kamus perbilangan
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.
Zaman beralih, musim bertukar
1.
Maknanya : Memperbesar perkara yang kecil.
Ayat : Perbuatan Kalsom ibarat air setitik dilautkan, tanah
sekepal digunungkan apabila sengaja
memperbesarkan kesalahan kecil yang dilakukan oleh Hanim.
2.
Maknanya : Memang mudah menyuruh seseorang melakukan sesuatu kerja
tetapi orang yang melakukan kerja itu yang akan menghadapi
kesukaran.
Ayat : Memang mudah bagi Sani mengarahkan rakan-rakannya
membersihkan kawasan hutan itu tetapi dia sendiri tidak turut
serta. Sikap Sani itu ibarat apa peduli pada kukuran, nyiur juga
yang akan habis.
Aa
Air setitik dilautkan,
Tanah sekepal digunungkan.
Apa peduli pada kukuran,
Nyiur juga yang akan habis.
3.
Maknanya : Nasib yang malang
Ayat : Nasib Ismail umpama ayam ditambat disambar helang, padi di
tangan tumbuh lalang apabila kereta yang baru dibelinya telah
dicuri orang.
4.
Maknanya : Menempah kesusahan dahulu sebelum mendapat kesenangan
Ayat : Dahulu Mak Cik Hasnah hanya menjual kuih di sebuah gerai
tetapi kini dia mempunyai restoran di pecan itu. Mak Cik Hasnah
sentiasa mengamalkan prinsip berakit- rakit ke hulu, berenang-
renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
Ayam ditambat disambar helang,
Padi di tangan tumbuh lalang.
Bb
Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ke tepian, Bersakit- sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian.
kemudian.
5.
Maknanya : Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya.
Ayat : Penduduk Kampung Berembang bersimpati terhadap keluarga
Yaacob yang kehilangan harta benda dalam kebakaran itu tetapi bagi Yaacob dan keluarganya , berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
6.
Maknanya : Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja sama ada susah
atau senang.
Ayat : “Perniagaan ayah menghadapi masalah kewangan. Serbagai
anak kita harus berusaha untuk membantu ayah kerana berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing” kata Chandran kepada adik-
adiknya.
Berat mata memandang,
Berat lagi bahu memikul.
Berat sama dipikul,
Ringan sama dijinjing.
6.
Maknanya : Kejayaan sesuatu pekerjaan itu adalah hasil persefahaman dan
kerjasama yang erat.
Ayat : Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup dengan aman
dan damai kerana mereka mengamalkan sikap bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
7.
Maknanya : Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada
kesusahan yang menimpa rakyatnya.
Ayat : Selepas pilihan raya itu, rakyat berharap pemimpin yang terpilih
akan berpegang pada kata-kata yang dilaungkan mereka dahulu
kerana condong yang akan menongkat, rebah yang akan
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
Cc
Condong yang akan menongkat,
Rebah yang akan menegakkkan
menegakkkan.
8.
Maknanya : Sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan mestilah diusahakan
dengan sungguh-sungguh dan jangan sekali-kali mendengar
cakap orang kerana diri sendiri yang akan menerima padahnya.
Ayat : Shahrul mudah mendengar cakap kawan-kawannya dan akhirnya
perniagaan yang diusahakannya itu menerima kerugian yang
besar . Perbuatannya itu ibarat dengar cakap enggang, makan
buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk.
9.
Maknanya : Tidak dapat dibuat apa-apa lagi terhadap seseorang yang keras
Ayat : Puas sudah ibu Kamil menasihatinya tetapi dia tetap berdegil.
Sudah beberapa kali Kamil ditangkap polis tetapi apabila
dibebaskan, dia mengulangi perbuatan jahatnya itu. Kamil
memang dibakar tidak hangus, dijemur tidak kering, direndam
Dd
Dengar cakap enggang, Makan buah beluluk; Dengar cakap orang, Terjun masuk lubuk.
Dibakar tidak hangus, dijemur tidak kering, direndam tidak basah, ditetak tidak putus.
tidak basah, ditetak tidak putus.
10.
Maknanya : Sesuatu yang hendak dilakukan , elok dibicarakan dahulu dengan
kaum keluarga dan sebagainyasupaya pekerjaan itu selamat.
Ayat : Jais meminta pendapat ahli keluarganya tentang pilihan hatinya, Aini yang akan dinikahinya. Dia gembira kerana mereka menyetujui pilihan hatinya itu. Tindakannya itu tidak ubah seperti elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat.
11.
Maknanya : Nasihat untuk kebaikan perlu diulang berkali-kali.
Ayat : Mak Siah selalu menasihati anak-anaknya supaya rajin belajar
kerana pelajaran itu merupakan bekalan untuk masa hadapan.
,Mak Siah akan terus menasihati anak-anaknya kerana baginya,
enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.
Ee
Elok kata dalam muafakat,
Buruk kata di luar muafakat,
Enak lauk dikunyah-kunyah,
Enak kata diulang-ulang.
12.
Maknanya : Orang yang berjasa akan dikenang selama-lamanya setelah
meninggal dunia.
Ayat : Almarhum Tunku Abdul Rahman tetap dikenang oleh rakyat
kerana jasa dan bakti beliau kepada negara seperti gajah mati
meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama.
13.
Maknanya : Seorang suami yang meninggalkan isteri tanpa memberi
nafkah atau menceraikannya.
Ayat : Oleh sebab isterinya tidak setia kepadanya, Amir telah
Gg
Gajah mati meninggalkan tulang,
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama.
Gantung tak bertali,
Salai tak berapi.
meninggalkan isterinya itu dengan gantung tak bertali,
salai tak berapi.
14.
Maknanya : Pembahagian yang sama rata, beruntung banyak sama-sama
mendapat banyak, beruntung sedikit sama-samamendapat sedikit
Ayat : Pelabur-pelabur saham itu mendapat keuntungan yang banyak
pada tahun lalu tetapi pada tahun ini mereka mendapat
keuntungan yang sedikit. Walaubagaimanapun mereka berpuas
hati kerana hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah.
15.
Maknanya : Semasa hidup kita hendaklah mengikut peraturan atau adat yang
ditetapkan, apabila sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan
Ayat : Walaupun kadangkala Ramli tidak bersetuju dengan peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan oleh ibu dan bapanya tetapi
Hh
Hati gajah sama dilapah,
Hati kuman sama dicecah.
Hidup dikandung adat,
Mati dikandung tanah.
sebagai anak dia terpaksa mematuhinya kerana hidup dikandung
adat, mati dikandung tanah.
16.
Maknanya : Walau lebih baik negera orang dengan negara sendiri,
lebih baik berada di negara sendiri.
Ayat : Selama empat tahun Amri berada di Jepun yang terkenal
sebagai sebuah negara maju tetapi dia tetap merindui
negara Malaysia. Bagi Rosli hujan emas di negeri
orang, hujan batu di negeri sendiri, baik di negeri
sendiri.
17.
.
Maknanya : Tiap-tiap hukuman itu mestilah bersesuaian dengan
kesalahannya.
Ayat : Penjahat yang telah banyak melakukan rompakan dan
pembunuhan itu telah dihukum gantung sampai mati keranah
hutang darah dibayar darah, hutang nyawa dibalas nyawa.
Hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri,
baik di negeri sendiri
Hutang darah dibayar darah,
Hutang nyawa dibalas nyawa.
18.
Maknanya : Jika kita banyak merantau banyaklah perkara yang dapat kita
lihat, begitu juga orang yang telah lama hidup banyaklah
pengalamannya.
Ayat : Pemuda yang telah lama merantau itu mempunyai pelbagai
pengalaman hidup. Begitulah, jika jauh perjalanan banyak
pemandangan, lama hidup banyak dirasa.
19.
Maknanya : Jangan terlampau memanjakan orang yang disayangi.
Ayat : Puan Normah amat menyayangi anak tunggalnya tetapi dia juga
tahu bahawa kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan
Jauh perjalanan banyak pemandangan,
Lama hidup banyak dirasa.
Jj
Kk Kasihkan anak tangan-tangankan,
kasihkan isteri tinggal- tinggalkan
isteri tinggal-tinggalkan. Oleh itu, dia tidak teragak-agak
memarahi anaknya jika dia melakukan kesalahan
20.
Maknanya : Urusan peribadi boleh diputuskan sendiri, tetapi urusan orang
ramai perlu dirundingkan bersama-sama
Ayat : Pak Dolah memang setuju dengan segelintir penduduk kampunya
yang ingin merobohkan surau lama itu. Walau bagaimanapun,
sebagai ketua kampung dia perlu membincangkan hal itu kerana
kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan.
21.
Maknanya : Sama-sama menikmati kesenangan atau menghadapi kesusahan.
Ayat : Amin dan Ali sentiasa bersama-sama dalam hal syarikatnya
kerana baginya ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
22.
Maknanya : Segala janji yang telah dilafaz mestilah ditepati.
Ayat : Setelah memenangi pilihan raya di kawasannya, wakil rakyat itu
Kata seorang dibulati, Kata bersama diperiakan.
Ke bukit sama didaki, Ke lurah sama dituruni.
Kerbau dipegang pada talinya,
Manusia dipegang pada janjinya.
telah menunaikan janjinya kepada penduduk kampong tersebut
kerana dia sedar bahawa kerbau dipegang pada talinya,
manusia dipegang pada janjinya.
23.
Maknanya : Kesalahan orang walaupun kecil Nampak tetapi kesalahan sendiri yang besar tidak disedari.
Ayat : Dia nampak akan kesalahan yang dilakukan oleh jirannya
sedangkan kesalahannya mengumpat orang tidak disedari,
seperti kuman di seberang laut Nampak, gajah di bibir mata
tak kelihatan.
24.
Maknanya : Manusia mempunyai kehendak dan kemahuan yang berbeza.
Ayat : Kok Liong dan Kok Siang adik-beradik kembar tetapi mereka
meminati sukan dan hobi yang berlainan kerana lain dulang lain
kaki, lain orang laian hati.
Kuman di seberang laut nampak,
Gajah di bibir mata tak kelihatan.
Ll
Lain dulang lain kakinya,lain orang lain hati.
25.
Maknanya : Setiap orang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.
Ayat : Kita tidak harus mudah berputus asa apabila menghadapi
masalah dalam perniagaan kerana laut mana yang tak
berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan.
26.
Makna : Kesalahan yang kita buat, kita juga yang menanggung akibatnya.
Ayat : “Tindakan yang bakal kamu ambil itu menyalahi undang-undang.
Oleh itu, berfikir dengan teliti sebelum bertindak kerana lengkuas
di tepi kandang, tegak puas badan menyandang,” kata Leman
kepada kawannya.
Laut mana yang tidak berombak,
Bumi mana yang tak ditimpa hujan.
Lengkuas di tepi kandang,
Tegak puas badan menyandang.
27.
Maknanya: Apabila kiata berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut
adat resam masyarakat di situ.
Ayat : Kalau kita berada di negara asing, kita hendaklah patut
menyesuaikan diri dengan adat resam negara itu kerana masuk
kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
28.
Maknanya : Sama-sama melakukan sesuatu pekerjaan tetapi keuntungannya
diambil seorang.
Ayat : Khairuddin berkongsi perniagaan dengan Fauzan. Malangnya
MnMasuk kandang kambing mengembek, Masuk kandang kerbau menguak.
Nn
Nasi sama ditanak,
Kerak dimakan seorang.
Khairuddin mengaut keuntungan perniagaan itu seorang diri.
Perbuatan Khairuddin umpama nasi sama ditanak, kerak
dimakan seorang.
29
Maknanya : Kalau orang telah berbudi kepada kita, kita harus membalasnya dengan baik.
Ayat : Segala jasa dan pertolongan yang kita terima daripada seseorang
hendaklah dibalas dengan menolongnya apabila dia
memerlukannya kerana orang berbudi kita berbahasa, orang
memberi kita merasa.
30.
Maknanya : Bercerai hidup masih ada peluang berjumpa, tetapi berserai mati
bercerai selama-lamanya.
Ayat : “Janganlah kamu merajuk dengan suamimu, Intan. Putus tali
Oo
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.
Pp
Putus tali boleh disambung,
patah arang patah sekali.
boleh disambung, patah arang patah sekali,” kata kakak
kepada Intan yang merajuk kerana perbuatan suaminya itu.
31.
Maknanya : Apabila alat-alat kerja sudah rosak atau hilang, maka kerja-kerja akan tergendala.
Ayat : Kerja Pak Ali untuk membaiki pondok tersebut tergendala apabila
beberapa alatan kerjanya telah hilang umpama patah lidah
alamat kalah, patah keris alamat mati.
32.
Makananya: Raja atau pemerintah yang adil dan saksama akan disayangi
rakyat tetapi jika zalim, akan dibenci rakyatnya.
Ayat : Rakyat negeri ini amat menyanjung raja mereka kerana pemerintahan baginda yang adil lagi saksama, bak kata pepatah raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.
Patah lidah alamat kalah, patah keris alamat mati.
RrRaja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.
33.
Maknanya : Melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama
Ayat : Masyarakat kampong itu hidup bermuafakat. Mereka akan
bergotong-royong untuk membuat sesuatu pekerjaan kerana
mereka berpegang teguh pada prinsip ringan sama dijinjing,
berat sama dipikul.
34.
Maknanya : Pada masa ada mata pencarian tidak boleh hidup senang, inikan
pula tanpa pekerjaan.
Ayat : Semasa Pak Tabrani bekerja dahulu, hidupnya tidak pernah
senang kerana banyak hutang. Inikan pula selepas bersara
kerana sedangkan bah kapal tak hanyut. Inikan pula kemarau
Ringan sama dijinjing,
berat sama dipikul.
SsSedangkan bah kapal tak hanyut,
Inikan pula kemarau panjang.
panjang.
35.
Maknanya : Hukum agama dan adat tidak dapat dipisahkkan.
Ayat : Keluarga Azim berpegang teguh kepada ajaran agama namun
adat resam yang tidak bertentangan tetap dipelihara kerana syarak yang mengata, adat yang memaksa.
36.
Maknanya : Sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang masa.
Ayat : Batik merupakan seni warisan orang Melayu sejak zaman dahulu
lagi dan masih diminati oleh ramai orang kerana buatannya yang
halus seperti peribahasa tak lekang dek panas tak lapuk dek
hujan.
Syarak yang mengata,Adat yang memaksa
TtTak lekang dek panas,
tak lapuk dek hujan.
37.
Maknanya : Segala perbuatan dan kata-kata tertentu ada tujuan dan maksud
sebaliknya.
Ayat : Pagi-pagi lagi Amin mengucapkan salam dan menolong ibunya
mengemas rumah. Amin ingin meminta kebenaran daripada
ibunya untuk menyertai perkhemahan bersama
keluarganya.Tingkah lakunya umpama tembak yang beralamat,
tujuan yang bermaksud.
38
Makananya :Terlalu banyak melakukan kesilapan atau kesalahan, lepas
satu tapi tertangkap pada yang lain.
Ayat : Walaupun Azli terlepas daripada tuduhan memberi rasuah,
namaun dia tidak terlepas daripada tuduhan pecah
amanah yang dilakaukan di pejabatnya.
Tembak yang beralamat,
Tujuan yang bermaksud.
Tutup lutut terbuka pusat,
Lepas kaki leher terjerat.
39.
Maknanya : Jangan pura-pura kasih.
Ayat : Aminah sudah meluat melihat perangai suaminya yang buat-buat
sayang kepadanya sedangkan dia suka bermain kayu tiga ibarat
pepatah usahlah aku aku tak endah,ada aku dipandang hadap,
tiada aku dipandang belakang
40.
Makananya : Apabila membuat sesuatu pekerjaan biarlah dengan
cermat, bijak, dan berhati-hati.
Ayat : Usah kamu hendak mendamaikan dua kumpulan yang
berlainan pendapat dan fahaman. Jalan
penyelesaiannnya hendaklah dilakukan dengan bijaksana
UuUsahlah aku aku tak endah,Ada aku dipandang hadap,Tiada aku dipandang belakang
Ular dipalu biarlah mati,
pemalu janganlah patah,
tanah janganlah lembang.
ibarat Ular dipalu biarlah mati, pemalu janganlah patah,
tanah janganlah lembang.
41.
Maknanya : Dengan memerhatikan perangai seseorang dapatlah kita menilai
asal keturunannya sama ada daripada baka yang baik atau
daripada baka yang tidak baik.
Ayat : Daripada percakapan dan budi bahasanya yang halus itu,
dapatlah kita mengagak bahawa dia berasal daripada baka yang
baik atau daripada keluarga yang baik-baik kerana sesungguhnya
usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan bangsa.
42.
Maknanya : Bagaimana diajar sekalipun, orang yang biadab itu kelihatan
juga perangainya yang kurang baik.
Ayat : Sudah puas Cikgu Hanim menasihati Ali yang nakal itu agar
Usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan bangsa.
Ww
Walau disepuh emas lancang, kilat tembaga tampak juga.
berhenti bercakap semasa guru mengajar di hadapan kelas,
tetapi dia tetap tidak berub ah kerana walau disepuh emas
lancang, kilat tembaga tampak juga.
43.
Maknanya : Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan peralihan masa.
Ayat : Pendapat kebanyakan generasi tua tidak selaras dengan
kemajuan semasa dan kehendak generasi muda kerana zaman
beralih, musim bertukar.
Zz
Zaman beralih,
Musim bertukar.