karangan deskriptif
TRANSCRIPT
KARANGAN
DESKRIPTIF
proses
mengumpulkan
memahami
pengajaran
penutup
pengenalan
tebing
pengalaman
perasaan
peristiwa
PANDUAN MENULIS KARANGAN DESKRIPTIF
Tujuan Struktur Karangan
Menceritakan semula sesuatu peristiwa atau pengalaman yang dilalui
Pengenalan
Isi Karangan
Penutup
PROSES MENULIS
A. AKTIVITI PRAMENULIS
Memahami Tajuk
Baca karangan dengan teliti dan cuba faham kehendak soalan.
Apakah pengalaman yang perlu kamu ceritakan semula?
Mengumpulkan Idea
Fikirkan dan catat idea-idea.
Pilih isi yang sesuai mengikut kehendak tajuk / soalan.
Susun isi mengikut pentingnya isi tersebut dengan kehendak tajuk / soalan.
Semak lakaran isi yang telah kamu pilih dan susun itu.
Gunakanlah lakaran biasa atau peta minda.
B. AKTIVITI MENULIS
Pengenalan
Apabila menulis, mulakan dengan pengenalan yang dapat menarik perhatian pembaca.
Kamu boleh menggunakan dialog atau menggambarkan latar tempat kejadian.
Isi Karangan
Pastikan karangan kamu menceritakan semula peristiwa yang telah dialami.
Pilih isi yang sesuai dan relevan mengikut kehendak tajuk.
Kamu perlu menyenaraikan pengalaman kamu itu mengikut urutan cerita atau kejadian secara kronologi.
Pastikan setiap perenggan mengandungi satu isi dengan huraian dan contoh yang sesuai.
Isi Karangan
Setiap isi mestilah berkait antara satu sama lain.
Kamu boleh menjelaskan perasaan kamu.
Susun perenggan mengikut kepentingan isi atau perkara yang berlaku.
Gambarkan peristiwa dalam karangan kamu dengan jelas.
Penutup
Akhiri karangan kamu dengan memberikan penjelasan
tentang pengajaran atau manfaat yang telah
kamu peroleh daripada pengalaman tersebut.
Aspek-aspek Penting
Maksimumkan kekuatan pancaindera seperti daya lihat,daya dengar, daya sentuh, daya hidu serta daya rasa dalam mengolah karangan.
Gunakan kata adjektif yang dapat memberikan gambaran yang tepat.
Pilihlah kosa kata yang sesuai dengan tema tajuk.
Tulislah dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami.
Pelbagaikan ayat panjang dan pendek dalam penulisan.
Pastikan idea-idea yang dikemukakan berkaitan antara satu sama lain.