kajian tindakan - guru inovatif.pdf
TRANSCRIPT
-
KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT
PENGAJIAN TINGGI
NORHARYANTI OCTAVIA BINTI AHMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
-
i
KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT
PENGAJIAN TINGGI
NORHARYANTI OCTAVIA BINTI AHMAD
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
-
ii
-
iii
Dedikasi
Jutaan terima kasih buat suami tersayang
atas segala bantuan, galakan dan sokongan
serta kesabaran yang diberikan selama ini:
Nor Muhamad Fazli Abdul Malek
Ingatan dan kasih sayang
kepada anak-anak yang memberikan
kekuatan dan inspirasi:
Muhammad Faiq
Muhammad Fariz
Muhammad Fahim
Harapan dan doa yang dicurahkan:
Ahmad bin Harjo (Ayah)
Rahimah Salleh (Kak Long)
Jamilah Mistam (Mama)
Abdul Malek Awang Besar (Bapak)
Serta seluruh keluarga tercinta
-
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T dengan izin-Nya
Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disempurnakan bagi memenuhi syarat untuk
mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).
Dalam usaha menjayakan projek ini, dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas,
saya ingin merakamkan ucapan setinggitinggi penghargaan dan sekalung budi kepada
Encik Amirmudin bin Udin yang sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta
dorongan sepanjang penyediaan PSM ini.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah dan
tenaga pengajar di bahagian Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK)
UTM Skudai, guru-guru penyelia di sebuah sekolah menengah daerah Skudai, Johor
kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk mendalami dan menjalankan
penyelidikan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pelajar-pelajar SPH tahun
tiga dan empat yang sudi membantu saya untuk menjadi subjek kajian dalam
penyelidikan yang telah dijalankan.
Akhir sekali, rasa penghargaan turut dihulurkan kepada rakan-rakan
seperjuangan, tidak kurang juga kepada orang perseorangan yang telah membantu dan
mendorong secara tidak langsung sepanjang saya menyempurnakan penyelidikan ini.
Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas segala jasa baik kalian semua.
Wassalam.
-
v
ABSTRAK
Pada masa kini, kreativiti bakal guru adalah sesuatu yang amat diperlukan dalam
meningkatkan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) seterusnya membentuk
budaya P&P yang berkesan. Profesion perguruan yang merupakan agen dalam
penyampaian ilmu memainkan peranan penting dalam menerapkan elemen-elemen
kreativiti, untuk membentuk satu corak pembelajaran yang menarik bagi melahirkan
generasi yang berfikiran kreatif. Model kreativiti yang dibangunkan oleh Geoffrey Petty
(1996) iaitu ICEDIP Model (Inspirasi, Penjelasan, Penilaian, Pengeraman, Saringan dan
Hardwork (daya usaha)) digunakan oleh penyelidik untuk mengukur tahap elemen
kreativiti yang ada dalam diri seseorang individu yang bakal bergelar guru. Kajian ini
telah dijalankan terhadap 161 orang pelajar tahun tiga dan empat yang mengambil
Jurusan Pendidikan (Kemahiran Hidup), di Jabatan Pendidikan Teknikal Dan
Kejuruteraan, UTM, Skudai. Instrumen yang digunakan untuk kajian ini adalah
berdasarkan soalan yang dibina dan diubahsuai daripada Creativity Questionaire
ICEDIP Model. Data-data kajian diperolehi melalui satu set borang soal selidik yang
mengandungi dua bahagian utama iaitu bahagian A (latar belakang responden) dan
bahagian B dibina berdasarkan persoalan kajian yang telah dibuat dan menggunakan
kaedah skala likert. Borang soal selidik yang diedarkan kepada responden adalah dengan
menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh dianalisis
menggunakan Statistical Packages for the Social Science version 16 (SPSS) dan SPSS
AMOS versions 18. Hasil penyelidikan diperlihatkan dalam bentuk kekerapan, peratusan
dan min. Penyelidikan ini juga menggunakan beberapa ujian seperti analisis pengesahan
faktor (confirmatory factor analysis-CFA) terhadap pemboleh ubah cerapan (observed
variable) dan pemboleh ubah pendam (latent variable). Setelah analisis dilakukan,
didapati bahawa elemen kreativiti Hardwork mendapat nilai min tertinggi (diantara
3.68-4.38) diikuti dengan elemen-elemen penjelasan, saringan, dan penilaian. Bagi
-
vi
elemen kreativiti inspirasi hanya berada di tahap yang sederhana dengan nilai min
diantara 3.63-3.66. Manakala elemen kreativiti bagi pengeraman telah dimansuhkan
berdasarkan ketidaksuaian indeksnya mengikut nilai indeks kesepadanan (goodness of
fit). Keseluruhan daripada hasil kajian ini mendapati bahawa, elemen-elemen kreativiti
yang perlu ada dalam diri seseorang guru ini telah sedia ada wujud dalam diri bakal guru
ini.
-
vii
ABSTRACT
Nowadays, creativity for future teacher is necessary to upgrade the teaching and
learning (T&L) process to form an effective civilization in T&L. Teaching profession
which is the agent of delivering knowledge plays an important role in cultivating
elements of creativity by developing interesting lessons to create generation with
creative mind. Researchers using ICEDIP Model (Inspiration, Clarification, Evaluation,
Incubation, Distillation and Perspiration) which was created by Petty (1996) to measure
the stage of individual creativity elements for future teachers. This research was
conducted on 161 respondents which are students of year three and year four who in
Education field (Living Skill) at the Department of Technical Education and
Engineering, UTM, Skudai. The instrument used for the study was constructed and
modified based on the questions from Creativity Questionnaires ICEDIP Model. The
data collected in the form of questionnaire which consists of two sections, namely
section A (respondent background) and section B which was constructed by using likert
scale. The questionnaires were given to the respondent by using random sampling
techniques. Data received were analyzed by using the Statistical Packages for the Social
Science version 16 (SPSS) and SPSS AMOS version 18. The results were presented in
forms of frequency, percentage and mean. The data were also tested by using the
Confirmatory Factor Analysis (CFA) to observe variable and latent variable. Results
from the analysis, showed that element of creativity of Hard work get the highest mean
value (between 3.68 - 4.38), and followed by other elements (clarification, distillation,
and evaluation). Inspiration elements of creativity were located at the intermediate stage
with mean values between 3.63 - 3.66. Then, elements of creativity for incubation
decreased based on goodness of fit values. In conclusion, the study revealed that all the
creativity elements already exist among all the future teachers.
-
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataaan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
-
ix
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 11
1.9 Definisi/ Istilah 11
1.9.1 Kreativiti 11
1.9.2 Elemen Kreativiti 12
1.9.2.1 Idea 12
1.9.2.2 Inspirasi 12
1.9.2.3 Kejelasan Idea 13
1.9.2.4 Penilaian Idea 13
1.9.2.5 Saringan Idea 13
1.9.2.6 Pengeraman Idea 14
1.9.2.7 Daya Usaha (Hardwork) 14
1.9.3 Bakal Guru 14
1.9.4 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 15
1.9.5 Profesionalisme 15
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Kajian-kajian Tentang Kreativiti 16
2.2.1 Inspirasi (Inspiration) 17
2.2.2 Kejelasan (Clarification) 18
2.2.3 Penilaian (Evaluation) 18
2.2.4 Saringan (Distillation) 19
2.2.5 Pengeraman (Incubation) 19
2.2.6 Daya Usaha atau Hardwork (Perspiration) 19
2.3 Kajian Tentang Kreativiti Guru dan Tanggungjawabnya 20
2.4 Kajian Tentang Perbezaan Kreativiti di antara Manusia 23
-
x
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Rekabentuk Kajian 26
3.3 Tempat Kajian 27
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 27
3.5 Instrumen Kajian 29
3.5.1 Kesahan Soal Selidik (Validity) 30
3.5.2 Kajian Rintis 31
3.5.3 Kebolehpercayaan item Soal Selidik 31
3.6 Prosedur Kajian 33
3.7 Analisis Data 33
3.8 Jangkamasa Kajian 37
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 38
4.2 Analisis Data Bahagian A 38
4.3 Analisis Data Berkaitan dengan Persoalan Kajian 41
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 66
5.2 Rumusan 67
5.3 Perbincangan 68
5.3.1 Dapatan Kajian Latar Belakang Responden 69
5.3.2 Tahap Elemen Kreativiti Bakal Guru SPH, 70
-
xi
UTM, Skudai.
5.4 Cadangan 74
5.5 Cadangan Penyelidikan di Masa Hadapan 75
5.6 Penutup 76
6 BIBLIOGRAFI 78
7 LAMPIRAN
Lampiran A 86
Lampiran B 93
Lampiran C 94
Lampiran D 95
-
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK JADUAL MUKA SURAT
1.1 Dapatan permasalahan sikap pelajar SPH hasil
daripada temuramah dengan pensyarah dan tenaga
pengajar UTM. 6
1.2 Dapatan permasalahan sikap guru praktikal dan
guru baru, hasil daripada temuramah dengan
guru-guru penyelia. 7
3.1 Bilangan Populasi Bagi Bilangan Pelajar Yang
Mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (KH) 28
3.2 Jadual Menentukan Jumlah Sampel Daripada Populasi 28
3.3 Skala Pemeringkatan Likert 30
3.4 Senarai Item Soalan Kajian 31
3.5 Nilai Cronbach Alpha Mengikut Objektif Kajian 32
3.6 Jadual Peratusan Skor 34
3.7 Singkatan Pembolehubah dan Item Kajian 35
3.8 Jadual Skor Min 37
4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Populasi Pelajar
Yang Mengikuti Program SPH Mengikut Tahun
Akademik 39
4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Populasi Pelajar
Mengikut Peringkat Umur 39
-
xiii
4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Populasi Pelajar
Mengikut Bangsa 40
4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Populasi Pelajar
Mengikut Perbezaan Jantina 40
4.5 Taburan Bilangan dan Peratusan Populasi Pelajar
Mengikut Latar Belakang Akademik 41
4.6 Taburan Bilangan dan Peratusan Populasi Pelajar
Mengikut Tahap Pencapaian Akademik di UTM 41
4.7 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal
(Aras Pertama) Bagi Elemen Kreativiti Inspirasi 43
4.8 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Ubah Suai
(Aras Pertama) Untuk Elemen Kreativiti Inspirasi 44
4.9 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal
(Aras Pertama) Bagi Elemen Kreativiti Kejelasan 45
4.10 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Ubah Suai
(Aras Pertama) Bagi Elemen Kreativiti Kejelasan 46
4.11 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal
(Aras Pertama) Bagi Elemen Kreativiti Kejelasan 48
4.12 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal
(Aras Pertama) Bagi Elemen Kreativiti Pengeraman 49
4.13 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Ubah Suai
(Aras Pertama) Bagi Elemen Kreativiti Pengeraman 50
4.14 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal
(Aras Pertama) Elemen Kreativiti Saringan 52
4.15 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Ubah Suai
(Aras Pertama) Bagi Elemen Kreativiti Saringan 53
4.16 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal
(Aras Pertama) Bagi Elemen Kreativiti Daya Usaha 54
4.17 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Ubah Suai
-
xiv
(Aras Pertama) Untuk Elemen Kreativiti Daya Usaha 55
4.18 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal
(Aras Ke Dua) Bagi Elemen-elemen Kreativiti
Profesionalisme Bakal Guru 59
4.19 Analisis Awal Indeks Kesepadanan Model Pengukuran
Aras Ke dua Bagi Elemen-elemen Kreativiti
Profesionalisme Bakal Guru 59
4.20 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Ubah Suai
(Aras Ke Dua) Bagi Elemen-elemen Kreativiti
Profesionalisme Bakal Guru 62
4.21 Analisis Akhir Indeks Kesepadanan Model Pengukuran
Aras Ke dua Bagi Elemen-elemen Kreativiti
Profesionalisme Bakal Guru 62
-
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.7 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi
Elemen Kreativiti Inspirasi 42
4.8 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) Bagi
Elemen Kreativiti Inspirasi 43
4.9 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi
Elemen Kreativiti Kejelasan 45
4.10 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) Bagi
Elemen Kreativiti Kejelasan 46
4.11 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi
Elemen Kreativiti Penilaian 47
4.12 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi
Elemen Kreativiti Pengeraman 49
4.13 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) Bagi
Elemen Kreativiti Pengeraman 50
4.14 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi
Elemen Kreativiti Saringan 51
4.15 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) Bagi
Elemen Kreativiti Saringan 52
4.16 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi
Elemen Kreativiti Daya Usaha (Hardwork) 54
-
xvi
4.17 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) Bagi
Elemen Kreativiti Daya Usaha (Hardwork) 55
4.18 Model Pengukuran Awal (Aras Ke Dua) Bagi
Elemen-elemen Kreativiti Profesionalisme Bakal Guru
(Standardized Estimates) 57
4.19 Model Pengukuran Awal (Aras Ke Dua) Bagi
Elemen-elemen Kreativiti Profesionalisme Bakal Guru
(Unstandardized Estimates) 58
4.20 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Ke Dua) Bagi
Elemen-elemen Kreativiti Profesionalisme Bakal Guru
(Standardized Estimates) 61
4.21 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Ke Dua) Bagi
Elemen-elemen Kreativiti Pofesionalisme Bakal Guru
(Unstandardized Estimates) 61
-
xvii
SENARAI SINGKATAN
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
MyNIC - Pusat Inovasi Negara
IPG - Institusi Pendidikan Guru
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
FP - Fakulti Pendidikan
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPH - Kursus Kemahiran Hidup
ABM - Alat Bantu Mengajar
KPT - Kementerian Pengajian Tinggi
ICEDIP - Model Inspiration, Clarification, Evaluation, Incubation
&Perspiration
SPSS - Statistical Packages For The Social Science
CFA - Confirmatory Factor Analysis
RMSEA - Root Mean-square Error of Approximation
CR - Critical Ratio
NFI - Normed Fit Index
X2 - Chi-square
-
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 86
B Carta Alir Prosedur Kajian 93
C Jadual Perancangan Kerja 94
D Peta Minda 95
-
1
BAB SATU
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Para penyelidik telah memberi pelbagai istilah dan definisi yang berkaitan
kreativiti bagi menggambarkan maksud sebenarnya. Mohd Azhar et al. (2003)
menyatakan bahawa kreativiti ialah suatu konsep yang bersifat multi dimensi dan inter
disiplin. Walau bagaimanapun, ia masih boleh dikaji dan difahami dalam pelbagai
bidang yang berbeza. "Kreativiti" berasal dari perkataan Barat iaitu creativity yang
bererti keupayaan mencipta atau daya cipta (Hassan, 1997). Young (1999) menyatakan
bahawa perkataan creativity ini pula berasal dari perkataan Latin creare yang
bermaksud untuk membuat dan dari perkataan Greek krainein yang bermaksud untuk
memenuhi. Torrance (1988) sendiri menyatakan adalah amat sukar atau mustahil untuk
memberikan satu definisi yang benar-benar tepat mengenai kreativiti kerana ia adalah
sesuatu yang unik dan melibatkan pelbagai deria dan disiplin diri seseorang. Walau
bagaimanapun, pakar-pakar dalam bidang kreativiti secara keseluruhannya bersepakat
bahawa kreativiti memiliki tiga unsur teras iaitu yang pertama adalah keaslian (yakni
sesuatu produk, tindakan atau idea yang kreatif semestinya menyimpang dari kebiasaan),
-
2
ke dua adalah keberkesanan (mencapai tujuan mengapa ianya dihasilkan) dan yang
terakhir adalah beretika (istilah kreatif biasanya tidak digunakan untuk mejelaskan
tindakan-tindakan yang mementingkan diri sendiri seperti jenayah, tingkah laku
distruktif dan sebagainya) (Cropley, 2001).
Setiap insan di dunia ini mempunyai daya imaginatif dan kreativiti yang
tersendiri lalu menjadikan individu tersebut berlainan dan unik. Kreativiti bukan
anugerah untuk insan terpilih semata, namun sebenarnya ia boleh digilap sedari di
awal usia. Piaget (1970) menyatakan bahawa, manusia telah mula berfikir tentang
cara bagaimana hendak memenuhi keperluan di peringkat sensori motor bermula dari
seawal usia bayi lagi. Begitu juga dengan Lilian dan Virgil (1971) menyatakan
bahawa kanak-kanak yang dilahirkan normal mempunyai potensi kreatif dalam diri
mereka, namun tahap kekreativitian mereka adalah berbeza di antara satu sama lain.
Perbezaan ini adalah disebabkan keupayaan mental yang berbeza kerana mewarisi
genetik yang berlainan di antara individu tersebut (Sufean, 1996). Siti Zabidah
(2006) percaya bahawa perkembangan kreativiti individu adalah bergantung kepada
individu dan persekitaran itu sendiri. Kajian daripada Jeffrey dan Craft (2004)
menyatakan bahawa, pembelajaran kreativiti dan berfikir secara kreatif perlu
dimulakan diawal usia kanak-kanak bagi membentuk budaya pemikiran yang lebih
kreatif dan inovatif pada masa akan datang. Mohd Azhar et al. (2003) menyatakan
bahawa elemen kreativiti dan inovasi masih belum diperkembangkan dalam budaya
masyarakat Malaysia. Maka, untuk membudayakannya dalam masyarakat di
Malaysia, seeloknya elemen kreativiti ini perlu diterap dan dilaksanakan seawal di
peringkat pra persekolahan lagi.
Kerjaya perguruan merupakan kerjaya yang mulia dan dihormati sedari dulu
lagi. Peranan yang dimainkan oleh guru amatlah besar dan semakin mencabar dari
-
3
masa ke semasa. Guru bukan sahaja bertugas untuk mengajar semata, tetapi juga
menjadi pendidik dan role model kepada kepada para pelajar mereka. Maka,
sememangnya ilmu amat penting dan kualiti profesion perguruan perlu senantiasa
dijaga. Ia bersesuaian dengan pandangan Sharil dan Habib (1993) yang menyatakan
bahawa profesion perguruan perlu mengutamakan perkembangan ke arah idealogi
dan aspirasi kebangsaan, selaras dengan isu-isu masa kini yang menjana untuk masa
hadapan. Perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KPM/KBSR, 1983), dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KPM/KBSM, 1988) jelas menunjukkan
usaha telah mula dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menaiktaraf tahap Pengajaran
dan Pembelajaran (P&P) di Malaysia. Dalam kurikulum baru ini, kerajaan telah
mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai elemen-elemen yang
dapat membentuk kreativiti dan inovasi pelajar seawal di peringkat sekolah rendah
lagi. Sebagai langkah permulaan, elemen kreativiti dan inovasi ini telah mula
diterapkan di sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui subjek
Rekacipta dan Kemahiran Hidup. Namun, kejayaannya sudah pasti bermula dari
guru-guru yang mampu memberi pendekatan dan kaedah yang betul untuk
mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri pelajar tersebut.
Malaysia kini dalam usaha menuju ke arah negara maju yang berpotensi di
mata dunia. Dengan itu, corak pendidikan negara juga telah mula berubah dan
menekankan elemen kreatif dan inovatif dalam setiap pembelajarannya. Falsafah
Pendidikan di Malaysia adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini jelas
menunjukkan bahawa kecerdikan dan intelektual pada seseorang individu sahaja
tidak mencukupi. Malahan, Malaysia sebenarnya memerlukan individu yang terdidik
dari segi kognitif, afektif dan psikomotor untuk berfikir secara matang, berkemahiran
untuk memikul tanggungjawab dan mempunyai komitmen untuk mendukung aspirasi
pendidikan negara (Siti Zabedah, 2006). Ia penting sebagai pemangkin kejayaan bagi
sesebuah negara untuk mencapai
-
4
matlamat negara maju dan berdaya saing di peringkat global. Mohd Alias (1995)
menyatakan bahawa Pendidikan menjadi faktor penting dalam era pasca
perindustrian dan perdagangan kerana ilmu dan maklumat menjadi aset yang bernilai
kepada seseorang pekerja apabila teknologi pengeluaran bertukar menjadi lebih
saintifik dan halus (teliti). Kenyataan itu ditegaskan lagi oleh Yahya (2002), yang
menyatakan bahawa para majikan di sektor-sektor industri memerlukan pekerja yang
berkemahiran dan berkualiti, bukan sekadar dari segi fizikal, malahan dari segi
intektual dan keupayaan minda untuk berfikir secara lebih kreatif dan kritis dalam
menyelesaikan sesuatu permasalahan.
Dalam konteks pendidikan juga, kemahiran generik adalah kemahiran utama
yang perlu ada pada pelajar dalam melaksanakan tugas dengan sempurna. Kemahiran
seperti ini membantu pelajar membuat persediaan untuk menghadapi persekitaran
kerja (Azam, 2007). Maximus (Harian Metro, 30 Julai 2010) menyatakan bahawa
kejayaan sesebuah negara pada masa akan datang adalah bergantung kepada modal
insan yang kreatif dan berinovasi. Malahan, ia selaras dengan hasrat untuk mencapai
pembangunan mampan, berpaksikan model baru ekonomi berlandaskan budaya
kreativiti dan transformasi inovasi yang ingin direalisasikan oleh Perdana Menteri
dan seluruh rakyat Malaysia. Ismail Abdullah ( Berita Harian, 24 Ogos 2010)
menegaskan pula bahawa, dalam agama Islam juga amat menggalakkan elemen
kreativiti dan inovasi yang mampu menyumbang kepada kebaikan manusia sejagat.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan bahawa Tahun 2010 merupakan
Tahun Kreativiti dan Inovasi. Pelbagai program dan pertandingan telah diadakan
bagi menjana
-
5
perkembangan ekonomi negara. Malahan, kerajaan bercadang untuk membina Pusat
Inovasi Negara (MyNIC) yang akan disokong oleh satu rangkaian pusat
kecemerlangan untuk perpaduan dan kerjasama strategik dalam perkongsian
kepintaran membentuk inovasi di kalangan warga Malaysia (Ismail Abdullah; Berita
Harian, 24 Ogos 2010). Namun, usaha dan cita-cita kerajaan tidak mungkin tercapai
sekiranya tidak mendapat sokongan dan kerjasama dari masyarakat di negara ini.
Malahan, segala perancangan kerajaan ini sememangnya bermula semenjak di
bangku sekolah rendah lagi. Ini kerana, generasi muda inilah yang akan menjadi
pemangkin kepada kejayaan program tersebut.
Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa orang yang paling penting
merealisasikan hasrat tersebut adalah guru-guru di sekolah, khususnya guru-guru
yang mengajar mata pelajaran yang berkaitan dengan kreativiti dan inovasi, seperti
Rekacipta dan Kemahiran Hidup. Untuk memastikan bahawa guru-guru ini mampu
memiliki elemen kreativiti dan inovasi dalam diri mereka, segalanya haruslah
bermula diperingkat Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) yang melatih bakal-bakal guru tersebut. Ini bermakna, pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) haruslah sentiasa berkolaberasi dengan
pihak IPG dan IPTA dalam merencanakan matlamat tersebut. Laporan Jemaah Nazir
Persekutuan juga mendapati bahawa, ramai guru yang tidak menerapkan elemen
kemahiran berfikir secara kreatif dan inovasi dalam P&P walaupun kemahiran ini
telah lama diperkenalkan di sekolah secara tidak formal (Dhanaphal, 2010). Ini
memberikan satu kesan terhadap hasrat kerajaan yang mahukan pendidikan
melahirkan pelajar kelas pertama, berminda kreatif dan pertumbuhan ekonomi
negara berasaskan kreativiti dan inovasi.
Jadual 1.1 dibawah menunjukkan hasil temu bual awal yang telah dilakukan
dengan beberapa orang pensyarah dan tenaga pengajar di Jabatan Pendidikan
-
6
Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK) di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia (UTM).
Mereka menyatakan bahawa bakal-bakal guru yang mengambil kursus Kemahiran
Hidup (SPH) ini mempunyai tahap kreativiti dan inovasi yang agak rendah. Ini
berdasarkan kepada gerak kerja yang diperolehi dari pemerhatian dan hasil kerja
pelajar berkenaan. Golongan pelajar perempuan khususnya dikatakan mempunyai
daya imaginasi yang agak rendah berbanding dengan pelajar lelaki. Mereka ini
dikatakan tidak mampu melihat dan melakukan sesuatu pemerhatian secara lebih
telus terutamanya dalam subjek Lukisan Kejuruteraan. Namun, pelajar perempuan
selalunya lebih bersedia untuk belajar dan berusaha berbanding dengan pelajar lelaki
yang dikatakan suka mengambil sikap sambil lewa dan melakukan tugasan di saat-
saat akhir.
Kenyataan ini juga mendapat sokongan daripada beberapa orang guru sekolah
yang pernah menyelia guru-guru pelatih dan guru baru (Jadual 1.2). Melalui
temubual ini, mereka beranggapan bahawa golongan muda ini dikatakan malas
berusaha mencari bahan untuk Alat Bantu Mengajar (ABM), dan hanya
mengharapkan bahan yang sedia ada di sekolah. Bakal guru dan guru muda ini
dikatakan tidak boleh menyelesaikan sesuatu permasalahan sendiri dan
mengharapkan bantuan daripada guru-guru lain, dalam erti kata lain mereka ini tidak
memiliki ciri-ciri guru yang kreatif dan berinovasi. Bradley (2007) pula menyatakan
bahawa isu yang sering dibincangkan oleh guru-guru dan pensyarah ialah bagaimana
untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi dikalangan bakal-bakal guru.
Jadual 1.1: Dapatan permasalahan sikap pelajar SPH hasil daripada temuramah
dengan pensyarah dan tenaga pengajar UTM.
No Komponen permasalahan Dapatan kajian
1 Penglibatan pelajar dalam aktiviti P&P
i. Hasil kerja yang kurang kemas dan nampak biasa sahaja.
-
7
No Komponen permasalahan Dapatan kajian
untuk kerja-kerja amali (bengkel) ii. Penyelesaian masalah- tidak boleh berfikir sendiri dan sentiasa mengharapkan bantuan
daripada orang lain.
iii. Gerak kerja yang agak lambat dan kurang sabar.
iv. Idea dan imaginasi masih perlu digilap.
2 Penglibatan pelajar dalam aktiviti P&P
dalam kelas (teori)
i. Tidak suka menyoal atau memberi pendapat dan diam apabila disoal.
ii. Perasaan takut ditertawakan dan malu masih kuat menguasai diri pelajar.
iii. Pengetahuan- hanya berdasarkan nota yang diberi oleh pensyarah.
iv. Tidak mampu memberi buah fikiran yang lebih advanced atau sesuatu yang diluar bilik
kuliah (idea yang lebih berimaginatif)
3 Hasil tugasan / assignment (teori)
i. Kebanyakan pelajar suka ambil jalan mudah (cut and paste).
ii. Kurang atau tiada langsung bahan bacaan lain atau rujukan dalam penulisan kerja mereka
iii. Pelajar majoriti suka melakukan kerja mereka di saat-saat akhir.
iv. Hasil kerja yang kurang memuaskan janji siap.
Jadual 1.2: Dapatan permasalahan sikap guru praktikal dan guru baru, hasil daripada
temuramah dengan guru-guru penyelia.
No Komponen permasalahan Dapatan kajian
1 Sosialisasi guru praktikal dan guru baru
di sekolah
i. Kurang keyakinan diri ii. Tidak pandai bergaul dan kurang hormat
pada guru-guru sedia ada di sekolah.
iii. Suka buat hal/ kerja sendiri. iv. Kurang motivasi dalam diri
2 Hasil kerja guru praktikal dan guru baru
i. Kurang kreatif malas mencari bahan dan menggunakan ABM yang sedia ada sahaja.
ii. Tidak boleh menyelesaikan masalah sendiri- mengharapkan bimbingan dan bantuan
daripada orang lain.
iii. Cetusan idea yang kurang bernas pemikiran yang tidak berkembang
iv. Tidak menerima teguran dan kritikan orang lain- rasa diri dah betul.
-
8
Atas sebab-sebab inilah kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti tahap
Kreativiti Bakal Guru di Pusat Pengajian Tinggi.
1.3 Pernyataan Masalah
Temubual dan kajian awal menunjukkan bahawa kreativiti yang wujud dalam
diri bakal-bakal guru ini adalah rendah. Dalam dunia pendidikan masa kini, guru
dituntut untuk melakukan perubahan paradigma ke arah pengajaran dan
pembelajaran yang lebih kreatif dan berinovasi (Mohd Ali, 1994). Maka dengan itu,
satu kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti tahap elemen-elemen kreativiti
yang wujud dalam diri bakal-bakal guru ini.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk menilai elemen-elemen kreativiti dalam diri
bakal guru di Fakulti Pendidikan (FP) ini. Objektif ini di bahagikan kepada beberapa
bahagian iaitu:-
1. Menilai elemen kreativiti Inspirasi yang ada pada bakal-bakal guru
SPH di UTM, Skudai.
2. Menilai elemen kreativiti Kejelasan yang ada pada bakal-bakal guru
SPH, UTM Skudai.
3. Menilai elemen kreativiti Penilaian yang ada pada bakal-bakal guru
SPH, UTM Skudai.
-
9
4. Menilai elemen kreativiti Saringan yang ada pada bakal-bakal guru
SPH, UTM Skudai.
5. Menilai elemen kreativiti Pengeraman yang ada pada bakal-bakal
guru SPH, UTM Skudai.
6. Menilai elemen kreativiti Daya Usaha yang ada pada bakal-bakal guru
SPH, UTM Skudai.
1.5 Persoalan Kajian
1. Sejauh manakah elemen kreativiti Inspirasi wujud dalam diri bakal-
bakal guru SPH, UTM, Skudai?
2. Sejauh manakah elemen kreativiti Kejelasan wujud dalam diri bakal-
bakal guru SPH, UTM Skudai?
3. Sejauh manakah elemen kreativiti Penilaian wujud dalam diri bakal-
bakal guru SPH, UTM Skudai?
4. Sejauh manakah elemen kreativiti Saringan wujud dalam diri bakal-
bakal guru SPH, UTM Skudai?
5. Sejauh manakah elemen kreativiti Pengeraman wujud dalam diri
bakal- bakal guru SPH, UTM Skudai?
6. Sejauh manakah elemen kreativiti Daya Usaha wujud dalam diri
bakal- bakal guru SPH, UTM Skudai?