarkanskor IQ.
Skor IQ daripada duajenis ujian kecerdasansecara individu yang sering digunakan untukmemilih kanak-kanak pintar cerdas ialah Weschler
Intelligence Scale for Children-Revised (WISC-R) danStanford-Binet. Bancian yang dijalankan olehKarnes dan Collins (1987), mendapati WISC-Rlebih popular dan banyak dikaji terutama bagikanak-kanak yang tidak beruntung (diadvantaged) dan tidak menggunakan bahasa Inggerissebagai bahasa utama. Ujian kecerdasan secaraindividu hanya boleh digunakan oleh ahlipsikologi yang bertauliah. Untuk seorang kanakkanak, ujian ini memerlukan lebih daripada 60minit. Sudah pasti ianya tidak ekonomikaldigunakan untuk semua calon.
Selalunya, terdapat sekurang-kurangnya duaproses kanak-kanak pintar cerdas ini dikenal pasti.Proses pertama ialah proses tapisan atau screening.Alat atau maklumat yang digunakan untuk
menapis calon ini selalunya ialah penamaan guru,pencapaian ujian akademik, ujian kreativiti danujian kecerdasan secara berkumpulan. MenurutPegnato dan Birch (1959), ujian kecerdasan secaraberkumpulan adalah alat tapisan yang palingefektif, sementara penamaan guru selalunya akanmenyingkirkan ramai calon pintar cerdas. Proseskedua ialah proses pengesahan ataupun prosesfinal confirmation. Dalam proses ini, kanak-kanakyang berjaya dalam proses tapisan tadi akanmelalui ujian kecerdasan secara individu sarna adaStanford-Binet ataupun WISC-R.
Didapati korelasi skor ujian kecerdasan secarakumpulan dengan skor ujian kecerdasan secaraindividu adalah tinggi (Covin, 1977; Lowrence danAnderson, 1979; Rust dan Lose, 1980). Ujiankecerdasan secara kumpulan tidak memerlukanahli psikologi bertauliah untuk melaksanakannya.Selain daripada itu, ianya boleh juga dijalankanserentak dan mudah untuk dikira skornya.
Oleh itu, ujian kecerdasan secara kumpulanhampir sarna dengan ujian pencapaian sepertiUjian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).Perbezaannya dengan UPSR hanyalah dari segiitem ujian di mana ujian kecerdasan secarakumpulan tidak dipengaruhi oleh pengalamansekolah dan latar belakang kanak-kanak. Terdapatsatu kelemahan ujian kecerdasan secarakumpulan dengan ujian kecerdasan secaraindividu iaitu ujian kecerdasan secara kumpulangagal untuk membezakan IQ di kalangankumpulan kanak-kanak yang kecerdasannyatinggi. Untuk menentukan kesesuaian dalammemilih kanak-kanak cerdas pintar, ianya perlulahdikaji terlebih dahulu.
Raven's Standard Progressive Matrices (RavenSPM) adalah antara ujian penapisan yang seringdigunakan untuk memilih kanak-kanak pintarcerdas yang kurang beruntung (disadvantaged).Di Malaysia, kajian tentang keberkesanan RavenSPM untuk menapis kanak-kanak pintar cerdasbelum lagi dijalankan. Jika didapati ujian RavenSPM mempunyai keberkesanan yang baik, maka,kos untuk mengendalikan ujian individu sarna adaStanford Binet atau WISC-R bolehlah dijimatkandan ramai pintar cerdas dapat dikenal pasti.Objektif utama kajian ini ialah untuk meninjausejauh mana berkesannya ujian Raven SPM untukmenapis calon pintar cerdas.
64 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 2 No.1 1994
Kajian Kesesuaian dan Keberkesanan Raven SPM
METODOLOGI KAJIAN
Pensampelan
Kajian ini merupakan satu penerokaan. Untukmengurangkan kejadian Ralat I dan Ralat II, saizsampel yang secukupnya perlu dikenal pasti. Saizsampel yang minimum bagi kajian ini ditentukandengan menggunakan formula yang dikemukakan oleh Cohen, iaitu,
Sumber: Robert S. Barcikowski (1987) pl1-12
di mana:(J = 15 (sisihan lazim bagi WISC-R)ap = .05 (iaitu tahap signifikan)Zl _up = 1.645 (skor z pada persentil 95)11
0= 100 (min bagi WISC-R)
~ = .85 (l-kuasa)I1
A= 120 (skor minima pintar cerdas)
Zl_~ = 1.04 (skor z pada persentil85)
Berdasarkan kepada perkiraan di atas, saizsampel yang minimum bagi kajian ini ialahsebanyak 40 sahaja.
Responden
Untuk meninggikan lagi kesahan dapatanpenyelidikan ini, seramai 100 (53 lelaki dan 47perempuan) pelajar tingkatan satu tahun 1991Sekolah Menengah Datuk Abdullah, Rembau,adalah responden kajian ini. Kesemuanyaberbangsa Melayu dan mereka terdiri daripadapelajaryang mendapat gred UPSR yang baik padatahun 1990 di Daerah Tampin/Rembau. Olehkerana tempat di sekolah berasrama penuh adalahterhad, mereka dikumpulkan untuk belajar disekolah ini yang mempunyai asrama dankemudahan yang dianggap baik.
Tiada sebarang piawai untuk mengklasifikasikan kanak-kanak pintar cerdas. Terman(1925) menggunakan skor 140 ke atas ujianStanford Binet untuk mengklasifikasikan kanakkanak pintar cerdas. Sejak akhir-akhir ini, kanakkanak pintar cerdas diklasifikasikan sebagai yangtergolong 10 peratus teratas. Ini ialah kerana skorujian IQ berbeza mengikut latar belakang kanakkanak. Untuk kajian ini, responden yangmendapat skor 1.33 sisihan lazim di atas min iaitu
skor 120 Full IQWISC-R ke atas dikelaskan sebagaikanak-kanak pintar cerdas. Seramai 12 orangresponden mempunyai IQ 120 ke atas.
Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan dua instrumen ujiankecerdasan iaitu WISC-R (ujian kecerdasan secaraindividu) dan Raven SPM (ujian kecerdasan secarakumpulan) .
a. WISC-R
Ujian WISC-R ataupun Wechsler Intelligence ScaleforChildren-Revised terbitan 'The Pschological Corporation' pada tahun 1974 adalah semakan semulaWISC, yang pertama kali digunakan pada tahun1949. Ia mempunyai 10 bahagian (sub-tests); information, similarities, arithmatic, vocabulary, comprehension, picture completion, picture arrangement, blockdesign, object assembly, dan coding. WISC-Rmelaporkan riga skor IQ iaitu verbalIQ (terdiridari jumlah 5 bahagian iaitu information hinggacomprehension), performance IQ Uumlah bagi picturecompletion hingga coding) dan Full IQ Uumlahkesemua 10 bahagian).
Semua item dalam ujian WISC-R ditetjemahke Bahasa Melayu mengikut prosedur yangdicadangkan oleh buku panduan (Wechsler,1974). Setelah diterjemah, item ini diuji denganmenggunakan 20 (10 lelaki dan 10 perempuan)kanak-kanak kakitangan Universiti PertanianMalaysia yang berumur berumur 12 tahun. Min,sisihan lazim dan reliabiliti (ketekalan dalamandan ujian semula) hasil tetjemahan ini adalahsepertiJadual1.
Pengukur IQyang penting; VerbalIQ, Performance IQ dan Full IQ, tidak mempunyai perbezaanyang signifikan dengan kumpulan bandinganseperti dalam buku panduan (manual). Skor FullIQ digunakan untuk memilih calon pintar cerdasmempunyai min sebanyak 103 dan sisihan lazimlebih kurang 15. Ini tidak berbeza dengankumpulan bandingan di mana minnya ialah 100dan sisihan lazimnya 15.
Formula Cronbach-Alpha digunakan untukmengukur ketekalan dalaman WISC-Rmenunjukkan ketekalan dalamannya bagi tigaskor IQ ialah antara .89 hingga .91. Dari indeksini, Standard Error ofMeasurement (SEM) bagi Full
IQ ialah ±6. Ini bermakna, jika seseorang kanakkanak itu mendapat skor 110, maka, skor sebenar
PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 2 No.1 1994 65
Abd Majid Mohd Isa
JADUAL 1Reliabiliti WlSC-R dalam Bahasa Melayu
WlSC-R Min SL Cronbach Alpha SEM Ujian Semula*
VerbalIQPerformance IQFull IQ
49.155.3
103.1
11.311.314.9
.89
.87
.91
5.175.576.19
.90
.91
.91
Nota: SL =sisihan IazimSEM = Standard Error ofMeasurement
*selepas 30 han
(true score) kanak-kanak itu ialah di antara 104hingga 116 (pada 95 % paras keyakinan). Inimenggambarkan bahawa WISC-R dalam BahasaMelayu mempunyai ketekalan dalaman yangtinggi. Korelasi antara ujian pertama dengan ujiankedua selepas 30 hari pula sekitar .90. Oleh itu,kestabilan item WISC-R dalam Bahasa Melayujugatinggi.
b. Raven SPM
Raven SPM mengandungi 60 item berbentukmatrik yang mana kanak-kanak memilih matrikyang ganjil atau tidak sesuai. Selain daripadaarahan sebelum kanak-kanak dibenarkanmenjawab, ia tidak perlu diteIjemahkan ke dalamBahasa Melayu. Mengikut buku panduan ataumanual ujian tahun 1977, ketekalan dalaman(menggunakan kaedah split-halfialah antara .60hingga .97. Korelasi ujian semula selepas setahunialah di antara .55 hingga .84.
Pengumpulan Data
Data untuk kajian ini mula dikumpulkan padabulan Julai, 1991 iaitu selepas respondenmenduduki peperiksaan pertengahan tahun dansebelum cuti penggal kedua bermula. Pada haripertama, dengan bantuan dua orang kaunselorsekolah tersebut, responden dikumpulkan didewan sekolah dan ujian Raven SPM diberikan.Masa untuk responden menjalankan ujian RavenSPM tidak dihadkan. Pelajar yang telah selesaidibenarkan balik ke bilik daIjah mereka. Daripemerhatian, masa yang diambil ialah di antara30 hingga 45 minit.
Selang beberapa hari selepas itu, respondendipanggil seorang demi seorang untuk menjalaniujian WISC-R. Ujian ini dijalankan oleh penyelidikdi bilik kaunseling. Secara purata seorangresponden rnengambil masa 70 minit (sisihan
lazim 12 rninit) seorang untuk rnenjalani ujianWISC-R. Untuk waktu persekolahan iaitu daripukul 8 pagi hingga 1 tengahari hanya 4 orangresponden dapat diuji. Penyelidik rnengarnbilmasa 30 hari persekolahan untuk tujuan mengujiWISC-R kepada 100 responden.
DAPATAN KAJIAN
Korelasi an tara skor Raven SPM dan skor WISC-R(verbal IQ, performance IQ dan full IQ) ialah antara.74 hingga .82 Qadual 2). Dengan korelasi inijumlah varians (ganda dua r) yang dikongsi olehkedua ujian ini ialah lebih kurang 65 peratus. Olehitu, dapatlah dirumuskan bahawa kedua ujian inirnengukur konstruk yang sarna iaitu konstruk'kecerdasan' .
JADUAL2Matrik Korelasi Raven SPM dengan WlSC-R
Ujian WlSC-R IQ
verbal performance full
Raven SPM .74 .78 .82WlSC-R:
IQverbal .67 .92IQ performance .89
Oleh kerana korelasi antara skor Raven SPMdengan IQ adalah tinggi dan perkaitannya pulalinear, rnaka IQ boleh diramalkan rnelalui skorRaven SPM. Persamaan untuk meramalkan IQresponden berdasarkan skor ujian Raven didapatirnelalui analisis regresi seperti berikut:
IQ= 1.56 (Raven SPM) + 40.32
di mana, ganda dua R ialah .5429 dan ralat (SE) =8.46. Persamaan ini didapati signifikan berdasarkan pada nilai F (rujuk jadual 3).
66 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 2 No.1 1994
Kajian Kesesuaian dan Keberkesanan Raven SPM
JADUAL3Analisis Varians bagi Regresi
Sumber <if SS MS F P
Regresi 1 14663.2 14663.2 194.5 .0001Ralat 98 7385.3 75.4Jumlah 99 22048.5
Berdasarkan persamaan ini, skor dari ujianRaven SPM boleh menganggarkan lQ (jadual 4).Dari formula ini, kanak-kanak pintar cerdas (yangmempunyai lQ 120) boleh dipilih dari yangmendapat skor Raven SPM sebanyak 50. Olehkerana persamaaan ini mempunyai ralat, makaada responden yang lQnya tinggi tetapi mendapatskor Raven SPM kurang daripada 50 dan inidinamakan false negative. Responden yangmendapat skor 50 atau lebih, tetapi lQnya tidakmencapai 120 pula adalah tergolong sebagai falsepositive. Menurut Fineman dan Carran (1986),kejadian false negativeadalah lebih serius daripadakejadian false positive. Usaha perlulah dijalankanuntuk mengurangkan kejadian false negativesupaya tiada kanak-kanak yang benar-benar layaktidak terpilih.
JADUAL4Anggaran Kecerdasan (1Q) berdasarkan
Skor Raven SPM
Raven SPM AnggaranIQ (WISC-R)
Skor %
52 12 121.550 22 118.348 34 115.246 40 112.1
Untukmengurangkan bilangan kanak-kanakyang IQnya melebihi 120 tidak dipilih (false negative), maka skor Raven SPM mestilah dikurangkan.Pengurangan skor Raven akan menambahkanbilangan calon yang mesti diuji dengan WISC-R.lni akan menambahkan koso Untuk mencari titikperseimbangan di antara kos dengan pengurangan false negative, indeks keberkesanan dankecekapan yang dikemukakan oleh Pegnato danBirch (1959) perlu diambil kira. Keberkesananialah peratus kanak-kanak pintar cerdas yangdapat dikenal pasti dan kecekapan pula ialah
bilangan kanak-kanak pintar cerdas yang adadalam kanak-kanak yang dicadangkan ulltuk diujiseterusnya.
Pengiraan kedua-<iua indeks ini adalah sepertiberikut. Andaikan, dalam satu sekolah ada 50kanak-kanak dan 10 orang dikenal pasti sebagaipintar cerdas. Seramai 20 pelajar mendapat gredA dan 8 orang yang mendapat gred A ialah pin tarcerdas. Keberkesanan gred A ialah 8/10 x 100%= 80% dan kecekapan pula ialah 8/20 x 100% =40%.
]adual5 menunjukkan indeks keberkesanandan kecekapan bagi skor 46, 48, 50 dan 52 RavenSPM. Daripada persarnaan regresi, skor yang bolehmenganggarkan pintar cerdas ialah 50. ]ika skorsebanyak 50 ini dicadangkan untuk proses tapisan,keberkesanannya hanya menghampiri 60 peratus.Pada skor ini, lima orang kanak-kanak pintarcerdas tidak dipilih (false negative) untuk ke prosesfinal confirmation.
JADUAL5Keberkesanan dan Kecekapan
beberapa Skor Raven SPM
Raven SPM Pintar Keberkesanan KecekapanSkor N Cerdas (N=12) (%) (%)
52 12 2 16.7 16.750 22 7 58.3 31.848 30 10 83.3 33.346 40 12 100.0 30.0
Berdasarkan kepada maklumat dalam]adual4, skor yang dicadangkan untuk proses tapisan(screening) ialah 48. Pada skor 48, didapati hampirsemua (83%) kanak-kanak pintar cerdas dipilihdalarn proses tapisan. Dari segi kosnya pula, indekskeberkesanan pada skor 48 pula ialah 33.3 peratus.lni bermakna, seorang daripada tiga orang kanakkanak yang dipilih untuk diuji dengan WISC-Rialah kanak-kanak pintar cerdas.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Ujian Raven SPM sebagai proses penapisan (screening) untuk mengenal pasti kanak-kanak Melayuyang pintar cerdas sebelum seseorang itu diujidengan lebih intensif dengan inventori yang lainadalah sesuai. Penggunaan ujian Raven secaraefektif (mengurangkan kejadian 'false negative')dapat mengurangkan bilangan calon kepada 30
PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 2 No.1 1994 67
Abd M~id Mohd Isa
peratus. Ini akan menjimatkan kos dan menjadikanproses pemilihan akhir dengan menggunakan ujianWISC-R atau Stanford-Binet dapat dijalankandengan berkesan.
Kajian ini cuma satu penerokaan. Untukkesimpulan yang lebih konklusif, kajian yangserupa hendaklah dijalankan kepada kumpulankanak-kanak yang lain. Ini adalah kerana ujiankecerdasan ini dikatakan peka kepada budaya danlatar belakang kanak-kanak itu. Alat atau inventorilain pedu diuji kesesuaiannya kerana adakemungkinan alat atau inventori lain yang lebihefektif dari Raven SPM. Juga, jika programpendidikan kanak-kanak pin tar cerdas inidilaksanakan, penggunaan Raven SPM untuk setiaptahun tidak lagi efektif dan inventori gantianamatlah diperiukan.
RUJUKAN
AWANG HAn SALLEH. 1990. Kertas Dasar Seminar KanakKanak Pintar Cerdas, di Universiti Malaya anjuranIPI dan Universiti Malaya.
BARCIKOWSKl, R.S. 1987. STATPRO Statistics Handbook:A guide for Data Analysis Part 2. Professional Publishing.
COVIN, T.M. 1977. Comparison of SIT and WISC-R IQsamong special education candidates. Psychology inthe Schools 14: 19-23.
FINEMAN dan CARRAN, 1986. An epidemiologic approach to screening gifted students utilizingWISC-R subtests. Psychology in the Schools 23: 142147.
KARNES, FA dan COLLINS, E.G 1987. State definitionson the gifted and talented: A report and analysis.Journal for Education of the Gifted 22: 44-62.
LOWRENCE, D. dan ANDERSON, H.N. 1979. A comparison of the Slosson Intelligence Test and theWISC-R with elementary school children. Psychology in the Schools 16: 361-364.
MARTISON, R.A. 1961. California State Study ofEducational Programs for Gifted Children. Sacramento:California State Department of Education.
ODEN, M.H. 1968. The fulfillment of promise: 40year follow-up of Terman gifted group. GeneticPsychology Monographs 77: 3-93.
PEGNATO, e. dan BIRCH, j.W. 1959. Locating giftedchildren in junior schools: a comparison ofmethods. Exceptional Children 25: 300-304.
RAVEN,j.C. 1977. The Mannualfor Raven's StandardProgressive Matrices. London: H.K. Lewis.
REYNOLD, M.e. 1962. Early School Admission for Mentally Advanced Children: A review of Research andPractice. Washington D.e.:Council for Exceptional Children.
RUST,j.O. dan LOSE, B.D. 1980. Screening for giftedness with Slossen and SRBCSS. Psychology inthe Schools 17: 446-451.
TERMAN, L.M. 1925. Mental and Physical Traits of aThousand Gifted Children, Genetics Studies ofGenius, Vol. I, Stanford University Press.
Temuramah Khas dengan Pengerusi MARA, VBTamrin Ghafar. Utusan Malaysia, 11 November, 1991.
WECHSLER, D. 1974. Manual for WISC-R New York:Psychological Corporation.
(Received 17 September 1993)
68 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 2 No.1 1994