kajian terhadap tindakan kerajaan negeri johor dalam menangani
TRANSCRIPT
KAJIAN TERHADAP TINDAKAN KERAJAAN NEGERI JOHOR
DALAM MENANGANI PENEMPATAN SEMULA SETINGGAN
DI NEGERI JOHOR
KAJIAN KES : KAMPUNG SRI RAHMAT, JOHOR BAHRU
HANIS MUSALMAN BIN SALEHAN
Tesis ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah
Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2007
iii
DEDIKASI
Ku tujukan khas buat arwah bapaku yang telah meninggalkan aku sekeluarga
pada 5 November 2006. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas rohnya dan
dimasukkan kedalam orang-orang yang beriman. Kepada emak, abang dan kakakku
di Kuala Lumpur dan Sungai Koyan, Raub, Pahang, aku akan teruskan impianku ini.
Tidak ku lupakan kepada isteriku yang amat kusayangi dan cintai, Siti
Norhazlinah Binti Isnan yang terlalu sabar dan setia melayani karenah suamimu yang
ingin berjaya dalam pelajaran. Juga kepada tiga permata hatiku, Muhammad Haikkal
Fahmi, Muhammad Hazim Hakimi dan Muhammad Hariz Fikri. Ikutilah jejak
langkah bapamu setelah kamu meningkat dewasa. Sesungguhnya ilmu pengetahuan
itu adalah harta yang paling berharga kepada kehidupan kamu semuanya.
Tidak ku lupakan juga kepada teman-teman seperjuangan semua, terima
kasih daun keladi atas kesabaran dan kesungguhan kalian dalam mencari sebuah
impian. Percayalah, kalau kita rajin berusaha, Allah SWT pasti memberikan
ganjarannya sebanyak mana usaha kita dan mungkin lebih lagi balasannya demi
kehidupan sepanjang hayat.... Sesungguhnya, Kaulah yang satu...... Amin.
iv
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW
diatas taufik dan hidayah dan dengan keizinanNya dapat saya menyiapkan Tesis
Sarjana ini dengan jayanya dalam waktu yang ditetapkan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada penyelia Tesis ini iaitu Dr. Khatijah
Binti Husin diatas bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat serta teguran yang membina di
sepanjang penghasilan tesis ini. Tidak lupa juga saya ucapan jutaan terima kasih
kepada Dr. Ismail Bin Omar sebagai Ketua Jabatan Pentadbiran Tanah, Dr. Hajah
Asiah Binti Othman sebagai Penyelaras Projek dan juga kepada semua pensyarah
Jabatan Pentadbiran Tanah di atas ilmu yang dicurahkan dan bantuan yang diberikan
dengan secara langsung atau tidak secara langsung.
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli panel yang
terlibat dalam memberi teguran yang ikhlas dan membina terhadap penulisan ini
Yang terakhir, penghargaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Wakil Dato’
Pengarah Tanah Dan Galian Johor, Haji Muhamad Bayot bin Mohamad, Pentadbir
Tanah Johor Bahru, Encik Kamaruddin Bin Abdullah, Penolong Pentadbir Tanah
Bahagian Kuatkuasa, Encik Mohd. Anizam Bin Jamian dan Penolong Pegawai
Tanah, Encik Nasir Bin Md. Nor serta semua kakitangan Pejabat Tanah Johor Bahru
di ataskerjasama yang diberkan terutamanya dalam mendapatkan maklumat bagi
menjayakan projek Tesis ini.
Semoga kerjasama yang diberikan oleh kalian semua, membolehkan saya
mencapai kejayaan yang selama ini menjadi impian saya. Hanya Allah SWT yang
dapat membalasnya.... insyaAllah....
v
ABSTRAK
Penempatan semula setinggan merupakan satu perkara yang penting dalam membasmi masalah penempatan setinggan di Malaysia. Pelbagai kaedah telah digunakan oleh kerajaan untuk menempatkan setinggan ke satu kawasan baru yang lebih baik, teratur, bersih dan mempunyai infrastruktur bagi memberi keselesaan kepada setinggan yang dipindahkan. Kerajaan Negeri Johor telah menggunakan beberapa kaedah seperti pemberimilikan tanah kepada penduduk setinggan, pemberian Lesen Pendudukan Sementara, memindahkan mereka ke perumahan kos rendah di taman perumahan atau projek perumahan rakyat (PPR), menempatkan mereka ke satu kawasan baru yang disediakan oleh kerajaan, mengambil tindakan penguatkuasaan dibawah Kanun Tanah Negara 1965 atau menolak permohonan mereka dan tidak memperakukan permohonan yang dibuat. Namun, didapati kaedah-kaedah yang digunapakai itu tidak semuanya dapat membasmi masalah penempatan setinggan. Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis kaedah-kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk diaplikasikan ke dalam kawasan kajian bagi menempatkan semula penduduk setinggan dalam kawasan kajian ke satu kawasan baru dengan menggunakan kaedah yang sesuai dari tindakan kerajaan negeri Johor. Ini bertujuan supaya penduduk setinggan di kawasan kajian tidak memberi masalah kepada pembangunan yang telah dirancang. Dua objektif telah dirangka dalam kajian ini iaitu pertama, mengkaji dan menganalisis kesesuaian kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam menyelesaikan masalah penempatan semula setinggan di Daerah Johor Bahru berdasarkan daripada keputusan Jawatankuasa Hasil Bumi. Objektif kedua pula ialah mengaplikasikan kaedah yang dipilih untuk mengatasi penempatan semula setinggan ke dalam kawasan kajian. Kedua-dua objektif ini dicapai melalui dua cara itu mengadakan sesi temubual bersemuka dengan pegawai-pegawai kerajaan dan menganalisis data-data terkumpul. Sesi temubual menggunakan kaedah kualitatif manakala penganalisaan data terkumpul menggunakan kaedah kuantitatif. Berdasarkan dari penggunaan dua kaedah ini maka penemuan kajian dapat dihasilkan. Daripada hasil penemuan kajian, terdapat dua kaedah yang sesuai digunakan dalam kawasan kajian iaitu Tindakan Penguatkuasaan Di bawah Undang-Undang Tanah dalam mengeluarkan penduduk setinggan warga asing di kawasan kajian dan memindahkan Penduduk Setinggan Warganegara Ke Perumahan Kos Rendah Atau PPR di kawasan yang berhampiran dengan kawasan kajian. Justeru itu, diharapkan pemilihan kaedah yang dibuat dapat menyelesaikan masalah penempatan setinggan di kawasan kajian seterusnya kaedah ini bersesuaian dengan kawasan-kawasan setinggan lain khususnya di Malaysia.
vi
ABSTRACT
Squatter resettlement is an important matter in eradicating squatter settlement problem in Malaysia. There are various methods used by the Federal government in relocating the squatter to a better new area, which has been provided by clean water supply and other infrastructures to provide the comfort to those affected squatter. The state government of Johore has also utilized several methods in relocating squatter such as; by alienating the land to squatter, granting them the temperorary occupation License, shifting them to low-cost house in any housing estate or any public housing project (PPR), placing them to a new area provided by the government, taking action by enforcing the provision of Land Code 1965, rejecting their application and finally by not even recognizing their application at all. Nevertheless, not all the methods taken had shown any success in eradicating the squatters. So, in this study the aim is to study and analyse the methods used or taken by the state government Johore in relocating squatter to a new area. Then the suitable method will be chosen and applied to the case study. The objectives of the research is firstly, to study and analyse the suitable method used by the state government of Johore in tackling the squatter resettlement problem in the district of Johore Bahru which was based from the decisions of the Jawatankuasa Hasil Bumi. Hence, the second objective is to apply the suitable chosen method to the case study area. In order to achieve the objectives of the study several government officer involved in squatter enforcement squad has been interviewed. Their views will be taken as an indicator for the successfulness of the action taken in eradicating squatters in Johore Bahru. In this study both qualitative and quantitatives methods of analysis will be used. Quantitative methods of analysis has been used to analyse the data taken from the proceed of the action taken by the Jawatankuasa Hasil Bumi in eradicating squatter settlement in Johore Bahru area. While the data gathers from the interview will support the finding of the analysis. The finding of the study are the result of the analysis supported by the interviews shows that only two methods used by the Johore state government are suitable to be apply to the case study. The first is the enforcement action taken under the Land Code 1965 especially in eradicating the squatter especially ‘warga asing’ in the case study area. The second method chosen based on the suitability is to relocate them to low-cost house or PPR project nearby. It is hoped that the chosen method can be used to tackle squatter settlement in the case study area but also to other area in Malaysia.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xv
SENARAI RAJAH xx
SENARAI FOTO xxi
SENARAI SINGKATAN xxii
SENARAI LAMPIRAN xxiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Isu Dan Masalah 2
1.3 Matlamat Kajian 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Skop Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
viii
1.7 Metodologi Kajian 7
1.7.1 Peringkat Pertama: Pendahuluan 7
1.7.2 Peringkat Kedua: Pandangan Literatur 8
1.7.3 Peringkat Ketiga: Kawasan Kajian 8
1.7.4 Peringkat Keempat: Analisis Dan 8
Penemuan Kajian
1.7.5 Peringkat Kelima: Kesimpulan Dan 9
Cadangan
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 11
2.2 Definisi Setinggan 12
2.3 Setinggan Di Malaysia 13
2.4 Jenis-Jenis Setinggan 16
2.4.1 Setinggan Penyewa 16
2.4.2 Setinggan Pemilik 16
2.4.3 Setinggan Berkeras 16
2.4.4 Setinggan Tuan Tanah 16
2.4.5 Setinggan Spekulator 17
2.4.6 Setinggan Pekerjaan 17
2.5 Penempatan Semula Setinggan Di Malaysia 17
2.6 Keperluan Penempatan Semula Setinggan Di 19
Kawasan Bandar
2.7 Program Setinggan Sifar 22
2.8 Proses Mengeluarkan Setinggan 24
2.9 Kaedah Penyelesaian Penempatan Semula 25
Setinggan Oleh Kerajaan Persekutuan
2.10 Kaedah Yang Digunakan Oleh Kerajaan 26
Negeri Johor Dalam Mengatasi Penempatan
Semula Setinggan
2.10.1 Pemberian Hakmilik 27
2.10.2 Pemberian Lesen Pendudukan 27
Sementara (LPS)
ix
2.10.3 Perpindahan Ke Rumah Kos Rendah 28
Dan Projek Perumahan Rakyat (PPR)
2.10.4 Perpindahan Ke Kawasan Lain Yang 28
Disediakan Kerajaan
2.10.5 Penguatkuasaan Undang-Undang Tanah 29
Di Bawah Seksyen 425 KTN
2.11 Masalah Dalam Penempatan Semula Setinggan 30
Di Malaysia
2.12 Kesimpulan 32
3 KAWASAN KAJIAN: KAMPUNG SRI RAHMAT 1 DAN 2,
JOHOR BAHRU
3.1 Pengenalan 34
3.2 Kedudukan 35
3.3 Keluasan 39
3.4 Bangunan Yang Terdapat Dalam Kawasan 39
Kajian
3.5 Status Tanah 40
3.6 Tahun / Tarikh Diceroboh Dan Tempoh Masa 41
Menduduki
3.7 Negara / Negeri Asal Penceroboh 41
3.8 Kesimpulan 43
4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 45
4.2 Kaedah Pengumpulan Data 46
4.2.1 Temubual 46
4.2.2 Pungutan Data Dari Kelulusan Kerajaan 47
Negeri Johor
4.3 Kaedah Penganalisaan Data 48
4.3.1 Kaedah Kualitatif 49
4.3.2 Kaedah Kuantitatif 49
x
4.4 Hasil Analisis Kualitatif 50
4.4.1 Penempatan Semula Setinggan Dari 50
Perspektif Pegawai Kerajaan
4.4.2 Tujuan Penempatan Semula Setinggan 52
Di Kawasan Kajian
4.4.3 Kaedah Tindakan Kerajaan Negeri Johor 53
Dengan Kesesuaian Kawasan Kajian
4.4.3.1 Kesesuaian Pemberimilikan 55
Hakmilik Di Kawasan Kajian
4.4.3.2 Kesesuaian LPS Di Kawasan 55
Kajian
4.4.3.3 Kesesuaian Pemindahan Penduduk 56
Setinggan Di Kawasan Kajian Ke
Rumah Kos Rendah / PPR
4.4.3.4 Kesesuaian Pemindahan Penduduk 56
Setinggan Di Kawasan Kajian Ke
Penempatan Baru
4.4.3.5 Kesesuaian Tindakan 58
Penguatkuasaan Di Bawah
Undang-Undang Tanah
4.4.3.6 Kesesuaian Permohonan Yang 59
Ditolak
4.4.3.7 Kesesuaian Kawasan Setinggan 60
Tidak Diperakukan
4.4.4 Ringkasan Kepada Keputusan Yang Telah 61
Dibuat
4.5 Hasil Analisis Kuantitatif 62
4.5.1 Analisis Latarbelakang Keluasan 63
Kawasan Setinggan Di Daerah Johor
Bahru
4.5.2 Analisis Status Tanah Setinggan 63
4.5.3 Analisis Tahun / Tarikh Kawasan 65
Setinggan Diceroboh
xi
4.5.4 Analisis Kepada Keputusan Kerajaan 65
Yang Telah Diambil
4.5.4.1 Analisis Pemberimilikan Hakmilik 66
Tanah Kepada Penduduk Setinggan
4.5.4.2 Analisis Pemberian LPS Kepada 68
Penduduk Setinggan
4.5.4.3 Analisis Perpindahan Penduduk 70
Setinggan Ke Perumahan Awam
Kos Rendah / PPR
4.5.4.4 Analisis Perpindahan Penduduk 72
Setinggan Ke Penempatan Semula
Setinggan Baru
4.5.4.5 Analisis Tindakan Penguatkuasaan 74
Terhadap Penduduk Setinggan
4.5.4.6 Analisis Permohonan Yang Tidak 75
Diperakukan
4.5.4.7 Analisis Permohonan Yang 76
Ditolak
4.5.5 Ringkasan Kepada Analisis 78
4.6 Kaedah Yang Dipilih Bagi Diaplikasikan Ke 82
Dalam Kawasan Kajian
4.7 Kesimpulan 84
5 CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 86
5.2 Pencapaian Objektif 87
5.2.1 Objektif Pertama 87
5.2.2 Objektif Kedua 88
5.3 Cadangan Kajian 88
5.3.1 Cadangan Kaedah 1: Tindakan 89
Penguatkuasaan Undang-Undang KTN
5.3.2 Cadangan Kaedah 2: Perpindahan 90
Ke Perumahan Kos Rendah / PPR
xii
5.3.3 Cadangan Pemberian Saguhati 91
5.3.4 Cadangan Susulan: Jika Penduduk 92
Enggan Berpindah
5.3.5 Cadangan Pemantauan Proses 92
Perpindahan
5.3.6 Cadangan Menggunakan Konsep 92
Sewabeli
5.3.7 Rumusan Dari Cadangan-Cadangan 93
5.4 Limitasi Dan Masalah Kajian 94
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 95
5.6 Kesimpulan 96
BIBLIOGRAFI 99
LAMPIRAN
xiii
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Taburan bilangan setinggan (orang) dan
bangunan setinggan keseluruhan pada tahun
1999
15
2.2 Pelaksanaan Program Perumahan Kos Rendah
Di Malaysia 2004
26
3.1 Pecahan penceroboh mengikut warganegara. 42
4.1 Struktur Data Terkumpul 48
4.2 Takrif Dan Perspektif Pegawai Kerajaan 51
4.3 Tujuan Penempatan Semula Setinggan di
Kawasan Kajian
53
4.4 Pandangan Pegawai Kerajaan Terhadap
Tindakan Kerajaan
54
4.5 Pandangan Pegawai Kerajaan Terhadap
Perpindahan Ke Penempatan Baru
57
4.6 Ulasan Pegawai Kerajaan Terhadap Kesesuaian
Tindakan Penguatkuasaan Di Bawah Undang-
Undang Tanah KTN
59
4.7 Pemohonan Yang Ditolak 60
4.8 Kesesuaian Tidak Memperakukan Kawasan
Kajian
61
4.9 Ringkasan Kepada Keputusan Yang Telah
Dibuat
62
xiv
4.10 Senarai Kampung Setinggan Yang Di beri
Pemilikan Tanah
67
4.11 Senarai Kampung Setinggan Yang Diberikan
LPS
69
4.12 Senarai Kampung Setinggan Yang
Dicadangkan Di Pindahkan Ke Rumah Kos
Rendah / PPR
71
4.13 Senarai Kampung Setinggan Yang
Dicadangkan Di Pindahkan Ke Penempatan
semula Setinggan Baru
73
4.14 Senarai Kampung Setinggan Yang Akan
Diambil Tindakan Kuatkuasa
75
4.15 Senarai Kampung Setinggan Yang Tidak
Diperakukan
76
4.16 Senarai Kampung Setinggan Yang Di Tolak 77
4.17 Keputusan Kerajaan Dan Kekerapan 88
xx
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Rajah Aliran Metodologi Kajian 10
1.2 Keputusan Kerajaan Dan Kekerapan 80
xxi
SENARAI FOTO
NO. FOTO TAJUK MUKA SURAT
3.1 Kampung Sri Rahmat 1 37
3.2 Kampung Sri Rahmat 2 38
xxii
SENARAI SINGKATAN
BPR Badan Pencegah Rasuah
DBP Dewan Bahasa Dan Pustaka
DEB Dasar Ekonomi Baru
DBKL Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
JPMM Jawatankuasa Penyelaras Mukim – mukim
JHB Jawatankuasa Hasil Bumi
KPRJ Kumpulan Prasarana Rakyat Johor
KTN Kanun Tanah Negara
LPS Lesen Pendudukan Sementara
MMK Majlis Mesyuarat Kerajaan
PBN Pihak Berkuasa Negeri
PBT Pihak Berkuasa Tempatan
PPR Projek Perumahan Rakyat
PPT Penolong Pegawai Tanah
PPTD Penolong Pentadbit Tanah Daerah
PTD Pentadbir Tanah Daerah
PTG Pengarah Tanah dan Galian
RM Ringkasan Mesyuarat
SPN Syarikat Perumahan Negara
TOL Temporary Occupation License
UKM Universiti Kebangsaan Malaysia
USM Universiti Sains Malaysia
xxiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
A. Program Perumahan Rakyat (PPR) Bersepadu
B. 15 setinggan pindah ke flat – Berita Harian bertarikh 9.2.2007
C. Masalah setinggan KL selesai awal 2007
D. Surat kelulusan tanah-tanah di atas rizab persekutuan Hospital
Permai
E. Surat kelulusan RM bil: 1418/2006-untuk Tapak Komplek dan
Pejabat Badan Pencegah Rasuah
F. Senarai 17 Kawasan setinggan yang terlibat dengan lawatan YAB
Menteri Besar Johor di Daerah Johor Bahru
G. Senarai Kawasan setinggan (Tambahan) yang terlibat dengan
lawatan YAB Menteri Besar Johor di Daerah Johor Bahru
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Setinggan telah wujud sejak lama dahulu. Istilah setinggan mengikut akta
darurat merupakan apa-apa rumah, pondok, bangsal, gerai, tempat perteduhan
(sengkuap), kurungan beratap atau apa-apa sambungan binaan yang bercantum
kepada sesuatu bangunan atau binaan lain yang di buat daripada apa juga bahan
sebagai tempat binaan mengikut apa cara melainkan mengikut pelan yang diluluskan
oleh pihak berkuasa tempatan dan di atas mana-mana tanah kerajaan, swasta dan
sebagainya.
Manakala menurut Kanun Tanah Negara 1965 di bawah seksyen 425(1)(a)
menegaskan bahawa penerokaan atau pendudukan atau pembinaan bangunan diatas
tanah hak pihak lain (kerajaan, rizab kerajaan, tanah agensi kerajaan, tanah komuniti,
tanah persendirian atau lain-lain) secara haram adalah tidak sah di sisi undang-
undang.
Setinggan merupakan satu masalah yang sering dihadapi oleh pemimpin
sesebuah negara. Isu tersebut seringkali diperkatakan oleh orang ramai, termasuk
wakil rakyat, Badan Bukan Kerajaan (NGO), agensi kerajaan seperti Pejabat Tanah,
Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Perancang Bandar dan Desa.
2
Kerajaan mempunyai dasarnya tersendiri bagi memastikan tanah kerajaan
tidak diceroboh dengan sewenang-wenangnya oleh orang ramai yang tidak
bertanggungjawab. Di bawah dasar kerajaan untuk menghadapi masalah pendudukan
tanah kerajaan tanpa izin, kerajaan telah mengatur beberapa langkah dan strategi
untuk mengambil tindakan di sisi undang-undang mengikut peruntukan seksyen 425
(1)(a) KTN iaitu tindakan mendakwa penghuni terbabit serta merobohkan
penempatan haram mereka. Walau bagaimanapun, dari sudut yang lain, tindakan ini
ternyata sukar direalisasikan seandainya jumlah penghuni yang ramai, kawasan
penempatan berkelompok akan mengundang bahaya dengan penglibatan kaum
setinggan yang agresif dan pelbagai masalah lagi.
Berdasarkan dari masalah penempatan semula setinggan di seluruh negara,
satu program telah dilancarkan oleh kerajaan yang di namakan sebagai ’Program
setinggan sifar 2005’. Walau bagaimanapun, program ini tidak dapat direalisasikan
sehingga kini walaupun pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk
menempatkan semula penduduk setinggan. Salah satu usaha kerajaan ialah
melancarkan program perumahan rakyat (PPR) pada bulan Disember 1998.
1.2 Penyataan Isu Dan Masalah
Isu menempatkan semula setinggan ke kawasan baru telah menjadi satu
masalah yang besar di Malaysia sehingga kerajaan telah menubuhkan satu
jawatankuasa bertindak yang dinamakan Majlis Tanah Dan Ekonomi Negara
(MTEN), di mana dalam salah satu agendanya adalah untuk membasmi kawasan
setinggan seluruh negara, terutamanya di kawasan bandar-bandar besar di
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Pelbagai isu-isu dan masalah yang berkaitan seperti kesesakan penghuni,
masalah sosial, kemiskinan, keburukan astetik alam sekitar dengan bangunan
berselerak serta kekurangan kemudahan infrastruktur dan sebagainya telah wujud di
kawasan setinggan dan kawasan sekitarnya.
3
Isu setinggan ini menjadi masalah besar kerana jumlah penduduk setinggan di
Malaysia mengikut kajian yang telah dibuat oleh pelajar UiTM pada tahun 1997
(bancian bagi negeri Selangor) dan USM pada tahun 1999 (bancian untuk negeri-
negeri lain di Malaysia) bagaimana dinyatakan dalam lampiran A, adalah seramai
581, 188 orang yang melibatkan 117, 938 buah kediaman. Memandangkan kajian ini
dijalankan di Negeri Johor, maka berdasarkan kajian tersebut, jumlah penduduk
setinggan di Negeri Johor adalah seramai 29,173 melibatkan 7,280 buah rumah
kediaman. Menurut data dari 37 buah kawasan setinggan yang diambil untuk kajian
ini, terdapat seramai 4,817 keluarga melibatkan penduduk seramai 19,268 orang
penduduk setinggan. Ini menyatakan bahawa peratus setinggan yang terdapat di
Daerah Johor Bahru ialah 66%. Terdapat banyak kajian dari pelajar-pelajar
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mengikuti jurusan sarjana muda telah
membuat kajian mengenai masalah setinggan. Apa yang penulis dapati dari penulisan
mereka ialah masalah hendak mengeluarkan penduduk setinggan adalah amat sukar
dan mengambil masa yang panjang. Penduduk setinggan mengakui bahawa mereka
sebenarnya telah melanggar undang-undang negara, tetapi atas desakan hidup dan
kemiskinan mereka meneruskan kehidupan di tanah milik kerajaan. Kajian yang
banyak dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut telah menggambarkan bahawa isu
penempatan semula setinggan ke kawasan penempatan yang baru merupakan
masalah yang terpaksa dipikul oleh kerajaan melalui jabatan kerajaan seperti Pejabat
Tanah Daerah dan Pejabat Tanah Dan Galian seluruh Malaysia.
Kerajaan Negeri Johor seperti Kerajaan Persekutuan juga telah berusaha
untuk menyelesaikan masalah penempatan semula setinggan seperti memberi
pemilikan tanah kepada penduduk setinggan atas tanah yang mereka ceroboh,
pemberian LPS kepada mereka, memindahkan penduduk setinggan ke Perumahan
Awam Kos Rendah Dan Projek Perumahan Rakyat (PPR), membina penempatkan
semula setinggan di kawasan yang baru dan mengambil tindakan penguatkuasaan
terhadap setinggan. Namun pendekatan yang dilakukan masih lagi tidak dapat
menyelesaikan masalah penempatan semula setinggan di Daerah Johor Bahru
sepenuhnya.
Kerajaan Persekutuan pula telah merancang untuk membangunkan sebuah
perkampungan setinggan iaitu Kampung Sri Rahmat di mukim Tebrau, daerah Johor
4
Bahru dengan membina kompleks dan kuaters Badan Pencegah Rasuah (BPR) di
kawasan tersebut. Sebelum pembangunan kawasan tersebut di buat, masalah yang
dihadapi ialah menempatkan semula penduduk setinggan terbabit. Pendudukan
setinggan ditanah milik kerajaan adalah merupakan satu kesalahan di bawah KTN,
namun pihak kerajaan tidak boleh pula sewenang-wenangnya bertindak tegas
terhadap penduduk setinggan kerana setinggan lazimnya dilindungi oleh pemimpin
politik. Oleh itu, kerajaan perlu mencari kaedah bagaimana menempatkan mereka
semula ke satu kawasan yang lebih baik demi kelangsungan hidup mereka di masa
hadapan.
Kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan ialah dengan membina
Projek Perumahan Rakyat (PPR) dimana konsep yang diperkenalkan berdasarkan
disewa. Kerajaan Persekutuan telah menetapkan bahawa hanya penduduk setinggan
yang berpendapatan bulanan sekeluarga di bawah RM1500.00 sahaja yang diberikan
keutamaan. Jenis rumah yang dibina adalah berbentuk rumah pangsa yang disewakan
pada kadar RM124.00 sebulan. Melalui pendekatan ini, masalah setinggan dapat
diselesaikan sepenuhnya. Walaubagaimanapun, masalah yang dihadapi oleh
Kerajaan Persekutuan ialah tanah kerajaan amat kurang di dalam kawasan bandar.
Tapak yang sesuai diperlukan untuk mendirikan rumah-rumah tersebut.
Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengkaji keputusan yang telah dibuat oleh
kerajaan Negeri Johor terhadap 37 buah kawasan setinggan di Daerah Johor Bahru
dalam penempatan semula setinggan. Kaedah dan tindakan kerajaan negeri akan
dijadikan garis panduan yang boleh digunapakai bagi menempatkan semula
setinggan di kawasan kajian iaitu Kampung Sri Rahmat 1 dan 2 yang telah di
ceroboh oleh lebih 270 keluarga sejak 1980an. Penempatan semula setinggan di lihat
sebagai salah satu faktor bagi menyelesaikan masalah pendudukan setinggan di
Malaysia.
5
1.3 Matlamat Kajian
Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji dan menganalisis kaedah yang
digunakan oleh Kerajaan Negeri Johor bagi menyelesaikan masalah penempatan
setinggan di Daerah Johor Bahru oleh kerajaan Negeri Johor. Oleh itu beberapa
objektif kajian telah dibuat dalam mencapai matalamat kajian ini.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian yang telah digariskan oleh penulis dalam kajian ini adalah
sepertimana yang dinyatakan di bawah :
i. Mengkaji dan menganalisis kesesuaian kaedah yang telah diambil
oleh Kerajaan Negeri Johor dalam menyelesaikan masalah
penempatan semula setinggan di daerah Johor Bahru berdasarkan
keputusan Jawatankuasa Hasil Bumi.
ii. Mengaplikasikan kaedah yang dipilih untuk mengatasi masalah
penempatan semula setinggan di kawasan kajian dengan berdasarkan
keputusan Kerajaan Negeri Johor itu.
1.5 Skop Kajian
Penulis telah menggariskan beberapa skop kajian bagi memudahkan proses
perlaksanaannya serta mencapai dan memenuhi objektif kajian. Kajian ini hanya
menumpukan kepada mengkaji dan menganalisis kaedah yang digunakan oleh
kerajaan negeri Johor dalam menyelesaikan masalah penempatan semula kawasan
setinggan berdasarkan dari keputusan-keputusan yang telah diluluskan oleh
Jawatankuasa Hasil Bumi (JHB) Negeri Johor dalam data-data yang dikumpul.
6
Kajian ini juga mendapatkan persepsi pegawai-pegawai kerajaan negeri Johor
yang terlibat dalam penguatkuasaan setinggan Negeri di daerah Johor Bharu.
Oleh itu kajian ini adalah berdasarkan kepada data-data yang telah diperolehi
hasil dari tindakan Kerajaan Negeri Johor kepada 37 buah kawasan setinggan di
Daerah Johor Bharu. Tindakan dan kaedah yang digunapakai akan dianalisis dari
segi lama pendudukan, keluasan kawasan yang terlibat dan juga jumlah penduduk
setinggan itu sendiri.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting kerana masalah setinggan di Daerah Johor Bahru banyak
di kaitkan dengan isu-isu dan masalah seperti isu alam sekitar, sosial, jenayah,
penagihan dadah dan sebagainya. Oleh yang demikian, ianya perlu dibuat
penyelesaian segera. Kajian dari statistik pelajar UiTM pada tahun 1998 mendapati,
Sebanyak 66% masalah setinggan di Negeri Johor tertumpu di Daerah Johor Bahru.
Bagi pihak kerajaan, kajian ini amat penting kerana ianya akan memberikan
implikasi yang besar dalam pentadbiran kerajaan di sesebuah negeri mahupun
negara. Dengan adanya kajian seperti ini, masalah penempatan setinggan di sesuatu
kawasan akan dapat diatasi dan memberikan suasana persekitaran yang lebih baik,
teratur dan bersih. Pandangan kawasan setinggan di bandar amat tidak selesa sekali
dengan kedudukan rumah yang terlalu rapat dan tidak tersusun, kotor, sistem
perparitan yang tidak sempurna dan pelbagai masalah lagi.
Bagi pihak masyarakat pula, dengan adanya kajian seperti ini, keadaan
persekitaran akan lebih baik dan bersih. Kawasan setinggan yang berhampiran
dengan kawasan taman perumahan akan diperkemaskan dengan pembangunan
semula kawasan setinggan yang lebih baik. Persepsi masyarakat terhadap golongan
setinggan akan berubah kerana penstrukturan kawasan setinggan dapat diatasi
dengan baik.
7
Manakala bagi pihak pelajar pula, kajian ini dapat memberikan sedikit
maklumat mengenai penempatan semula setinggan, kaedah-kaedah yang digunakan,
maklumat yang diperolehi dari keputusan kerajaan dan cara bagaimana menangani
sesuatu masalah mengenai setinggan.
Penggunaan cara dan kaedah bagaimana menangani masalah penempatan
semula setinggan wajar diberi perhatian yang serius. Dengan adanya kajian seperti
ini, secara tidak langsung ianya dapat dijadikan sebagai alternatif dalam penyelesaian
masalah penempatan semula setinggan.
Dalam usaha kerajaan untuk menentukan setinggan sifar, kajian ini dianggap
penting kerana masalah setinggan ini melibatkan pelbagai pihak dan sentiasa menjadi
isu sensitif, baik pada peringkat negeri mahupun nasional.
1.7 Metodologi Kajian
Dalam sesuatu kajian, methodologi kajian adalah amat penting agar objektif
yang dinyatakan akan tercapai di akhir kajian. Bagi menjayakan penulisan ini,
penulis telah menyatakan aliran bab mengikut peringkat yang telah dikenalpasti
sebelum ini.
1.7.1 Peringkat Pertama
Pada peringkat pertama, ianya menerangkan mengenai pengenalan kajian
yang hendak dijalankan. Selepas itu penulisan menjurus kepada mengenalpasti
penyataan isu dan masalah, objektif kajian, matlamat kajian, skop kajian dan
kepentingan kajian.
8
1.7.2 Peringkat Kedua
Pada peringkat ini, penulis akan menghuraikan tentang ’literature review’
mengenai definisi setinggan secara umum, setinggan di Malaysia, jenis-jenis
setinggan, penempatan semula setinggan, keperluan penempatan semula setinggan di
kawasan bandar, program setinggan sifar, proses mengeluarkan setinggan, kaedah
penyelesaian penempatan semula setinggan oleh kerajaan persekutuan, kaedah yang
diambil oleh Kerajaan Negeri Johor, masalah dalam penempatan semula setinggan
dan kesimpulan.
1.7.3 Peringkat Ketiga
Peringkat ini melibatkan kawasan kajian. Penulis akan menerangkan kawasan
kajian secara menyeluruh bermula dengan pengenalan, sejarah kawasan kajian,
kedudukan kawasan kajian, keluasan kawasan kajian, bangunan yang terdapat dalam
kawasan kajian, status tanah, tahun kawasan kajian diceroboh dan tempoh masa
menduduki, negara dan negeri asal penceroboh dan kesimpulan.
1.7.4 Peringkat Keempat
Pada peringkat keempat ini, penulis akan membuat penganalisaan pada data-
data dan maklumat-maklumat yang terkumpul. Dalam peringkat ini, perhatian yang
sewajarnya diperlukan agar segala hasil penulisan dan penganalisaan data dapat
menepati objektif kajian yang telah ditetapkan pada permulaan kajian.
Data-data yang diperolehi semasa pengumpulan data berdasarkan daripada
keputusan tindakan kerajaan terhadap 37 buah kawasan setinggan di Daerah Johor
Bahru. Manakala melalui kaedah temubual pula, penulis akan menerangkan kaedah
temubual menggunakan teknik bersemuka dengan tiga orang pegawai kerajaan di
Bahagian Penguatkuasaan di mana dua orang dari Pejabat Tanah Johor Bahru
9
merupakan ketua bahagian iaitu Encik Mohd. Anizam bin Jamian dan Encik Nasir
bin Md. Noh. Manakala dari Pejabat Tanah Dan Galian. Johor pula ialah Tuan Haji
Mohamad bin Mohamad Bayot. Tujuan menemubual mereka adalah untuk
mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berhubung dengan penempatan semula
setinggan di daerah Johor Bahru bagi mengatasi masalah setinggan.
Kaedah kualitatif digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi
menerusi temubual daripada pegawai kerajaan dari PTJB dan PPTG, Johor.
Manakala penganalisaan data menggunakan kaedah kuantitatif pula digunakan untuk
menganalisis data yang diperolehi dari tindakan kerajaan terhadap 37 buah kawasan
setinggan. Hasil analisis kualitatif dan kuantitatif juga akan dinyatakan dalam bab
ini. Seterusnya topik penemuan kajian juga di bincangkan dalam bab ini.
1.7.5 Peringkat Kelima
Pada peringkat ini, penulis akan menerangkan mengenai cadangan
berdasarkan daripada penemuan kajian dan kesimpulan. Penulis juga akan
memberikan cadangan-cadangan lanjutan kepada penulis yang akan datang supaya
masalah penempatan semula setinggan tidak lagi wujud dan data mengenai mereka
telah dimasukkan dalam sistem yang akan dicadangkan oleh penulis.
Berikut adalah urutan proses bagi menunjukkan peringkat-peringkat kajian
adalah seperti Rajah 1.1
10
Rajah 1.1 : Carta Aliran Metodologi Kajian
KAJIAN AWALAN
Mengenalpasti Isu dan Masalah
Matlamat Kajian
KAJIAN LITERATURE
Objektif Kajian
Methodologi Kajian
Skop Kajian
Peringkat Kelim
a
menghuraikan tentang ’literature review’ mengenai definisi setinggan secara umum, Setinggan di Malaysia, penempatan semula setinggan, keperluan penempatan semula setinggan di kawasan bandar, program setinggan sifar, kaedah penyelesaian kerajaan
persekutuan, kaedah yang diambil oleh kerajaan negeri Johor, dan kesimpulan.
Data Primer
PENGUMPULAN DATA DAN MAKLUMAT
a). Data keputusan kerajaan Johor terhadap 37 kampung setinggan b). Temubual yang dilakukan secara bersemuka dengan pegawai kanan kerajaan.
a). Buku – buku ilmiah b). Keratan akhbar, kertas kerja, kertas seminar, laman web dan internet. c). Buku Lapuran Bahagian Kuatkuasa PTJB dan Lapuran Mesyuarat PTJB
Data Sekunder
ANALISIS DATA
Untuk data terkumpulan tindakan kerajaan negeri Johor terhadap 37 buah kawasan setinggan bagi me -lihat sejauhmana kaedah yang dipakai dapat men- yelesaikan masalah penem- patan semula dikawasan kajian
Untuk data temubual dilaksanakan bagi mendapat kan maklumat berkaitan keputusan yang dibuat kerajaan dan masalah penem- patan semula setinggan daerah Johor Bahru
Kaedah Kuantitatif Kaedah Kualitatif
PENEMUAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
Peringkat Pertaman
Peringkat Kedua
Peringkat Ketiga
Peringkat Keem
pat
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Sejak dahulu lagi, setinggan terus menjadi masalah utama dan isu yang
hangat di negara kita dan negara-negara membangun yang lain di seluruh dunia.
Mengapa ianya sering terjadi?. Ini kerana penempatan haram itu merupakan tumpuan
utama bagi penduduk berpendapatan rendah untuk menetap dan bernafas di bandar
utama (Majalah Massa, April, 2000). Kemiskinan dan kekurangan rumah kos rendah
juga merupakan masalah dalam penempatan setinggan. Masalah terus bertambah
dengan penempatan setinggan dihuni oleh pendatang asing.
Penghijrahan masyarakat luar bandar ke kawasan bandar adalah antara punca
berlakunya pembukaan kawasan setinggan yang semakin banyak di bandar
terutamanya bandar-bandar besar di Malaysia. Masalah ini semakin serius dan sukar
dibendung walaupun terdapat undang-undang yang melarang orang ramai
mendudukki tanah kerajaan secara tidak sah. Pihak berkuasa telah banyak
memainkan peranan dalam menjaga harta kerajaan daripada diceroboh, namun
terdapat segelintir masyarakat seolah-olah tidak takut dengan undang-undang sedia
ada. Ini dapat dilihat bagaimana satu strategi telah dirancang seperti program
setinggan sifar tahun 2005, namun sehingga sekarang masih terdapat banyak lagi
kawasan setinggan yang masih wujud.
12
Setinggan merupakan salah satu daripada kelompok penghuni dalam
sesebuah negara. Ini tidak diambil kira dari segi penarafan warganegara, pemastautin
tetap atau pendatang asing, mereka perlu ditangani sebaik mungkin dengan cara yang
positif melalui penguatkuasaan undang-undang dan amalan dalam sesebuah negara,
bagi memastikan kebajikan mereka tidak diabaikan. Walaupun mereka merupakan
golongan yang di anggap menentang undang-undang kerajaan, tetapi cara
penyelesaiannya mestilah menurut etika yang ditetapkan. Faktor ini di ambil kira
semasa merangka dan melaksanakan projek pembangunan kerajaan mahupun swasta.
Bab dua ini, penulis akan menerangkan definisi setinggan secara umum,
dimulai dengan penerangan mengenai setinggan di Malaysia, jenis-jenis setinggan,
penempatan semula setinggan, keperluan penempatan semula setinggan di kawasan
bandar, program setinggan sifar, proses mengeluarkan setinggan, kaedah
penyelesaian kerajaan persekutuan dalam penempatan semula setinggan dan juga
kaedah yang di ambil oleh Kerajaan Negeri Johor dalam penyelesaian masalah yang
sama .
2.2 Definisi Setinggan
Takrif ’setinggan’ boleh dibahagikan kepada empat, iaitu Takrif Am
(Umum), Takrif mengikut Warta Kerajaan 1969, Takrif mengikut Kanun Tanah
Negara (KTN), 1965 dan Takrif di sisi Undang-undang (selain Kanun Tanah
Negara). Pengertian umum setinggan ditakrifkan sebagai mana-mana orang yang
mendudukki secara tidak sah mana-mana tanah kerajaan, rizab kerajaan atau tanah
lombong, dan membina apa-apa bentuk bangunan adalah telah melakukan kesalahan
dibawah seksyen 425 KTN, 1965.
13
2.3 Setinggan Di Malaysia
Sejarah telah menceritakan bahawa setinggan di Malaysia telah wujud sejak
zaman penjajahan lagi. Penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar-bandar besar
di seluruh semenanjung tidak dapat dielakkan kerana naluri manusia ingin
membentuk perubahan dalam hidup mereka. Selain daripada itu, kepesatan
pembangunan di bandar juga menjadi daya tarikan kepada segelintir golongan di
kampung untuk berhijrah ke bandar. Apabila sampai di bandar mereka tiada arah
tujuan untuk merempat. Justeru itu mereka mengambil keputusan membina
penempatan menggunakan peralatan terbuang di tanah kerajaan atau persendirian.
Lama kelamaan kawasan itu dipenuhi dengan rumah-rumah yang berselerakan.
Inilah yang dinamakan penempatan ’setinggan’.
Penempatan setinggan biasanya wujud dibandar-bandar besar di Malaysia
seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru dan sebagainya. Kuala Lumpur merupakan
kawasan yang paling ramai setinggan bandar. Kajian yang dilakukan oleh pihak
Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kerajaan Selangor pada 1999 memberi
gambaran bahawa terdapat tiga negeri yang mempunyai setinggan yang ramai.
Taburan bilangan setinggan (orang) dan bangunan setinggan pada tahun 1999 adalah
seperti dalam Jadual 2.1.
Pada zaman sebelum merdeka lagi iaitu pertengahan abad ke-19, kaum cina
telah menetap dibandar yakni di kawasan terbiar dan atas tanah kerajaan yang pada
masa itu undang-undang tanah di tanah melayu belum wujud lagi. Mereka datang ke
Malaysia dari negara China bertujuan untuk melombong bijih timah. Bagi
menyenangkan kehidupan dan pekerjaan mereka, mereka telah membina rumah di
tebing-tebing sungai yang berdekatan tempat kerja mereka. Setinggan yang pertama
wujud di Kuala Lumpur ialah di tebing sungai Gombak dan Klang.
Begitu juga mengenai setinggan kaum India dari negara India yang mana
penghijrahan mereka dari negara India adalah untuk membina landasan keretapi yang
menghubungkan Kuala Lumpur dan Klang. Kerajaan British pada masa itu
mengabaikan kebajikan kaum India ini, lalu mereka telah membina penempatan
berhampiran landasan keretapi.
14
Kaum melayu digalakan berhijrah ke bandar oleh kerajaan bagi mengimbangi
komposit kaum dibandar, (Mohd. Razali,1994). Menurut beliau lagi, Kerajaan
British telah mengwujudkan kampung baru untuk mengawal ancaman komunis pada
tahun 1948 hingga 1960. Terdapat kira-kira 600 perkampungan baru pada ketika itu.
Kesimpulannya, peningkatan penghijrahan kaum ke kawasan bandar adalah
disebabkan faktor tarikan yang ada di bandar besar dan ini menyebabkan masalah
setinggan tidak dapat diselesaikan sehingga sekarang. Kewujudan setinggan telah
memberi kesan buruk kepada pandangan fizikal (Abdul Aziz Husin, 2004), tetapi
dari segi ekonomi, penduduk setinggan sama-sama memberikan komitmen untuk
meningkatkan pembangunan ekonomi negara.
15
JADUAL 2.1
TABURAN BILANGAN SETINGGAN (ORANG) DAN BANGUNAN
SETINGGAN SELURUH PADA TAHUN 1999
Negeri Bilangan Bangunan Jumlah Penduduk
Selangor 35,355 171,396
Sabah 30,079 148,099
W.P. Labuan 1,315 5,978
W.P. Kuala Lumpur 23,970 134,345
Johor 7,280 29,173
Sarawak 7,377 30,832
Perak 3,540 14,991
Kedah 2,824 12,822
Pulau Pinang 1,803 6,985
Kelantan 1,654 9,927
Perlis 1,002 6,558
Pahang 869 4,511
Terengganu 632 3,915
Negeri Sembilan 196 1,460
Melaka 42 196
Jumlah Keseluruhan 117,938 581,188
Sumber : Kajian Universiti Sains Malaysia, 1999 dan Jabatan Perumahan Negara, 3
Mac 2004
2.4 Jenis-Jenis Setinggan
Abram (1966) dalam Abdul Aziz Husin (2004) telah mengklasifikasikan
penduduk setinggan kepada lima kategori utama seperti berikut :
16
2.4.1 Setinggan Penyewa
Secara umumnya, setinggan jenis ini terdiri daripada kelas setinggan paling
miskin yang mana rumah yang diduduki disewa dari setinggan lain. Majoriti terdiri
daripada mereka yang baru berpindah dari luarbandar dengan harapan satu hari nanti
akan menjadi ’setinggan pemilik’.
2.4.2 Setinggan Pemilik
Mereka memilikki rumah yang diduduki tetapi bukan tanah. Rumah didirikan
sendiri di atas mana-mana sahaja tanah kosong yang boleh dicari tanpa mengambil
kira pemilik tanah atau lokasi tanah tersebut.
2.4.3 Setinggan Berkeras
Satu waktu dahulu, gologan ini merupakan setinggan penyewa tetapi tidak
lagi membayar sewa selepas itu. Pemilik tanah takut untuk mengeluarkan mereka
dari tanah tersebut mungkin disebabkan cara dan penampilan mereka yang lebih
agresif.
2.4.4 Setinggan Tuan Tanah
Terdiri daripada setinggan lama yang memilikki bilik, pondok atau tempat
tinggal untuk disewakan tetapi pada kadar yang sangat tinggi.
17
2.4.5 Setinggan Spekulator
Mereka dianggap profesional yang membuat penempatan setinggan sebagai
perniagaan yang menguntungkan. Mereka menjadi setinggan dengan motif utama
dan berkeyakinan bahawa pihak kerajaan atau tuantanah akan membayar pampasan
yang memuaskan sebelum mereka keluar dari kawasan itu. Umumnya, mereka
merupakan kumpulan setinggan yang paling degil dan sukar dikeluarkan dan
merupakan ketua kumpulan yang akan berhadapan dengan pihak berkuasa atau tuan
tanah. Pampasan yang dibayar dalam mana-mana keadaan adalah amat
menguntungkan. Selalunya selepas mendapat pampasan, mereka secara bijak akan
berpindah ke kawasan lain yang akan dibangunkan dalam masa terdekat dan proses
tersebut akan berulang.
2.4.6 Setinggan Pekerjaan
Setinggan pekerjaan yang membina gerai diatas tanah yang bukan milik
mereka dan menjual barang runcit tanpa lesen berniaga dan tanpa membayar cukai.
Kesimpulannya, dari jenis-jenis setinggan ini didapati setinggan jenis
setinggan pemilik, setinggan penyewa dan setinggan spekulator banyak menduduki
kawasan kajian. Setinggan pemilik paling ramai dan berada di setiap kawasan
perkampungan setinggan di daerah Johor Bahru.
2.5 Penempatan Semula Setinggan Di Malaysia.
Berdasarkan pendekatan setinggan yang diambil oleh pihak kerajaan untuk
menyelesaikan masalah setinggan seluruh negara, penempatan semula diambil
dengan menempatkan semula setinggan terbabit ke satu kawasan lain yang mungkin
lebih jauh dari penempatan asal mereka. Kawasan penempatan baru ini biasanya
18
telah disediakan dengan prasarana asas untuk memberi lebih keselesaan kepada
penduduk setinggan.
Menurut United Nations for Human Settlement (HABITAT, 1988)
menyatakan bahawa penempatan semula adalah satu langkah pembaharuan fizikal
yang menelan perbelanjaan yang tinggi tetapi dapat menyediakan keperluan asas
dimanafaatkan oleh penduduk miskin yang terlibat untuk terus hidup dikawasan
bandar. Sepatutnya penempatan semula yang dilaksanakan dapat memberi
keseimbangan dalam aspek pembangunan sosioekonomi masyarakat.
Menurut Tunku Shamsul Bahrin (dalam Mokzani,1977), terdapat dua kaedah
dalam menangani isu setinggan. Pertama dengan memindahkan mereka ke atas lot-
lot tanah yang diperuntukkan kepada mereka dengan mengenakan kadar harga yang
rendah (nominal) dan yang kedua memberi mereka peluang menduduki rumah
pangsa kos rendah dengan dikenakan kadar sewa yang rendah atau menjual rumah
pangsa tersebut pada harga yang rendah.
Selain daripada itu, mengikut kaedah yang dipraktikkan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan, kawasan setinggan akan dirobohkan tanpa membayar apa-apa pampasan
dan membangunkan semula kawasan setinggan dengan lebih teratur dan bersih.
Kawasan ini juga diberikan segala kemudahan awam agar tapak tersebut terjaga.
Kaedah ini walaupun dilihat dari segi fizikalnya adalah baik namun dari segi
ekonominya, ia tidak memberikan pulangan yang baik kepada pihak kerajaan. Malah,
kerajaan terpaksa pula mengeluarkan peruntukkan yang banyak untuk membina
semula kawasan tersebut semata-mata untuk diduduki oleh setinggan. Kaedah ini
juga dilihat seolah-olah menggalakkan setinggan terus bertapak dan dibenarkan
meneroka kawasan lain.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa persepsi terhadap penempatan
semula setinggan. Bagi pihak Arkitek dan Perancang Bandar, mereka melihat
setinggan sebagai penghalang kepada pembangunan bandar kerana kawasan tersebut
boleh dibangunkan sebagai kawasan komersial dan boleh mendatangkan pulangan
yang lumayan. Manakala pihak berkuasa tempatan pula menilai kawasan setinggan
sebagai kawasan hitam yang banyak mengandungi unsur-unsur jenayah. Oleh itu,
19
penempatan semula kesatu kawasan baru adalah merupakan satu kaedah terbaik dan
berkesan untuk menyelesaikan masalah pendudukan setinggan terutama di Kuala
Lumpur dan bandar-bandar besar yang lain.
Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menempatkan semula setinggan di
kawasan bandar ini. Tanah-tanah dibandar mempunyai nilaian yang tinggi dan
kerajaan sukar menempatkan mereka atau mengekalkan mereka di tanah yang
mereka duduki. Kerajaan juga harus ingat bahawa untuk menempatkan mereka di
kawasan lain pula, kos yang besar diperlukan untuk membina rumah ganti,
menyediakan segala kemudahan, menjaga kawasan tersebut supaya lebih terurus dan
sebagainya.
Kesimpulannya, kerajaan perlu memastikan kawasan penempatan semula
setinggan diwujudkan bagi menyelesaikan masalah setinggan di sesuatu kawasan.
Penempatan semula setinggan mestilah mempunyai infrastruktur yang lengkap agar
tidak memberi masalah kepada penduduk setinggan itu sendiri untuk meneruskan
kelangsungan hidup agar segala keperluan tidak terjejas akibat perpindahan ke
kawasan baru kelak.
2.6 Keperluan Penempatan Semula Setinggan Di Kawasan Bandar
Menurut Abdul Aziz Husin (2004), kewujudan penempatan setinggan di
kawasan bandar merupakan satu fenomena biasa di negara ini. Kawasan setinggan
bukan sahaja memberi kesan besar kepada faktor sosial, politik dan ekonomi
penduduk kawasan itu tetapi juga menjejaskan reputasi bandar terbabit khasnya dan
negara amnya. Bagi mengatasi masalah ini, pihak berkuasa tempatan perlu mencari
jalan penyelesaian yang terbaik disamping penglibatan sektor awam yang lain seperti
Pejabat Tanah Daerah, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Jabatan
Perancang Bandar Dan Desa, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Parit Dan
Saliran (JPS).
20
Penempatan setinggan di kawasan bandar akan mengakibatkan pembangunan
bandar terencat atau sukar kerana masalah pendudukan mereka perlu diselesaikan
terlebih dahulu. Dari segi teorinya, masalah ini dapat diatasi dengan penggunaan
undang-undang tanah sedia ada, tetapi dari segi fizikalnya, sebilangan penduduk
setinggan bukanlah manusia yang terpelajar. Jadi mereka akan melakukan sesuatu
yang diluar batasan undang-undang untuk mempertahankan kedudukan mereka.
Walau bagaimanapun, setinggan di bandar perlu diselesaikan dan ditangani dengan
sebaik mungkin. Walaupun penduduk setinggan dikaitkan dengan kemiskinan dan
berpendapatan rendah (Mohd. Taib Dora,2000), namun dengan adanya projek
perumahan kos rendah, adalah difikirkan mereka dapat membelinya dengan bayaran
bulanan yang rendah.
Selain dari kemiskinan, setinggan juga dikaitkan dengan gejala sosial,
penagihan dadah, samseng, mempunyai keluarga yang ramai dan taraf pendidikan
yang rendah. Ini ditambah lagi dengan keadaan persekitaran yang kotor, tidak teratur,
kekurangan kemudahan asas seperti bekalan api, air, sistem jalanraya dan telefon di
samping sistem pembetungan yang tidak sempurna menyebabkan kawasan setinggan
memberikan imej yang kurang baik kepada masyarakat umum.
Terdapat beberapa masalah yang lazim dihadapi oleh pihak berkuasa
tempatan untuk menyelesaikan masalah setinggan. Di antaranya ialah:
1. Kekurangan undang-undang mengenai masalah setinggan. Sebelum
wujudnya undang-undang untuk menghapuskan setinggan pada
tahun 1969, tiada undang-undang yang khusus bagi mengatasi
masalah setinggan. Hanya Kanun Tanah Negara sahaja yang
digunapakai pada masa itu.
2. Kesukaran untuk melaksanakan penguatkuasaan bagi merobohkan
penempatan setinggan kerana kekurangan kawasan untuk
penempatan semula di kawasan bandar. Selain daripada itu, kos
harga tanah yang tinggi di kawasan bandar membebankan kerajaan.
Harga di kawasan luarbandar adalah murah tetapi kos penyediaan
prasarana pula adalah tinggi.
21
3. Kos penguatkuasaan yang tinggi. PBT terpaksa mengeluarkan kos
yang besar untuk pentadbiran dan kakitangan bagi menghalang
penduduk mendirikan kawasan setinggan.
4. Faktor Kemanusiaan. Tindakan merobohkan kawasan setinggan
tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa kerana memberi kesan yang
besar kepada penduduk setinggan dari segi ekonomi dan sosial.
5. Penghapusan kawasan setinggan akan memberi implikasi kepada
aspek politik dan sosial. Kebanyakan golongan setinggan adalah
penyokong setia parti pemerintah. Bagi memastikan sokongan
mereka terutamanya semasa pilihanraya, orang politik banyak
memperjuangkan golongan setinggan.
Salah satu penempatan semula yang disediakan oleh kerajaan ialah
perumahan kos rendah. Konsep ini telah diterapkan oleh Tun Abdul Razak pada
tahun 1967, Perdana Menteri Malaysia pada masa itu. Ini memberi peluang kepada
penduduk memilikki rumah sendiri dan mampu dibayar oleh mereka. (Kerajaan
Malaysia, 1971). Program pemilikkan rumah murah ini termasuk dalam DEB yang
mana ianya bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan masyarakat,
terutamanya setinggan dan miskin.
Walau bagaimanapun, program ini makin lama semakin bertambah bilangan
penduduk setinggan kerana cara ini seolah-olah menggalakkan penempatan
setinggan yang lain kerana tiada usaha untuk menyekat penempatan setinggan yang
baru atau menggantikan setinggan yang telah berpindah. Bagi mengatasi masalah ini,
kerajaan telah berunding dengan pihak swasta untuk membina rumah kos rendah.
Dan hasilnya, pihak swasta telah berusaha membina perumahan kos rendah di tanah
swasta. Program penswastaan yang pertama telah dilakukan oleh DBKL pada RMK-
4 (1985-1990). Program ini telah membabitkan sebanyak 21 buah projek
penswastaan perumahan kos rendah membabitkan tanah keluasan 1500 hektar.
Namun sehingga kini masalah penempatan semula setinggan tidak berjaya
sepenuhnya kerana pelbagai sebab. Antara sebab itu ialah pemantauan sepanjang
22
masa oleh PBT tidak dilakukan secara berkala menyebabkan penduduk setinggan
semakin hari semakin meningkat.
Kesimpulannya, penempatan semula setinggan amat penting bagi
memberikan kawasan bandar bersih dari masalah setinggan. Sebelum melaksanakan
program penempatan semula setinggan, PBT atau jabatan lain yang terbabit
hendaklah menjalankan kajian sosioekonomi penduduk setinggan terlebih dahulu.
Hasil kajian tersebut bolehlah digunakan sebagai garis panduan untuk perancangan
kawasan penempatan semula setinggan yang akan dibangunkan. Seperkara lagi,
tindakan tegas kepada penempatan setinggan yang baru atau menggantikan
setinggan yang lama perlu di ambil. Kawasan yang telah dikosongkan perlu
dibangunkan seberapa segara.
Namun begitu, usaha yang lebih agresif perlulah diambil dalam
menyelesaikan masalah berkaitan setinggan, dan kalau boleh sehingga mencapai
setinggan sifar. Kerajaan telah melancarkan program setinggan sifar pada tahun
2005, tetapi usaha tersebut masih belum menampakkan hasil yang
memberangsangkan.
2.7 Program Setinggan Sifar
Apakah yang dinyatakan sebagai setinggan Sifar? Setinggan dapat di
definisikan sebagai aktiviti penerokaan, pendudukan, dan pembinaan bangunan di
atas tanah kepunyaan pihak lain (samada tanah kerajaan, tanah rizab kerajaan, tanah
agensi kerajaan, tanah komuniti, tanah persendirian dan lain-lain) secara tidak sah
dari segi undang-undang. Manakala sifar pula bererti kosong. Ini bermakna kerajaan
merancang agar seluruh kawasan setinggan di seluruh negara akan dikosongkan
sehingga tiada lagi penduduk setinggan yang mendudukki tanah secara haram
sehingga tahun sasaran iaitu tahun 2005.
Pengertian setinggan sifar adalah memindahkan semua pendudukan di atas
tanah tidak sah milik (samada tanah kerajaan, tanah rizab kerajaan, tanah agensi
23
kerajaan, tanah komuniti, tanah persendirian dan lain-lain), ke satu penempatan yang
baru.
Program setinggan sifar 2005 telah dilancarkan oleh Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan bagi membasmi setinggan terutamanya di kawasan bandar.
Program ini telah dilancarkan keseluruh negara dengan penglibatan semua kerajaan
negeri di Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Program ini telah mengabungkan dua kerajaan dimana Kerajaan Persekutuan
akan menjalankan program ini dengan memberikan modal untuk membina rumah
jenis bertingkat di dalam kawasan bandar yang dikenali sebagai PPR dan
berhampiran dengan kawasan setinggan sedia ada, tetapi pemberian tanah untuk
projek PPR ini disediakan oleh kerajaan negeri masing-masing. Dengan cara ini,
perancangan program akan berjalan lancar kerana kuasa pemberian hakmilik tanah
terletak dibawah kuasa kerajaan negeri.
Kerajaan negeri Johor tidak terkecuali dalam hal ini di mana semua Pejabat
Tanah Daerah diarahkan menyelesaikan isu setinggan secepat mungkin. Lahir dari
program inilah maka Menteri Besar Johor telah merangka satu lawatan ke kawasan
setinggan di daerah Johor Bahru untuk melihat penyelesaian yang boleh diambil di
tanah penempatan setinggan.
Terdapat masih banyak lagi kawasan setinggan yang berada di dalam
kawasan daerah Johor Bahru, namun YAB Menteri Besar telah memilih kawasan
yang benar-benar boleh diselesaikan sahaja yang dilawati dan kawasan tersebut
didudukki oleh bilangan setinggan yang ramai. Bagi kawasan setinggan yang kecil
tindakan membanci penduduk setinggan telah dijalankan oleh Pejabat Tanah Daerah
dan tindakan akan diambil dengan menggunakan pendekatan yang lain kerana
kebanyakan kawasan tersebut merupakan kawasan penempatan setinggan
mempunyai nilaian harga yang tinggi kerana sebilangan besarnya berada dalam
kawasan bandar Johor Bahru.
24
2.8 Proses Mengeluarkan Setinggan
Proses mengeluarkan setinggan bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh
dipandang ringan oleh sesetengah pihak. Terdapat juga negara di Asia yang
menggunakan kekerasan yakni secara paksa walaupun kebanyakan negara Asia telah
menandatangani perjanjian untuk menghentikan tindakan pengeluaran setinggan. Ini
berlaku dinegara Filipina dan Korea.
Proses mengeluarkan setinggan secara tidak langsung akan memberi impak
keatas fizikal, ekonomi dan psikologi kepada mereka yang terlibat. Walaupun
perkara ini tidak dapat dielakkan namun perbincangan dan penyelesaian yang terbaik
patut diambil bagi meminimumkan masalah tersebut sehingga keputusan
pengeluaran setinggan tersebut dapat dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Dengan cara
ini proses pengeluaran setinggan akan terus berlaku tanpa persengketaan kepada
kedua-dua belah pihak.
Proses pengeluaran setinggan ini amatlah sukar sekiranya pendudukan
setinggan di kawasan terlibat telah menjangkau puluhan tahun. Kerugian dan
penyeksaan terhadap kehidupan setinggan pasti amat dirasai oleh mereka.
Perpindahan akan mengakibatkan penghidupan baru bagi mereka, kawasan baru, cara
baru, taraf kehidupan yang baru akan membabitkan kos meningkat sekiranya tempat
baru jauh dari sekolah dan kerja. Apabila fenomena tersebut berlaku, kemungkinan
besar mereka akan mengambil keputusan membina penempatan setinggan yang baru
berhampiran setinggan asal mereka bagi mengurangkan kos kehidupan mereka.
Menurut Syed Husin (1998), proses pengeluaran setinggan dengan
merobohkan rumah mereka dan mengeluarkan mereka dari tanah berkenaan telah
dilakukan sejak sekian lama di Malaysia. Kaedah ini bukanlah satu perkara yang
terbaik diambil oleh pihak berkuasa. Ianya tidak akan menyelesaikan masalah
setinggan malah akan lebih bertambah dengan pembukaan penempatan baru.
Melihat dari lain pandangan pula, cara tersebut seolah-olah tidak
berperikemanusiaan seandai mereka yang terlibat tiada penempatan lain. Kerajaan
boleh mengeluarkan penduduk setinggan berdasarkan kaedah undang-undang seperti
25
Kanun Tanah Negara, 1965 KTN, Peraturan-Peraturan Perlu (Mengeluarkan
Setinggan), 1969, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan, 1974 dan Akta Pengambilan
Balik Tanah, 1960 (Tanah individu).
Apa yang dilihat melalui pengalaman kerjaya penulis selama 14 tahun di
Pejabat Tanah dan kajian yang dijalankan, biasanya penduduk setinggan mahukan
perlindungan dan pampasan supaya kehidupan mereka tidak terabai.
2.9 Kaedah Penyelesaian Penempatan Semula Setinggan Oleh Kerajaan
Persekutuan
Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan bersama-sama dengan MTEN telah merangka satu kaedah penempatan
semula setinggan dan rakyat miskin di seluruh negara. Kaedah yang digunakan ialah
dengan mengujudkan PPR (bersepadu), PPR di sewa (dasar baru) dan PPR dimiliki
(dasar baru).
Pada asalnya program ini dimulakan bertujuan untuk menempatkan
setinggan-setinggan yang terlibat dengan projek-projek pembangunan kerajaan di
sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembah Kelang dalam Negeri
Selangor. PPR dipertingkatkan dalam Rancangan Malaysia ke-7 berikutan dengan
keputusan MTEN pada bulan Disember 1998 untuk dilaksanakan dengan serta merta
bertujuan untuk menjana pertumbuhan ekonomi menerusi aktiviti sektor pembinaan
khususnya dalam pembangunan rumah kos rendah dan mengadakan kemudahan
perumahan untuk disewa kepada setinggan sebagai meneruskan usaha penyelesaian
masalah setinggan dan perumahan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan lain-
lain bandar-bandar utama ke arah pencapaian matlamat setinggan sifar menjelang
tahun 2005. Jadual 2.2 meringkaskan program tersebut:
26
Jadual 2.2 : Pelaksanaan Program Perumahan Kos Rendah di Malaysia, 2004
Bil Program Bil. Projek Bil. Unit
1. PPR Bersepadu (MTEN) 52 54,679
2. PPR Disewa (dasar baru) 7 8,352
3. PPR Dimiliki (Dasar baru) 25 3,650
4. PAKR 74 28,541
JUMLAH 158 95,222
Sumber : JPN,3 Mac 2004
Agensi yang terlibat bagi pelaksanaan PPR ini ialah Jabatan Perumahan Negara
(JPN). Kos pembinaan PPR ini akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan
manakala tanah yang hendak dibina PPR akan disediakan oleh Kerajaan Negeri.
Pada peringkat awal perancangan, tapak yang disediakan hendaklah tapak yang sedia
untuk dimajukan. JPN bertanggungjawab sepenuhnya ke atas projek PPR termasuk
perancangan awal, perlantikan juru perunding, pengurusan tender dan lain-lain.
Pelaksanaan program ini adalah secara ’fast-track’ dengan beberapa kelonggaran
peraturan diberikan untuk mempercepatkan siap projek.
Kesimpulannya, Sasaran utama adalah golongan berpendapatan rendah yang
layak termasuk setinggan yang berdaftar dengan Sistem Pendaftaran Terbuka yang
dikendalikan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.
2.10 Kaedah Yang Di Ambil Oleh Kerajaan Negeri Johor
Terdapat beberapa bentuk keputusan yang telah diambil oleh pihak kerajaan
negeri Johor dalam menangani masalah penempatan semula setinggan. Pendekatan
ini dijangka dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan setinggan dalam
tahun 2005. Walaupun pada awalnya bentuk-bentuk keputusan yang di ambil
dijangka dapat mengatasi masalah setinggan, namun masalah setinggan masih belum
selesai disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor politik, sosial, kemanusiaan
dan ekonomi.
27
Bentuk-bentuk keputusan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Johor
dalam menangani masalah penempatan setinggan ialah:
1.2.10.1 Pemberian Hakmilik
Kerajaan negeri Johor membuat keputusan menempatkan semula setinggan di
atas tanah yang telah mereka ceroboh. Ini bertujuan supaya mereka terus menetap
dengan masyarakat setinggan dan kerajaan tidak perlu mengeluarkan banyak
perbelanjaan untuk menempatkan mereka semula. Walaupun kerajaan rugi dari segi
nilai hartanah, tetapi ianya dapat ditampung dengan pembayaran premium tanah
yang dikurniakan kepada setinggan. Cara ini adalah kaedah yang amat mudah untuk
dilaksanakan kerana status setinggan ditukarkan kepada status tanah bertuan tanpa
melibatkan perpindahan dan perbelanjaan yang besar. Kaedah ini telah di gunapakai
dalam menangani kehendak setinggan Kampung Seri Serdang, Kampung Sri Jaya
Baru, Kampung Seri Serdang Baru, Kampung Pasir Brunai, Kampung Sentosa Dua,
Kampung Sri Aman dan Kampung Melayu Gelang Patah.
2.2.10.2 Pemberian Lesen Pendudukan Sementara (LPS)
Pengurniaan dengan cara pemberian Lesen Pendudukan Sementara (LPS)
merupakan salah satu bentuk keputusan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri
Johor. Ini bertujuan supaya tapak kediaman mereka boleh di ambilbalik di kemudian
hari tanpa memberikn apa-apa pampasan sekiranya tapak tersebut hendak digunakan
oleh kerajaan pada satu hari nanti.
Secara lazimnya, apabila kerajaan telah mengurniaan tapak ini kepada
penduduk setinggan, mereka menganggap tapak tersebut telah menjadi hak mereka
lalu mereka membina rumah dari jenis kekal. Mereka beranggapan tapak tesebut
tidak boleh di ambil oleh kerajaan. Pandangan kerajaan adalah berlainan dengan
28
penduduk setinggan. Kaedah ini akan menimbulkan pelbagai masalah kepada pihak
kerajaan jika tidak diselesaikan dengan sebaik mungkin.
Pemberian LPS telah diberikan kepada Kampung Tawakkal, Kampung Paya
Kenangan, Kampung Bunga Ros, Kampung Pengkalan Rinting, Kampung Ulu
Pandan, Kampung Lembah Denai, Kampung Denai 1 dan Kampung Lembah Murni.
Sila rujuk Lampiran 1 dan Lampiran 2.
3.2.10.3 Perpindahan Ke Rumah Kos Rendah dan PPR
Perpindahan atau penempatan semula setinggan kekawasan baru seperti ke
rumah kos rendah di taman-taman perumahan atau rumah yang dibina oleh kerajaan
dikenali sebagai PPR oleh kerajaan Persekutuan dilihat sebagai satu usaha yang
praktikal. Semua setinggan yang terlibat di sesuatu kawasan setinggan akan
dipindahkan dengan segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan atau pemaju yang
ingin membangunkan tapak kawasan setinggan.
Cara ini merupakan kaedah yang paling banyak menggunakan perbelanjaan
kerana kerajaan perlu menyediakan penempatan yang sesuai kepada setinggan di atas
tanah kerajaan yang lain. Selain kos membangunkan kawasan tersebut, kerajaan juga
terpaksa memberi perbelanjaan perpindahan kepada mereka. Ini semua akan
melibatkan kos yang besar dan merugikan kerajaan.
Kampung-kampung yang terlibat adalah Kampung Laut, Batu 10 Skudai dan
Kampung Lembah Jaya, Tebrau.
4.2.10.4 Perpindahan Ke Kawasan Lain Yang Telah Di Tetapkan
Perpindahan kekawasan lain yang ditetapkan oleh kerajaan juga telah
dilakukan di mana penduduk setinggan akan dipindahkan ke kawasan lain yang jauh
29
dari penempatan asal. Ini bertujuan menjaga kebajikan mereka dan penduduk
setinggan tidak menghadapi masalah penempatan. Perbelanjaan yang besar juga di
perlukan oleh kerajaan dimana kawasan penempatan baru ini perlu disediakan
infrastruktur seperti jalan penghubung, elektrik, air, telefon dan jaringan sistem
perhubungan yang baik. Selain daripada itu, kerajaan perlu menyediakan kemudahan
awam seperti kawasan kedai, kawasan lapang, kawasan permainan, masjid, pejabat
pos, balai bomba dan sebagainya supaya memberi keselesaan kepada penduduk
setinggan.
Cara ini telah dilakukan terhadap penempatan semula Kampung Plentong
Tengah ke Kampung Bukit Dagang yang jaraknya sejauh 50 km. Persetujuan ini di
capai oleh kedua-dua pihak dengan pengurniaan hakmilik kepada mereka. Namun
setelah lebih kurang 3 tahun tanah ini dikurniakan kepada penduduk setinggan yang
terlibat, tiada tanda-tanda mereka akan berpindah ke penempatan yang baru.
5.2.10.5 Penguatkuasaan Undang-Undang Tanah
Penguatkuasaan undang-undang tanah di bawah Kanun Tanah Negara, 1965,
menurut seksyen 425 KTN perlu dilakukan kepada penduduk setinggan di kawasan
setinggan terutamanya warga asing seperti Indonesia, Myanmar, Kemboja, India,
Bangladesh dan sebagainya. Warga asing perlu dikeluarkan dari tanah kerajaan
kerana mereka telah melanggar kedaulatan negara Malaysia. Mereka langsung tiada
hak keatas tanah kerajaan. Perlakuan mereka sepatutnya telah diambil tindakan pada
peringkat awalan lagi iaitu semasa mula-mula pencerobohan mereka.
Terdapat sebanyak 5 buah kampung yang terlibat di mana sebahagian besar
penduduk iaitu warga asing. Lima Kampung tersebut ialah Kampung Pertanian
Masai, Kampung Banjar Batu 16, Kampung Tenang Batu 15, Kampung Pasir Dalam,
Sungai Tiram dan Kampung SC Batu 20. Mereka semua mendudukki tanah kerajaan
di tebing Sungai Tiram.
30
Kesimpulannya, pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Johor pada
dasarnya adalah baik, tetapi kekurangan adalah dari segi perlaksanaannya. Sebagai
contoh, sehingga sekarang pendekatan dari segi penguatkuasaan undang-undang
masih tidak dijalankan.pada mereka yang mendudukki tanah rizab sungai. Penduduk
setinggan masih lagi mendiami kawasan tersebut malah mungkin semakin bertambah
selepas banjir melanda kawasan kampung tersebut. Tiada data diambil atas bilangan
setinggan selepas banjir.
2.11 Masalah Dalam Penempatan Semula Setinggan Di Malaysia
Setinggan sentiasa sahaja menjadi isu dalam akhbar-akhbar di Malaysia.
Walau berbagai cara dan kaedah telah digunakan dalam penempatan semula
setinggan ini namun masalah setinggan tidak dapat dihapuskan sama sekali. Masalah
utama dalam penempatan semula setinggan ini menurut akhbar ialah mencari kaedah
terbaik dalam penempatan semula penduduk setinggan ini.. (Menurut keratan akhbar
Berita Harian bertarikh 20 Februari 2007 (rujuk lampiran B), pendekatan yang
diambil dalam menangani masalah penempatan semula setinggan ialah dengan
memindahkan mereka ke Perumahan Awam Kos Rendah di Taman Redang yang
berhampiran atas nasihat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Menurut
kenyataan tersebut seramai 15 buah keluarga telah bersetuju berpindah ke rumah flat
Taman Redang ini dengan tapak asal mereka. Kaedah ini mendapat kerjasama dari
pihak pemaju dan selepas ini akan disusuli oleh 50 buah keluarga lagi yang bersetuju
berpindah setelah rumah pangsa tersebut siap keseluruhannya.
Kawasan terbabit sebenarnya adalah kawasan setinggan Kampung Ulu
Pandan yang telah diberikan status Lesen Pendudukan Sementara. Kampung ini
terletak di pinggir Sungai Tebrau yang telah di naikki air dan menenggelamkan
rumah serta merosakkan rumah mereka semasa peristiwa banjir besar pada akhir
2006 yang lalu.
Penduduk setinggan sanggup membawa masalah mereka hingga ke
mahkamah untuk mempertahankan penempatan mereka. Ini dibuktikan dalam satu
31
lagi keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 Mac 2007 (rujuk lampiran 9),
mahkamah telah menolak permohonan penduduk setinggan agar perkampungan
mereka tidak dirobohkan oleh pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
dengan alasan mereka telah menduduki kawasan tersebut sejak 30 tahun lepas.
Kawasan tersebut akan dibangunkan untuk pembinaan Lebuhraya Duta-Ulu Klang
(DUKE) yang telah tertangguh akibat kehadiran penduduk setinggan. Dalam ertikata
perundangan di Malaysia, setinggan tiada hak keatas tanah yang mereka duduki
walaupun selama mana mereka diami. Undang-undang tidak pernah menyebelahi
penceroboh. Oleh yang demikian, tindakan penguatkuasaan meroboh kawasan
tersebut akan dilakukan oleh DBKL.
Menurut pendapat Datuk Bandar Bandaraya Kuala Lumpur iaitu Datuk
Ruslin Hasan (Rujuk Lampiran C) mengenai beberapa isu mengenai Bandaraya
Kuala Lumpur, pihaknya telah banyak menyelesaikan masalah setinggan jika
dibandingkan pada tahun 1970an dahulu.
Kaedah pendekatan yang digunakan dalam menangani isu setinggan ialah
dengan membina rumah-rumah rakyat termiskin atau melalui projek perumahan
DBKL dan menempatkan penduduk setinggan di perumahan kos rendah dalam
taman-taman perumahan yang dibina. Melalui pendekatan ini, DBKL telah
menempatkan 80,000 orang ke taman perumahan. Manakala dalam projek
perumahan DBKL pula, seramai 70,000 keluarga setinggan telah dipindahkan.
Dalam masa terdekat ini pula, Datuk Bandar Kuala Lumpur menjangkakan akan
dapat memindahkan 20,000 lagi keluarga setinggan ke kawasan perumahan DBKL.
Beliau menyatakan bahawa masalah penempatan setinggan akan dapat diatasi
sekurang-kurangnya pada awal 2007.
32
2.12 Kesimpulan
Setinggan merupakan satu masalah yang sukar untuk dibendung dan
memerlukan cara dan kaedah yang sesuai untuk menanganinya. Di bawah Kanun
Tanah Negara 1965, mendudukki tanah kerajaan secara haram adalah tertakluk
dibawah seksyen 425 KTN, manakala warta mengenai setinggan ada dinyata
bagaiamana dalam Warta Kerajaan 1969 ini tertakluk kepada ”Ordinan (Kuasa –
kuasa perlu) Darurat, 1969 (Ordinan 1 dan Ordinan 2)-Peraturan Peraturan Perlu
(Pembersihan Setinggan ) 1969”. Banyak kes-kes yang melibatkan setinggan telah
difailkan didalam mahkamah, namun tiada satupun kes-kes mengenai setinggan
berjaya. Dalam mahkamah biasanya, bukti nyata diperlukan untuk sesuatu kes itu
berjaya.
Kawasan penempatan setinggan sering dikaitkan dengan kawasan tanah milik
kerajaan yang akan dibangunkan semula mengikut peredaran zaman. Apabila sesuatu
penempatan setinggan ingin dibangunkan, penduduk setinggan perlu dipindahkan
atau kawasan mereka dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan.
Penempatan semula setinggan memerlukan kos yang sangat besar disamping
kerja yang merumitkan dan memakan masa yang lama. Kerajaan terpaksa bertolak
ansur dengan penduduk setinggan dan sabar melayani karenah mereka. Walau
bagaimanapun Setinggan juga amat penting dalam menjana ekonomi negara. Tanpa
mereka pembangunan dan penjanaan ekonomi akan menpengaruhi pergerakan
keuntungan dan ekonomi.
Perkara yang paling penting yang hendak dikaji ialah penempatan semula
setinggan di kawasan kajian berdasarkan keputusan kerajaan yang telah meluluskan
penempatan setinggan bagi 37 buah kawasan setinggan di sekitar daerah Johor
Bahru. Ini bagi menyokong kajian mengenai kaedah yang dipilih bagi menempatkan
semula setinggan di kawasan kajian.
Walaubagaimana sukar sekalipun dalam menangani masalah penempatan
semula setinggan, kerajaan tetap akan meneruskan usaha mencari alternatif terbaik
bagi mencapai sasaran setinggan sifar satu hari nanti dan masyarakat dapat diyakini
33
dengan pendekatan yang diambil. Apa yang dilihat sekarang, kerajaan tidak
mempunyai satu sistem dan kaedah yang bersepadu dalam menangani masalah
penempatan semula setinggan. Tiada data dan sistem yang terbaik digunakan dalam
menangani jumlah penduduk setinggan dan ada kalanya masalah setinggan telah
berlarutan sehingga puluhan tahun. Justeru itu, kerajaan perlu peka dan sentiasa
memantau masalah ini selaras dengan peredaran zaman.
BAB 3
KAWASAN KAJIAN :
KAMPUNG SRI RAHMAT 1 DAN 2, MUKIM TEBRAU
DAERAH JOHOR BAHRU
3.1 Pengenalan
Kampung Sri Rahmat merupakan salah sebuah kampung setinggan yang
terdapat dalam Daerah Johor Bahru. Kampung ini terletak di atas tanah kerajaan
rizab persekutuan untuk tujuan Hospital Permai, kampung ini di bangunkan sedikit
demi sedikit oleh penduduk yang berhijrah sejak 25 tahun yang lalu. Pada asalnya
kampung ini di ceroboh oleh pendatang dari sekitar Negeri Johor seramai lebih
kurang 69 keluarga dan dinamakan Kampung Sri Rahmat 1. Pada awalnya kampung
ini tiada kemudahan awam kerana statusnya yang bertaraf setinggan. Sehinggalah
sekarang, kampung ini masih tiada kemudahan awam seperti elektrik dan telefon.
Hanya bekalan air diambil dari Syarikat Air Johor (SAJ). Bagi kemudahan elektrik
pula. penduduk berkerjasama dengan membeli generator.
Dengan kedudukan rumah yang rapat dan persekitaran yang kurang selesa,
mereka tiada pilihan lain. Taraf pendidikan yang rendah ditambah lagi dengan
pekerjaan yang tidak menentu, Kampung Sri Rahmat terus didiami sehingga
sekarang walaupun kekurangan kemudahan awam. Mereka telah memohon kepada
pihak yang bertanggungjawab tetapi tidak diluluskan kerana tiada geran tanah.
35
Berdasarkan dari bancian awal yang dilakukan pada tahun 2006, terdapat
lebih 269 buah rumah wujud di tapak kajian. Penduduk yang menghuni kawasan ini
adalah terdiri daripada pelbagai warganegara seperti warganegara Malaysia,
Indonesia dan Burma. Manakala negeri asal bagi warganegara Malaysia pula
sebilangan besarnya berasal dari Negeri Johor dan Kelantan.
Berdasarkan dari jumlah keluarga seramai lebih 269 orang, dengan jumlah
purata isirumah seramai 5 orang, jumlah penduduk kampung ini adalah seramai 1345
orang. Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu mengambil pendekatan yang
terbaik untuk memindahkan mereka kekawasan penempatan semula yang sesuai.
3.2 Kedudukan
Kawasan kajian ini terletak di dalam Daerah Johor Bahru. Berhampiran
dengan Kampung Desa Rahmat dan Pekan Tampoi lebih kurang 2km. Jarak dari
Bandaraya Johor Bahru lebih kurang 8 km. Kampung ini berada dibawah
penyelenggaraan MBJB dan pembangunan sekeliling adalah kediaman di mana di
sebelah utara ialah Taman Kemas dan Taman Bahagia. Manakala di sebelah timur
pula terdapat kediaman berbentuk kondominium yang dinamakan Kondominium Sri
Tanjung. Di sebelah barat pula terdapat Taman Desa Rahmat dan rumah murah
MARA. Selain itu di sebelah selatan terdapat Bandar Baru Uda. Kedudukan kawasan
kajian atas nama pembangunan telah memberikan kesan kepada tanah tersebut.
Nilaian yang dinyatakan di kawasan ini adalah tinggi berdasarkan lokasi dan
kepadatan penduduk di samping strategi pembangunan sekeliling.
Bandar dan pekan tumpuan yang terdekat ialah Bandaraya Johor Bahru
sejauh dan pekan Tampoi, Universiti Teknologi Malaysia berada 12 km, Hospital
Sultanah Aminah terletak 7km dan pekan Skudai sejauh 5km. Bandar dan pekan ini
terletak mengelilingi kawasan kajian dan menjadi pemangkin kepada pembangunan
kawasan kajian tersebut.
36
Jalan penghubung ke kawasan kajian adalah baik di mana di sebelah timur
ianya dihubungkan oleh Jalan Persiaran Sri Tanjung dengan Jalan Tampoi dan terus
bersambung dengan jalan utama Skudai-Johor Bahru. Manakala di sebelah utaranya
pula terdapat lingkaran Lebuhraya Pasir Gudang-Johor Bahru, namun lebuhraya ini
tidak boleh dihubungi terus ketapak kajian kerana sifat lebuhraya itu sendiri yang
tidak ada persimpangan. Di sebelah barat pula tapak kajian ini di hubungkan dengan
Jalan Pertahanan di Taman Desa Rahmat. Ini bermakna sekeliling kawasan kajian
dikelilingi dengan jaringan jalan raya yang sempurna. Sebagai pelengkap kepada
jaringan jalanraya, kawasan kajian berada lebih kurang 7km dari Lebuhraya Utara
Selatan (PLUS). Ini membuatkan kawasan tersebut amat berdaya maju dan menjadi
tumpuan kepada agensi dan pelabur. Sila rujuk kepada pelan yang ditunjukkan
sebagaimana dalam lampiran 4 iaitu pelan tapak.
37
GAMBAR-GAMBAR
DI KAWASAN KAJIAN KAMPUNG SETINGGAN SRI RAHMAT,
MUKIM TEBRAU, JOHOR BAHRU
Gambar Foto 3.1: Kampung Sri Rahmat 1
38
Gambar Foto 3.2: Kampung Sri Rahmat 2
39
3.3 Keluasan
Keluasan kawasan kajian keseluruhannya ialah 15 ekar (6.069 hektar).
Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kampung Sri Rahmat 1 berkeluasan 6 ekar
(2.4276 hektar) dan Kampung Sri Rahmat 2 berkeluasan 9 ekar. (3.6414 hektar).
Kedua-dua perkampungan ini dibahagikan berdasarkan atas tanah yang mempunyai
perparitan berukuran 20 kaki yang berada di tengah-tengah kawasan kajian.
Keluasan bagi setiap plot kediaman adalah berubah dan tidak sama antara
satu rumah dengan rumah yang lain. Memandangkan ada rumah kediaman yang
bersambung dan dibina terlalu hampir, keluasan adalah berdasarkan keluasan lantai
binaan. Bagi Kampung Sri Rahmat 1, rumah kediaman yang dibina mempunyai jarak
dan ruang yang luas berbanding rumah kediaman di Kampung Sri Rahmat 2. Secara
puratanya keluasan rumah kediaman di Kampung Sri Rahmat 1 ialah antara 2500
kaki persegi hingga 4000 kaki persegi. Manakala bagi Kampung Sri Rahmat 2 pula,
purata keluasan setiap rumah kediaman ialah antara 1500 kaki persegi hingga 2500
kaki persegi. Ini disebabkan kedudukan rumah kediaman yang terlalu rapat dan ada
yang dibina dari jenis berbandung.
Mengenai sistem jalanraya dalam kawasan kajian pula, keluasan jalan antara
kediaman adalah kecil dan tidak mengikut prosedur JPBD. Menurut Akta Perancang
Bandar Dan Desa, 1974, pelebaran jalan dalam kawasan kediaman adalah 40 kaki
manakala jalan utama ialah 66 kaki. Kajian di tapak ini mendapati jalan antara
kediaman adalah 20 kaki sahaja. Pelebaran jalan perlu mengikut prosedur JPBD.
3.4 Bangunan Yang Terdapat Dalam Kawasan Kajian
Bangunan yang terdapat di kawasan kajian adalah bermacam jenis dan
rupabentuk. Jenis-jenis kediaman dikategorikan kepada 3 jenis iaitu jenis sementara,
jenis separuh kekal dan jenis kekal.
40
Kediaman jenis sementara adalah dibina daripada papan keseluruhannya.
Bagi setinggan yang miskin dan tidak berkemampuan, kediaman mereka dibina
daripada kayu dan papan terbuang. Atap pula menggunakan zing terpakai yang
dibuang dan dikutip dari kawasan pembuangan sampah.
Manakala kediaman jenis separuh kekal pula dibina daripada papan dan
separuh batu. Biasanya dinding batu di susun setinggi 3 kaki hingga 4 kaki
seterusnya disambung dengan papan. Binaan jenis ini boleh bertahan berpuluh-puluh
tahun. Kos yang diperlukan juga tidak berapa mahal. Bagi kediaman jenis kekal pula,
binaan keseluruhannya adalah batu simen. Rumah yang di bina kelihatan kukuh dan
seolah-olah mereka akan terus menetap di situ selama-lamanya. Apabila penduduk
setinggan telah membina rumah jenis kekal ini, kebarangkalian untuk mereka
berpindah adalah amat kurang. Mereka akan berusaha mempertahankan kediaman
mereka dan akan terus menetap dipenempatan tersebut dengan alasan mereka telah
mengeluarkan belanja yang besar untuk membina rumah kediaman tersebut.
3.5 Status Tanah
Status tanah di kawasan kajian adalah Tanah Kerajaan Persekutuan yang di
rizabkan di bawah Rizab Persekutuan sebagaimana GN. 669 bertarikh 30.8.1973 dan
GN. 992 bertarikh 22.6.1989 untuk kawasan Hospital Permai Johor Bahru. Asalnya
tanah ini adalah Lot 8173 seluas 635. 750 ekar di punyai oleh Kerajaan Persekutuan
di bawah tanggungjawab Ketua Pengarah Tanah Dan Galian, Persekutuan. Selepas
itu tanah ini dijadikan PTD 67210 di ambil sebahagian dan dijadikan tapak Klinik
Kempas seluas 10.8993 hektar (26.9375 ekar) sebagaimana kelulusan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Johor bertarikh 25.6.1997 dalam Ringkasan Mesyuaratnya Bil
1031/97. (sila rujuk surat lampiran D).
Selepas itu tapak PTD 67210 ini dibahagikan kepada dua plot tanah
menjadikannya PTD 137635 seluas 15.283 ekar, dikurniakan pula kepada BPR
melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Kelulusan ini adalah merujuk kepada Majlis
41
Mesyuarat Kerajaan bertarikh 6.9.2006 bagaimana Ringkasan Mesyuarat bil
:1418/2006. (Sila rujuk surat lampiran E). Walau bagaimanapun, sehingga sekarang
premium yang dituntut dalam borang 5A masih belum dijelaskan.
3.6 Tahun / Tarikh Diceroboh Dan Tempoh Masa Mendudukki
Kawasan kajian ini telah diceroboh sejak berpuluh tahun lalu. Mereka
berhijrah dari negeri asal ke bandar Johor Bahru untuk mengubah kehidupan mereka
dan mengingkatkan taraf hidup dengan memperjudikan nasib di bandar. Berbekalkan
sedikit wang, mereka mencari pekerjaan dan selepas itu mereka tidak tahu dimana
hendak berteduh. Dengan kewangan yang terhad, mereka mengambil keputusan
mendirikan kediaman sementara di kawasan tersebut. Apabila kawasan kajian ini
mula di penuhi oleh setinggan, maka mereka tidak teragak-agak terus menetap di
kawasan itu kerana pada awalnya pihak berkuasa tidak melakukan apa-apa tindakan
penguatkuasaan terhadap mereka.
Mengikut jangkaan masa penerokaan awal tapak kajian dan berdasarkan
pengakuan penduduk tersebut, mereka telah menetap di kawasan ini lebih kurang 20-
25 tahun lepas yakni sejak tahun 1970an lagi. Kemungkinan juga mereka
menceroboh lebih awal dari jangkaan tersebut kerana kawasan Hospital Permai ini di
buka sekitar lewat 1960an lagi. Kemungkinan mereka telah menceroboh kawasan ini
lebih dari 30 tahun. Tarikh sebenar pencerobohan itu tidak dapat dipastikan kerana
tiada data yang dapat membuktikan atau menyatakan tarikh pencerobohan tersebut.
3.7 Negara / Negeri Asal Penceroboh
Berdasarkan dari rekod bancian yang telah dijalankan pada awal 2006,
mendapati kawasan ini telah dihuni oleh lebih 270 keluarga. Jumlah ini tidak
termasuk satu rumah yang mempunyai lebih daripada satu pintu.
42
Bancian juga mendapati bahawa kawasan kajian ini telah di huni oleh
pelbagai bangsa dan warganegara. Majoritinya adalah warganegara Malaysia yang
berasal dari negeri Johor, Kelantan, sebilangan kecil dari negeri Sarawak. Selain dari
itu, bagi warganegara asing terdiri daripada warga Indonesia dan Burma.
Berdasarkan daripada bancian yang dijalankan, pecahan penceroboh adalah
sepertimana Jadual 3.1 :
Jadual 3.1: pecahan penceroboh mengikut warganegara.
Bil Warganegara Jumlah Peratus
1. Malaysia 277 87.1 %
2. Indonesia 20 7.0 %
3. Burma 2 0.6 %
4. Sarawak 1 0.3 %
5. Lain – Lain (Kedai, Bengkel dll) 16 5.0 %
JUMLAH 300 buah 100.0 %
Sumber : Senarai banci, PTJB, 2006
Pecahan penceroboh kawasan kajian ialah warga Malaysia seramai 277
keluarga atau 87.1%, diikuti oleh Warganegara Indonesia seramai 20 keluarga atau
7%, lain-lain mewakili 16 buah atau 5%, Warganegara Burma seramai 2 buah
keluarga atau 0.6% manakala dari negeri Sarawak pula ialah 1 keluarga atau 0.3%.
Majoriti penceroboh adalah penduduk melayu yang berasal dari Semenanjung
Malaysia dan kebanyakannya adalah penduduk dari negeri Johor dan Kelantan.
Hanya terdapat seramai 22 keluarga atau 7.6% sahaja penduduk yang terdiri daripada
warganegara asing. 22 keluarga jika dikalikan dengan 5 orang bagi sebuah keluarga,
jumlah besarnya ialah 110 orang. Ini menyatakan bahawa penduduk warga asing
ramai juga yang menduduki kawasan setinggan di kawasan kajian.
43
3.8 Kesimpulan
Di Daerah Johor Bahru, kawasan pinggir bandar sering menjadi sasaran
penduduk setinggan membuka penempatan bagi mendirikan rumah kediaman. Ini
kerana kawasan tersebut didapati amat sesuai untuk penempatan setinggan kerana
taraf pendudukan yang sederhana dari segi ekonomi harian, kurang kesesakan,
kurang perhatian dari pihak berkuasa dan sebagainya.
Keluasan kawasan yang diceroboh dan dijadikan kawasan setinggan juga luas
melebihi 1000 ekar (404.6 ha). Keluasan ini merangkumi kawasan penempatan
setinggan dan kawasan pertanian (kebun). Bagi keluasan kawasan kajian pula, ianya
hanya 15 ekar sahaja. Walau bagaimanapun, jumlah kediaman yang dibina adalah
lebih kurang sebanyak 270 buah tidak termasuk kedai, bengkel dan rumah
berbandung dua pintu.
Kemudahan asas yang kurang lengkap kerana ketiadaan api elektrik dan
telefon. Air paip dibekalkan oleh pihak SAJ. Terdapat juga penduduk setinggan di
kawasan kajian yang menyewakan kediaman mereka kepada orang lain untuk
mereka meraih keuntungan berganda. Sudahlah mereka tidak membayar sesenpun
cukai tanah kepada pihak berkuasa, mereka pula mendapat keuntungan dengan
memberi sewa kepada orang lain. Mereka sewajarnya terus diusir keluar dari
kawasan ini.
Terdapat juga penduduk setinggan yang dihuni oleh anak mereka setelah
bapa mereka meninggal dunia. Namun, pemohonan mereka untuk mendapatkan
hakmilik masih belum berhasil dan mereka akan terus menghuni di kawasan tersebut.
Terdapat tujuh bentuk keputusan yang telah di ambil pendekatannya oleh
Kerajaan Negeri Johor. Pendekatan tersebut ialah pemberian hakmilik dengan cara
mengurniakan kawasan yang mereka ceroboh dengan hakmilik tanah, memberikan
kawasan setinggan dengan pegangan LPS, memindahkan penduduk setinggan
kekawasan penempatan yang disediakan oleh kerajaan, memindahkan penduduk
setinggan ke rumah kos rendah atau rumah PPR dan mengambil tindakan
44
penguatkuasaan undang-undang keatas penduduk setinggan. Manakala dua kaedah
lagi adalah permohonan yang tidak diperakukan dan permohonan yang ditolak.
Kebanyakan yang menceroboh kawasan kajian adalah warganegara Malaysia
yang terdiri sebahagian besarnya adalah rakyat negeri Johor yang berhijrah dari
kampung halaman untuk mengubah kehidupan. Selain itu rakyat negeri Kelantan,
Sarawak, sebahagian kecil warganegara Indonesia dan Burma juga menetap di
kawasan ini.
Bangunan kediaman yang dibina ada dari jenis sementara, separuh kekal dan
kekal sepenuhnya. Kos yang dikeluarkan oleh setinggan untuk membina rumah
adalah mengikut kemampuan mereka dan jenis rumah yang dibina. Jika
dibandingkan dengan membeli rumah kos rendah, mereka lebih selesa dari duduk di
kawasan setinggan yang berbau busuk, hanyir, kotor dan tidak selesa.
Bab ini telah membincangkan tentang latarbelakang keluasan kawasan,
memperihalkan kawasan kajian dari segi keluasan, kedudukan, bangunan yang
terdapat dalam kawasan kajian, status dan negeri asal mereka.
BAB 4
ANALISIS DAN PENEMUAN
KAJIAN
4.1 Pengenalan
Analisis kajian dalam bab empat ini merupakan bahagian yang amat penting
dalam penulisan kajian kerana ianya melibatkan penganalisaan data dan penemuan
kajian yang diperolehi dari lapangan. Penganalisaan ini dibuat bertujuan untuk
mencapai objektif kajian sepertimana yang penulis nyatakan dalam bab satu.
Terdapat dua objektif kajian yang telah dirangka untuk memastikan matlamat utama
penulisan ini tercapai.
Objektif pertama adalah untuk mengkaji dan menganalisis kesesuaian kaedah
yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Johor dalam menyelesaikan masalah
penempatan semula setinggan di Daerah Johor Bahru berdasarkan keputusan JHB.
Objektif ini telah tercapai menerusi penerangan secara umum dalam bab tiga. Walau
bagaimanapun, penerangan secara terperinci akan diterangkan dalam bab empat ini
dengan membuat penganalisaan data berdasarkan temubual bersemuka dengan
beberapa orang pegawai kerajaan. Manakala objektif kedua pula ialah
mengaplikasikan kaedah untuk mengatasi masalah penempatan semula setinggan di
kawasan kajian berdasarkan keputusan Kerajaan Negeri Johor terhadap 37 buah
kawasan setinggan di daerah Johor Bahru. Bagi mencapai objektif kedua ini, maka
penganalisaan data berdasarkan keputusan Kerajaan Negeri Johor terhadap
penempatan semula setinggan yang telah dibuat atas 37 buah kawasan setinggan
46
akan dilakukan. Data tersebut seterusnya akan dianalisis serta ditaksirkan bagi
menghasilkan penemuan kajian sepertimana yang dijelaskan di dalam bab empat ini.
4.2 Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah melalui temubual dan
pungutan data. Kedua-dua kaedah ini adalah bersesuaian bagi digunakan dalam
proses pengumpulan data. Ini bagi membolehkan penulis mencapai objektif-objektif
yang telah dinyatakan dalam bab satu.
4.2.1 Temubual
Pengumpulan data menggunakan cara temubual ini adalah dengan
menggunakan teknik temubual bersemuka. Dengan menggunakan kaedah
komunikasi seperti ini, penemubual akan mengemukaan soalan-soalan kepada pihak
yang akan ditemubual bagi mendapatkan data-data yang berkaitan. Oleh yang
demikian, bagi tujuan ini, penulis telah mengaturkan beberapa pertemuan dengan dua
orang pegawai kerajaan dari PTJB iaitu ketua Bahagian Kuatkuasa, Encik Mohamad
Anizam Bin Jamain dan Penolong Pegawai Tanah Kanan Unit Kuatkuasa, Encik
Nasir Bin Md. Noh. Manakala seorang lagi pegawai yang berkaitan ialah Tuan Haji
Mohamad Bin Mohamad Bayot, merupakan pegawai kanan di Unit Tindakan
Kuatkuasa, Pejabat Pengarah PTG. Dalam sesi temubual tersebut, penulis telah
merangka beberapa soalan yang berkaitan dengan penempatan semula setinggan dan
pendekatan yang di ambil oleh Kerajaan Negeri Johor terhadap penempatan
setinggan. Sepertimana yang dinyatakan, kaedah ini dilakukan adalah untuk
mencapai objektif pertama kajian. Justeru itu, temubual ini disokong pula dengan
data sekunder iaitu Buku Lapuran Setinggan Daerah Johor Bahru dan Buku Lapuran
Tindakan Penyelesaian Kawasan Setinggan Yang Terlibat Dengan Lawatan YAB
Menteri Besar Johor.
47
4.2.2 Pungutan Data Dari Kelulusan Kerajaan Negeri Johor
Pemerolehan data telah didapati dari keputusan yang telah dibuat oleh
Kerajaan Negeri Johor dalam mesyuarat Jawatankuasa Hasil Bumi yang
dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Johor merupakan kaedah pengumpulan data
yang digunakan untuk mencapai objektif kedua kajian. Tujuan pengumpulan data ini
adalah untuk memperolehi data primer dilapangan dan seterusnya data tersebut
dianalisis. Pengumpulan data ini merupakan satu instrumen kajian yang amat sesuai
terutamanya apabila ianya melibatkan keputusan-keputusan kerajaan yang banyak.
Kaedah ini juga dilihat sebagai pengukuh kepada kaedah temubual yang telah
dijalankan. Format borang data terkumpul atas keputusan kerajaan pada kawasan
setinggan adalah sebagaimana yang terdapat dalam lampiran F dan G.
Penyediaan data terkumpul dari keputusan kerajaan adalah melibatkan
penelitian dan kajian yang terperinci terhadap data yang diperlukan bagi
menghasilkan satu output analisis yang bersesuaian dengan objektif kajian. Data
yang dikumpulkan ini adalah bertujuan untuk melihat keputusan-keputusan yang
telah di buat oleh Kerajaan Negeri Johor terhadap 37 buah kawasan setinggan yang
telah diambil tindakan sempena dengan lawatan YAB Menteri Besar Johor ke
kawasan penempatan setinggan tersebut yang telah dilakukan pada tahun 2005. Data-
data yang dikumpul mengandungi sembilan perkara iaitu Lokasi, Mukim, Kawasan
Pilihanraya, Nombor Fail Permohonan, Keluasan Kawasan Setinggan, Status Asal
Tanah, Bilangan Plot, Kenyataan Dan Keputusan Kerajaan. Perkara-perkara ini
dinyatakan maksudnya dalam Jadual 4.1 :
48
Jadual 4.1 : Struktur Data Terkumpul
Perkara Penerangan
Lokasi Kedudukan kawasan penempatan setinggan
Mukim Mukim yang mewakili kawasan setinggan
Kawasan Pilihanraya Termasuk dalam kawasan pilihanraya yang mana
Nombor Fail per -
mohonan
Fail-fail yang dimohon oleh setinggan
Keluasan Keluasan keseluruhan kawasan setinggan
Status tanah Menentukan status tanah-adakah tanah kerajaan, rizab,
persendirian
Bilangan plot Plot yang dimohon
Kenyataan Tahun di ceroboh dan dibangunkan dengan apa
Keputusan kerajaan Menyatakan tentang keputusan kerajaan - tolak/Lulus
Sumber : Kajian Penulis , 2007
Sebanyak 37 buah kawasan setinggan yang telah dikumpulkan dalam
mencapai objektif kajian ini. Data-data ini dikumpulkan melalui fail-fail yang
dimohon oleh setinggan dan diambil juga dari Buku Lapuran Kuatkuasa Kawasan
Setinggan Di Daerah Johor Bahru. Kemudian data-data ini disatukan dan dijadikan
data terkumpul untuk dikaji dan dianalisis dalam bab ini menggunakan kaedah
kuantitatif.
4.3 Kaedah Penganalisaan Data
Data yang diperolehi dilapangan akan dianalisis menggunakan dua kaedah
yang ditetapkan iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kedua-dua kaedah ini
digunakan untuk mendapatkan hasil analisis yang lebih tepat.
49
4.3.1 Kaedah Kualitatif
Data melalui temubual yang diperolehi dari temubual secara bersemuka
dengan tiga orang pegawai kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan setinggan
di daerah Johor Bahru akan dianalisis menggunakan kaedah kualitatif. Dalam kaedah
yang digunapakai ini, ianya merupakan satu kajian empirikal yang mana data
tersebut tidak ditunjukkan dalam bentuk perangkaan. Syed Arabi Idid (1998)
menjelaskan bahawa butir-butir maklumat yang diperolehi menerusi kaedah ini
hanya menyatakan pendapat atau pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara.
Kebanyakan hasil yang diperolehi daripadanya adalah berbentuk maklumat yang
boleh digunakan terus. Ia dapat memberi penerangan lanjut dan lebih terperinci bagi
menjelaskan keadaan sebenar terhadap sesuatu isu yang dikaji. Penulis menggunakan
kaedah ini adalah untuk melengkapkan lagi penemuan yang diperolehi daripada
analisis yang menggunakan kaedah kuantitatif.
4.3.2 Kaedah Kuantitatif
Dengan menggunakan kaedah kuantitatif pula, data yang diperolehi daripada
pengumpulan data keputusan kerajaan dianalisis untuk mencapai objektif kajian.
Analisis ini telah menggunakan perisian Microsoft Word professional dan Excel.
Sistem ini dipilih bagi menyediakan jadual dan carta pai di mana ianya adalah
bersesuaian dan mudah digunakan dalam membuat penganalisaan data dengan cepat.
Analisis data akan dilakukan dengan memberikan penekanan kepada keputusan
kerajaan. Dengan menggunakan penganalisaan pada data-data terkumpul, keputusan
kerajaan diberikan kepada 7 kategori iaitu Pemberian Hakmilik Tanah, Pemberian
LPS, Memindahkan Setinggan Ke Perumahan Awam Kos Rendah / PPR,
Memindahkan Setinggan Ke Penempatan Baru Di Kawasan Lain, Tindakan
Penguatkuasaan, Permohonan Yang Di Tolak Dan Permohonan Tidak Diperakukan.
Butir-butir lain seperti keluasan, bilangan plot status tanah dan tahun mendudukki
merupakan butiran data yang akan menyokong kepada 7 kategori yang dinyatakan.
50
4.4 Hasil Analisis Kualitatif
Hasil analisis kualitatif diperolehi daripada sessi temubual antara penulis
dengan tiga orang pegawai kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan setinggan
yang dipilih iaitu dua orang pegawai kerajaan di PTJB selaku ketua Bahagian
Kuatkuasa, Encik Mohamad Anizam Bin Jamain dan Penolong Pegawai Tanah
Kanan Unit Kuatkuasa, Encik Nasir Bin Md. Noh. Manakala seorang lagi pegawai
yang berkaitan ialah Tuan Haji Mohamad Bin Mohamad Bayot, merupakan pegawai
kanan di Unit Tindakan Kuatkuasa, Pejabat Pengarah PTG.
Dalam temubual tersebut soalan yang diajukan kepada mereka menjurus
kepada penempatan semula setinggan dari perspektif pegawai kerajaan, tujuan
penempatan semula setinggan di kawasan kajian, Kaedah tindakan kerajaan negeri
Johor dengan kesesuaian kawasan kajian, kesesuaian pemberimilikkan hakmilik di
kawasan kajian, kesesuaian pemberian LPS di kawasan kajian, kesesuaian
pemindahan penduduk setinggan dikawasan kajian ke Perumahan Awam Kos
Rendah / PPR, kesesuaian pemindahan penduduk setinggan di kawasan kajian ke
penempatan baru, kesesuaian tindakan penguatkuasaan di bawah Undang-Undang
Tanah KTN, 1965 dan keputusan kerajaan negeri dalam pendekatan menyelesaikan
masalah penempatan semula setinggan. Soalan juga berkisar tentang isu-isu
setinggan yang timbul di Daerah Johor Bahru, membincangkan kaedah-kaedah yang
akan diambil dan cadangan penyelesaian ke atas kawasan kajian.
4.4.1 Penempatan Semula Setinggan Dari Perspektif Pegawai Kerajaan
Takrifan dan perspektif mengenai penempatan semula setinggan oleh
pegawai-pegawai kerajaan yang ditemubual mengadalah seperti Jadual 4.2.
51
Jadual 4.2 : Takrif Dan Perspektif Pegawai Kerajaan
Nama Pegawai Kerajaan Takrif Dan Persepktif
Encik Mohamad Anizam Bin Jamain
Takrif penempatan semula setinggan menurut beliau ialah satu perpindahan setinggan kesatu kawasan baru menggunakan beberapa pendekatan seperti kuatkuasa, memindahkan mereka ke tapak yang disediakan dan sebagainya. Dari segi perspektifnya pula, beliau menyatakan penduduk setinggan perlu dipindahkan bagi memberi laluian kepada pembangunan yang telah dirancang. Pendudukan setinggan ini merangkumi keseluruhan kawasan setinggan yang belum diberikan hakmilik termasuk kawasan setinggan bertaraf LPS.
Haji Muhammad Bin Mohd. Bayot
Takrif penempatan semula setinggan menurut beliau ialah orang-orang yang mendudukki tanah secara haram dipindahkan ke satu kawasan penempatan baru dan diberi status yang sah di sisi undang-undang. Perspektif beliau pula penyelesaian penempatan semula setinggan perlu dilihat dari kedudukan setinggan itu sendiri. Seandainya kawasan yang diceroboh merupakan tanah kerajaan sepenuhnya, ia boleh diperakukan untuk mendapatkan hakmilik. Bagi yang menceroboh rizab kerajaan, perlu ditempatkan di PPR atau rumah kos rendah di taman-taman perumahan berhampiran. Bagi warga asing, mereka perlu di ambil tindakan undang-undang.
Encik Nasir Bin Md. Noh Takrif penempatan semula setinggan menurut beliau ialah perpindahan dari kawasan lama ke satu kawasan baru yang disediakan oleh kerajaan. Kerajaan melalui agensinya perlu memantau perpindahan mereka supaya tidak lagi menimbul masalah lain seperti membuka kawasan penempatan setinggan yang baru dik kawasan lain. Dari segi perspektif beliau tentang penempatan semula setinggan ini menyatakan bahawa penduduk setinggan dikategorikan dan diberikan keutamaan kepada setinggan warganegara sahaja sebelum proses perpindahan dilakukan. Perpindahan lebih memberi tumpuan kepada kawasan baru yang telah siap dibina kediaman. Kerajaan perlu menggunakan kaedah sewabeli supaya penduduk setinggan tiada pilihan lain untuk mendudukki kawasan yang baru.
Sumber : Kajian Penulis, 2007
52
Berdasarkan dari takrif dan perspektif yang diberikan oleh pegawai-pegawai
kerajaan adalah jelas dan nyata. Penempatan semula setinggan perlu di beri
penekanan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan kerana ini dapat memberi kesan
kepada pelbagai pihak seperti kerajaan dan masyarakat.
Bagi pihak kerajaan, jika penempatan semula ini berjaya dilakukan, masalah
dan isu setinggan akan dapat diatasi. Manakala bagi pihak masyarakat, anggapan
mereka kepada penduduk setinggan akan berkurangan dan penyelesaian kawasan
setinggan akan membersihkan kawasan persekitaran kediaman mereka.
4.4.2 Tujuan Penempatan Semula Setinggan Di Kawasan Setinggan
Tujuan penempatan semula setinggan adalah untuk menyelesaikan masalah
kawasan setinggan di sesuatu kawasan terutama kawasan bandar. Penempatan
semula setinggan ini adalah penting bagi memberi laluan kepada pembangunan yang
dirancang. Dalam hal ini kerajaan tidak bertindak zalim terhadap penduduk
setinggan.
Kawasan kajian ini telah dicadangkan untuk dibangunkan dengan kuaters dan
komplek BPR negeri Johor. Pembangunan kawasan ini telah tergendala sejak 2 tahun
yang lepas akibat penduduk setinggan yang masih lagi menetap di atas tanah ini.
Dalam temubual penulis dengan pegawai kerajaan terbabit, perkara ini ada
dibincangkan sebagaimana dalam Jadual 4.3.
53
Jadual 4.3 : Tujuan Penempatan Semula Setinggan di Kawasan Kajian
Nama Pegawai Kerajaan Ulasan
Encik Mohamad Anizam Bin Jamain
Tujuan penempatan semula dilakukan adalah untuk mengatasi masalah kawasan setinggan. Disamping itu tindakan tersebut dapat memulihkan sesuatu kawasan menjadi kawasan yang tersusun, bersih dan menarik.
Haji Muhammad Bin Mohd. Bayot
Sama dengan pandang Encik Mohamad Anizam. Beliau menambah lagi, tindakan tersebut akan menghapuskan kawasan setinggan dan kerajaan berjaya dalam program setinggan sifar.
Encik Nasir Bin Md. Noh Memberi peluang kepada pembangunan. Kawasan kajian berada dalam zon perumahan, jadi sekiranya setinggan masih menetap di situ, persekitaran kawasan sekeliling akan turut mendapat kesan.
Sumber : Kajian Penulis, 2007
Berdasarkan dari penerangan pegawai-pegawai kerajaan, maka penempatan
semula setinggan di kawasan kajian adalah bertujuan untuk menjadikan kawasan itu
lebih baik, tersusun dan bersih sejajar dengan taraf zon perumahan. Masalah
setinggan di kawasan kajian dijangka akan selesai mengikut perancangan kerajaan.
4.4.3 Kaedah Tindakan Kerajaan Negeri Johor Dengan Kesesuaian Kawasan
Kajian
Kerajaan Persekutuan telah melancarkan ”Program Setinggan Sifar 2005”
diikuti oleh Kerajaan Negeri Johor pada tahun 2005 yang mana tujuan utama
program itu dilancarkan adalah untuk menyelesaikan masalah penempatan setinggan
di negeri Johor. Tumpuan utama program ini di sasarkan ke Daerah Johor Bahru
kerana Daerah Johor Bahru menjadi tumpuan penduduk setinggan.
Temubual penulis dengan pegawai-pegawai kerajaan berkenaan juga dengan
keputusan kerajaan negeri menangani masalah penempatan setinggan dan kesesuaian
tindakan itu diaplikasikan ke dalam kawasan kajian. Jadual 4.4 menerangkan
pandangan mereka dalam hal ini.
54
Jadual 4.4 : Pandangan Pegawai KerajaanTerhadap Tindakan Kerajaan
Nama Pegawai Kerajaan Pandangan
Encik Mohamad Anizam Bin Jamain
Keputusan yang dibuat oleh kerajaan adalah satu permulaaan yang baik kerana telah memberikan keputusan kepada 37 buah kawasan setinggan. Tetapi masih banyak keputusan yang ai ambil tidak menjurus kepada penyelesaian muktamad. Ini bermaksud walaupun keputusan itu dilihat sebagai penyelesaian masalah kepada setinggan, tetapi hakikatnya masalah setinggan masih belum selesai 100%. Ini dapat dilihat pada keputusan menolak permohonan mereka, tidak diperakukan dan pemberian LPS. Kesesuaian kaedah kerajaan ini diaplikasikan ke dalam kawasan kajian perlu diperhalusi dan memilih kaedah mana yang paling sesuai.
Haji Muhammad Bin Mohd. Bayot
Keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri memang baik tetapi beliau tidak bersetuju dengan keputusan pemberian LPS. Ini bermakna masalah setinggan tidak akan selesai sampai bila-bila. Walaupun tanah tersebut telah dilupuskan, namun ianya masih berstatus setinggan sebenarnya. Dari segi kesesuaian kaedah dari kerajaan untuk diaplikasikan dalam kawasan kajian perpindahan penduduk setinggan ke kawasan yang baru.
Encik Nasir Bin Md. Noh Pandangan beliau terhadap keputusan kerajaan adalah sama seperti kedua-dua pegawai kerajaan diatas. Tambahan kepada pandangan tersebut, beliau mencadangkan kaedah perpindahan ke kawasan yang berhampiran dengan kawasan asal adalah lebih sesuai.
Sumber: Kajian Penulis, 2007
Berdasarkan dari pandangan ketiga-tiga pegawai kerajaan ini, dapat
dinyatakan bahawa keputusan yang dibuat oleh kerajaan terhadap 37 buah
penempatan setinggan di daerah Johor Bahru adalah sesuai dan boleh di terima bagi
mengaplikasikan kaedah yang paling sesuai bagi memindahkan kesemua penduduk
setinggan di kawasan kajian ke penempatan yang lain. Namun kaedah itu perlu
diperhalusi terlebih dahulu dan mungkin perlu dibuat penambahbaikkan.
55
4.4.3.1 Kesesuaian Pemberimilikkan Hakmilik Di Kawasan Kajian
Pandangan pegawai-pegawai kerajaan telah diambil dalam menentukan
kesesuaian pemberimilikkan hakmilik tanah di kawasan kajian berdasarkan dari
tindakan Keputusan Kerajaan Negeri Johor. Encik Mohamad Anizam Bin Jamain,
Haji Mohamad Bin Mohd. Bayot dan Encik Nasir Bin Md. Noh bersetuju dengan
kaedah ini diaplikasikan dalam kawasan kajian kerana ianya di lihat akan dapat
menyelesaikan penempatan setinggan secara muktamad atau 100%, sekiranya tanah
kawasan kajian ini adalah tanah kerajaan sepenuhnya. Walau bagaimanapun,
menurut Haji Mohamad Bin Mohd. Bayot lagi, setelah diteliti status tanah yang
diceroboh ini, ianya bukan lagi milik kerajaan, tetapi telah diluluskan kepada BPR
untuk membina kompleks dan Kuaters kediaman. Oleh yang demikian, kaedah
pemberimilikan hakmilik tanah ke kawasan kajian adalah tidak sesuai. Pandangan ini
telah disokong oleh pegawai-pegawai kerajaan yang lain.
Keputusan pegawai kerajaan ialah 0-3 dimana kesemua mereka tidak
bersetuju dengan pemberimilikan hakmilik tanah di kawasan kajian kerana tanah
telah diluluskan kepada BPR.
4.4.3.2 Kesesuaian Pemberian Lesen Pendudukan Sementara (LPS) Di Kawasan
Kajian
Menurut Encik Mohamad Anizam Bin Jamain, Haji Mohamad Bin Mohd.
Bayot dan Encik Nasir Bin Md. Noh lagi, kaedah pemberian LPS ini juga tidak
sesuai kerana tanah telah diserahkan kepada BPR. Kaedah ini adalah sama dengan
pemberian hakmilik kerana kelulusan pemberian LPS adalah daripada JHB.
Kesemua pegawai kerajaan yang ditemubual tidak bersetuju dengan
penggunaan kaedah ini dalam kawasan kajian kerana tanah telah dikurniakan kepada
BPR.
56
4.4.3.3 Kesesuaian Pemindahkan Penduduk Setinggan Di Kawasan Kajian Ke
Perumahan Awam Kos Rendah / Program Perumahan Rakyat
Dalam temubual bersama Encik Mohamad Anizam Bin Jamain, Haji
Mohamad Bin Mohd. Bayot dan Encik Nasir Bin Md. Noh, penulis telah meminta
pendapat mereka tentang kesesuaian menggunakan kaedah memindahkan penduduk
setinggan dalam kawasan kajian ke satu kawasan penempatan yang baru. Dalam hal
ini, penulis menyatakan bahawa setinggan akan ditempatkan di perumahan awam kos
rendah atau PPR. Mereka bertiga bersetuju kaedah ini digunakan untuk tindakan
muktamad. Namun menurut Encik Nasir pula, beliau mencadangkan supaya jika
dipindahkan ke taman perumahan dan PPR, kawasan baru tersebut perlu berhampiran
dengan penempatan asal. Pada pendapat beliau lagi, kaedah ini sesuai tetapi perlu
juga melihat pada kesan sosial dan ekonomi kepada kerajaan dan masyarakat
setinggan.
Manakala Haji Mohamad Bin Mohd. Bayot menambah bahawa sebelum
perpindahan semua maklumat penghuni perlu diambil data mereka. Kepada
penduduk yang telah memilikki rumah, mereka adalah terkecuali. Data-data ini perlu
dimasukkan dalam data khas setinggan agar tiada pertindihan berlaku.
Kesemua pegawai kerajaan bersetuju dengan pemindahkan penduduk
setinggan dikawasan kajian ke perumahan awam kos rendah/Program Perumahan
Rakyat kerana kaedah ini didapati dapat menyelesaikan masalah penempatan
setinggan di kawasan kajian sepenuhnya.
4.4.3.4 Kesesuaian Pemindahan Penduduk Setinggan Di Kawasan Kajian Ke
Penempatan Baru
Perpindahan penduduk setinggan di kawasan kajian ke satu penempatan yang
baru yang disediakan oleh kerajaan kurang di perstujui oleh Encik Nasir Bin Md.
Noh dan Haji Mohamad Bin Mohd. Bayot, tetapi di persetujui oleh Encik Mohamad
Anizam. Alasan dan penerangan mereka dinyatakan dalam Jadual 4.5.
57
Jadual 4.5 : Pandangan Pegawai Kerajaan Terhadap Perpindahan Ke Penempatan
Baru
Nama Pegawai Kerajaan Ulasan
Encik Mohamad Anizam Bin Jamain
Bersetuju. Alasan beliau ialah kaedah ini dapat menyelesaikan masalah setinggan 100%. Program setinggan sifar akan tercapai.
Haji Muhammad Bin Mohd. Bayot
Kurang bersetuju jika kawasan penempatan baru terletak di kawasan yang jauh dari penempatan asal. Seperkara lagi kerajaan terpaksa menyediakan penempatan baru dengan segala infrastruktur bagi keselesaan kepada setinggan. Ini akan meningkatkan kos perbelanjaan kerajaan.
Encik Nasir Bin Md. Noh Kurang bersetuju. Beliau menyokong pendapat yang dinyatakan oleh Haji Muhamad Bin Mohd. Bayot. Beliau menambah jika dibuka penempatan yang baru, kerajaan perlulah menyediakan sekali rumah kediaman dimilikki bagi penduduk setinggan supaya kawasan baru ini terus membangun dan tidak menjadi projek ’gajah putih’ jika segala infrastrukturnya tidak di ambil berat. Jika dibiarkan penduduk setinggan yang membina rumah, sudah pasti kawasan penempatan baru akan lambat membangun.
Sumber: Kajian Penulis, 2007
Setelah diteliti pandangan dari mereka, penulis mendapati bahawa Encik
Mohamad Anizam bersetuju dengan kaedah tindakan tersebut kerana dapat
menyelesaikan 100% masalah setinggan tanpa mengulas faktor lain yang berkaitan
seperti faktor jarak, ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. Manakala Haji
Muhammad Bin Mohd. Bayot pula kurang setuju jika penempatan baru jauh dari
penempatan asal. Beliau dan Encik Nasir mempunyai pendapat yang sama
berdasarkan dari pengalaman kerja mereka. Mereka mengulas berdasarkan kerjaya
mereka yang hampir 25 tahun berkhidmat dibawah pentadbiran tanah negeri Johor.
Keputusan yang diperolehi dari temubual bersemuka yang dilakukan
mendapati 2 orang pegawai kerajaan kurang bersetuju menggunakan kaedah ini
manakala seorang pegawai bersetuju. Secara puratanya pegawai kerajaan kurang
bersetuju kaedah ini diaplikasikan dalam kawasan kajian kerana melibatkan pelbagai
kos dan faktor seperti faktor sosial, politik dan ekonomi. Faktor-faktor ini akan
membebankan penduduk setinggan tersebut.
58
4.4.3.5 Kesesuaian Tindakan Penguatkuasaan Di Bawah Undang-Undang
Tanah KTN
Mengenakan tindakan undang-undang kepada masyarakat setinggan
merupakan satu tindakan yang sepatutnya kerana mereka telah melakukan kesalahan
di bawah seksyen 425 (1) KTN, 1965. Namun, tindakan ini akan memberikan
pelbagai implikasi seperti ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.
Penulis telah mendapatkan ulasan daripada pegawai kerajaan dalam kontek
ini. Ulasan mereka telah dinyatakan dalam Jadual 4.6. Pandangan dari pegawai
kerajaan telah memberikan keputusan dimana kesemua pegawai kerajaan bersetuju
dengan tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen 425 KTN, 1965. Kaedah ini
dilihat sebagai mudah dari segi teorinya namun untuk mempraktikkan memerlukan
kekuatan fizikal dan mental di samping kekuatan anggota keselamatan yang besar
semasa tindakan penguatkuasaan dijalankan.
59
Jadual 4.6 : Ulasan Pegawai Kerajaan terhadap kesesuaian Tindakan
Penguatkuasaan di Bawah Undang-Undang Tanah KTN
Nama Pegawai Kerajaan Ulasan
Encik Mohamad Anizam Bin Jamain
Bersetuju. Tindakan kuatkuasa wajib dilakukan kerana penduduk setinggan tiada tempat untuk diberikan keutamaan di kawasan kajian kerana keseluruhan kawasan telah di kurniakan kepada BPR. Kawasan sekeliling juga merupakan tanah kerajaan persekutuan. Walau bagaimanapun penduduk setinggan di masa untuk mencari kediaman baru. Kerajaan juga boleh membantu mereka menempatkan setinggan warganegara ke perumahan awam kos rendah/PPR.
Haji Muhammad Bin Mohd. Bayot
Bersetuju tindakan ini di ambil kerana sememangnya tindakan penguatkuasa adalah yang utama bagi penduduk setinggan. Kerajaan sepatutnya bertindak tegas dalam menegakkan undang-undang tanah supaya masyarakat berasa gentar untuk menceroboh tanah kerajaan. Namun senerio di Malaysia ialah faktor politik yang kuat mempengaruhi kawasan setinggan.
Encik Nasir Bin Md. Noh Bersetuju. Beliau menyokong pendapat yang dinyatakan oleh Haji Muhamad Bin Mohd. Bayot. Beliau menambah sebagai kakitangan awam, tindakan ini dilihat adalah kekuatan kepada pentadbiran tanah dalam menegakkan undang-undang tanah namun kerajaan banyak bertolak ansur kepada pendudukan setinggan. Penduduk perlu diberi masa dan diadakan perundingan supaya tindakan penguatkuasa dapat berjalan lancar dan masa yang di ambil tidak terlalu lama.
Sumber: Kajian Penulis, 2007
4.4.3.6 Kesesuaian Permohonan Yang Ditolak
Terdapat beberapa permohonan yang ditolak oleh kerajaan negeri kerana
pelbagai faktor seperti tanah berhakmilik, rizab hutan, rizab sungai, rizab kemudahan
awam dan sebagainya. Penulis telah mengajukan soalan ini kepada pegawai-pegawai
kerajaan. Ulasan yang mereka berikan adalah sebagaimana dalam Jadual 4.7.
60
Jadual 4.7 : Permohonan Yang Ditolak
Nama Pegawai Kerajaan Ulasan
Encik Mohamad Anizam Bin Jamain
Tidak Setuju. Beliau tidak bersetuju sesuatu permohonan itu ditolak jika tanah berhakmilik, rizab hutan dan rizab yang lainnya. Terdapat kaedah lain juga boleh digunakan dengan syarat disesuaikan dengan keadaan tempat.
Haji Muhammad Bin Mohd. Bayot
Tidak Setuju . Sama pandangan dengan Encik Mohamad Anizam.
Encik Nasir Bin Md. Noh Tidak Setuju Sama pandangan dengan Encik Mohamad Anizam.
Sumber: Kajian Penulis, 2007
Data menunjukkan bahawa semua pegawai kerajaan yang ditemubual tidak
bersetuju dengan penolakkan permohonan. Jika diaplikasikan ke dalam kawasan
kajian mereka menganggap kawasan setinggan tersebut akan terus mendatangkan
masalah kepada kerajaan.
4.4.3.7 Kesesuaian Kawasan Setinggan Tidak Di Perakukan
Kerajaan negeri Johor juga telah menggunakan kaedah tidak memperakukan
kawasan setinggan yang telah dicadangkan. Kawasan setinggan tidak boleh
diperakukan kerana tanah yang mereka ceroboh adalah tanah berhakmilik. Penulis
telah meminta ulasan dari pegawai-pegawai kerajaan dan ringkasan mereka adalah
sebagaimana Jadual 4.8.
61
Jadual 4.8 : Kesesuaian Tidak Memperakukan Kawasan Setinggan
Nama Pegawai Kerajaan Ulasan
Encik Mohamad Anizam Bin Jamain
Tidak Setuju. Beliau tidak bersetuju sesuatu permohonan itu ditolak jika tanah berhakmilik. Terdapat kaedah lain juga boleh digunakan dengan syarat disesuaikan dengan keadaan tempat. Kawasan kajian juga seperti setinggan yang lain.
Haji Muhammad Bin Mohd. Bayot
Tidak Setuju . Sama pandangan dengan Encik Mohamad Anizam.
Encik Nasir Bin Md. Noh Tidak Setuju Sama pandangan dengan Encik Mohamad Anizam.
Sumber: Kajian Penulis, 2007
Berdasarkan dari Jadual 4.8 di atas mendapati bahawa ketiga-tiga pegawai
kerajaan tidak setuju jika kaedah ini diaplikasikan ke dalam kawasan kajian. Menurut
mereka lagi, terdapat kaedah lain yang lebih baik boleh membantu dalam
menyelesaikan masalah setinggan. Keputusan yang diterima ialah kesemua mereka
tidak bersetuju jika kaedah ini digunakan.
4.4.4 Ringkasan Kepada Keputusan Yang Telah Dibuat
Ringkasan hasil analisis kualitatif ini dilakukan untuk melihat keputusan yang
telah diberikan oleh ketiga-tiga pegawai kerajaan diatas pandangan dan ulasan
mereka semasa sesi temubual bersemuka dijalankan. Ringkasan ini di nyatakan
dalam Jadual 4.9
62
Jadual 4.9 : Ringkasan Kepada Keputusan Yang Telah Di buat
Kaedah Keputusan
a). Pemberimilikan Hakmilik Tanah Kepada Setinggan Tidak Bersetuju
b). Pemberian LPS Kepada Setinggan Tidak Bersetuju
c). Memindahkan Setinggan Ke Perumahan Kos
Rendah/ PPR
Bersetuju
d). Memindahkan Setinggan Ke Penempatan Semula
Yang Baru
Dua orang bersetuju dan
Seorang tidak bersetuju
e). Tindakan Penguatkuasaan Undang – Undang Bersetuju
f). Permohonan Yang Di Tolak Tidak Bersetuju
g). Permohonan Yang Tidak Di Perakukan Tidak Bersetuju
Sumber : Kajian Penulis, 2007
Berdasarkan dari Jadual 4.9 diatas, didapati terdapat 3 kaedah yang
dipersetujui oleh pegawai kerajaan dimana keputusan paling tinggi ialah tindakan
penguatkuasaan dan memindahkan penduduk setinggan ke kawasan perumahan
awam kos rendah / PPR. Ini bermakna apabila tindakan ini diaplikasikan ke kawasan
kajian, ianya dapat menyelesaikan masalah penempatan semula setinggan. Walau
bagaimanapun keputusan ini bersandarkan kepada hasil analisis kualitatif sahaja.
Diakhir analisis kajian ini terdapat penemuan yang akan dapat menyimpulkan kedua-
dua keputusan iaitu hasil analisis kualitatif dan hasil analisis kuantitatif bagi
menyokong keputusan di atas.
4.5 Hasil Analisis Kuantitatif
Analisis kauntitatif merupakan analisis bagi data-data yang diperolehi
menerusi keputusan kerajaan dalam memberikan kelulusan kepada 37 buah kawasan
setinggan di daerah Johor Bahru. Hasil daripada analisis ini akan menerangkan lebih
terperinci setiap data yang dikumpulkan. Ia digunakan untuk mencapai objektif
pertama kajian bagi menyokong hasil analisis kualitatif yang telah dihasilkan
63
sebelum ini. Data-data yang dikumpulkan adalah seperti yang ditunjukkan Lampiran
F dan Lampiran G.
4.5.1 Analisis Latar Belakang Keluasan Kawasan Setinggan Di Daerah Johor
Bahru
Kawasan pendudukan setinggan di kawasan daerah Johor Bahru sebahagian
besarnya adalah merupakan kawasan yang dibangunkan untuk tujuan kediaman.
Ianya telah wujud sejak beberapa dekad yang lalu bermula dari tahun 1960an lagi.
Namun sehingga kini kawasan setinggan ini masih lagi wujud dan ada yang telah
diberikan pegangan hakmilik samada geran atau pegangan sementara iaitu Lesen
Pendudukan Sementara (LPS).
Kawasan setinggan di daerah Johor Bahru mempunyai keluasan yang besar
merangkumi kawasan kediaman dan pertanian. Menurut data yang di ambil
berdasarkan dari 37 buah kawasan setinggan sebagaimana dalam Lampiran F dan
Lampiran G keluasan yang dinyatakan ialah seluas 1776.58 ekar (718.927 hektar).
Keluasan ini dipecahkan kepada dua kategori iaitu pertamanya ialah keluasan
bagi setinggan tapak kediaman dan keduanya pula ialah setinggan tapak kediaman
dan pertanian. Keluasan bagi setinggan tapak rumah kediaman ialah seluas 1101.58
ekar manakala setinggan bagi tapak kediaman dan pertanian pula ialah 675.00 ekar.
4.5.2 Analisis Status Tanah Setinggan
Tanah setinggan biasanya terdiri daripada tanah kerajaan yang ditinggalkan
kosong di dalam kawasan bandar. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh kecuaian
pihak kerajaan sendiri yang tidak mengambil inisiatif untuk menggunakan tanah
tersebut dengan sebaik mungkin. Keadaan ini juga terjadi di atas sikap ambil mudah
penduduk dan pelbagai faktor seperti kemiskinan, desakan hidup, sosial, situasi dan
64
sebagainya. Penduduk setinggan akan mengambil peluang menceroboh tanah
kerajaan dengan mendiri rumah sementara di tapak tersebut.
Ada juga setinggan yang didirikan atas tanah berhakmilik seperti di Kampung
Plentong Tengah, Kampung Pasir Putih, Kampung Sri Bahagia, Kampung Lembah
Jaya, Skudai dan Kampung Rumah 10, Plentong yang mana tanah tersebut adalah
milik Syarikat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) iaitu anak syarikat
Kerajaan Negeri Johor. Ada juga setinggan yang didirikan atas tanah individu tetapi
dalam keadaan ini, pihak Pejabat Tanah Johor Bahru tidak akan memberikan
kerjasama kepada mereka kerana jelas kesalahan itu terletak pada tuantanah sendiri
kerana kecuaian mereka.
Sebagai contoh, tanah bersebelahan bangunan terbengkalai Kemayan City di
Jalan Skudai yang merupakan tanah persendirian kepunyaan warganegara Singapura.
Di atas tanah telah dipenuhi dengan penduduk setinggan. Tuan tanah telah memohon
kerjasama Pejabat Tanah Johor Bahru untuk mengusir keluar setinggan tersebut
tetapi kes ini adalah di luar bidang kuasa Pejabat Tanah Johor Bahru sendiri. Pejabat
tanah hanya bertanggungjawab kepada tanah-tanah kerajaan sahaja.
Berdasarkan dari data kajian yang diperolehi, sebahagian besar setinggan
mendudukki tanah kerajaan kerana risiko yang mereka hadapi tidak berapa besar
berbanding tanah bertuan. Dalam kes-kes tertentu, pihak kerajaan akan memberi
pampasan atau balasan kepada mereka sekiranya mereka berpindah tempat. Tetapi
pampasan ini biasanya diberikan oleh pemaju yang akan memajukan kawasan
tersebut. Ini berlainan sekali jika mereka menceroboh tanah persendirian. Kebajikan
mereka tidak akan dijaga. Tetapi sekiranya masalah mereka telah menjadi satu isu
dan tanggungjawab pihak berkuasa, kebajikan mereka juga tidak akan diabaikan.
Salah satu contoh dalam data yang diambil ialah Kampung Plentong Tengah,
walaupun mereka mendudukki tanah berhakmilik, kerajaan telah mengambil
keputusan menempatkan mereka di Kampung Bukit Dagang sebagai penempatan
baru. Tetapi, persoalannya, mengapa kerajaan tidak menggunakan pendekatan yang
sama kepada pendudukan setinggan di kawasan yang lain?
65
4.5.3 Analisis Tahun / Tarikh Kawasan Setinggan Diceroboh
Sejarah mendapati pendudukan setinggan di Malaysia telah berlaku lebih
kurang 80 tahun yang lalu, yakni semasa penjajahan Inggeris di Tanah Melayu
(Abdul Aziz, 2004). Pandangan orang Inggeris terhadap setinggan pada masa itu
adalah satu pandangan yang biasa bagi mereka kerana setinggan dapat memberikan
peningkatan ekonomi di bandar dan kerajaan tidak perlu bersusah payah
menyediakan penempatan lain kepada mereka.
Kajian mendapati penduduk setinggan di daerah Johor Bahru yang menetap
di tanah kerajaan atau tanah bertuan telah lama wujud sejak dahulu lagi. Ada tapak
setinggan yang didudukki telah menjangkau lebih 30 hingga 40 tahun seperti
Kampung Pertanian Sentosa 2, Kampung Desa Makmur dan lain-lain. Mereka telah
mendudukki tanah setinggan lebih dari masa mereka memohon.
Mengikut data yang diperolehi, contoh Kampung Desa Makmur, nombor fail
mereka ialah (K) 0004/81. Ini menunjukkan mereka memohon tanah tersebut pada
tahun 1981, tetapi tarikh mereka memasukki tanah tersebut mungkin lebih awal dari
tahun memohon. Di Kampung Sentosa 2 pula misalnya, semasa bancian dijalankan
didapati ada penduduk yang memohon merupakan dari golongan generasi kedua.
Maksud generasi kedua ialah pemohon adalah anak-anak mereka. Ini bermakna
ibubapa mereka telah meneroka lebih awal dari tahun 1981. Kemungkinan mereka
telah meneroka tapak tersebut lebih awal dari jangkaan pihak berkuasa.
4.5.4 Analisis Kepada Keputusan Kerajaan Yang Telah Diambil
Analisis ini adalah berdasarkan kepada keputusan Kerajaan Negeri Johor
yang telah diambil. Analisis akan dilakukan bagi menyokong hasil analisis kualitatif
yang telah dibuat sebelum ini. Analisis ini akan digunakan untuk memilih satu
kaedah yang paling sesuai diaplikasikan dalam kawasan kajian. Oleh yang demikian
sebelum sesuatu keputusan dibuat, beberapa analisis telah dibuat seperti tajuk-tajuk
di bawah. Di akhir analisis akan dinyatakan keputusan yang akan diambil.
66
4.5.4.1 Analisis Pemberimilikan Hakmilik Tanah Kepada Penduduk Setinggan
Kurniaan terus kepada setinggan bermaksud tanah setinggan yang sedia ada
yang diduduki oleh setinggan sekarang dikurniakan terus kepada setinggan tersebut
setelah kerajaan atau Jawatankuasa Hasil Bumi membuat keputusan bahawa tanah
yang diceroboh oleh mereka tidak lagi digunakan oleh kerajaan untuk tujuan
pembangunan semula di masa hadapan. Dengan mengurniakan tanah itu kepada
setinggan maka tanah tersebut bukan lagi tanah kerajaan sebagaimana dalam
Seksyen 76 Kanun Tanah Negara,1965.
Terdapat lapan buah kawasan setinggan yang telah diberikan hakmilik kekal
dalam keputusan kerajaan. Status asal bagi semua tanah tersebut adalah tanah
kerajaan. Hanya satu yang dicadangkan untuk dijadikan tapak padang ragut pada
asalnya tetapi telah dibatalkan. Terdapat tiga kawasan pilihanraya yang terlibat iaitu
Tebrau melibatkan 3 kawasan atau 38%, Pulai melibatkan 4 kawasan atau 50%
manakala Gelang Patah atau 12% melibatkan satu kawasan. Peratusan kerajaan
menggunakan kaedah ini adalah sebanyak 22% dari keseluruhan kawasan.
Dari lapan kawasan setinggan hanya dua sahaja kampung yang diberikan
status pertanian iaitu Kampung Sentosa 2 yang terletak di mukim Tebrau, lebih
kurang 45 km dari Bandar Johor Bahru dan Kampung Paya Redan yang jaraknya dari
Bandar Johor Bahru ialah 50 km. Manakala lima lagi kawasan lain iaitu Kampung
Seri Serdang, Kampung Seri Jaya Baru, Kampung Seri Serdang Baru dan Kampung
Pasir Brunai merupakan kampung yang berada dilingkaran 5 km dari Bandar Johor
Bahru.
Berdasarkan data-data terkumpul, Jadual 4.10 menerangkan ringkasan data-
data tersebut .
67
Jadual 4.10 : Senarai Kampung Setinggan Yang Diberi Pemilikan Tanah
Sumber : Buku Lapuran Bahagian Kuatkuasa, PTJB 2004
Manakala sebuah lagi kawasan ialah Kampung Melayu Gelang Patah berada
lebih kurang 35km dari bandar Johor Bahru juga mempunyai nilaian harta tanah
yang tinggi kerana berhampiran dengan kawasan pembangunan Bandar Nusa Jaya
dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Bil Lokasi Mukim Kawasan Pilihanraya
Keluasan Status Tanah Bilangan
Plot Kenyataan Keputusan Kerajaan
1 Kampung Sentosa 2
Sungai Tiram Tebrau 70.0 Ekar Tanah Kerajaan
32 Plot 1 Tapak Surau
Telah diceroboh sejak 1980an.
Diperakukan untuk hakmilik pada 30.8.2002 dan telah diluluskan oleh kerajaan.
2. Kampung Sri Aman, Seelong
Tebrau Tebrau 5.0 Ekar Tanah Kerajaan – cadangan rizab padang ragut
65 plot Telah diduduki sejak 1980 sebagai Tapak Rumah.
Diperakukan kepada PTG dan telah DILULUSKAN dengan kurniaan
3. Kampung Seri Serdang (Besebelahan Kampung Pasir, Tampoi)
Pulai Pulai 7.0 Ekar Tanah Kerajaan
79 plot Telah diduduki sejak 1983 dengan rumah kediaman
Diperakukan ke PTG pada 2002 dan telah DILULUSKAN oleh kerajaan dengan Hakmilik.
4. Kampung Seri Jaya Baru (Besebelahan Kampung Pasir, Tampoi)
Pulai Pulai 10.0 Ekar Tanah kerajaan
126 plot (118
pemohon)
Telah diduduki sejak 1983 dengan rumah kediaman
Diperakukan ke PTG pada 18.3.2002 dan telah DILULUSKAN oleh kerajaan dengan Hakmilik.
5. Kampung Seri Serdang Baru (Belakang Kilang TCM, Tampoi)
Pulai Pulai 5.73 Ekar Tanah Kerajaan
105 plot (96
Pemohon)
Telah diduduki sejak 1983 dengan rumah kediaman
Diperakukan ke PTG pada 18.3.2002 dan telah DILULUSKAN oleh kerajaan dengan Hakmilik.
6. Kampung Pasir Brunai (Bersebelahan Kampung Pasir, Tampoi)
Pulai Pulai 17.456 Ekar Tanah Kerajaan
163 plot Telah diduduki sejak 1970 dengan rumah kediaman
Diperakukan ke PTG pada 26.12.2000 dan telah DILULUSKAN oleh kerajaan dengan Hakmilik.
7. Kampung Melayu Gelang Patah (1 Km dari Jalan Gelang Patah Ke Ulu Choh)
Jelutong Gelang Patah 49.50 Ekar Tanah Kerajaan
245 plot (199
Pemohon)
Telah diduduki sejak 1957 dengan rumah.
Diperakukan ke PTG pada 7.11.2002 untuk sambungan Lis. Permohonan pada waris – 26.12.2002, manakala permohonan biasa pada 18.2.2003. Permohonan ini DILULUSKAN oleh kerajaan dengan hakmilik.
8. Kampung Paya, Sungai Redan (Bersempadan dengan Ladang Nam Heng)
Sungai Tiram Tebrau 16 Ekar Tanah kerajaan
15 plot Telah diceroboh sejak tahun 1980.
Diperakukan ke PTG pada 2003 dan telah DILULUSKAN dengan kurniaan.
Jumlah
8 8
180.686 Ekar
(73.120 Ha) 831 Plot
(752 P)
68
Keluasan yang telah dikurniakan kepada penduduk setinggan ialah seluas
164.686 ekar (66.645 ha) yang melibatkan 816 plot, membabitkan 752 keluarga.
Kebanyakan kawasan ini telah di ceroboh bermula dari tahun 1957 yang telah
menjangkau selama 50 tahun dan yang paling cepat adalah pada tahun 1980 iaitu
pada 27 tahun yang lepas. Ini bermakna kerajaan telah mengambil masa yang begitu
lama iaitu lebih kurang 45 tahun untuk menyelesaikan masalah setinggan. Walau
bagaimanapun, berdasarkan dari nombor fail permohonan iaitu (K)0007/82,
PTG.2/1/1/7/(2)007/82/71/2002, PTG. 2/1/1/7(2)/0007/82/82/2002, pada
keseluruhannya, kerajaan telah mengambil masa selama 25 tahun untuk
mengurniakan tanah ini kepada setinggan.
4.5.4.2 Analisis Pemberian Lesen Pendudukan Sentara (LPS) Kepada
Penduduk Setinggan
Pemberian LPS kepada penduduk setinggan pula bermaksud tanah kerajaan
yang diduduki oleh mereka sekarang diberikan LPS. Ini kerana Jawatankuasa Hasil
Bumi berpendapat bahawa tanah tersebut masih digunakan oleh kerajaan pada masa
hadapan. Oleh yang demikian, kerajaan tidak boleh mengurniakan tanah tersebut
kepada mereka. Terdapat juga kawasan setinggan yang berikan LPS atas rizab
malaria contohnya Kampung Denai 1, Kampung Lembah Denai, Kampung Lembah
Bistari dan Kampung Lembah Murni.Kajian mendapati bahawa pemberian LPS
kepada penduduk setinggan berdasarkan dari kesesuaian tempat.
Walau bagaimanapun, dari segi undang-undang tanah dibawah seksyen 76
KTN, tanah itu sebenarnya telah dilupuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan
bukan lagi menjadi tanah kerajaan negeri. Senarai kampung-kampung yang diberikan
keputusan sedemikian adalah sebagaimana Jadual 4. 11.
69
Jadual 4.11 : Senarai Kampung-Kampung Setinggan Yang di Berikan LPS
Sumber : Buku Lapuran Bahagian Kuatkuasa, PTJB 2004
Berdasarkan Jadual 4.11 ini terdapat sebelas (11) buah kampung yang
diberikan status LPS. Pendekatan ini sebenarnya hampir sama dengan pendekatan
kawasan setinggan yang diberikan status kurniaan kekal. Perbezaannya adalah
kurniaan diberikan hakmilik tanah manakala LPS hanya diberikan lesen menduduki
yang perlu di perbaharui setiap 31 Disember setiap tahun. Tiada apa-apa pegangan
terhadap LPS.
Bil Lokasi Mukim Kawasan Pilihanraya
Keluasan Status Tanah Bilangan
Plot Kenyataan Keputusan Kerajaan
1 Kampung Tawakkal (Bekas Padang Ragut)
Tebrau Tebrau 69.55 Ek. Tanah Kerajaan 55 Pemohon 1 Tapak Surau
Telah diduduki sejak 1982 dengan rumah kediaman dan dusun
Diperakukan ke PTG pada 25.3.2002 dan telah diluluskan oleh kerajaan untuk LPS.
2. Kampung Pasir Tebrau, Kangkar Tebrau
Tebrau Terbau 8.0 Ekar Tanah Kerajaan 35 plot Telah diduduki sejak 1980 sebagai Tapak Rumah.
Diperakukan pada PTG pada 18.1.2000 dan DILULUSKAN dengan LPS.
3. Kampung Ulu Pandan, Pandan
Tebrau Tebrau 5.0 Ekar Tanah Kerajaan 39 plot Telah diduduki sejak 1980 sebagai Tapak Rumah.
Diperakukan pada PTG pada 18.1.2000 dan DILULUSKAN dengan LPS.
4. Kampung Sentosa, Plentong
Plentong
Terbau 156 Ekar Tanah Kerajaan 979 plot Telah diduduki sejak 1980 sebagai Tapak Rumah.
Akan diperakukan pada PTG untuk kelulusan LPS
5. Kampung Lembah Denai 15 (Kencana B)
Tebrau Terbau 3.0 Ekar Tanah Kerajaan (Rizab anti malaria tidak warta).
21 plot termasuk
surau
Telah diduduki sejak 1970 sebagai Tapak Rumah.
Diperakukan ke PTG dan DILULUSKAN dengan LPS bgm. MMK. RM bil: 514/89 bth 19.7.1989.
6. Kampung Denai 1 (Sebelah kiri Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Masjid Al-Mizan, Kempas)
Tebrau Pulai 2.0 Ekar Tanah Kerajaan (Rizab anti malaria tidak warta).
11 plot termasuk
surau
Telah diduduki sejak 1970 sebagai Tapak Rumah.
Diperakukan ke PTG dan DILULUSKAN dengan LPS bgm. MMK. RM bil: 514/89 bth 19.7.1989.
7. Kampung Lembah Bestari (1.5 Km Dari persimpangan Lebuhraya Pasir Gudang - Kempas)
Tebrau Pulai 5.0 Ekar Tanah Kerajaan (Rizab anti malaria tidak warta).
39 plot termasuk
surau
Telah diduduki sejak 1970 sebagai Tapak Rumah.
Diperakukan ke PTG dan DILULUSKAN dengan LPS bgm. MMK. RM bil: 514/89 bth 19.7.1989.
8. Kampung Lembah Murni (1.5 Km Dari persimpangan Lebuhraya Pasir Gudang - Kempas)
Tebrau Pulai 5.0 Ekar Tanah Kerajaan (Rizab anti malaria tidak warta).
27 plot termasuk
surau
Telah diduduki sejak 1970 sebagai Tapak Rumah.
Diperakukan ke PTG dan DILULUSKAN dengan LPS bgm. MMK. RM bil: 514/89 bth 19.7.1989.
9. Kampung Paya Kenangan
Tebrau Tebrau 6.0 Ekar Tanah Kerajaan 26 Pemohon
Telah diduduki sejak 1989 dengan rumah kediaman
Diperakukan kepada kerajaan pada 11.11.2002 dan telah diluluskan untuk LPS.
10. Kampung Pengkalan Rinting (Bersebelahan Kampung Pasir, Tampoi)
Pulai Pulai 5.730 Ekar Tanah Kerajaan 105 plot (96
pemohon)
Telah diduduki sejak 1983 dengan rumah kediaman
Diperakukan ke PTG pada 18.3.2002 dan telah DILULUSKAN oleh kerajaan dengan LPS.
11. Kampung Bunga Ros
Tebrau Tebrau 3.0196 Ek. Tanah kerajaan 45 plot (41
Pemohon)
Telah diduduki sejak 1979 dengan rumah kediaman
Diperakukan ke PTG pada 2003 dan telah diluluskan oleh kerajaan dengan LPS
Jumlah
11 11 268.300 Ekar
(08.575 Ha) 1383 Plot
(1365 P)
70
Berdasarkan data, purata tahun tanah kerajaan diceroboh ialah dari tahun
1970 hingga 1983, di mana mereka telah mendudukki tanah tersebut antara 24 tahun
hingga 37 tahun. Bilangan plot yang terlibat pula adalah sebanyak 1383 plot
termasuk kemudahan awam seperti surau, padang permainan, balairaya dan
sebagainya. Plot yang di mohon adalah sebanyak 1365 plot. Dari segi status tanah
pula, tujuh buah kawasan setinggan adalah rizab kerajaan manakala 4 buah kawasan
lagi merupakan rizab Parit Anti Malaria yang tidak diwartakan.
Tujuh kawasan setinggan adalah terletak di kawasan pilihanraya Tebrau
mewakili 64% manakala 4 buah kawasan berada didalam kawasan pilihanraya Pulai
mewakili 36%. Peratusan kaedah ini digunakan dalam keputusan kerajaan negeri
Johor ialah 30% dari keseluruhan keputusan kawasan yang diluluskan.
Dari data terkumpul didapati, sebanyak 8 kampung yang berada dalam
lingkungan 5 km dari Bandar Johor Bahru iaitu Kampung Bunga Ros, Kampung Ulu
Pandan, Kampung Lembah Denai 15, Kampung Denai 1 dan Kampung Lembah
Murni.
Keluasan tanah yang diberikan LPS ialah seluas 268.3 ekar (108.575 ha) yang
melibatkan kediaman dan dusun. Dari data terkumpul juga didapati sebahagian besar
LPS diberikan untuk tujuan kediaman. Hanya sebuah kampung sahaja iaitu Kampung
Tawakkal yang diberikan LPS atas syarat dusun. Berdasarkan kaedah digunakan,
kerajaan telah menyewakan tanah ini kepada lebih 1365 buah keluarga setinggan di
seluruh daerah Johor Bahru.
4.5.4.3 Analisis Perpindahan Penduduk Setinggan Ke Perumahan Awam Kos
Rendah / PPR
Penempatan semula setinggan ke perumahan awam kos rendah di taman-
taman perumahan atau rumah PPR bermaksud menempatkan semula setinggan di
rumah kos rendah dalam taman-taman perumahan yang berhampiran kawasan
setinggan. Manakala Program Perumahan Rakyat atau PPR pula adalah program
perumahan rakyat yang dibina untuk golongan berpendapatan rendah dan setinggan..
71
Projek ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan untuk menempatkan
penduduk miskin dan setinggan di sekitar bandar Johor Bahru. Kerajaan Persekutuan
akan menyediakan peruntukkan manakala bagi kerajaan negeri pula akan
menyediakan tapak untuk pembinaan kediaman tersebut.
Kajian pengamatan di sekitar daerah Johor Bahru dan maklumat dari
mesyuarat Bahagian Petempatan menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan telah
membina 2 buah projek perumahan PPR disewa.di daerah Johor Bahru iaitu di
Kangkar Tebrau dan Kempas Denai. Di Kempas Denai terdapat lebih kurang 2,200
buah rumah kediaman yang sedang dibina. Projek ini dikhaskan kepada penduduk
berpendapatan rendah dan konsep yang dipersetujui oleh kerajaan ialah penduduk
perlu membayar kadar sewa yang ditetapkan. Kediaman ini bukan untuk dijual, yakni
penduduk hanya menyewa sahaja kediaman tersebut.
Jadual 4.12 adalah senarai kampung-kampung setinggan yang dicadangkan
dipindahkan ke Perumahan Awam Kos Rendah / PPR.
Jadual 4.12 : Senarai Kampung-Kampung Setinggan Yang DiCadangkan Di
Pindahkan Ke Perumahan Awam Kos Rendah/PPR.
Sumber : Buku Lapuran Bahagian Kuatkuasa, PTJB 2004
Bil Lokasi Mukim Kawasan Pilihanraya
Keluasan
Status Tanah
Bilangan Plot Kenyataan Keputusan
Kerajaan 1 Kampung Laut
Batu 10 (Belakang Skudai Parade)
Pulai Pulai 57.0 Ekar Tanah Kerajaan (Bekas rizab Jalan Skudai lama)
Tiada maklumat
Permohonan
Dijangkakan seramai 250 plot
Telah diduduki sejak tahun 1970 dengan rumah kediaman.
Telah dibawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Setinggan. Keputusannya – semua penduduk ditawarkan rumah murah di Taman Impian Emas, Skudai.
2. Kampung Lembah Jaya, Skudai
Tebrau Tebrau 8.0 Ekar Tanah berhakmilik – KPRJ
48 plot Telah diduduki sejak 1980 sebagai Tapak Rumah.
Tidak diperakukan. Dicadangkan dipindahkan ke Taman Impian Emas. Tiada tindakan susulan.
JUMLAH 2 2 65 Ekar 298 plot
72
Terdapat 2 buah kawasan setinggan yang menggunakan kaedah ini.
Kampung-kampung tersebut seperti dalam senarai di Jadual 4.9 iaitu Kampung Laut
Batu 10, Tebrau dan Kampung Lembah Jaya, Skudai. Kedua-dua kampung ini telah
diputuskan supaya penduduk tersebut dipindahkan ke Perumahan Awam Kos Rendah
di taman perumahan berhampiran iaitu Taman Impian Emas. Pihak Setiausaha
Kerajaan Negeri Bahagian Perumahan (SUKJ) telah dimaklumkan mengenai perkara
ini namun penduduk setinggan masih lagi mendudukki kawasan setinggan tersebut
sehingga kini. Mereka telah mendudukki kawasan ini sejak dari tahun 1970 iaitu 37
tahun lepas. Terdapat sebanyak 298 plot yang terlibat dimana ianya membabitkan
kawasan seluas 65 ekar. Status tanah adalah tanah persendirian dan sebahagian
besarnya adalah rizab Sungai Skudai. Bagi kawasan pilihanraya pula ianya
melibatkan zon Pulai dan Tebrau. Peratusan kampung yang menggunakan kaedah ini
ialah sebanyak 5%.
4.5.4.4 Analisis Perpindahan Penduduk Setinggan Ke Penempatan Semula
Setinggan Baru
Memindahkan setinggan ke penempatan semula setinggan baru bermaksud
mengarahkan mereka berpindah kekawasan lain yang telah disediakan oleh kerajaan
negeri. Dalam keadaan ini, Jawatankuasa Hasil Bumi berpendapat bahawa kawasan
setinggan tersebut merupakan tanah berhakmilik. Kerajaan mengambil keputusan
menempatkan mereka kekawasan lain. Senarai keputusan kerajaan adalah
sebagaimana Jadual 4.13.
73
Jadual 4.13 : Senarai Kampung Yang Dipindahkan Ke Penempatan Semula
Setinggan Baru
Sumber : Buku Lapuran Bahagian Kuatkuasa, PTJB 2004
Setelah data dianalisis didapati bahawa terdapat sebuah kawasan penempatan
semula yang disediakan oleh kerajaan untuk penduduk Kampung Plentong Tengah
bagaimana keputusan kerajaan dalam Ringkasan Mesyuarat bilangan RM. Bil: 1689
bertarikh 29.10.1989. Kawasan ini asalnya adalah hutan belukar yang telah
digunakan untuk dikurniakan kepada penduduk setinggan. Jarak dari tapak asal
setinggan ini adalah sejauh lebih kurang 50 km.
Tanah asal Kampung Plentong Tengah telah dikurniakan kepada KPRJ iaitu
sebuah anak syarikat milik Kerajaan Negeri Johor. Sejarahnya tanah kampung ini
diteroka oleh penduduk sejak puluhan tahun lagi sepertimana kampung-kampung
setinggan yang lain. Tetapi pada tahun 1990an, kerajaan telah mengurniakan tanah
ini kepada KPRJ untuk dibangunkan semula. Secara tidak langsungnya, Penduduk
Kampung Plentong Tengah terpaksa dipindahkan ke penempatan baru.
Keluasan tanah penempatan baru adalah seluas 83 ekar (33.58 ha), dimana
dengan keluasa tersebut, ianya dapat menampung keluarga yang berjumlah 885
orang melibatkan 177 keluarga. Kawasan pilihanraya asal mereka ialah plentong
tetapi apabila dipindahkan mereka telah berada dikawasan pilihanraya Sungai Tiram.
Peratusan kerajaan menggunakan kaedah ini adalah sebanyak 3% sahaja.
Bil Lokasi Mukim Kawasan Pilihanraya
Keluasan
Status Tanah
Bilangan Plot Kenyataan Keputusan
Kerajaan 1
Kampung Bukit Dagang
Sungai Tiram
Tebrau
83 ekar
Tanah
Kerajaan
177
Pemohon
Tapak cadangan perpindahan penduduk Kampung Plentong Tengah bgm. RM bil. 1689 bth 29.10.1989.
Diperakukan ke PTG pada 2003 dan telah DILULUSKAN untuk Hakmilik.
Jumlah
1 1 83 1 177
74
4.5.4.5 Analisis Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Penduduk Setinggan
Penguatkuasaan undang-undang bermaksud mengambil tindakan undang-
undang keatas penceroboh melalui seksyen 425 KTN, 1965. Penceroboh diarahkan
supaya meninggalkan kawasan yang diceroboh dalam masa yang ditetapkan oleh
Pejabat Tanah Daerah. Sekiranya mereka enggan berpindah, pihak berkuasa akan
melakukan tindakan penguatkuasaan memaksa mereka keluar dari kawasan
berkenaan.
Berdasarkan dari data terkumpul didapati, kerajaan melalui Jawatankuasa
Hasil Bumi telah membuat keputusan bahawa sebanyak 5 buah kawasan setinggan
akan diambil tindakan undang-undang berdasarkan beberapa faktor. Antara faktor
yang ketara ialah penceroboh tanah kerajaan ini terdiri daripada warga asing. Senarai
kampung-kampung setinggan yang akan diambil tindakan undang-undang adalah
seperti Jadual 4.14:
Kawasan ini mula diceroboh sekitar tahun 1970 iaitu lebih kurang 37 tahun
yang lalu. Dengan bilangan plot sebanyak 420 buah kediaman melibatkan lebih
kurang 2500 orang penduduk, terdapat kawasan yang dihuni oleh 90% warga asing.
Status tanah adalah tanah kerajaan di bawah rizab sungai. Disamping memberi
pandangan yang kurang menarik di tebing sungai, kehadiran setinggan ini juga
memberi satu imej yang tidak baik dan menjejaskan projek kerajaan yang dirancang.
Hanya satu sahaja penempatan setinggan yang bukan terletak dalam rizab
sungai iaitu Kampung Pertanian Masai di mana sebahagian besar penghuninya
adalah warga Indonesia. Kajian yang dijalankan pada tahun 2003 mendapati
penduduknya adalah warga Indonesia. Keadaan ini wajar dibendung kerana jika
dibiarkan ianya akan berleluasa dan mungkin akan menambahkan lagi bebanan
kerajaan.
Menurut data terkumpul keseluruhan, kawasan penempatan ini berkeluasan
64.5 ekar (26.101 ha). Kesemua kawasan setinggan terletak dalam zon pilihanraya
Tebrau. Peratusan kerajaan menggunakan kaedah ini ialah 14% dari keseluruhan
kawasan.
75
Jadual 4.14 : Senarai Kampung Setinggan Yang Akan Diambil Tindakan Kuatkuasa
Sumber : Buku Lapuran Bahagian Kuatkuasa, PTJB 2004
4.5.4.6 Analisis Permohonan Yang Tidak Perakuan
Permohonan tanah yang tidak diperakukan bermaksud permohonan tanah
setinggan telah dibawa kepada pengetahuan Jawatankuasa Hasil Bumi yang
dipengerusikan oleh Dato’ Menteri Besar Johor, tetapi tidak boleh diperakukan
kerana tanah yang dicerobohi oleh mereka adalah tanah berhakmilik. Mana-mana
tanah berhakmilik biasanya pihak kerajaan tidak akan memantau kawasan tersebut
agar tidak diceroboh. Pihak kerajaan akan memberi bantuan sekiranya diminta oleh
tuantanah. Oleh yang demikian, mereka perlu mengambil tindakan sendiri dengan
keluar dari tanah tersebut dan berpindah kekawasan lain. Jadual 4.15 meringkaskan
kawasan terlibat:
Bil Lokasi Mukim Kawasan Pilihanraya
Keluasan
Status Tanah
Bilangan Plot Kenyataan Keputusan
Kerajaan
1.
Kampung Pertanian, Masai (Bersebelahan Kubur Cina, Masai)
Plentong Tebrau 4.5 Ekar Tanah Kerajaan 45 plot
Telah diduduki sejak 1990. 90% pendatang asing.
Tiada diperakukan. Untuk diambil tindakan undang – undang dibawah Sek.425 KTN.
2.
Kampung Banjar Batu 16 (Setinggan Sepanjang Rizab Sungai Tiram)
Plentong Tebrau 15 Ekar
Tanah Kerajaan (Rizab Sungai)
120 plot Telah diceroboh sejak 1980. 80 % pendatang asing.
Tiada diperakukan. Untuk diambil tindakan undang – undang dibawah Sek.425 KTN.
3.
Kampung Tenang Batu 15 hingga 15.5 Jalan Sungai Tiram (Setinggan Sepanjang Rizab Sungai Tiram)
Plentong Tebrau 20 Ekar
Tanah Kerajaan (Rizab Sungai)
200 plot Telah diceroboh sejak 1980. 70% pendatang asing.
Tiada diperakukan. Untuk diambil tindakan undang – undang dibawah Sek.425 KTN.
4.
Kampung Pasir Dalam Bt. 21 Sungai Tiram
Sungai Tiram Tebrau 20 ekar
Tanah Kerajaan (Rizab Sungai)
35 plot Telah diceroboh sejak 1970.
Tiada diperakukan. Untuk diambil tindakan undang – undang dibawah Sek.425 KTN.
5. Kampung SC Bt. 20 Sungai Tiram
Sungai Tiram Tebrau 5.0 ekar
Tanah Kerajaan (Rizab Sungai)
20 plot Telah diceroboh sejak 1980.
Tiada diperakukan. Untuk diambil tindakan undang – undang dibawah Sek.425 KTN.
Jumlah
5 5 64.5 420 plot
76
Jadual 4.15 : Senarai Kampung Setinggan Yang Tidak Di Perakukan
Sumber : Buku Lapuran Bahagian Kuatkuasa, PTJB 2004
Terdapat 3 (tiga) buah kawasan yang tidak diperakukan oleh kerajaan tetapi
termasuk dalam program lawatan Menteri Besar Johor kekawasan-kawasan
setinggan. Terletak dalam mukim Plentong tetapi dalam kawasan pilihanraya Tebrau,
kawasan ini asalnya tanah kerajaan. Keluasan yang diceroboh ialah seluas 286.488
ekar dan terdapat sebanyak 200 plot tidak termasuk 2 buah kampung yang datanya
tidak diperolehi. Peratusan kaedah ini digunakan dalam tindakan kerajaan ialah 8%.
4.5.4.7 Analisis Permohonan Yang Di Tolak
Permohonan di tolak bermaksud sesuatu kawasan setinggan itu telah
diperakukan ke Jawatankuasa Hasil Bumi untuk diberikan kelulusan. Tetapi setelah
diteliti oleh Jawatankuasa atas pelbagai faktor maka permohonan tersebut ditolak.
Antara faktor penolakan ialah kawasan setinggan itu terbabit dengan tanah
berhakmilik dan tanah rizab hutan dan rizab jalan.
Jadual 4.16 ini adalah senarai yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Hasil
Bumi.
Bil Lokasi Mukim Kawasan Pilihanraya
Keluasan Status Tanah Bilangan
Plot Kenyataan Keputusan Kerajaan
1 Kampung Sri Bahagia (Bersebelahan Taman Desa Harmoni)
Plentong Tebrau 5.0 Ekar Tanah Berhakmilik KPRJ – PTD 148141 – Hs(D) 270895. Hakmilik dikeluarkan – 22.1.1998
Tiada Data Telah diduduki sejak 1980 sebagai Tapak Rumah.
Tiada perakuan kerana tanah bertuan. Penceroboh masih duduki diatas tanah ini hingga sekarang.
2 Kampung Plentong Baru (Jalan masuk melalui Masjid Plentong dan Hypermarket MAKRO)
Plentong Tebrau 41.598 Ekar
Tanah Berhakmilik KPRJ – PTD 148139 – Hs(D) 270893 Hakmilik dikeluarkan – 22.1.1998
200 plot Telah diduduki sejak 1980 sebagai Tapak Rumah.
Tiada perakuan kerana tanah bertuan. Penceroboh masih duduki diatas tanah ini hingga sekarang.
3 Kampung Plentong Tengah
Plentong Tebrau 239.89 Ekar
Tanah Berhakmilik KPRJ – PTD 148141 – Hs(D) 270895 Hakmilik dikeluarkan – 22.1.1998
Tiada Data Telah diduduki sejak 1980 sebagai Tapak Rumah.
Tiada perakuan kerana tanah bertuan. Penceroboh masih duduki diatas tanah ini hingga sekarang.
Jumlah
3 3 286.488 200 plot
77
Jadual 4.16 : Senarai Kampung Setinggan Pemohonan di Tolak
Sumber : Buku Lapuran Bahagian Kuatkuasa, PTJB 2004
Berdasarkan dari Jadual 4.16 di atas, terdapat adalah sebanyak 7 (tujuh) buah
kawasan yang melibatkan keluasan kawasan sebanyak 789.585 ekar (319.526 ha).
Mereka telah menceroboh kawasan ini sejak 37 tahun yang lepas. Keseluruhan
kawasan ini terletak dalam zon pilihanraya Tebrau.
Dengan keputusan yang diambil ini, masalah penempatan semula setinggan
tidak dapat dilakukan oleh pihak kerajaan. Usaha untuk memindahkan mereka juga
amat sukar kerana dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor yang utama yang menjadi
penghalangnya ialah faktor sosial, faktor tempat, faktor politik dan faktor
Bil Lokasi Mukim Kawasan Pilihanraya
Keluasan Status Tanah Bilangan
Plot Kenyataan Keputusan Kerajaan
1 Kampung Baru Rumah 10
Plentong Tebrau 0.93602 Ek 40538 Kp
Tanah KPRJ – Hs(D)240895 Keluasan keseluruhan – 32.085 Ekar.
140 Pemohon
Telah diduduki sejak 1970 sebagai Tapak Rumah.
Permohonan telah ditolak kerana tanah berhakmilik.
2 Kampung Pasir Gudang Baru
Plentong Tebrau 10.649 Ek. Tanah kerajaan hasil PBT oleh Perbadanan Johor bgm. (PBT)8/73 sek.8 Akta PBT,1960.
94 Pemohon (105 plot)
Telah diduduki sejak 1985 dengan rumah kediaman.
Diperakukan kepada kerajaan tetapi diTOLAK.
3 Kampung Desa Makmur
Sungai Tiram
Tebrau 315 Ekar Tanah Kerajaan (Rizab Hutan Sungai Johor)
45 plot Telah diduduki sejak 1970an dengan rumah dan dusun.
Diperakukan ke PTG pada 2004 tetapi telah DITOLAK oleh kerajaan kerana rizab kerajaan.
4 Kampung Desa Pingitan
Sungai Tiram
Tebrau 198 Ekar Tanah Kerajaan (Rizab Hutan Sungai Johor)
66 plot Telah diduduki sejak 1970 bagi peringkat 1 – 15 penceroboh dan 50 penceroboh lagi sekitar 1990 dengan rumah dan dusun.
Diperakukan ke PTG pada 2004 tetapi telah DITOLAK oleh kerajaan kerana rizab kerajaan.
5 Kampung Desa Mewah
Sungai Tiram
Tebrau 112 Ekar Tanah Kerajaan (Rizab Hutan Sungai Johor)
28 plot Telah diduduki sejak 1970an dengan rumah dan dusun.
Diperakukan ke PTG pada 2004 tetapi telah DITOLAK oleh kerajaan kerana rizab kerajaan.
6. Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang
Plentong Tebrau 150 Ekar Tanah KPRJ dan Tanah Berhakmilik (Individu)
800 Plot Telah diduduki sejak 1980 sebagai Tapak Rumah.
Permohonan telah ditolak kerana tanah berhakmilik.
7. Kampung Sri Makmur
Tebrau Tebrau 3.0 Ekar Tanah Kerajaan (Rizab Jalan)
201 plot Telah diduduki sejak 1989 sebagai tapak rumah.
Diperakukan ke PTG pada bulan 2/2003 untuk TOLAK kerana rizab jalan.
Jumlah 7 7 789.585 1374
Pemohon 1385 Plot
78
peruntukkan perpindahan, penyediaan kemudahan dan penyelenggaraan kawasan
penempatan baru.
Bagi setinggan diatas tanah berhakmilik, tuan tanah sepatutnya mempunyai
tanggungjawab sendiri bagi mengeluarkan mereka. Pihak kerajaan sepatutnya tidak
perlu bersusah payah dalam hal ini. Namun disebabkan tanah yang diceroboh adalah
tanah anak syarikat kerajaan negeri maka wajarlah pihak kerajaan membantu
menangani masalah setinggan.
Walaupun keputusan yang diambil adalah tepat, kerajaan sebagai wakil dari
pihak berkuasa negeri seharusnya dapat mengwujudkan penempatan yang baru agar
penduduk setinggan tidak lagi menceroboh kawasan rizab yang mana tanah rizab
kerajaan adalah satu kawasan yang penting untuk dipelihara. Kaedah ini dalam
keputusan kerajaan telah membawa 19% dari keseluruhan kawasan setinggan.
4.5.5 Rumusan Analisis
Berdasarkan dari analisis yang telah dibuat ke atas tujuh kaedah yang
digunakan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam mengatasi masalah penempatan semula
setinggan di Daerah Johor Bahru, dapatlah dirumuskan analisis tersebut. Rumusan
ini hanya mengambil kira kepada kekerapan dan peratusan kaedah yang digunakan.
Berdasarkan kaedah yang digunakan, kerajaan Negeri Johor telah membuat
keputusan memberikan hakmilik kepada penduduk setinggan kepada 8 buah
kampung setinggan dalam data tersebut. Ini membabitkan 22% dari keseluruhan
kaedah yang digunakan. Manakala kaedah pemberian LPS kepada penduduk
setinggan pula telah membabitkan sebanyak 11 buah kampung setinggan yang
mewakili 29% penggunaan kaedah ini.
Bagi kaedah memindahkan penduduk setinggan ke kawasan yang telah
disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri Johor pula, hanya sebuah kawasan setinggan
yang terlibat membabitkan peratusannya adalah 3%. Kaedah seterusnya yang
79
digunakan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam menangani masalah penempatan
semula setinggan ialah memindahkan penduduk setinggan ke rumah kos rendah /
PPR yang berhampiran dengan kawasan mereka dimana dua buah kawasan setinggan
telah dipilih merangkumi 5% dari keseluruhan penggunaan kaedah tersebut.
Manakala bagi kaedah tindakan penguatkuasaan pula, sebanyak 5 buah
kampung setinggan telah dirancang diambil tindakan melibatkan 14% penggunaanya.
Selain daripada itu, terdapat sebanyak 7 buah kawasan setinggan atau 19.00% di
mana keputusan kerajaan adalah menolak permohonan mereka disebabkan beberapa
faktor penghalang seperti tanah rizab dan tanah persendirian, manakala 3 buah
kampung setinggan atau 8.00% kaedah yang digunakan didapati kerajaan tidak
memperakukan kawasan setinggan tersebut. Kedua- dua keputusan ini mewakili 27
% dari keseluruhan kaedah yang digunakan.
Penganalisaan yang dibuat berdasarkan daripada data yang terkumpul,
didapati pemberian LPS merupakan keputusan tertinggi yang dicapai diikuti oleh
pengurniaan terus kepada setinggan dan selepas itu kaedah oleh permohonan yang
ditolak. Seterusnya penguatkuasaan undang-undang, disusuli dengan permohonan
yang tidak diperakukan. Selepas itu, memindahkan setinggan ke projek PPR atau
Perumahan Kos Rendah di taman berhampiran dan yang terakhirnya kerajaan
menyediakan penempatan semula baru di kawasan lain.
Jadual 4.17 meringkaskan keputusan yang diambil oleh Kerajaan Negeri
Johor dalam usaha menyelesaikan masalah penempatan semula setinggan di Daerah
Johor Bahru.
80
Jadual 4.17 : Keputusan Kerajaan dan Kekerapan
Bil Keputusan Kekerapan Peratus % 1. Pemberian LPS 11 29.00
2. Kurniaan Kepada Penduduk Setinggan 8 22.00
3. Ditolak Permohonan 7 19.00
4. Penguatkuasaan Undang – Undang 5 14.00
5. Tidak Diperakukan 3 8.00
6. Perpindahan Kerumah PPR /Kos Rendah 2 5.00
7. Kekawasan Penempatan Semula 1 3.00
JUMLAH 37 100.00
Sumber : Kajian Penulis, 2007
Dibawah ini adalah data-data yang diperolehi dan diadaptasikan ke carta pie
oleh penulis bagi menerangkan perbezaan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan
Negeri Johor.
DATA KEPUTUSAN KERAJAAN
PPR; 2Penempatan Semula; 1
Kuatkuasa; 5
LPS; 11
Kurniaan; 8
Tidak Diperakukan;3
Di Tolak; 7
Kurniaan LPS PPR Penempatan Semula Kuatkuasa Tolak Tidak Diperakukan
Carta Pie 1: Data Keputusan Kerajaan
Sumber : Kajian Penulis, 2007
81
Berdasarkan dari Jadual 4.17, keputusan yang diambil dan dapat
menyelesaikan masalah penempatan setinggan seratus peratus ialah 22% atas
kategori pengurniaan hakmilik. Walaupun kerajaan menganggap bahawa
memberikan status pemilikan LPS sebagai satu jalan penyelesaian, tetapi ianya
bukanlah satu penyelesaian yang 100%. Keputusan ini tidak menjamin bahawa tanah
tersebut akan menjadi milik mereka satu hari nanti. Pembuktian LPS tidak
menyelesaikan masalah setinggan 100% ialah bilamana semua penduduk Kampung
Tawakkal dalam Jadual 4.11 telah merayu kepada kerajaan agar tanah tersebut
dikurniakan kepada mereka. Rayuan telah diperakukan kepada kerajaan setelah
mereka mendapat pegangan LPS tiga tahun sebelum itu. Namun permohonan mereka
ditolak oleh kerajaan dengan tanpa alasan. Penyataan ini boleh dirujuk dalam fail
(LPS) II / 49 / 99.
Bagi keputusan kerajaan menyediakan penempatan baru kepada penduduk
setinggan Kampung Plentong Tengah di Kampung Bukit Dagang, penulis
menyokong keputusan tersebut kerana masalah setinggan telah selesai dikawasan itu.
Peratusan kerajaan menyelesaikan masalah ini berdasarkan dua kategori iaitu
pemberimilikan tanah dan pemberian LPS, kaedah penyelesaian yang diambil ialah
sebanyak 28%. Ini bermakna masih ada 72% lagi kawasan yang tidak dapat
diselesaikan sepenuhnya. Berdasarkan peratusan ini, penulis menganggap bahawa
keputusan kerajaan yang dilakukan telah mencapai kegagalan. Ini bermakna di lihat
dari keputusan tersebut, kebarangkalian untuk menyelesaikan isu penempatan semula
setinggan di kawasan daerah Johor Bahru sukar dicapai.
Menurut data terkumpul lagi, kawasan pilihanraya yang banyak menjadi
sasaran adalah kawasan yang berada di bandar dan pinggir bandar. Kajian mendapati
zon pilihanraya Tebrau dan Pulai yang sering menjadi tumpuan. Ini kerana kedua-
duanya terletak di kawasan bandar Johor Bahru. Pengurniaan tanah kepada setinggan
juga sebahagian besarnya berada di kedua-dua zon ini.
Kawasan kajian yang dipilih juga terletak dizon pilihanraya Tebrau dan
berada dalam lingkungan bandar Johor Bahru. Walaupun kawasan ini tidak termasuk
dalam program lawatan Menteri Besar Johor tetapi pencerobohan kawasan ini adalah
82
sama seperti kawasan-kawasan setinggan yang lain. Apa yang penting di sini adalah
mengkaji bagaimana penyelesaian penempatan semula setinggan yang dilakukan
oleh pihak berkuasa dapat diaplikasikan ke dalam kawasan kajian dan diselesaikan
secara maksimum berdasarkan kajian.
Berdasarkan dari Jadual 4.17, mengaplikasikan kaedah pemberimilikan tanah
kepada penduduk setinggan di kawasan tersebut adalah tidak sesuai kerana tanah
tersebut telah di kurniakan kepada BPR. Manakala bagi permohonan yang di tolak
dan permohonan yang tidak diperakukan, pada pendapat penulis juga tidak setuju
jika kaedah ini digunakan dalam kawasan kajian kerana ianya tidak menjurus kepada
penyelesaian masalah setinggan.
Terdapat 3 lagi kaedah yang sesuai diaplikasikan dalam kawasan kajian iaitu
kaedah penguatkuasaan undang-undang tanah bawah seksyen 425 KTN, 1965,
perpindahan ke perumahan awam kos rendah ditaman perumahan berhampiran / PPR
dan memindahkan setinggan ke kawasan penempatan yang baru. Berdasarkan data
dalam Jadual 4.17, tindakan penguatkuasaan kerajaan lebih diberikan keutamaan
mewakili 14%, manakala memindahkan setinggan adalah pilihan kedua dan ketiga
mewakili 5% dan 3%.
4.6 Kaedah Yang Di Pilih Bagi Diaplikasikan Ke Dalam Kawasan Kajian
Penemuan kajian telah diperolehi dari kedua-dua kaedah yang digunakan
iaitu kaedah kualitatif melalui temubual secara bersemuka dengan 3 orang pegawai
kerajaan yang bertanggunjawab dalam tindakan ke atas setinggan di Daerah Johor
Bahru iaitu Encik Mohamad Anizam Bin Jamain, Haji Mohammad Bin Mohd. Bayot
dan Encik Nasir Bin Md. Noh. Setelah dibuat analisis semasa sessi temubual, mereka
bertiga telah memutuskan bahawa terdapat dua keputusan yang mempunyai pilihan
yang paling tinggi iaitu Kaedah Tindakan Penguatkuasaan dan Kaedah
Memindahkan Mereka Ke Perumahan Awam Kos Rendah / PPR. Keputusan ini
menurut pandangan dan pengalaman mereka dapat menyelesaikan masalah
setinggan.
83
Manakala menerusi kaedah kedua yang digunakan iaitu kaedah kuantitatif
berdasarkan data-data terkumpul dari Keputusan Kerajaan Negeri Johor, didapati
kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Johor setelah dianalisis ialah tindakan
Penguatkuasaan Undang-Undang Tanah Di Bawah Seksyen 425 KTN adalah kaedah
yang paling sesuai dan dapat menyelesaikan masalah setinggan dalam kawasan
kajian.
Setelah ditemukan kedua-dua kaedah ini, penulis mendapati bahawa tindakan
undang-undang telah mengatasi perpindahan ke perumahan kos rendah / PPR. Oleh
yang demikian keputusan mengaplikasikan tindakan undang-undang ke dalam
kawasan kajian untuk menyelesaikan masalah setinggan setinggan perlulah
dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Mengapa dua kaedah ini dianggap sesuai diaplikasikan ke dalam kawasan
kajian? Kaedah ini dianggap sesuai kerana mengikut Jadual 4.17 pemberian LPS dan
pengurniaan hakmilik tanah kepada penduduk kawasan kajian adalah merupakan
kaedah yang tertinggi peratusannya dalam keputusan Kerajaan Negeri Johor. Namun
untuk diaplikasikan kaedah tersebut ke dalam kawasan kajian adalah tidak sesuai
kerana kawasan kajian telah dikurniakan kepada agensi BPR. Oleh yang demikian
kaedah ini perlu ditolak. Kaedah ketiga yang mendapat kekerapan tertinggi ialah
permohonan yang ditolak. Sekiranya kaedah ini diaplikasikan ke dalam kawasan
setinggan, didapati ia tidak akan menyelesaikan masalah setinggan. Penduduk
setinggan dalam kawasan kajian akan terus mendudukki kawasan tersebut dan ini
akan mengakibatkan kawasan kajian tidak dapat dibangunkan seperti yang
dirancang. Kaedah ke-empat pula adalah penguatkuasaan undang-undang tanah
dibawah KTN, 1965. Kaedah ini telah disokong oleh pendapat pegawai-pegawai
kerajaan yang ditemubual dan didapati sesuai diaplikasikan ke dalam kawasan
kajian. Ia bertujuan untuk mengeluarkan penduduk setinggan bukan warganegara dan
penduduk setinggan yang enggan atau berkeras untuk keluar dari penempatan
tersebut.
Manakala kaedah memindahkan penduduk setinggan dalam kawasan kajian
ke perumahan kos rendah / PPR juga sesuai diaplikasikan ke dalam kawasan kajian
kerana ia juga telah disokong oleh pendapat pegawai kerajaan. Walaupun ianya
84
mendudukki kekerapan yang ke enam, namun pendapat dari pegawai-pegawai
kerajaan juga perlu diambil kira kerana kaedah ini dilihat dapat memberikan
keselesaan secara jangka panjang kepada penduduk setinggan dalam kawasan kajian.
Bagi kaedah ketujuh pula iaitu menempatkan setinggan ke satu kawasan penempatan
yang baru yang disediakan oleh kerajaan bukanlah satu perkara yang senang kerana
tanah kerajaan amat berkurangan. Lagipun kaedah ini akan mengakibatkan
peningkatan kos yang amat tinggi kerana penglibatan kos infrastruktur perlu
ditanggung oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, kaedah ini perlu di tambah dengan
kaedah tambahan yang akan dibincangkan dalam bab 5 dibawah tajuk cadangan.
4.7. Kesimpulan
Bab empat ini telah menerangkan tentang analisis berdasarkan dari data-data
yang dikumpulkan melalui dua kaedah yang telah digunakan iaitu kaedah kualitatif
yang manakala penulis telah melakukan sesi temubual bersama 3 orang pegawai
kerajaan yang bertanggungjawab dalam menangani masalah setinggan di daerah
Johor Bahru. Manakala kaedah kuantitatif pula menggunakan data-data yang
dikumpulkan oleh penulis dari keputusan yang di ambil oleh tindakan kerajaan
terhadap 37 buah kawasan setinggan yang telah di bawah ke Jawatankuasa Hasil
Bumi.
Hasil dari penganalisaan data yang diperolehi menerusi temubual bersemuka
dapat disimpulkan bahawa Tindakan Penguatkuasaan Undang-Undang Tanah Di
Bawah KTN dan Memindahkan Setinggan Ke Perumahan Kos Rendah / PPR adalah
menjadi pilihan mereka untuk diaplikasikan ke dalam kawasan kajian. Manakala
penganalisaan data yang diperolehi dari data keputusan Kerajaan Negeri Johor telah
memilih Tindakan Kuatkuasa Undang-Undang bagi diaplikasikan ke dalam kawasan
kajian.
Hasil penganalisaan kedua-dua kaedah ini telah dinyatakan dalam tajuk
penemuan kajian untuk dirumuskan. Berdasarkan rumusan tersebut, ianya akan
85
dibuat cadangan oleh penulis dalam Bab Lima. Penulis juga akan mencadangkan
Kajian Lanjutan serta Kesimpulan secara keseluruhan.
BAB 5
CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
Penempatan semula setinggan merupakan perkara yang sukar untuk
diselesaikan. Sebelum memasukki kawasan mereka, perundingan dan perbincangan
perlu dilakukan supaya tiada terdapat perkara-perkara buruk yang akan berlaku.
Walaupun mereka telah melanggar undang-undang negara namun dari segi hak asasi
manusia, mereka juga perlu diberi perhatian dan kepentingan kehidupan mereka juga
perlu diambil kira dan dilindungi.
Setelah menganalisa data menggunakan dua kaedah terkumpul iaitu kaedah
kualitatif dan kuantitatif, penulis akan membuat cadangan berdasarkan dari
penemuan kajian yang telah dibincangkan dalam bab empat. Dalam penemuan kajian
tersebut terdapat dua cadangan yang telah di pilih untuk diaplikasikan ke dalam
kawasan kajian supaya masalah mengeluarkan penduduk setinggan di kawasan
kajian dapat berjalan lancar dan tidak menimbulkan banyak masalah apabila kaedah
ini digunakan kelak.
Bab ini akan menerangkan mengenai cadangan dan kesimpulan berdasarkan
dari bab empat hasil dari penganalisaan data terkumpul. Cadangan yang akan
diberikan oleh penulis akan diadaptasikan dengan kawasan kajian supaya kaedah
yang diaplikasikan ke dalam kawasan kajian bersesuaian dengan keadaan kawasan
kajian.
5.2 Pencapaian Objektif
Sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini, terdapat dua objektif yang
telah ditetapkan untuk mencapai matlamat utama kajian ini dilaksanakan. Daripada
hasil kajian yang diperolehi maka dapatlah dibuat kesimpulan bahawa objektif-
objektif tersebut berjaya dicapai walaupun terdapat sedikit masalah yang terpaksa
dihadapi oleh penulis dalam mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan.
5.2.1 Pencapaian Objektif Pertama
Pencapaian objektif pertama kajian ini dapat dilihat pada topik 4.5, 4.5.4,
4.5.4.1 hingga 4.5.4.7 dan 4.5.5. Bab-bab ini merupakan kesinambungan daripada
Kajian Literatur yang telah dilakukan menerusi bab 2. Bab 2 hanya menerangkan
secara berkenaan dengan Definisi Setinggan, Setinggan Di Malaysia, Proses
Mengeluarkan Penduduk Setinggan, Penempatan Semula Setinggan di Malaysia,
Penempatan Semula Setinggan Di Bandar,Program Setinggan Sifar, Kaedah Yang
Digunakan Oleh Kerajaan Persekutuan Dan Kaedah Yang Diambil Oleh Kerajaan
Negeri Johor Dalam Menangani Penempatan Setinggan Di Daerah Johor Bahru dan
Masalah Dalam Penempatan Semula Setinggan Di Malaysia..
Manakala penerangan yang dijelaskan dalam bab empat lebih tertumpu
kepada Analisis Kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam
menangani masalah penempatan semula setinggan. Kaedah yang digunakan adalah 7
kaedah dan telah dianalisa dan diterangkan secara terperinci satu persatu supaya
ianya lebih jelas dan dapat mencapai objektif yang telah digariskan pada permulaan
kajian.
87
Daripada hasil analisa kajian yang dijalankan, kaedah yang digunakan ini
amat baik dan sebilangan besarnya bersesuaian untuk diaplikasikan ke dalam
kawasan kajian. Penganalisaan yang teliti dan terperinci telah dapat merumuskan
kaedah yang paling baik dan menjadi kekerapan penggunaannya oleh Kerajaan
Negeri Johor.
Ini terbukti dengan penggunaan kaedah yang dinyatakan, kawasan setinggan
di daerah Johor Bahru dapat diselesaikan walaupun tidak sepenuhnya. Kajian
mendapati sebanyak 59% di 37 kawasan yang dikaji dapat menyelesaikan masalah
penempatan setinggan. Tetapi, tidak semua kaedah yang digunakan berjaya
menyelesaikan masalah penempatan semula setinggan. Ada beberapa kaedah sahaja
yang dapat digunakan dalam mengatasi masalah penempatan semula setinggan.
Justeru itu, berdasarkan pencapaian objektif ini maka dapat diketahui bahawa
kaedah yang dipilih dapat diaplikasikan ke dalam kawasan kajian memandangkan
kaedah ini juga bersesuaian dengan keadaan kawasan kajian. Perlaksanaan kaedah ini
juga secara tidak langsung dapat dikecapi oleh masyarakat sekeliling dengan
kawasan kajian yang mana selama ini kawasan kajian merupakan kawasan yang
kotor, berselerak dan tidak teratur.
5.2.2 Pencapaian Objektif Kedua
Objektif kedua kajian ini telah dicapai dengan melakukan penganalisaan data
sepertimana yang telah dijelaskan dalam bab empat pada topik 4.6. Penganalisaan
data dirujuk kepada analisis menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Hasil
penganalisaan data telah mengakibatkan terbentuk penemuan kajian.
Pencapaian objektif ini juga adalah merujuk kepada penemuan kajian dalam
bab empat. Di penemuan kajian inilah maka kaedah yang telah diperolehi dan dipilih
berdasarkan analisis akan diaplikasikan kedalam kawasan kajian.
88
5.3 Cadangan Kajian
Cadangan kajian yang dinyatakan oleh penulis ini berdasarkan dari penemuan
kajian yang telah diperolehi dalam bab empat. Cadangan kajian ini bertujuan untuk
menyelesaikan masalah menempatkan semula setinggan di kawasan kajian agar
pembangunan di atas tanah tersebut untuk pembinaan Kompleks dan Kuaters BPR
dapat dijalankan dengan licin dan lancar.
Berdasarkan penganalisaan data dan penemuan kajian yang telah
dibincangkan dalam bab empat, penulis telah dapat merumuskan bahawa terdapat
dua kaedah untuk diaplikasikan dalam kawasan kajian ini. Pertama, tindakan
penguatkuasaan undang-undang tanah di bawah Seksyen 425 KTN perlu diambil
terhadap penduduk setinggan dalam kawasan kajian. Kedua, memindahkan
penduduk setinggan ke penempatan baru di Perumahan Kos Rendah di taman
perumahan berhampiran atau ke Projek Perumahan Rakyat(PPR) yang dibina oleh
Kerajaan Persekutuan.
5.3.1 Cadangan Kaedah Satu : Tindakan Penguatkuasaan Undang-Undang
KTN
Berdasarkan dari penemuan kajian tersebut, penulis mencadangkan agar
kaedah pertama iaitu mengambil tindakan penguatkuasaan dilakukan kepada
penduduk setinggan yang mempunyai taraf warganegara asing seperti warga
Indonesia dan Burma. Semasa bancian dijalankan pada tahun 2006 yang lalu (rujuk
pada Jadual 3.1 dalam bab 3), sejumlah 22 keluarga yang melibatkan 110 orang
warganegara asing telah menetap di kawasan kajian. Jumlah ini mewakili 7.6%
penduduk setinggan di kawasan kajian. Cadangan ini bertujuan memberi pengajaran
kepada warganegara tersebut agar menghormati negara Malaysia yang
berpelembagaan agar mematuhi undang-undang tanah negara ini. Pihak kerajaan
perlu bertindak tegas keatas penduduk warganegara asing ini kerana mereka tidak
langsung menghormati undang-undang negara Malaysia.
89
5.4.2 Cadangan Kaedah Kedua : Perpindahan Ke Perumahan Kos
Rendah/PPR
Manakala bagi penduduk setinggan yang lain pula, cadangan kaedah kedua
iaitu memindahkan mereka ke penempatan yang baru di Perumahan Kos Rendah di
taman perumahan yang berdekatan atau Projek Perumahan Rekyat (PPR) amatlah
wajar. Taman-taman yang berhampiran dengan kawasan kajian ialah Taman Bukit
Alif, Taman Setia Tropika, Bandar Baru Datok Onn dan Taman ADDA Height.
Taman-taman ini berada dalam lingkungan 10km garispusat dari kawasan kajian.
Sebelum memindahkan mereka, pihak yang bertanggungjawab memindahkan
mereka seperti Pejabat Tanah Johor Bahru, perlulah mengambil maklumat diri dan
keluarga yang lengkap bagi setiap penduduk setinggan terbabit termasuk mengambil
salinan kad pengenalan suami/isteri dan kad pengenalan / surat beranak kanak-kanak
dan ahli keluarga. Maklumat-maklumat ini akan diserahkan kepada Bahagian
Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUKJ), untuk disemak senarai
pemilikkan rumah setiap penduduk setinggan sebelum diberikan keutamaan
perpindahan ke Perumahan Kos Rendah. Semasa proses ini dilakukan, pihak SUKJ
perlu membahagikan senarai penduduk setinggan kepada dua kategori iaitu :
i. Kategori Pertama : Senarai Pemohon yang tiada memilikki rumah
di daerah Johor Bahru
ii. Kategori Kedua : Senarai Pemohon yang memilikki rumah di
daerah Johor Bahru
Selain menyiapkan data senarai nama dan maklumat penduduk setinggan
tersebut, pihak SUKJ juga perlu menyenarai Rumah kos Rendah yang berhampiran
dengan kawasan kajian. Jumlah bilangan unit rumah mestilah dapat menampung
bilangan penduduk setinggan yang terdapat dalam senarai pertama. Sekiranya rumah
dalam projek perumahan Rakyat (PPR) di daerah Johor Bahru mempunyai
kekosongan unit kediaman, penulis juga mencadangkan agar penduduk setinggan ini
dipindahkan ke PPR tersebut berdasarkan dari senarai pertama.
90
Setelah senarai kategori ini disiapkan, pihak SUKJ perlu mengadakan
temuduga kemasukkan dan kesesuaian penghuni supaya data maklumat awal yang
diperolehi sebelum ini dapat dikemaskini. Selepas proses ini selesai, tindakan
seterusnya ialah mengkaji kelayakan mendudukki. Kelayakan ini berdasarkan
daripada gaji penduduk setinggan agar tidak melebihi RM1500.00 bagi pendapatan
bersama suami dan isteri. Disamping itu memastikan juga penduduk setinggan yang
telah memilikki rumah kediaman di kawasan Daerah Johor Bahru. Keutamaan
haruslah diberikan kepada penduduk setinggan yang langsung tidak memilikki rumah
dan tanah. Bagi setinggan yang telah memilikki rumah kediaman, pastikan rumah
kediaman tersebut berada di dalam Daerah Johor Bahru. Jika rumah mereka berada
diluar Johor Bahru, permohonan mereka boleh di pertimbangkan.
Bagi penduduk setinggan yang membina kedai makan, kedai runcit, bengkel
dan bangunan yang berasaskan keuntungan, mereka tidak layak diberikan tempat
kediaman. Premis-premis seperti ini dicadangkan diambil tindakan kuatkuasa
bersama-sama dengan kediaman warga asing. Tetapi jika tuan premis tersebut
menetap di kawasan setinggan itu, nama mereka bolehlah dimasukkan kedalam
senarai perpindahan.
5.4.3 Cadangan Pemberian Saguhati
Penulis juga mencadangkan sekiranya pihak kerajaan berkemampuan, agar
kerajaan membayar saguhati pada kadar yang minimum dan munasabah kepada
setinggan sebagai gantirugi kediaman yang akan dirobohkan. Saguhati ini juga
memberi galakkan kepada setinggan untuk keluar dari penempatan ini yang telah
lama mereka dudukki. Tetapi jika pihak kerajaan tiada mempunyai peruntukkan
dalam hal ini, maka setinggan tersebut hendaklah dikeluarkan sebagaimana cadangan
penulis sebelum ini.
91
5.4.4 Cadangan Susulan : Jika Penduduk Setinggan Enggan Berpindah
Setelah kaedah kedua iaitu memindahkan penduduk setinggan kepenempatan
yang baru ini di ambil tindakan, tetapi penduduk setinggan masih lagi tidak mahu
berpindah atau tidak bersetuju dengan pendekatan yang dicadangkan, penulis
mencadangkan agar kaedah pertama iaitu tindakan penguatkuasaan di bawah
undang-undang tanah KTN hendaklah dijalankan tanpa kompromi lagi. Ini kerana
cadangan kaedah perpindahan mereka yang diambil merupakan kaedah yang paling
baik kerana kerajaan sedia membantu mereka berpindah ke kawasan yang lebih baik.
5.4.5 Cadangan Pemantauan Proses Pemindahan
Perpindahan penduduk setinggan ke penempatan yang baru perlu dipantau
oleh pihak berkuasa agar segala arahan dipatuhi. Kawasan setinggan tersebut
mestilah dikosongkan sepenuhnya pada masa yang ditetapkan. Selepas masa yang
diperuntukkan kepada semua setinggan selesai kawasan kajian ini hendaklah
dirobohkan dan dibersihkan seberapa segera bagi menggelak kawasan ini dijadikan
kawasan penagihan dadah dan maksiat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Sebaik-baiknya kawasan tersebut di pagar supaya aktiviti pencerobohan tidak akan
berlaku lagi.
5.4.6 Cadangan Menggunakan Konsep Sewabeli
Penulis juga mencadangkan agar rumah-rumah yang disediakan kepada
setinggan hendaklah dilakukan secara sewabeli. Penduduk setinggan akan membayar
sewa bagi waktu tertentu pada kadar sewa yang paling minimum. Selepas satu
tempuh tertentu kediaman tersebut akan menjadi hakmilik setinggan tersebut. Dalam
tempuh sewaan tersebut, penduduk setinggan tidak boleh menyewakan dan menjual
rumah itu kepada orang lain.
92
5.4.7 Rumusan Dari Cadangan-Cadangan
Berdasarkan dari cadangan-cadangan yang dinyatakan oleh penulis, rumusan
yang boleh dibuat dari cadangan-cadangan tersebut ialah:
i. Penduduk Setinggan tidak perlu berpindah jauh dari tapak asal
mereka. Ini akan memberi kesenangan kerana mereka tidak perlu
mengeluarkan kos tambahan berbanding jika mereka dipindahkan ke
kawasan yang lebih jauh.
ii. Kerajaan dapat memelihara kawasan tersebut dengan lebih baik,
teratur moden dan selesa. Suasana kawasan setinggan yang asalnya
bercelaru dan kotor akan menjadi kawasan yang canggih dan
mengikut perancangan Pihak Berkuasa Tempatan.
iii. Memberikan banyak kebaikan kepada kerajaan dan penduduk
setinggan. Dengan cara ini tiada sesiapa yang merasa tidak puashati
dan ditindas.
iv. Dari segi ekonomi, kerajaan tidak menganggu taraf ekonomi
penduduk setinggan. Jika mereka dipindahkan ke kawasan yang jauh,
ekonomi mereka akan terjejas. Secara tidak langsung ekonomi negara
turut terjejas kerana penduduk setinggan dapat membekalkan tenaga
kerja yang diperlukan.
v. Konsep bina dan jual rumah pangsa dapat menampung kos
pembangunan kawasan setinggan. Melalui konsep ini, penduduk
setinggan dapat memilikki rumah berhakmilik yang sah.
vi. Kerajaan tidak perlu mengurniakan kawasan setinggan kepada
penduduk setinggan sedia ada.
93
vii. Kerajaan tidak perlu menyediakan prasarana kepada penduduk
setinggan sedia ada kerana kos pembangunan prasarana tersebut telah
termasuk dalam projek taman perumahan/PPR.
Perkara-perkara di atas akan memberikan implikasi yang besar kepada kedua-
dua pihak baik pada peringkat kerajaan mahupun kepada peringkat penduduk
setinggan. Secara tidak langsung juga masyarakat sekeliling kawasan kajian seperti
masyarakat Kampung Desa Rahmat, Perumahan Awam Mara, Kondominium Sri
Tanjung, Taman Kemas dan Bandar Baru Uda, juga mendapat manafaat dari
tindakan akan dilakukan ke atas kawasan kajian ini.
5.4 Limitasi Dan Masalah Kajian
Kajian ini hanya memfokuskan kepada melihat kaedah yang digunakan oleh
kerajaan negeri Johor dalam menyelesaikan masalah penempatan setinggan di daerah
Johor Bahru sahaja. Kajian ini tidak melihat perlaksanaan kaedah yang dipilih
terhadap kawasan kajian kerana menganggap kejayaan perlaksanaannya dalam
tindakan kerajaan telah memadai untuk diaplikasikan dalam kawasan kajian.
Di samping itu penulis juga mendapat pandangan yang berbeza daripada
kakitangan awam khasnya di Pejabat Tanah Johor Bahru mengenai data yang
dikumpulkan. Terdapat pandangan sebahagian kakitangan yang menganggap data
yang diambil adalah sulit dan tidak boleh dibuat kajian. Setelah penulis berjumpa
dengan pegawai atasan, data yang diambil tidak menjadi sulit disebabkan data
tersebut telah ada dalam buku lapuran mesyuarat dan buku lapuran bahagian
kuatkuasa yang telah diterbitkan dan dijadikan lapuran umum yang boleh di lihat
oleh sesiapa sahaja.
Seperkara lagi, kesukaran penulis untuk membuat temujanji bagi
mendapatkan temubual dengan Dato’ Pengarah Tanah Dan Galian Johor mengenai
kajian ini. Penulis telah beberapa kali ke Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian di
Bukit Timbalan dan telah berjumpa dengan pembantunya. Ini mungkin disebabkan
94
kesibukan Dato’ Pengarah dalam urusan rasmi sehariannya. Bagi meneruskan kajian
penulis, penulis telah mengambil keputusan menemubual pegawai yang
bertanggungjawab dalam urusan masalah penempatan setinggan di Bahagian
Penguatkuasaan PTG, iaitu Haji Mohammad bin Mohd. Bayot.
Memandangkan masa kajian adalah terhad, penulis hanya sempat
menemubual secara bersemuka terhadap 3 orang pegawai kerajaan yang terlibat.
Cadangan awal penulis adalah ingin menemubual 10 orang pegawai kerajaan bagi
melihat kaedah-kaedah yang digunakan bersesuaian dengan kawasan kajian.
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
Kajian yang penulis jalankan ini adalah berhubung dengan mengkaji dan
menganalisis kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam
menyelesaikan masalah penempatan setinggan di Daerah Johor Bahru. Selepas itu
kajian ini mengaplikasikan kaedah yang dianggap baik dalam tindakan kerajaan ke
kawasan kajian. Memandangkan kajian penulis hanya setakat itu maka, penulis
mencadangkan beberapa tajuk kajian lanjutan kepada penulis akan datang. Antara
tajuk-tajuk tersebut ialah :
a). Mengkaji Dan Menganalisis Keberkesanan Kaedah Yang Diaplikasikan Ke
Kawasan Kajian Ini.
Memandangkan penulis tidak melihat keberkesanan terhadap kaedah yang
diaplikasikan ini ke dalam kawasan kajian. Justeru itu, penulis akan datang dapat
meneruskan pengkajian mereka mengenai kaedah yang disarankan dalam kawasan
kajian untuk melihat keberkesanan seterusnya kaedah tersebut dapat menyelesaikan
masalah setinggan sekurang-kurangnya 99%.
95
b). Merekabentuk Satu Pakej Penyelesaian Masalah Penempatan Setinggan Di
Malaysia
Berdasarkan dari kajian asal penulisan ini, penulis mencadangkan agar
penulis akan datang dapat merekabentuk pakej penyelesaian masalah setinggan di
Malaysia bagi menjayakan program Setinggan Sifar menjelang tahun 2020. Pakej ini
bermaksud kajian yang menyeluruh merangkumi sistem maklumat setinggan atau
ringkasnya SMS, penggunaan sistem Map-info bagi mendapat data-data mengenai
setinggan dan kawasan setinggan, penggunaan kaedah menempatkan semula
setinggan, pelan kawasan setinggan dan mengujudkan satu sistem yang dapat diakses
terus dengan Pejabat Kerajaan. Sistem yang dicadangkan ini dapat diakses ke semua
jabatan terbabit dengan setinggan terutamanya Pejabat Tanah , PBT dan SUKJ
Bahagian Perumahan, data-data mengenai setinggan akan dapat diperolehi dengan
cepat dan tiada pertindihan nama penduduk setinggan untuk menempatkan mereka
ke penempatan baru kelak.
5.6 Kesimpulan
Dunia hari ini telah banyak melihat permasalahan mengenai pendudukan
setinggan. Setinggan dalam ertikata yang umum adalah mendudukki,
membangunkan dan mendirikan apa-apa bangunan, mengusahakan dan mendiami
mana-mana tanah kerajaan, rizab kerajaan, tanah persendirian tanpa mendapatkan
kebenaran yang sah dan tidak memperolehi apa-apa hakmilik , maka dinamakan
sebagai setinggan.
Setinggan di Malaysia telah menapak sejak zaman pemerintahan Inggeris lagi
pada tahun 1880an. Sehingga ke hari ini masalah mengenai setinggan masih
berlarutan dan menjadi isu negara pula. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak
kerajaan namun hasil yang diperolehi adalah amat mendukacitakan bilamana
semakin banyak pula tanah kerajaan yang diterokai oleh masyarakat yang berhijrah
dari kampung ke kawasan bandar.
96
Terdapat pelbagai kaedah yang telah digunakan oleh pelbagai pihak dalam
menangani masalah setinggan di Malaysia. Namun masih banyak lagi isu setinggan
yang belum dapat diselesaikan. Kerajaan Persekutuan telah menggunakan
pendekatan yang lebih drastik bagi membasmi penempatan setinggan di kawasan
bandar dengan membina perumahan Rakyat (PPR) yang disewakan kepada penduduk
setinggan. Namun hakikatnya penempatan setinggan masih lagi menjadi agenda
dalam setiap mesyuarat jabatan terlibat.
Kerajan negeri Johor telah mengambil pendekatan yang berbeza dalam
menghadapi masalah penempatan semula setinggan. Yang Amat Berhormat, Menteri
Besar Johor telah turun padang melihat permasalahan penempatan semula setinggan
dari sudut yang lebih terperinci. Lawatan beliau ke kawasan-kawasan setinggan yang
dipilih menggambarkan keprihatinan beliau dalam menangani isu ini. Menurut data
kawasan setinggan di kawasan bandar Johor Bahru ini, amatlah besar jika di ambil
kira kawasan tanah kerajaan yang diberikan status LPS.
Mengkaji kaedah yang digunakan oleh pihak kerajaan dalam menangani
masalah setinggan dan kemudiannya kaedah itu diaplikasikan ke dalam kawasan
setinggan tidak boleh dipandang mudah kerana kajian dan penganalisaan yang
menggunakan kaedah tertentu perlu dijalankan sebelum sesuatu kaedah itu dapat
digunakan. Selain melakukan pengumpulan data menggunakan kaedah kualitatif
dengan mengadakan sessi temubual bersama pegawai kerajaan yang terlibat, kaedah
kuantitatif juga perlu dilakukan dengan mengumpulkan data-data tertentu untuk
dianalisis menjadi satu kajian ilmiah yang terbaik.
Perlaksanaan kaedah yang telah diaplikasikan ke dalam kawasan setinggan
akan menjadi satu alternatif kepada penyerapan kaedah itu ke kawasan setinggan
seluruh negara. Kaedah yang sebelum ini berjaya digunakan oleh pihak kerajaan
negeri, diadaptasikan dengan kawasan setinggan tersebut agar kesesuaian itu akan
membawa kepada kejayaan terhadap perlaksanaannya.
Kajian ini hanya memfokuskan kepada mengkaji dan menganalisis kaedah
yang digunakan oleh kerajaan negeri Johor dalam menyelesaikan masalah
penempatan semula setinggan di daerah Johor Bahru. Selepas itu, dari data-data yang
97
terkumpul, maka penulis akan menganalisa data yang diperolehi supaya satu atau dua
kaedah yang boleh diaplikasikan ke dalam kawasan kajian penulis berdasarkan
penemuan kajian. Selepas itu, penulis akan mencadangkan bagaimana kaedah
tersebut dapat membantu menyelesaikan masalah penempatan semula setinggan di
kawasan kajian.
Semoga kajian ini memberikan banyak manafaat dan kebaikan kepada
permasalahan yang dinyatakan. Kajian ini perlu diteruskan lagi untuk melihat
keberkesanan kaedah yang telah diserapkan ke dalam kawasan kajian. Diharapkan
selepas ini ada pelajar-pelajar lain yang akan melakukan kajian lanjutan terhadap
kajian ini di masa akan datang.
BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz Hussin, Wan Hazimah Wan Hariri dan Nazri Zakaria (2004). Setinggan :
Isu Pengurusan, Undang – undang Dan Pembangunan Harta Tanah.
Penerbitan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Abdullah Awang (2003). Penduduk setinggan tetap dapat geran : Ghani. keratan
akhbar Berita Harian pada hari Selasa 1 .7 . 2003
Addie Sauffie Bin Abu Bakar (1999). Persepsi masyarakat terhadap tindakan pihak
berkuasa mengatasi masalah pencerobohan tanah kerajaan. Kajian Kes :
Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Tesis Sarjana
Muda.
Ahris Yaakup, Amiruddin Abu Bakar, NorAzilah Yahaya dan Omai Kalsum Binti
Haji Talib (2003). Kertas Kerja 4 : Taburan dan ciri – ciri kawasan
perumahan kos rendah dan setinggan di Wilayah Lembah Klang. Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.
Ahris Yaakup. (1987). Perkembangan Sejarah Petempatan Bandar Sehingga Awal
Abad Ke-20. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Akta Perancang Bandar Dan Desa. 1974. International Law Books Services. Kuala
Lumpur.
100
Dewan Ekonomi. (2000), “Penempatan Setinggan, Apakah Puncanya”, Keluaran
bulan September
F.D Hobbs & J.F Doling (Diterjemaahkan oleh Sulong Mohamad) (1986).
Perancangan Untuk Jurutera Dan Juruukur. Penerbitan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Bangi
Fauzi Jaafar (2003). Setinggan tiga daerah diserah hakmilik tanah. keratan akhbar
Mingguan Malaysia pada Ahad 24 Ogos 2003
Haji Salleh Buang (2003). Kanun Tanah Negara 1965 dan pelbagai undang – undang
berkaitan tanah. Satu tinjauan. Seminar pentadbiran dan perundangan tanah
untuk pegawai daerah/ pentadbir tanah semenanjung Malaysia pada 15 – 16
Disember 2003
Hamid Saad. (1988). Petempatan Dan Asas Pertapakan Bandar: Rujukan Kepada
Semenanjung Malaysia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Jamaluddin Husin (2004). Projek rumah untuk rakyat berpendapatan rendah.
Keratan akhbar Berita Harian pada hari Sabtu 2.1.2004
Jasni Bin Md. Zain ( 2000). Pencapaian Tindakan Pihak Berkuasa Terhadap
Pendudukan Tanah Kerajaan Tanpa Izin. Kajian Kes : Tanjung Lumpur,
Kuantan. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Projek Sarjana
Muda.
Kalam Hadi (2007). 15 setinggan pindah ke flat. Keratan Akhbar Berita Harian pada
9.2.2007
Kanun Tanah Negara. Kanun Tanah Negara. (Mengandungi semua pindaan sehingga
15 Mac 2005), International Law Books Services, Kuala Lumpur
101
Katiman Rostam. (1988). Penghantar Geografi Bandar. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Lapuran Pentadbir Tanah Johor Bahru (2004). Mesyuarat Penyelesaian permohonan
tanah. Bahagian Kurniaan.
Laporan Awal Rancangan struktur (Perubahan ke-3) Majlis Bandaraya Johor Bahru
(2000 – 2010), MBJB. (Jun 2001)
Legal Research Board [2004]. Akta [Perancangan] Wilayah Persekutuan 1982 [Akta
267]. Petaling Jaya, Selangor: ILBS.
Legal Research Board [2005]. Kaedah-Kaedah Tanah WP KL 1995 [PU(A) 26/95].
Petaling Jaya, Selangor: ILBS.
Legal Research Board [2006]. Akta Jalan, Parit & Bangunan [Akta 133]. Petaling
Jaya, Selangor: ILBS.
Legal Research Board [2003]. Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538]. Petaling
Jaya, Selangor: ILBS.
Majalah Massa (2000). Penempatan Setinggan. Apa Kesudahannya., Penerbitan
Utusan Melayu Sdn. Bhd. Bulan April.
Majorie Angus (1998). Kajian perumahan setinggan di Kota Kinabalu. Fakulti Alam
Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Projek Sarjana Muda.
Maryana Mohd Din (2003). Penerokaan tanah kerajaan secara haram dan kesannya
terhadap ekologi dan ekonomi. Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
Skudai. Kajian Topikal.
Mohd. Ramzi Sanny (2002). Setinggan dapat hakmilik tanah. Keratan akhbar Harian
Metro pada hari Jumaat 8 November 2002
102
Nadzim Ahmad Jamalludin (2006). Masalah setinggan KL selesai awal 2007.
Keratan Harian Metro pada 2.1.2006
Nur Hakimi Binti Karsono (2000). Pembangunan Tanah Setinggan : Faktor
Penyebab Kepada Halangan Pembangunan. Kajian Kes: Kampung Serantau
Baru. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Projek Sarjana Muda.
Nurizan Yahya Nurizan Yahya (1998). Kemiskinan dan Perumahan di Bandar :
Peranan pemerintah dan penyelesaian. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
Perlembagaan Persekutuan, Pindaan sehingga 25 Mei 2005, 1974, International Law
Books Services, Kuala Lumpur
Peter F. Dale & John D. McLaughlin (1990). Land Information Management.
Clarendon Press Oxford
Radzi Bin Jusoh (1994). Faktor – faktor kewujudan setinggan dan cara penyelesaian.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Projek Sarjana
Razni Ab. Rahim (2002). Pengenalan Kepada Undang – Undang Tanah . Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Monograf .
Ridzuan Awang(1994). Undang – undang Tanah Islam : Pendekatan Perbandingan.
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur
Salleh Buang (1993). Undang – Undang Tanah Di Malaysia . Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Kuala Lumpur
Suhaimi Ibrahim (2007). Mahkamah perskutuan tolak permohonan 109 penduduk
setinggan. keratan akhbar Utusan Malaysia pada 15 Mac 2007
Sulong Mohammad dan Rahimah Abdul Aziz. (1985). Perbandaran Dan
Pembangunan Negara. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
103
Syed Arabi Idid. (2002). Kaedah Penyelidikan Komunikasi Dan Sains Sosial. Dewan
Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur.
Teo Keong Sood and Khaw Lake Tee (1987). Land Law In Malayia : Cases and
Commentary . Butterworth & Co(Asia) PTE LTD, Singapore
Tugasan Kumpulan 2 (2005). Masalah keengganan penduduk untuk berpindah bagi
pembangunan pusat pentadbiran baru kerajaan negeri Johor. Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Kajian Topikal.
United Nations ( 1996). Land Administration Guidelines with special reference to
countries in transition. New York & Geneva
Warta kerajaan (1969), Ordinan (Kuasa – Kuasa Perlu Darurat 1969), (Ordinan 1 dan
ordinan 2), Peraturan – peraturan perlu (Pembersihan Setinggan 1969), Jilid
13, Bil. 20
Zaini Ahmad Bidawi. (1987/1988), Ke Arah Pembentukan Pembangunan Sebuah
Kampung Islam. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Laman Web Kerajaan Johor – http//www.johordt.gov.my Laman Web Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan – http//www.kpkt.gov.my
1
Nama Akhbar : HARIAN METRO
Seksyen Akhbar : SETEMPAT Hari : RABU (WED) Tarikh Siaran : 02/01/2006 Muka Surat : 10 Berkaitan Isu : KERAJAAN TEMPATAN Topik Berita : SETINGGAN Tajuk Akhbar : Masalah setinggan KL selesai awal 2007
Teks Akhbar
HARI ini genaplah 32 tahun usia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah pentadbiran sendiri sejak dipisahkan daripada Selangor pada 1 Februari 1974. Sepanjang tempoh 32 tahun pentadbirannya, Kuala Lumpur yang menjadi kota perdagangan dan jendela kepada dunia luar kini cukup matang dan dewasa, mampu berdikari, bertanggungjawab untuk dijadikan contoh kepada Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia berdasarkan kepada Pelan Struktur Pembangunan Kuala Lumpur 2020 serta menjadi garis panduan penjana ke arah pembangunan untuk tempoh 20 tahun akan datang. Untuk mencapai matlamat sebuah bandar raya canggih, usaha itu tidak dapat dijayakan tanpa kerjasama warga kota. Ikuti temubual wartawan Harian Metro, NADZIM AHMAD JAMALLUDIN dengan Datuk Bandar, Datuk Ruslin Hasan (gambar) mengenai 'sikap' yang masih membelenggu warga kota dan usaha mengatasinya. Harian Metro (HM): Sebagai orang yang 'membesar' dengan DBKL sejak penubuhannya, bagaimana Datuk melihat perkembangan Kuala Lumpur sehingga kini? RUSLIN: Tugas dan peranan DBKL amat penting dalam pembangunan Kuala Lumpur terutama dalam membangunkan mereka yang mundur. Dalam konteks ini, pada era 70-an sebahagian besar masyarakat Melayu di Kuala Lumpur mendiami kawasan setinggan, malah pada ketika itu kita ada lebih kurang 250 kawasan setinggan. Ketika itu kita lihat tumpuan DBKL banyak diberi kepada usaha menyediakan perumahan dan syukur sebahagian besar daripada mereka yang mendiami kawasan setinggan kini sudah mempunyai rumah. Walaupun tidak selesa, dibandingkan keadaan mereka mendiami setinggan dulu yang serba kekurangan, keadaan kini jauh berubah. Bagi saya sekarang kita sudah lebih stabil dan kini tiba masanya untuk memberi tumpuan kepada soal berkaitan 'software' termasuk etika dan budi bahasa. Pada masa sama kita mahu warga Kuala Lumpur turut memainkan peranan bagi menjayakan apa yang kita (DBKL) rancangkan.
LAMPIRAN C
2
HM: Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab mengawal selia sebuah bandar raya yang dihuni penduduk lebih dua juta termasuk warga asing, bagaimana DBKL mengatasi masalah itu? RUSLIN: Perpindahan penduduk luar bandar ke kawasan bandar berlaku di mana-mana termasuk Kuala lumpur. Dalam soal ini, Kuala Lumpur mengalami pertumbuhan pesat sejak beberapa tahun lalu dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Faktor inilah yang mendorong penduduk luar bandar dan warga asing berhijrah ke Kuala Lumpur. Tetapi sejak kebelakangan ini kita lihat trend perpindahan ini sudah berkurangan berikutan kawasan di pinggir bandar turut mengalami pertumbuhan pesat. Keadaan itu membolehkan banyak bandar baru wujud dan sekali gus 'meredakan' Kuala Lumpur sebagai tumpuan. Dari segi masalah penempatan, saya rasa bagi mereka termasuk warga asing yang bekerja dalam pelbagai sektor di Kuala Lumpur ia tidak menjadi masalah jika mereka bekerja dengan majikan kerana biasanya tempat tinggal mereka disediakan. Bagaimanapun, kita tidak menafikan ada juga yang datang dengan tujuan tertentu (melakukan jenayah). Dalam hal ini, kita bekerjasama dengan polis dan Jabatan Imigresen bagi mengesan dan menahan mereka. HM: Masalah perumahan penduduk termiskin adalah antara perkara yang sering menjadi rungutan. Apakah perancangan DBKL bagi mengatasi masalah ini dalam tempoh terdekat? RUSLIN: Suatu ketika dulu Kuala Lumpur mempunyai lebih kurang 50,000 keluarga setinggan dan jika dengan andaian setiap keluarga mempunyai lima orang anak, jumlah itu mencecah lebih 200,000 orang. Bagaimanapun, dalam tempoh 30 tahun ini, kita sudah mengurangkan masalah setinggan dengan berkesan dan pada masa ini dianggarkan kira-kira 15,000 orang masih mendiami kawasan setinggan. Dari segi perumahan untuk setinggan, sehingga kini kita sudah menempatkan hampir 80,000 orang berpendapatan rendah ke kawasan perumahan kos rendah. Ini dilakukan melalui pembinaan rumah yang kita lakukan dengan bantuan kerajaan atau swasta. Malah melalui projek perumahan DBKL, hampir 70,000 sudah ditempatkan dan dalam tempoh terdekat kita jangka dapat menempatkan 20,000 lagi setinggan. Walaupun sebelum ini kita mensasarkan tahun 2005 untuk menyelesaikan masalah setinggan di Kuala Lumpur, kita menghadapi sedikit masalah termasuk kelewatan sesuatu projek disiapkan. Berikutan itu, kita mensasarkan masalah setinggan di Kuala Lumpur dapat diselesaikan pada awal 2007. HM: Bagaimana pula dengan masalah kesesakan yang 'menghantui' warga kota. Sampai bilakah masalah ini dapat diatasi? RUSLIN: Sebenarnya masalah kesesakan di Kuala Lumpur banyak dapat dikurangkan melalui pelaksanaan beberapa sistem pengangkutan awam terkini
3
seperti monorel. Bagaimanapun, kita akui masih terdapat kelemahan sistem pengangkutan awam dan kajian sedang dilakukan Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam untuk mengatasi masalah ini. Saya difahamkan tumpuan kajian itu diberikan untuk mempertingkatkan perkhidmatan bas awam yang beroperasi di Kuala lumpur pada masa ini. Dalam hal ini, kita sentiasa memberi maklum balas kepada jawatankuasa itu mengenai pembangunan di sekitar Kuala Lumpur malah mencadangkan beberapa laluan baru diadakan. Sebagai contoh, pada masa ini kita lihat tumpuan penduduk lebih banyak di kawasan seperti Mon't Kiara, Sri Hartamas, Jinjang, Jalan Ipoh dan Cheras. Semua kawasan ini masih tidak mempunyai perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap. Kita mengharapkan kajian itu dapat disegerakan bagi membolehkan kawasan terbabit turut menikmati perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap. HM: Kuala Lumpur juga sering dilanda banjir. Bilakah masalah ini dapat diatasi? RUSLIN: Ketika ini projek pembinaan terowong pintar SMART (Stormwater Management and Road Tunnel) sedang giat dijalankan. Pembinaan terowong itu bertujuan mengurangkan masalah banjir di Kuala Lumpur yang akan mengalihkan air hujan dari hulu Sungai Klang supaya mengurangkan alirannya memasuki Sungai Klang di pusat bandar ke kawasan tadahan air di Taman Desa. Kita jangkakan apabila projek ini siap pada penghujung 2007, kita dapat mengurangkan masalah banjir di Kuala Lumpur. HM: Apakah corak pembangunan di Kuala Lumpur pada masa depan? RUSLIN: Kita lihat ketika ini dua kawasan tumpuan giat pembangunan ialah di Mon't Kiara dan sekitar Menara Berkembar Petronas (KLCC). Berdasarkan pembangunan yang giat dijalankan, kita menjangkakan kebanyakan projek yang akan dijalankan pada masa depan lebih bercorak kepada pembangunan yang mempunyai kualiti.
LAMPIRAN D
LAMPIRAN E
SENARAI 17 KAWASAN SETINGGAN YANG TERLIBAT DENGAN LAWATAN YAB MENTERI BESAR JOHOR
DI DAERAH JOHOR BAHRU
Bil Lokasi Mukim Kawasan Pilihanraya No. Fail Keluasan
Status Tanah Bilangan Plot Kenyataan Keputusan
Kerajaan 1 Kampung Baru Rumah
10 Plentong Tebrau PTD.2/2/1/2/78/01
PTD.2/2/1/2/179/01 PTG.2/2/1/5/(2)/78/
2001/1/2002
0.93602 Ek 40538 Kp
Tanah KPRJ – Hs(D)240895 Keluasan keseluruhan – 32.085 Ekar.
140 Pemohon
Telah diduduki sejak 1970 sebagai Tapak Rumah.
Permohonan telah ditolak kerana tanah berhakmilik.
2. Kampung Tawakkal (Bekas Padang Ragut)
Tebrau Tebrau (LPS) II/49/99 69.55 Ek. Tanah Kerajaan 55 Pemohon 1 Tapak Surau
Telah diduduki sejak 1982 dengan rumah kediaman dan dusun
Diperakukan ke PTG pada 25.3.2002 dan telah diluluskan oleh kerajaan untuk LPS.
3. Kampung Sentosa 2 Sungai Tiram
Tebrau PTD.2/6/1/1/2/97 70.0 Ekar Tanah Kerajaan 32 Plot 1 Tapak Surau
Telah diceroboh sejak 1980an.
Diperakukan untuk hakmilik pada 30.8.2002 dan telah diluluskan oleh kerajaan.
4. Kampung Paya Kenangan
Tebrau Tebrau (LPS) II/51/99 6.0 Ekar Tanah Kerajaan 26 Pemohon Telah diduduki sejak 1989 dengan rumah kediaman
Diperakukan kepada kerajaan pada 11.11.2002 dan telah diluluskan untuk LPS.
5. Kampung Pasir Gudang Baru
Plentong Tebrau (LPS) III/5/2001 10.649 Ek. Tanah kerajaan hasil PBT oleh Perbadanan Johor bgm. (PBT)8/73 sek.8 Akta PBT,1960.
94 Pemohon (105 plot)
Telah diduduki sejak 1985 dengan rumah kediaman.
Diperakukan kepada kerajaan tetapi diTOLAK.
6. Kampung Bunga Ros Tebrau Tebrau (LPS) II/52/99 3.0196 Ek. Tanah kerajaan 45 plot (41
Pemohon)
Telah diduduki sejak 1979 dengan rumah kediaman
Diperakukan ke PTG pada 2003 dan telah diluluskan oleh kerajaan dengan LPS
7. Kampung Desa Makmur
Sungai Tiram
Tebrau (K) 0004/81 315 Ekar Tanah Kerajaan (Rizab Hutan Sungai Johor)
45 plot Telah diduduki sejak 1970an dengan rumah dan dusun.
Diperakukan ke PTG pada 2004 tetapi telah DITOLAK oleh kerajaan kerana rizab kerajaan.
Lampiran F
Bil Lokasi Mukim Kawasan Pilihanraya No. Fail Keluasan
Status Tanah Bilangan Plot Kenyataan Keputusan
Kerajaan 8. Kampung Desa
Pingitan Sungai Tiram
Tebrau (K) 0004/81 198 Ekar Tanah Kerajaan (Rizab Hutan Sungai Johor)
66 plot Telah diduduki sejak 1970 bagi peringkat 1 – 15 penceroboh dan 50 penceroboh lagi sekitar 1990 dengan rumah dan dusun.
Diperakukan ke PTG pada 2004 tetapi telah DITOLAK oleh kerajaan kerana rizab kerajaan.
9. Kampung Desa Mewah Sungai Tiram
Tebrau (K) 0004/81 112 Ekar Tanah Kerajaan (Rizab Hutan Sungai Johor)
28 plot Telah diduduki sejak 1970an dengan rumah dan dusun.
Diperakukan ke PTG pada 2004 tetapi telah DITOLAK oleh kerajaan kerana rizab kerajaan.
10. Kampung Bukit Dagang Sungai Tiram
Tebrau (K) 0015/99, PTG.2/6/1/2/15/99/
19/99
83 Ekar Tanah Kerajaan 177 Pemohon
Tapak cadangan perpindahan penduduk Kampung Plentong Tengah bgm. RM bil. 1689 bth 29.10.1989.
Diperakukan ke PTG pada 2003 dan telah DILULUSKAN untuk Hakmilik.
11. Kampung Seri Serdang (Besebelahan Kampung Pasir, Tampoi)
Pulai Pulai (K) 0024/99, PTG.2/3/1/2/0024/99/
9/2002
7.0 Ekar Tanah Kerajaan 79 plot Telah diduduki sejak 1983 dengan rumah kediaman
Diperakukan ke PTG pada 2002 dan telah DILULUSKAN oleh kerajaan dengan Hakmilik.
12. Kampung Seri Jaya Baru (Besebelahan Kampung Pasir, Tampoi)
Pulai Pulai (K) 0023/99 10.0 Ekar Tanah kerajaan 126 plot (118
pemohon)
Telah diduduki sejak 1983 dengan rumah kediaman
Diperakukan ke PTG pada 18.3.2002 dan telah DILULUSKAN oleh kerajaan dengan Hakmilik.
Sumber : Buku Lapuran Bahagian Kuatkuasa PTJB, 2007
Bil Lokasi Mukim Kawasan Pilihanraya No. Fail
Keluasan
Status Tanah Bilangan
Plot Kenyataan Keputusan Kerajaan
13. Kampung Seri Serdang Baru (Belakang Kilang TCM, Tampoi)
Pulai Pulai (K) 0025/99 5.73 Ekar Tanah Kerajaan 105 plot (96
Pemohon)
Telah diduduki sejak 1983 dengan rumah kediaman
Diperakukan ke PTG pada 18.3.2002 dan telah DILULUSKAN oleh kerajaan dengan Hakmilik.
14. Kampung Pasir Brunai (Bersebelahan Kampung Pasir, Tampoi)
Pulai Pulai (K) 0008/98 , PTG.2/3/1/2/0008/98/
3/2003
17.456 Ekar
Tanah Kerajaan 163 plot Telah diduduki sejak 1970 dengan rumah kediaman
Diperakukan ke PTG pada 26.12.2000 dan telah DILULUSKAN oleh kerajaan dengan Hakmilik.
15. Kampung Pengkalan Rinting (Bersebelahan Kampung Pasir, Tampoi)
Pulai Pulai (LPS) V/64/95, PTG.
2/3/1/5(2)/64/95/ 30/99
5.730 Ekar Tanah Kerajaan 105 plot (96
pemohon)
Telah diduduki sejak 1983 dengan rumah kediaman
Diperakukan ke PTG pada 18.3.2002 dan telah DILULUSKAN oleh kerajaan dengan LPS.
16. Kampung Laut Batu 10 (Belakang Skudai Parade)
Pulai Pulai KK/CH/II/1/2003 57.0 Ekar Tanah Kerajaan (Bekas rizab Jalan Skudai lama)
Tiada Permohonan
Telah diduduki sejak tahun 1970 dengan rumah kediaman.
Telah dibawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Setinggan. Keputusannya – semua penduduk ditawarkan rumah murah di Taman Impian Emas, Skudai.
17. Kampung Melayu Gelang Patah (1 Km dari Jalan Gelang Patah Ke Ulu Choh)
Jelutong Gelang Patah (K) 0007/82, PTG. 2/1/1/7/(2)007/ 82/71/2002, PTG. 2/1/1/7(2)/0007/ 82/82/2002
49.50 Ekar Tanah Kerajaan 245 plot (199
Pemohon)
Telah diduduki sejak 1957 dengan rumah.
Diperakukan ke PTG pada 7.11.2002 untuk sambungan Lis. Permohonan pada waris – 26.12.2002, manakala permohonan biasa pada 18.2.2003. Permohonan ini DILULUSKAN oleh kerajaan dengan hakmilik.
Sumber : Buku Lapuran Bahagian Kuatkuasa PTJB, 2007
SENARAI KAWASAN SETINGGAN (TAMBAHAN) YANG TERLIBAT DENGAN LAWATAN YAB MENTERI BESAR JOHOR
DI DAERAH JOHOR BAHRU
Bil Lokasi Mukim Kawasan Pilihanraya No. Fail Keluasan
Status Tanah Bilangan Plot Kenyataan Keputusan
Kerajaan 1. Kampung Pasir Putih, Pasir
Gudang Plentong Tebrau (K) 0003/94 150 Ekar Tanah KPRJ dan Tanah
Berhakmilik (Individu) 800 Plot Telah diduduki sejak
1980 sebagai Tapak Rumah.
Permohonan telah ditolak kerana tanah berhakmilik.
2. Kampung Pasir Tebrau, Kangkar Tebrau
Tebrau Terbau (LPS) II/50/99 8.0 Ekar Tanah Kerajaan 35 plot Telah diduduki sejak 1980 sebagai Tapak Rumah.
Diperakukan pada PTG pada 18.1.2000 dan DILULUSKAN dengan LPS.
3. Kampung Ulu Pandan, Pandan Tebrau Tebrau (K) 0005/97 5.0 Ekar Tanah Kerajaan 39 plot Telah diduduki sejak 1980 sebagai Tapak Rumah.
Diperakukan pada PTG pada 18.1.2000 dan DILULUSKAN dengan LPS.
4. Kampung Sri Makmur Tebrau Tebrau (LPS) III/23/2002 3.0 Ekar Tanah Kerajaan (Rizab Jalan)
201 plot Telah diduduki sejak 1989 sebagai tapak rumah.
Diperakukan ke PTG pada bulan 2/2003 untuk TOLAK kerana rizab jalan.
5. Kampung Sri Bahagia (Bersebelahan Taman Desa Harmoni)
Plentong Tebrau 5.0 Ekar Tanah Berhakmilik KPRJ – PTD 148141 – Hs(D) 270895. Hakmilik dikeluarkan – 22.1.1998
Tiada Data Telah diduduki sejak 1980 sebagai Tapak Rumah.
Tiada perakuan kerana tanah bertuan. Penceroboh masih duduki diatas tanah ini hingga sekarang.
6. Kampung Plentong Baru (Jalan masuk melalui Masjid Plentong dan Hypermarket MAKRO)
Plentong Tebrau 41.598 Ekar
Tanah Berhakmilik KPRJ – PTD 148139 – Hs(D) 270893 Hakmilik dikeluarkan – 22.1.1998
200 plot Telah diduduki sejak 1980 sebagai Tapak Rumah.
Tiada perakuan kerana tanah bertuan. Penceroboh masih duduki diatas tanah ini hingga sekarang.
7. Kampung Plentong Tengah
Plentong Tebrau 239.89 Ekar
Tanah Berhakmilik KPRJ – PTD 148141 – Hs(D) 270895 Hakmilik dikeluarkan – 22.1.1998
Tiada Data Telah diduduki sejak 1980 sebagai Tapak Rumah.
Tiada perakuan kerana tanah bertuan. Penceroboh masih duduki diatas tanah ini hingga sekarang.
Sumber : Bahagian Kuatkuasa, Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru, 2007
Lampiran G
SENARAI KAWASAN SETINGGAN (TAMBAHAN) YANG TERLIBAT DENGAN LAWATAN YAB MENTERI BESAR JOHOR
DI DAERAH JOHOR BAHRU
Bil Lokasi Mukim Kawasan Pilihanraya No. Fail Keluasan
Status Tanah Bilangan Plot Kenyataan Keputusan
Kerajaan 8. Kampung Sri Aman, Seelong Tebrau Tebrau (K) 0011/84 5.0 Ekar Tanah Kerajaan – cadangan
rizab padang ragut 65 plot Telah diduduki sejak
1980 sebagai Tapak Rumah.
Diperakukan kepada PTG dan telah DILULUSKAN dengan kurniaan
9. Kampung Sentosa, Plentong Plentong Terbau PTD.2/2/1/2/9/2000 156 Ekar Tanah Kerajaan 979 plot Telah diduduki sejak 1980 sebagai Tapak Rumah.
Akan diperakukan pada PTG untuk kelulusan LPS
10. Kampung Pertanian, Masai (Bersebelahan Kubur Cina, Masai)
Plentong Tebrau (K) 3021 / 81 4.5 Ekar Tanah Kerajaan 45 plot Telah diduduki sejak 1990. 90% pendatang asing.
Tiada diperakukan. Untuk diambil tindakan undang – undang dibawah Sek.425 KTN.
11. Kampung Banjar Batu 16 (Setinggan Sepanjang Rizab Sungai Tiram)
Plentong Tebrau KK/CH/111/1/2003 15 Ekar Tanah Kerajaan (Rizab Sungai)
120 plot Telah diceroboh sejak 1980. 80 % pendatang asing.
Tiada diperakukan. Untuk diambil tindakan undang – undang dibawah Sek.425 KTN.
12. Kampung Tenang Batu 15 hingga 15.5 Jalan Sungai Tiram (Setinggan Sepanjang Rizab Sungai Tiram)
Plentong Tebrau KK/CH/111/1/2003 20 Ekar Tanah Kerajaan (Rizab Sungai)
200 plot Telah diceroboh sejak 1980.
Tiada diperakukan. Untuk diambil tindakan undang – undang dibawah Sek.425 KTN.
13. Kampung Paya, Sungai Redan (Bersempadan dengan Ladang Nam Heng)
Sungai Tiram
Tebrau (K) 0009 / 84 16 Ekar Tanah kerajaan 15 plot Telah diceroboh sejak tahun 1980.
Diperakukan ke PTG pada 2003 masih belum ada jawaban.
14. Kampung Pasir Dalam Bt. 21 Sungai Tiram
Sungai Tiram
Tebrau KK/CH/iV/1/2003 20 ekar Tanah Kerajaan (Rizab Sungai)
35 plot Telah diceroboh sejak 1970.
Tiada diperakukan. Untuk diambil tindakan undang – undang dibawah Sek.425 KTN.
15. Kampung SC Bt. 20 Sungai Tiram
Sungai Tiram
Tebrau KK/CH/iV/1/2003 5.0 ekar Tanah Kerajaan (Rizab Sungai)
20 plot Telah diceroboh sejak 1980.
Tiada diperakukan. Untuk diambil tindakan undang – undang dibawah Sek.425 KTN.
Sumber : Bahagian Kuatkuasa, Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru, 2007
SENARAI KAWASAN SETINGGAN (TAMBAHAN) YANG TERLIBAT DENGAN LAWATAN YAB MENTERI BESAR JOHOR
DI DAERAH JOHOR BAHRU
Bil Lokasi Mukim Kawasan Pilihanraya No. Fail Keluasan
Status Tanah Bilangan Plot Kenyataan Keputusan
Kerajaan 16. Kampung Lembah Jaya,
Skudai Tebrau Tebrau (K) 2008 / 95 8.0 Ekar Tanah berhakmilik – KPRJ 48 plot Telah diduduki sejak
1980 sebagai Tapak Rumah.
Tidak diperakukan. Dicadangkan dipindahkan ke Taman Impian Emas. Tiada tindakan susulan.
17. Kampung Lembah Denai 15 (Kencana B)
Tebrau Terbau CH 24 / 89 3.0 Ekar Tanah Kerajaan (Rizab anti malaria tidak warta).
21 plot termasuk
surau
Telah diduduki sejak 1970 sebagai Tapak Rumah.
Diperakukan ke PTG dan DILULUSKAN dengan LPS bgm. MMK. RM bil: 514/89 bth 19.7.1989.
18. Kampung Denai 1 (Sebelah kiri Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Masjid Al-Mizan, Kempas)
Tebrau Pulai CH 25 / 89 2.0 Ekar Tanah Kerajaan (Rizab anti malaria tidak warta).
11 plot termasuk
surau
Telah diduduki sejak 1970 sebagai Tapak Rumah.
Diperakukan ke PTG dan DILULUSKAN dengan LPS bgm. MMK. RM bil: 514/89 bth 19.7.1989.
19. Kampung Lembah Bestari (1.5 Km Dari persimpangan Lebuhraya Pasir Gudang - Kempas)
Tebrau Pulai CH 29 / 89, (K) 0011 / 99
5.0 Ekar Tanah Kerajaan (Rizab anti malaria tidak warta).
39 plot termasuk
surau
Telah diduduki sejak 1970 sebagai Tapak Rumah.
Diperakukan ke PTG dan DILULUSKAN dengan LPS bgm. MMK. RM bil: 514/89 bth 19.7.1989.
20. Kampung Lembah Murni (1.5 Km Dari persimpangan Lebuhraya Pasir Gudang - Kempas)
Tebrau Pulai CH 30 / 89, (K) 0009 / 99
5.0 Ekar Tanah Kerajaan (Rizab anti malaria tidak warta).
27 plot termasuk
surau
Telah diduduki sejak 1970 sebagai Tapak Rumah.
Diperakukan ke PTG dan DILULUSKAN dengan LPS bgm. MMK. RM bil: 514/89 bth 19.7.1989.
Sumber : Bahagian Kuatkuasa, Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru, 2007