karangan galus banjir kilat.doc

Upload: cikguambia

Post on 07-Jul-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 karangan galus banjir kilat.doc

    1/1

    Isi tempat kosong dengan rangkai kata yang betul.

    KARANGAN : Banjir kilat   sering berlaku apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba danmengakibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

    Nyatakan punca-punca yang menyebabkan banjir kilat berlaku.

    Banjir kilat  sering berlaku apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba. Banjir kilat  kerapberlaku di negara kita. Banjir kilat  boleh menyusahkan manusia. Banjir kilat  juga bolehmengakibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. Banjir kilat  juga bolehmengakibatkan kesesakan jalan raya. Terdapat beberapa punca terjadinya banjir kilat.

    Banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang suka membuang sampah di merata-rata tempat. Masyarakat suka membuang sampah ke dalam longkang, parit dan sungai. Sampahyang dibuang boleh menyebabkan longkang tersumbat. Apabila hujan secara tiba-tiba, aliran air dalam longkang, parit dan sungai akan tersekat. Contohnya seperti yang berlaku di alan Skudai

    dan alan Air Molek di ohor Bahru. !leh itu, jelaslah bahawa banjir kilat berpunca daripada sikapmanusia yang suka membuang sampah di merata-rata tempat.

    "i samping itu, #aktor penguatkuasaan yang terlalu longgar merupakan punca banjir kilat.$al ini kerana tiada tindakan undang-undang terhadap orang yang membuang sampah dimerata-rata tempat. %ihak Berkuasa Tempatan pula tidak memantau kawasan pembuangansampah. Apabila hujan, kawasan pembuangan sampah menakung air dan banjir kilat  berlaku.Contoh peniaga pasar malam sesuka hati membuang sampah berhampiran parit atau longkangtanpa dikenakan hukuman. !leh itu, jelaslah bahawa penguatkuasaan yang longgar merupakanpunca terjadinya banjir kilat.

    Selain itu, banjir kilat berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna. %arit dan

    longkang yang dibina di bandar adalah sempit. %arit juga tersumbat disebabkan oleh longgokansampah. $al ini menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan lebat berlaku. %engaliran air akantersekat dan melimpah di jalan raya. Contohnya banjir kilat yang berlaku di bandar-bandar besar seperti &uala 'umpur dan ohor Bahru. elaslah bahawa  sistem perparitan yang tidaksempurna menjadi punca banjir kilat.

    (aktor iklim juga menjadi punca banjir kilat. )klim yang tidak menentu iaitu kadang-kadanghujan dan kadang-kadang panas boleh menyebabkan banjir kilat. &eadaan ini semakin burukdengan #enomena *l-+ino yang menyebabkan hujan lebat berterusan. "engan ini, jelaslah #aktor iklim menjadi punca kepada banjir kilat.

    &ejadian banjir kilat juga berkaitan dengan aktiiti pemaju projek perumahan. Syarikatperumahan mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar. %emaju-pemaju perumahan tidakmemantau projek pembinaan. Mereka juga membiarkan sisa-sisa binaan terbiar selepas sesuatuprojek siap djalankan. Contohnya longkang dibiarkan tertimbus dengan pasir dan sisa binaan. $alini menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan turun dengan lebatnya.

    &esimpulannya, terdapat banyak punca yang menyebabkan banjir kilat. Semua pihakperlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi mengatasi masalah ini. $al ini penting agar masalah banjir kilat  dapat diatasi. "engan ini, segala kerugian yang dialami kerana banjir kilatdapat dikurangkan.

      Banjir kilat Oleh itu jelaslah bahawa Bagai aur dengan tebing