kandungan
DESCRIPTION
xacTRANSCRIPT
KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan1.2 Objektif1.3 Kaedah1.4 Batasan1.5 Definisi konsep 1.6 Teori Pemerolehan Bahasa
2.0 Sorotan Literatur
2.1 Sorotan Kajian Analisis Tatabahasa
3.0 Metodologi Kajian
3.1 Reka Bentuk Kajian3.2 Kaedah Kajian3.3 Tempat Kajian3.4 Populasi dan Persempelan3.5 Pemboleh Ubah Kajian3.6 Alat Kajian3.7 Tatacara Kajian3.8 Penganalisisan Data
4.0 Dapatan Kajian
4.1 Analisis Kajian Kaedah Pemerhatian4.2 Analisis Kajian Kaedah Ujian4.3 Analisis Kajian Kaedah Temu Bual
5.0 PENUTUP
5.1 Kesimpulan5.2 Cadangan
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
1
1.0 PENDAHULUAN
1.1PENGENALAN
Perkataan ‘Nahu’ atau ‘Tatabahasa’ begitu sinonim dengan pembelajaran Bahasa
Melayu yang menjadi subjek penting dalam sistem pendidikan di Malaysia.Selepas ini
saya akan menulis menggunakan istilah ‘tatabahasa’ kerana istilah ini telah mendominasi
arena istilah bahasa Melayu berbanding dengan istilah ‘Nahu’ seperti yang saya nyatakan
di atas.
Pengetahuan tentang tatabahasa merupakan unsur penting yang perlu diketahui
oleh setiap murid atau pelajar dalam mempelajari Bahasa Melayu.Pendek kata ilmu
tatabahasa haruslah dikuasai oleh mereka kerana ilmu itu dapat memahirkan mereka dari
segi membina ayat untuk tujuan penulisan dan juga sebagai penutur Bahasa Melayu yang
baik.
Kelemahan menguasai tatabahasa dalam penulisan dan pertuturan menandakan
kurangnya keindahan gaya bahasa atau kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya
Bahasa Melayu. Berdasarkan permasalahan ini, kajian tindakan telah saya lakukan
bertujuan mengenal pasti kesalahan tatabahasa bagi penggolongan kata kerja. Selain itu
amalan ini dapat membantu mereka menghasilkan bahasa tulisan dan bahasa pertuturan
yang gramatis.
Kajian ini dilakukan kepada 33 orang murid tahun 3 di Sekolah Kebangsaan
Padang Jawa, Shah Alam Selangor. Sebelum kajian ini dilakukan tinjauan telah di buat
menggunakan kaedah pemerhatian dan penyelidikan berdasarkan hasil kerja murid yang
lalu. Temubual juga dilakukan kalangan murid yang menjadi responden kajian tindakan
ini.Penilaian soalan tatabahasa pula telah dilakukan kepada 33 orang murid tahun 3
sebagai mengesahkan kajian tindakan ini.
2
1.2 OBJEKTIF
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesalahan yang sering dilakukan
oleh pelajar dalam penggunaan tatabahasa kata kerja Bahasa Melayu. Objektif
khusus kajian ini adalah :
1. Untuk membandingkan tahap penguasaan penggunaan kata/frasa kerja pelajar
ii. Untuk mengenal pasti jenis kesilapan penggunaan kata/frasa kerja yang kerap
dilakukan oleh pelajar
1.3 KAEDAH KAJIAN
Dalam kajian ini, beberapa kaedah telah diadaptasikan sebagai satu pacuan bagi
memperoleh maklumat bagi penganalisisan dijalankan. Antara kaedah yang telah
digunakan adalah seperti kaedah pemerhatian, kaedah ujian dan kaedah temubual.
Kesemua maklumat yang diperolehi daripada kaedah ini akan dianalisis bagi mencapai
matlamat kajian. Kaedah ini dikupas lebih terperinci dalam bahagian metadologi kajian.
1.4 BATASAN KAJIAN
Dalam perlaksanaan kajian ini saya membataskan kajian kepada penggunaan sistem
tatabahasa iaitu penggunaan kata kerja dalam membina ayat penyata yang ditulis oleh
murid tahun 3 pintar seramai 33 orang.Sistem tatabahasa Bahasa Melayu ini penting atau
menjadi asas kepada penulisan kreatif. Rasional batasan kajian ini dilakukan adalah
melihat sejauhmana sistem tatabahasa ini menjadi amalan kepada murid-murid tahun 3
tersebut.
Kajian ini juga dibatas dengan meninjau aspek tatabahasa dalam penulisan
pelajar. Penulisan ayat binaan pelajar memberikan gambaran umum tentang kesalahan
yang dilakukan pelajar. Jenis-jenis kesalahan bahasa yang dikaji dalam penulisan yang
dihasilkan oleh pelajar dibataskan kepada aspek kesalahan kata kerja.
3
1.5 DEFINISI KONSEP
Kata kerja dalam bahasa Melayu ialah perkataan yang menunjukkan
perbuatan,seperti menulis,berlari,berfikir dan tidur. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis
yang besar,iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif ( Abdullah Hasan dan Ainon
Mohd ,1994:238 ).
Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2008:88 ) golongan kata kerja
merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja.
Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan,iaitu kata kerja tak transitif
dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada kata kerja tak transitif tak
berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Kata kerja transitif dapat pula
dibahagikan kepada kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif dan kata kerja transitif
yang wujud dalam ayat pasif.
Manakala terdapat empat bentuk pembentukan kata kerja dalam morfologi bahasa
Melayu. Ahmad Khair Mohd Nor ( 2007:78 ) menjelaskan bahawa terdapat terdapat
empat bentuk kata kerja, iaitu kata kerja tunggal,kata kerja terbitan,kata kerja majmuk dan
kata kerja ganda. Ini adalah sama sebagaimana dalam Kamus Tatabahasa Dewan
( 2008: 150 ).
Kata kerja tunggal ialah kata yang terbentuk tanpa imbuhan yang mana boleh hadir
sebagai predikat tanpa imbuhan ( Safiah Karim et al. 2008:150 ) manakala Ahmad Khair
Mohd Nor mendefinisikan kata kerja tunggal sebagai kata kerja yang tidak terikat pada
sebarang imbuhan dan dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya untuk bertugas
sebagai predikat dalam ayat. ( Ahmad Khair 2007:78 ) . Kata kerja terbitan pula ialah kata
kerja yang menerima imbuhan. Mengikut Ahmad Khair Mahd Nor ( 2007:105 )
menyatakan bahawa kata kerja ganda boleh menghasilkan bentuk kata ganda penuh,kata
ganda berentak,kata ganda separa. Ini sama juga dengan Kamus Tatabahasa Dewan
( 2008:222 ).
Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ( 1994:252 ) pula menyatakan bahawa kata kerja
transitif dan kata kerja tak transitif boleh digandakan dan ia berlaku pada bentuk akarnya
4
sahaja. Kata kerja majmuk pula terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas atau lebih
( Safiah Karim et al. 2008:218 ).
1.1 Penggolongan Kata Kerja
Secara umumnya kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan
untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja
terbahagi kepada dua:
Kata kerja transitif
Kata kerja tak transitif
5
KATA KERJA TRANSITIF (KKT)
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut yang
terdiri daripada kata nama untuk melengkapkan maksud ayat.
Kata kerja transitif boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:
(minum, makan) – tiada imbuhan
meN-... - (mencangkul, menebang, memukul)
meN-...-i - (menjalani, menghadiahi, menghadapi)
meN-...-kan - (melarikan, memasukkan, menjalankan)
memper-... - (memperbesar, mempercantik, mempersuami, memperisteri)
memper-...-kan- (mempertingkatkan, mempertunjukkan)
memper-...-i - (memperdengari, memperingati)
Kata kerja transitif juga boleh dipasifkan. Contohnya:
Ayat Aktif Ayat Pasif
Ah Moi sedang membasuh kain di
dalam bilik air.
Kain sedang dibasuh oleh Ah Moi di
dalam bilik air.
Pekerja-pekerja sedang memperlebar
jalan raya.
Jalan raya sedang diperlebar oleh
pekerja-pekerja.
Ibu menidurkan adik di dalam kamar. Adik ditidurkan oleh ibu di dalam kamar.
Kami makan kentang goreng itu. Kentang goreng itu kami makan.
Tuan Hakim menjatuhi pengedar dadah
itu hukuman mati mandatori.
Pengedar dadah itu dijatuhi hukuman
mati mandatori oleh Tuan Hakim.
6
KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)
Manakala kata kerja tak transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna
maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Oleh itu, kata kerja tak transitif tidak
memerlukan objek atau penyambut untuk menyempurnakan maksudnya.
Walaubagaimanapun Kata kerja tak transitif tidak boleh dipasifkan.
Kata kerja tak transitif boleh dikenal pasti melalui imbuhannya, contohnya adalah
seperti yang di bawah ini.
Tanpa imbuhan (pulang, pergi, duduk, mati, tidur, balik)
men-... (mengalir, meletup, menangis, membisu)
ber-... (berbicara, bercadang, berbincang, berkereta)
ter-... (terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik)
ber-...-an (berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan)
ber-...-kan (berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan)
Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu;
i. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
ii. Kata kerja tak transitif berpelengkap
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri
tanpa pelengkap.
Contoh:
1. Gadis itu asyik termenung.
2. Ayah dan ibu sedang berbicara.
3. Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban.
7
Kata kerja tak transitif di atas juga boleh diikuti oleh unsur keterangan yang
berfungsi memberikan keterangan lanjut tentang ayat tersebut.
Contoh:
1. Gadis itu asyik termenung di dalam kamar.
2. Hanif dan Nazimah sedang berbicara tentang pilihan raya.
3. Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang dalam.
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh
pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata sendi nama) untuk
menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap tidak sama dengan objek atau
penyambut kerana objek atau penyambut hadir selepas Kata Kerja Transitif yang boleh
mengalami proses pasif. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.
Contoh:
1. Keadaan banjir sudah beransur surut.
2. Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik.
3. Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.
4. Ying Ying bercita-cita untuk menjadi arkitek.
5. Cikgu Zakiah tinggal di Kepala Batas.
6. Hampir lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini.
8
Daripada perbincangan di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa Kata Kerja Tak
Transitif dan Kata Kerja Transitif mempunyai fungsi yang berbeza.Perbezaan ini dapat
dilihat dengan jelas melalui frasa kerja tak transitif dan frasa kerja transitif.
Struktur Frasa Kerja Tak Transitif
Kata bantu KKTT Kata Sendi /adjektif Kata Nama
sedang bekerja di pejabat
ingin berbincang tentang perkara
telah terlupa akan nama rakannya
sudah bertambah kukuh -
sudah beransur sembuh -
telah bersuamikan - orang kaya
telah berpayungkan - daun pisang
Struktur Frasa Kerja Transitif
Kata Bantu KKT Objek atau Penyambut
telah membincangkan perkara
akan memperbesar rumah
sedang menggilap kasut
hendak menunggang motosikal
9
1.6 TEORI ASAS PEMEROLEHAN BAHASA
Terdapat dua aliran utama yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa kanak-
kanak, iaitu behavioris dan mentalis. Kedua-dua aliran ini saling bertentangan dan
mempunyai pegangan tersendiri dalam menghuraikan fenomena yang berhubung dengan
pemerolehan bahasa kanak-kanak, terutama yang berkaitan dengan proses mental.
Teori Behavioris
Ahli psikolinguistik yang berpegang pada aliran teori behaviorisme melihat aspek
tingkah laku sebagai asas pemerolehan bahasa kanak-kanak. J.B. Watson (1913) dalam
mengukuhkan kenyataan mengenai konsep tingkah laku, berpendapat bahawa pemikiran
itu adalah tabiat motor dalam larins (Slobin terj. Ton, 1992). Golongan ini menekankan
bahawa pemerolehan bahasa itu merupakan hasil daripada pengulangan yang berterusan
sehingga kanak-kanak memperoleh sesuatu kata. Sepanjang proses ini kanak-kanak
akan diberikan pelbagai bentuk ganjaran, seperti pujian, ciuman, tepukan atau hadiah.
Proses ini melibatkan proses mekanis semata-mata tanpa mengambil kira proses mental.
Menurut Zulkifley (1994), golongan ini menganggap perkembangan penggunaan fonologi
ialah hasil perkembangan kognitif dan interaksi psikososio antara kanak-kanak dengan
persekitaran tempat mereka wujud dan begitu juga dengan pemerolehan sintaksis yang
ditafsirkan sebagai hasil interaksi antara kanak-kanak dengan penjaga mereka.
Kajian daripada golongan ini cuba membuktikan bahawa penguasaan bahasa
kanak-kanak hasil peniruan dan menolak kepentingan Alat Pemeroleh Bahasa
atau Language Acquiring Device(LAD). Rangsangan adalah penting dan menghasilkan
tindak balas daripada kanak-kanak tersebut. Menerusi hubungan ini, orang dewasa
dikatakan memberi rangsangan untuk peniruan dan akan menghasilkan hubungan
rangsangan – gerak balas (S-R). Teori ini dikaitkan apabila membincangkan teori
pemerolehan dan dipegang oleh ahli psikologi seperti Pavlov, Thorndike, Watson dan
Skinner.
Teori behavioris menganggap perkembangan penguasaan sistem fonologi ialah
hasil langsung daripada system kognitif dan perkembangan sistem kognitif dan kemajuan
interaksi piko-sosio antara kanak-kanak dengan persekitaran di mana mereka wujud. Ahli-
10
ahli behavioris seperti Bruner (1975) dan Bates (1976) telah menjalankan kajian untuk
memperlihatkan kepentingan interaksi-interaksi sosial yang awal antara kanak-kanak dan
ibu bapa serta orang-orang dewasa yang lain. Kanak-kanak menguasai konsonan-
konsonan yang mudah ditiru terlebih dahulu daripada bunyi-bunyi konsonan yang lebih
sukar ditiru. Ahli-ahli behavioris menyimpulkan bahawa penguasaan bunyi-bunyi bahasa
dan sistem fonologi yang berkaitan dengannya ialah hasil daripada proses rangsangan
dan gerak balas.
Teori Mentalis
Bagi golongan mentalis pula, penguasaan bunyi-bunyi bahasa tidak dianggap berlaku
menerusi proses peniruan semata-mata, tetapi ia dianggap melibatkan organisasi-
organisasi minda. Teori ini melihat bahasa mempunyai hubungan yang rapat dengan
minda. Seseorang kanak-kanak dikatakan telah dibekalkan dengan alat yang dinamakan
Alat Pemeroleh Bahasa atau Language Acquiring Device (LAD) sejak lahir seperti yang
disarankan oleh Chomsky (1957, 1968). Menurutnya lagi, “data linguistik utama” iaitu
pertuturan tidak boleh menjadi punca kebolehan berbahasa. Pemerolehan bahasa hanya
mungkin jika kanak-kanak menerima tugas itu sebagai persediaan kaedah tertentu untuk
memproses data jenis itu dan membentuk jenis struktur bahasanya (Slobin, terj. Ton,
1992)
Menurut Zulkifley (1994), semenjak lahir kanak-kanak dikatakan sudah mampu
menganalisis , membuat dan merumus sesuatu peraturan bahasa. Tugas kanak-kanak
bukanlah mendapatkan rumus bahasa ibundanya namun sekadar menyesuaikan rumus
yang terkandung dalam nahu universal dan nahu pertamanya.
Secara perbandingannya, paradigma atau kerangka ilmu yang dipegang oleh ahli-ahli
behavioris dan mentalis adalah berbeza kerana tanggapan mereka yang berlainan
terhadap minda dan persoalan tentang apakah bahan yang sepatutnya menjadi tumpuan
semasa menjalankan penyelidikan linguistik, khususnya psikolinguistik.
11
Teori Interaksionalis
Teori Interaksionalis telah dipelopori oleh Halliday. Perkembangan teori ini telah
berlaku sekitar tahun enam puluhan dan tujuh puluhan. Antara ahli-ahli bahasa yang turut
menunjangi teori ini adalah seperti Bloom (1979), Bowennan (1973-1976) dan juga
Grommer (1976). Mereka bersependapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak boleh
menjelaskan penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak itu. Ini berikutan dengan
kemahiran kognitif kanak-kanak yang hanya membolehkan mereka mentafsir makna
tetapi tidak menjamin tafsiran tersebut boleh dinyatakan atau dilahirkan dalam bentuk
bahasa.
Menurut pandangan ahli-ahli interaksionalis, kanak-kanak perlu didedahkan
kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat.
Mereka juga menganggap bahawa penyampaian semantik (makna) adalah penting, dan
harus berjalan seiringan dengan struktur bahasa agar para pelajar dapat menggunakan
sistem bahasa dengan betul.
Teori Interaksionalis memandang pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan
proses ini melibatkan mental dan liguistik. Teori ini turut menekankan pentingnya proses
pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran
itu. Seseorang pelajar harus boleh menggunakan struktur-struktur bahasa dengan betul
terutamanya dari segi tatabahasa dan makna. Ini adalah penting bagi membolehkan
mereka berkomunikasi dalam masyarakat dengan baik dan berkesan. Guru-guru
disarankan supaya memberi banyak latihan kepada murid-murid.
Teori Kognitif
Teori Kognitif telah dikembangkan oleh seorang psikologis Swiss pada sekitar
tahun 1896-1980, iaitu Jean Piaget. Menurut Abd Aziz Talib (2000), teori kognitif ini
berkait rapat dengan perkembangan mental. Teori ini memandang pembelajaran bahasa
sebagai satu kebolehan khas manusia secara semulajadi. Teori ini menekankan
kefahaman struktur bahasa yang dipelajari kerana dipercayai bahawa pengetahuan
tentang pemahaman struktur bahasa itu yang memudahkan pembelajaran dan
penguasaan bahasa tersebut. Teori ini turut menekankan pentingnya proses pemikiran
12
dalam pembelajaran dan memberi perhatian kepada pengaruh faktor dalaman dalam
pembelajaran.
Antara ahli psikologi kognitif yang terkenal termasuklah Jerome Brunner, David
Ausubel dan Jean Piaget. Kerja mereka mempunyai hubungan langsung dengan
pembelajaran di bilik darjah. Teori dan penyelidikan mereka bertumpu kepada kajian
terhadap bagaimana maklumat di proses dalam otak semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Jean Piaget : Perkembangan Kognitif
Teori Piaget telah mengemukakan bahawa terdapat empat peringkat
perkembangan pemikiran;
Kesedaran deria motor
Tahap kesedaran deria motor ini melibatkan kanak-kanak yang berusia satu hari
sehinggalah umurnya mencecah dua tahun. Dalam tahap ini, kanak-kanak mampu untuk
membentuk skema bahasa dan struktur kognitif mereka sendiri. Mereka turut membentuk
simbolik bahasa mereka yang tersendiri.
Pemikiran praoperasional
Pemikiran praoperasional ini pula berlaku pada tahap umur mereka dua tahun
sehinggalah menceceah tujuh tahun. Pada tahap ini, penguasaan bahasa mereka
semakin berkembang dan berlakunya pertambahan kosa kata dalam pembelajaran
bahasa seiring dengan perkembangan bahasa mereka.
Pemikiran konkrit
Pada usia mereka mencecah tujuh tahun sehinggalah dua belas tahun, kanak-
kanak ini sudah mampu untuk menguasai kemahiran hukum pengekalan, konsep
perhubungan, pengkategorian dan juga persirian dalam pembelajaran mereka. Pada usia
ini, pembelajaran mereka menjadi semakin berkembang.
13
Pemikiran formal
Pemikiran formal ini terjadi pada usia dua belas tahun keatas. Mereka menjadi
lebih matang dan mampu berfikir dengan lebih rasional. Ini seiring dengan kebolehan
mereka untuk menyelesaikan masalah yang lebih abstrak berikutan dengan
perkembangan mental dan kematangan akal fikiran.
14
2.0 SOROTAN KAJIAN
2.1 Sorotan Kajian Analisis Kesalahan Tabahasa
Di Malaysia ,kajian tentang tatabahasa bahasa Melayu masih lagi berterusan hingga
hari ini. Berdasarkan kajian yang lepas, Supian Mohd Noor (1994) telah membuat
tinjauan tentang kesalahan frasa kerja bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Sekolah
Menengah Yu Hua,Kajang. Subjek kajian ialah 249 orang pelajar tingkatan empat.
Dapatan kajian Supian mendapati bahawa pelajar melakukan 617 kesalahan frasa kerja.
Pelajar didapati paling kerap membuat kesalahan frasa kerja transitif (173 orang),frasa
kerja pasif pelaku diri ke-3 (167 orang),frasa kerja pasif pelaku diri 1 dan 2 (148 orang)
dan frasa kerja tak transitif ( 129 orang)
Supian (1994) juga mendapati bahawa kebanyakan pelajar Cina yang mempelajari
bahasa Melayu melakukan kesalahan frasa kerja transitif, frasa kerja tak transitif,
frasa kerja pasif pelaku diri pertama, kedua dan ketiga. Kajian beliau membuktikan
kesalahan frasa kerja transitif merupakan kesalahan yang paling banyak dilakukan
oleh pelajar berbanding kesalahan frasa kerja yang lain
Noor Fadilah Dawi (2010) yang mengkaji penguasaan kata kerja dalam kalangan
pelajar Bacelor Sastera ,Universiti Putra Malaysia,mendapati dalam 100 sampel yang
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka bahawa jenis kekerapan
kesilapan yang selalu dilakukan pelajar ialah ,pelajar tidak dapat membezakan kata kerja
transitif iaitu sebanyak 57%. 55% pelajar tidak dapat mengenal pasti unsur
keterangan ,pelengkap dan objek dalam sesuatu ayat. 50% pelajar tidak dapat
menukarkan kata kerja transitif aktif kepada kata kerja transitif pasif iaitu jenis kekerapan
yang ketiga tertinggi yang dicatatkan.
Kajian-kajian lain dalam pembelajaran bahasa kedua menunjukkan bahawa
pelajar bahasa kedua melakukan kesalahan morfologi (Ellis, 1997), kesalahan kata
kerja (Hashim,2009), kesalahan kata sendi nama (Habash, 1982), kesalahan frasa (Ab.
Halim, 2002), kesalahan frasa nama (Soh, 1996) dan kesalahan sintaksis (Lee, 2007;
Abisamra, 2003; Saw,1997 & Ellis,1997).
15
Koh Boh Boon (1985) telah membuat satu kajian menganalisis kesalahan ejaan dan
tatabahasa Bahasa Melayu yang dilakukan oleh sekumpulan siswazah. Beliau telah
membuat kesimpulan bahawa kebanyakan siswazah masih belum biasa dengan ‘Sistem
Ejaan Baru Baku’. Kajiannya menunjukkan bahawa lebih daripada 75% pelajar yang tidak
dapat mengenal pasti kata-kata seperti pelancong,pameran,perabot,dan laporan sebagai
kekecualian keselarasan huruf vocal. Selain itu, pelajar juga tidak dapat membezakan
makna dan penggunaan pasangan kata seperti penuntun dengan penonton,secucuk
dengan secocok,resmi dengan rasmi,tempoh dengan tempuh.
Awang Sariyan (1980) telah menjalankan tinjauan secara umum tentang kesalahan
tatabahasa dalam kalangan masyarakat. Berdasarkan kajian,beliau mendapati bahawa
aspek kesalahan umum penggunaan bahasa Melayu yang diperoleh meliputi aspek
ejaan,kata dan frasa,imbuhan ,ayat,makna,dan terjemahan.
Kadir Amin (1981) telah membuat kajian tentang kesalahan penggunaan bahasa
Melayu pelajar-pelajar Melayu darjah 6. Sampel kajiannya terdiri daripada 75 orang
pelajar lelaki dan perempuan yang berada di darjah 6,Sekolah kebangsaan Melekek,Alor
Gajah dan Sekolah Paya Dalam,Melaka. Beliau telah memberikan dua ujian kepada
setiap sampelnya,iaitu ujian karangan dan ujian tatabahasa. Hasil daripada kajian
menunjukkan bahawa daripada beberapa kesalahan seperti kesalahan ejaan,tanda
baca,dan penggunaan huruf besar,kesalahan penggunaan ejaan sebanyak 29.8%.
Pelajar lemah dalam aspek imbuhan meN-,teR-,MeN…kan,dan beR-.
Mohd Daud Yusof (1990) telah membuat kajian tentang penguasaan bahasa Melayu
baku dalam kalangan pelajar Tingkatan 2 di Maktab Sultan Ismail,Kota Baru,Kelantan.
Sampel yang digunakan 78 orang. Kumpulan sample telah menulis dua karangan. Hasil
kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar lemah dalam aspek morfologi. Daerah
kelemahan para pelajar termasuklah penggunaan ejaan,terutama pengejaan perkataan
yang menggunakan keselarasan vokal.
16
Kajian yang dibuat oleh Kamarudin Husin (dlm Arpan 1998: 33) mendapati bahawa
daripada 250 patahperkataan dalam penulisan karangan, 70% didapati adalah kesalahan
yang tergolongdalam kesalahan ejaan, penggunaan perkataan dan pembentukan frasa.
Dapatan ini jugahampir sama dengan kajian yang dibuat oleh pengkaji barat iaitu Berthua
(1974), Lee (1972) dan Politzer dan Ramirez (1973).
Dalam kajian yang dibuat oleh Md. Daud Taha (dlm Arpan 1998: 34) pula mendapati
bahawa kesalahan ayat yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisan karangan
adalah jenis ayat-ayat tidak betul susunannya (33.1%), ayat tidak lengkap atau
tergantung(35.8%) dan ayat-ayat yang berbelit-belit (17.3%). Selain itu, ayat yang
terpengaruh olehstruktur ayat bahasa Inggeris (10.8%) dan ayat yang mirip bahasa lisan
(3%). Manakala, dalam kajian yang dibuat oleh Mohd. Daud Yusof (dlm Arpan 1998:34)
mendapati bahawa 78orang pelajar membina ayat yang tidak lengkap, iaitu ayat yang
tidak ada subjek ataupredikat. Di samping itu beliau juga mendapati kesilapan pelajar
kerana menggunakanbahasa dialek dalam menerbitkan atau membina sesuatu ayat.
Berdasarkan dapatan kajian daripada beberapa orang pengkaji di atas tidak dapat
disangkal lagi bahawa kesalahan bahasa di kalangan pelajar-pelajar amat
ketara.Kesalahan bahasa yang terdapat dalam penulisan karangan pelajar-pelajar
sekolah pada masa ini menunjukkan bahawa mereka masih belum dapat menguasai bahasa
Melayu dengan sepenuhnya semasa belajar di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian,
pelajar-pelajar perlu didedahkan lagi dengan pelbagai bahan pengajaran dalam aspek
penulisan terutamanya yang berkaitan dengan komponen-komponen penguasaan
bahasa.Berdasarkan sorotan kajian di atas juga,kajian kesalahan dan kesilapan bahasa
yang dijalankan kebanyakannya berminat kepada aspek tatabahasa secara keseluruhan
dan banyak tumpuan kepada pelajar universiti ataupun pelajar menengah rendah. Tidak
banyak ,malah tidak ada tumpuan kajian kepada pelajar sekolah rendah .Oleh itu,dalam
kajian ini,pengkaji akan mengkaji aspek tatabahasa kata kerja dalam kalangan pelajar
sekolah rendah.
17
Kaedah PemerhatianKaedah UjianKaedah Temu bual
Alat Kajian :Soalan UjianSoalan Latihan
Tempat Kajian :Sekolah Kebangsaan Padang Jawa
Analisis Data Dapatan Kajian: Huraian kesilapan Kata Kerja
3.0 METODOLOGI KAJIAN
3.1Reka Bentuk Kajian
Dalam kajian ini, reka bentuk kajian berdasarkan pendekatan secara kuantitatif dan
deskriptif . Reka bentuk kajian dijadikan sebagai rangka projek penyelidikan yang
menyatakan corak jenis kajian yang hendak dilaksanakan secara keseluruhannya.
Rajah 1 : Model Kerangka Konseptual
18
Penguasaan Kata/Frasa Kerja
Dalam kalangan
Pelajar
Teori :
Analisis
Kesilapan
Objektif :
i. Untuk membandingkan tahap penguasaan
penggunaan kata/frasa kerja pelajar
ii. Untuk mengenal pasti jenis kesilapan
penggunaan kata/frasa kerja yang kerap
dilakukan oleh pelajar
Sampel :
33 orang pelajar
Tahun 3
Kesimpulan:
Rumusan
Cadangan
3.2 Kaedah Kajian
Analisis kesilapan merupakan satu proses. Sebagai satu proses,korpus yang akan
dianalisis kesilapannya memerlukan beberapa kaedah atau metadologi yang khusus.
Dalam kajian ini ,terdapat beberapa kaedah yang digunakan iaitu merangkumi kaedah
pemerhatian ,kaedah ujian dan kaedah temubual untuk mengutip data.
Kaedah yang dijalankan bertujuan untuk mengumpul data dan maklumat dan
kemudiannya akan dianalisis untuk menghuraikan permasalahan kajian. Kaedah yang
digunakan juga merujuk kepada kaedah kualitatif untuk mengumpul data yang tertumpu
kepada penghuraian tajuk yang dikaji
Kaedah Pemerhatian
Pemerhatian yang saya lakukan adalah semasa saya melakukan pengajaran di dalam
bilik darjah. Saya telah memberi beberapa latihan namun hasil yang saya perolehi agak
mengecewakan. Maka saya telah mejalankan kaedah pemerhatian terhadap pembinaan
ayat dan penulisan ayat murid secara tidak formal. Saya telah mengarahkan murid
membina ayat secara lisan. Daripada pemerhatian yang dijalankan ternyata terdapat
kelemahan dan kesalahan dalam penggunaan kata kerja dalam ayat yang dibina oleh
beberapa orang pelajar.
Kaedah Ujian
Setelah didapati terdapat beberapa kecelaruan dalam membina ayat yang telah
dilakukan oleh murid, seterusnya saya telah menggunakan pula kaedah ujian untuk
mengesan kelemahan yang dilakukan oleh murid-murid dalam membina ayat secara
terperinci. Saya telah menyediakan sebuah ujian menulis ayat berdasarkan perkataan
yang telah diberikan. Walaubagaimanapun ujian ini dijalankan oleh seluruh ahli kelas
tersebut. Melalui kaedah ujian ini maklumat-maklumat mula dikumpulkan secara
terperinci.
Kaedah temu bual.
Setelah selesai kaedah ujian dijalankan, saya telah menggunakan kaedah temu
bual dengan menemu bual beberapa orang pelajar yang didapati melakukan kesalahan
dalam pembinaan ayat. Setelah temu bual dijalankan ternyata pelajar masih lemah dan
tidak menguasai kemahiran tatabahasa kata kerja bagi membentuk ayat yang betul.
19
Terdapat pelajar yang tidak mengetahui cara menggunakan tatabahasa kata kerja
dengan betul
3.3 Tempat Kajian
Kajian telah dijalankan di sebuah sekolah bertempat di Negeri Selangor. Sekolah
yang menjadi tempat kajian ialah Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Shah Alam
Selangor.
3.4 Populasi dan persampelan
Sampel kajian terdiri daripada pelajar tahun 3 yang mengambil subjek bahasa
Melayu. Daripada jumlah keseluruhan populasi iaitu 240 orang pelajar ,sebanyak 33
orang pelajar Melayu telah dipilih secara kumpulan untuk dijadikan sampel kajian. 33
orang pelajar ini merupakan pelajar daripada kelas yang sama iaitu kelas yang ke tiga
dalam darjah 3.
3.5 Pemboleh ubah Kajian
Pemboleh ubah bersandar ialah penguasaan kata.frasa kerja. Pemboleh ubah
bebas ialah pelajar tahun 3 seramai 33 orang.
3.6 Alat Kajian
Untuk menjelaskan konsep analisis kesilapan ini, alat kajian yang digunakan dalam
mengumpul maklumat bagi penganalisan kesalahan tatabahasa kata kerja dalam
penulisan pelajar adalah dengan menggunakan soalan ujian. Saya memberikan soalan
ujian membina ayat berdasarkan perkataan yang telah disediakan. Pelajar akan membina
ayat berkaitan dengan penggunaan kata kerja. Data ini dikumpul untuk mengenal pasti
kesilapan penggunaan kata kerja yang kerap dilakukan oleh pelajar dan mengukur sejauh
mana tahap penguasaan penggunaan kata kerja mereka.
20
Selain soalan berkaitan dengan penggunaan kata kerja juga diedarkan kepada pelajar
untuk dijawab.Responden tertentu secara tidak formal juga diminta untuk mengenal pasti
kesalahan kata kerja dan membetulkan kesalahan berkenaan.Item ini kemudiannya
dicatat bagi mengenal pasti tahap penguasaan pelajar tersebut.
Saya juga menentukan masa yang sesuai untuk membuat ujian supaya kajian ini
tidak menganggu kelicinan pengajaran dan pembelajaran. Soalan berbentuk kertas
edaran diberikan dan pelajar dikehendaki menjawab soalan yang diberikan.Seterusnya
jawapan diperiksa dan dibuat satu analisis kesilapan berdasarkan ciri kesilapan yang
dilakukan oleh pelajar tersebut.
3.7 Tatacara Kajian
Dalam kajian ini,pengkaji akan melakukan langkah-langkah seperti berikut:
i. Memilih sampel kajian
ii. Membuat ujian untuk mendapat kesilapan bahasa
iii. Menilai jenis-jenis kesilapan
iv. Membuat rumusan dan cadangan
.
3.8 Penganalisisan Data
Data yang diperoleh dianalisis secara manual dengan dengan
mengintepristasikannya dalam bentuk jadual dan huraian.
21
4.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN
4.1 Analisis Kajian Kaedah Pemerhatian
Langkah pertama yang saya lakukan dalam kaedah ini ialah meminta murid
membina ayat melalui buku latihan yang mereka ada.Pengetahuan sedia ada mereka
menjadi sandaran dalam membina ayat atau memindahkan maklumat berdasarkan
gambar. Pengetahuan sedia ada mereka berdasarkan kemahiran yang di ajar pada tahun
2 pada tahun 2010. Saya dapati banyak kesalahan yang dilakukan.Hanya terdapat 13
orang daripada 33 orang di kelas tahun 3 itu dapat menulis dengan baik selain itu saya
membuat kesimpulan mereka harus diberikan penekanan yang lebih untuk mereka lebih
mahir menggunakan sistem tatabahasa dalam penulisan mereka.
4.2 Analisis Kajian Kaedah Ujian
Setelah keseluruhan prosedur dan langkah pemerhatian dan pengujian dijalankan,
maklumat-maklumat yang diperolehi dikumpulkan dan penganalisisan kesilapan mula
dijalankan. Dalam ujian yang dijalankan pelajar akan membina ayat mudah berdasarkan
perkataan yang diberikan. Setiap ayat yang dibina akan dianalisis bagi mengenalpasti
kesalahan bagi tatabahasa kata kerja yang digunakan responden. Kesalahan tatabahasa
kata kerja tersebut dihuraikan di bawah.
Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan
kata intinya ialah kata kerja. Kata kerja terdiri daripada kata kerja transitif dan tak
transitif. Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain manakala
kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan
perkataan.
22
Kesalahan penggunaan frasa kerja adalah seperti yang dinyatakan di dalam
Jadual 1.
Jadual 1: Kesalahan penggunaan frasa kerja
Sampel 1 Kesalahan tatabahasa Abang memiliki sangat cantik basikal.
Ayat yang betul Abang memiliki basikal yang
sangat cantik.
Analisis:
Penggunaan frasa kerja dalam ayat di atas tidak tepat kerana kata kerja
transitif ‘memiliki’ perlu diikuti oleh objek yang terdiri daripada kata nama iaitu ‘kereta’.
Oleh itu, frasa kerja yang tepat bagi ayat di atas ialah ‘memiliki kereta’. Selain itu,
penggunaan kata hubung ‘yang’ perlu untuk memancangkan dua ayat. Ayat yang
pertama ialah ‘Kakak memiliki kereta’ dan yang kedua ialah ‘Kereta sangat cantik’.
Dalam ayat pancangan, pengulangan kata ‘Kereta’ hendaklah digugurkan.
Berdasarkan Jadual 2, pelajar didapati melakukan kesalahan penggunaan frasa
kerja.
Jadual 2: Kesalahan penggunaan frasa kerja
Sampel 2 Kesalahan
tatabahasa
sayur banyak vitamin
Ayat yang betul sayur mengandungi banyak
vitamin.
23
Analisis:
Menurut tatabahasa bahasa Melayu, kata kerja (transitif atau tak transitif)
mesti hadir sebelum objek/pelengkap ayat. Jadual di atas menunjukkan pelajar tidak
menggunakan kata kerja sebelum objek/pelengkap ayat. Oleh itu, kata kerja
‘mengandungi’ perlu hadir untuk berfungsi sebagai binaan frasa kerja yang tepat.
Berdasarkan Jadual 3, pelajar didapati melakukan kesalahan penggunaan frasa
kerja.
Jadual 3: Kesalahan penggunaan frasa kerja
Sampel 3 Kesalahan
tatabahasa
Dia kata kepada saya tentang basikal
barunya
Ayat yang betul Dia berkata kepada saya tentang
basikal barunya
Sampel 4 Kesalahan
tatabahasa
Jangan lompat di atas lori
Ayat yang betul Jangan melompat di atas lori.
Analisis :
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan makna
yang penuh. Kata kerja tak transitif yang berawalan ber, atau men, atau ter, misalnya:
berbincang, berkata, bertanya, melompat, tersenyum, dan sebagainya tidak boleh
ditiadakan awalannya. Semua kata kerja transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak
berawalan.
24
Berdasarkan Jadual 4, pelajar didapati melakukan kesalahan penggunaan frasa
kerja.
Jadual 4: Kesalahan penggunaan frasa kerja
Sampel 5 Kesalahan
tatabahasa
Dia menghadiahkan saya sebuah
beg.
Ayat yang betul Dia menghadiahi saya sebuah beg.
Sampel 6 Kesalahan
tatabahasa
Hakim menjatuhi hukuman mati
kepada penjahat yang mencuri kunci
itu
Ayat yang betul Hakim menjatuhkan hukuman mati
kepada penjahat yang mencuri kunci
itu
Hakim menjatuhi penjahat yang
mencuri kunci itu
Analisis :
Akhiran -kan dan -i masing-masing digunakan untuk membentuk kata kerja
transitif tetapi fungsi kedua-duanya berbeza sama sekali. Akhiran -i menyatakan makna
bahawa objek yang dikenai perbuatan dengan kata kerja yang berakhiran -i itu tidak
bergerak. Akhiran -kan pula menyatakan bahawa objek yang dikenai perbuatan dengan
kata kerja yang berakhiran -kan itu bergerak dari tempatnya ke arah lain.
25
Berdasarkan Jadual 5, pelajar didapati melakukan kesalahan penggunaan frasa
kerja.
Jadual 5: Kesalahan penggunaan frasa kerja
Sampel 7 Kesalahan
tatabahasa
Dia suka baca buku
Ayat yang betul Dia suka membaca buku
Sampel 8 Kesalahan
tatabahasa
Ahmad tendang bola itu.
Ayat yang betul Ahmad menendang bola itu.
Analisis:
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi
frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat. Objeknya mestilah frasa
nama. Kecuali kata makan dan minum serta kata-kata yang berapitan ber...kan, semua
kata kerja transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak berawalan men.
4.3 Analisis Kajian Kaedah Pemerhatian
Setelah soalan ujian selesai dianalisis, kaedah temu bual telah dijalankan ke atas
beberapa pelajar yang melakukan kesilapan dalam tatabahasa kata kerja. Kaedah ini
dijalankan bagi mengenal pasti sama ada faktor extralinguistics seperti masalah
lupa,gangguan emosi, lalai, kurang latihan dan sebagainya serta faktor kekacauan dan
kekeliruan dalam bahasa formal dan tidak formal berlaku semasa pelajar mepelajari
Bahasa Melayu. Melalui temu bual yang dijalankan, ternyata terdapat beberapa orang
pelajar yang sememangnya kurang mahir dan tidak menguasai kemahiran tatabahasa
26
dengan baik. Walaubagaimanapun terdapat juga pelajar yang lupa, dan lalai atau tersilap
semasa mereka melakukan penulisan. Apabila diarah untuk memerhatikan kesilapan
terhadap kesalahan yang ditulis terdapat pelajar yang dapat mengenal pasti kesalahan
yang dibuat serta membetulkannya.
27
5.0 PENUTUP
5.1Kesimpulan
Berdasarkan analisis yang telah kesalahan tatabahasa kata kerja yang telah
dijalankan, ternyata pelajar masih lemah dalam menguasai tatabahasa dengan baik
Tidak dinafikan bahawa gangguan bahasa pasar mendorong pelajar melakukan
kesalahan tatabahasa tetapi faktor ini bukanlah faktor utama kerana penutur jati yang
mempelajari bahasa Melayu turut melakukan kesalahan yang sama.
Melalui analisis yang dijalankan terhadap kesalahan tatabahasa ini juga telah
membuktikan bahawa para pelajar sememangnya mempunyai masalah dalam
menguasai kemahiran tatabahasa kata kerja. Penambahbaikan haruslah guru jalankan
supaya keadaan ini tidak bertambah parah dan mengganggu penguasaan pelajar dalam
subjek Bahasa Melayu
Walaubagaimanpun setelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat perubahan
yang positif dari segi minat murid dalam proses pembelajaran mata pelajaran Bahasa
Malaysia. Mereka diperhatikan berminat untuk mengetahui secara terperinci mengenai
penggunaan tatabahasa kata kerja yang betul. Semoga minat murid ini boleh menjadikan
titik tolak kepada pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia
yang lebih menyeronok dan berkesan, seterusnya menjadikan peningkatan prestasi
akademik yang amat memberangsangkan.
28
5.2 Cadangan
Setelah melihat dan menguji tahap kemahiran murid dalam tatabahasa kata kerja
murid-murid dengan menggunakan soalan ujian saya dapati bahawa murid-murid perlu
diberikan penekanan yang lebih supaya masalah penggunaan sistem tatabahasa yang
betul perlu diketahui oleh mereka secara jitu.
Antara cadangan yang boleh dilakukan ialah mendedahkan rumus-rumus frasa kerja
secara terancang dalam sistem pengajaran pembelajaran. Guru-guru juga mestilah
mempraktikkan hukum tatabahasa yang baku dalam pengajarannya.
Pada pendapat saya faktor-faktor seperti gangguan bahasa, kurang keprihatinan
dan motivasi dalam kalangan pelajar serta keadaan persekitaran di sekolah juga
menjadi kekangan untuk pelajar menguasai Bahasa Melayu. Oleh itu, faktor-faktor ini
juga perlu diberikan perhatian terutamanya oleh guru bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar menjadi lebih
efektif dan dinamik. Sebagai contoh, bimbingan secara berterusan daripada guru,
pembelajaran melalui multimedia serta penganjuran aktiviti-aktiviti bahasa seperti kuiz,
lakonan, pertandingan penulisan karangan, lawatan dan sebagainya. Sokongan
daripada pentadbir seperti memperuntukkan jam kredit bagi subjek Bahasa Melayu dan
menyediakan makmal bahasa yang mencukupi juga penting dalam menggalakkan
proses pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.
Guru-guru Bahasa Melayu juga disarankan supaya mengubahsuai pendekatan
proses P&P di dalam kelas terutama kelas lemah dan sederhana. Antaranya
menggunakan kaedah sumbangsaran dari segi kefahaman dalam aspek sistem
tatabahasa. Guru-guru juga haruslah menggunakan kaedah penyelidikan melalui buku-
buku bahasa bagi memastikan tatabahasa yang diajarkan tepat dan tidak mengelirukan
pelajar. Guru-guru Bahasa Melayu boleh menggunakan kaedah penyelidikan pada
pelbagai peringkat sama ada di peringkat kelas, panitia atau sekolah.
29
BIBLIOGRAFI
Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd. Baharin. Prinsip pengajaran
penulisan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. 2007.
Mohd Daud Yusof. Penguasaan Bahasa Melayu Baku dalam Kalangan Pelajar Tingkatan
2 (KBSM). Satu Kajian Kes di Maktab Sultan Ismail,Kota Bahru ,Kelantan. Tesis
Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.1990.
Nik Safiah Karim.Farid M.Onn.Hashim Hj. Musa.Abdul Hamid Mahmood.Tatabahasa
Dewan.Dewan Bahasa dan Pustaka.2004.
Noor Fadilah Dawi.Penguasaan Kata Kerja dalam Kalangan Pelajar Bacelor Sastera
Universiti Putra Malaysia. Master Sastera. Universiti Putra Malaysia.2010.
Noor Hayati bt Abdul Hamid . Analisis Kesalahan Penggunaan Ayat Pasif di Kalangan
Pelajar Tingkatan 3. Latihan Ilmiah .Universiti Putra Malaysia. 2000.
Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam.(1985).Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
Perguruan.Penerbit fajar Bakti, Petaling Jaya.
Supian Mohammad Noor. Analisis Kesalahan Penggunaan Frasa Kerja Bahasa Melayu
dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 KBSM:Satu Kajian Kes. Tesis Master Sains.
Fakulti Pengajian Pendidikan. Universiti Putra Malaysia
http://sitiirmi.blogspot.com/2012/12/teori-asas-pemerolehan-bahasa.html (22/9/2013)
http://diniahfalahiah.blogspot.com/2011/04/apakah-maksud-kata-kerja.html (22/9/2013)
30