kata hubung powerpoint.ppt
TRANSCRIPT
Definisi Kata hubung ialah perkataan yang
digunakan untuk menggabungkan: perkataan dengan perkataan; rangkai kata dengan rangkai kata;
dan ayat dengan ayat.
Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu: Kata hubung gabungan Kata hubung pancangan
Kata hubung pancangan relatif Kata hubung pancangan komplemen Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung pasangan
Kata Hubung Gabungan Dikenali juga sebagai kata
penyambung ayat.
Berfungsi menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga membentuk ayat majmuk.
Kata hubung gabungan Perkataan yang menghubungkan dua klausa
atau lebih yang setara sifatnya.
Ayat majmuk gabungan terbentuk hasil penggunaan kata hubung gabungan.
DAN Digunakan untuk menambahkan
subjek atau predikat dalam ayat.
Ayat contoh :
1. Zainab dan Raziah menggemari subjek Matematik. (penambahan subjek)
2. Puan Fauziah memasak rendang dan lemang. (penambahan predikat)
ATAU Digunakan untuk menunjukkan
sesuatu pilihan.
Ayat contoh :
1. Mereka hendak pergi melancong ke Korea atau Vietnam?
2. Para pelajar boleh menghadiri kelas tambahan di sekolah atau di pusat tuisyen.
TETAPI
Digunakan untuk menunjukkan maksud yang berlawanan.
1. Puan Ilyana seorang ibu yang tegas
tetapi penyayang.
2. Yani ingin mengajukan soalan dalam
ceramah itu tetapi dia tidak mempunyai
keyakinan diri.
LALU
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan itu dilakukan secara berturut-turut.
Ayat contoh :1. Tamin mengeluarkan kad tambang dari
koceknya lalu membayar tambang bas.
2. Ibu menghiris bawang merah lalu digorengnya untuk dijadikan bawang goreng.
SAMBIL Digunakan untuk menunjukkan
sesuatu perbuatan itu dilakukan serentak atau pada masa yang sama.
Ayat contoh :Adik Maisarah menangis
sambil menghentak – hentakkan kakinya di lantai.
SERTA Digunakan untuk menunjukkan
sesuatu perbuatan yang dilakukan satu demi satu atau membawa maksud “dan selepas itu”.
Ayat contoh :Hani melipat selimut serta mengemaskan katilnya pada waktu pagi.
KEMUDIAN Digunakan untuk menunjukkan
maksud “selepas itu”.
Ayat contoh :
Dedaun kering itu dikumpulkan kemudian dimasukkan ke dalam plastik sampah.
MALAHAN Digunakan untuk menunjukkan
maksud “bahkan” atau “sedangkan”.
Ayat contoh :
Bukan sahaja Rahman yang menang malahan kawan baiknya turut mencapai kemenangan dalam pertandingan menyanyi itu.
KECUALI / MELAINKAN Digunakan untuk menunjukkan
pengecualian
Ayat contoh :
Abang Yusri bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.
Kata hubung gabungan Contoh
Atau Saya hendak makan mi atau nasi lemak
Dan Saya dan adik bermain di taman
Lalu Dia masuk ke bilik lalu menyalin pakaian
Kemudian Sila baca petikan kemudian jawab semua soalan.
Sambil Bapa mendengar radio sambil membaca surat khabar
Maka Apabila melihat polis telah pergi semua maka dia pun
keluarlah.
Serta Ali, Abu serta Ahmad tidak hadir ke sekolah
Tetapi Saya rajin tetapi saya tidak pandai belajar
Sebab Ali sedih sebab kucingnya belum pulang lagi
Kalau Kamu akan dipenjara kalau melakukan kesalahan
Supaya Kita harus mandi selalu supaya kelihatan bersih