kajian mengenai gaya pembelajaran berdasarkan … · 2.11 penggunaan teori kepelbagaian kecerdasan...
TRANSCRIPT
KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN (MI) GARDNER DI KALANGAN
PELAJAR ALIRAN BUKAN SAINS TINGKATAN 4 BUMIPUTERA DI
DAERAH PENAMPANG SABAH.
JESSICA A. MOSIKON
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN (MI) GARDNER DI KALANGAN
PELAJAR ALIRAN BUKAN SAINS TINGKATAN 4 BUMIPUTERA DI
DAERAH PENAMPANG SABAH.
JESSICA A. MOSIKON
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
SEPTEMBER, 2004
iii
DEDIKASI
TERISTIMEWA BUAT SELURUH AHLI KELUARGA TERSAYANG
YANG SENTIASA MEMBERIKAN
DORONGAN DAN GALAKAN UNTUK
TERUS BERJAYA.
TERUTAMANYA DADY & MUMY,
ALEXANDER MOSIKON & MARY JIVONIS
YANG SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN SAYA.
BUAT ADIK-ADIK TERSAYANG
JAY-JAY & JACK
TERUSKANLAH PERJUANGAN KALIAN DALAM MENGEJAR CITA-
CITA YANG MURNI
JUGA UNTUK INSAN YANG TERSAYANG
PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI…
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur saya kepada Tuhan kerana dengan rahmat-Nya akhirnya saya berjaya
menyelesaikan Projek Sarjana Muda ini dengan sempurna.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia saya, Prof. Madya Dr.
Zaleha Ismail di atas kesungguhan beliau membimbing dan menunjuk ajar saya di
sepanjang kajian ini sehingga selesai.
Tidak lupa juga di ucapkan terima kasih kepada penasihat akademik saya, Dr.
Seth Bin Sulaiman kerana memberi bantuan dan sokongan semangat kepada saya dalam
menyiapkan kajian ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua dan pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin Penampang, Sabah di atas kerjasama yang
diberikan dalam melancar dan menjayakan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada sahabat saya Clarence yang tidak
jemu membantu dalam menjayakan kajian ini. Penghargaan yang tidak terhingga juga
buat keluarga kerana dorongan dan sokongan sepanjang pengajian saya.
Akhir sekali ucapan terima kasih saya tujukan kepada mereka yang memberikan
bantuan secara langsung atau pun tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran di
kalangan pelajar tingkatan 4 bumiputera Sabah berdasarkan Teori Kepelbagaian
Kecerdasan Gardner. Kajian ini melibatkan 114 orang responden. Soal selidik oleh
Gary Harms yang mengandungi 80 item telah digunakan untuk mengumpul
maklumat mengenai gaya pembelajaran pelajar. Data-data yang dikumpul dianalisis
dengan menggunakan Microsoft Excel untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min
dan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang dikemukakan
di dalam kajian ini. Kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan, responden
menunjukkan gaya pembelajaran kecerdasan intrapersonal, muzikal, kinestetik
badan, verbal linguistik dan logik matematik. Dapatan kajian menunjukkan tidak
wujud perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
akademik pelajar. Walau bagaimanapun, gaya pembelajaran kecerdasan logik
matematik sahaja yang menunjukkan perhubungan yang signifikan. Kajian juga
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pembelajaran
mengikut kecerdasan di kalangan responden mengikut jantina. Dapatan kajian
menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan hanya dalam gaya pembelajaran
kecerdasan kinestetik badan di kalangan responden mengikut keturunan. Beberapa
cadangan telah dikemukakan agar para pendidik dapat memenuhi keperluan gaya
pembelajaran Sains pelajar-pelajar bumiputera Sabah di daerah Penampang.
vi
ABSTRACT
This study was conducted to identify the learning styles among the
indigenous form four students in Sabah based on the Gardner’s Multiple Intelligence
Theory. This study involved 114 respondents. Information on students’ learning
styles was collected using questionnaires by Gary Harms, which consisted of 80
items. These data were analyzed using statistical functions in Microsoft Excel to
obtain the frequencies, percentages, means, and significant differences in order to
answer each of the problem statements proposed in this study. The study show that
overall; the respondents had intrapersonal, musical, bodily kinesthetic, verbally
linguistic, and logically mathematic learning styles. The results also show that no
significant difference exist between the students’ learning styles and their academic
achievements. However, there is a significant correlation between logically
mathematic learning style and the students’ academic achievements. The study also
shows that there was no significant difference in learning styles based on multiple
intelligence among the respondents of different sexes. However, results show that
there was a significant difference in learning style based on bodily kinesthetic
intelligence among the respondents of different races. Some suggestions are
proposed for the teachers to fulfill the needs of learning styles of indigenous students
in the district of Penampang Sabah in Science subject.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Skop Kajian 8
1.9 Kerangka Teori 9
1.10 Definisi Terminologi 10
1.10.1 Sains 10
1.10.2 Aliran Bukan Sains 10
1.10.3 Pelajar Bumiputera 11
1.11 Penutup 11
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Objektif Matapelajaran Sains 13
2.3 Pembelajaran 13
2.4 Gaya Pembelajaran 15
viii
2.5 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Gaya Pembelajaran 17
2.6 Kecerdasan 19
2.7 Teori Kepelbagaian Kecerdasan (Multiple Intelligences) 20
2.7.1 Kecerdasan Verbal Linguistik 21
2.7.2 Kecerdasan Logik Matematik 21
2.7.3 Kecerdasan Ruang Visual 22
2.7.4 Kecerdasan Kinestetik Badan 22
2.7.5 Kecerdasan Muzikal 23
2.7.6 Kecerdasan Intrapersonal 24
2.7.7 Kecerdasan Interpersonal 24
2.7.8 Kecerdasan Naturalis 25
2.8 Kajian Terhadap Gaya Pembelajaran Dengan Teori kepelbagaian Kecerdasan 25
2.9 Persamaan dan Perbezaan Di Antara Gaya pembelajaran Dunn and Dunn Dengan Teori Gardner 27
2.10 Aplikasi Teori Kepelbagaian Kecerdasan Dalam Bilik Darjah 28
2.11 Penggunaan Teori Kepelbagaian kecerdasan Dalam Sistem Pendidikan 30
2.12 Penggunaan Teori Kepelbagaian Kecerdasan Dalam Pemilihan Kerjaya 31
2.13 Penutup 33
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 34
3.2 Reka Bentuk Kajian 34
3.3 Prosedur Mengumpul Data kajian 35
3.4 Kawasan Kajian 35
3.5 Sampel Kajian 36
3.6 Instrumen Kajian 36
3.6.1 Bahagian A 37
3.6.2 Bahagian B 37
ix
3.7 Analisis Data 38
3.8 Kajian Rintis 39
3.9 Penutup 40
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 41
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 42
4.3 Dapatan Kajian Berasaskan Persoalan Kajian 44
4.3.1 Analisis Persoalan 1: Jenis Gaya Pembelajaran Di Kalangan Responden Berdasarkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan (MI) 44
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2: Mengenalpasti Kewujudan Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Responden Berdasarkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan. 59 4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3:
Perbezaan Gaya Pembelajaran Berdasarkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner Di Kalangan Responden Mengikut Jantina. 60
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4: Perbezaan Gaya Pembelajaran Berdasarkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner Di Kalangan Responden Mengikut Keturunan. 61
4.4 Penutup 64
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Perbincangan Kajian 65
5.2.1 Persoalan Kajian 1 66
5.2.2 Persoalan Kajian 2 71
5.2.3 Persoalan Kajian 3 72
5.2.4 Persoalan Kajian 4 73
5.3 Rumusan Kajian 74
x
5.4 Implikasi Dan Cadangan 75
5.5 Saranan Kajian Lanjutan 79
5.6 Penutup 80
RUJUKAN 82
LAMPIRAN
Soal Selidik 89
Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
xi
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK HALAMAN
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42
4.2 Taburan Responden Mengikut Keturunan 42
4.3 Taburan Responden Mengikut Gred Bagi
Matapelajaran Sains Yang Diperolehi Dalam PMR. 43
4.4 Skala Tahap Kepelbagaian Kecerdasan
Di Kalangan Responden. 45
4.5 Kecerdasan Verbal Linguistik 45
4.6 Kecerdasan Logik Matematik 46
4.7 Kecerdasan Ruang Visual 48
4.8 Kecerdasan Kinestetik Badan 49
4.9 Kecerdasan Muzikal 51
4.10 Kecerdasan Interpersonal 52
xii
4.11 Kecerdasan Intrapersonal 54
4.12 Kecerdasan Naturalis 55
4.13 Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan
Pencapaian Sains PMR 59
4.14 Perbezaan Gaya Pembelajaran Berdasarkan
Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner
Mengikut Jantina secara keseluruhan 60
4.15 Perbezaan Gaya Pembelajaran Berdasarkan
Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner
Mengikut Jantina Bagi setiap kecerdasan 60
4.14 Perbezaan Gaya Pembelajaran Berdasarkan
Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner
Mengikut keturunan 66
xiii
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Perhubungan Di Antara Gaya Pembelajaran
Dengan Teori Kepelbagaian Kecerdasan 9
4.1 Min Gaya Pembelajaran
(Kepelbagaian Kecerdasan) Secara
Keseluruhan 57
4.2 Peratus Gaya Pembelajaran
(Kepelbagaian Kecerdasan) Secara
Keseluruhan 57
xiv
SENARAI SIMBOL
α - Alfa (0.05)
% - Peratus
Sig. - Signifikan
SM - Sangat Menyerupai Saya
M - Menyerupai Saya
HM - Hampir Menyerupai Saya
TM - Tidak Menyerupai Saya
STM - Sangat Tidak Menyerupai Saya
MI - Multiple Intelligences (Kepelbagaian Kecerdasan)
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
PPD - Pejabat Pendidikan Daerah
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sains adalah salah satu mata pelajaran yang penting di sekolah sama ada
peringkat sekolah rendah, menengah mahupun di institusi pengajian tinggi. Di
sekolah, prestasi kecemerlangan pelajar dalam mata pelajaran sains diukur melalui
keputusan mereka dalam peperiksaan sekolah dan awam. Namun ternyata pada
setiap peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan sebagainya, pelajar negara
masih tidak mampu memberikan keputusan semua lulus dalam mata pelajaran sains.
Walau bagaimanapun, negara sentiasa mengharapkan peningkatan pelajar
dalam mata pelajaran ini. Ini kerana, pencapaian yang cemerlang dalam sains
memberikan peluang yang besar kepada pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara
gading. Pelbagai bidang sains yang diperlukan oleh negara membangun seperti
Malaysia. Ini termasuklah penggunaan tenaga kerja yang mahir dalam bidang sains
dan teknologi untuk meningkatkan semua industri negara seperti pembuatan,
pembinaan dan sebagainya. Peningkatan tenaga mahir negara akan mengurangkan
pengimportan tenaga mahir dari negara lain. Selain daripada itu, sains juga
2
membantu manusia dalam menguruskan alam dan sumber-sumbernya dengan penuh
tanggungjawab dan bijaksana.
Oleh itu, apakah tindakan yang harus diambil untuk memastikan pencapaian
matapelajaran sains sentiasa menunjukkan peningkatan? Mengikut pendapat Dunn
& Dunn (1979), penyelesaiannya adalah dengan mengetahui gaya pembelajaran
pelajar dan menyesuaikannya dengan rancangan pelajaran mengikut gaya mereka.
Setiap orang mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri dan berbeza secara
individu seperti mana cap ibu jari (Gremli, 1996). Sebenarnya apakah yang
dimaksudkan dengan gaya pembelajaran? Gaya pembelajaran adalah cara seseorang
individu memahami semasa menerima dan memproses maklumat dan pengetahuan
yang akhirnya mewujudkan perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran dan
pengajaran. Menurut pendapat, Pengarah Kesatuan kebangsaan pengetua-pengetua
sekolah menengah (NASSP), Keele (1979):
“Learning style diagnosis that gives the most powerful leverage yet available
to educators to analyze, motivate and assist students in school. It is the foundation of
truly modern approach to education”.
Sebenarnya terdapat banyak definisi gaya pembelajaran yang didefinisikan
oleh para pengkaji dan pendidik. Walau bagaimanapun terdapat satu teori yang
komprehensif berkaitan dengan gaya pembelajaran iaitu Teori Kepelbagaian
Kecerdasan ( multiple intelligences ) yang diperkenalkan oleh Howard Gardner pada
tahun 1983. Dalam teori ini, terdapat beberapa jenis kecerdasan dan setiap manusia
mempunyai semua jenis kecerdasan (Gardner, 1993). Namun keunikannya, setiap
manusia mempunyai satu set kekuatan dan kelemahan intelektual. Menurut Gardner
(1999), terdapat 9 kecerdasan iaitu verbal linguistik, logik matematik, muzik, ruang
visual, kinestetik badan, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan eksistensialis.
Keupayaan dalam memahami gaya pembelajaran dan situasi yang boleh menyokong
belajar secara berkesan akan dapat mempertingkatkan pencapaian akademik,
kekuatan dalamannya dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
3
1.2 Latar belakang Masalah
Tahun demi tahun jumlah pelajar di negara kita sentiasa menunjukkan
peningkatan dan setiap pelajar mempunyai gaya pembelajarannya yang tersendiri
kerana datang dari pelbagai latar belakang, pengalaman dan kecenderungan yang
berbeza. Menurut Dunn (1993), gaya pembelajaran adalah satu set ciri-ciri peribadi
yang mempengaruhi bagaimana seseorang menerima, mengumpul dan memproses
maklumat. Oleh itu, gaya pembelajaran pelajar menjadi aspek penting di sekolah.
Gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada cara interaksi individu dengan sesuatu
maklumat atau rangsangan kemudian memproses dan menganalisis maklumat
tersebut di dalam otak untuk dijadikan pengetahuan.
Menurut Kolb (1971), salah satu kegagalan seseorang ialah tidak faham
proses pembelajaran dirinya sendiri atau gaya pembelajarannya. Kajian juga
menunjukkan bahawa pelajar lebih berdikari, bertanggungjawab dan berkeyakinan
sekiranya memahami gaya pembelajaran mereka ( Sims and Ehrardt,1978 ;
Myers,1992). Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas adalah suatu yang kompleks.
Di sekolah pelajar membentuk gaya pembelajaran tersendiri serta berinteraksi
dengan maklumat dengan bantuan guru yang mempunyai gaya pengajaran tersendiri.
Guru-guru selalu mengandaikan mereka hanya bertanggungjawab mengenai subjek
yang diajar tanpa menghiraukan proses kognitif pelajar tersebut. Kelemahan pelajar
dalam pembelajaran sering dikaitkan dengan suasana sekolah yang tidak kondusif,
saiz kelas yang besar, kemudahan yang tidak mencukupi dan bebanan sukatan
pelajaran yang berat serta peperiksaan (Subahan,1996 ).
Sistem persekolahan sekarang lebih tertumpu kepada dua kecerdasan sahaja
iaitu verbal-linguistik dan logik-matematik (Gardner,1995). Kebanyakan guru tidak
menghargai kepelbagaian pelajar dan tidak merancang pengajaran mereka mengikut
kesemua kecerdasan atau mana-mana bidang kecerdasan khusus yang ada pada
murid mereka. Ramai pelajar yang berbakat atau 'gifted' juga kurang bermotivasi
untuk ke sekolah kerana masalah guru yang hanya tertumpu kepada sistem
4
pengajaran dan pembelajaran ‘chalk and talk’. Proses pembelajaran tersebut akan
menyebabkan beberapa pelajar sahaja yang terlibat aktif dalam bilik darjah.
Terdapat banyak pelajar yang lebih cenderung kepada kecerdasan selain kecerdasan
verbal-linguistik dan logik-matematik akan terpinggir dalam proses pembelajaran
dan pengajaran (Hearne &Stone,1995). Pelajar-pelajar ini telah dilabelkan sebagai
murid yang bermasalah, pencapaian rendah dan tidak bermotivasi. Guru telah
meletakkan harapan yang rendah terhadap mereka maka ini menyebabkan harga diri
mereka menurun dan masalah disiplin meningkat.
Pelajar bumiputera Sabah yang berketurunan Kadazan, Dusun, Murut dan
Bajau adalah golongan terbesar dalam negeri merupakan tunggak kepada
pemerintahan dan pembangunan negeri seterusnya kepada negara. Sebagaimana
yang kita sedia maklum, gaya pembelajaran yang diamalkan dalam proses
pembelajaran mempengaruhi kecemerlangan seseorang pelajar. Oleh itu, adalah
menjadi satu usaha yang baik untuk menumpukan bagaimana seseorang pelajar itu
dapat belajar dengan lebih berkesan dan efisien dengan mengetahui gaya
pembelajaran pelajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Kecemerlangan seseorang pelajar amat dipengaruhi dengan gaya
pembelajarannya. Sekiranya gaya pembelajaran tidak dikenalpasti, pelajar agak
sukar mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran kerana pendekatan
pembelajaran tidak bersesuaian dengan gayanya. Kajian ini dijalankan untuk
mengenal pasti jenis gaya pembelajaran sains menurut Teori kepelbagaian
kecerdasan di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter
Mojuntin Penampang Sabah. Terdapat 8 jenis kecerdasan iaitu verbal linguistik,
logik matematik, muzikal, ruang visual, kinestetik badan, intrapersonal, interpersonal
dan naturalis dalam teori tersebut. Setiap pelajar mempunyai kesemua kecerdasan
5
sebut tetapi masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan terhadap
kecerdasan tersebut (Brualdi,1996). Oleh itu penyelidik cuba mengenalpasti gaya
pembelajaran pelajar yang sebenarnya. Gaya pembelajaran penting untuk membantu
pelajar dalam proses pemahaman pembelajaran.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya pembelajaran di kalangan
pelajar-pelajar aliran bukan Sains Tingkatan 4 bumiputera Sabah di daerah
Penampang Sabah berdasarkan Teori kepelbagaian Kecerdasan. Berikut merupakan
objektif kajian penyelidik:
a) Mengenalpasti jenis gaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar
aliran bukan Sains bumiputera Sabah secara keseluruhan.
b) Mengenalpasti hubungan antara jenis gaya pembelajaran sains dengan
pencapaian akademik pelajar aliran bukan Sains bumiputera Sabah.
c) Mengenalpasti perbezaan jenis gaya pembelajaran di kalangan pelajar-
pelajar aliran bukan Sains bumiputera Sabah mengikut jantina.
d) Mengenalpasti perbezaan jenis gaya pembelajaran di kalangan pelajar-
pelajar aliran bukan Sains bumiputera Sabah mengikut keturunan.
6
1.5 Persoalan kajian
Dalam kajian ini, terdapat beberapa persoalan kajian untuk mengetahui jenis
gaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 4 aliran bukan Sains
bumiputera Sabah. Antara persoalan kajian penyelidik ialah:
1) Apakah jenis gaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar aliran
bukan Sains bumiputera Sabah secara keseluruhan?
2) Adakah terdapat hubungan antara jenis gaya pembelajaran sains
dengan pencapaian akademik pelajar-pelajar aliran bukan sains
bumiputera Sabah?
3) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam jenis gaya
pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar aliran bukan Sains
bumiputera Sabah mengikut jantina?
4) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam jenis gaya
pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar aliran bukan Sains
bumiputera Sabah mengikut keturunan?
1.6 Hipotesis Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik telah menetapkan beberapa hipotesis. Hipotesis
yang ditetapkan adalah berdasarkan persoalan kajian yang dikemukakan untuk
melihat perbezaan signifikan dalam gaya pembelajaran sains berdasarkan Teori
Kepelbagaian Kecerdasan Gardner di kalangan responden. Berikut adalah hipotesis
yang telah ditetapkan: