kajian makna
DESCRIPTION
shareTRANSCRIPT
KAJIAN SEMANTIK: PERIBAHASA
SIMPULAN BAHASA BERUNSURKAN ORGAN BADAN MANUSIA (HATI)
1.0 PENDAHULUAN
Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada
dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan’
dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan
daripada makna perkataan yang membentuknya.
Penggunaan simpulan bahasa dalam sesuatu penulisan dan pengucapan adalah digalakkan kerana
ia mempunyai ciri-ciri keindahan dan memaparkan kehalusan santun kata orangMelayu.
Simpulan bahasa digunakan bagi menggantikan sesuatu perkataan yang kasar, bertujuan untuk
menegur tetapi dalam erti kata yang halus. Simpulan bahasa digunakanuntuk menyampaikan apa
yang terbuku di hati kepada orang lain dengan bahasa yang lebih halus dan indah supaya tidak
nampak kasar dan menghina orang lain.
Dengan menggunakan perkataan-perkataan yang lain, maksud sebenar tidak hilang malah
lebihmenampakkan kelembutan tutur kata orang-orang Melayu dahulu menyampaikan
sesuatumaksud dengan perkataan yang lain. Orang boleh mengatakan sesuatu kepada orang
lainsecara berterus-terang, tetapi menggunakan simpulan bahasa, pernyataan tersebut kelihatan
tersembunyi tetapi orang tetap mengerti dan memahami. Dalam erti kata lain,dengan
menggunakan simpulan bahasa, ia dapat menyampaikan hasrat atau hajat kepadaseseorang
dengan bahasa yang lebih indah dan maksud yang disampaikan kelihatan lebih baik dan
menyenangkan.
Setiap kata dalam simpulan bahasa pastinya mempunyai makna, erti atau maksud tertentu yang
membawa pengertian yang tersendiri terhadap sesuatu perkara yang dinyatakan oleh penutur.
Melalui kajian ini kita akan melihat sejauh mana kata “hati” dapat di terangkan maknanya
mengikut beberapa konsep dan aspek semantik itu sendiri. Kajian juga menumpukan kepada
bagaimana simpulan bahasa itu digunakan dalam kehidupan masyarakat serta pengertian kata
“hati” itu sendiri memberi kesan dalam kehidupan masyarakat kita.
1
1.1 Latar Belakang Kajian Makna
Makna sebagai penghubung bahasa dengan dunia luar, sesuai dengan kesepakatan para
pemakainya sehingga dapat saling difahami. Secara keseluruhannya, makna memiliki tiga
peringkat kedudukan. Pada tahap pertama, makna menjadi isi abstrak dalam memberikan
maksud logik yang benar. Tahap kedua, makna menjadi isi suatu bentuk kebahasaan. Pada tahap
ketiga, makna menjadi isi komunikasi yang mampu memberikan maklumat tertentu. Makna
dianggap sangat sukar ditelusuri dan dianalisis strukturnya.
Sebagai alat komunikasi verbal, bahasa merupakan suatu sistem lambang bunyi yang bersifat
arbitrer. Sebuah pembelajaran tentang semantik tidak akan selesai dengan memberikan makna
pada setiap kata dalam sebuah bahasa. Semantik berasal dari bahasa yunani, semantik dinyatakan
sebagai ilmu makna.
Makna bahasa, khususnya makna kata, terpengaruh oleh berbagai konteks. Makna kata dapat
dibangun dalam kaitannya dengan benda atau objek di luar bahasa. Dalam konsepsi ini, kata
berperanan sebagai label atau pemberi nama pada benda-benda atau objek-objek yang berada di
alam semesta. Makna kata juga dapat dibentuk oleh konsepsi atau pembentukan konsepsi yang
terjadi dalam fikiran pengguna bahasa.
Proses pembentukannya berkait dengan pengetahuan atau persepsi penggunaan bahasa tersebut
terhadap fenomena, benda atau peristiwa yang terjadi di luar bahasa. Dalam konteks ini,
misalnya penggunaan bahasa akan tidak sama dalam menafsirkan makna kata demokrasi kerana
persepsi dan konsepsi mereka berbeza terhadap kata itu. Selain kedua konsepsi itu, makna kata
juga dapat dibentuk oleh kaitan antara stimulus, kata dengan respons yang terjadi dalam suatu
peristiwa ujaran.
Kajian makna sangat penting dalam mendalami lagi fungsi bahasa sebagai alat komunikasi agar
tidak aka nada kesilapan bahasa yang seringkali berlaku dalam interaksi dan komunikasi penutur
bahasa, terutamanya bahasa melayu.
2
1.2 Tujuan Penulisan
Penulisan ini bertujuan untuk memenuhi tugasan Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu serta
untuk mengetahui apa sebenarnya kajian makna tersebut. Mengupas dengan lebih jelas tentang
pentafsiran makna dalam kalangan masyarakat. Penggunaan kata ‘hati” dalam simpulan bahasa
melayu amat popular sekali, oleh itu penulisan ini akan mengupas persoalan makna dalam setiap
simpulan bahasa yang berfokuskan kepada kata “Hati”, misalnya:
Baik hati
Berat Hati
Makan Hati
Geli hati
1.3 Kelebihan Penulisan
Manfaat dari penulisan ini adalah untuk menambah pengetahuan pembaca dan penulis sendiri
terhadap Semantik atau makna yang menjuru kepada peribahasa berbentuk simpulan bahasa
yang sememangnya amat sinonim dengan corak kehidupan masyarakat kita.
2.0 PERBINCANGAN
2.1 Hakikat Makna
Bidang makna atau semantik, sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik kerana
bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Bahasa, menurutR. H. Robbins (1952)
menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik
am. Firth (1944) pula menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya,
kata ‘makna’ memberi erti ‘maksud’ atau ‘erti’. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi
bermacam-macam pengertian lagi. Misalnya,Ogden dan Richard dalam buku The Meaning of
Meaning (1956) pernah memberikan 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya, makna
adalah suatu yang intrinsik, pokok, Kemahuan, dan suatu peristiwa yang diharapkan. Istilah
3
semantik agak baharu digunakan jika dibandingkan dengan istilah bidang-bidang ilmu yang lain
iaitu dicipta pada akhir abadke-19.
Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur
tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar. Seseorang
itu boleh mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat apabila makna ini
berkaitan dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang( Leonard Bloomfield,
1992). Menurut Zabech, semantik dalam peristilahan modendigunakan dengan maksud ‘kajian
tentang hubungan antara item-item bahasa seperti perkataan, penamaan (nama am dan nama
khas), ekspresi predikat. Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani
semantickos yang membawa makna significant iaitu‘penting’ atau ‘beerti’ ( Hashim Musa, Ong
Chin Guan, 1998). Selain itu, ‘sema’ juga beertitanda atau lambang. Dalam bidang linguistik,
semantik ialah bidang yang mengkaji maknaatau erti dalam bahasa ( Nik Safiah Karim, 2001).
Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi kebanyakan daripada
struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi.
Terdapat beberapa jenis maknadalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna konsepsual, makna
konotatif, makna stilistik,makna afektif, makna refleksi, makna kolokatif, dan makna tematik.
Jenis-jenis makna inidapat memberikan gambaran yang tertentu daripada maksud tersurat dan
tersirat
2.2 Pengertian Kajian Makna
A. Bakar Hamid (1967; 160-165) dalam Abdullah Hassan (2005; 154-157), menjelaskan bahawa
makna merupakan peranan yang penting dalam pemakaian bahasa. Tanpa makna, suatu
komunikasi pertutur itu tidak akan berkesan. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu
bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas
yang dijangkakan daripada pendengar.
Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra'in Shaari menyatakan semantik merupakan
kajian makna istilah. Berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud
"erti yang penting".Kajian makna dalam bahasa Melayu menurut penggolongan semantik -
adalah cabang linguistik - yang berperanan semata-mata untuk meneliti - makna kata -
4
bagaimana asal mulanya - bagaimana perkembangannya dan apakah sebab-sebab terjadi
perubahan makna dalam sejarah bahasa.
Sebelum kita meneliti konsep dan skop dalam bidang semantik, perlulah kita mengetahui istilah
penting dalam bidang semantik. Apakah maksud istilah semantik? Menurut Palmer (1992),
istilah semantik merujuk kepada kajian makna. Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu
dalam bidang linguistik. Istilah ini sebenarnya berasal daripada perkataan Greek sema yang
bererti "tanda" (sign). ‘Sema’ juga bermaksud ‘isyarat’. Seterusnya kata itu menerbitkan kata
semaine in yang bermaksud ‘bererti’. Daripada sinilah terbitnya istilah semantik yang menamai
satu bidang ilmu yang mengkaji atau analisa makna.
Disebabkan semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna dan makna itu adalah
sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Dalam
semantik terdapat skop-skop semantik yang tertentu. Menurut Palmer, Kompson & Katz
semantik ialah “ as the study of meaning in natural language”.
Perkataan semantics yang dipetik daripada kata Perancis semantique telah diperkenalkan oleh
seorang ahli filologi Perancis, bernama Michel Breal pada tahun 1883 dalam makalah beliau
yang bertajuk, “ Les Lois Intellectuelles du Langage”. Dalam makalah ini, Breal telah memberi
tanggapan bahawa semantik mempunyai kedudukan sendiri di luar bahasa, misalnya bentuk
perubahan makna, latar belakang perubahan makna, hubungan perubahan makna dengan logik
dan hubungan makna dengan psikologi (Aminuddin,1985:16).
Kini, istilah semantik digunakan untuk merujuk kajian makna dalam bidang linguistik. Kata
semantik juga diertikan sebagai ‘ilmu tentang makna atau erti.
2.3 Pernyataan Masalah
Pada pandangan masyarakat kita amnya dan masyarakat melayu khusunya, Hati merpukan antara
organ badan manusia yang seringkali digunakan dalam penggunaan simpulan bahasa dalam
perbualan seharian. hati memainkan peranan yang mudah untuk diangakat sebagai kata yang
dapat dijadikan sebagai kata yang boleh memberi perlambangan kepada gaya kehidupan
masyarakat kita, memandangkan hati itu sendiri amat penting didalam membolehkan setiap
individu itu merasai perasaan dalam berkomunikasi atau berinteraksi sesama sendiri. Kajian ini
5
dibuat untuk melihat sejauhmana kata “hati” bertepatan dengan maksud simpulan bahasa
menurut pandangan dan corak pemikiran masyarakat kita dengan makna sebenar simpulan
bahasa.
2.4 Tinjauan Literatur
Kajian-kajian yang berkaitan dengan peribahasa telah lama diberi perhatian oleh pengkaji-
pengkaji bahasa baik di Malaysia mahupun di luar negara. Ismail Salleh (1990: 402) menyatakan
bahawa peribahasa, simpulan bahasa dan kiasan telah mendapat perhatian para pengumpul dan
pengkaji asing dan tempatan. Perhatian terhadap bidang ini berterusan sehingga kini. Pelbagai
pendapat serta ulasan terhadapnya telah dilahirkan oleh pengkaji mengikut kepentingan dan
pandangan masing-masing.Adat kebiasaan masyarakat Melayu banyak menggunakan peribahasa.
Keadaan ini menjadi satu kenyataan kerana dengan seuntai peribahasa yang singkat dapat
dikemukakan dengan sejitu-jitunya maksud yang hendak disampaikan. Menurut Tarigan (1985:
56) dalam setiap peribahasa terkandung bukan hanya makna kamus tetapi juga erti kiasan yang
merupakan garapan semantik. Bertitik tolak daripada tuntutan kehidupan inilah maka peribahasa
telah dicipta oleh manusia. Peribahasa Melayu lahir daripada sifat orang Melayu yang
menganggap penyampaian masej secara terus-terang adalah kurang manis dan kurang sopan
melainkan secara berselindung dan berkias. Kelahirannya adalah daripada rasa dan pengalaman
hidup yang ditempuh oleh masyarakat Melayu lama. Menurut Abdullah Hussain, (1989 : vii)
lebih tua sesuatu bangsa itu,lebih banyak dan lebih klasik pulalah peribahasanya.
Di samping popularnya bahasa kiasan lain yang sedia indah dengan iramanya, peribahasa turut
menjadi sebahagian daripada pertuturan sehari-hari di kalangan orang Melayu. Peribahasa
dijadikan petunjuk serta panduan kepada golongan yang muda mahupun yang tua. Pendapat dan
pandangan yang diungkap dengan menggunakan ayat secara ekonomis itu disusun dalam bentuk
peribahasa. Ini menjadikannya lebih manis dan merdu pada pendengaran bangsa Melayu yang
tidak begitu gemar berterus terang ketika berinteraksi.
Secara tidak langsung, masyarakat silam wajar terhutang budi kepada peribahasa yang
membantu mendisiplinkan anggotanya. Ini kerana, peribahasa yang digunakan merupakan
peribahasa yang timbul daripada persekitaran masyarakat serta tingkah laku masyarakat. Pendek
kata, setiap perilaku masyarakat akan menjadi buah bicara yang akhirnya akan membentuk
6
peribahasa. Zailiani Taslim, (1999) menerangkan bahawa peribahasa diperturunkan daripada
kawan kepada kawan, daripada ibu bapa kepada anak dan daripada pemimpin kepada anak buah.
Peribahasa yang dicipta pada bidang pendidikan dan tarbiah juga sesuai diucapkan secara
terbuka tanpa sebarang halangan dan pantang larang. Menurutnya lagi, peribahasa memang layak
menjadi institusi yang memanusiakan manusia daripada aspek keguruan tinggi.
Menurut Za’ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas,
mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa tradisi merujuk
kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum
tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut.
Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasakiasan dalam budaya Melayu.
Beliau juga menyatakan bahawa peribahasa boleh mencakupi perumpamaan, pepatah dan
bidalan perbilangan dan lidah pendeta. Peribahasa yang akan dipilih hanyalah merujuk kepada
beberapa peribahasa yang mempunyai unsur pemilihan gender atau jantina di dalamnya.
(Abdullah yusof dan rakan-rakan 2009)
Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda.
Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafal
seberapa banyak peribahasa seperti robot. Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang
kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing
dengan peribahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan peribahasa
masing-masing. Selain itu, peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan
bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang
penyeliaan oleh sebarang pihak.
2.5 Metodologi kajian
Kajian ini merupakan kajian kepustakaan yang mengkaji tentang jenis peribahasa iaitu simpulan
bahasa berunsurkan organ badan manusia iaitu “hati” dengan menggunakan teknik merujuk
melalui kamus berbahasa melayu iaitu kamus Dewan dan beberapa buku yang dicadangkan yang
tertera dalam lampiran rujukan.
7
Simpulan bahasa merupakan rangkaian perkataan yang tetap tersimpul atau terbeku dengan
susunan yang khas dan dipakai dengan erti yang berlainan daripada asal. Abdullah Hussein pula
menyatakan bahasa simpulan bahasa ialah perkataan atau kelompok perkataan tertentu untuk
menyatakan sesuatu maksud lain daripada erti yang lazim. Simpulan bahasa adalah bentuk
peribahasa yang paling mudah. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang
membawa maksud yang tepat dan padat.
Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam
susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya, terdapat daripada apa yang
tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat dan nyata. Ringkasnya, erti simpulan
bahas berlainan daripada perkataan yang digunakan.
Contoh :
Ada angin :
(a) Mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
(b) Sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.
Penggunaan simpulan bahasa dalam perbualan masyarakat kita sememangnya berlaku setiap hari
kerana ianya sudah sinonim dengan kehidupan seharian. Simpulan bahasa yang merupakan
cabang peribahasa merupakan cerminan watak kepada bangsa yang memilikinya dan sebagai
cabang seni dalam sastera rakyat. Selain itu ia merupakan susunan perkataan yang indah dengan
maksud yang benar dan logic hasil daripada kecekapan berbahasa penutur bahasa melayu itu
sendiri.
Oleh kerana bahasa melayu merentas kurikulum, maka adalah wajar simpulan bahasa diberi
perhatian dalam pendidikan bahasa melayu agar dapat mencapai ketrampilan bahasa, iaitu
menguasai kebolehan berbahasa dan komunikasi yang tepat. Penguasaan bahasa melayu
dikalangan pelajar di sekolah mahupun peringkat pengajian tinggi perlu dipupuk dan
dikembangkan. Justeru, bagi mengembangkan minat, kefahaman dan penggunaan simpulan
bahasa, perlu ada kaedah dan pendekatan yang berkesan yang perlu dilakukan oleh guru atau
pengajar.
8
2.6 Batasan Kajian
Kajian ini hanya terbatas kepada simpulan bahasa yang sering digunakan dalam pertuturan
penutur bahasa melayu.Simpulan bahasa ini juga hanya berfokus kepada satu tumpuan sahaja
dengan mengambil item dalam organ manusia iaitu “hati”.
Data utama kajian ini ialah simpulan-simpulan bahasa yang menggambarkan pemikiran.
Penelitian terhadap aspek pemikiran dilakukan berdasarkan lima bidang falsafah dan penulis
mengaitkan Semua aspek pemikiran itu dengan hipotesis Sapir-Whorf. Penelitian ini dilakukan
berdasarkan penelitian kualitatif-fenomenologis.
Berdasarkan pemikiran falsafah fenomenologi, Peneliti kualitatif cenderung berorientasi
fenomenologis, namun sebahgian besar diantaranya tidak radikal, tetapi idealis pandangannya.
Mereka memberi tekanan pada segi subjektif, tetapi mereka tidak perlu menolak kenyataan
adanya “di tempat sana”, ertinya mereka tidak perlu mendesak atau bertentangan dengan
pandangan orang yang mampu menolak tindakan itu.
Pendekatan dalam kajian ini mengkaji dan menjelaskan makna pengalaman manusia tentang
“hati” melalui deskripsi yang mendalam tentang sesuatu konsep atau fenomena yang dikaji.
Dengan yang demikian, data penelitian adalah terdiri daripada kata, frasa, klausa dan makna
simpulan bahasa yang dikumpulkan daripada beberapa sumber yang dikenal-pasti.melalui
dapatan tinjauan kepustakaan dengan masyarakat setempat.
Melalui simpulan-simpulan bahasa yang dihimpunkan dan dipilih, penulis akan membuat
penelitian sama ada terdapat hubungan bahasa dan pemikiran dalam simpulan bahasa melayu.
2.7 Teori Relative Linguistik dan Hipotesis Sapir-Whorf
Teori ini menyatakan bahawa terdapat hubungan antara bahasa, budaya san pemikiran suatu
masyarakat. Dengan pendekatan lain, tanggapan atau fikiran dan tindakan seseorang itu
bergantung kepada struktur dan kosa kata dalam bahasanya yang digunakan untuk berfikir dan
menanggapi sesuatu. Dengan yang demikian bahasa turut mempengaruhi tingkah laku
penuturnya.
9
Teori relativity Linguistik yang dipolopori oleh Boas, Sapir dan Whorf menyatakan bahawa
orang berbicara dengan cara yang berbeza kerana mereka berfikir dengann cara yang berbeza.
Mereka berfikir dengan cara yang berbeza kerana mereka menawarkan cara mengungkapkan
makna tentang dunia persekitaran mereka dengan cara yang berbeza juga.
Rahman Shaari (1993:88) berpendapat bahawa aspek peribahasa harus dianggap sebagai sama
pentingnya dengan aspek-aspek lain dalam pengajaran Bahasa Melayu. Ini kerana prinsip
peribahasa (simpulan bahasa) adalah hidup dan berkembang seiring dengan perkembangan
bahasa secara global. Oleh itu, simpulan bahasa melayu amat wajar diberi pengajaran di setiap
peringkat persekolahan sebagai kelangsungan kepada perkembangan tersebut.
Secara mudahnya, simpulan bahasa melayu yang merupakan salah satu cabang bahasa melayu,
mempunyai peranan besar dalam membentuk entiti dan jati diri bangsa yang memiliki dan
mengamalkan nilai-nilai murni. Atas kepentingan pendidikan, pengajaran simpulan bahasa
melayu amat wajar dilaksanakan secara sistematik dan bijaksana bagi menghindari halangan dan
kesukaran murid memahami, meminati dan mengingati sesuatu kesimpulan bahasa melayu.
2.8 Analisis Data
Melalui penulisan ini, strategi penterjemahan adalah digunakan untuk menganalisis data seperti
mana yang disarankan oleh Baker (1992) iaitu menggunakan peribahasa (simpulan bahasa) yang
sama bentuk dan sama makna, menggunakan simpulan bahasa yang sama bentuk, parafrasa,
pengguguran dan penggantian.
Penyesuaian dalam analisis dibuat dengan menggantikan penggunaan bentuk kepada penggunaan
lambang iaitu simpulan bahasa yang menggunakan lambang dan makna sama dan simpulan
bahasa yang mempunyai makna yang sama tetapi mempunyai lambing yang berbeza.
Simpulan bahasa yang sama bentuk dan makna, penggunaan lambangnya diklasifikasikan
mengikut golongan kata berdasarkan kriteria semantic Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Nik
Safiah dan rakan-rakan, 2008) Peribahasa yang mempnyai makna yang sama tetapi mempunyai
lambang yang berbeza dianalisis berdasarkan perihal, keadaan, sifat, cara, kejadian dan
peristiwa.Daripada sejumlah simpulan bahasa yang dikaji, didapati terdapat unur pemikiran yang
10
melatari setiap peribahasa yang diungkapkan. Sapir-Whofr (1921) menjelaskan bahawa bahasa
menentukan pemikiran penuuturnya.
Dalam kajian ini terdapat enam jenis simpulan bahasa yang berunsurkan “hati” akan
dipersoalkan. Hati adalah organ manusia yang sangat berguna dalam kehidupan, hati juga
mempuyai tafsiran abstrak yang mana ianya berunsur perasaan yang halus dan sukar ditelusuri
maknanya. Hati banyak digunakan sebagai simbol dalam kehidupan manusia, bereadaan manusia
dan sifat manusia itu sendiri, Contoh:
1. Baik hati
Merujuk kepada orang yang suka membantu dan mempunyai sikap yang selalu
melakukan perkara yang betul kepada orang lain.
SUMBER MAKNA
Baik
perbuatan
Hati
Perasaan (abstrak) yang tulus.
Simpulan bahasa yang sama maksud
“Hati Berlian”
Dalam hubungan seharian masyarakat, kita selalu mengaitkan tentang isu-isu perasaan, moral
dan corak interaksi satu sama lain. Moral ialah satu sistem dan niat manusia dengan manusia.
Nilai ini bersifat relative, subjektif dan sementara. Tindakan bermoral menjadi isu dalam
simpulan bahasa ini. Setiap tindakan manusia yang wajar dilakukan, diketengahkan dalam
simpulan bahasa ini untuk menjadi contoh dalam mencapai kesejahteraan hidup dalam
masyarakat.
11
2. Jaga hati
Merujuk kepada perbuatan manusia agar tidak bertindak atau berkelakuan sesuatu yang
boleh menyakiti dan menyinggung orang lain.
SUMBER MAKNA
Jaga
Perlakuan mengawasi sesuatu
Hati
Perasaan orang lain
Simpulan bahasa ini dapat menggambarkan tentang hubungan masyarakat yang perlu berjaga-
jaga agar tidak berlaku keadaan yang boleh membuatkan orang lain terganggu dan merasa tidak
dihormati. Dalam kehidupan masyarakat isu menjaga hati ini sangat sensitif dan penting kerana
ia melibatkan keharmonian hidup masyarakat.
3. Hati berdetus
Merujuk kepada perasaan yang ada pada seseorang yang mencurigai suatu keadaan atau
perbuatan yang lain.
SUMBER MAKNA
Hati
Perasaan (apa yang dirasa)
berdetus
berbunyi seperti bunyi letusan senapang,
mercun dan sebagainya.
12
Simpulan bahasa “hati berdetus” menunjukkan sikap sesetengah masyarakat yang kebiasaannya
curiga dan berfikiran negative atau was-was dengan keadaan tertentu. Ia menunjukkan seolh-olah
ada letusan yang berlaku di benak hati yang membuatkan seseorang itu merasa ada sesuatu yang
tidak kena berlaku. Pada makna yang sebenarnya seolah-olah hati itu yang meletus, namun
dalam konsep abstrak atau simboliknya, ia menerangkan maksud yang tersirat.
4. Jantung Hati
Simpulan bahasa ini menggabungkan dua organ manusia yang sangat penting dalam
kehidupan dan tanpa kedua-dua organ ini manusia tidak akan hidup. Begitulah betapa
pentingnya jantung dan hati. Simpulan bahasa ini merujuk kepada seseorang kekasih
yang sangat disayangi.
SUMBER MAKNA
Jantung
Item yang sangat penting dalam tubuh
manusia.
Hati
Item yang dikatakan sebagai menjadi lubuk
segala perasaan.
Simpulan bahasa yang sama makna
Ratu Hati (khusus untuk wanita)
Mahkota hati (umum)
Simpulan bahasa ini merupakan suatu perlambangan yang sangat abstrak bagi melambangkan
seseorang yang sangat istimewa dan penting dalam hidup seseorang. Ia melambangkan seorang
kekasih yang menjadi nadi dan sumber kehidupan kepada hati yang punya perasaan cinta
terhadap seorang kekasih.
13
Dalam masyarakat, perasaan cinta itu pasti wujud terutama sekali ianya berlaku amat hebat
dikalangan mereka yang sedang berada di alam percintaan. Bagaimanapun, simpulan bahasa ini
juga sebenarnya boleh digunakan mengikut keadaan dan pemikiran individu itu sendiri.
Kerana “jantung hati” juga boleh diberikan sebagai gelaran kepada ibu atau ayah yang sangat
disayangi. Ratu hati juga boleh digunakan untuk menggantikan jantung hati, namun ianya hanya
terbatas untuk wanita sahaja. Namun begitu secara amnya ia juga boleh menggunakan “mahkota
hati”.
5. Keras Hati
Simpulan bahasa “keras hati” membawa maksud tidak mahu mendengar kata-kata dan
nasihat orang lain atau degil. Ia menonjolkan bahawa seseorang itu sangat susah untuk
dilembutkan atau diurus.
SUMBER MAKNA
Keras
Suatu benda yang pejal, trguh, kukuh dan
tidak ada unsur lembut atau cair.
Hati
Perasaan seseorang
Simpulan bahasa yang sama maksud
Hati batu
Simpulan bahasa ini menggambarkan sikap dan pemikiran sesetengah manusia dalam
masyarakat yang tidak patuh, degil serta tidak mahu mendengar nasihat atau pandangan orang
lain. Sikap masyarakat seperti ini selalunya difikirkan sebagai individu yang agak susah untuk
dibimbing atau diberi petunjuk. Keras hati- menggambarkan perasaan seseorang itu amat pejal
dan sukar untuk ditembusi oleh apapun pujukan. Ia samalah juga dengan makna simpulan bahasa
“Hati batu”. Batu merujuk kepada sesuatu item yang pejal dan keras.
14
6. Lurus hati
Membawa maksud seseorang yang mampunyai sikap atau sifat yang ikhlas dan jujur.
Individu dalam masyarakat yang tidak melakukan perkara-perkara yang curang atau
melanggar etika moral dan norma-norma kehidupan bermasyarakat.
SUMBER MAKNA
Lurus
Suatu garis atau bentuk yang tidak ada
lengkung
Hati
Pemikiran atau perasaan seseorang
Simpulan bahasa yang sama makna
Putih hati, hati jernih
Dalam masyarakat, sememangnya terdapat juga individu yang boleh dipercayai dan boleh
dipertanggungjawabkan. Perkataan “lurus” biasanya sudah maklum didalam pemikiran
masyarakat bahawa ianya sesuatu yang bagus, positif dan tidak mendatangkan apa-apa masalah,
malah benda yang lurus ini sememangnya disukai oleh kebanyakan masyarakat. Lurus hati
menggambarkan ketulusan seseorang dalam melakukan sesuatu tanpa niat yang negatif.
3.0 KESIMPULAN
Hati dikatakan sebagai rumah segala perasaan manusia. Setiap inidvidu yang mempunyai
perasaan dari benak hati mempunyai sifat tersendiri dan masyarakat juga mempunyai pelbagai
pandangan yang tersendiri terhadap setiap individu. Setelah kajian makna ini dibuat, kita telah
mendapati bahawa pandangan masyarakat terhadap “hati” sememangnya amat bertepatan sekali
dengan perlambangan yang diungkapkan. Beradsarkan kajian ke atas enam simpulan bahasa
yang dipilih, kita dapat melihat bahawa sikap manusia sememangnya dapat ditelusuri melalui
15
apa yang ada di dalam hati. Tanggapan yang wujud dari hati ke hati itu telah melahirkan
simpulan-simpulan bahasa yang berteraskan hati yang tepat menggambarkan sifat dan
keberadaan seseorang. Secara umumnya, simpulan bahasa berasakan hati ini lebih membicarakan
berkaitan dengan moral dan norma kehidupan masyarakat. Terdapat juga persamaan simpulan
bahasa namun menggunakan perlambangan yang berbeza. Kesimpulannya, manusia mempunyai
persepsi yang agak sama berkaitan dengan sifat yang berhubung dengan hati kerana hati mampu
berhubung secara abstrak melalui perasaan yang mudah ditelusuri lalu wujudlah kata dari bahasa
yang melahirkan simpulan bahasa merasakan hati.Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa
terdapat hubungan diantara bahasa dan pemikiran dalam simpulan bahasa melayu.
Jumlah Perkataan: 3660
RUJUKAN
Abullah Hassan (1992), Semantik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Abdullah Yusof et.al (2009), Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka
Salam Sdn.Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat, (2005), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd Ra’in Shaari dan Abdullah Yusof,(2008), Penyelidikan Bahasa Dan Linguistik,
Metodologi,Terori dan analisis Data, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd
16
17