kata prafrasa & pscafrasa

41
KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA oleh: Fadey IdAyu NurulF Zuwa SitiNur

Upload: fadhilah-atikah

Post on 11-Aug-2015

245 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Prafrasa & Pscafrasa

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA

oleh:

Fadey IdAyuNurulFZuwa

SitiNur

Page 2: Kata Prafrasa & Pscafrasa

• Sejumlah perkataan yang hadir sebelum dan sesudah frasa sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

• Mendukung tugas menonjolkan maksud yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu, menguatkan, menegas, menafikan, memerikan, menyediakan, menunjukkan arah dan membilang.

• PRAFRASA-- Perkataan yang hadir sebelum frasa

• PASCAFRASA– Perkataan yang hadir sesudah frasa

Page 3: Kata Prafrasa & Pscafrasa

JENIS KATA PRAFRASA PASCAFRASA

KATA BANTU /

KATA PENGUAT / /

KATA PENEGAS / /

KATA NAFI /

KATA PEMERI /

KATA SENDI NAMA /

KATA ARAH /

KATA BILANGAN /

KATA ADVERBA / /

Page 4: Kata Prafrasa & Pscafrasa

KATA BANTU

• Jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari aspek waktu atau ragam.

• Terbahagi kepada dua – Kata bantu aspek– Kata bantu ragam

Page 5: Kata Prafrasa & Pscafrasa

Kata bantu aspek

• Menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan.

telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula, belum

• Cth:Pekerja itu telah pulang.Murid-murid itu baru tiba.Ahmad akan ke sana esok.

Page 6: Kata Prafrasa & Pscafrasa

Kata bantu ragam• Bentuk kata yang menyatakan atau

menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan dilakukan.

• Cth:Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik.Mereka mesti ke pejabat segera.Mereka mungkin lambat sedikit.

hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, enggan, patut, mungkin

Page 7: Kata Prafrasa & Pscafrasa

KATA PENGUAT

• Kata penguat bertugas menguatkan maksud kata adjektif.

• Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata atau frasa adjektif.

• Tiga jenis iaitu kata penguat -Kata penguat hadapan,-kata penguat belakang -kata penguat bebas.

Page 8: Kata Prafrasa & Pscafrasa

Jenis Penggunaan dan Contoh

Ayat Contoh 

Kata penguat hadapan

Digunakan di hadapan kata adjektif dalam ayat.Contoh: agak, paling, terlalu, cukup, makin dan kurang

1. Fikirannya agak buntu apabila memikirkan masalah yang dihadapinya itu.2. Rumah banglo itu terlalu besar baginya.

Kata penguat belakang

Digunakan di belakang kata adjektif dalam ayat.Contoh: benar, betul, nian dan sekali

1. Petah nian pelajar itu berpidato.2. Sukar sekali baginya untuk memahami pelajaran yang diajar oleh gurunya itu.

Kata penguat bebas

Boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif dalam ayat.Contoh: amat, sangat dan sungguh

1.a) Karangan yang ditulis oleh pelajar itu sangat panjang. b) Karangan yang ditulis oleh pelajar itu panjang sangat.2.a) Potongan badan peragawati itu sungguh menarik. b) Potongan badan peragawati itu manariksungguh.

Page 9: Kata Prafrasa & Pscafrasa

KATA PENEGAS

• Disebut sebagai partikel atau kata penyerta.• Perkataan yang memberikan penekanan pada

bahagian- bahagian tertentu dalam ayat.• Kata penegas - kah, -tah, dan -lah merupakan

bentuk pascafarasa.

Page 10: Kata Prafrasa & Pscafrasa

Dua Jenis Kata PenegasJenis Kata Penegas Kata Penegas Contoh Penggunaan

Frasa predikat atau bahagian dalam predikat

-kah, -tah, - lah

Siapakah yang memakai baju merah itu? Yang itulah murid baru sekolah ini.

Apatah usaha kita menghidupkan semula pekan teater ini.

Frasa subjek atau frasa predikat

juga, pun, hanya, jua,lagi, memang, sahaja

Pegawai juga mesti hadir (subjek) Pegawai mesti hadir juga (predikat)

Hanya dia sahabat baik saya. ( Subjek )

Encik Abu pun datang, tentu sekali pekerjanya datang jua. ( subjek & predikat )

Page 11: Kata Prafrasa & Pscafrasa

• * Kehadiran -kah, -tah, -lah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan.

• Kata penegas hanya, memang, juga, jua, pun dan lagi bebas dari segi kehadirannya dalam ayat.

Page 12: Kata Prafrasa & Pscafrasa

KATA NAFI

• Hadir sebelum frasa• Perkataan yang menjadi unsur nafi frasa- frasa

predikat. • Dua bentuk kata nafi

– bukan– tidak

Page 13: Kata Prafrasa & Pscafrasa

• Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama.

• Contohnya: – Beg itu bukan untuk adik.– Bas itu bukan dari Segamat.

Page 14: Kata Prafrasa & Pscafrasa

• Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.

• Contohnya:– Bapanya tidak turun ke sawah semalam.– Baju itu tidak cantik.

Page 15: Kata Prafrasa & Pscafrasa

• Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua- dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.

• Contoh:– Ucapanya bukan menghina kita, tetapi sekadar

mengingatkan kita sahaja. – Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain

sahaja.

Page 16: Kata Prafrasa & Pscafrasa

ialah adalahDigunakan sebelum predikat untuk menandakan persamaan antara frasa subjek dengan frasa utama dalam predikat.

contoh: Tindakan kerajaan menetapkan mata wang ialah usaha melindungi ekonomi negara daripada serangan luar.

Digunakan sebelum predikat sebagai huraian bagi frasa subjek.

Frasa predikat biasanya menjawab soalan ``apakah''

Contoh: Makanan seimbang adalah makanan yang diambil secara sederhana serta pelbagai jenis.

• Kata pemeri bertugas merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek.

• Dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

KATA PEMERI

Page 17: Kata Prafrasa & Pscafrasa

• Penggunaan kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama.

• Contoh:– Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu

ialah masalah moral negara.

• Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

• Contoh: – makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan. – sumbangan besar beliau adalah dari segi

peningkatan ekonomi rakyat luar negara.

Page 18: Kata Prafrasa & Pscafrasa

INGAT !!!!

• Penggunaan kata pemeri amat terbatas. • kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa

kerja atau kata kerja.

• Contoh kesalahan:– Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong- royong

bermula pada bulan hadapan.– Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa

jatuh pada hari Isnin.

Page 19: Kata Prafrasa & Pscafrasa

Kata sendi namaPerkataan yang letaknya di hadapan frasa nama

Namun tiap-tiap satu mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan

Penggunaannya ditentukan oleh peraturan yang khusus.

Page 20: Kata Prafrasa & Pscafrasa

di bagi laksana antarake demi sejak untuk

dari tentang terhadap dengan

daripada seperti akan dalamkepada bagai oleh sampai

pada umpama hingga

Rujuk buku m/s 265

Page 21: Kata Prafrasa & Pscafrasa

• Antara KSN ini terdapat juga beberapa bentuk yang menganggotai golongan kata yang lain

– akan (juga berfungsi sebagai kata bantu)

– dalam (juga berfungsi sebagai kata arah dan kata adjektif)

– sampai (juga berfungsi sebagai kata kerja)

– antara (juga berfungsi sebagai kata arah)

Page 22: Kata Prafrasa & Pscafrasa

Contoh Ibunya bekerja di sekolah itu.

Kami dipersilakan masuk ke dewan itu. (tempat/arah)

Isteri yang setia itu berada di sisi suaminya ke saat terakhir. (waktu/masa)

Bola itu ditendang dari penjuru padang. (tempat/arah)

Mesyuarat itu akan diadakan dari pukul sembilan pagi hingga pukul empat petang. (waktu/masa)

Page 23: Kata Prafrasa & Pscafrasa

Sumbangan daripada kerajaan sudah diterima. (menyatakan punca bagi manusia, haiwan,benda, dan unsur mujarad)

Semua ubatnya daripada akar kayu. (menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda)

Cara berfikirnya lain daripada yang lain. (menunjukkan perbezaan atau perbandingan)

Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. (menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad)

Page 24: Kata Prafrasa & Pscafrasa

Ibu bapa telah menghantar surat bantahan kepada sekolah tersebut. (KSN kepada boleh juga digunakan di hadapan kata nama/frasa nama yang merujuk situasi yang ada kaitan dengan manusia)

Waktu persekolahan dipecahkan kepada sesi padi dan sesi petang. (menyatakan pecahan)

Suhu badannya meningkat kepada 39°C. (menyatakan perubahan keadaan).

Pada ketika itu saya sedang tidur. (menunjukkan keterangan waktu apabila mendahului kata nama yang menyatakan waktu/masa)

Page 25: Kata Prafrasa & Pscafrasa

• Jam itu ada pada Ali. (KSN “pada” apabila didahului “ada” mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan)

• Layang-layang itu tersangkut pada tiang telefon. (sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang merujuk tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja)

• Kereta itu untuk/bagi kegunaan pejabat sahaja. (menunjukkan kegunaan untuk sesuatu.KSN untuk dapat bervariasi dengan KSN bagi)

• Pakaian baharu itu untuk adik. (menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi)

Page 26: Kata Prafrasa & Pscafrasa

• Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara. (demi bertugas membawa maksud tujuan)

• Demi Allah, aku tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu. (demi digunakan sebagai unsur penegas dalam ungkapan)

• Buku itu disusun di atas meja satu demi satu. (demi digunakan dalam ungkapan untuk melahirkan makna urutan satu atau sekumpulan)

• Kami berbual tentang kejadian rompakan itu.

• Anak panah itu mengenai dada penjahat itu. (KSN tentang sering juga digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai)

Page 27: Kata Prafrasa & Pscafrasa

• Murid baharu itu kebingungan seperti/bagai/umpama/laksana rusa masuk kampung. (KSN mempunyai fungsi yang sama yang membawa maksud perbandingan)

Rujuk m/s 279

Page 28: Kata Prafrasa & Pscafrasa

Kata arah

• Perkataan yang hadir sebelum frasa nama

• Lazimnya sesudah KSN untuk menunjukkan hala atau jurusan.

Page 29: Kata Prafrasa & Pscafrasa

atas antara bawah tepi belakang tengah

dalam luar sisi penjuru sudut segiselatan samping timur barat hadapan utara

Rujuk buku m/s 286

Page 30: Kata Prafrasa & Pscafrasa

KATA BILANGAN Sejumlah perkataan yang menjadi

penerang pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.

Terdapat beberapa jenis mengikut ciri maknanya:

a) Kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal.

• Cth: dua, dua puluh, tiga ratus• Cth ayat: Harga barang itu dua puluh

ringgit.

Page 31: Kata Prafrasa & Pscafrasa

b) Kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu.

cth: segala, semua, para cth ayat: -Segala persiapan telah dibuat.

-Banyak orang telah menyertai peraduan itu.o c) Kata bilangan yang membawa maksud

himpunan. cth: beratus-ratus, ketiga,tiga cth ayat: Beratus-ratus orang telah kehilangan

rumah akibat kebakaran itu.o d) Kata bilangan yang membawa maksud pisahan.

cth: masing-masing, tiap-tiapcth ayat: Masing-masing pelajar membawa makanannya sendiri.

Page 32: Kata Prafrasa & Pscafrasa

e) Kata bilangan yang membawa maksud pecahan. cth: setengah, sepertiga,separuh cth ayat: Separuh hartanya akan

diserahkan kepada rumah anak yatim.

Page 33: Kata Prafrasa & Pscafrasa

KATA ADVERBAPerkataan yang menerangkan kata

kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat.

Kata adverba dapat hadir di hadapan dan di belakang frasa.

Cth ayat: -Kami selalu memperkatakan hal itu.

-Olahragawan itu sihat sentiasa.

Page 34: Kata Prafrasa & Pscafrasa

Bentuk Kata Adverba4 bentuk: a) kata adverba jati b) kata adverba yang asalnya kata adjektif c) kata adverba yang asalnya kata kerja d) kata adverba bentuk gandaan

Page 35: Kata Prafrasa & Pscafrasa

a)Kata adverba jati

penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjeftif dan frasa adjektif atau frasa sendi nama, yang tidak termasuk ke dalam mana-mana golongan kata lain.

Cth : - semalam - kerap kali - kelmarin - tadi

• Cth ayat: Pegawai itu sentiasa sahaja di sini.

Page 36: Kata Prafrasa & Pscafrasa

b) Kata adverba yang asalnya kata adjektifPenerang kepada kata kerja, kata

asjektif, atau frasa sendi nama.Cth: berjalan laju - sakit kuat

ketawa besar - mengalir lesuCth ayat : Anak bongsu Pak Busu sudah besar panjang.

Page 37: Kata Prafrasa & Pscafrasa

c) Kata adverba yang asalnya kata kerjaKata yang berasal daripada kata kerja yang

berfungsi sebagai penerang kepada kata adjektif,kata kerja, atau kata sendi nama.

Cth : berjalan mengiring - hitam berkilat

terbang meninggi - merah menyala

Cth ayat : Kulit tuan puteri itu putih berseri.

Page 38: Kata Prafrasa & Pscafrasa

d) Kata adverba bentuk gandaan

Kata adverba yang mengalami proses penggandaan yang berfungsi sebagai penerang kepada kata adjektif, kata kerja, atau frasa sendi nama.

Tiga bentuk kata adverba berganda:

- kata adevrba penggandaan penuh

-kata adverba penggandaan separa

-kata penggandaan berentak

Page 39: Kata Prafrasa & Pscafrasa

i) Kata adverba penggandaan penuhPerkataan yang terhasil daripada

proses meggandakan seluruh kata dasarnya.

Cth : betu-betul sedikit-sedikitCth ayat: Dia betul-betul gembira

dengan kepulangan anaknya yang telah lama berpisah.

Page 40: Kata Prafrasa & Pscafrasa

ii) Kat adverba penggandaan separaTerhasil daripada proses

menggandakan kata dasarnya, yang mengandungi imbuhan tanpa menggandakan imbuhannya.

Cth: berdikit-dikit terkial-kialCth ayat : Mereka sesat bermalam-

malam di puncak gunung.

Page 41: Kata Prafrasa & Pscafrasa

iii) Kata adverba penggandaan berentakTerhasil daripada proses

meggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu.

Cth: menangis sedu-sedan berbunyi hingar-bingar

Cth ayat : Anak itu menangis sedu-sedan apabila ditinggalkan ibunya.