kajian tindakan matematik 4.pdf
TRANSCRIPT
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 1/60
1
PENGGUNAAN BAHAN MANIPULATIF X-BB DALAM PEMBELAJARAN
KONSEP PECHAN SETARA
1.0 PENDAHULUAN
Saya ialah seorang guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka yang
menjalani praktikum Fasa III di salah sebuah sekolah di daerah Rembau, Negeri
Sembilan dan saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar Matematik bagi
Tahun 4. Saya telah diberitahu oleh guru pembimbing saya bahawa murid dalam
kelas ini mempunyai pelbagai tahap pencapaian iaitu murid dalam kalangan pandai,
sederhana dan lemah. Setelah beberapa minggu saya mengajar kelas ini, saya
mendapati bahawa murid yang berada dalam kalangan lemah tidak dapat
menumpukan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan sepenuhnya. Mereka
lebih cenderung untuk membuat bising dan mengganggu rakan yang lain.
Hasil daripada pemerhatian dan perbincangan dengan guru, saya mendapati
bahawa murid ini mempunyai tingkah laku sebegini mungkin disebabkan oleh
beberapa kemungkinan. Antaranya ialah, murid mungkin tidak meminati subjek
matematik kerana mereka sering ketinggalan dan tidak memahami isi pengajaran
dengan baik. Namun begitu, jika diperhatikan, mereka memberikan tumpuan yang
baik jika saya mengajar mereka dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang
menar ik dan berbentuk ‘hands-on’.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Matematik merupakan satu bidang
ilmu yang luas dan berkait rapat dengan aktiviti kehidupan kita seharian. Oleh sebab
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 2/60
2
kepentingan inilah, Matematik dijadikan sebagai antara mata pelajaran teras yang
wajib dipelajari oleh semua murid. Oleh itu, pemahaman konsep asas matematik
sangat penting untuk dikuasai oleh murid pada peringkat sekolah rendah lagi supaya
apabila mereka belajar pada peringkat yang lebih tinggi, murid tidak lagi mempunyai
masalah dalam penguasaan konsep asas dan dapat meneruskan pemahamannya pada
tahap yang lebih tinggi.
Pada praktikum kali ini, saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar
tajuk Pecahan bagi Tahun 4. Antara subtajuk yang perlu murid kuasai ialah berkaitan
dengan pecahan tak wajar, nombor bercampur, penambahan dan penolakan pecahan.
Namun begitu, sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung saya dapati
murid gagal memberikan hasil jawapan dalam pecahan termudah. Apabila saya
memberitahu mereka pecahan termudah ini juga merupakan salah satu pecahan
setara bagi jawapan tersebut. Kemudian, mereka menunjukkan reaksi tidak begitu
memahami hal tersebut dan bertanya kepada saya, ‘Cikgu, pecahan setara tu apa?’.
Saya agak terkejut apabila mendengar pertanyaan ini kerana konsep pecahan setara
ini sepatutnya telah dikuasai oleh murid kerana mereka telah belajar kemahiran ini
pada Tahun 3 KSSR. Oleh yang demikian, saya telah menjalankan satu ujian
diagnostik (Lampiran A) terhadap murid Tahun 4 bagi tajuk Pecahan yang
melibatkan subtajuk-subtajuk yang telah mereka pelajari pada Tahun 1 hingga Tahun
3. Namun begitu, hasil ujian diagnostik tersebut mendapati bahawa terdapat empat
orang murid yang tidak dapat menjawab dengan betul soalan-soalan yang melibatkan
pecahan setara. Melalui pemerhatian saya, ada di antara mereka yang cuba-cuba
untuk meniru untuk mendapatkan jawapan yang betul dan apabila saya bertanya
kepada murid tersebut, Murid 1 (nama samaran), “K enapa kamu nak meniru jawapan
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 3/60
3
rakan k amu?” Murid 1 menjawab, “Saya sudah tidak ingat la cikgu apa itu pecahan
setara itu”(sambil menundukkan muka).
Oleh sebab itu, saya telah berbincang dengan guru Matematik mereka
berhubung dengan masalah ini. Hasil perbincangan ini menjelaskan bahawa terdapat
dalam kalangan murid yang belum dapat menguasai konsep pecahan setara ini pada
Tahun 3 lagi. Masalah ini akan sentiasa berterusan dan murid tidak akan dapat
meneruskan pemahaman mereka untuk kemahiran yang seterusnya, Hal ini agak
merunsingkan saya kerana jika saya tidak berusaha merawat masalah ini, bagaimana
untuk saya meneruskan pengajaran seterusnya dengan baik. Oleh itu, saya telah
mengajukan persoalan kepada guru Matematik tersebut berkenaan dengan
penyelesaian yang sewajarnya yang dapat saya ambil untuk membantu murid-murid
ini. Guru tersebut menjawab, “Pada pandangan saya, penggunaan bahan bantu
mengajar yang konkrit dan melibatkan murid dalam penggunaan bahan bantu
tersebut akan dapat meningkatkan kefahaman murid tentang sesuatu konsep yang
abstrak.”
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Wong (2011), pengkaji
mendapati bahawa kebanyakan murid tidak dapat memahami tentang konsep
pecahan terutamanya pecahan setara. Masalah ini dikenal pasti daripada jawapan
hasil lembaran-lembaran kerja murid yang dihantar selepas waktu mengajar
kebanyakannya salah. Masalah ini menunjukkan bahawa murid masih lagi tidak
sepenuhnya menguasai konsep pecahan setara walaupun telah didedahkan sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum ini, pengkaji menggunakan cara
pengajaran tradisional yang berpusatkan guru kerana pengkaji berpendapat bahawa
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 4/60
4
jika melaksanakan aktiviti berpusatkan murid, kelas akan menjadi bising dan sukar
dikawal. Namun begitu, hasil dapatan kajiannya menunjukkan kesan positif apabila
guru melaksanakan aktiviti berpusatkan murid kerana murid telah diberi peluang
untuk melibatkan diri secara aktif dan melaksanakan aktiviti ‘hands-on’ dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk pecahan setara. Pengkaji telah
menggunakan teknik lipatan kertas dalam membantu murid memahami konsep
pecahan setara dan kajian ini mencapai matlamatnya.
Topik pecahan ini sememangnya merupakan topik yang penting kerana
berdasarkan sukatan pelajaran, murid didedahkan dengan pecahan seawal dari Tahun
1. Jadual 1 menunjukkan analisis sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) (2011) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) (2003), yang
saya telah ringkaskan melibatkan tajuk pecahan yang diajar pada Tahun 1 KSSR
hinggalah kepada Tahun 6 KBSR.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 5/60
5
Jadual 1 Dokumen Standard KSSR Tahun 1- 4 dan Sukatan Pelajaran KBSR Tahun 5-6
TAHUN TAJUK STANDARD KANDUNGAN/
BIDANG PEMBELAJARAN
1(KSSR)
Pecahan i) Mengenal pasti konsep satu perdua dan satu perempat.
2
(KSSR)
Pecahan i) Menamakan pecahan wajar.
ii) Menulis pecahan wajar.
iii) Membanding nilai dua pecahan wajar.
3
(KSSR)
Pecahan i) Menamakan pecahan wajar.
-menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang
penyebutnya hingga 10.
4
(KSSR)
Pecahan i) Pecahan tak wajar dan nombor bercampur.
ii) Penambahan pecahan.
iii)Penolakan pecahan.
iv) Penambahan dan penolakan pecahan
v) Penyelesaian masalah melibatkan pecahan
5
(KBSR)
Pecahan i) Pecahan tak wajar
ii) Nombor Bercampur
iii) Penambahan pecahan
iv) Penolakan pecahan
v) Pendaraban pecahan
6
(KBSR)
Pecahan i) Tambah pecahan
ii) Tolak pecahan
iii) Darab pecahan
iv) Bahagi pecahan
Di samping itu, tajuk pecahan ini juga merupakan antara tajuk yang kerap
dijadikan sebagai soalan UPSR baik dalam soalan kertas 1 mahupun dalam kertas 2.
Jadual di bawah menunjukkan analisa kekerapan tajuk bagi soalan UPSR kertas 1
dan soalan UPSR Kertas 2 bagi tahun 2006 – 2012.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 6/60
6
Jadual 2 Analisa soalan UPSR Kertas 1 (2006-2012)
Jadual 3 Analisa soalan UPSR Kertas 2 (2006-2012)
*sumber dari Maths Catch Network
Jadual 4 Peratusan soalan pecahan dalam UPSR 2006 – UPSR 2012
Kertas Peratusan soalan pecahan dalam UPSR
UPSR’06 UPSR’07 UPSR’08 UPSR’09 UPSR’10 UPSR’11 UPSR’12
1
(
X 100)
10% 10% 10% 15% 10% 10% 7.5%
2
(
X 100)
10% 10% 5% 5% 10% 10% 20%
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 7/60
7
Menurut kajian Suhaidah (2012), menyatakan bahawa analisis keputusan
peperiksaan awam dapat memberikan sedikit gambaran tentang tahap pemahaman
pelajar mengenai sesuatu konsep matematik. Berkaitan dengan konsep pecahan,
laporan prestasi matematik UPSR, PMR, SPM menunjukkan bahawa pelajar
menghadapi kesukaran untuk menguasai topik berkaitan pecahan. Menurut pengkaji,
berdasarkan Laporan Prestasi Matematik UPSR 1996 misalnya, menunjukkan
bahawa pencapaian pelajar adalah kurang memuaskan terutamanya bagi soalan
berbentuk pecahan. Laporan Prestasi Matematik UPSR 2001 turut menunjukkan
pelajar sekolah rendah masih tidak dapat menguasai konsep asas pecahan. Hasil
dapatan laporan ini, jelaslah di sini bahawa masalah penguasaan murid-murid
berkaitan dengan topik pecahan ini sememangnya telah berlaku sejak dari dulu tidak
dapat dipertikaikan lagi. Jika murid tidak dapat menguasai konsep asas pecahan pada
peringkat permulaan, murid akan menghadapi kesukaran untuk memahami
pengajaran seterusnya berkaitan dengan pecahan. Oleh yang demikian, satu usaha
dalam menangani masalah ini haruslah ditangani segera supaya prestasi murid dalam
topik pecahan tidak merosot dari tahun ke tahun.
Berdasarkan kajian Wong (2011) yang melaksanakan kajian menggunakan
jalur pecahan dalam pengajaran konsep pecahan setara, muridnya tidak dapat
menguasai isi pelajaran dan mengikuti proses pengajaran pengkaji. Sewaktu pengkaji
menyoal soalan dan memanggil murid untuk menyelesaikan soalan pada papan
hitam, murid tidak memberi maklum balas dan gagal menjawabnya. Pengkaji juga
turut mengutip dan menyemak latihan untuk meninjau kemajuan murid. Pengkaji
terkejut apabila jawapan yang ditulis kebanyakannya salah. Jadi, pengkaji telah
memberikan latihan tambahan untuk menguji penguasaan murid dalam konsep
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 8/60
8
pecahan setara. Jelaslah di sini bahawa hasil lembaran kerja mereka menunjukkan
mereka betul-betul menghadapi masalah penguasaan konsep pecahan setara. Dalam
kajiannya, penggunaan jalur pecahan ternyata memberikan kesan dalam
meningkatkan kefahaman konsep murid terhadap pecahan setara kerana penggunaan
jalur pecahan ini merupakan aktiviti ‘hands-on’ dan hasil temu bual pengkaji
bersama muridnya mendapati bahawa muridnya seronok dan berminat untuk
menggunakan jalur pecahan ini.
Menurut Monica dan David ( 2007), menyatakan dalam kajiannya bahawa
pemahaman konsep pecahan setara ini bukanlah hanya melibatkan lebih daripada
mengingati fakta ataupun sesuatu prosedur itu. Ia adalah berdasarkan kepada
hubungan antara penerangan dengan pengetahuan procedural iaitu antara tafsiran
pecahan dengan perwakilannya. Murid sepatutnya dapat membuat hubung kait antara
model-model pecahan dengan cara memahami kesamaan dan ketetapan dalam
tafsiran tertentu. Oleh yang demikian, hasil dapatan kajian ini sangat bertepatan
dengan kajian saya untuk menunjukkan perkaitan konsep pecahan setara dengan
bahan manipulatif yang saya bina supaya murid dapat membina konsep secara lebih
bermakna dan bukan hanya mengingati fakta atau sesuatu prosedur berkenaan
pecahan setara.
Selain itu, menurut Kiranjit dan Pumadevi (2009) menyatakan bahawa,
‘students have difficulty in learning fractions because in understanding fractions,
there is abstract thinking and constant connections that need to be made while
learning it.’ Hasil dapatan kajian Kiranjit dan Pumadevi (2009) membincangkan
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 9/60
9
bahawa penggunaan buku teks dan buku aktiviti Matematik di sekolah tidak
mencukupi untuk murid memahami konsep pecahan setara. Guru seharusnya
menggunakan bahan tambahan yang lain apabila melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas dan tidak bergantung sepenuhnya terhadap buku teks
semata. Penggunaan bahan konkrit dapat membantu meningkatkan penguasaan
konsep pecahan setara dalam kalangan murid kerana murid menghadapi masalah
dalam mempelajari pecahan berikutan kefahaman dalam pecahan memerlukan
pemikiran yang abstrak dan suatu perkaitan yang tetap perlu dibina sewaktu
mempelajarinya. Oleh yang demikian, saya yakin dan percaya bahawa penggunaan
bahan manipulatif dapat membantu murid membina kefahaman konsep berkaitan
dengan pecahan setara.
De Morgan (1910) dalam Study and Difficulty of Mathematics mengakui
bahawa pembelajaran pecahan dikhuatiri akan mendatangkan banyak halangan
kepada murid dalam memahami konsep-konsep yang melibatkan pecahan. Oleh
sebab ini, saya akan memperkenalkan bahan manipulatif ‘ Excellent Building Blocks’
(X-BB) untuk membantu murid meningkatkan kefahaman konsep pecahan setara
yang berbentuk abstrak yang akan diterjemahkan dalam bentuk konkrit melalui
bahan manipulatif X-BB ini. X-BB ini juga diharapkan akan dapat menarik minat
dan meningkatkan motivasi murid untuk mempelajari konsep pecahan setara ini.
Dalam kajian penyelidikan ini, saya telah menggunakan model kajian
tindakan Kemmis dan Mc Taggart sebagai rujukan prosedur saya sewaktu
menjalankan kajian ini. Secara kesimpulannya, saya berharap agar kajian tindakan
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 10/60
10
yang akan saya laksanakan ini dapat membantu meningkatkan kefahaman konsep
pecahan setara dalam kalangan murid kerana jika konsep asas masih tidak dapat
dikuasai, mana mungkin mereka akan dapat meneruskan pemahaman mereka untuk
kemahiran lain yang lebih tinggi. Saya juga berharap agar kajian saya ini mampu
untuk merapatkan jurang antara murid yang pandai dengan murid yang lemah supaya
dapat bersaing secara sihat dalam arus pendidikan yang kian mencabar.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 11/60
11
2.0 FOKUS KAJIAN
Topik pecahan ini sememangnya merupakan salah satu topik yang agak mencabar
dan murid kebiasaannya tidak begitu meminati dan memahami topik pecahan ini.
Hasil daripada pemerhatian saya, saya mendapati bahawa kebanyakan murid tidak
dapat memahami konsep pecahan. Oleh itu, hasil daripada perbincangan dan temu
bual dengan guru matematik mereka, saya dapat mengetahui bahawa murid
sememangnya mempunyai masalah melibatkan pecahan setara pada Tahun 3 lagi.
Masalah ini timbul mungkin disebabkan oleh murid tidak dapat membuat imaginasi
ataupun bayangan berkaitan dengan gambaran konsep pecahan setara dengan jelas.
Menurut Kieran et.al (2007) ‘the human mind does not simply store facts discretely
when it learns. As they are learned they mix in with the constitute our mental lives.
so taking imagination seriously and then considering learning in light of our
developing conception of imagination, we are focusing on those aspects of learning
that emphasize meaning.’ Oleh itu, pemahaman konsep akan dapat memberikan
makna jika murid dapat mengembangkan pemikiran mereka sehingga ke tahap
imaginasi. Aktiviti yang menggalakkan pemikiran murid akan membantu mereka
meneroka sesuatu konsep dengan lebih baik.
Fokus kajian tindakan ini adalah untuk membantu meningkatkan penguasaan
konsep pecahan setara dalam kalangan murid Tahun 4. Kajian ini penting bagi
memastikan murid-murid dapat menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang
penyebutnya hingga 10 dengan merujuk kepada standard pembelajaran dalam
Dokumen Standard KSSR bagi Tahun 3. Pada hakikatnya, murid Tahun 4 sepatutnya
sudah dapat menguasai kemahiran ini dengan baik kerana mereka telah mempelajari
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 12/60
12
pecahan setara ini pada Tahun 3 lagi. Oleh itu, saya berharap agar mereka mampu
untuk mengatasi ketidakfahaman konsep pecahan setara ini dengan baik.
Saya telah mendapatkan data awal dengan meneliti hasil kerja murid dalam
buku latihan mereka pada Tahun 3 berkenaan dengan tajuk ini dan hasilnya agak
mengecewakan. Jawapan yang ditulis kebanyakannya salah.
Tunjuk cth pengiraan
Rajah 1 Contoh kesalahan murid dalam buku latihan
Bagi mendapatkan data awal bagi kajian ini, saya telah menganalisis kertas
ujian diagnostik yang telah saya jalankan terhadap murid Tahun 4 dan saya
mendapati empat orang murid telah membuat kesalahan dalam soalan yang
melibatkan pecahan setara. Rajah 3 di bawah menunjukkan beberapa contoh jawapan
murid yang salah dalam ujian diagnostik yang telah dijalankan.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 13/60
13
Rajah 2 Contoh kesalahan murid dalam ujian diagnostik
Dengan itu, kajian saya tertumpu pada empat orang murid yang menghadapi
masalah dalam tajuk pecahan setara ini. Murid-murid ini tidak dapat menguasai isi
pelajaran dan tidak dapat mengikuti proses pengajaran saya. Semasa saya mengimbas
kembali tajuk pecahan setara ini, saya telah menyoal soalan dan memanggil murid
untuk menyelesaikan di papan putih. Namun, murid menunjukkan reaksi tidak
memahami soalan tersebut dan gagal menjawabnya. Melalui ujian bulanan yang
lepas, saya mendapati keputusan yang mereka peroleh bagi mata pelajaran
Matematik amat mengecewakan. Murid 1 telah mendapat 30%, Murid 2 pula
mendapat markah sebanyak 35%, diikuti dengan Murid 3 iaitu 41% dan Murid 4 pula
sebanyak 18%. Hasil daripada markah ujian ini, dapat saya simpulkan bahawa
murid-murid ini adalah antara murid yang lemah Matematik dalam kelas Tahun 4.
Oleh itu, saya telah membuat keputusan untuk menjalankan satu kajian
tindakan bagi mengatasi masalah ini memperkenalkan kaedah yang dinamakan
sebagai ‘ Excellent Building Blocks’ (X-BB) yang menggunakan bongkah-bongkah
pecahan berbagai-bagai warna. X-BB merupakan satu kit yang dibina berdasarkan
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 14/60
14
nilai-nilai pecahan wajar yang mempunyai penyebut sehingga 10. Hal ini kerana
merujuk kepada Dokumen Standard Tahun 3 yang murid hanya didedahkan dengan
konsep pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10. Saya telah
mendapat ilham dalam membina X-BB ini melalui kajian-kajian lepas seperti kajian
Wong (2011) yang menggunakan jalur pecahan untuk membantu murid menguasai
konsep pecahan setara ini. Bezanya, saya telah manipulasi jalur pecahan ini menjadi
satu kit ataupun model konkrit bagi menarik minat murid untuk mempelajari pecahan
setara ini. Kaedah ini mempunyai unsur ‘ fun-learning ’ dan dapat menarik minat
murid kerana aktiviti yang dijalankan merupakan aktiviti ‘hands-on’ . Melalui kaedah
ini, murid akan dapat melakukan dan merasai sendiri menggunakan bahan tersebut
sewaktu mempelajari konsep pecahan setara.
Justeru, saya telah memastikan kebolehtadbiran kajian tindakan ini berjalan
dengan lancar. Kebolehtadbiran ini membawa makna bahawa sesuatu kajian itu
mestilah boleh ditadbir dengan baik dan sempurna. Pentadbiran yang baik amat
penting bagi memastikan murid-murid dapat merasai suasana yang kondusif dan
sesuai sewaktu mereka menjawab soalan yang diberikan dan juga sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antara aspek yang perlu saya titik
beratkan ialah aspek tempat dan masa. Saya telah melaksanakan kajian ini di luar
waktu persekolahan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran lain tidak terganggu dan murid juga akan berasa selesa dan tidak terganggu
dengan faktor luaran. Kemudian bagi tempat kajian pula ialah saya telah jalankan di
dalam bilik darjah kerana bilik darjah merupakan tempat yang paling kondusif dari
segi kemudahan seperti kerusi, meja dan sebagainya juga sesuai untuk melaksanakan
satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 15/60
15
Selain itu, saya juga telah memastikan kepentingan sesuatu kajian tindakan
yang dijalankan. Kepentingan di sini membawa makna bahawa kepentingan sesuatu
kajian tindakan itu terhadap permasalahan yang dihadapi. Menurut Othman (2011),
kepentingan kajian tindakan ini merupakan sebagai satu asas untuk membuat
keputusan berasaskan data dan juga sebagai sumbangan kepada perkembangan
profesionalisme guru. Sehubungan itu, dapatlah saya membuat perkaitan bahawa,
kepentingan kajian tindakan ini adalah untuk membantu murid menguasai konsep
pecahan setara dengan menggunakan bahan X-BB. Penguasaan sesuatu konsep
Matematik itu amat penting. Dalam konteks masalah ini, pentingnya untuk saya
merawat masalah ini kerana jika murid masih lagi tidak mampu menguasai konsep
asas pecahan setara ini, mana mungkin mereka akan meneruskan pemahaman mereka
untuk kemahiran-kemahiran yang lain. Perkara ini akan berlanjutan sehingga ke
peringkat sekolah menengah jika tidak diubati seawal waktu sekolah rendah ini.
Di samping itu, dengan melibatkan diri dalam proses dan aktiviti kajian
tindakan, saya dapat mempertingkatkan amalan saya berdasarkan penelitian dan
refleksi ke atas amalan dalam situasi yang sebenar. Hal ini amat bersesuaian dengan
konsep dan ciri-ciri profesionalisme yang sentiasa menggalakkan peningkatan ilmu
dan kemahiran dalam sesuatu bidang yang diceburi.
Seterusnya, saya memberikan penekanan terhadap kebolehgunaan kajian
tindakan ini. Dalam konteks kajian tindakan ini, kebolehgunaan merujuk kepada
tahap sejauh mana keberkesanan sesuatu kaedah yang dilaksanakan. Oleh yang
demikian, kajian tindakan ini dijalankan bagi menentukan kebolehgunaan bahan
manipulatif X-BB dalam membantu murid Tahun 4 menguasai konsep pecahan
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 16/60
16
setara. Ternyata bahan X-BB ini dapat membantu murid untuk menguasai konsep
pecahan setara dengan baik dan berkesan.
Di samping itu, dalam kajian tindakan ini, saya juga telah memberikan
penekanan terhadap beberapa aspek dalam kawalan. Antara aspek yang dikawal oleh
pengkaji ialah kumpulan sasaran, masalah kajian dan kaedah yang akan digunakan
untuk mengatasi masalah yang timbul. Walaupun pengkaji bebas memilih masalah
bagi tujuan kajian, namun data awal yang diperoleh membantu pengkaji untuk
memfokuskan kepada satu masalah sahaja. Oleh yang demikian, dalam kajian
tindakan ini, saya telah memilih tajuk pecahan setara bagi pecahan wajar yang
penyebutnya sehingga 10 berdasarkan kepada Dokumen Standard KSSR Matematik
Tahun 3.
Kemudian, aspek kolaborasi dalam sesuatu kajian tindakan itu merupakan
salah satu aspek yang penting. Kolaborasi membawa erti, individu yang sama-sama
terlibat dalam menyumbangkan idea, pengalaman, pengetahuan dan kemampuan
mereka untuk bekerjasama dalam satu pekerjaan. Bagi kajian tindakan ini, saya telah
berkolaborasi dengan rakan guru pelatih dalam melaksanakan sumbang saran buah
fikiran dari pelbagai aspek. Selain itu, saya juga turut berkolaborasi dengan guru dan
murid di sekolah tersebut bagi mendapatkan maklumat dan data awal berkenaan
dengan masalah ataupun isu yang ingin dikaji. Saya telah menggunakan kaedah temu
bual dengan guru pembimbing dan murid-murid Tahun 4. Proses pertukaran idea ini
sangat penting kerana dapat menggalakkan percambahan idea dan maklumat. Selain
itu, saya juga telah berkolaborasi dengan pensyarah penyelia bagi memastikan kajian
tindakan yang saya laksanakan ini mengikut aspek dan kriteria yang telah digariskan
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 17/60
17
dan memastikan matlamat yang diingini tercapai. Saya juga telah melaksanakan
perbincangan dengan pensyarah penyelia berkenaan dengan bahan intervensi yang
digunakan. Di samping itu, saya juga turut berkolaborasi dengan pihak pentadbiran
sekolah bagi mendapatkan keizinan untuk menjalankan kajian ini.
Seterusnya, saya turut mengambil kira aspek kerelevanan kajian tindakan ini
kepada pihak sekolah. Antara soalan yang boleh diperkatakan ialah sejauh mana
pentingnya untuk merawat masalah ini? Oleh yang demikian, dalam konteks ini,
relevannya kajian tindakan ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid
menguasai konsep pecahan setara dalam kalangan murid Tahun 4. Seandainya,
kajian ini mencapai matlamat yang diinginkan, maka murid-murid akan dapat
mengaplikasikan konsep yang dipelajari dan dapat menjawab soalan yang
dikemukakan dalam ujian dengan baik dan yakin. Keadaan ini secara tidak langsung
akan dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah dalam mata pelajaran
Matematik.
Oleh itu, saya amat berharap bahan manipulatif X-BB ini dapat mengubah
persepsi murid-murid Tahun 4 dalam memahami konsep pecahan setara ini kerana
penggunaan bahan yang konkrit dapat mengukuhkan lagi kefahaman murid.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 18/60
18
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif kajian
Kajian ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kefahaman konsep murid
terhadap tajuk pecahan setara dengan menggunakan bahan manipulatif X-BB.
3.2 Soalan Kajian
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menjawab soalan kajian berikut:
i) Adakah penggunaan bahan manipulatif X-BB ini dapat membantu murid Tahun 4
meningkatkan kefahaman konsep pecahan setara yang melibatkan penyebut
hingga 10 ?
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 19/60
19
4.0 KUMPULAN SASARAN
Dalam kajian ini, yang menjadi kumpulan sasaran terdiri daripada empat orang
murid Tahun 4 yang saya ajar di Sekolah Kebangsaan Salak Nama, Rembau, Negeri
Sembilan. Mereka terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid
perempuan. Murid 1, Murid 3 dan Murid 4 merupakan murid berbangsa Melayu,
manakala Murid 2 merupakan murid berbangsa India. Kesemua murid ini merupakan
murid biasa yang tidak memegang sebarang jawatan di sekolah ataupun dalam kelas
mereka.
Selain itu, murid-murid ini datang dari keluarga yang berstatus sederhana dan
rendah. Murid 4 dan Murid 2 merupakan penerima Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) di sekolah ini. Dalam kelas, saya mendapati Murid 2 merupakan seorang
murid yang inginkan perhatian guru. Murid 2 sering membuat bising dan
mengganggu rakan-rakan yang lain. Disebabkan tingkah laku ini, Murid 2 tidak
memberikan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru dan menyebabkannya tidak
memahami isi pengajaran dengan baik. Murid 1 pula seorang murid yang agak
pendiam. Di dalam kelas, Murid 1 kelihatan memberikan tumpuan dengan baik.
Apabila saya bertanya, “Murid 1, adakah awak faham?”. Kemudian Murid 1 akan
menjawab, “Ya cikgu, saya faham.”. Namun begitu, apabila saya menyemak latihan
yang saya berikan, saya mendapati Murid 1 melakukan beberapa kesilapan. Oleh
yang demikian, muncul seribu pertanyaan dalam benak fikiran saya. Adakah Murid 1
ini betul-betul memberikan tumpuan terhadap pengajaran saya ataupun fikirannya
mengelamun jauh menyebabkan Murid 1 tidak begitu memahami isi pengajaran
dengan baik. Kemudian, Murid 2 pula merupakan murid yang ingin menonjolkan
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 20/60
20
dirinya. Bagi Murid 3 dan Murid 4 pula, mereka mempunyai perwatakan yang
hampir sama dalam kelas. Mereka cenderung untuk berbual dan bercakap dengan
rakan di sebelah. Namun begitu, apabila saya memberikan teguran, mereka kembali
memberikan perhatian terhadap pengajaran saya.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 21/60
21
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Tindakan yang akan dijalankan merangkumi dua langkah iaitu prosedur tindakan dan
cara mengumpul data.
Dalam kajian ini, saya telah menggunakan model kajian tindakan Kemmis
dan Mc Taggart (1988) kerana model Kemmis dan Mc Taggart merupakan antara
model yang paling ringkas iaitu hanya mempunyai empat peringkat dalam
pelaksanaannya. Selain itu, menurut Mc Taggart (dlm Othman, 2011) adalah bahaya
kalau kita melihat kajian tindakan hanya sebagai satu prosedur yang mengikut
gelung-gelung sahaja. Hal ini kerana kajian tindakan bukanlah sekadar satu prosedur
tetapi merupakan komitmen pengkaji dalam menyelesaikan sesuatu masalah melalui
amalan dan keadah yang digunakan.
Rajah 3 Model kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988)
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 22/60
22
5.1 Prosedur Tindakan
Tindakan yang sistematik telah diambil bagi memastikan kelancaran kajian mengikut
kesesuaian subjek kajian. Langkah tersebut telah diringkaskan dalam Jadual 5
berikut:
Jadual 5 Langkah-langkah Tindakan yang Dijalankan
LANGKAH AKTIVITI RASIONAL
1 Melaksanakan pengajaran konsep
pecahan setara tanpa
menggunakan intervensi.
Mengimbas kembali
pengetahuan mereka tentang
pecahan setara ini.
Tajuk pecahan setara ini juga
sudah mereka pelajari pada
Tahun 3 dan ini merupakan
pengetahuan sedia ada bagi
murid-murid itu sendiri.
2 Melaksanakan Ujian Awal
(Lampiran B) sebelum intervensi
diperkenalkan kepada subjek
kajian.
bagi mendapatkan markah
awal murid dalam tajuk
pecahan setara sebelum
intervensi diperkenalkan
3 Memperkenalkan bahan
manipulatif X-BB kepada subjek
kajian dalam pengajaran konsep
pecahan setara.
Murid berpeluang untuk
mengenal bahan manipulatif
X-BB ini dan
menggunakannya.
4 Latihan pengukuhan diberikan
pada akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran menggunakan
bahan manipulatif X-BB.
Meningkatkan tahap
kefahaman konseptual murid
menggunakan intervensi ini
dalam penguasaan konsep
pecahan setara secara konkrit.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 23/60
23
5 Latihan pengukuhan diberikan
pada akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran menggunakan
bahan manipulatif X-BB dan
algoritma biasa.
Mengukuhkan kefahaman
dan hubung kait antara
pengetahuan konseptual dan
prosedural kepada murid.
6 Latihan pengukuhan diberikan
pada akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran menggunakan
algoritma biasa tanpa bantuan
bahan manipulatif X-BB.
Mengukuhkan lagi
kefahaman murid sewaktu
mendapatkan pecahan setara
menggunakan algoritma
biasa.
7 Mengadakan temu bual
(Lampiran C) terhadap subjek
kajian.
Mengetahui keberkesanan
penggunaan bahan
manipulatif X-BB dalam
pengajaran dan pembelajaran
konsep pecahan setara.
8 Menjalankan Ujian Akhir
(Lampiran D) kepada subjek
kajian.
Mengesan peningkatan
markah setelah sesi
pengajaran dan pembelajaran
konsep pecahan setara
dengan menggunakan bahan
manipulatif X-BB.
9 Mengedarkan borang soal selidik
(Lampiran E) kepada subjek
kajian.
Mendapatkan maklum balas
berkenaan dengan
keberkesanan bahan
manipulatif X-BB dalam
pengajaran konsep pecahan
setara selepas diperkenalkan
kepada murid.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 24/60
24
Sesi pengajaran dan pembelajaran pecahan setara ini telah dijalankan
sebanyak 3 kali sesi. Hal ini bagi memastikan murid betul-betul dapat menguasai
konsep pecahan setara setelah menggunakan bahan X-BB dan dapat membina
gambaran konsep sewaktu menjawab soalan pecahan setara menggunakan algoritma.
Algoritma biasa yang digunakan di sekolah untuk menentukan pecahan setara
ialah melalui cara mendarab pengangka dan penyebut dengan suatu nombor bulat
yang sama.
Contohnya: tentukan pecahan setara bagi
Latihan pengukuhan diberikan setiap kali tamat sesi pengajaran bagi
memastikan konsep pecahan setara yang dibina oleh murid benar-benar kukuh
sebelum mereka menduduki Ujian Akhir. Setiap kali selesai sesi pengajaran, saya
telah menemu bual murid bagi mendapatkan respon dan maklum balas berkenaan
dengan perasaan dan peningkatan yang murid rasakan sewaktu menjalani sesi
pengajaran dan pembelajaran ini.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 25/60
25
5.1.1 Bahan Manipulatif X-BB
Dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman konsep pecahan setara dalam kalangan
murid Tahun 4, saya telah memperkenalkan bahan manipulatif X-BB. Saya percaya
dengan menggunakan bahan X-BB ini dapat membantu meningkatkan kefahaman
konsep pecahan setara murid. Hal ini kerana X-BB merupakan satu bahan yang
menarik dan konkrit yang boleh dirasai oleh murid. Penggunaan bahan X-BB dapat
menggalakkan pembelajaran yang bermakna kerana menerapkan aktiviti ‘hands- on’
kepada murid. X-BB terdiri daripada bongkah-bongkah pecahan yang mempunyai
pelbagai warna mengikut nilai pecahan juga mampu menarik minat murid untuk
menggunakannya sewaktu mempelajari konsep pecahan setara ini.
Rajah 4 Bahan Manipulatif X-BB
Melalui bahan manipulatif X-BB ini, murid akan dapat melihat bahawa
pecahan-pecahan ini diwakili dengan simbol yang berbeza namun nilai pecahannya
masih sama. Oleh itu, saya akan menerangkan kepada murid bahawa pecahan setara
ini merupakan pecahan yang mempunyai nilai yang sama kerana apabila
digabungkan bongkah-bongkah X-BB tersebut, saiz pecahannya adalah tetap sama.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 26/60
26
Terdapat lima langkah yang perlu diikuti oleh subjek kajian bagi
mendapatkan pecahan setara dengan menggunakan bahan manipulatif X-BB. Jadual
6 menunjukkan langkah-langkah sewaktu menggunakan bahan X-BB.
Jadual 6 Langkah-langkah menggunakan bahan manipulatif X-BB
LANGKAH AKTIVITI
1 Mengenal pasti nilai-nilai pecahan mengikut simbol dan warna yang
terdapat pada setiap bongkah pecahan X-BB.
Contoh: Cari pecahan setara bagi
2 Mendapatkan bongkah pecahan X-BB mengikut nilai pecahan yang
dinyatakan.
Contoh: menggabungkan bongkah dua bongkah
untuk dijadikan
bongkah
3 Menyusun bongkah-bongkah pecahan yang lain sehingga berada
tepat-tepat di atas bongkah pecahan yang dinyatakan dengan teknik
cuba jaya tetapi dengan syarat, bongkah-bongkah pecahan yang lain
itu mestilah hanya menggunakan nilai pecahan yang sama sahaja.
Contoh: menyusun empat bongkah
di atas bongkah
4 Mendapatkan pecahan setara melalui penambahan nilai pecahan yang
telah disusun di atas bongkah bagi pecahan yang dinyatakan. Hasil
tambah pecahan tersebut merupakan nilai pecahan bagi pecahan yang
dinyatakan.
Contoh:
+
+
+
=
Oleh itu, pecahan setara bagi
ialah
5 Menulis pecahan setara bagi pecahan yang dinyatakan dengan betul.
Contoh:
=
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 27/60
27
Rajah 5 Aktiviti menyusun bahan X-BB oleh murid.
Rajah 6 Murid sedang menjawab soalan latihan pengukuhan
Rajah 7 Murid menyelesaikan soalan di papan hitam menggunakan algoritma
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 28/60
28
5.2 Cara Mengumpul Data
Menurut Othman (2011), proses dan prosedur memulakan pengumpulan data serta
bentuk dan jenis data yang hendak dikumpul adalah merupakan satu pendekatan
khusus yang ada kaitannya dengan keperluan penyelidik untuk memahami masalah
dan amalan mereka dengan lebih lanjut. Dalam kajian ini, data-data akan
dikumpulkan adalah seperti berikut:
5.2.1 Ujian Awal
Saya telah mengendalikan satu Ujian Awal sebelum intervensi dijalankan. Ujian
Awal ini dilaksanakan bagi mendapatkan markah awal murid dalam tajuk pecahan
setara sebelum intervensi diperkenalkan. Saya telah menyediakan sebanyak 15
soalan yang dibahagikan mengikut tiga bahagian utama iaitu, bahagian A, B dan C.
Bahagian A mempunyai empat soalan yang berpandukan kepada gambar rajah
pecahan, manakala bahagian B pula mempunyai lima soalan yang berbentuk pilihan
jawapan dan bahagian C mengandungi enam soalan yang memerlukan murid untuk
mengisi jawapan yang betul pada tempat kosong. Bahagian A adalah untuk menguji
kemahiran murid menamakan pecahan setara berpandukan gambar rajah. Manakala
Bahagian B pula adalah untuk menguji murid untuk memilih dengan mewarnakan
jawapan yang betul berdasarkan pilihan yang telah diberikan. Bahagian C pula
menguji murid untuk mengisi jawapan yang betul pada tempat kosong yang telah
disediakan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini adalah selama 30
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 29/60
29
minit. Ujian ini dilaksanakan mengikut prosedur ujian yang sebenar. Meja dan kerusi
akan dijarakkan bagi mengelakkan kes peniruan berlaku.
5.2.2 Temu bual
Menurut Patton (1990) (dlm Othman, 2011) menyatakan bahawa temu bual diadakan
apabila penyelidik hendak mengetahui apa yang terdapat dalam minda seseorang.
Oleh itu, saya telah menemu bual secara semi berstruktur subjek kajian selepas
selesai sesi pengajaran dan pembelajaran konsep pecahan setara menggunakan bahan
manipulatif X-BB ini. Saya telah mencatat dan membuat beberapa rakaman audio
bagi temu bual yang saya laksanakan. Temu bual ini telah dijalankan berdasarkan
kepada beberapa soalan yang saya sediakan. Terdapat dua bahagian dalam temu bual
ini. Bahagian A mengandungi dua soalan yang saya ajukan kepada murid bagi
mendapatkan maklum balas berkenaan dengan peningkatan kefahaman konsep
pecahan setara mereka dan keberkesanan bahan X-BB yang saya perkenalkan.
Kemudian, bagi Bahagian B pula, mengandungi tiga soalan menjurus kepada
perasaan dan perubahan tingkah laku diri murid itu sendiri terhadap bahan X-BB
yang digunakan sewaktu melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran melibatkan
konsep pecahan setara. Temu bual ini dilaksanakan sebagai triangulasi data dan
pengukuhan bagi hasil dapatan daripada kajian ini.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 30/60
30
5.2.3 Ujian Akhir
Kemudian, saya telah menjalankan Ujian Akhir untuk mengesan peningkatan
markah setelah sesi pengajaran dan pembelajaran konsep pecahan setara dengan
menggunakan bahan manipulatif X-BB. Hasil Ujian Akhir ini akan dibandingkan
dengan Ujian Awal untuk melihat sama ada berlaku peningkatan ataupun tidak.
Ujian Akhir hampir mirip dengan Ujian Awal. Saya telah menyediakan sebanyak 15
soalan yang akan dibahagikan mengikut tiga bahagian utama iaitu, bahagian A, B
dan C. Bahagian A mempunyai empat soalan yang berpandukan kepada gambar
rajah pecahan, manakala bahagian B pula mempunyai lima soalan yang berbentuk
pilihan jawapan dan bahagian C mengandungi enam soalan yang memerlukan murid
untuk mengisi jawapan yang betul pada tempat kosong. Bahagian A adalah untuk
menguji kemahiran murid menamakan pecahan setara berpandukan gambar rajah.
Manakala Bahagian B pula adalah untuk menguji murid untuk memilih jawapan
yang betul berdasarkan pilihan yang telah diberikan. Bahagian C pula menguji murid
untuk mengisi jawapan yang betul pada tempat kosong yang telah disediakan. Masa
yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini adalah selama 30 minit. Ujian ini
akan dilaksanakan mengikut prosedur ujian yang sebenar. Meja dan kerusi
dijarakkan bagi mengelakkan kes peniruan berlaku.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 31/60
31
5.2.4 Soal Selidik
Soal selidik antara alat ukur yang digunakan di dalam penyelidikan telah menjadi
penyambung di antara penyelidik dengan subjek kajian. Borang soal selidik telah
disediakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas berkenaan
dengan keberkesanan bahan manipulatif X-BB dalam pengajaran konsep pecahan
setara selepas diperkenalkan kepada murid. Alat ukur ini efektif kerana dapat
mengukur banyak perkara dalam satu masa serta dapat diagihkan kepada murid
dengan cepat selepas sesi pengajaran dan pembelajaran tamat. Soal selidik ini juga
berperanan untuk melaksanakan triangulasi data dalam dapatan hasil daripada kajian
penyelidikan ini. Di dalam borang soal selidik yang disediakan, terdapat dua
bahagian yang iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi ruangan
maklumat murid manakala Bahagian B pula mengandungi lapan soalan yang
berkaitan dengan penerangan guru serta penggunaan bahan manipulatif X-BB.
Soalan 1 dan 2 menjurus kepada keberkesanan teknik pengajaran guru dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran tajuk pecahan setara. Manakala soalan 3 hingga 6
melibatkan soalan berkenaan dengan perasaan murid menggunakan bahan X-BB dan
keberkesanan bahan ini dalam meningkatkan penguasaan konsep pecahan setara
murid. Bagi soalan 7 dan 8, murid diminta untuk memberikan maklum balas
berkenaan dengan peningkatan prestasi murid dalam tajuk pecahan setara. Murid
perlu menanda ( / ) pada ruangan yang disediakan berdasarkan pengalaman
pembelajaran mereka.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 32/60
32
6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Data yang telah dikumpul melalui pelbagai kaedah dan teknik perlu diurus dengan
baik supaya dapat membentuk satu kerangka analisis dan interpretasi yang sesuai.
Menurut Shamsina (2013) menyatakan bahawa daripada data yang telah dianalisis
dan dibuat pentaksiran, guru boleh membuat laporan hasil kajian berdasarkan bukti-
bukti yang diperoleh daripada subjek kajian. Dalam kajian ini, saya telah
menggunakan empat kaedah untuk mengumpul data iaitu melalui Ujian Awal, Ujian
Akhir, temu bual dan soal selidik. Data dikumpulkan, dianalisis dan diinterpretasikan
untuk memahami secara mendalam berkenaan dengan penggunaan X-BB dalam
meningkatkan penguasaan konsep pecahan setara.
6.1 Analisis Ujian Awal dan Ujian Akhir
Ujian Awal ditadbir dan dilaksanakan terhadap empat orang murid Tahun 4 sebelum
intervensi ini dijalankan. Manakala Ujian Akhir pula ditadbir selepas intervensi
diperkenalkan kepada murid dalam pengajaran dan pembelajaran konsep pecahan
setara. Data Ujian Awal dan Akhir dianalisis menggunakan statistik deskriptif
melalui peratusan di mana pencapaian murid dalam kedua-dua ujian dikelaskan
seperti berikut:
Jadual 7 Tahap dan Julat Markah
Tahap Julat Markah
Baik 80% - 100%
Sedehana 50% - 79%
Lemah 0% - 49%
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 33/60
33
Jadual 8 di bawah menunjukkan markah yang diperoleh oleh keempat-empat orang
murid dalam Ujian Awal dan Ujian Akhir.
Jadual 8 Markah Ujian Awal dan Ujian Akhir
Murid Ujian Awal
(%)
Tahap Ujian Akhir
(%)
Tahap Peningkatan
(%)
M1 53 Sederhana 100 Baik 47
M2 53 Sederhana 100 Baik 47
M3 87 Baik 100 Baik 13
M4 47 Lemah 87 Baik 40
Berdasarkan keputusan Ujian Awal yang ditunjukkan dalam Jadual 6, hanya
Murid 3 sahaja yang berada dalam tahap baik iaitu dengan markahnya sebanyak
87%. Manakala 2 orang murid berada dalam tahap sederhana ialah Murid 1 dan
Murid 2 dengan markahnya sebanyak 53%. Seterusnya, seorang lagi murid berada
dalam tahap lemah ialah Murid 4 dengan markahnya sebanyak 47%.
Manakala bagi keputusan Ujian Akhir, hasil analisis data ini mendapati
keempat-empat murid berada dalam tahap baik iaitu antara markah 80 – 100. Murid
1, Murid 2 dan Murid 3 berjaya memperoleh markah penuh 100% manakala Murid 4
pula memperoleh markah sebanyak 87%. Hal ini menunjukkan bahawa keempat-
empat murid telah menguasai aras Masteri 80% dalam tajuk pecahan setara ini.
Secara keseluruhannya, kesemua subjek kajian menunjukkan peningkatan positif
pada Ujian Akhir jika dibandingkan dengan Ujian Awal.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 34/60
34
Bagi peningkatan markah pula, Murid 1 dan Murid 2 telah menunjukkan
peningkatan markah sebanyak 47%. Manakala bagi Murid 3 pula sebanyak 13% dan
Murid 4 sebanyak 40%.
Rajah 8 Graf perbandingan markah antara Ujian Awal dan Ujian Akhir
Peningkatan markah yang ditunjukkan oleh semua murid membuktikan
bahawa mereka telah berjaya menguasai dan memahami konsep pecahan setara
dengan lebih baik berbanding sebelum intervensi dilaksanakan. Kajian ini secara
tidak langsung telah membawa perubahan yang positif terhadap pembelajaran murid
serta dapat memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran saya dalam
pengajaran konsep pecahan setara.
0
20
40
60
80
100
120
M1 M2 M3 M4
Ujian Awal
Ujian Akhir
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 35/60
35
Jadual 9 Analisis bilangan murid bagi Ujian Awal dan Ujian Akhir
Kelas
(markah)
Ujian Awal (%) Ujian Akhir ( %) Peratus
Peningkatan
(%)
Bil Peratus(%)
Bil Peratus(%)
Lemah
(0 - 49)
1 25.0 0 0 -25.0
Sederhana
(50 - 79)
2 50.0 0 0 -50.0
Baik
(80 - 100)
1 25.0 4 100 + 75.0
Berdasarkan Jadual 9, semasa Ujian Awal dijalankan hanya seorang sahaja
murid (25.0 %) yang mendapat markah dalam tahap lemah. Manakala dalam Ujian
Akhir, berlaku peningkatan markah di mana tiada murid yang masih lagi berada
dalam tahap lemah. Hal ini berlaku kerana murid tersebut merupakan antara murid
yang lemah dalam kelas Tahun 4. Murid 4 ini mudah untuk melakukan kecuaian
dalam menjawab soalan. Bagi tahap sederhana pula, seramai dua orang murid iaitu
Murid 1 dan Murid 2 (50.0%) yang berada dalam tahap ini bagi markah Ujian Awal.
Namun begitu, dalam Ujian Akhir turut berlaku peningkatan markah dan menjadikan
tiada seorang murid pun berada dalam tahap sederhana. Seterusnya, peningkatan
yang paling ketara yang dapat dilihat pada tahap baik iaitu pada Ujian Awal, hanya
Murid 3 ( 25.0%) sahaja yang berada dalam tahap ini. Akan tetapi, pada Ujian Akhir,
kesemua murid (100%) berjaya berada dalam tahap ini dan mencapai aras masteri
80% ke atas. Peningkatan yang berlaku ini disebabkan oleh mula timbulnya rasa
minat dan berusaha untuk mempelajari pecahan setara kerana diberi peluang untuk
merasai sendiri penggunaan bahan manipulatif X-BB dalam menyatakan pecahan
setara. Saya berasa amat bersyukur dan gembira dengan peningkatan yang mendadak
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 36/60
36
ini terutama sekali bagi murid yang berada dalam tahap sederhana dan lemah kerana
mereka sebenarnya mampu untuk turut berada dalam tahap markah baik. Hal ini jelas
membuktikan bahawa penggunaan bahan manipulatif X-BB ternyata berkesan dalam
meningkatkan penguasaan konsep asas pecahan setara dan seterusnya dapat
membantu murid menyatakan pecahan setara menggunakan ‘ standard algorithm’
pada Ujian Akhir.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 37/60
37
6.2 Analisis Temu bual
Saya telah menjalankan sesi temu bual separa berstruktur terhadap 4 orang murid
selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan intervensi yang
diperkenalkan. Saya telah membuat catatan dan rakaman audio beberapa temu bual
yang telah saya jalankan. Temu bual ini telah dijalankan berdasarkan kepada
beberapa soalan yang saya sediakan. Terdapat dua bahagian dalam temu bual ini.
Bahagian A merupakan soalan-soalan yang saya ajukan kepada murid bagi
mendapatkan maklum balas berkenaan dengan peningkatan kefahaman konsep
pecahan setara mereka dan keberkesanan bahan X-BB yang telah saya perkenalkan.
Kemudian, bagi Bahagian B pula, soalan menjurus kepada perasaan dan perubahan
tingkah laku diri murid itu sendiri terhadap bahan X-BB yang digunakan sewaktu
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran melibatkan konsep pecahan setara.
Jadual 10 Transkrip temu bual terhadap murid-murid selepas intervensi dijalankan.
Bahagian A
1) Adakah anda memahami pengajaran konsep pecahan setara menggunakan
bahan manipulatif X-BB?
M1 Saya faham cikgu. Saya sangat seronok belajar pecahan setara.
M2 Bahan ini sangat menarik dan mudah saya faham. Saya suka sangat.
M3 Faham cikgu.
M4 Sekarang ni baru saya tahu apa itu pecahan setara.
2) Adakah bahan X-BB ini membantu anda menjawab soalan yang diberikan
dengan lebih baik?
M1 Ya, cikgu. Sangat membantu saya untuk jawab soalan pecahan setara ni.
M2 Ya, cikgu. Tengoklah, saya dah betul semua soalan dalam latihan yang
cikgu bagi
M3 Ya cikgu. Sangat senang untuk dapatkan jawapan kalau guna bahan ni.
M4 Ya, cikgu. Saya suka susun bongkah-bongkah yang cikgu buat ni. Senangnak faham.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 38/60
38
Berdasarkan transkrip temu bual di atas, secara keseluruhannya saya mendapati
bahawa murid-murid memberikan respon yang positif dan memberangsangkan.
Penggunaan bahan ini ternyata dapat menarik minat murid dan membantu
memudahkan mereka memahami konsep pecahan setara sekali gus dapat menaikkan
semangat dan keyakinan untuk menjawab soalan berkaitan pecahan setara dengan
betul.
Bahagian B
1) Apakah perasaan anda menjawab soalan pecahan setara dengan
menggunakan bahan manipulatif X-BB ini?
M1 Saya suka cikgu bahan ni. Sebab saya mudah nak faham cikgu ajar pasal
tajuk ni.
M2 Gembira sebab dapat jawab semua soalan dengan betul.
M3 Saya rasa seronok dan gembira sebab saya boleh cari jawapan dengan
susun bahan cikgu tu.
M4 Gembira sebab saya dah makin faham dan boleh jawab soalan dengan
betul.
2) Adakah bahan manipulatif X-BB ini menarik?
M1 Menarik cikgu, cantik.
M2 Menarik sebab warna-warni.
M3 Sangat menarik. Saya suka bahan ni.
M4 Menarik sebab ada macam-macam warna senang saya nak susun ikut
pecahan.
3) Adakah anda berasa lebih yakin menjawab soalan yang diberikan apabila
menggunakan bahan manipulatif X-BB ini?
M1 Yakin cikgu, saya boleh jawab dengan betul semua soalan.
M2 Yakin cikgu
M3 Ya, cikgu. Saya rasa yakin.
M4 Yakin cikgu
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 39/60
39
6.3 Soal Selidik
Soal selidik telah diedarkan kepada murid-murid sejurus selepas tamat murid
menduduki Ujian Akhir bagi tajuk pecahan setara. Borang soal selidik telah
dijalankan terhadap murid untuk mendapatkan maklum balas berkenaan dengan
keberkesanan bahan manipulatif X-BB dalam pengajaran konsep pecahan setara
yang telah diperkenalkan kepada murid.
Jadual 11 di bawah menunjukkan respon murid terhadap item yang telah
dikemukakan.
Jadual 11 Analisis Dapatan Soal Selidik
Bil Item Ya Tidak
1 Guru memberikan penerangan yang mudah
difahami.
100%
2 Guru memberikan penerangan yang jelas. 100%
3 Bahan manipulative X-BB adalah sangat
menarik.
100%
4 Saya berpeluang menggunakan bahan X-BB ini. 100%
5 Saya seronok menggunakan bahan X-BB ini. 100%
6 Bahan X-BB membantu saya memahami
konsep pecahan setara.
100%
7 Saya memahami tajuk pecahan setara yang
diajar oleh guru.
100%
8 Saya lebih yakin untuk menjawab soalan
pecahan setara dalam ujian nanti.
100%
Berdasarkan Jadual 11 di atas, secara keseluruhannya keempat-empat murid
telah memberikan respon positif terhadap setiap item yang dinyatakan. Murid-murid
bersetuju bahawa guru telah memberikan penerangan yang mudah difahami oleh
mereka. Selain itu, murid-murid juga bersetuju dengan kenyataan bahawa guru telah
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 40/60
40
memberikan penerangan yang jelas berkenaan dengan konsep pecahan setara. Di
samping itu, murid bersetuju bahawa bahan manipulatif X-BB ini sangat menarik
dan mereka turut berpeluang menggunakan bahan ini. Murid berasa seronok sewaktu
menggunakan bahan X-BB ini kerana dapat membantu mereka memahami konsep
pecahan setara dengan mudah.
Selain itu, murid juga memahami tajuk pecahan setara yang diajar dengan
lebih baik dan mereka berasa lebih yakin untuk menjawab soalan berkaitan pecahan
setara dalam ujian nanti. Hasil daripada data ini menunjukkan bahawa penggunaan
bahan manipulatif X-BB ini ternyata memberikan kesan dalam meningkatkan
prestasi murid dalam memahami konsep pecahan setara dengan baik berbanding
dengan sebelum intervensi ini diperkenalkan.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 41/60
41
7.0 DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini membincangkan tentang dapatan kajian tindakan bagi mencapai
objektif kajian untuk membantu meningkatkan kefahaman konsep murid terhadap
tajuk pecahan setara dengan menggunakan bahan manipulatif X-BB.
Antara dapatan yang telah saya peroleh melalui kajian ini adalah murid telah
dapat mengenal pasti pecahan setara setelah menggunakan bahan manipulatif X-BB.
Alat manipulatif yang baik dapat merapatkan jurang antara matematik formal dengan
matematik tidak formal. Justeru, bahan manipulatif X-BB yang telah diperkenalkan
kepada empat orang murid ternyata membantu mereka untuk mengalami
pembelajaran konsep secara ansur maju iaitu dari peringkat konkrit kepada peringkat
abstrak. Beberapa kemahiran asas pecahan turut dipelajari oleh murid iaitu sewaktu
mereka memilih dan menggabungkan bongkah pecahan X-BB mengikut soalan
pecahan yang saya berikan. Menurut Fan dan Noriati (2008) menyatakan bahawa
topik pecahan ini merupakan suatu topik yang abstrak lagi mencabar. Pembelajaran
pecahan bukan sahaja tertumpu pada mengenali simbol dan operasi pecahan semata-
mata, bahkan juga penting untuk mengetahui makna pecahan, terutamanya bagi
murid yang baru diperkenalkan dengan pecahan di peringkat sekolah rendah.
Selain itu, murid juga melaksanakan kaedah cuba jaya apabila meletakkan
bongkah-bongkah pecahan lain di atas bongkah pecahan yang dinyatakan dalam
soalan. Murid juga dapat membanding beza, menambah pecahan yang mempunyai
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 42/60
42
penyebut yang sama, juga dapat menulis nilai pecahan setara. Oleh yang demikian,
bahan X-BB ini sangat sesuai dengan tahap perkembangan pengetahuan murid yang
bercirikan ansur maju.
Di samping itu, sewaktu intervensi dijalankan, saya mendapati murid-murid
dapat melibatkan diri secara aktif dan seronok apabila mereka diminta untuk
mendapatkan pecahan setara menggunakan bahan X-BB. Mereka tidak sabar-sabar
untuk saya menyatakan soalan yang seterusnya. Terbukti bahawa bahan X-BB ini
dapat membantu murid mendapatkan jawapan yang betul di samping dapat
meningkatkan minat murid untuk mempelajari konsep pecahan setara dengan lebih
mendalam. Berdasarkan kajian Amirah dan Zaidatun (2009) menunjukkan bahawa
pembelajaran sesuatu konsep itu dapat dibangunkan berasaskan pendekatan bermain
kerana melalui aktiviti bermain dapat menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Keadaan ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan motivasi murid untuk terus belajar dan
memberikan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan oleh guru. Bahan X-BB ini juga sedikit sebanyak menerapkan unsur
bermain kerana murid perlu bermain-main menyusun bongkah pecahan yang sesuai
dengan kaedah cuba jaya.
Melalui kajian yang telah dijalankan, saya juga mendapati bahawa murid
dapat menyelesaikan soalan pecahan setara menggunakan algoritma biasa setelah
menggunakan bahan X-BB. Hal ini kerana, murid telah dapat membina gambaran
konsep pecahan setara dengan baik setelah menggunakan bahan manipulatif X-BB.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 43/60
43
Jika diperhatikan sewaktu murid menduduki Ujian Awal, murid kelihatan tegang
kerana mereka tidak tahu dan tidak faham apakah yang soalan kehendaki dan mereka
menjawab soalan tanpa ada kefahaman berkenaan algoritma yang sepatutnya
digunakan dan konsep pecahan setara itu sendiri. Namun, sewaktu Ujian Akhir,
murid dapat menjawab dengan lebih tenang dan bersemangat kerana mereka betul-
betul yakin dapat menjawab kesemua soalan dengan betul. Masa yang diambil untuk
murid menjawab soalan Ujian Akhir lebih singkat berbanding ketika murid
menjawab soalan Ujian Awal. Hal ini menunjukkan berlaku penambahbaikan dalam
cara pengiraan murid sehinggakan ada murid menyatakan “Cikgu, senangnya soalan
ni, mesti saya dapat markah penuh nanti”.
Hasil perbandingan markah pada Ujian Awal dengan Ujian Akhir
menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan kerana tiga orang murid berjaya
memperoleh markah penuh 100%, manakala Murid 4 berjaya memperoleh markah
sebanyak 87%. Apabila diteliti kertas ujian Murid 4, saya dapati Murid 4 melakukan
kesalahan pada soalan bahagian A iaitu soalan berpandukan gambar rajah. Apabila
dibandingkan dengan bahagian A dalam Ujian Awal, Murid 4 dapat menjawab
kesemua soalan dalam bahagian A dengan betul. Saya percaya bahawa Murid 4 ini
hanya melakukan kecuaian sewaktu menyatakan pecahan setara berpandukan gambar
rajah dan hal ini terbukti apabila saya meminta Murid 4 menyatakan semula
jawapannya, Murid 4 dapat memberikan jawapan dengan betul.
Menurut Mok (2009), pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan alat
bantu mengajar adalah lebih berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa serta
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 44/60
44
menyeronokkan. Kajian ini amat bermakna kerana telah memberikan impak yang
positif terhadap pembelajaran murid serta pengajaran saya sendiri. Di samping itu,
langkah penggunaannya mudah dan menarik juga secara tidak langsung dapat
meningkatkan motivasi murid untuk menyelesaikan soalan pecahan setara dengan
penuh yakin. Hal ini terbukti melalui hasil data soal selidik dan temu bual yang
dikumpul, murid memberikan maklum balas yang sangat positif dan murid mengakui
berasa lebih yakin untuk menjawab soalan pecahan setara dalam ujian nanti kerana
mereka benar-benar menguasai konsep pecahan setara secara keseluruhannya.
Secara tidak langsung, kajian ini juga turut meningkatkan motivasi dan
keyakinan diri saya sebagai seorang guru. Menurut Chua (2011), kajian tindakan
merupakan satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan
melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan
mereka, menjadi kritis terhadap amalan dan bersedia mengubah amalan tersebut.
Justeru, melalui kajian ini saya dapat mempertingkatkan dan menambah baik amalan
pengajaran saya dengan memberikan penekanan terhadap kefahaman konseptual
terlebih dahulu kemudian kepada kefahaman prosedural dalam pengajaran saya.
Kajian ini juga membuktikan bahawa semakin banyak latihan yang diberikan,
semakin meningkat kefahaman murid terhadap topik yang diajar. Hal ini dibuktikan
melalui soalan latihan pengukuhan yang diberikan selepas selesai sahaja sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat membantu meningkatkan kefahaman prosedural
murid sewaktu menyelesaikan soalan pecahan setara menggunakan algoritma. Pujian
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 45/60
45
dan kata-kata semangat yang saya berikan juga mampu menaikkan motivasi murid
untuk terus belajar dan meningkatkan keyakinan diri.
Berdasarkan triangulasi data yang saya laksanakan iaitu melalui temu bual
dan soal selidik, hasil dapatan ini turut membuktikan bahawa data yang
menunjukkan berlaku peningkatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
konsep pecahan setara menggunakan bahan manipulatif X-BB yang telah saya
peroleh ini dapat dikukuhkan lagi dengan maklum balas yang positif daripada subjek
kajian sendiri berkenaan dengan keberkesanan intervensi ini. Murid dapat merasakan
sendiri peningkatan markah dan prestasi mereka selepas diperkenalkan intervensi ini.
Secara keseluruhannya, kajian yang telah saya jalankan ini telah mencapai
objektif kajian dan menjawab soalan kajian ini. Hasil dapatan menunjukkan murid
telah menguasai konsep pecahan setara dengan baik dan telah dibuktikan melalui
perbandingan ujian sebelum intervensi dilaksanakan dan selepas intervensi
diperkenalkan kepada murid. Saya amat berpuas hati dengan peningkatan yang
ditunjukkan oleh murid dan yakin dengan bahan manipulatif X-BB yang saya
perkenalkan mampu meningkatkan penguasaan konsep pecahan setara dalam
kalangan murid Tahun 4.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 46/60
46
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, saya berpendapat bahawa bahan
manipulatif X-BB ini perlu disebarkan dan diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran guru berkaitan dengan tajuk pecahan setara. Bahan manipulatif X-BB
sangat sesuai digunakan sewaktu guru ingin memperkenalkan konsep pecahan setara
kerana murid akan dapat melihat secara jelas dan mudah untuk memahaminya. X-BB
juga merupakan bahan konkrit dan menarik kerana mempunyai pelbagai warna.
Murid akan dapat melaksanakan aktiviti ‘hands-on’ apabila menggunakan bahan X-
BB dan pembelajaran murid akan menjadi lebih bermakna kerana murid dapat
merasai sendiri pengalaman sewaktu mencipta konsep pecahan setara.
Bahan X-BB ini juga boleh diaplikasikan pada kemahiran lain dalam topik
pecahan. Antaranya ialah pada kemahiran membanding pecahan wajar yang
melibatkan angka melebihi satu. Kemudian, kemahiran menambah pecahan wajar
yang mempunyai penyebut yang sama. Selain itu, guru juga boleh menggunakan
bahan X-BB ini untuk mengajar kemahiran penolakan pecahan wajar yang
mempunyai penyebut yang sama. Saya yakin dan percaya bahawa pengajaran guru
akan menjadi lebih berkesan dan bermakna kerana penggunaan bahan X-BB ini
ternyata dapat membantu murid meningkatkan kefahaman konsep murid dalam tajuk
pecahan.
Kajian yang lebih meluas lagi boleh dijalankan di sekolah-sekolah sekitar
bandar bagi mengetahui sejauh mana keberkesanan bahan manipulatif X-BB ini
dalam pengajaran topik pecahan setara.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 47/60
47
RUJUKAN
Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah Penyelidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
McGraw-Hill Education (Asia).
De Morgan, A. (1910). Study and Difficulty of Mathematics. Chicago: The Open
Court Publisher.
Fan Siong Peng, Noraini Idris. (2008). Perwakilan Pecahan Sekolah Rendah: Isu
dan Prospek . Masalah Pendidikan, 31(1), ms 41-57.
Francis, Fennell (et al). (2001). Mathematics: The Path to Math Success!. New
Jersey: Silver Burdett Ginn.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Matematik Tahun 1. Selangor: Bahagian Pembangunan
Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Matematik Tahun 2. Selangor: Bahagian Pembangunan
Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dokumen Standard Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Matematik Tahun 3. Selangor: Bahagian Pembangunan
Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Dokumen Standard Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Matematik Tahun 4. Selangor: Bahagian Pembangunan
Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran KBSR
Matematik Tahun 5. Selangor: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Matematik Tahun 6. Selangor: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kieran Egan, Maureen Stout & Keiichi Takaya. (2007). Teaching and Learning
Outside the Box : Inspiring Imagination Across the Curriculum. New York:
Teachers College Press.
Kiranjit Kaur, Pumadevi.(2009). Examples and Conceptual Understanding of
Equivalent Fractions Among Primary School Students. Diperoleh pada 7
Mac 2014 daripada http://www.recsam.edu.my/cosmed%202013/cosmed09
/AbstractsFullPapers2009/Abstract/Mathematics%20Parallel%20PDF/Full%20Paper/04.pdf.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 48/60
48
Maths Catch.(2013). Pakej Soalan Ramalan Maths Catchs 2013. Diperoleh pada
10 Mac 2014 daripada .http://bank-soalan.com/edisi percuma/UPSR/Y6/
Pakej%20Soalan%20Ramalan%20MATHS%20CATCH%20%20UPSR%20
(MC-UPSR-2013)~EDISI%20MIDTERM.pdf.
Mok Soon Sang. (2009). Literatur dan Kaedah Penyelidikan Matematik. Kuala
Lumpur: Multimedia Sdn. Bhd.
Monica Wong, David Evans. (2007). Students’ Conceptual Understanding of
Equivalent Fractions. Mathematics: Essential Research, Essential Practice-
Vol 2.
Nurul Amirah, Zaidatun Tasir. (2009). Reka bentuk Sistem Pembelajaran Konsep
Nombor Berasaskan Pendekatan Permainan yang Menerapkan Teori
Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak. Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.
Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan dalam Pendidikan: Teori dan Amalan.
Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Shamsina Shamsuddin. (2013). Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di Sekolah.
Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Suhaidah Tahir (2012). Mengkaji Pemahaman Konsep Pecahan Yang Dimiliki Oleh
Pelajar .http://eprints.utm.my/1805/4/SuhaidahTahirPPD2006CHAP1.pdf.
Diperoleh pada 7 Mac 2014.
Wong Pak Ung. (2011). Penggunaan Jalur Pecahan dalam Membantu Murid Tahun
Empat Menguasai Konsep Pecahan Setara. . Koleksi Artikel Penyelidikan
Tindakan PISMP MT Ambilan Januari 2008, Seminar Penyelidikan Tindakan
IPG KBL Tahun 2011, ms 42-56
Wong Chu Yew. (2011). Penggunaan Lipatan Kertas dalam Membantu Murid
Tahun Empat Menguasai Konsep Pecahan. Koleksi Artikel Penyelidikan
Tindakan PISMP MT Ambilan Januari 2008, Seminar Penyelidikan Tindakan
IPG KBL Tahun 2011, ms 57-69.
Zailah Zainudin. (2011). Didik Hibur. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Diperoleh pada 10 Mac 2014 daripada http://web.moe.gov.my/bpk/v2/
kssr/index.php/berita/didik_hibur.
. (2009). Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2008. Diperoleh pada
27 Februari 2014 daripada http://web.moe.gov.my/lp/files/kmj/2008/UPSR/
MATEMATIKUPSR2008pdf.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 49/60
49
LAMPIRAN A
Nama: Kelas: Tarikh:
UJIAN DI AGNOSTIK
Tajuk: PECAHAN
Warnakan gambar rajah di bawah mengikut pecahan yang diberi .
Tul iskan pecahan wajar bagi rajah ini .
1
2.
3. 4.
Satu per empat Dua per lima
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 50/60
50
Tandakan ( / ) bagi pecahan yang mempunyai nilai yang lebih besar.
Lengkapkan pecahan setara yang berikut.
5. 6.
7. 8.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 51/60
51
Warnakan pecahan setara bagi pecahan wajar berikut.
9.
10.
I sikan tempat kosong dengan pecahan setara yang betul.
11.
12.
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 52/60
52
LAMPIRAN B
Nama: Kelas: Tarikh:
UJIAN AWAL
TAJUK: PECAHAN SETARA
Bahagian A
Lengkapkan yang berikut.
1) 2)
3) 4)
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 53/60
53
Bahagian B
Warnakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang berikut.
1)
2)
3)
4)
5)
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 54/60
54
Bahagian C
Isikan temp at kosong dengan pecahan setara yang betul .
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 55/60
55
LAMPIRAN C
Soalan temubual bersama murid selepas sesi pengajaran dan pembelajaran
konsep pecahan setara menggunakan kaedah X- MiTi.
Bahagian A
1. Adakah anda memahami pengajaran konsep pecahan setara dengan
menggunakan kaedah ini?
2. Adakah kaedah X-BB ini membantu anda menjawab soalan yang diberikandengan lebih baik?
Bahagian B
1. Apakah perasaan anda menjawab soalan pecahan setara dengan menggunakan
kaedah ini. Mengapa?
2. Adakah kaedah X- MiTi ini menarik?
3.Adakah anda berasa lebih yakin menjawab soalan yang diberikan apabila
menggunakan kaedah ini?
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 56/60
56
LAMPIRAN D
Nama: Kelas: Tarikh:
UJIAN AKHIR
TAJUK: PECAHAN SETARA
Bahagian A
Lengkapkan yang berikut.
1) 2)
3) 4)
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 57/60
57
Bahagian B
Warnakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang berikut.
1)
2)
3)
4)
5)
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 58/60
58
Bahagian C
Isikan temp at kosong dengan pecahan setara yang betul .
6
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 59/60
59
LAMPIRAN E
Assalamualaikum/ Salam sejahtera,
Borang soal selidik ini dibentuk dan diedar bagi mendapatkan maklum balas dari
murid berkaitan dengan bahan manipulative X-BB yang telah guru perkenalkan
dalam mengajar konsep pecahan setara. Semua maklum balas yang diberikan akan
dirahsiakan. Diharapkan anda dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan
dengan baik.
Terima kasih di atas kerjasama anda membantu melengkapkan soal selidik ini serta
kesudian memberikan maklum balas.
Tajuk Kajian: Penggunaan Bahan Manipulatif X-BB dalam Pembelajaran Konsep
Pecahan Setara
Arahan: Sila jawab semua soalan berdasarkan apa yang anda telah lalui ketika
proses pembelajaran tadi. Tandakan ( / ) di dalam ruangan yang disediakan.
Bahagian A: Maklumat Murid
1) Jantina : ( ) Lelaki ( ) Perempuan
2) Umur : tahun
3) Kelas :
7/17/2019 kajian tindakan matematik 4.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-matematik-4pdf 60/60
Bahagian B
Arahan: Baca pernyataan di bawah serta tandakan ( / ) bagi setiap pernyataan
dengan menggunakan skala seperti berikut:
Bil Pernyataan Ya Tidak
1 Guru memberikan penerangan yang mudah
difahami.
2 Guru memberikan penerangan yang jelas.
3 Bahan manipulative X-BB adalah sangat
menarik.
4 Saya berpeluang menggunakan bahan X-BB ini.
5 Saya seronok menggunakan bahan X-BB ini.
6 Bahan X-BB membantu saya memahami konsep
pecahan setara.
7 Saya memahami tajuk pecahan setara yang
diajar oleh guru.
8 Saya lebih yakin untuk menjawab soalan
pecahan setara dalam ujian nanti.