kajian tindakan
DESCRIPTION
good job..TRANSCRIPT
MOTIF PENGLIBATAN PELAJAR DALAM
KO-KURIKULUM BOLA BALING
NOR AIDA BINTI ANUAR
IJAZAH SARJANAMUDA PENDIDIKAN SAINS SUKAN JABATAN PENDIDIKAN SAINS SUKAN
FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK OKTOBER, 2004
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa penulisan ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali
nukilan-nukilan dan ringkasan-ringkasan yang setiap satunya telah dijelaskan
sumber rujukannya.
…………………………………………………..
( NOR AIDA BINTI ANUAR )
………………………..
i
PENGESAHAN
Penulisan ilmiah ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi syarat
kursus KSS 4103 latihan ilmiah bagi memperolehi
Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak
…………………………………….
(Dr. SHAHARUDIN BIN ABD.AZIZ)
Penyelia
Kursus KSS 4103 Latihan Ilmiah
Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak
OKTOBER 2004
ii
PENGESAHAN
Penulisan ilmiah ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi syarat
kursus KSS 4103 latihan ilmiah bagi memperolehi
Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak
…………………………………….
(DR. AHMAD BIN HASHIM )
Penyelaras Kursus KSS 4103 Latihan Ilmiah
Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak
OKTOBER 2004
iii
DEDIKASI
Buat Mek dan Ayah…… yang selalu kurindui dan kasihi, Halimah Binti Ismail dan Anuar Bin Syed
Mohd. Noor yang sentiasa ku kehausan belaian kasih sayangmu selama ini, pengorbanan yang kau berikan terhadapku
tak ternilai dan takkan kulupakan……….
Khas untuk nenek yang diingati dan kusanjungi……….. Mariam Binti Sheikh Abu Bakar budi serta kebaikanmu yang
mendewasakan diriku tetap terpahat dalam jiwaku……..
Teramat istemewa buat suamiku………….. Mirza Arman Bin Mohamad yang banyak membantu dan memberi
galakkan serta motivasi buat diriku untuk meneruskan pengajian sekaligus menjalani kehidupan yang bermakna sekarang……………..
Dorongan dan pengorbananmu yang ikhlas selama ini menjadi ikatan yang kukuh buat kita sekeluarga………
Buat putera dan puteriku…………
Mohd. Afiq Syazwan dan Nurain Syafiqah, kehadiran kalian banyak membantu mama dalam kehidupan sekarang…..
setiap gerakan dan senyumanmu menjadi sumber inspirasiku untuk meneruskan pengajian serta kehidupan ini………
Untuk kakak – kakak dan adik – adikku
yang banyak menolong serta memberikan dorongan untukku terus belajar
Untuk rakan-rakan vigorian dan ‘Ahli Taman Segar 45’ yang banyak mengajar diriku belajar menjadi insan yang berguna di UPSI
buat semua pensyarah dan pembantu sukan yang banyak membantu
diriku menimba ilmu
Terima kasih untuk semua, jasa dan bantuan kalian amat ternilai dan doa kalian semua menjadi semangat dan dorongan untukku menamatkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak
hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya Terima Kasih
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah……. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
serta kurniaNya yang memberikan ku ilmu pengetahuan dan kekuatan diri
serta dengan izinnya dapatlah saya menyiapkan penulisan ilmiah ini.
Jutaan terima kasih saya tujukan khas buat pensyarah penyelia, Dr.
Shaharudin Bin Abd. Aziz yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan
panduan serta bimbingan untuk saya menyiapkan penulisan ilmiah ini.
Terima kasih juga saya tujukan kepada semua pensyarah-
pensyarah, tutor dan pembantu sukan Jabatan Sains Sukan yang banyak
membantu dan memberikan ilmu dalam menyiapkan penulisan ilmiah ini.
Tak lupa juga saya tujukan ribuan terima kasih buat pelajar ko-
kurikulum bola baling yang banyak memberikan kerjasama dalam
menyiapkan kajian ini.
Seterusnya, setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan
VIGOR dan ‘Ahli Taman Segar 45’ yang banyak membantu dan berkongsi
ilmu serta memberi pendapat dalam usaha menyiapkan penulisan ini.
Saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang
banyak membantu dalam menyiapkan penulisan ilmiah ini, hanya Allah
S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.
v
JADUAL KANDUNGAN
Muka surat
DEDIKASI . . . . . . . . . iv
PENGHARGAAN . . . . . . . . v
SENARAI JADUAL . . . . . . . . ix
ABSTRAK . . . . . . . . . x
BAB
I PENGENALAN 1
Pernyataan Masalah . . . . . 5
Kepentingan Kajian . . . . . 7
Objektif Kajian . . . . . . 8
Persoalan Kajian . . . . . . 8
Delimitasi . . . . . . . 9
Limitasi . . . . . . .
Definisi Operasional . . . . .
vi
BAB II KAJIAN BERKAITAN . . . . . . 14
BAB
III METODOLOGI KAJIAN . . . . . . 21
Rekabentuk Kajian . . . . . . 21
Sampel Kajian . . . . . . 22
Instrumen Kajian . . . . . . 22
Pengumpulan Data . . . . . . 23
BAB
IV PENGANALISISAN DATA. . . . . . 24
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN . . 32
Perbincangan . . . . . . 32
Rumusan . . . . . . . 38
Cadangan . . . . . . . 40
vii
RUJUKAN . . . . . . . . . 43
LAMPIRAN
A Borang soal selidik Participation Motivation Questionnaire
(PMQ) . . . . . . . . 45
viii
Abstrak Latihan Ilmiah Yang dikemukakan Kepada Jabatan Sains Sukan, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Sebagai Memenuhi Keperluan Kursus KSS 4103 Latihan Ilmiah Untuk Ijazah Sarjanamuda Sains Sukan
MOTIF PENGLIBATAN YANG MEMPENGARUHI PEAJAR DALAM KO-KURIKULUM BOLA BALING DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK
Oleh
NOR AIDA BINTI ANUAR
OKTOBER 2004
Pensyarah Penyelia : Dr. Shaharudin Bin Abd. Aziz Penyelaras : Dr. Ahmad Bin Hashim Jabatan : Jabatan Sains Sukan Fakulti : Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk melihat motif penglibatan pelajar dalam ko-
kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak.
Sampel terdiri daripada 50 orang pelajar iaitu 25 orang pelajar lelaki dan 25
orang pelajar perempuan ko-kurikulum bola baling. Perbandingan dibuat
x
berdasarkan pelajar berpengalaman dan kurang berpengalaman. Instrumen
kajian yang digunakan ialah borang soal selidik Participation Motivation
Questionnaire (PMQ). Analisis min dan ujian t menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan di antara motif penglibatan pelajar dalam ko-kurikulum
bola baling di UPSI iaitu orientasi kecergasan, faktor situasi, persahabatan dan
keseronokan.
xi
BAB I
PENGENALAN
Setiap manusia mempunyai motif yang berbeza di dalam diri mereka
apabila melibatkan atau melakukan sesuatu perlakuan atau aktiviti di dalam
sukan yang diceburinya. Mungkin di antara dua orang manusia melakukan
satu aktiviti yang sama tetapi mereka mempunyai motif penglibatan yang
berlainan untuk mendorong mereka melakukan aktiviti tersebut. Secara tidak
langsung bolehlah difahami bahawa motif penglibatan seseorang individu itu
adalah perkara yang abstrak dan sukar untuk dilihat melainkan individu itu
sendiri yang boleh mentafsirkan pengertiannya.
Chaplin (petikan Mohamad Nazar, 1990) mendefinisikan motivasi sebagai
angkubah-angkubah yang digunakan untuk menerangkan tentang faktor-
faktor di dalam organisasi yang membangkitkan dan mengarah tingkah laku
ke arah satu matlamat.
Menurut Sage (1977), beliau mengatakan bahawa motivasi ialah merujuk
kepada arah dan intensiti usaha seseorang individu di mana arah merujuk
kepada tindakan individu sama ada untuk menghampiri atau menjauhi
sesuatu
2
situasi, manakala usaha pula ialah tahap kekuatan usaha seseorang individu
tersebut untuk menghampiri atau menjauhi situasi tersebut.
Manakala Wann (1997) pula mendefinisikan motivasi sebagai satu proses
kebangkitan dalam diri seseorang individu yang membantu usaha mengarah
serta mengekalkan perlakuan yang diingini itu. Jadi di sini bolehlah dikatakan
bahawa definisi yang diutarakan oleh Wann (1997) juga mengambil kira faktor
arah dan intensiti usaha sebagaimana yang telah dikemukakan oleh Sage
(1977).
Menurut Syarifah Alawiyah Alsagoff (1987) pula, motivasi merupakan satu
keperluan untuk mencapai sesuatu yang diinginkan. Beliau juga menyatakan
bahawa, motivasi mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti cita-cita, keseronokan
di dalam situasi persaingan, keyakinan yang teguh untuk bekerja atau membuat
sesuatu dengan bebas, ingin benar melakukan sesuatu dan menyelesaikan
masalah serta perlukan sesuatu yang lasak dan mencabar.
Jelaslah, bahawa motif penglibatan seseorang individu itu mempunyai banyak
elemen yang memandu kepada sesuatu perlakuan atau perbuatan seseorang
individu.
Alam keilmuan di negara kita dipenuhi oleh pembelajaran formal menerusi
kurikulum dan tak formal menerusi ko-kurikulum. Pada hakikatnya, kegiatan
kurikulum dan ko-kurikulum itu merupakan satu kesinambungan pengalaman
pembelajaran. Kegiatan ko-kurikulum adalah jelmaan berbentuk amali dari ciri-
ciri keilmuan dan nilai yang terdapat dalam kurikulum. Apa yang dipupuk bukan
sahaja imbangan ciri keilmuan dengan nilai rohaniah dan kemanusiaan menerusi
3
kurikulum, tetapi imbangan antara ciri formal dan akademik dalam kurikulum
dengan ciri tak formal dan amali menerusi kegiatan ko-kurikulum (Yusoff, 1988).
Perkataan kurikulum berasal dari perkataan Latin iaitu currere yang
membawa maksud menjalani dan mempunyai hubungan dengan menjalani
pertandingan atau perlumbaan serta dengan kursus perlumbaan. Perkataan ko
pula bermaksud gabungan atau hubungan yang biasa digunakan pada pangkal
perkataan lain. Jika dipandang dari perspektif tersebut, ko-kurikulum
berorientasikan pendidikan jasmani, iaitu satu bidang pendidikan formal
bertujuan mendedahkan kegiatan jasmani asas yang bermatlamatkan perolehan
kemahiran jasmani di samping membentuk kebolehan intelek, kestabilan emosi
dan kebolehsosialan di kalangan pelajar. Oleh itu, bolehlah dianggapkan bahawa
istilah gerak kerja ko-kurikulum telah menggantikan istilah gerak kerja luar ko-
kurikulum yang dihuraikan sebagai kegiatan selain dari kegiatan akademik, tetapi
mempunyai hubungan dengannya dan dilakukan di luar bilik kuliah atau bilik
darjah pada masa-masa selain dari masa kegiatan akademik (Yusoff, 1988).
Kegiatan ko-kurikulum di institusi pengajian tinggi, khususnya di universiti-
universiti di Malaysia merangkumi aspek pembelajaran yang ada kaitan dengan
kurikulum formal iaitu menerusi kegiatan-kegiatan seperti kegiatan sukan dan
riadah, kegiatan kebudayaan, kegiatan kerohanian, kegiatan pakaian seragam,
kegiatan khidmat masyarakat dan kegiatan persatuan (Yusoff, 1988).
Kegiatan ko-kurikulum sukan melibatkan kepelbagaian kegiatan jasmani yang
dibentuk untuk pelajar-pelajar dikebanyakan institusi pengajian tinggi di
Malaysia, khususnya di sekolah dan maktab perguruan. Terdapat juga kegiatan
4
seperti ini dikebanyakan universiti tempatan yang dikelolakan oleh Unit Sukan,
Persatuan Mahasiswa, Jawatankuasa Kebajikan Siswa dan Siswi, atau
Jawatankuasa Ko-Kurikulum Universiti. Program yang dibentuk khas ini untuk
siswa dan siswi bukan sahaja merupakan sukan riadah, malahan dimuatkan
dengan kegiatan bercorak pertandingan. Kegiatan ini dijalankan di antara
pasukan dalam kampus, iaitu jenis ‘intramural’ dan ada juga dijalankan di antara
dua kampus yang berlainan, iaitu dalam bentuk ‘extramural’. Kedua-dua jenis
sukan ini adalah berunsurkan sukan riadah.
Kita sering terdengar pelbagai pihak menekankan keperluan diadakan
pendidikan yang lebih seimbang bagi melahirkan generasi yang berwibawa dan
berilmu pengetahuan. Dalam hal ini, Yang Berhormat Menteri Pendidikan, para
cendekiawan dan masyarakat umum telah menyuarakan perasaan kebimbangan
mereka terhadap keadaan ketidakseimbangan yang terdapat di antara pelajaran
akademik dan kegiatan ko-kurikulum. Kebimbangan ini juga dinyatakan dalam
Laporan Jawatankuasa Kabinet (Kementerian Pendidikan Malaysia 1979).
Semua pihak berpendapat kurikulum sekarang terlalu memberi penekanan
kepada pelajaran akademik dan tidak dapat mengawal dengan sempurna
kegiatan ko-kurikulum yang sedang dilaksanakan itu. Keadaan ini menyebabkan
suasana pembelajaran sentiasa tertekan, kampus universiti agak terasing dari
realiti masyarakat dan perkembangan menyeluruh watak dan sahsiah pelajar
juga kurang memuaskan.
Tetapi sejak akhir- akhir ini, penglibatan pelajar-pelajar sekolah mahupun
di institusi-institusi pengajian tinggi semakin meningkat di dalam kegiatan ko-
5
kurikulum sukan. Ini mungkin selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Negara yang meletakkan sukan adalah salah satu cara untuk membentuk pelajar
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Selain
daripada itu, kesederan ini juga dapat memupuk pelajar agar bergiat cergas di
samping dapat mengulang kaji pelajaran mereka dengan pemikiran yang cerdas.
Tidak dapat dinafikan bahawa motif penglibatan pelajar mempunyai
hubung kait secara langsung dan memainkan peranan yang penting untuk
menggerakkan masyarakat khususnya pelajar sekolah dan institusi-institusi
pengajian tinggi supaya melibatkan diri dalam bidang ko-kurikulum bagi
mencapai hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia.
Semoga dengan kajian yang dijalankan ini dapat dijadikan sumber rujukan
dan panduan di dalam melaksanakan rancangan dan program yang berkaitan
dengan kegiatan ko-kurikulum untuk keperluan generasi akan datang yang
sedang mengikuti arus pembangunan dan pemodenan agar wawasan 2020
dapat direalisasikan.
Pernyataan Masalah
Motif penglibatan merupakan salah satu faktor yang penting untuk
seseorang individu melibatkan diri dalam aktiviti atau kegiatan sukan.
Contohnya, baru-baru ini diadakan Sukan Sea di Hanoi, Vietnam. Kalau dilihat
dari sudut pencapaian, atlit kita tidak memenuhi kehendak yang diharapkan oleh
negara. Justeru itu, pelbagai persoalan serta isu mula timbul dan menyatakan
6
bahawa, beberapa faktor yang menjadi penyebab kepada penurunan prestasi
dan juga persembahan atlit di negara ini. Salah satu faktornya ialah tiadanya
motif penglibatan di kalangan mereka. Mengapa pula motif ini dianggap
penting?. Ianya dianggap penting kerana boleh mempengaruhi persembahan
serta pencapaian atlit dalam sesuatu sukan dan akhirnya, atlit tersebut dapat
dikalahkan oleh pihak lawan. Mengapa pula ia dapat mempengaruhi prestasi
serta persembahan mereka ?. Hal ini kerana tanpa adanya motif penglibatan di
dalam diri setiap atlit, mungkin ia tidak dapat memberi daya atau perangsang
kepada diri atlit tersebut untuk menunjukkan persembahan yang terbaik
seterusnya mencapai matlamat yang diingini.
Apakah yang dikatakan motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik ?
Motivasi intrinsik ialah satu daya yang membantu seseorang individu untuk
menunjukkan perlakuan yang lebih baik dan ianya tersembunyi atau tersemat di
dalam jiwa individu tersebut tanpa ada unsur luaran atau ganjaran yang
mendorong mereka melakukannya. Contohnya, Ali seorang atlit dan dia bertekad
untuk meningkatkan prestasi serta persembahannya dalam sukan bola baling di
sekolahnya untuk perlawanan akan datang, dan keinginannya ini tidak didorong
oleh sesiapapun. Manakala motivasi ekstrinsik ialah motivasi yang ada dorongan
dan sokongan dari luaran. Contohnya, apabila seseorang melibatkan diri dalam
kegiatan ko-kurikulum, motif penglibatan mereka adalah ingin mendapatkan
ganjaran yang berbentuk wang, hadiah, kata-kata pujian dan sebagainya.
Jadi persoalannya, adakah penglibatan pelajar-pelajar di Universiti
Pendidikan Sultan Idris di Tanjong Malim ini dipengaruhi oleh faktor-faktor motif
7
penglibatan ataupun terpaksa untuk memilihnya kerana tiada jalan lain lagi untuk
mereka menyelesaikannya.
Sehingga kini tiada lagi kajian yang dapat mengukuhkan kenyataan
tersebut. Jadi, penyelidik ingin benar mengetahui apakah faktor-faktor itu tadi
yang mempengaruhi mereka atau sebaliknya.
Diharapkan dengan kajian yang dijalankan ini dapatlah ia memberi
gambaran yang sebenar dan dapat menyakinkan kepada orang ramai bahawa
isu ini amat penting dalam membangunkan kegiatan sukan tersebut.
Kepentingan Kajian Kepentingan kajian ini adalah untuk :
1. Mengetahui gambaran sebenar bagi membuktikan kenyataan tentang
penglibatan pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam
kegiatan ko-kurikulum adalah menggalakkan.
2. Memberi peluang atau membantu pihak pengurusan dan pentadbiran
di Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk merancang program dan
penyediaan kemudahan bagi menjalankan sesuatu aktiviti ko-
kurikulum supaya dapat menyokong konsep ’Malaysia Cergas’ dan
secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi pelajar bukan
sahaja dalam bidang akademik malahan juga dalam bidang sukan.
8
Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :
1. Mengenal pasti faktor-faktor motif penglibatan pelajar dalam kegiatan
ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong
Malim, Perak.
Persoalan Kajian Kajian ini dijalankan bertujuan memenuhi keperluan hipotesis iaitu :
Ho 1 : Adakah terdapat perbezaan yang signifikan motif penglibatan di kalangan pelajar ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak.
Delimitasi
Kajian ini terbatas kepada 50 orang pelajar iaitu 25 orang pelajar lelaki
dan 25 orang pelajar perempuan di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong
Malim, Perak sahaja. Kesemua pelajar ini terdiri daripada pelajar ko-kurikulum
9
bola baling di universiti tersebut. Oleh kerana kajian ini terhad kepada sebuah
universiti sahaja, maka hasilnya tidak boleh digeneralisasi terhadap universiti-
universiti lain di Malaysia.
Limitasi
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang
mungkin mempunyai kelemahan. Ini kerana soal selidik telah diterjemahkan
dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Oleh sebab itu mungkin
terdapat penterjemahan yang tidak tepat.
Di samping itu, masa yang singkat juga membataskan penyelidik
menjalankan kajian dengan lebih mendalam. Selain daripada itu, kejujuran
dan keikhlasan para pelajar ko-kurikulum bola baling di universiti ini juga
sukar dikawal oleh penyelidik.
Definisi Operational
Faktor-Faktor - Penyebab kepada perkara-perkara yang berkaitan
Mempengaruhi - Faktor yang menggalakkan
Motif - Satu daya yang membantu peningkatan serta pengekalan perlakuan seseorang individu.
10
Motivasi Intrinsik - Motivasi yang tersemat atau tersembunyi dalam diri seseorang individu untuk melakukan sesuatu perkara atau aktiviti.
Motivasi Ekstrinsik - Motivasi yang merupakan satu proses apabila
stimulus atau rangsangan atau peristiwa luar diterima oleh seseorang individu untuk melakukan sesuatu.
Penglibatan - Penyertaan individu untuk melakukan aktiviti sukan
secara individu atau berkumpulan yang dirancang atau sukarela.
Ko-kurikulum - Kegiatan selain dari kegiatan akademik, tetapi mempunyai hubungan dengannya dan dilakukan di luar bilik darjah atau kuliah pada masa-masa selain dari masa kegiatan akademik.
11
BAB II
KAJIAN BERKAITAN
Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat faktor-faktor motif penglibatan
pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan
Idris Tanjung Malim, Perak. Dalam kajian ini dinyatakan beberapa kajian
tempatan dan luar negara yang mempunyai hubungan erat dengan bidang
masalah yang ditumpukan oleh penyelidik.
Pelbagai definisi telah diutarakan oleh pakar-pakar motivasi atau psikologi
untuk menerangkan pengertian yang sebenar tentang motif penglibatan. Di
antara definisi yang paling popular ialah definisi Sage (1977) yang menyatakan
bahawa pengertian motif penglibatan merujuk kepada arah dan intensiti usaha
seseorang individu sama ada untuk menghampiri atau menjauhi sesuatu
keadaan atau situasi. Manakala, intensiti usaha pula ialah tahap kekuatan usaha
seseorang individu untuk menghampiri atau menjauhi situasi tersebut.
Menurut Wann (1997) menjelaskan motif penglibatan adalah sebagai satu
proses kebangkitan dalam diri seseorang individu yang boleh membantu usaha
mengarah serta mengekalkan perlakuan yang diingini oleh seseorang individu, di
mana definisi beliau juga mengambil kira faktor-faktor arah dan intensiti usaha
sebagaimana yang dikemukakan oleh Sage pada tahun 1977.
12
Jadi di sini bolehlah dikatakan bahawa motif penglibatan adalah satu daya
yang membantu peningkatan serta pengekalan perlakuan atau tingkah laku
seseorang individu.
Selain itu, motif penglibatan juga mempunyai pelbagai jenis, di antaranya
ialah jenis motif pencapaian di mana ianya lebih mencenderungkan diri
seseorang individu atau atlit sama ada untuk mendekati atau mengelakkan diri
dari situasi yang kompetitif atau berasaskan pencapaian di mana motif jenis ini
lebih bersifat intrinsik dan juga ekstrinsik untuk memenuhi kehendak serta
mendapatkan ganjaran, penghormatan dan sebagainya yang bersifat material.
Jenis motif penglibatan yang kedua ialah motif keyakinan diri yang
bermaksud seseorang individu yang merasakan bahawa dirinya berkemampuan
dan boleh melakukan sesuatu aktiviti atau tugasan yang khusus dengan jayanya.
Persoalannya di sini ialah, adakah kedua-dua motif penglibatan ini dapat
memenuhi kehendak atau mempengaruhi penglibatan pelajar di institusi-institusi
pengajian tinggi di Malaysia atau sebaliknya ?.
Di dalam bab ini penyelidik akan mengupas dan mengutarakan isu-isu
yang berkaitan dengan motif penglibatan pelajar tersebut sama ada ia
mempengaruhi penglibatan pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum bola baling di
Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak ataupun sebaliknya.
Selain itu, pelbagai teori motif penglibatan telah dikemukakan untuk
memperjelaskan lagi tentang sesuatu jenis motif dalam penglibatan sukan. Di
antara teori yang mengupas tentang pendekatan motif pencapaian ini adalah
model motif pencapaian McClelland dan Atkinson. Model ini terbentuk
13
berdasarkan dua konstruk iaitu motif untuk mencapai kejayaan dan takut kepada
kegagalan. Sekiranya atlit tersebut berkeyakinan bahawa beliau boleh berjaya,
maka atlit tersebut akan memilih untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.
Bagaimanapun, sekiranya atlit tersebut merasakan dirinya tidak berkeyakinan
untuk melakukan aktiviti tersebut, maka beliau akan memilih untuk tidak
menyertai aktiviti berkenaan.
Pada sekitar 1970-an, Teori Kognitif telah muncul dan dapat menarik
perhatian ramai penyelidik untuk melihat serta mengupas sesuatu isu menerusi
perspektif ini. Disebabkan ketikupayaan model McClelland dan Atkinson inilah
ramai penyelidik beralih kepada perspektif kognitif ini. Antara konsep yang
menjadi tarikan para penyelidik ialah konsep keyakinan diri. Arkes dan Garske
(1982) menjelaskan bahawa ramai penyelidik melihat pengaruh keyakian diri
sebagai faktor yang membezakan individu yang tinggi motif pencapaiannya
berbanding mereka yang rendah motif pencapaiannya.
Konstruk keyakinan diri adalah sama dengan konstruk instrinsik motif
pencapaian iaitu motif untuk mencapai kejayaan. Bagi model keyakinan diri, atlit
yang berkeyakinan tinggi mempunyai motif atau sebab yang kuat untuk berjaya
serta ekspektasi yang tinggi untuk mencapai kejayaan.
Justeru itu, kita akan melihat secara ringkas beberapa teori yang
menjelaskan tentang motif penglibatan seseorang individu di dalam sesuatu
aktiviti berdasarkan model keyakinan diri. Di antaranya ialah Teori Self-Efficacy
Bandura iaitu berkaitan dengan keyakinan seseorang individu bahawa beliau
mampu serta boleh melakukan sesuatu tugasan yang khusus dengan jayanya.
14
Individu yang mempunyai self-efficacy ini lazimnya mempunyai keyakinan diri
yang tinggi. Ianya menjadi kayu ukur sama ada individu tersebut akan menyertai
atau menjauhi dari situasi yang berasaskan pencapaian (Cox, 1998).
Menurut Bandura (1982) dalam situasi yang kompetitif, semakin tinggi
tahap self-efficacy, semakin tinggi pencapaian individu tersebut serta semakin
menurun kebangkitan emosinya. Self-efficacy boleh ditingkatkan dengan
beberapa cara iaitu melalui perlakuan atau prestasi yang berjaya, pengalaman
lalu, kata-kata semangat atau perangsang serta kebangkitan emosi (Bandura,
1986).
Kesimpulannya, individu atau kumpulan yang mempunyai self-efficacy
yang tinggi lazimnya akan berusaha bersungguh-sungguh, kekal lama dalam
melaksanakan tugasan tersebut serta mencapai tahap pencapaian yang tinggi
jika dibandingkan dengan mereka yang rendah tahap self-efficacy.
Teori yang seterusnya ialah Teori Motif Kecekapan Harter. Ia telah
diilhamkan berdasarkan motif pencapaian oleh White (Cox, 1998). Teori ini cuba
menjelaskan motif pencapaian berdasarkan kepada aspek kecekapan diri atlit
(Harter, 1978). Dalam konteks ini, atlit yang berasa bahawa dirinya mempunyai
kecekapan yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu tugasan lazimnya akan
menghampiri situasi tersebut, manakala bagi mereka yang tidak mempunyai
kecekapan yang diperlukan akan menjauhi atau mengelakkan diri dari situasi
tersebut. Menurut Harter (1978) lagi, setiap individu mempunyai keinginan serta
motif untuk menonjolkan kecekapan dalam perkara yang melibatkan pencapaian.
15
Bagi memenuhi keinginan ini, individu tersebut akan berusaha untuk menguasai
serta memahirkan diri dengan kemahiran tersebut.
Selain itu, Model Keyakinan Sukan Spesifik Vealey yang dikemukakan
oleh Vealey (1986, 1988) menjelaskan tentang fenomena motif pencapaian dan
keyakinan diri dalam bidang sukan dengan merujuk sukan secara spesifik. Ia
dibina berdasarkan pemerhatian dalam bidang sukan secara langsung tanpa
meminjam kaedah atau pendekatan dari bidang yang lain seperti teori-teori yang
dibincangkan sebelum ini. Model ini digunakan untuk menjangka prestasi serta
perlakuan individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan. Perlakuan ini akan
menzahirkan persepsi yang subjektif terhadap keputusan sesuatu pertandingan.
Contoh persepsi yang subjektif termasuklah kepuasan pemain, persepsi
terhadap keputusan pertandingan serta sebab-sebab kekalahan atau
kemenangan.
Teori yang terakhir ialah Teori Persepsi Kebolehan Nicholls. Teori ini
dianggap hasil gabungan dan lanjutan dari Teori Self-Efficacy Bandura dan juga
Teori Motif Kecekapan Harter. Ia melihat motif pencapaian berdasarkan fasa
pembangunan manusia. Menurut Nicholls (1984) dan Duda (1987), motif
pencapaian boleh dilihat berdasarkan bagaimana kanak-kanak membentuk
persepsi tentang kebolehan diri mereka. Persepsi ini berbeza dari satu tahap
pembangunan ke tahap pembangunan manusia yang berikutnya.
Selain itu, teori ini juga cuba menjelaskan tentang atlit yang
berorientasikan proses dan keputusan dalam setiap kemahiran yang disertainya.
Dalam konteks ini, atlit yang berorientasikan tugasan sebenarnya mementingkan
16
proses menguasai kemahiran atau tugasan yang dilakukannya, sementara atlit
yang berorientasikan ego sebenarnya lebih mementingkan keputusan. Atlit yang
berorientasikan tugasan pula lebih cenderung kepada strategi dan usaha untuk
meningkatkan kemahiran diri serta menggunakan prestasi kendiri sebagai kayu
ukur untuk mendapakan kejayaan. Manakala, atlit yang berorientasikan ego lebih
cenderung kepada kriteria luaran sebagai pengukur kejayaannya.
Di samping itu, terdapat juga beberapa kajian yang berkaitan dengan
bidang yang dikaji oleh penyelidik. Di antaranya ialah kajian yang dijalankan oleh
Ryckman dan Hamel (1991), mendapati bahawa kerjasama di dalam kumpulan
adalah faktor motif yang utama bagi mendorong penglibatan pelajar di dalam
sukan. Ianya disokong oleh George dan Feltz (1995), yang menyatakan bahawa
kerjasama boleh menyebabkan pasukan mencapai kejayaan di dalam sesuatu
pertandingan. Ini adalah unjuran perasaan serta menghargai idea ahli kumpulan
dan seterusnya meningkatkan motif penglibatan sesuatu pasukan.
Kajian ini disokong oleh Butt dan Cox (1992) yang berpendapat bahawa
semangat kerjasama di dalam sesuatu pasukan dapat meningkatkan motif
penglibatan di kalangan atlit yang terlibat. Dengan adanya semangat ini, atlit
tersebut akan merasakan dirinya diperlukan oleh rakan-rakan untuk mencapai
kejayaan yang lebih cemerlang.
Menurut Ryckman dan Hamel (1991) dalam kajiannya lagi, mendapati
bahawa salah satu penyumbang kepada penglibatan atlit di dalam sukan ialah
kerana minat terhadap sukan yang diceburinya di mana, atlit yang mempunyai
keupayaan fizikal yang tinggi melibatkan diri di dalam sukan adalah disebabkan
17
oleh minat mereka sendiri dan bukannya kerana ada ganjaran luaran dan
sebagainya.
Seterusnya, kajian tersebut telah disokong oleh Fortier, Vallerand, Briere
dan Provencher (1995), yang mendapati bahawa faktor minat yang mendalam
terhadap aktiviti sukan dapat meningkatkan motif penglibatan seseorang individu
untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan. Kajian ini telah dijalankan ke atas
atlit rekreasi yang terdiri daripada 179 orang atlit iaitu 77 atlit lelaki dan 102 atlit
wanita dan ia menunjukkan prestasi motif penglibatan yang tinggi. Hal ini kerana
mereka mempunyai minat yang tinggi dalam sukan yang diceburi oleh mereka
itu.
Selain itu, menurut Butt dan Cox (1992), faktor persaingan juga boleh
mempengaruhi penglibatan pelajar dalam bidang sukan dan seterusnya
meningkatkan motif penglibatan mereka. Kajian ini telah dijalankan terhadap 46
orang pemain tenis di universiti dan pemain tenis rekreasi. Dalam kajian mereka,
didapati bahawa atlit menunjukkan dan mempamerkan persembahan yang
terbaik dalam kemahiran masing-masing. Tahap persaingan yang tinggi dan
keyakinan bertanding akan meningkatkan lagi motif penglibatan di kalangan
mereka.
Di samping itu juga, Butt dan Cox (1992) mendapati bahawa wujudnya
gabungan di antara motif penglibatan intrinsik dan motif penglibatan ekstrinsik di
kalangan atlit. Ini dibuktikan melalui kajiannya terhadap pemain tenis dari
pelbagai peringkat iaitu pemain Piala Davis, pemain peringkat universiti dan
pemain untuk berekreasi. Hasil dapatannya menunjukkan bahawa, pemain Piala
18
Davis dan pemain peringkat universiti melibatkan diri dalam kegiatan sukan
berdasarkan kepada faktor motif intrinsik dan faktor motif ekstrinsik. Hal ini
disebabkan oleh kemahiran individu dan keyakinan dalam diri mereka serta
kerjasama yang amat tinggi di kalangan mereka untuk terlibat dalam aktiviti
tersebut. Manakala bagi pemain hanya untuk berekreasi pula, mereka
melibatkan diri dalam sukan tersebut adalah kerana dipengaruhi oleh motif
intrinsik iaitu minat terhadap sukan yang diceburinya itu.
Menurut Ronnie dan Wan Rafaei (1992 / 1993) di dalam kajiannya ke atas
150 orang atlit iaitu 79 orang daripada mereka ialah atlit Sukan SEA 1989 yang
sebahagian besarnya terdiri daripada atlit Sukan Asia 1992 di Beijing dan
selebihnya adalah atlit dari pelbagai kelab dan daerah di Selangor serta Kuala
Lumpur. Kebanyakan daripada mereka adalah atlit yang mewakili acara sukan
perseorangan seperti olahraga, taekwando, silat olahraga dan sebagainya. Hasil
kajiannya menunjukkan bahawa ia menyokong pendapat umum yang
menyatakan bahawa satu keperluan pencapaian yang lebih tinggi boleh
dijangkakan di kalangan atlit yang lebih berjaya. Ini bolehlah ditafsirkan sebagai
peningkatan kemahiran atau prestasi adalah faktor yang menyebabkan atlit
melibatkan diri dalam bidang sukan.
Seterusnya kajian yang dijalankan oleh Bakker, Groot, Koning dan
Schenau (1993), menunjukkan bahawa keseronokan adalah faktor yang utama
atau kunci penglibatan atlit di dalam sukan. Kajian ini berdasarkan kepada kajian
Scanlan, Stein dan Raizza (1989), yang menyatakan faktor keseronokan
merupakan motif utama penglibatan atlit remaja di dalam sukan. Ini telah
19
dibuktikan daripada kajian yang telah dijalankan terhadap 32 orang atlit remaja
luncur ais Belanda yang terdiri daripada 17 orang lelaki dan 15 orang
perempuan. Hasilnya didapati mereka melibatkan diri dalam kegiatan sukan
tersebut adalah kerana faktor motif keseronokan yang tinggi dalam diri mereka
sendiri.
Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), memberikan penegasan
bahawa kegiatan ko-kurikulum yang dijalankan adalah sangat penting untuk
menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan ataupun ‘espirit de corp’
di kalangan pelajar-pelajar daripada pelbagai kaum dan latar belakang yang
berbeza. Ia juga bertujuan untuk melatih para pelajar supaya bersikap
bertanggungjawab, berdisiplin, berdedikasi dan berkemahiran dalam sesuatu
lapangan yang mereka ceburi.
Selain itu, mengikut kajian Ab. Aziz Yusof dan Juhary Ali dalam Seminar
Prosiding Pendidikan Kebangsaan (2002), menjelaskan bahawa pelajar perlu
lebih banyak berkongsi maklumat berkaitan dengan akademik dan aktiviti sosial
yang akan memberi kesan positif kepada pembangunan mereka pada masa
akan datang.
Jelaslah bahawa, hasil kajian ini menunjukkan gambaran mengenai
pendapat individu terhadap pengaruh motif penglibatan di kalangan pelajar
dalam kegiatan ko-kurikulum bagi menentukan kecemerlangan mereka dalam
bidang yang diceburi seiring dengan pembangunan di negara kita.
20
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
Di dalam bab ini terdapat beberapa perkara yang akan dibincangkan iaitu
reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan pengumpulan data.
Rekabentuk Kajian Kajian ini akan dilaksanakan dengan menggunakan kaedah soal selidik
yang merangkumi 30 soalan iaitu 15 soalan yang berkenaan dengan motivasi
intrinsik dan 15 soalan lagi berkaitan dengan motivasi ekstrinsik. Kaedah ini
dipilih kerana ianya sesuai untuk memenuhi keperluan hipotesis serta
memudahkan penyelidik untuk mengumpul maklumat yang dikehendaki dari para
pelajar yang melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum bola baling di Universiti
Pendiddikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak. Data ini akan diukur dengan
menggunakan nombor yang dinamakan sifat kuantitatif.
Selain itu, melalui soal selidik yang akan diedarkan kepada para pelajar di
universiti tersebut, penyelidik akan dapat mengetahui faktor-faktor motif
penglibatan pelajar yang mendorong penyertaan mereka dalam kegiatan ko-
kurikulum bola baling di universiti berkenaan.
21
Sampel Kajian
Sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar yang melibatkan diri dalam
kegiatan ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong
Malim, Perak. Sampel kajian ini dipilih secara rawak mudah iaitu seramai 50
orang pelajar yang terdiri daripada 25 orang pelajar lelaki dan 25 orang pelajar
perempuan yang melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum tersebut.
Saiz sampel yang dipilih adalah mengikut panduan kasar oleh Mohd.
Majid Konting (2000), di mana beliau telah menyarankan bahawa setiap
kumpulan sampel perlulah melebihi 30 unit. Hal ini kerana beliau mendapati
bahawa andaian taburan normal, biasanya dipenuhi apabila saiz sampel
melebihi 30 unit.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang
mengandungi faktor-faktor motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik berdasarkan
pengukuran motivasi iaitu ‘Participation Motivation Questionnaire’ (PMQ). Ujian
ini telah dijalankan oleh Gill, Gross dan Huddlestone (1983). Soal selidik ini telah
diterjemahkaan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia dan diubahsuai
bagi penyesuaian dengan situasi dan budaya tempatan untuk kajian faktor motif
penglibatan pelajar yang mempengaruhi mereka dalam kegiatan ko-kurikulum
bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak. Ianya
diubahsuai kerana untuk memudahkan para pelajar menjawab soalan soal
22
selidik serta memudahkan penyelidik untuk mengumpulkan maklumat dan
seterusnya menganalisis data yang diterima. Tahap kebolehpercayaan soalan
soal selidik ini dengan skala alpha ialah .68. Ini sudah tentu dapat membantu
mewujudkan satu kertas soalan soal selidik yang berkualiti.
Soalan soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu :
Bahagian A : Soalan-soalan yang berkaitan dengan butir peribadi pelajar
ko-kurikulum bola baling di universiti tersebut.
Bahagian B : 30 soalan yang menyediakan maklumat berkaitan dengan
faktor-faktor motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik bagi
penglibatan para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum
tersebut. Soalan-soalan ini merangkumi 15 soalan yang
berkaitan dengan motivasi intrinsik (soalan 1 hingga soalan
15) dan 15 soalan yang berkaitan dengan motivasi ekstrinsik
(soalan 16 hingga soalan 30).
Pengumpulan Data Maklumat yang diperolehi daripada soalan soal selidik yang diedarkan
kepada para pelajar ko-kurikulum bola baling di Universitit Pendidikan Sultan
Idris Tanjong Malim, Perak akan diproses dan dianalisis secara terperinci
dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS).
23
BAB IV
PENGANALISISAN DATA
Bab ini membincangkan analisa data hasil tindak balas responden
terhadap soal selidik yang diberikan dan membincangkan dapatan kajian yang
berkaitan dengan persoalan kajian sama ada ianya terjawab atau pun tidak.
Penganalisisan data dilakukan mengikut beberapa peringkat iaitu membuat
perbandingan min skor motif penglibatan instrinsik dan ekstrinsik antara pelajar
ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim,
Perak. Melalui ujian ‘t’, dapatan kajian memfokuskan kepada aspek perbezaan
dari segi intrinsik dan ekstrinsik antara pelajar ko-kurikulum bola baling di
Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak. Setelah data disusun
dan dianlisis secara sistematik, maka dapatan dari pemprosesan data digunakan
untuk membuat kesimpulan mengenai kajian ini.
Selain daripada itu, ujian ‘t’ juga digunakan untuk menentukan sama ada
terdapat perbezaan yang signifikan antara pembolehubah yang dikaji dan
seterusnya menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian ditunjukkan dalam
bentuk jadual dengan menyenaraikan min dan sisihan piawai bagi menganalisis
kajian yang dijalankan. Pengiraan skor min, sisihan piawai dan nilai ‘t’ dilakukan
24
dengan menggunakan Program “ Statistical Package for the Social Science
(SPSS) 11.5 for Microsoft Windows”.
Jadual 1: Taburan Responden Mengikut Penglibatan Penglibatan Bilangan Peratus (%)
0 – 5 tahun 29 58
6 – 10 tahun 21 42
Jumlah 50 100
Bilangan sampel adalah seramai 50 orang. Mereka yang melibatkan diri
dalam ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris ialah 0
hingga 5 tahun seramai 29 orang atau 58% dan 6 hingga 10 tahun seramai 21
orang atau 42%.
Jadual 2: Taburan Responden Mengikut Umur Umur Bilangan Peratus (%)
19 – 24 tahun 47 94
25 – 30 tahun 3 6
Jumlah 50 100
Seramai 47 orang atau 94% daripada jumlah keseluruhan penglibatan
pelajar ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang
berumur di antara 19 hingga 24 tahun dan seramai 3 atau 6% sahaja mereka
yang berumur di antara 25 hingga 30 tahun.
Jadual 3: Taburan Responden Berdasarkan Usia Mula Melibatkan Diri Dalam Sukan
25
Usia Bilangan Peratus (%) 7 – 12 tahun 29 58
13 – 18 tahun 10 20 19 – 24 tahun 11 22
JUMLAH 50 100
Seramai 29 orang atau 58% daripada pelajar ko-kurikulum bola baling di
Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak yang mula melibatkan
diri dalam kegiatan sukan pada umur di antara 7 hingga 12 tahun. Diikuti oleh 11
orang atau 22% iaitu yang berumur di antara 19 hingga 24 tahun dan seramai 10
orang atau 20% yang berumur lingkungan 13 hingga 18 tahun.
Jadual 4: Taburan Responden Mengikut Permainan Yang Diceburi
Permainan Bilangan Peratus (%) Hoki 3 6 Bola Sepak 5 10 Bola Tampar 2 4 Bola Baling 14 28 Olahraga 5 10 Bola Jaring 13 26 Badminton 7 14 Tenis 1 2
JUMLAH 50 100
Jadual di atas menunjukkan bahawa, 3 orang atau 6% daripada pelajar
ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris gemar kepada
permainan hoki. Diikuti oleh bola sepak seramai 5 atau 10%, bola baling seramai
14 orang atau 28%. Selain itu, sukan olahraga seramai 5 orang atau 10%, bola
jaring seramai 13 orang atau 26%, sukan badminton seramai 7 orang atau 14%
dan tenis seramai 1 orang atau 2%.
26
Analisis Min dan Sisihan Piawai dalam Motif Penglibatan di Kalangan Responden.
Berikut merupakan analisis min dan sisihan piawai bagi motif penglibatan
di kalangan pelajar ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak. Data ini dianalisis dengan menggunakan ‘Statistical
Package for the Social Science (SPSS) 11.5 for Microsoft Windows’.
Jadual 5: Analisis Min dan Sisihan Piawai Motif Penglibatan Pelajar Ko-
Kurikulum Bola Baling Bagi Yang Berpengalaman
No.
Faktor
Penglibatan
Bilangan
Min (SD)
1 Keseronokan 6 – 10 tahun 21 2.63 (.27)
2 Peningkatan Kemahiran 6 – 10 tahun 21 2.54 (.46)
3 Orientasi Kecergasan 6 – 10 tahun 21 2.50 (.47)
4 Orientasi Pasukan 6 – 10 tahun 21 2.42 (.38)
5 Membebaskan Tenaga 6 – 10 tahun 21 2.40 (.20)
6 Persahabatan 6 – 10 tahun 21 2.33 (.43)
7 Faktor Situasi 6 – 10 tahun 21 2.19 (.22)
8 Status Pencapaian 6 – 10 tahun 21 1.75 (.45)
Jadual 5 menunjukkan min dan sisihan piawai motif penglibatan pelajar
ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim,
Perak mengikut ketinggian min bagi pelajar yang berpengalaman di antara 6
hingga 10 tahun. Faktor keseronokan menunjukkan min adalah 2.63 (.27);
Seterusnya min bagi faktor peningkatan kemahiran adalah 2.54 (.46); min bagi
faktor orientasi kecergasan adalah 2.50 (.47); manakala min bagi faktor orientasi
27
pasukan adalah 2.42 (.38); min bagi faktor membebaskan tenaga ialah 2.40
(.20), seterusnya faktor persahabatan pula min adalah 2.33 (.43); min bagi faktor
situasi ialah 2.19 (.22); dan min faktor status pencapaian adalah 1.75 (.45).
Jadual 6: Analisis Min dan Sisihan Piawai Motif Penglibatan Pelajar Ko-Kurikulum Bola Baling Bagi Yang Kurang Berpengalaman
No.
Faktor
Penglibatan
Bilangan
Min (SD)
1 Peningkatan Kemahiran 0 – 5 tahun 29 2.24 (.52)
2 Orientasi Pasukan 0 – 5 tahun 29 2.17 (.39)
3 Membebaskan Tenaga 0 – 5 tahun 29 2.15 (.36)
4 Orientasi Kecergasan 0 – 5 tahun 29 2.13 (.42)
5 Keseronokan 0 – 5 tahun 29 2.10 (.44)
6 Persahabatan 0 – 5 tahun 29 1.86 (.45)
7 Faktor Situasi 0 – 5 tahun 29 1.80 (.31)
8 Status Pencapaian 0 – 5 tahun 29 1.55 (.57)
Jadual 6 menunjukkan min dan sisihan piawai motif penglibatan pelajar
ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim,
Perak mengikut ketinggian min bagi pelajar yang kurang berpengalaman iaitu di
antara 0 hingga 5 tahun. Kebanyakan di antara mereka memilih faktor
peningkatan kemahiran sebagai faktor yang utama. Min bagi faktor tersebut
adalah 2.24 (.44); seterusnya min bagi faktor orientasi pasukan adalah 2.17
(.39); min bagi faktor yang ketiga iaitu faktor membebaskan tenaga ialah 2.15
(.36); min bagi faktor keseronokan adalah 2.10 (.44); min bagi faktor
membebaskan tenaga adalah 2.15 (.36); manakala min bagi faktor persahabatan
28
ialah 1.86 (.45); min bagi faktor situasi adalah 1.80 (.31) dan min bagi faktor
terakhir iaitu faktor status pencapaian adalah 1.55 (.57).
Analisis Ujian ‘t’ Bagi Motif Penglibatan Pelajar Ko-Kurikulum Bola Baling
Di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak.
Analisis ujian ‘t’ dilakukan untuk melihat perbezaan min di antara
responden yang berpengalaman dengan kurang berpengalaman. Ujian ini
dilakukan dengan menggunakan ‘Independent T-Test‘ melalui program
‘Statistical Package for the Social Science (SPSS) 11.5 for Microsoft Windows‘.
Jadual 7 : Analisis Ujian–T Bagi Pelajar Ko-Kurikulum Bola Baling Di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak
No Faktor Penglibatan Min n Ujian t Df Sig
(2 tailed)1 Status Pencapaian 0 – 5 tahun 1.55 29 -.908 30 .370 6 – 10 tahun 1.75 21 2 Orientasi Pasukan 0 – 5 tahun 2.17 29 -1.600 30 .119 6 – 10 tahun 2.42 21 3 Orientasi Kecergasan 0 – 5 tahun 2.13 29 -2.102 30 .043* 6 – 10 tahun 2.50 21 4 Membebaskan Tenaga 0 – 5 tahun 2.15 29 -1.769 30 .086 6 – 10 tahun 2.40 21 5 Faktor Situasi 0 – 5 tahun 1.80 29 -3.217 30 .003* 6 – 10 tahun 2.19 21 6 Peningkatan Kemahiran 0 – 5 tahun 2.24 29 -1.485 30 .147 6 – 10 tahun 2.54 21 7 Persahabatan 0 – 5 tahun 1.86 29 -2.621 30 .013* 6 – 10 tahun 2.33 21 8 Keseronokan 0 – 5 tahun 2.10 29 -3.188 30 .003*
6 – 10 tahun 2.63 21
29
Berdasarkan ujian ‘t’ bagi motif penglibatan pelajar berpengalaman
dengan pelajar kurang berpengalaman terdapat perbezaan pada empat motif
iaitu orientasi kecergasan t = -2.10, p < 0.05, diikuti oleh faktor situasi t = -3.21, p
< 0.05, persahabatan -2.62, p < 0.05 dan keseronokan t = -3.18, p < 0.05.
Perbezaan ini berlaku kerana disebabkan oleh penglibatan pelajar yang
berpengalaman semenjak kecil lagi dalam bidang sukan dan mereka memilih
faktor-faktor tersebut sebagai pemangkin untuk mereka maju dalam bidang
sukan yang mereka ceburi.
Di samping itu, mereka yang berpengalaman mengatakan bahawa
penglibatan mereka kerana faktor keseronokan. Ini mungkin disebabkan oleh
perkenalan dan pergaulan dengan rakan baru di mana mereka boleh bertukar-
tukar pendapat di antara satu sama lain serta mendapat kepuasan diri untuk
bermain dalam aktiviti tersebut.
Selain itu, ia disebabkan oleh keinginan untuk mendapatkan ilmu yang
lebih dan berpengetahuan tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan.
Justeru itu, pelajar yang berpengalaman dalam ko-kurikulum bola baling di
Universiti Pendidikan Sultan Idris memilih faktor-faktor tersebut sebagai faktor
yang terpenting bagi mereka untuk meneruskan bidang sukan yang mereka
minati.
Manakala bagi pelajar yang kurang berpengalaman iaitu 0 hingga 5 tahun
pula menceburkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum bola baling di Universiti
30
Pendidikan Sultan Idris kerana untuk mencari kenalan baru, meningkatkan
kemahiran diri dan mungkin juga untuk memenuhi atau mengisi masa lapang.
Di samping itu, sesetengah penglibatan mereka ini adalah kerana tiada
kekosongan dalam ko-kurikulum bagi sukan yang mereka minati dan disebabkan
itulah mereka memilih ko-kurikulum bola baling bagi memenuhi syarat di
universiti tersebut.
31
BAB V
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN.
Dalam bab ini penyelidik akan memberikan gambaran dan penjelasan
yang terkandung di dalam kajian ini di samping membuat kesimpulan. Melalui
skop perbincangan, penyelidik menghuraikan dapatan kajian yang diperolehi dan
dikaitkan dengan penulisan yang berkaitan. Penyelidik juga mengemukakan
beberapa cadangan yang sesuai dan wajar serta perlu dalam menyelesaikan
beberapa masalah yang timbul dari hasil kajian ini. Pandangan dan cadangan
yang diutarakan di sini diharap akan dapat membantu pihak-pihak yang terlibat
kea rah meningkatkan lagi tahap prestasi mereka serta garis panduan kepada
penyelidik pada masa akan datang.
Perbincangan
Perkara yang harus ditegaskan dalam kajian ini ialah keputusan yang
diperolehi mengenai motif penglibatan pelajar ko-kurikulum bola baling di
Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak.
Berdasarkan kajian ini, terdapat perbezaan yang signifikan pada empat
motif iaitu orientasi kecergasan, faktor situasi, persahabatan dan keseronokan.
32
Ianya menyokong pendapat Halliwell (1980) menyatakan bahawa dalam
bidang sukan terdapat ramai orang yang mempunyai motif penglibatan intrinsik
apabila menyertai sesuatu aktiviti tanpa mendapat sebarang hadiah. Ini
menunjukkan bahawa, ramai pelajar lebih suka melibatkan diri dalam arena
sukan semenjak kecil kerana pada masa itu pengaruh daripada rakan-rakan
sebaya serta ingin mendapatkan keseronokan dalam bermain.
Kajian ini mengukuhkan lagi pendapat Gill (1986), bahawa motif
penglibatan intrinsik dan ekstrinsik memainkan peranan penting dalam sukan.
Menurut beliau, kebanyakan atlit yang melibatkan diri dalam sukan adalah
berdasarkan faktor intrinsik kerana ingin keseronokan, suka akan sukan tersebut,
beraksi dan ada kepuasan. Tambah beliau lagi, ganjaran seperti pemberian baju,
piala atau biasiswa yang disertakan dengan faktor intrinsik membolehkan
individu terbabit berlatih dan mempunyai semangat juang yang tinggi.
Terdapat pelbagi faktor motif penglibatan yang menjadi motif utama
penglibatan pelajar dalam sesuatu aktiviti sukan. Berdasarkan dapatan kajian,
secara keseluruhan daripada lapan faktor yang dikategorikan, faktor motif
penglibatan yang paling ketara di kalangan pelajar ko-kurikulum bola baling di
Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak ialah faktor
keseronokan. Item-item yang terkandung dalam faktor ini seperti minat,
menyeronokkan dan mendapat kepuasan daripada sukan yang diceburi. Ini
merupakan pemangkin kepada penglibatan pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum
bola baling. Ia menyokong lagi pendapat yang dikemukakan oleh Magill (1982),
33
mengatakan bahawa motif penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti sukan
didorong oleh faktor keseronokan, ingin mempelajari kemahiran baru,
mendapatkan kecergasan fizikal dan ingin berinteraksi dengan kumpulan rakan
sebaya. Jelas menunjukkan bahawa, faktor keseronokan dalam sukan yang
disertai merupakan faktor yang utama dalam naluri kanak-kanak. Kajian oleh
Scanlan dan Lewthwaite (1986), juga menyatakan bahawa keseronokan dalam
sukan sebagai kesan kepada motivasi diri. Justeru itu, faktor keseronokan dalam
sukan yang diceburi menyumbang kepada keinginan serta naluri pelajar untuk
melibatkan diri dalam kegiatan sukan yang mereka minati.
Faktor peningkatan kemahiran merupakan faktor yang kedua dalam motif
penglibatan pelajar ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak. Menurut Gill dan rakan-rakannya (1983) yang melakukan
kajian terhadap 750 orang pelajar lelaki dan 418 orang pelajar perempuan dari
Summer Sports School mengemukakan keputusan yang diperolehi sebab utama
mereka menyertai sukan ialah untuk memperbaiki kemahiran, untuk cabaran dan
untuk kecergasan fizikal. Analisis kajian mereka selanjutnya menunjukkan faktor
peningkatan kemahiran adalah salah satu faktor yang menjadi pilihan responden.
Kajian oleh Longhurst dan Spink (1987) ke atas lima jenis sukan juga
menunjukkan motif utama atlit melibatkan diri dalam sukan yang diceburi adalah
untuk peningkatan kemahiran. Keputusan kajian membawa implikasi yang baik
dan ini menunjukkan persepsi pelajar terhadap bidang sukan bukanlah suatu
bidang yang tidak penting bagi mereka. Ini bersesuaian dengan pendapat yang
34
dikemukan oleh Kim (1991), bahawa atlit perlu dimotivasikan untuk mencapai
prestasi cemerlang dan ‘superior‘ dari segi kemahiran dan tahap psikologinya.
Faktor orientasi kecergasan merupakan faktor ketiga yang terpenting bagi
pelajar ko-kurikulum bola baling di universiti tersebut. Walaupun ianya tidak
sependapat dengan keputusan kajian oleh Longhurst dan Spink (1987), di mana
kajian mereka mendapati bahawa motif penglibatan sukan untuk kecergasan
fizikal adalah faktor yang kedua penting selepas motif untuk memperbaiki
kemahiran. Percanggahan keputusan kajian tidak menafikan bahawa faktor ini
turut memainkan peranan penting dan mempengaruhi penglibatan seseorang
individu dalam sukan namun, keutamaan faktor-faktor motif di antara individu
adalah berbeza.
Hasil kajian ini mendapati bahawa faktor orientasi pasukan merupakan
faktor keempat terpenting bagi pelajar ko-kurikulum bola baling di Universiti
Pendidikan Sultan Idris ini. Ini mengukuhkan lagi kenyataan yang dibuat oleh
Cruz dan Viana (1989), di mana untuk mengenalpasti motif penglibatan atlit
dalam permainan berpasukan iaitu bola tampar dan bola baling menunjukkan
faktor minat kepada semangat berpasukan juga merupakan motif penglibatan
atlit untuk berjaya. Selain itu, kajian oleh Carron dan Ball (1976) membuktikan
bahawa faktor semangat berpasukan merupakan salah satu faktor terpenting
dalam aktiviti tersebut.
Faktor orientasi pasukan penting bagi sesuatu sukan yang lebih kepada
berpasukan atau berkumpulan. Semangat serta kerjasama pasukan wujud
apabila setiap individu dalam pasukan menganggap dirinya sebahagian daripada
35
ahli kumpulan dan akan melakukan yang terbaik untuk kumpulannya. Kenyataan
ini adalah berdasarkan Gill (1986), iaitu kejayaan pasukan bergantung kepada
kebolehan setiap individu dalam melaksanakan tanggungjawab dalam kumpulan
tersebut. Faktor semangat berpasukan ini perlu dipupuk dan ditingkatkan kerana
ianya bukan sahaja dapat menarik minat atlit untuk melibatkan diri dalam sukan
tetapi menjadi faktor kejayaan dalam pelbagai sukan berpasukan. Carron (1982)
menyatakan kerjasama merupakan satu proses dinamik yang mencerminkan
kewujudan hubungan yang erat dan bersatu padu untuk memenuhi tujuan dan
objektif mereka. Oleh itu, penglibatan individu dalam aktiviti sukan yang
dipengaruhi oleh faktor semangat berpasukan menunjukkan individu tersebut
mempunyai matlamat untuk mencapai kejayaan dan kemantapan dalam pasukan
yang disertainya.
Faktor pembebasan tenaga merupakan pilihan kelima dalam motif
penglibatan pelajar ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak. Walau bagaimanapun kajian Gill dan rakan-rakannya
(1983) dan Longhurst dan Spink (1987), kurang bersetuju dengan hasil kajian ini
kerana hasil kajian mereka mendapati faktor ini kurang diminati oleh atlit di mana
pemilihan faktor ini berada dalam kedudukan di antara 26 hingga 30 yang
dianggap kurang penting bagi para atlit.
Faktor persahabatan adalah pilihan keenam bagi pelajar ko-kurikulum
bola baling di universiti tersebut. Penglibatan atlit dalam sukan membolehkan
mereka bersama-sama dengan rakan, di samping itu juga mereka dapat
mengenali lebih ramai rakan baru apabila melibatkan diri dalam sesuatu
36
pertandingan. Elemen ini juga dibuktikan oleh Bergerone dan rakan-rakan (1985)
mendapati kanak-kanak melibatkan diri dalam mini permainan bola tampar
adalah kerana rakan sebaya, penglibatan ibu bapa serta kemudahan permainan
bola tampar yang berdekatan dengan kediaman mereka. Berdasarkan keputusan
ini, dapatlah dirumuskan bahawa pengaruh rakan juga dapat mendorong pelajar
bergiat aktif dalam kegiatan ko-kurikulum yang mereka ceburi.
Faktor situasi merupakan faktor yang kedua terakhir dalam motif
penglibatan pelajar ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak. Walaupun faktor ini bukan merupakan faktor utama yang
menyumbang kepada motif penglibatan pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum bola
baling, tetapi ia juga merupakan faktor penting dalam memberi motivasi kepada
mereka. Faktor ini juga perlu diberi perhatian dari semasa ke semasa untuk
memastikan para pelajar atau individu kekal dengan aktiviti yang mereka sertai.
Faktor status pencapaian merupakan faktor yang terakhir bagi pilihan
pelajar ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Menurut
Silva dan Weinberg (1984), seseorang yang melibatkan diri dalam pertandingan
olahraga ada kaitannya dengan pengiktirafan. Keputusan kajian ini menunjukkan
bahawa faktor status pencapaian iaitu mahu mendapat pengiktirafan sama ada
berbentuk hadiah, kata-kata pujian, kemenangan ataupun menjadi terkenal turut
menjadi motif penglibatan pelajar dalam sukan. Ini menunjukkan bahawa atlit
tidak menjadikan ganjaran sebagai motif utama mereka bergiat aktif dalam
sukan. Namun penglibatan mereka sememangnya mempunyai kaitan untuk
37
mendapat pengiktirafan dan ianya menjadi faktor yang menyokong serta
mengukuhkan lagi minat dan keinginan mereka untuk terus menceburi bidang ini.
Rumusan
Melalui perbincangan jelas menunjukkan bahawa banyak faktor yang
mempengaruhi seseorang individu untuk berjaya dalam sukan yang mereka
ceburi. Pelbagai usaha diteruskan untuk mendorong pelajar bergiat aktif dalam
sukan. Jelaslah di sini bahawa, motif penglibatan dapat mempengaruhi
tingkahlaku seseorang individu. Pengujian persoalan kajian membuktikan
bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara motif penglibatan pelajar
dalam kegiatan ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim Perak pada empat motif iaitu orientasi kecergasan, faktor situasi,
persahabatan dan keseronokan.
Menurut Robert (1984), menjelaskan bahawa aspek motivasi dalam
psikologi sukan harus difahami dan diberi penekanan oleh guru, jurulatih,
ibubapa dan masyarakat keseluruhannya untuk mendorong pelajar melibatkan
diri dalam aktiviti sukan. Ini kerana sukan memainkan peranan yang penting
dalam kehidupan sosial kanak-kanak. Hal ini menyokong lagi kenyataan oleh
Suinn (1980), menyatakan bahawa bidang psikologi merupakan satu bidang
pengetahuan yang terpenting dalam semua aspek kehidupan.
Dapatan kajian yang dibincangkan menujukkan bahawa faktor
keseronokan merupakan motif utama penglibatan pelajar ko-kurikulum bola
38
baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan diikuti oleh faktor peningkatan
kemahiran dan orientasi kecergasan. Faktor pembebasan tenaga dan orientasi
pasukan juga dianggap penting sebagi motif penglibatan pelajar dalam ko-
kurikulum yang diceburi. Seterusnya, faktor persahabatan tidak kurang
pentingnya dalam mempengaruhi penglibatan responden dalam kajian ini. Bagi
faktor situasi dan status pencapaian masing-masing berada pada faktor yang
ketujuh dan kelapan terpenting dalam motif penglibatan pelajar ko-kurikulum bola
baling di universiti tersebut.
Jelaslah menunjukkan bahawa, faktor keseronokan merupakan pilihan
utama yang mendorong pelajar ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan
Sultan Idris Tanjong Malim, Perak melibatkan diri dalam kegiatan tersebut. Ini
adalah kerana faktor keseronokan dapat memberi kepuasan dan juga erti
keseronokan sebenar kepada mereka untuk bersaing dalam arena sukan yang
diminatinya.
Hasil kajian ini memberi gambaran yang jelas bahawa penglibatan pelajar
dalam sukan didorong oleh motif penglibatan sama ada intirinsik atau pun
ekstrinsik. Berlandaskan kajian-kajian lampau, terdapat pelbagai faktor motif
yang menggalakkan penglibatan seseorang individu dalam sukan. Jadi,
terpulang kepada pelajar itu sendiri untuk memastikan mereka sentiasa didorong
oleh motivasi ini untuk terus maju dalam sukan yang diceburinya.
Justeru itu, jurulatih, instruktor dan sebagainya perlu peka dan
menggunakan pendekatan yang berkesan bagi memastikan dan menerapkan
faktor-faktor motif penglibatan intrinsik dan ekstrinsik di kalangan pelajar atau
39
atlit mereka agar berjaya dalam sukan yang diminati seterusnya keperingkat
yang lebih berprestij.
Cadangan
Dalam bahagian ini, penyelidik menggalurkan beberapa cadangan
terhadap permasalahan yang dihadapi semasa kajian dilakukan. Cadangan-
cadangan ini difikirkan perlu untuk mengatasi kelemahan bagi mendapatkan
kualiti kajian yang lebih baik pada masa akan datang oleh para penyelidik lain. Di
antara beberapa faktor yang dikenalpasti ialah:
1. Persampelan
Subjek haruslah dipilih dengan lebih teliti supaya hasil kajian lebih
mantap dan signifikan. Adalah disarankan bagi penyelidik lain yang
ingin menjalankan kajian seumpama ini agar dapat memilih subjek
yang lebih besar jumlahnya. Ini perlu untuk memperolehi perwakilan
populasi yang lebih baik, realistik dan menyeluruh.
2. Pentadbiran ujian
Pengawasan terhadap subjek perlu diteliti terutama semasa menjawab
soal selidik supaya subjek mematuhi prosedur dan syarat yang telah
ditetapkan. Keadaan ini perlu agar kajian mempunyai
40
kebolehpercayaan yang tinggi dan mencapai objektif yang
dikehendaki.
3. Faktor Penglibatan
Terdapat pelbagai motif penglibatan selain terkandung dalam kajian
ini. Oleh itu adalah lebih baik sekiranya kajian terhadap motif
penglibatan yang lain divariasikan dan dikaji untuk memberi alternatif
yang mencukupi kepada responden terhadap motif penglibatan yang
benar-benar mempengaruhi penyertaan mereka dalam sesuatu jenis
sukan.
4. Perancangan program latihan
Instruktor dan jurulatih harus menjalankan kajian berkaitan dengan
motif penglibatan pelajar atau atlit untuk merancang program latihan
yang berkaitan serta persediaan psikologi yang perlu untuk
memperkukuhkan motivasi pelajar terhadap sukan yang mereka sertai.
5. Peranan pihak atasan
Kementerian Pendidikan juga perlu melaksanakan pelbagai kursus
yang memberi pendedahan kepada guru Pendidikan Jasmani, guru
Sains Sukan dan jurulatih berkaitan dengan kemahiran-kemahiran dan
perubahan yang berlaku dalam setiap permainan dari semasa ke
41
semasa supaya mereka senantiasa dibekalkan dengan pelbagai
informasi.
42
RUJUKAN Ab. Aziz Yusof dan Juhary Ali (2000). Seminar prosiding pendidikan kebangsaan
2000. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bakker, F. S., Groot, G. D., Koning, J. J., & Schenau, G. J. (1993). Motivation of
young elite speed skaters. Journal of Sports Psychology, 24:432-442.
Butt, D. S., & Cox, D. L. (1992). Motivational pattern in davis cup, university and recreation tennis player. International Journal of Sport Psychology, 23:1-3.
Fortier, M. S., Briere, N. M., & Proveche, P. J. (1995). Competitive and recreational sport structures and gender: a test their relationship with sport motivation. International Journal of Sports Psychology, 26:98-116.
George, T. R., & Feltz, D. L. (1995). Motivation in sport from a collective efficacy perspective. International Journal of Sports Psychology, 26:98-116.
Gill, D. L., Gross, J. B., & Huddlestone, S. (1983). Participation motivation questionnaire in youth sports. International Journal of Sport Psychology, 14:1-14.
Hamel, J., & Ryckman, R. M. (1991). Perceived physical ability differences in the sport participation motives of young athletes. Journal of Sports Psychology, 12:270- 283.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1979). Laporan jawatankuasa kabinet:
mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahmood Nazar Mohamad. (1990). Pengantar psikologi satu pengenalan asas
jiwa dan tingkah laku manusia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Majid Konting (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.
43
Ronnie Ooi Sew Teik & Wan Rafaei Abdul Rahman. (1992/1993). Psikologi
sukan: motivasi di kalangan atlit. Jurnal Psikologi Malaysia, 18:27-28.
Scanlan, T. K., Ravizza, K., & Stein, G. L. (1989). An in-depth study of former elite figure skater: one intruduction to the Project. Journal of Sports Psychology,11:54-56.
Shaharudin Abd. Aziz (2001). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Syarifah Alawiyah Alsagoff (1987). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: HeinemanBooks Ltd.
Yusoff Ismail (1988). Kegiatan ko-kurikulum sukan: satu pendekatan mengurus.
Ipoh: Pustaka Muda.
44
LAMPIRAN A
Borang soal selidik Participation Motivation Questionnaire (PMQ
45
JABATAN PENDIDIKAN SAINS SUKAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJUNG MALIM,
PERAK, DARUL RIDZUAN.
PARTICIPATION MOTIVATION QUESTIONNAIRE (PMQ)
SOAL SELIDIK
Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah dipilih untuk mengisi borang soal selidik yang berkaitan dengan faktor-faktor motif penglibatan anda di dalam kegiatan ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak. Peringatan :
1. Soalan soal selidik ini mempunyai dua bahagian dan anda
dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian tersebut.
2. Baca dan fahamkan dengan teliti soalan-soalan yang
dikemukakan.
3. Nama dan semua maklumat anda akan dirahsiakan.
4. Kerjasama daripada anda amatlah dihargai dengan jawapan
yang jujur serta ikhlas tanpa terpengaruh dengan mana-mana
pihak.
46
BAHAGIAN A : BIODATA PELAJAR
Tandakan ( / ) di dalam petak yang disediakan serta isikan jawapan di tempat
kosong.
1. Berapakah usia anda ?
1. 19 –24 tahun
2. 25 – 30 tahun
3. 31 – 35 tahun
4. 36 – 40 tahun
2. Berapa lamakah anda telah menceburi diri dalam bidang sukan ?
1. 0 – 5 tahun
2. 6 – 10 tahun
3. Pada usia berapakah anda telah mula melibatkan diri dalam bidang sukan ?
1. 7 – 12 tahun
2. 13 – 18 tahun
3. 19 – 24 tahun
47
4. Pilih salah satu sahaja sukan yang paling diminati.
1. Ragbi
2. Hoki
3. Bola Sepak
4. Bola Tampar
5. Bola Baling
6. Olahraga
7. Bola Jaring
8. Badminton
9. Tenis
48
BAHAGIAN B
Arahan : Di bawah ini adalah antara faktor-faktor motif penyertaan diri pelajar dalam
kegiatan ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung
Malim, Perak. Pilih satu daripada tiga jawapan yang diberikan. Bulatkan jawapan
anda pada nombor yang telah disediakan.
JAWAPAN NOMBOR SINGKATAN
Tidak Penting
1
TP
Penting
2
P
Sangat Penting
3
SP
Saya melibatkan diri dalam ko-kurikulum bola baling di Universiti Pendidikan
Sultan Idris Tanjung Malim, Perak kerana :
Motivasi Intrinsik
1. Saya ingin meningkatkan kemahiran diri 1 2 3
2. Saya ingin mendapatkan tenaga 1 2 3
3. Saya sukakan pengembaraan 1 2 3
TP P SP 1 2 3
49
4. Saya ingin mengekalkan bentuk badan 1 2 3
5. Saya sukakan keseronokan 1 2 3
6. Saya ingin belajar kemahiran yang baru 1 2 3
7. Saya suka melakukan sesuatu yang berfaedah 1 2 3
untuk diri saya
8. Saya ingin melepaskan tekanan 1 2 3
9. Saya suka melakukan latihan 1 2 3
10. Saya suka sesuatu yang boleh saya lakukan 1 2 3
11. Saya sukakan aksi 1 2 3
12. Saya ingin ke tahap yang lebih tinggi 1 2 3
13. Saya inginkan kecergasan fizikal 1 2 3
14. Saya sukakan cabaran 1 2 3
15. Saya sukakan kegembiraan 1 2 3
Motivasi Ekstrinsik
1. Saya ingin bersama rakan-rakan 1 2 3
2. Saya sukakan kemenangan 1 2 3
3. Saya suka bekerja secara berpasukan 1 2 3
4. Ibu bapa dan rakan baik inginkan saya bermain 1 2 3
5. Saya ingin mendapatkan kawan baru 1 2 3
TP P SP 1 2 3
50
6. Saya inginkan ganjaran 1 2 3
7. Saya suka semangat berpasukan 1 2 3
8. Saya suka melakukan sesuatu di luar rumah 1 2 3
9. Saya suka terlibat dalam pertandingan 1 2 3
10. Saya suka dianggap penting 1 2 3
11. Saya suka berada di dalam pasukan 1 2 3
12. Saya ingin popular 1 2 3
13. Saya sukakan jurulatih / instruktor 1 2 3
14. Saya ingin meningkatkan pengiktirafan 1 2 3
15. Saya suka menggunakan peralatan / kemudahan 1 2 3
yang disediakan
SEKIAN,
TERIMA KASIH DI ATAS KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN ANDA
MENJAWAB.
TP P SP 1 2 3