kanak-kanak berkeperluan khas
DESCRIPTION
Kategori Kanak-kanak Berkeperluan KhasTRANSCRIPT
DEFINISI Dikenali juga sebagai ketidakupayaan fizikal.
Masalah fizikal didefinisikan sebagai kekurangan atau kecacatan daripada segi fizikal, sama ada disebabkan oleh keadaan semula jadi, penyakit ataupun kemalangan.
Masalah fizikal juga bermaksud kekurangan atau kehilangan fungsi pada salah satu atau lebih daripada satu anggota badan.
Ketidakupayaan fizikal tidak mempunyai kaitan dengan masalah mental yang dihadapi seseorang.
PUNCA-PUNCAFaktor-faktor Penerangan
1) Faktor Semula
Jadi
(a)Faktor baka Gangguan pada kromosom.
Ketidakupayaan dan penyakit yang dihidapi oleh ibu atau bapa boleh diwarisi kepada anak.
(b)Faktor persekitaran Jangkitan kuman, seperti
Rubella. Pengambilan ubat
penenang , ubat hormon, alkohol, dadah dan merokok oleh ibu yang sedang mengandung.
Faktor-faktor
Penerangan
Pencemaran alam sekitar seperti
pencemaran udara. Palsi Erb, iaitu kecederaan atau
trauma yang menjejaskan satu atau lima saraf utama bayi yang berfungsi menjanakan pergerakan dan deria rasa pada lengan.
• terjadi semasa kelahiran • Saraf pleksus brakial
merupakan saraf kompleks pada leher
yang berfungsi untuk mengawal pergerakan bahu, siku, lengan
dan tangan.
Faktor-faktor Penerangan
• Menarik keluar kepala bayi
dengan kuat daripada saluran peranakan
2) Faktor Penyakit
Penyakit Polio yang berpunca daripada kuman Poliovirus akan memasuki saluran darah dan mengalir ke sistem saraf pusat dan seterusnya melemahkan otot-otot dan mengakibatkan kelumpuhan.
Faktor-faktor
Penerangan
3) Faktor Kemalangan
Kecederaan tulang belakang. Potongan anggota disebabkan jangkitan kuman ketika kemalangan.
4) Faktor Peperangan
Kecederaan oleh senjata api. Bahan radiasi yang dikeluarkan oleh bom menyebabkan penyebaran virus berpenyakit yang mengakibatkan kecacatan pada janin dalam kandungan, bayi, kanak-kanak serta orang dewasa.
JENIS-JENIS1)Kuadriplegia Ketidakupayaan kedua-dua belah tangan
serta kedua-dua belah kaki Ciri-ciri :
• Masalah kekejangan • Bengkak yang berair pada bahagian punggung akibat
tekanan• Hilang fungsi deria rasa, deria sentuh dan deria sakit• Tidak peka terhadap perubahan suhu sama ada panas
atau sejuk• Kesukaran pernafasan• Batuk berterusan• Otot mulut dan lidah tidak berfungsi• Masalah sawan
2) Hemiplegia Ketidakupayaan pada sebelah bahagian
badan Ciri-ciri :
• Kebas pada sebelah badan• Sakit kepala• Gangguan ingatan• Kebingungan• Mulut dan mata menghala ke arah bahagian
kelumpuhan• Bermasalah penglihatan dan pendengaran• Sendi-sendi bengkak• Tidak dapat bercakap dengan baik
3) Paraplegia Ketidakupayaan pada bawah badan dan
kedua-dua kaki Ciri-ciri :
• Kelembikan pada kaki• Sukar untuk membuang air kecil atau besar• Jangkitan kuman pada pundi kencing• Kekejangan otot• Bengkak yang berair pada punggung akibat tekanan• Luka lambat untuk sembuh• Hilang fungsi deria rasa, deria sentuh dan deria sakit• Tidak peka terhadap perubahan suhu sama ada panas
atau sejuk• Batuk atau jangkitan pada dada