kajian tindakan: meningkatkan kemahiran membaca perkataan bahasa arab dan ayat al-quran
TRANSCRIPT
SK (2) TAMAN KERAMAT
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA
PERKATAAN BAHASA ARAB DAN
AYAT AL-QURAN
Oleh: NAZRI BIN SAMSUDIN
(No. KP: 780304-10-6075)
Guru Pendidikan Islam j-QAF
(Opsyen Bahasa Arab)
SK (2) Taman Keramat
2
ISI KANDUNGAN
Abstrak
1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu
2. Fokus Kajian
3. Objektif Kajian
3.1 Objektif Am
3.2 Objektif Khusus
4. Kumpulan Sasaran
5. Pelaksanaan Kajian
5.1 Tinjauan Masalah
5.1.1 Pemerhatian
5.1.2 Ujian Pengesanan
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Analisis Pemerhatian
5.2.2 Analisis Ujian Pengesanan
5.3 Tindakan yang dijalankan
5.4 Pelaksanaan Aktiviti
5.4.1 Aktiviti 1: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem Tanda
dan Baris
5.4.2 Aktiviti 2: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung
dengan Sistem Tanda dan Baris
5.4.3 Aktiviti 3: Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan ayat Al-
Quran yang mudah
5.4.4 Aktiviti 4: Latih tubi bacaan Buku Iqra’ setiap hari satu muka surat
3
5.5 Refleksi Kajian
5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid
5.5.2 Rumusan Pemerhatian
6. Cadangan seterusnya
7. Bahan yang diperlukan
8. Anggaran kos
9. Jadual Pelaksanaan
10. Lampiran-lampiran:
Lampiran A: Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab dan Laporan
Pencapaian j-QAF 2009 (Analisa Khatam Al-Quran)
Lampiran B: Borang Pemerhatian
Lampiran C: Kertas Soalan Ujian Pengesanan
Lampiran D: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab tanpa Sistem Tanda dan Baris
Lampiran E: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem
Tanda dan Baris
Lampiran F: Contoh Perkataan Bahasa Arab bertanda sukun (mati), syaddah
(sabdu) dan mad (panjang)
Lampiran G: Contoh satumuka surat Buku Iqra’
4
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA
PERKATAAN BAHASA ARAB DAN AYAT AL-QURAN
Oleh
NAZRI BIN SAMSUDIN
Guru Pendidikan Islam j-QAF
(Opsyen Bahasa Arab)
SK (2) Taman Keramat
ABSTRAK
Kajian ini adalah hasil pemerhatian kepada kelemahan murid dalam
membaca perkataan-perkataan Bahasa Arab yang terdapat dalam
Buku Teks Bahasa Arab dan ayat-ayat Al-Quran menggunakan kaedah
Iqra’ sebagaimana yang dilaksanakan dalam Program j-QAF melalui
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahasa Arab, Khatam Al-Quran 6
Bulan Pertama dan Tasmik. Kelemahan murid dalam kemahiran
membaca perkataan Bahasa Arab adalah berpunca daripada
kelemahan mereka dalam menguasai kemahiran membaca Buku Iqra’.
Murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid yang
masih membaca Buku Iqra’ 4 dan 5 dari kelas 6 Setia, SK (2) Taman
Keramat, Gombak, Selangor. Kajian bagi mengenalpasti masalah ini
adalah melalui pemerhatian dan analisis terhadap markah Peperiksaan
Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab dan Laporan Pencapaian j-QAF (Oktober
2009)1. Kajian tindakan ini adalah penting untuk dilaksanakan bagi tujuan
merealisasikan dan mencapai objektif dan matlamat program j-QAF,
khususnya melibatkan kumpulan pertama murid j-QAF 2005 yang akan
menamatkan persekolahan rendah mereka pada tahun 2010 ini.
1 Lihat Lampiran A: Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab dan Laporan Pencapaian j-QAF 2009, SK
(2) Taman Keramat.
5
1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Saya mengajar mata pelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam (Khatam Al-Quran)
kelas 6 Setia. Saya dapati murid yang masih membaca Buku Iqra’ 4 dan 5 tidak dapat
menguasai kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab sepertimana yang terdapat
dalam Buku Teks Bahasa Arab. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Khatam Al-Quran
yang dilaksanakan dengan hanya menggunakan Buku Iqra’ sebagai Bahan Bantu
Mengajar adalah tidak mencukupi bagi mengatasi masalah ini. Hasil keputusan
Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab mendapati mereka tidak dapat menjawab
soalan yang menguji kemahiran membaca malah sukar untuk menjawab soalan kerana
mereka tidak pandai membaca perkataan Bahasa Arab dengan betul dan lancar.
Oleh itu, saya perlu berusaha untuk meningkatkan kemahiran membaca mereka
dengan mempelbagaikan kaedah, teknik dan strategi pengajaran serta bahan bantu
mengajar dalam P&P Bahasa Arab dan Khatam Al-Quran.
2. FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas didapati murid gagal atau sekadar mendapat markah lulus
paling minimum dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab kerana:
a. Murid kurang mahir tentang sistem tanda dan baris dalam huruf dan
perkataan Bahasa Arab menyebabkan mereka sukar untuk membaca
perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran.
b. Ada murid yang sudah boleh mengenal dan mengaplikasikan sistem tanda
dan baris bagi huruf-huruf tunggal Arab, tetapi sukar untuk mengenal dan
mengaplikasikannya bagi huruf-huruf Arab yang bersambung dalam satu
perkataan.
6
Masalah ini berlaku di kalangan murid kerana sikap murid yang malas untuk membuat
latihan dan mengulangkaji bacaan Buku Iqra’ walaupun saya sering berpesan kepada
mereka untuk membaca hanya satu muka surat pada setiap hari kerana setiap Buku
Iqra’ mempunyai lebih kurang 30 muka surat yang boleh dihabiskan dalam masa
sebulan. P&P Khatam Al-Quran 6 Bulan Pertama sebanyak 4 waktu seminggu (2 jam) di
sekolah adalah tidak mencukupi bagi mengatasi masalah ini kerana realitinya guru
hanya mampu mendengar bacaan setiap murid secara individu selama 2-3 minit sahaja
dalam setiap P&P yang dijalankan. Keadaan ini bertambah buruk apabila terdapat
murid yang langsung tidak mempunyai Buku Iqra’ di rumah mereka.
3. OBJEKTIF KAJIAN
i. Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam kemahiran membaca
perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran dengan menggunakan persembahan
multimedia dan powerpoint yang mudah, ringkas dan menarik serta latih tubi
bacaan Buku Iqra’ satu muka surat pada setiap hari di sekolah.
ii. Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini adalah supaya :
Murid dapat memahami cara mengaplikasikan sistem tanda dan baris dalam
huruf tunggal, huruf bersambung dan perkataan Bahasa Arab.
Murid dapat membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran dengan
betul dan lancar.
Murid dapat mengurangkan kesilapan dalam menjawab soalan peperikaan.
Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid.
7
4. KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid yang masih membaca Buku Iqra’ 4
dan 5 dari kelas 6 Setia, SK (2) Taman Keramat yang terdiri daripada 8 orang murid lelaki
dan 2 orang murid perempuan. Murid-murid ini mempunyai tahap penguasaan yang
lemah dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan Khatam Al-Quran iaitu mereka belum
menguasai kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran.
5. PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
5.1.1 Pemerhatian
Saya membuat kaedah pemerhatian2 untuk mengesan tahap
penguasaan murid-murid dalam kemahiran membaca perkataan
Bahasa Arab dan ayat Al-Quran.
5.1.2 Ujian Pengesanan
Melalui ujian pengesanan3, saya dapat menilai tahap kecekapan murid
dalam kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Saya membuat analisis berdasarkan kaedah yang dijalankan untuk meninjau
masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran membaca
perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran.
2 Lihat Lampiran B: Borang Pemerhatian 3 Lihat Lampiran C: Kertas Soalan Ujian Pengesanan
8
5.2.1 Analisis Pemerhatian
Dalam setiap P&P Bahasa Arab, salah satu aktiviti wajib yang saya akan
jalankan adalah meminta murid membaca perkataan dan ayat dalam
Buku Teks Bahasa Arab, tulisan saya di papan hitam atau yang
dipaparkan pada Kad Imbasan. Hasil pemerhatian saya, hanya murid
yang sudah pandai membaca Al-Quran sahaja yang boleh membaca
perkataan dan ayat Bahasa Arab dengan betul dan lancar. Ini adalah
kerana mereka sudah mahir untuk mengaplikasikan sistem tanda dan
baris bagi huruf tunggal, huruf bersambung dan perkataan Bahasa Arab.
Begitu juga dalam P&P Khatam Al-Quran, apabila saya meminta mereka
membaca perkataan atau ayat Al-Quran, mereka sukar untuk
melakukannya walaupun diminta membaca setiap huruf demi huruf yang
bersambung dan diletakkan pelbagai tanda dan baris itu dalam satu
perkataan.
5.2.2 Analisis Ujian Pengesanan
Berdasarkan ujian Bahasa Arab dan Al-Quran, masalah yang sama sering
berlaku. Ini menyebabkan markah keseluruhan bagi ujian tersebut
terjejas.
5.3 Tindakan yang dijalankan
Tindakan yang dijalankan berdasarkan analisis yang telah dijalankan. Oleh itu,
langkah pertama yang perlu dilakukan ialah memberi galakan kepada murid-
murid terbabit untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca
perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran. Tindakan selanjutnya ialah:
9
Memberi pengenalan huruf-huruf tunggal Arab tanpa sistem tanda dan
baris kepada murid-murid.
Memberi pengenalan huruf-huruf tunggal Arab dan bersambung dengan
sistem tanda dan baris kepada murid-murid.
Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan ayat Al-Quran yang
mudah.
Latih tubi bacaan Buku Iqra’ setiap hari satu muka surat.
5.4 Pelaksanaan Aktiviti
5.4.1 Aktiviti 1: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem
Tanda dan Baris
Walaupun secara asasnya murid-murid sudah belajar dan mengenal huruf-
huruf tunggal Arab tanpa sistem tanda dan baris4 ini ketika Tahun 1, tetapi
adalah tidak menjadi satu kesalahan bagi seseorang guru untuk
mengulangkaji perkara ini dalam peringkat pengenalan untuk kumpulan
murid Tahun 6 yang lemah ini supaya mereka benar-benar menguasainya
dengan betul dan lancar kerana biasanya mereka tahu menyebut dan
membaca huruf-huruf tunggal Arab ini dengan betul tetapi tidak lancar.
Aktiviti dijalankan seperti berikut:
a. Guru menunjukkan semua huruf tunggal Arab tanpa sistem
tanda dan baris.
b. Guru membaca semua huruf tunggal Arab tersebut dan
meminta murid membaca mengikut contoh bacaan guru
secara ramai, individu atau mengikut giliran.
4 Lihat Lampiran D: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem Tanda dan Baris
10
c. Guru mengedarkan kad imbasan huruf tunggal Arab
kepada setiap murid.
d. Guru meminta wakil murid untuk menyebut satu huruf dan
murid yang mempunyai kad huruf tersebut diminta
menunjukkannya atau menampalnya di papan hitam.
Proses ini dilakukan sehingga selesai semua huruf.
e. Guru menyebut satu huruf dan meminta murid menuliskan
huruf tersebut di papan hitam. Proses ini dilakukan sehingga
selesai semua huruf.
f. Guru meminta setiap murid membaca huruf yang ada pada
kad imbasan mereka. Kad-kad tersebut boleh ditukar
supaya setiap murid dapat peluang membaca huruf-huruf
yang berbeza.
Pemerhatian
Setiap murid tidak semestinya diberikan satu kad huruf sahaja, tetapi
apabila mereka sudah dapat menyebut dan membaca satu huruf
dengan betul dan lancar, maka mereka boleh diberikan dua hingga lima
kad huruf sekaligus supaya dapat membiasakan diri apabila membaca
perkataan pula.
Refleksi
Setelah melaksanakan aktiviti berpusatkan murid ini, saya dapati murid
lebih cepat menguasai kemahiran membaca huruf-huruf tunggal Arab
kerana kepelbagaian aktiviti walaupun menggunakan satu bahan bantu
mengajar sahaja.
11
5.4.2 Aktiviti 2: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung
dengan Sistem Tanda dan Baris5
Berbeza dengan tulisan huruf Rumi, huruf Arab sama ada tunggal atau
bersambung perlu diletakkan tanda dan baris bagi peringkat kemahiran
asas dan sederhana (sekolah rendah dan menengah) supaya murid
dapat mengenal dan membaca huruf dan perkataan dengan betul dan
lancar. Aktiviti ini dijalankan seperti berikut:
a. Guru menunjukkan dan membaca semua huruf tunggal
Arab berbaris satu di atas dan meminta murid mengikutnya
secara ramai dan individu.
b. Guru menunjukkan dan membaca semua huruf tunggal
Arab berbaris satu di bawah dan meminta murid mengikutnya
secara ramai dan individu.
c. Guru menunjukkan dan membaca semua huruf tunggal
Arab berbaris satu di depan dan meminta murid mengikutnya
secara ramai dan individu.
d. Guru menunjukkan dan membaca setiap huruf tunggal
Arab yang berbaris satu di atas, satu di bawah dan satu di
depan, dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan
individu.
e. Guru menunjukkan dan membaca setiap huruf tunggal
Arab yang berbaris dua di atas, dua di bawah dan dua di
depan, dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan
individu.
5 Lihat Lampiran E: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem Tanda dan Baris
12
f. Guru mengedarkan kad imbasan huruf tunggal Arab pelbagai
baris itu kepada setiap murid dan meminta mereka membaca
huruf berbaris tersebut secara individu. Kad-kad tersebut boleh
ditukar supaya setiap murid dapat peluang membaca huruf-
huruf yang berbeza barisnya.
g. Guru menyebut satu huruf berbaris yang berbeza dan
meminta murid menuliskan huruf dengan barisnya di papan
hitam. Proses ini dilakukan sehingga selesai semua huruf.
h. Kali ini, guru menunjukkan satu perkataan yang terdiri daripada
huruf-huruf yang bersambung dengan pelbagai baris. Pada
peringkat permulaan, murid diminta untuk membaca setiap
huruf berbaris itu satu persatu secara ramai atau individu.
i. Apabila sudah lebih lancar, guru menunjukkan beberapa
perkataan yang mengandungi huruf-huruf yang bersambung
dengan baris yang berbeza. Murid diminta untuk membacanya
secara ramai atau individu.
Pemerhatian
Setiap murid tidak semestinya diberikan satu kad huruf sahaja, tetapi
apabila mereka sudah dapat menyebut dan membaca satu huruf
dengan betul dan lancar, maka mereka boleh diberikan dua hingga lima
kad huruf sekaligus supaya dapat membiasakan diri apabila membaca
perkataan pula.
13
Refleksi
Setelah melaksanakan aktiviti berpusatkan murid ini, saya dapati murid
lebih cepat menguasai kemahiran membaca huruf-huruf tunggal Arab
kerana kepelbagaian aktiviti walaupun menggunakan satu bahan bantu
mengajar sahaja.
5.4.3 Aktiviti 3: Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan ayat
Al-Quran yang mudah
Aktiviti ini dilaksanakan sama ada menggunakan kad imbasan, slaid
multimedia/powerpoint, buku teks dan buku Iqra’. Ia sedikit berbeza
dengan aktiviti 2 kerana pada peringkat ini terdapat penambahan sistem
tanda asas seperti tanda sukun (mati), syaddah (sabdu) dan mad
(panjang)6. Aktiviti ini dijalankan seperti berikut:
a. Guru menunjukkan dua huruf yang bersambung di mana satu
huruf diletakkan pelbagai baris, manakala satu huruf lagi
diletakkan tanda sukun (mati).
b. Guru menunjukkan contoh bacaan yang betul dan meminta
murid membacanya secara ramai atau individu.
c. Guru menunjukkan dua huruf yang bersambung di mana satu
huruf diletakkan pelbagai baris, manakala satu huruf lagi
diletakkan tanda syaddah (sabdu).
d. Guru menunjukkan contoh bacaan yang betul dan meminta
murid membacanya secara ramai atau individu.
6 Lihat Lampiran F: Contoh Perkataan Bahasa Arab bertanda sukun (mati), syaddah (sabdu) dan mad
(panjang)
14
e. Guru menunjukkan dua huruf yang bersambung di mana satu
huruf diletakkan pelbagai baris, manakala satu huruf lagi
diletakkan tanda syaddah (sabdu).
f. Guru menunjukkan contoh bacaan yang betul dan meminta
murid membacanya secara ramai atau individu.
g. Guru mengedarkan kad imbasan kepada murid-murid atau
memaparkan pada slaid, perkataan Bahasa Arab atau potongan
ayat Al-Quran yang mempunyai pelbagai tanda dan baris.
h. Guru meminta murid membacanya dengan betul dan lancar.
Pemerhatian
Apabila murid sudah dapat mengaplikasikan sistem baris dalam
membaca perkataan Bahasa Arab, dengan menggabungkan sistem
tanda sukun (mati) dan syaddah (sabdu) ke dalam sistem baris, maka
murid dapat mengenal dan membaca perkataan Bahasa Arab dengan
betul.
Refleksi
Pada peringkat ini, murid sudah boleh membaca perkataan Bahasa Arab
dan ayat Al-Quran dengan betul dan lancar kerana mereka sudah
mengenali dan menguasai sistem tanda dan baris yang asas dalam huruf
tunggal dan huruf bersambung serta perkataan Bahasa Arab.
5.4.4 Aktiviti 4: Latih tubi bacaan Buku Iqra’ setiap hari satu muka surat
Oleh kerana murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran
membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran ini didapati
15
mereka malas dan tidak membuat latihan mengulangkaji bacaan Buku
Iqra’ di rumah, maka saya perlulah mengadakan aktiviti ‘setiap hari satu
muka surat’7 di sekolah. Cara aktiviti ini dijalankan seperti berikut:
a. Guru meminta murid membawa Buku Iqra’ milik sendiri dari
rumah atau menggunakan Buku Iqra’ milik sekolah pada setiap
hari persekolahan.
b. Pada hari yang diadakan P&P Khatam Al-Quran iaitu 3 hari (6
waktu=3 jam), maka aktiviti ini dilaksanakan dalam waktu P&P.
c. Baki 2 hari lagi diadakan aktiviti ini pada waktu P&P Tasmik.
Pemerhatian
Aktiviti ini jika dapat dilakukan secara berterusan tanpa gangguan seperti
guru dipanggil mesyuarat/berkursus atau terdapat aktiviti/program
sekolah lain, maka murid yang lemah ini dapat dipulihkan penguasaan
bacaan mereka walaupun mereka tidak mengulangkaji atau membuat
latih tubi bacaan di rumah.
Refleksi
Apabila aktiviti ini dilakukan secara berterusan tanpa gangguan dan
yang paling penting di bawah bimbingan dan pemantauan guru, maka
ia adalah lebih baik daripada meminta murid ini membuat latih tubi
bacaan sendiri tanpa pengawasan ibu bapa/penjaga di rumah.
7 Lihat Lampiran G: Contoh satu muka surat Buku Iqra’
16
5.5 Refleksi Kajian
5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid
Selepas kajian dijalankan saya dapat melihat perubahan positif ke
atas murid-murid saya dan saya sendiri. Sebelum ini, saya tidak
mempelbagaikan alat dan bahan bantu mengajar dengan
hanya membataskan kepada penggunaan papan hitam, Buku
Teks dan Buku Iqra’ sahaja. Apabila menggunakan buku sahaja,
maka aktiviti yang berpusatkan murid tidak dapat dipelbagaikan
dan diperbanyakkan. Setelah semua aktiviti ini dijalankan, saya
dapati peningkatan dalam menguasai kemahiran membaca
perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran adalah sangat baik
khususnya bagi Aktiviti 1 dan Aktiviti 2. Kesemua aktiviti yang
dirancang dapat berjalan dengan lancar dan keyakinan diri
murid juga menunjukkan perubahan yang lebih positif. Walaupun
dalam ujian PKBS 1, markah yang diperolehi mereka tidak
cemerlang (A) atau baik (B), tetapi sekurang-kurangnya sasaran
saya untuk mengeluarkan mereka daripada mendapat markah
gagal (E dan D) kepada markah lulus dengan memuaskan (C)
sedikit sebanyak tercapai.
5.5.2 Rumusan Pemerhatian
Apabila murid-murid ini sudah dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca mereka dari satu tahap yang rendah ke
tahap yang lebih baik, atau sebelum ini mereka selalu gagal dan
sekarang boleh lulus dalam ujian, maka saya dapat lihat
perubahan sikap yang lebih positif dalam diri mereka seperti
17
bertambah minat untuk belajar Bahasa Arab dan lebih rajin
membuat latihan yang diberikan oleh guru.
6. CADANGAN SETERUSNYA
Saya dapati kajian penguasaan kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan
ayat Al-Quran ini perlu diperluaskan kepada tiga lagi aspek kemahiran bahasa yang lain
iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran menulis. Dengan
melengkapkan kajian ini meliputi kesemua empat aspek kemahiran bahasa ini, maka ia
dapat memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang masalah dan
penyelesaian P&P Bahasa Arab dan Khatam Al-Quran. Tambahan pula, kajian ini bukan
sahaja dapat menghasilkan kesan yang positif kepada diri saya sendiri sebagai seorang
guru, tetapi apa yang lebih penting ialah ia dapat meningkatkan penguasaan murid.
Saya juga bercadang untuk meneruskan program ini untuk meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran bagi murid lemah di
tahap lain pula. Kajian ini juga menjadikan guru sentiasa berfikiran positif, kritis, kreatif
dan inovatif sentiasa fleksibal dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berkesan.
7. BAHAN YANG DIPERLUKAN
Bahan- bahan yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini adalah seperti :
Kad Manila = 10 (untuk setiap huruf tunggal tanpa baris, huruf tunggal berbaris
satu/dua di atas/di bawah/di depan)
Marker Pen = 3 (tiga warna iaitu hitam, biru dan merah)
Gunting, pembaris, pen, pensel, pensel warna, kertas A4
Kertas Soalan Ujian Bahasa Arab
Kertas Soalan Ujian Pendidikan Islam (Khatam Al-Quran)
18
8. ANGGARAN KOS
Anggaran kos untuk bahan-bahan yang saya perlukan ialah :
Kad Manila = 10 x RM 0.50 = RM 5.00
Marker Pen = 3 x Rm 2.00 = Rm 6.00
9. JADUAL PELAKSANAAN (1 Februari 2010 – 28 Februari 2010)
BIL AKTIVITI TEMPOH PELAKSANAAN
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 2 hari
2 Menulis proposal 1 hari
3 Merancang tindakan-individu 2 hari
4 Membuat Pemerhatian 1 hari
5 Ujian pengesanan 1 hari
6 Melaksanakan tindakan- aktiviti 1 3 hari
7 Analisis tindakan – aktiviti 1 1 hari
8 Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 3 hari
9 Analisis tindakan – aktiviti 2 1 hari
10 Melaksanakan tindakan- aktiviti 3 3 hari
11 Analisis tindakan – aktiviti 3 1 hari
12 Melaksanakan tindakan- aktiviti 4 3 hari
13 Analisis tindakan – aktiviti 4 1 hari
14 Refleksi kajian 1 hari
15 Menulis laporan kajian 3 hari
16 Pembentangan laporan kajian 1 hari
19
Lampiran A:
Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab
Bil Nama Kertas 1
(30%)
Kertas 2
(70%)
Jumlah Gred
1 Abd Hannan bin Ahmad Shalaby 10 22 32 D
2 Abd Wahed bin Mawi 19 21 40 C
3 Ahmad Saini bin Sifihudin 8 19 27 D
4 Alias bin Fauzi 20 13 33 D
5 Budiyanto bin Sadi 18 22 40 C
6 Meor Mohd Aikal bin Meor Mohd
Redzuan
15 28 43 C
7 Muhd Akmal bin Ahmad Tarmizi 17 24 41 C
8 Zulkifli bin Rafie 6 23 29 D
9 Intan Syafinaz bt Mohd Shobri 17 26 43 C
10 Nor Shasha Melissa bt Pakaruddin 25 22 47 C
Laporan Pencapaian j-QAF 2009
Analisa Khatam Al-Quran
Bil Nama Iqra’ Jumlah Markah
Ayat (60)
Kualiti
Bacaan (40)
1 Abd Hannan bin Ahmad Shalaby 4 60 15
2 Abd Wahed bin Mawi 6 60 20
3 Ahmad Saini bin Sifihudin 4 60 15
4 Alias bin Fauzi Tidak 60 25
5 Budiyanto bin Sadi 4 60 15
6 Meor Mohd Aikal bin Meor Mohd
Redzuan
4 60 15
7 Muhd Akmal bin Ahmad Tarmizi 4 60 15
8 Zulkifli bin Rafie 4 60 15
9 Intan Syafinaz bt Mohd Shobri 4 60 15
10 Nor Shasha Melissa bt Pakaruddin 4 60 15
20
Lampiran B:
Borang Pemerhatian
21
Lampiran C:
Kertas Soalan Ujian Pengesanan
C
22
Lampiran D:
Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem Tanda dan Baris
23
Lampiran E:
Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung
dengan Sistem Tanda dan Baris
24
Lampiran F:
Contoh Perkataan Bahasa Arab bertanda sukun (mati), syaddah (sabdu) dan
mad (panjang)
25
Lampiran G:
Contoh satu muka surat Buku Iqra’