karangan bhg a

18
AMALAN KITAR SEMULA Lihat gambar di bawah ini dengan teliti.Huraikan pendapat anda tentang faedah- faedah amalan kitar semula. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Sumber pendapatan sampingan FAEDAH-FAEDAH KITAR SEMULA KITAR SEMULA Rakyat lebih prihatin dan bertanggungjawa b Bahan buangan boleh digunakan semula Melestarikan alam sekitar Sejak kebelakangan ini kempen kitar semula begitu giat dilaksanakan oleh kerajaan.Banyak usaha untuk menyedarkan rakyat tentang kepentingan kempen ini giat dijalankan. Kitar semula ialah suatu kaedah memproses semula bahan-bahan tertentu untuk digunakan sebagai bahan hasilan yang lain. Hal ini membayangkan kepada kita bahawa satu anjakan paradigma perlu dilakukan demi menjayakan hasrat murni kerajaan.Rakyat Malaysia perlu sepakat kerana muafakat itu berkat dan pelbagai maslahat yang diperoleh daripada kempen kitar semula.

Upload: abby

Post on 12-Sep-2015

96 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

karangan bahagian a spm

TRANSCRIPT

AMALAN KITAR SEMULALihat gambar di bawah ini dengan teliti.Huraikan pendapat anda tentangfaedah-faedah amalan kitar semula. Panjang huraian anda hendaklah antara200 hingga 250 patah perkataan.

Sumber pendapatan sampinganFAEDAH-FAEDAH KITAR SEMULAKITAR SEMULA

Rakyat lebih prihatin dan bertanggungjawab

Bahan buangan boleh digunakan semula

Melestarikan alam sekitar

Sejak kebelakangan ini kempen kitar semula begitu giat dilaksanakan oleh kerajaan.Banyak usaha untuk menyedarkan rakyat tentang kepentingan kempen ini giat dijalankan. Kitar semula ialah suatu kaedah memproses semula bahan-bahan tertentu untuk digunakan sebagai bahan hasilan yang lain. Hal ini membayangkan kepada kita bahawa satuanjakan paradigmaperlu dilakukan demi menjayakan hasrat murni kerajaan.Rakyat Malaysia perlu sepakat keranamuafakat itu berkatdan pelbagaimaslahatyang diperoleh daripada kempen kitar semula.

Amalan kitar semula memberi keuntungan kepada rakyat sekiranya dilakukan secarakolektif.Bahan-bahan buangan akan dikumpulkan di pusat pengumpulan sebelum dihantar ke kilang-kilang untuk diproses semula. Kilang-kilang akan mengeluarkan semula bahan-bahan yang dihasilkan seperti kertas tisu, tin-tin dan sebagainya. Melalui penghasilan bahan ini, kos pengeluaran dapat dijimatkan. Bahan-bahan itu pula akan dijual dengan harga yang lebih rendah. Manfaatnya dapat dinikmati oleh pengguna kerana pengguna tidaklah dibebani dengan harga yang tinggi untuk membeli barangan yang dihasilkan daripada bahan yang dikitar semula. Dalam hal ini, kita boleh menabung hasil daripada pendapatan kita.Walaupun jumlahnya mungkin tidak banyak, tetapi dalam jangka masa panjang boleh menjadi banyak keranasedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Kitar semula juga merupakan suatu cara untuk mendidik rakyat agar bijak membuang sampah. Melalui program ini juga rakyat akan lebih prihatin dan bertanggungjawab. Hal ini menyebabkan negara kita lebih bersih, indah dan dapat menarik pelancong-pelancong untuk berkunjung ke negara ini. Selain itu, bahan-bahan yang dibuang di merata-rata tempat akan mencemarkan alam sekitar. Melalui longgokan sampah dan bekas takungan seperti tin, tayar buruk dan sebagainya akan mengundang penyakit taun, malaria dan demam denggi. Amalan kitar semula dapat menghindarkan penyakit-penyakit tersebut kerana tempat pembuangan sampah yang terurus berjaya mengelakkan penularan wabak ini. Hal ini juga bertepatan dengan lidah pendetamencegah lebih baik daripada mengubati,sekali gus menjamin kehidupan yang selesa dan sejahtera kerana persekitaran yang bersih. Perkara yang menarik tentang kempen kitar semula ialah usaha ini dapat memberikan pendapatan tambahan kepada para pengguna.Mereka yang pandai merebut peluang boleh menjadikan usaha ini sebagai kerja tambahan untuk menambah pendapatan. Bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula akan dibeli oleh pusat pengumpulan bahan buangan. Ringkasnya, kita memperoleh bahan-bahan ini secara percuma tetapi hanya memerlukan sedikit usaha dan kerajinan seperti kata pepatah,usaha itu tangga kejayaan. Program serampang dua mataini jelas mendatangkan impak positif kepada rakyat kerana bukan sahaja berupaya menambahkan pendapatan isi rumah, tetapi juga kepada kewujudanindustri hiliranyang berkaitan dengan bahan buangan.Implikasinya,pendapatan rakyat dan negara akan meningkat. Kesimpulannya, kempen kitar semula ialah suatu usaha yang sangat berfaedah kepada negara dan rakyat.Banyak pihak yang mendapat manfaat daripada usaha ini.Kempen ini seharusnya diteruskan agar lebih ramai rakyat tampil untuk menyahut seruan ini dan mengamalkan program kitar semula.Kita sepatutnya menjadikan program ini amalan dalam kehidupan kita kerana Islam sendiri mengingatkan kita bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman.Hal ini selaras dengan impian Perdana Menteri yang mahu melahirkan rakyat yang mempunyaiminda kelas pertama.

AKTIVITI BADAN BERUNIFORMLihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah aktiviti badan beuniform. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Kementerian Pelajaran Malaysia telahmendominankankokurikulum dalam sistem pendidikan nasional. Langkah ini secaraeksplisitmenerangkan kokurikulum sebagai simbolikkepada kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Oleh itu, badan-badan beruniform seperti Kadet Pertahanan Awam, Kadet Remaja Sekolah dan sebagainya mula dipromosikan dalam arus pendidikan negara.

Faedah-faedah yang boleh didapati apabila para pelajar menyertai badan beruniform adalah dapatmemapankanketahanan diri. Dalam usia yangsetahun jagung,banyak cabaran yang perluditongkahbahkan, formula ketahanan diri tersebut juga perludiaplikasikanpada masa hadapan. Aktiviti-aktiviti lasak yang sudah termaktub dalamsilabusbadan beruniform seperti 'flying-fox', 'night-walk' dan seumpamanya merupakan pendekatan awal bagi membuka kotak penerimaan pelajar terhadap kepentingan hal ini.

Di samping itu, penyertaan pelajar dalam unit beruniform berpotensi memangkinkan semangat kerjasama ibarataur dan tebingdan pembentukan disiplin mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui penglibatan pelajar yang mendesak ketepatan masa yang tinggi seperti aktiviti kawad kaki. Aktiviti tersebut memerlukangemblengantenaga yang maksimum daripada ahli-ahli pasukan bagi menghasilkan formasi yang mantap. Oleh itu, para pelajar yang menyertai badan beruniform seringmasyhurdengan ketepatan masa dan disiplin yang tinggi.

Persis peribahasamelentur buluh biarlah dari rebungnya, para pelajar juga akan diasuh tentang ilmu asas kecemasan. Perkara ini sangat berfaedah kerana apabila berlaku sebarang kecederaan, para pelajar boleh tampil menghulurkan bantuan.Tamsilnya, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) merupakan unit utama di sekolah yang bertindak menyebarkan wadah kesihatan kepada ahli-ahlinya dan umum. Maka, tindakan ini dilihat sangatefektifdemi memansuhkankedaifan akal pelajar tentang ilmu kesihatan.

Akhirulkalam, semua pelajar wajib menyertai kegiatan kokurikulum untukkemenjadianmasa depan. Elakkan daripada tertumpu kepada kurikulum sahaja. Para pelajar perlu sedar akan faedah yang terbentang justeru mereka harus mengikuti perkembangan sistem pendidikan untuk faedah diri sendiri.

BARANGAN BUATAN TEMPATANLihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentangkebaikan membeli barangan buatan tempatan. Panjangnya huraian hendaklahantara 200 hingga 250 patah perkataan.

Sejajar dengan landaan gelombang globalisasi dengan pelbagai corak, roda pembangunan telah bergerak pantasbagai lipas kudungdi nusa tercinta ini sehingga mengalami anjakan paradigma ke arah menggapai hasrat sebagai negara maju. Namun, di sebalik kemajuan tanah tumpah darah ini, terdapat lakaran suram yang terpahat di negara kita iaitu rakyat jelata Malaysia sentiasa mengagung-agungkan barangan import sehingga dapat menafikan kualiti barangan buatan tempatan yang sebenarnya mampu bertanding dan bersaing dengan barangan importbak peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Pada hemat saya, anak watan Malaysia seyogianya mengikis sikap buruk ini sebaliknyamengubah stigmasupaya menyokong dan membeli barangan buatan tempatan. Hal ini kerana kita sebagai rakyat Malaysia akan menerima pelbagai kebaikan dan faedahbagai menyelam sambil minum airsekiranya kita membeli barangan buatan Malaysia. Persoalannya, apakah kemaslahatan dan faedah yang diundang dengan menyokong barangan buatan tempatan?

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahawa kitadapat menjimatkan perbelanjaan keluargadengan membeli barangan buatan Malaysia. Sebagaimana yang kita ketahui, barangan import lazimnya lebih mahal daripada barangan buatan tempatan sedangkan barangan buatan Malaysia turut mempunyai kualiti yang baik malahan lebih bermutu tinggi daripada barangan import. Sebagai contoh yang paling ketara, kasut buatan Malaysia yang berjenama Bata telah mendapat anugerah kasut paling berkualiti di persada antarabangsa semasa bertanding di pasaran kasut di Itali. Sememangnya, hal ini jelas memanifestasikan bahawa barangan buatan tempatan bukan sahaja lebih murah harganya tetapi mempunyai jaminan dari kualiti barangan, Secara tidak langsung, kita dapat menjulang nama negara Malaysia kepuncak jagatsekali gus meningkatkan imej negara. Di samping itu, dengan harga yang lebih murah, anggota masyarakat dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan semasa membeli barangan buatan Malaysia.

Tidak ketinggalan juga, sesuatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialahsemangat patriotisme yang tinggi dapat disemai dalam sanubari masyarakatsekiranya sikap sering mengagung-aguungkan barangan buatan tempatan yang luhur ini dipupuk dalam kalangan anak watan Malaysia. Mengapakah dikatakan demikian? Pada zaman serba moden yang penuh dan sarat dengan ranjau, onak dan duri ini, rakyat Malaysia khususnya golongan remaja mempunyai semangat cinta akan negara yang tipis bak senipis kulit bawang lantaran itu mereka tidak mengambil berat tentang perkara dan isu semasa yang berkaitan dengan ibu pertiwi. Malahan terlalu banyak barangan import telah membanjiri pasaran tempatan saban tahun. Oleh hal yang demikian, dengan menggalakkan angkatan muda membeli barangan buatan tempatan sejak kecil lagi, tentulah mereka dapat menyedari bahawa sebenarnyaMalaysia Bolehyang dilaungkan oleh Perdana Menteri kita bukanlah sesuatu yang sia-sia sahaja persis kata-kata mutiarakalau masih rebung, mudah dipatahkan, kalau sudah betung, tidak terpatah lagi.Tegasnya, semangat patriotisme yang kuat dan mendalam dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Sesungguhnya, seperti yang dikatakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad, membeli barangan buatan tempatan merupakan teras kejayaan Malaysia menggapai lonjakan masa depan dalam bidang industri. Kata-kata hikmat tersebut jelas menunjukkan bahawa sememangnyaindustri tempatan negara kita dapat berkembang majudengan menggalakkan rakyat jelata membeli barangan buatan Malaysia. Walaupun pelbagai barangan import yang terkenal di seantero dunia telah membanjiri pasaran tempatan, namun produktiviti dan pengeluaran barangan tempatan yang bermutu tinggi juga tidak kurang daripadanya. Hal ini dapat merangsang perkembangan industri tempatan untuk bersaing dengan barangan import. Peningkatan dalam pembelian barangan buatan tempatan dapat membantu merancakkan industri tempatan secara tidak langsung. Deduksinya, kita dapat memajukan industri tempatan supaya dapat mencapai aspirasi negara menjadi negara industri.

Sebagai penghias penutup bicara,sudah terang lagi bersuluhbahawa membeli barangan buatan tempatan dapat mengundang pelbagai kemaslahatan dan kebaikan kepada seluruh strata masyarakat bak peribahasabagai serampang dua matadanbagai makan menanak nasi.Oleh hal yang demikian, segenap lapisan masyarakat mestilah berganding bahu dan berikhtiar bertungkus lumus untuk menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia supaya dapat merealisasikan Wawasan 2020 yang telah diidam-idamkan selama ini. Wahai, anak watan Malaysia, sahutlah cabaran dan hadapilah dengan semangathabis kapak berganti beliunguntuk menunaikan impian nusa tercinta ini ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang!Malaysia Boleh!

FAKTOR-FAKTOR KEMALANGAN JALAN RAYA Rajah di bawah menunjukkan punca-punca kemalangan jalan raya. Huraikan pendapat anda tentangpunca-punca kemalangan jalan raya. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan jalan raya saban tahun semakin meningkat dari hari ke hari. Setiap hari sama ada di kaca-kaca televisyen, di dada-dada akhbar mahupun di corong-corong radio pasti ada sahaja dipaparkan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa manusia. Murah sangatkah nyawa manusia sehingga banyak jiwa yang terkorban di jalan raya? Jika hal ini dibiarkan berterusan, sudah tentu merugikan sesebuah negara. Oleh itu, punca-punca kemalangan jalan raya perlu dikenal pasti segera sebelum isu ini menjadi lebih parah lagi.

Punca yang paling signifikan penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu itu sendiri. Hal ini disebabkan pemandu bersikap mementingkan diri, tidak sabar ketika berada di jalan raya dan tidak mematuhi peraturan jalan raya. Sebagai contoh, pemandu kenderaan memandu kereta dengan laju tanpa mematuhi had laju yang dibenarkan. Secara tidak langsung, pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah nyawa pengguna jalan raya yang lain. Oleh itu, sikap berhati-hati di jalan raya dan biar lambat asal Selamat akan dapat menghindarkan kemalangan maut daripada berlaku.

Punca seterusnya penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah Keadaan struktur jalan raya. Keadaan jalan raya yang berlubang-lubang, sempit dan rata sudah pasti mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. Sebagai contoh, jalan raya yang bengkang-bengkok, selekoh tajam akan memudahkan pemandu yang tidak biasa jalan tersebut terbabas dan terlibat dalam kemalangan jalan raya. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil inisiatif segera memperbaiki struktur jalan raya yang membahayakan nyawa pengguna jalan raya.. Tegasnya sebelum nasi menjadi bubur, struktur jalan raya perlu diberi keutamaan terlebih dahulu agar keselamatan pengguna-pengguna jalan raya terjamin.

Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik juga menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya. Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara mengikut jadual yang telah ditetapkan boleh mengundang malapetaka kepada pemandunya. Sebagai contoh, brek kenderaan yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan pemandu sukar mengawal kenderaan ketika saat-saat kecemasan. Impaknya, pemandu akan mudah tersasar dan berlakunya kemalangan jalan raya ketika ingin menghentikan kenderaan secara kecemasan. Jelaslah, kenderaan hendaklah diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalanan yang jauh kerana malang tidak berbau.

Penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga merupakan salah satu punca berlaku kemalangan jalan raya. Denda dan kompaun sebanyak RM300 bagi kesalahan berat seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat merah tidak berkesan kerana pemandu mampu bayar. Selain itu, Ops Sikap dan sekatan jalan raya hanya giat dijalankan ketika musim-musim perayaan. Impaknya, pemandu tidak gentar melakukan kesalahan di jalan raya kerana mereka mampu membayar denda yang dikenakan dan beranggapan operasi hanya dilakukan pada waktu-waktu tertentu sahaja. Jadi, penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dan pemantauan di kawasan berbahaya hendaklah diambil untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan maut.

Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menangani isu kemalangan jalan raya ini. Segala usaha yang dilaksanakan hendaklah berterusan dan istiqomah bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam ataupun sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Jangan sampai sudah terhantuk, baru nak terngadah, barulah inisiatif dirangka untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Isu kemalangan ini tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja kerana impaknya sangat besar kepada negara terutamanya kerugian sumber tenaga yang produktif. Slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat hendaklah dijadikan pedoman bagi semua pengguna jalan raya agar nyawa mereka terselamat. Ingat, jangan jadikan lebuh raya sebagai gelanggang perlumbaan mahupun pusara kerana nyawa manusia merupakan satu anugerah yang perlu dihargai.

KEBAIKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DI SEKOLAHGambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada sambutan bulan kemerdekaan di sekolah. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan mengadakan sambutan kemerdekaan di sekolah pada setiap tahun. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Hari kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikannya.

Kebaikan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini adalahdapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara. Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian kerana,tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung.Selain itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kitadapat memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Kita dapat melihat semua kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan Bajau turut serta dalam sambutan terebut. Perkara ini tentunya akan menjadi bukti bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan disuburkan melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara.

Melalui sambutan hari kemerdekaan juga, kitadapat menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara. Kita akan memahami dan menghayati pengorbanan serta perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu. Mereka sanggup berkorban harta, nyawa dan tenaga iaitu sepertililin yang membakar diriuntuk menerangi orang lain, semata-mata untuk memerdekakan negara kita. Jasa mereka patut dikenang keranaharimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Dengan cara itu, sebagai rakyat negara ini, kita akan sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila.

Intihanya, hari kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat negara ini dengan penuh penghayatan. Oleh itu, kerajaan hendaklah menjalankan kempen melalui media massa untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan sambutan hari kemerdekaan tersebut. Hal ini bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh pucuk pimpinan negara kita pada masa ini yang mementingkan aspek perpaduan kaum. Sekiranya usaha ini tidak dijalankan, sudah pasti rakyat negara kita kurang menyedari kepentingan sambutan hari kemerdekaan negara.

FAEDAH MENGGUNAKAN LAMAN SOSIALLihat grafik di bawah. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah menggunakan laman sosial. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 250 patah perkataan.

Faedah-faedah Menggunakan Laman Sosial Menambahkan kenalan Mempromosikan barangan Menyebarkan maklumat

Selaras dengan zaman globalisasi dan ledakan maklumat, penggunaan laman sosial khususnya dalam kalangan remaja menjadi satu fenomena dalam dunia komunikasi pada masa ini. Pertambahan bilangan pengguna telefon pintar menjadikan aplikasi laman sosial semakin popular dan muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dan boleh dimuat turun melalui Google Play dengan mudah. Sesungguhnya, penggunaan laman sosial memberi banyak faedah kepada pengguna.

Pada pandangan saya, antara faedahnya ialah menambahkan kenalan. Hal ini dikatakan demikian kerana laman sosial membuka ruang yang seluas-luasnya kepada seseorang untuk mencari dan mengenali rakan mereka melalui paparan maklumat peribadi dan foto yang dimuat naik. Di samping itu, pengguna laman sosial juga dapat menghubungi atau bertukar-tukar pesanan ringkas serta berkongsi cerita dengan rakan mereka pada bila-bila masa. Sebagai contoh, pengguna boleh menambahkan kenalan menerusi aplikasi Facebook kerana aplikasi ini menyediakan kemudahan carian kenalan, paparan data peribadi, foto dan pengguna hanya menekan aksara pemintaan untuk menjadi rakan jika berhajat untuk berbuat demikian. Tegasnya, menambahkan kenalan merupakan antara faedah menggunakan laman sosial.

Selain itu, mempromosi barangan juga dikenal pasti sebagai salah satu manfaat yang diperoleh daripada penggunaan laman sosial. Hal ini bermaksud, laman-laman sosial menyediakan ruang kepada mana-mana usahawan untuk mempromosikan produk mereka secara dalam talian. Lagipun, laman-laman sosial ini menjadi wahana yang cukup berkesan untuk menarik perhatian pengguna internet kerana maklumat tentang sesuatu barangan boleh diakses dengan mudah pada bila-bila masa. Contohnya, para usahawan boleh membuka akaun facebook dan menggunakan akaun tersebut untuk menyatakan maklumat terperinci tentang sesuatu produk yang dihasilkan. Mereka juga boleh melakukan perkara yang sama melalui WhatsApp atau Twitter walaupun paparan dalam kedua-dua aplikasi ini agak terbatas. Jelaslah bahawa salah satu manfaat laman sosial ialah mempromosikan barangan.

Faedah menggunakan laman sosial yang berikutnya ialah menyebarkan maklumat. Dalam konteks ini, para pengguna boleh memanfaatkan laman sosial untuk berkongsi sesuatu maklumat yang terkini bersama-sama rakan yang lain dalam talian. Tambahan pula, kos untuk menyebarkan maklumat melalui laman sosial lebih murah berbanding dengan kaedah konvensional. Misalnya, para pengguna boleh menggunakan laman sosial untuk menghebahkan maklumat tentang pelajaran dengan menggunakan WhatsApp, Twitter atau Facebook di rumah masing-masing. Mereka juga boleh menyebarkan maklumat tentang isu semasa di dalam atau di luar negara dan berkongsi idea dengan pengguna internet yang lain. Saya optimis bahawa menyebarkan sesuatu maklumat dengan pantas dan menjimatkan merupakan antara faedah yang diperoleh menerusi penggunaan laman sosial dalam kalangan masyarakat.

Kesimpulannya, setiap pengguna mestilah berusaha untuk memanfaatkan laman sosial secara optimum agar laman ini menjadi medium yang boleh membantu seseorang untuk berinteraksi secara lebih mudah. Dalam hal ini, orang tua-tua pernah menyatakan bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!

CIRI-CIRI PENGGUNA YANG BIJAK Lihat ilustrasi di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pengguna yang bijak. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

membuat perbandingan harga membeli barangan yang berkualiti membuat senarai barang

Mutakhir, isu berkaitan dengan pengguna yang bijak saban waktu diuar-uarkan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah beriltizam dan komited untuk menjadi seorang pengguna yang bijak kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah ciri-ciri pengguna yang bijak?

Pada hemat saya, antara ciri yang paling dominan adalah dengan membuat perbandingan harga. Hal ini demikian kerana, harga sesuatu barangan yang dibuat perbandingan terlebih dahulu dapat mengelakkan pengguna daripada dieksploitasi oleh peniaga yang bersifat lintah darah. Dengan berbuat demikian, pengguna yang bijak dapat memilih barangan pada harga yang lebih murah tetapi berkualiti. Sebagai contoh, seseorang pengguna tidak terlalu ghairah dengan pelbagai tawaran menarik daripada jualan murah yang dipromosikan. Sebaliknya, mereka perlulah membuat perbandingan harga barangan tersebut terlebih dahulu kerana biar alah membeli asal menang memakai. Tegasnya, pengguna yang membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan dapat dikategorikan sebagai pengguna yang bijak.

Selain itu, membeli barangan yang berkualiti juga merupakan antara kriteria pengguna yang bijak. Saya berpendapat demikian kerana barangan berkualiti yang dibeli oleh pengguna dapat memberi kepuasan yang maksimum kepada mereka berbanding dengan barangan tiruan. Dalam konteks ini, pengguna yang membeli barangan yang berkualiti tidak berkira tentang harga sesuatu produk asalkan mereka memperoleh nilai faedah yang tinggi daripada barangan tersebut. Cuba kita bayangkan, jika pengguna tidak membeli barangan yang berkualiti mungkin mereka akan terdedah kepada pelbagai risiko penipuan. Buktinya, kerajaan sentiasa menyarankan para pengguna supaya membeli barang yang berkualiti melalui pelbagai media massa dan dalam masa yang sama, kerajaan amat serius dalam membanteras barangan tiruan. Bagaikan sudah terang lagi bersuluh, pengguna yang mengutamakan pembelian barangan yang berkualiti dapat digolongkan sebagai pengguna yang bijak.

Elemen-elemen pengguna bijak yang berikutnya ialah membuat senarai barang sebelum membeli. Analoginya cukup mudah. Senarai barang yang dibuat sebelum membeli akan banyak membantu pengguna daripada membeli secara boros dan membazir kerana perbuatan membazir itu adalah amalan syaitan. Hal ini bermaksud, seseorang pengguna seharusnya merancang pembelian terlebih dahulu agar mereka tidak mudah terpesona dengan pelbagai tawaran yang ada kalanya bersifat ada udang di sebalik batu. Realitinya pada hari ini, pengguna sudah kurang membuat senarai barangan untuk dibeli kerana mereka terpengaruh dengan kaedah beli-belah yang bersifat window shopping yang menjadi trend masyarakat pada hari ini. Justeru, saya optimis pengguna yang membuat senarai barangan terlebih dahulu sebelum membeli merupakan pengguna yang menepati ciri-ciri pengguna yang bijak.

Sebagai natijahnya, setiap pengguna mestilah berusaha untuk menjadi pengguna yang bijak supaya tidak mudah dieksploitasi dan dimanipulasi oleh peniaga yang sentiasa mengintai peluang untuk mengaut keuntungan dengan cara yang tidak bermoral. Kita mestilah menggembleng tenaga untuk merealisasikannya kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!