karya

31
,, m,…,ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1 PENGENALAN 1.1 Pengertian dan Perkembangan Bahasa Melayu Klasik………………2 1.2 Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik………………………………………6 1.3 Peranan Bahasa Melayu Klasik sebelum Abad ke-20………………..8 2 KARYA HIKAYAT HANG TUAH 2.1 Sinopsis……………………………………………………………….9 2.2 Biodata Penulis……………………………………………………….10 3 ANALISIS KARYA 3.1 Aspek Budaya dan Masyarakat………………………………………13 4 ANALISIS SINTAKSIS 4.1 Jenis Aksara dan Sistem Ejaan……………………………………….15 4.2 Aspek Bahasa………………………………………………………...15 5 PENUTUP 5.1 Sumbangan Hikayat Hang Tuah Terhadap Perkembangan dan Peradaban Bangsa Melayu……………………………………….18 6 BIBLIOGRAFI…………………………………………………………..20 7 LAMPIRAN……………………………………………………………..21 1

Upload: sundra-rajan

Post on 29-Sep-2015

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

karya agung

TRANSCRIPT

,, m,,ISI KANDUNGAN

BIL.PERKARAMUKA SURAT

1 PENGENALAN 1.1 Pengertian dan Perkembangan Bahasa Melayu Klasik21.2 Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik61.3 Peranan Bahasa Melayu Klasik sebelum Abad ke-20..8

2 KARYA HIKAYAT HANG TUAH2.1 Sinopsis.92.2 Biodata Penulis.103ANALISIS KARYA3.1 Aspek Budaya dan Masyarakat134ANALISIS SINTAKSIS4.1 Jenis Aksara dan Sistem Ejaan.154.2 Aspek Bahasa...155PENUTUP5.1 Sumbangan Hikayat Hang Tuah Terhadap Perkembangan dan Peradaban Bangsa Melayu.186BIBLIOGRAFI..207LAMPIRAN..21

1. PENGENALAN1.1 Pengertian dan Perkembangan Bahasa Melayu KlasikMenurut Collins English Dictionary (1981 :281), Classic dirujuk kepada sesuatu yang bermutu dan tinggi nilainya. Kamus Besar Indonesia (1988 : 445) pula menterjemahkan Classic bermaksud sesuatu yang mempunyai nilai atau posisi yang diakui dan tidak diragukan.Konsep klasik harus dilihat secara universal atau menyeluruh. Apa yang disifatkan sebagai kesusasteraan klasik di Barat ataupun di Timur adalah karya-karya zaman lampau, tidak kira sama ada dalam bentuk puisi mahupun prosa. Menurut Ismail Ahmad (1986:15 dan 17), karya- karya zaman lampau bagi semua bangsa di dunia memperlihatkan kewujudan unsur yang sama, iaitu sesuatu yang diyakini oleh anggota-anggota masyarakat sebagai benar dan pernah berlaku. Lagenda adalah cerita yang mempunyai latar belakang sejarah tetapi telah dicampur adukkan atau ditokok tambah dengan unsur-unsur rekaan.Jika dalam masyarakat Eropah wujud cerita-cerita lagenda yang terkenal seperti Robin Hood dan Charlemange; Amerika Syarikat dengan Billy the Kid dan Paul Bunyan; Nusantara pula terkenal dengan Lagenda Hang Tuah di samping cerita-cerita lagenda Melayu yang dimuatkan dalam Sejarah Melayu, Hikayat Acheh, Tuhfat al-Nafis dan sebagainya. Oleh itu, karya klasik merupakan warisan tinggalan masyarakat zaman dahulu yang sarat dengan panduan, pengajaran, etika dan nilai yang boleh dijadikan panduan untuk zaman seterusnya.

Zaman Bahasa Melayu Klasik ditandai dengan penemuan prasasti-prasasti dan batu bersurat pada awal abad ke 14 M hingga ke akhir abad 18 M. Penemuan batu bersurat Terengganu yang bertarikh 702H bersamaan dengan tahun 1303 M yang merupakan permulaan kepada perkembangan zaman Bahasa Melayu Klasik. Apabila munculnya Bahasa Melayu klasik, maka Bahasa Melayu Kuno semakin hilang dari dunia Melayu yang sebelum ini banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan kebudayaan Hindu.Bahasa Melayu Klasik berkembang seiring dengan berkembangnya Agama Islam yang suci di rantau Nusantara. Ini kerana tulisan jawi iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu telah wujud pada awal abad ke 14 M. Selain itu Bahasa Melayu Klasik juga mula mendapat pengaruh kata-kata pinjaman bahasa Arab dan Parsi.Prasasti-prasasti berbahasa Melayu Klasik banyak terdapat di Tanah Semenanjung seperti Pangkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan Terengganu. Manakala di Sumatera pula juga terdapat prasasti berbahasa Melayu Klasik seperti di Jambi,Riau,Sumatera Barat dan Utara,dan Acheh.Selain itu,di Negara Brunei Darussalam juga terdapat prasasti berbahasa Melayu Klasik. Dalam zaman Bahasa Melayu Klasik,bahasa Melayu telah berkembang deengan cukup pesat di alam Melayu hingga melahirkan ramai ulama dan hasil karya pelbagai kitab dan buku dalam bahasa Melayu yang menggunakan tulisan jawi sebagai aksara yang mana sebelum ini sistem tulisan di pengaruhi dengan tulisan pallava dan rencong yang menggambarkan pengaruh Hindu dan bahasa Sanskrit.Melaka,Johor dan Acheh terdapat tempat-tempat lain yang menjadi pusat kegiatan kebudayaan dan kebahasaan Melayu telah wujud bersama-sama dengan bahasa Melayu Klasik. Selain Pasai,Samudera,Melaka,Johor dan Acheh terdapat tempat-tempat lain yang menjadi pusat kegiatan kebudayaan dan kebahasaan Melayu telah wujud bersama-sama dengan perkembangan pesat bahasa Melayu Klasik. Kegemilangan bahasa Melayu Klasikdapat dibahagikan kepada tiga zaman yang penting.Pada zaman kerajaan Melayu Melaka,bahasa Melayu klasik menjadi bahasa perantaraan dalam pelbagai urusan pentadbiran,perniagaan,perdagangan dan sebagainya.Bahasa Melayu Klasik menjadi Lingua Franca oleh semua orang yang menjalankan urusan di Melaka.Melaka juga menjadi pusat perkembangan Agama Islam di Alam Melayu atau Asia Tenggara pada zaman itu.Asalnya kerajaan Melaka sebuah kerajaan kecil yang menjadi mangsa serangan Siam pada awal abad ke 15 M.Apabila kerajaan Melaka menjalinkan hubungan dengan China untuk mendapat perlindungan dan Laksama Cheng Ho yang telah memeluk islam menambahkan lagi kegemilangan Islam di Melaka.Dalam zaman kegemilangan kerajaan Melaka ini telah wujud hasil karya tulisan berbahasa Melayu Klasik seperti Hukum Kanun Melaka,Undang-undang Laut Melaka,Hikayat Sri Rama,dan sebagainya.Dengan adanya penghasilan karya menunjukkan zaman Bahasa Melayu Klasik telah mempunyai catatan tulisan dalam urusan perdagangan,ketatanegaraan dan kesusasteraan. Bahasa Melayu Klasik turut berkembang pada zaman kerajaan Acheh.Kerajaan Acheh bertapak di bahagian hujung utara Pulau Sumatera.Ia adalah sezaman dengan kegemilangan kerajaan Johor.Kerajaan Acheh berkembang pesat di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1606-1636) pada awal abad ke 17M.Dalam zaman kerajaan Acheh ini bahasa Melayu tetap digunakan sebagai bahasa utama mengatasi bahasa Acheh ini bahasa Melayu tetap digunakan sebagai bahasa utama mengatasi bahasa Acheh sendiri terutama dalam bidang ilmu pengetahuan.Terdapat ramai para ulama telah lahir di Acheh pada zaman ini seperti Hamzah Fansuri dengan Syair keagamaan,Syamsuddin Al-Samatrani,Nuruddin Al-Raniri,Abdul Rauf Al-Fansuri dan Bukhari Al-Jauhari. Zaman kerajaan Johor-Riau merupakan antara tiga zaman yang membuktikan kegemilangan Bahasa Melayu Klasik di Nusantara.Walaupun wujud pelbagai konflik dalam pemerintahan kerajaan Johor-Riau,bahasa Melayu tetap menjadi bahasa penting sebagai bahasa perhubungan dan perdagangan.Bahasa Melayu Klasik berperanan dalam pemerintahan,pentadbiran,dan menjadi Lingua Franca di negeri-negeri Melayu dan sekitarnya dan digunakan untuk menyusun buku undang-undang bagi setiap negeri Melayu. Keadaan ini berterusan hingga tahun 1750,kerana terhasilnya pelbagai jenis karya mengikut laras dan wacana seperti undang-undang,pengetahuan agama islam seperti tauhid,Fiqh,Sirah,Syariah,perubatan,perdukunan,kesusasteraan,adat istiadat raja-raja,hukum kanun dan sebagainya.Penulisan buku dan kitab dalam bahasa Melayu Klasik tersebar luas di seluruh Asia Tenggara.Bahasa Melayu tetapa agung sekalipun negerinya terpecah kepada beberapa buah kerajaan yang kecil-kecil.

1.2 Ciri-ciri bahasa Melayu Klasik.Bahasa Melayu Klasik mempunyai ciri-ciri yang khusus dan mempunyai banyak penambahan kosa kata,struktur ayat dan tulisan yang membentuk ciri Bahasa Melayu Klasik itu sendiri.Pengaruh agama islam yang semakin mantap pada abad ke 13 merupakan antara penyebab kepada berlakunya penggantian bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu Klasik.a) Bahasa Melayu Klasik menggunakan tulisan Jawi.Aksara Jawi digunakan kerana pengaruh dari bahasa Arab yang menggunakan tulisan Jawi dalam kitab dan buku agama.Tulisan atau aksara ini dipinjam dari bahasa Arab yang disesuaikan dengan penambahan huruf-huruf jawi tertentu.b) Bahasa Melayu Klasik juga telah menerima fonem Arab seperti: kh,dz,th.c) Pengaruh penerimaan pelbagai kosa kata bahasa Arab juga merupakan ciri-ciri bahasa Melayu Klasik.Bahasa Melayu Klasik menerima kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti dalam bidang ilmu keagamaan,undang-undang,kesusasteraan,pemerintahan,dan pentadbiran,perubatan,falsafah,tasawuf dan bahasa umum untuk kegunaan umum.Kosa kata Arab yang boleh di temui dalam bahasa Melayu Klasik seperti Allah Taala,Makhdum dan sebagainya.Selain pengaruh dari Arab dan Parsi,Bahasa Melayu Klasik masih dipengaruhi oleh bahasa Sanskrityang mana penggunaanya sangat meluas pada zaman Bahasa Melayu Kuno.Contohnya penggunaan kosa kata,syurga,neraka,dosa dan pahala.

d) Frasa dan ayat pengaruh Arab dan Parsi terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasaketahuilah oleh mu(dari terjemahan llam),maka kemudian daripada itu(dari Amma Badu) atau pada ayat Sunat berbuka atas tamardan lain-lain.Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab. Ini juga merupakan ciri-ciri bahasa Melayu Klasik.Penggunaan frasa pada pangkal ayat atau permulaan perenggan pada penghasilan karya zaman bahasa Melayu Klasik adalah klise seperti alkisah tersebutlah kisah,syahadan,maka,hatta,sahibul hikayat,arakian dan sebagainya.Penggunaan kata ini sudah tidak ditemui dalam penghasilan karya zaman bahasa Melayu moden.

e) Unsur-unsur falsafah islam wujud dalam banyak tulisan Melayu seperti dalam bidang ilmu Kalam,Tasawuf,Ilmu Aqaid al- Imam dan lain-lain.Ini berbeza dalam bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu yang tidak ada terjemahan unsur falsafahnya.Apa yang ada hanya terjemahan ceritanya.

f) Pengaruh kesusasteraan Islam terutama dari Arab atau Parsi banyak didapati dalam zamna bahasa Melayu Klasik seperti cerita-cerita Nabi dan para sahabat,cerita berbingkai,sastera agama,sastera sejarah,sastera undang-undang dan pemerintahan dan sebagainya.

g) Terdapat juga beberapa genre sastera islam mula meresap ke dalam perkembangan Bahasa Melyu Klasik seperti syair,nazam,rubal,tamsil,ibarat dan lain-lain. Genre sastera ini mengandungi pelbagai nasihat, hukum hakam Islam, panduan hidup, pengajaran dan teladan yang berkaitan dengan kehidupan sebagai manusia yang berpegang kepada ajaran Islam. Penulisan genre sastera bersadur Islam ini mempunyai nilai yang sangat tinggi.

1.3 Peranan Bahasa Melayu Klasik sebelum abad ke 20.Bahasa Melayu Klasik mengalami peralihan kira-kira pada abad ke 19 selepas kedatangan barat ke Nusantara atau Asia Tenggara. Bahasa Melayu Klasik telah memainkan peranan yang amat besar di dalam peradabaasn Bahasa Melayu.Kemuncak kegiatan alam persuratan Melayu melalui Bahasa Melayu dan tulisan Jawi adalah di Penyengat, sebuah pulau di Kepulauan Riau yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Johor-Riau. Di sinilah dari abad ke 19 hingga awal abad ke 20, tertumpunya kegiatan keintelektualan Melayu-Islam dan perkembangan Bahasa Melayu. Kerajaan Melayu Johor-Riau terus menjadi pusat pengembangan Bahasa Melayu sehingga ia menjadi bahasa persatuan di seluruh Nusantara. Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu, Bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Ia digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan Bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu.

2. KARYA HIKAYAT HANG TUAH2.1 SinopsisHikayat Hang Tuah merupakan karya yang terbesar jika dibandingkan dengan karya Melayu tradisional yang lain. Hikayat Hang Tuah sebagai epik Melayu yang mempunyai ciri kedudukan wira yang tertinggi dalam sejarah bangsanya dan dunia antarabangsa, penceritaan yang berlatarkan masa yang panjang dan latar yang meluas. Hikayat ini dimulakan dengan kebesaran seorang raja di kayangan. Raja atau Sultan seolah-olah dewa yang mencipta dan mengatasi undang-undang. Dalam hikayat ini, Hang Tuah digambarkan sebagai tokoh yang setia menjalankan perintah raja walaupun kadangkala tugas yang diberikan itu tidak sejajar dengan kedudukannya sebagai pahlawan negara. Seterusnya dikisahkan, keperwiraan Hang Tuah hingga digambarkan oleh bapa Hang Tuah bahawa bulan turun dari langit dan cahayanya penuh di atas kepala Hang Tuah. Hang Tuah jua digambarkan oleh pengarang sebagai seorang yang tampan sehingga mempesonakan banyak wanita. Digambarkan juga kegagahanya sebagai seorang wira. Misalnya, ketika dia menikam musuh, tikamannya itu akan tembus ke belakang dan si musuh pasti rebah tersungkur. Disahkan juga tentang kehebatan Hang Tuah dengan kerisnya, terutama keunggulan keris taming sari. Apabila keris tersebut hilang, barulah Hang Tuah lemah dan sakit-sakit sehingga Melaka jatuh ke tangan Feringgi. Sesungguhnya Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah karya yang memberikan gambaran sistem sosiobudaya Melayu pada zaman feudal dan merupakan satu wadah untuk menonjolkan jati diri Melayu. Sebagai sebuah epik Melayu yang lahir pada zaman kegemilangan masyarakat Melayu tradisional, mencakupi gagasan dan pesanannya, maka hikayat ini perlu dibaca dan hayatinya noleh generasi kini.

2.2 Biodata penulisnyaKassim Ahmad, anak sulung kepada guru agama Ahmad bin Ishak dan suri rumah Ummi Kalthom bt. Hj. Ahmad, lahir pada 9 September, 1933 di Bukit Pinang dalam daerah Kota Setar, di negeri utara Kedah, Malaysia. Ibu bapanya anak Malaysia generasi keempat, dipercayai berhijrah dari Padang, Sumatera, di sebelah bapanya, dan dari wilayah Melayu Patani dalam negara Thai, di sebelah emaknya. Datuk lelakinya, Lebai Ishak bin Lebai The, seorang guru agama dan petani dan tinggal di Seberang Perai, Pulau Pinang. Bapanya berkahwin dengan ibunya, anak bongsu seorang petani di utara Kedah, dan tinggal di beberapa bandar kecil di Kedah semasa menjadi guru, dan akhirnya menetap di Bukit Pinang di atas sekeping tanah kampung yang mereka beli.Setelah melalui kehidupan yang susah, ibu bapanya mahu anak sulung mereka berjaya. Oleh kerana dia seorang murid yang rajin dan pintar, Kassim sering dipuji oleh guru-gurunya semasa di sekolah rendah dan menengah serta memegang pelbagai jawatan di sekolah. Tetapi di akhir persekolahannya, minatnya yang kuat dalam politik menukar dia menjadi seorang belia radikal yang kemudian memegang jawatan pengerusi kebangsaan Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan pernah dipenjarakan selama hampir lima tahun.

Walaubagaimanapun , keintelektualannya dan cintanya kepada sastera menjadikan dia seorang penyair dan penulis yang terkenal, walaupun dengan pelbagai kontroversi. Minatnya yang baru dalam Islam sejak kira-kira 1972 sebagai pemikiran falsafah dan politik saintifik membuat dia tidak selesa dengan jawatan pengerusi parti itu. Dia meninggalkan jawatan itu pada 1984. Memasuki UMNO pada 1986, beliau cuba membawa reformasi ke dalam parti itu, tetapi gagal, dan beliau meninggalkan politik sejak 1992. Setelah meninggalkan Universiti, Kassim berkerja sebagai pegawai penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur dan kemudian memegang jawatan pensyarah Pusat Pengajian Timur dan Afrika (London School of Oriental and African Studies), Universiti London, selama empat tahun, Pulang ke tanah air, beliau mengajar di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang. Beliau seorang yang berjiwa bebas dan tidak terlalu suka mengikut undang-undang, perkhidmatan beliau ditamatkan pada 1969 kerana menyebarkan risalah parti kepada anak muridnya. Setelah itu, beliau menjadi penulis bebas, wartawan dan guru bebas sehingga sekarang. Minat Kassim luas terutama pada bidang sastera, politik, falsafah dan agama. Inilah minat-minatnya yang besar dan beliau telah menulis buku dan esei tentang tajuk-tajuk ini. Beliau telah dianugerahkan ijazah kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1985 dan Anugerah Penyair Gabungan Penulis-Penulis Nasional (GAPENA) pada 1987.Bukunya tentang hadis yang mendapat sambutan hangat bila mula diterbitkan dan telah menyebabkan beliau dicap murtad oleh beberapa kalangan tokoh agama. Buku tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Arab dan Inggeris (1997). Beliau sekarang sedang mengerjakan sebuah terjemahan Quran ke dalam bahasa Melayu. Beliau juga sedang menulis buku tentang riwayat hidupnya dan sebuah edesi baru bagi karya besar Abdullah Munsyi, Hikayat Abdullah, di samping memimpin Jemaah Al-Quran Malaysia sejak 1995 dan Koperasi Pelaut Pulau Pinang iaitu sebuah koperasi pekerja-pekerja Melayu di Pelabuhan Pulau Pinang sejak 1997.

3. ANALISIS KARYA3.1 Aspek budaya dan kemasyarakatan.Hikayat Hang Tuah (HHT) bermula dengan sebaris mukadimah pengarangnya yang amat ringkas berbunyi : Inilah Hikayat Hang Tuah yang amat setiawan pada tuannya dan terlalu sangat berbuat kebaktian kepada tuannya . Seperti yang dilafazkan pada permulaan baris mukadimahnya itu, HHT adalah hikayat seorang hamba yang amat setia menjalankan perintah tuannya. HHT mengambil seorang hamba-rakyat bawahan, atau teksnya menyebut sebagai orang keluaran yang sering kali dalam teks disebut hamba yang hina, hamba di bawah kadam, dan dibawah kaus sebagai tokoh penceritaannya. Ini menunjukkan latar masyarakat dahulu mempunyai hamba yang menjalankan segala perintah raja dalam sistem masyarakat yang feudal. Di dalam hikayat ini, Hang Tuah mewakili golongan bawahan dalam persekitaran istana dan raja. Ini menjelaskan tingkah laku model seorang hamba yang sempurna sebagai petunjuk kepada generasi Melayu. Ketahanan seorang hamba yang menggambarkan kesetiaan dan kebaktian hamba atau kesempurnaan tingkah laku seorang hamba kepada raja. Mesej ini terakam secara halus di dalam teks HHT.Dalam masyarakat HHT, menjadi hamba kepada raja itu adalah matlamat hidup golongan bawahan dan dianggap sebagai satu pencapaian hidup yang cemerlang dan sentiasa diimpikan. Ini dapat dikesan pada pemikiran Hang Mahmud dan Dang Merdu yang telah meninggalkan kampungnya untuk ke Bentan yang mempunyai raja untuk mencuba nasib keluaganya sebagai hamba raja.Selain itu masyarakat HHT digambarkan berpegang kuat kepada budaya percaya pada mimpi yang membawa makna yang baik atau buruk pada individu atau keluarganya. Hang Mahmud telah bermimpi mengenai Hang Tuah : bulan turun dari langit; maka cahayannya penuh di atas kepala Hang Tuah. Memahami makna mimpi itu, telah disambut dengan berupacara sekali mengikut tertib adat Melayu apabila menerima sesuatu petunjuk yang baik melalui mimpi. Merujuk kepada maknanya dalam tradisi Melayu, mimpi tersebut meramalkan tuah dan kegemilangan masa depan dan kenaikan taraf dalam hidup. Oleh itu, harapan Hang Mahmud dan mimpinya telah menjadi kenyataan dan berolh kecemerlangan dan taraf dalam hidup keluarganya.HHT juga menggambarkan budaya dan kepercayaan mereka bahawa raja mempunyai kedudukan yang tertinggi dan mempunyai daulat. Pemikiran yang begini mungkin terbit daripada persepsi masyarakat silam terhadap peribadi seorang raja. Raja memberi kewujudan pada suatu tempat. Kewujudan raja memberi akar untuk bertaut di bumi dan segala aktiviti baru mendapat maknanya di bawah naungan raja tersebut. Selain itu, kewibawaan seorang raja menjadi lebih terserlah kerana seorang raja itu dilihat sebagai bayang Allah. Hamba datang ini pun hendak melihat raja itu akan Allah Taala di dalam dunia ini, barang siapa melihat raja seperti melihat Allah Taala , (hlm. 73). Hang Tuah menganggap raja itu ganti Allah Taala di dunia ini (hlm 232).Bersesuaian dengan masyarakat Melayu yang tinggi nilai budaya dan sopan serta berbudi bahasa jelas wujud di dalam HHT. Hang Tuah digambarkan sebagai seorang wira dan mempunyai tutur kata yang manis dan budi bahasanya yang santun serta sikapnya yang sentiasa merendah diri. Hang Tuah digambarkan gemar serta kasih segala orang yang melihat dia sehingga ke mana-mana dia pergi akan sentiasa dipuji dan dikasihi orang.

4. ANALISIS SINTAKSIS4.1 Jenis aksara dan sistem ejaan.Terdapat pelbagai edisi Hikayat Hang Tuah menggunakan tulisan jawi atau aksara jawi di dalam penulisan hikyat ini. Dalam analisis teks bahasa Melayu Klasik amnya, perlu diperhatikan perbezaan bentuk lahir teks antara naskah jawi atau edisi rumi. Dalam teks tulisan rumi didapati bahawa pelbagai kemudahan sudah disediakan di depan para pembaca seolah-olah kemudahan itu sudah tentu sedia ada dari permulaan zaman penciptaannya, sedangkan naskah-naskah tulisan jawi tidak mengenal sebarang tanda, perbezaan huruf besar dan huruf kecil dan tanda pemisah antara bab atau perenggan.4.2 Aspek BahasaPenggunaan penanda wacana digunakan sebagai tanda baca dalam naskah jawi untuk menunjukkan peralihan cerita, kesinambungan cerita atau gerak pertuturan cerita. Penggunaan penanda wacana untuk menjelaskan struktur ayat keteraturan fikiran seperti sebermula, adanya, adpun, alkisah, hatta, maka dan banyak lagi. Permulaan ayat yang sudah tidak ditemui dalam karya bahasa Melayu Moden.Pembentukan ayat yang panjang dan meleret-leret turut wujud dalam HHT. Ini kerana tiada penggunaan tanda baca menyebabkan ayat-ayat tunggal digabungkan menjadi ayat panjang, ayat pasif dan ayat songsang. Gaya bahasa seperti ini barangkali merupakan cara yang paling digemari pada zaman itu dan dipeturunkan zaman-berzaman sebagai warisan tradisional. Terdapat pelbagai jenis ayat yang ditemui dalam HHT seperti ayat tanya, ayat salinan, ayat perintah dan sebagainya.Penggunaan kosa kata yang banyak dipengaruhi kosa kata klasik seperti mastul (sejenis kain sutera yang kasar dan kuat), mukah (berzina), penaka (seperti, seolah-olah). Selain itu, penggunaan bahasa istana yang banyak digunakan dalam HHT seperti gering (sakit), berahi (suka), patik (hamba), beta (kata ganti diri untuk raja) dan banyak lagi. Penggunaan bahasa Arab dan Sanskrit juga turut digunakan dalam HHT, contohnya; raja, bentara dan shahadan.Selain itu, penggunaan unsur-unsur gaya bahasa turut digunakan oleh pengarang HHT untuk melahirkan sebuah karya klasik yang bernilai tinggi. Contohnya gaya bahasa anafora iaitu perlulangan ayat atau frasa yang terdapat pada baris ayat. Unsur simile juga ada iaitu perbandingan atau kiasan secara terus contohnya; seperti, bagai, umpama, laksana, bak dan macam. Unsur repetisi iaitu perulangan diksi atau frasa yang terdapat dalam ayat, baris atau perenggan. Matlamat penggunaanya adalah untuk menegaskan perkara yang hendak disampaikan. Unsur hiperbola ialah gaya perbandingan yang dibuat secara melampau atau berlebih-lebihan juga banyak digunakan oleh pengarang dalam HHT untuk menampakkan ia sebuah epik yang agung.

Sebuah karya klasik pasti menggunakan gaya bahasa seperti simpulan bahasa, peribahasa, pantun dan sebagainya. Penggunaan unsur ini dalam sesuatu karya adalah untuk memperindahkan gaya bahasa disamping untuk memberikan gambarab yang lebih tepat pada sesuatu peristiwa atau keadaan. Pengguaan atau unsur ini ialah idea yang disampaikan secara ringkas tetapi tersusun, indah, bijaksana dan penuh teliti serta mempunyai maksud tertentu di sebaliknya.Menurut Kassim Ahmad, bahasa yang terdapat di dalam HHT lebih menggambarkan alam fikiran Melayu yang bersahaja, lunak dan padat dan belum dipengaruhi oleh bahasa Arab. Penggunaan bahasa Arab yang terdapat di dalam buku ini menurut Kassim Ahmad ditambah kemudian. Perhatikan petikan yang berikut; Bismillahirrahmanirrahim; wabihi nastainu billahil-ala. Ini hikayat Hang Tuah yang amat setiawan pada tuannya dan terlalu sangat berbuat kebaktian kepada tuannya. Sekali persetua ada seorang raja keinderaan. Raja itu terlalu besar kerajaannya; pada segala raja-raja indera seorang pun tiada menyamai dia, sekalian menurut titahnya. Shahadan apabila baginda itu keluar diadap oleh segala raja dan menteri dan santeri, maka berapa pedang yang sudah terhunus kepada kiri kanan baginda itu dan berapa pula bentara memikul pedang berkatkan permata bertatahkan ranta mutu manikam.Daripada petikan pendek ini kita temui perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu setiawan, indera, raja, menteri, bentara, ratna; daripada bahasa Tamil iaitu santeri; daripada bahasa Jawa iaitu tatah; dan daripada bahasa Arab iaitu shahadan. Dengan demikian, pendapat Kassim Ahmad di atas boleh diterima dengan pengertian bahas Sanskrit, Tamil dan Jawa ketika itu telah sebati kepada pencerita atau penulis Hang Tuah ini.

5. Penutup5.1 Sumbangan Hikayat Hang Tuah Terhadap Perkembangan dan Peradaban Bangsa Melayu.Demikianlah dengan prinsip dan sikap Hang Tuah yang telah terpapar dalam Hikayat Hang Tuah, akhirnya Hang Tuah berjaya menjadi hamba yang sempurna, sehingga ia dikatakan tiada mati yakni tetap hidup dalam sanubari masyarakat Melayu. Sikap, keperibadian, kebijaksanaan, ketaatan, sopan santun, budi bahasa dan sebagainya menggambarkn masyarakat Melayu dahulu begitu mentaati raja dan pemerintah, dan ia boleh menjadi idola masyarakat Melayu zaman kini yang sudah tercemar dengan budaya barat yang semakin lama semakin terhakis sikap Melayunya yang pernah berada di puncak kegemilangan dan dikagumi oleh bangsa-bangsa asing yang pernah mengenali Melayu dahulu.Ungkapan takkan Melayu hilang di dunia merupakan harapan seorang wira masyarakat Melayu terhadap generasinya yang turun temurun supaya tidak akan pupus golongan masyarakat ini pada suatu masa nanti. Hang Tuah melambangkan tokoh individu yang bukan di kalangan bangsawan tetapi dengan harapan dan restu ibu bapanya telah meletakkan Hang Tuah sebaris dengan golongan yang sememangnya berdarah bangsawan.Karya Hang Tuah telah lahir dengan pelbagai versi. Sehingga sekarang masih tidak diketahui pengarang sebenar Hikayat Hang Tuah. Pengkajian teks ini berdasarkan kepada Hikayat Hang Tuah hasil kajian Sarjana melayu yang melakukan kajian secara ilmiah iaitu Kassim Ahmad. Edisi ini diterbitkan berdasarkan naskah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diperolehi dari simpanan Tengku Ibrahim, seorang kerabat di raja Kelantan.Melalui teks Hikayat hang Tuah telah meletakkan karya ini sebagai sebuah epik yang menaikkan peradaban bangsa Melayu. Penggunaan bahasanya yang menarik, pelbagai penggunaan bahasa, gaya bahasa yang indah dan disertai dengan sastera telah menarik minat golongan barat untuk menyimpanya sebagai satu khazanah yang tidak ternilai.Teks Hikayat hang Tuah telah memperlihatkan peranan bahasa Melayu di nusantara ini sebagai perkembangan budaya Melayu. Keseluruhan teks telah mencerita tentang budaya Melayu begitu indah, tersusun dan penuh dengan makna tersirat. Ini merupakan pemikiran dan budaya Melayu yang unik.Hikayat Hang Tuah juga melambangkan jati diri masyarakat yang berbangsa Melayu pada zaman dahulu. Jati diri sebagai Melayu tetap terpelihara walaupun bercampur gaul dengan bangsa lain. Penyatuan bangsa jelas kelihatan pada teks ini, walaupun kadangkala timbul elemen negetif dalam teks ini.Kesimpulannya teks Hikayat Hang Tuah ini telah memperlihatkan pelbagai rencah kehidupan, hubungan persahabatan, hubungan kekeluargaan, ketaatan seorang hamba rakyat, kepatuhan pada agama, kejayaan ekonomi, hubungan diplomatik dan penyampaian ilmu pengajaran yang digarap dengan baik dan halus sekali.

6. Bibliografi A. Bakar Hamid. (1983). Diskusi Sastera. Jilid 1 : Sastera Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. A. bakar Hamid. (1983). Peristiwa-Peristiwa Dari Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Annas Haji Ahmad. (1998). Sastera Melayu Lama dan Baru. Selangor: MASA Enterprise. Kassim Ahmad. (2008). Hikayat Hang Tuah, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriah Taslim (1995). Hikayat Hang Tuah: Sebuah Kitab Peraturan Segala hamba. Dewan Sastera. A. Samad Ahmad ( ed ), 1979, Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu ), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Teuku Iskandar, 1970, " Some Historical Sources Used By The Author Of Hikayat Hang Tuah ", dalam JMBRAS 42 ( II ), hlm. 39-47. Zaira Salim. (2009). Gambaran Sistem Sosiobudaya Melayu. Dewan Sastera. Sato Hirobumi @ Rahmat Abdullah. (2002). Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

1