kandungan bil perkara halaman 1 penghargaan …...pentadbir sekolah, para guru, ibu bapa mahupun...
TRANSCRIPT
-
KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1 Penghargaan
PENGURUSAN GRAFIK
PENULISAN AKADEMIK
RUJUKAN
LAMPIRAN
-
PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T…
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua pihak yang telah memberikan tunjuk ajar, sokongan dan kerjasama sama ada
secara langsung atau tidak langsung kepada saya semasa menyiapkan tugasan EDU 3053
iaitu Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Ucapan terima kasih khusus saya
tujukan kepada Puan Hjh Haslina Hassan dan Puan Norijah Binti Mohamed pensyarah kami
bagi subjek ini yang telah banyak membantu saya sepanjang tempoh tugasan ini dijalanka.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya
yang telah memberi sokongan yang kukuh dari segi moral dan dengan memberikan motivasi
dan semangat serta bantuan kewangan kepada saya sehingga saya dapat menyiapkan tugasan
yang agak mencabar ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada warga IPG Kampus
Ilmu Khas khususnya kepada para pensyarah, senior-senior yang telah memberi beberapa
tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan yang diberi serta rakan-rakan seperjuangan PISMP
Semester 2 tahun 2 Pendidikan Muzik yang telah memberikan kerjasama serta memberi
sokongan kepada saya sehingga saya dapat memberikan yang terbaik dalam penghasilan
tugasan ini.
Akhir sekali, saya berharap agar kerja kursus ini dapat memberi impak terhadap diri saya
dan orang lain terutamanya dalam aspek peningkatan ilmu pengetahuan serta membentuk diri
agar menjadi lebih baik. Sekian, terima kasih.
-
PENGURUSAN GRAFIK
-
PENULISAN AKADEMIK
-
PENGENALAN
Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa penganjakan
paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian
kepada masyarakat berinformasi; penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan
teknologi tinggi; pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa; konsep hierarki kepada
konsep jaringan; ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa; dan perancangan
jangka pendek kepada perancangan jangka panjang (Mumtaz Begam dan rakan-rakan,
2002).
Menurut Razali Ismail (2000), mengatakan bahawa abad Ke-21 sering dikaitkan
dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan kepantasan dan
menjumudkan faktor jarak dan masa. Perkembangan terkini dalam ‘open sky
technology’ membawa implikasi kepada kehidupan manusia sejagat. Seperti yang kita
lihat dan rasa, dunia yang luas pada hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi
komunikasi yang canggih dan pantas. Dasar Global langit terbuka di abad ini
menjadikan Malaysia mengalami kemajuan yang dramatik dalam
bidang Teknologi dan Penyebaran Maklumat, Hal ini turut memberikan cabaran yang
besar dalam bidang pendidikan, baik kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia,
pentadbir sekolah, para guru, ibu bapa mahupun pelajar. Hal ini kerana, dalam
mendepani area ini, satu anjakan dalam bidang pendidikan perlu dilakukan agar kita
tidak ketinggalan dalam arus globalisasi kini. Aristotle pernah menyatakan bahawa
nasib sebuah empayar bergantung kepada pendidikan belia. Segala kekuatan atau
-
kelemahan yang diperhatikan dalam masyarakat berkait rapat dengan jenis pendidikan
yang kita beri kepada pemuda-pemudi kita pada hari ini.
Perkembangan teknologi Maklumat dan Komunikasi pada abad ke 21 ini, telah
mengubah sistem pendidikan negara secara kesuluruhannya. Pada masa dahulu,
seseorang guru biasanya menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas dengan hanya menggunakan buku, kapur dan papan tulis. Namun begitu, anjakan
paradigma dan kemodenan dalam sistem pendidikan negara, mutu pendidikan telah
mengalami perubahan melibatkan pelajar dan juga guru. Pelbagai bentuk kaedah dan
teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh diaplikasikan untuk menaiktaraf mutu
pendidikan negara pada masa kini.
Ciri-Ciri Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, lebih berfokus kepada
anjakan paradigma dalam proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran PdP oleh
guru yang mengintegrasikan bahan daripada pelbagai sumber. Sama ada yang
berasaskan teknologi maklumat atau komunikasi (ICT) untuk menghasilkan PdP yang
berkesan dan menarik.
DEFINISI TEKNOLOGI
Teknologi mengikut Finn (1960) Heinich, Molenda dan Russell (1989) dan
Romizowski (1988) membawa dua maksud:
Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang
ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu
proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan
teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.
Teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian
-
hasil dari proses-proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan)
dan film, (perisian) adalah hasil teknologi.
Penjelasan teknologi sebagai proses dan produk ini sama seperti yang dimaksudkan
oleh Saettler (1968, 1990) iaitu teknologi bukan bererti penggunan mesin sahaja,
tetapi meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik. Bagi Saettler (1990),
teknik lebih penting daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu memer-
lukan proses. Proses pula perlu dilihat dalam konteks menggunakan kaedah atau
teknik untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
DEFINISI TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Mengikut Derke Rowntre (1974) dalam buku Teknology Dalam Pengajaran dan
Pebelajaran menyatakan bahawa, teknologi pendidikan merupakan satu pendekatan
sistematik yang amat sesuai dan boleh diterima bagi proses penyelesaian satu-satu
masalah pengajaran dan pembelajaran. Manakala menurut Yusup Hashim(1997),
teknologi pendidikan ialah satu proses merancang, membina, mereka bentuk,
melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti pembelajaran secara sistematik dengan tujuan
meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Tumpuan kepada beberapa definisi teknologi pengajaran dari tahun 1960an
hingga kepada tahun 1994 yang di sarankan oleh Seels dan Richey dan Jawatan
Kuasa Association for Educational Technology (1994) dan Reiser dan Dempsey (2002)
pula menjurs kepada lima penjelasan domaion.
-
‘Instructional technology is the theory and practice of design, development, utilization,
management and evaluation of processes and resources for learning’ (Seels dan
Richey, 1994)
Penjelasan lima domain dalam mendefinisi teknologi pengajaran atau teknologi
instruksional meliputi teori dan amalan reka bentuk, pengembangan, penggunaan,
pengurusan dan penilaian proses dan sumber untuk pembelajaran.
Domain Teknologi
Pendidikan
Domain Reka Bentuk
Domain Pengembangan
Domain Penggunaan
Domain Pengurusan
Domain Penilaian
-
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI TERKINI DAPAT MEMBERI IMPAK UNTUK
MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DALAM SUBJEK MUZIK.
Teknologi Pendidikan merupakan bidang pangajian yang melibatkan
perkembangan, penggunaan peralatan teknologi pendidikan, penilaian sistem, teknik
dan bantuan teknikal dalam proses pembelajaran manusia. Teknologi Pendidikan juga
secara khususnya merupakan aplikasi penggunaan peralatan teknologi pendidikan
untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran.
Untuk mencapai tahap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran lebih-lebih
lagi untuk memenuhi keperluan dalam kaedah pengajaran abad-21 kini. Dengan
mengintegrasikan teknologi pendidikan kedalam proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah, maka proses PnP akan menjadi lebih mudah dan mampu menarik minat
murid. Selain itu, maklumat yang ingin disampaikan oleh guru akan mudah difahami
oleh murid. Tambahan pula, guru akan mudah untuk mendapatkan bahan-bahan
pengajaran dari pelbagai sumber dengan cepat dan mudah.
Antara cara atau teknik pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh guru muzik
dalam mengaplikasikan teknologi pengajaran kedalam pengajaran pendidikan muzik
adalah dengan cara menjadikan teknologi pengajaran sebagai salah satu bahan bantu
mengajar untuk mengajar subjek pendidikan muzik. Hal ini secara langsung dapat
meningkatkan kualiti pengajaran di dalam kelas, serta meningkatkan minat dan motivasi
-
pelajar. Oleh itu, penggunaan teknologi dalam pendidikan boleh membawa kepada
pengajaran yang lebih efektif dan meningkatkan prestasi pelajar (Garofalo et. al., 2000).
Menurut Robert Wardenburg (Teaching Music, 1994) pemimpin pasukan koir
di Parkway High School, Missouri, USA mengatakan bahawa penggunaan komputer di
dalam kelas muzik boleh menaikkan tahap pencapaian seseorang pelajar. Ini adalah
kerana setiap pelajar berpeluang belajar secara kendiri mengikut kebolehan masing-
masing. Penggunaan komputer juga boleh mempercepatkan pembelajaran muzik selain
dari menjadikan proses pembelajaran lebih menarik. Sebagai contoh, dengan memuat
turun perisian Finale ke dalam computer,murid akan mudah untuk membuat sesebuah
gubahan atau menyalin semual skor lagu kedalam computer. Dengan cara ini murid
akan dapat mempertingkatkan kemahiran membaca skor lagu dan berupaya untuk
mencipta atau mengubah sesebuah lagu. Selain itu, murid boleh mempelajari teori
muzik dengan lebih cepat dan mudah faham kerana mereka boleh lihat sendiri dengan
jelas mengenai turutan pembelajaran. Mereka juga boleh mendapatkan maklumbalas
dengan segera mengenai komposisi yang dibuat. Contohnya, perisian notasi
membolehkan kita menulis muzik, merakamkan permainan kibod ke dalam komputer
dan menayangkan not-not muzik ke atas monitor. Muzik yang dituliskan ini boleh
diubahsuai, diubah nada, dimainkan semula dan skor muzik tersebut boleh dicetak .
Untuk menyunting bahan audio, anda boleh menggunakan perisian komersial seperti
Sound Forge, Ulead Media Studio, Sonar 6 dan Neundo. Perisian-perisian ini mampu
mengadun dan menyunting audio dengan lebih canggih melalui bilangan trek audio
yang banyak serta menghasilkan audio dalam pelbagai format fail.
-
Rajah 1 : Rakaman Dan Penyuntingan Audio Boleh Dilakukan Melalui
Perisian Komputer
Selain itu, memanipulasikan media grafik boleh membantu guru untuk mengajar
subjek pendidikan muzik dengan lebih mudah. Grafik boleh dikatakan sebagai sebuah
lukisan, pencetakan, gambar atau huruf dengan menggunakan pelbagai media sama
ada secara manual atau menggunakan teknologi komputer. Seni grafik berkomputer
digunakan secara meluas dalam dunia kejuruteraan, industri berat, animasi dan
perfileman. Teknik ini dapat menampakkan atau mengambarkan sesuatu imaginasi
seseorang pada skrin komputer. Sebagai contoh guru ingin mengajar muridnya tentang
pernafasan dalam nyanyian. Aliran pernafasan tidak dapat ditunjukkan secara langsung
kepada murid. Oleh itu dengan memanipulasi bahan-bahan grafik, ianya dapat
menunjukkan secara jelas aliran udara yang betul semasa hendak menyanyi. Hal ini
memudahkan murid untuk memahami teknik pernafasan dengan lebih efektif
-
Rajah 2: Teknik Pernafasan Yang Betul
Menurut Linstrom (1994) ilustrasi dan gambar berupaya ‘bercerita’, menarik perhatian
dan menggambarkan orang, tempat atau benda. Menurut Linstrom lagi (1994) carta,
graf ataupun rajah menyediakan dimensi maklumat kepelbagaian secara visual. Selain
itu, menurut Rockley (1994) grafik menunjukkan maklumat terperinci bergambar dan
berfungsi sebagai ikon yang mewakili sesuatu. Kesimpulannya, penggunaan media
grafik mampu meningkatkan keberkesanan p&p pendidikan muzik.
Seterusnya, teknik yang boleh iaplikasikan oleh guru ialah, melalui pembelajaran
melodi, guru boleh mengoptimumkan penggunaan teknologi dengan memaparkan
notasi melodi sebuah lagu dengan bantuan LCD (Liquid Crystal Display). Sebagai
contoh, guru ingan mengajar murid berkenaan sebuah melodi lagu. Guru boleh
mempaparkan melodi lagu tersebut dengan menggunakan LCD tanpa perlu menyalin
melodi lagu itu di papan tulis. Tambahan pula, guru boleh mempaparkan pelbagai jenis
melodi untuk dipelajari oleh murid. Salah satu contoh mudah adalah melodi nyanyian
lagu DoReMi :
-
Rajah 3: Melodi lagu DoReMi
Di samping itu, pengaplikasian animasi juga salah satu teknik dalam
menerapkan teknologi kedalam pengajaran pendidikan muzik.ANimasi ialah paparan
pantas imej-imej yang boleh dilihat dengan mata kasar manusia dalam bentuk
pergerakan. Menurut Lindstrom, (1994) ianya membawa pengguna lebih hampir kepada
bahan maklumat. Teknik simulasi sesuatu aktiviti atau ilustrasi sesuatu konsep boleh
digambarkan melalui animasi-animasi. Animasi menawarkan pengguna mengawal
keterperincian, tahap serta bilangan maklumat yang diingini. Unsur-unsur sebenar
seperti dalam alam kehidupan sebenar boleh diperoleh melalui klip-klip video. Sebagai
contohnya, guru menunjukkan permainan rekorder yang salah menggunakan animasi
kartun. Oleh hal yang demikian, murid lebih jelas dengan teknik permainan rekorder
menggunakan teknik simulasi berdasarkan animasi gif. Kesimpulannya, penggunaan
teknologi animasi mampu menambah keberkesanan dalam PnP pendidikan muzik.
Untuk cadangan penambahbaikan ialah guru perlu meningkatkan ilmu dan
kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet. Hasil kajian Md. Musa (2003)
dalam Norazlina (2008) mendapati guru-guru berminat mendekati dunia internet setelah
memiliki pengetahuan asas yang diperoleh daripada usaha mereka dan kursus yang
diikuti sepanjang perkhidmatan. Ini menunjukkan guru-guru subjek Pendidikan muzik
sudah bersedia menggunakan internet di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
-
Justeru, bagi meningkatkan kompetensi guru dalam penggunaan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran muzik adalah guru perlu mengambil inisiatif sendiri atau
mengambil langkah pertama dengan mempelajari perkasa asas dalam teknologi.
Selain itu penghasilan web-portal merupakan satu langkah yang baik dalam
memberi pilihan kepada guru-guru untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran. Ia mampu mengatasi masalah yang timbul akibat corak
pengajaran konvensional malah ia mampu menarik minat murid dan menggalakkan
murid untuk lebih berdaya saing dan berkeyakinan. Reka bentuk dan informasi serta
persembahan yang berbentuk interaktif di halaman web-portal mampu menyuntik
semangat murid untuk meneroka ke alam pembelajaran yang luas dan menyeronokkan
terutama ke alam muzik. Ia mampu membawa pelajar keluar dari kepompong kelas dan
keluar menjelajah ke alam muzik yang realiti. Dengan cara ini, pengetahuan murid akan
lebih berkembang maju dan kemahiran murid akan berkembang.
Seterusnya, Terdapat beberapa strategi pembelajaran yang boleh digunakan
oleh guru untuk mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya menggunakan paparan multimedia, internet dan perisian
interaktif yang kaya dengan teknologi terkini. Untuk memastikan teknologi digunakan di
dalam kelas, maka guru perlu mempunyai persepsi dan kesediaan terhadap teknologi
yang digunakan. Ini kerana persepsi guru terhadap teknologi maklumat memainkan
peranan yang penting sebagai faktor yang menentukan keberkesanan penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran muzik (Mahmudah, 2011) dalam
Norazlina (2008).
Selain itu, penggunaan perisian perlu diperluaskan agar pelajar dapat
memahami konsep dengan lebih jelas. Para guru juga haruslah membuat lebih banyak
-
penyelidikan bagi menyediakan bahan pembelajaran berbantukan multimedia lebih
menarik dan efisien. Guru-guru tidak hanya mengharapkan kepada perisian yang sedia
ada malah mampu membina sendiri perisian multimedia dengan menggunakan perisian
pengarangan multimedia seperti Microsoft Power Point, Microsoft Word dan sebagainya
bagi membantu pelajar memperolehi keputusan yang lebih cemerlang.
Kesimpulannya, Kesimpulannya, dunia pendidikan pada hari ini sedang
mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap
kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Penggunaan komputer
dalam pengajaran berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai
semua subjek dengan lebih baik. Penggunaan teknologi banyak memberi manfaat yang
positif dalam pelbagai bidang. Mengintegrasikan penggunaan teknologi yang
bersesuaian dengan berkesan di dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
memberikan hasil yang mengagumkan kepada pelajar. Ini termasuklah meningkatkan
pencapaian pelajar dalam keputusan ujian, meningkatkan sikap, minat, dan semangat
pelajar di dalam kelas. Sewajarnya, teknologi pendidikan perlu diaplikasikan kedalam
proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Hal ini sejajar dengan
matlamat kerajaan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan aspirasi kerjaan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025
-
RUJUKAN
Abdullah, N. B. (2012). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur:
Penerbitan Multimedia SDN. BHD.
al, N. A. (2012). Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Garofalo, J., Drier, H., Harper, S., Timmerman, M.A., & Shockey, T. (2000). Promoting
appropriate uses of technology in mathematics teacher preparation.
Contemporary Issues in Technology and Teacher Education.University of
Virginia. Retrieved from http://www.citejournal
.org/vol1/iss1/currentissues/mathematics/article1.htm
Hackbarth, S. (1996). The Educational Technology Handbook. New Jersey,
Englewood Cliffs.
Heinich R., Molenda M., Russell J. D., Smaldino S.E. (1982). Instruction Media and
Technologies for Learning. Coloumbus: Merrill Prentice Hall
Kementerian Pelajaran Malaysia (2010).Dokumen Standard Kurikulum Dunia Muzik
Tahun 1,Putra Jaya:Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Lindstrom, R. (1994). The Business Week guide to multimedia presentations:create
dynamic presentations that inspire. New York: McGraw-Hill
Norazlina Adam (2008). Penggunaan internet dalam kalangan guru-guru sekolah
rendah di sekitar Johor Bahru, Johor: Tesis Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
serta Pendidikan yang tidak diterbitkan,Skudai:Universiti Teknologi Malaysia
http://www.citejournal/
-
Rockley (1994). Planning a Multimedia Documentation Project. Technical
Communication, pp. 653–661.
Seel dan Richey (1994). Instructional Technology. AECT: Washington, DC
Yusup Hashim. (2006). Penggunaan Teknologi Instruksional Dalam Kurikulum dan
Instruksi. Diperolehi pada 8 Januari 2011, sumber dari http://yusuphashim.
blogspot. com/ 2006/12/12/ penggunaan-teknologi-instruksoinal.html
-
LAMPIRAN