archive.ivaa-online.orgarchive.ivaa-online.org/files/uploads/texts/016-020 katalog nuansa... ·...

5
"Cili" dengan gaya post - realis ketika menanti kelahiran puter sulungnya . la tertarik dengan warna panas tropika yang berbeza daripada warna tanahair asalnya. Dalam sirl"'Diari-Ku" Shoko ingin berkongsi pengalaman dengan alam yang dilaluinya . la berjalan ' ke kampung-kampung dan mengumpulkan catatan. Tentu saja catatan inilah menjadi kenyataannya. "Diari-Ku 1986" mengukuhkan 'pertanyaan' . Ibu biri-biri dengan bulu tebalnya berjalan seiring dengan anaknya. Tetapi bad an biri-biri ditindihi dengan potongan atau perca kain yang telah siap dilabel 'KL, Klang, Okey?'. Memang ada jenaka dalam karyanya tetapi juga membawa kesan sin is. Inilah naluri seniman selalu mengajak kita agar berfikir dan bertindak lebih harmon is. Kecintaan terhadap alam sejarah dan warisan merupakan tumpuan oleh pelukis cat air Vuen Chee Ling . la pernah mendapat didikan di Maktab Perguruan Pulau Pinang (1971 - 1973) dan kemudian berpeluang mengikuti kursus di Universiti Sains Malaysia (1980 - 1981) dan seterusnya berpeluang ke University of the Philippines. (MFA 1986). Sejak tahun 1981 pelukis telah terlibat berpameran samada di dalam ataupun luar negara. Bahan cat air dalam catan Yuen Chee Ling di pameran ini tidak berdiri sendiri. la menggunakan potongan kertas tambahan bagi mengwujudkan kesan bentuk dan ruang. Dalam " Wayang Pokok" pelukis mengambil konsep gerakbayang wayang kulit dengan menggunakan motif pokok. Bentuk bumbung rumah di belakang pokok dicipta dengan menempelkan potongan kertaswarnadisapu cerah gelapseakan teknikairbrush dengan menimbulkan kesan seperti pintu atau jendela. T eknik cat air yang sarna juga digunakan dalam " Pohon Tempatan" . Lapisan warna membentuk ukiran dengan imej figura. SeniTekstil. Empat orang pelukis yang menyertakan karya seni tekstil ialah Fat i mah Chik, Kalsom Muda, Zaleha Zainuddin dan Zaliha Shaari. Tekstil yang telah berkembang sejak dalam zaman Yunani Purba ataupun Dinasti Sung dengan penemuan ulat sutera , memang telah menarik ramai pencipta seni tanahair. Keempat orang ini memang mendapat latihan dalam kajian Seni Reka Tekstil di ITM sebelum melanjutkan bidang yang sama di luar negara . Fatimah Chik memang sudah tidak anih lagi dalam menghasil karya dua dimensi dengan teknik batik, iaitu salah satu teknik yang mula berkembang lebih kemudian jika dibandingkan dengan tenunan ikat ataupun songket. Perhatian terhadap teknik ini mula digarapnya dengan serius khususnya apabila beliau menumpukan perhatian terhadap seni hias Nusantara melalui motif gunungan, puncak rebung , wayang kulit. la mula meneliti motif kain pua kumbu, patola dan cindai . Kesannya ia tidak ragu-ragu lagi memetik, menyusun dan mencipta catano Yang menarik pelukis ini terus menerus melibatkan diri dengan kegiatan seni tekstil seperti dalam pameran batik, ikat celup ataupun bergabung dalam pameran anjuran Balai Seni Lukis . Seperti umumnya teknik bat i k, kita dapat menemukan garis-garis pecahan retak lilin. Dalam siri Nusantara, yang dikekalkan ialah motif pucuk rebung , atau gunungan, disusun sama ada dalam corak melintang atau meneg2 i \. Ukuran kainnya kadang-kadang persegi panjang seperti ukuran pua kumbu atau batik lepas. Karya Fatimah penuh unsur hiasan tetapi seni dekoratif ini tetap membawa kesan artistik. Dalam "Nusantara - Fajar Menyinsing" Fatimah tetap menggunakan motif pucuk rebung, awan larat dengan susunan warna ungu merah sebagai lambang kecerahan menjelang siang hari. Kalsom Muda juga adalah lulusan daripada Kajian Seni Lukis dan Seni Reka ITM (1969 - 72) kemudian berpeluang belajar di London College of Fashion (1972 - 1974) 1 dan di Syracuse

Upload: trinhnga

Post on 06-Mar-2018

263 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: archive.ivaa-online.orgarchive.ivaa-online.org/files/uploads/texts/016-020 katalog Nuansa... · Kini ia berdiri dan tampak sebagai seni catan lukisan Cina dengan pemandangan awan,

"Cili" dengan gaya post - realis ketika menanti kelahiran puter sulungnya. la tertarik dengan warna panas tropika yang berbeza daripada warna tanahair asalnya. Dalam sirl"'Diari-Ku" Shoko ingin berkongsi pengalaman dengan alam yang dilaluinya. la berjalan 'ke kampung-kampung dan mengumpulkan catatan. Tentu saja catatan inilah menjadi kenyataannya. "Diari-Ku 1986" mengukuhkan 'pertanyaan'. Ibu biri-biri dengan bulu tebalnya berjalan seiring dengan anaknya. Tetapi bad an biri-biri ditindihi dengan potongan atau perca kain yang telah siap dilabel 'KL, Klang, Okey?'. Memang ada jenaka dalam karyanya tetapi juga membawa kesan sin is. Inilah naluri seniman selalu mengajak kita agar berfikir dan bertindak lebih harmon is.

Kecintaan terhadap alam sejarah dan warisan merupakan tumpuan oleh pelukis cat air Vuen Chee Ling. la pernah mendapat didikan di Maktab Perguruan Pulau Pinang (1971 - 1973) dan kemudian berpeluang mengikuti kursus di Universiti Sains Malaysia (1980 - 1981) dan seterusnya berpeluang ke University of the Philippines. (MFA 1986). Sejak tahun 1981 pelukis telah terlibat berpameran samada di dalam ataupun luar negara. Bahan cat air dalam catan Yuen Chee Ling di pameran ini tidak berdiri sendiri. la menggunakan potongan kertas tambahan bagi mengwujudkan kesan bentuk dan ruang. Dalam"Wayang Pokok" pelukis mengambil konsep gerakbayang wayang kulit dengan menggunakan motif pokok. Bentuk bumbung rumah di belakang pokok dicipta dengan menempelkan potongan kertaswarnadisapu cerah gelapseakan teknikairbrush dengan menimbulkan kesan seperti pintu atau jendela. T eknik cat air yang sarna juga digunakan dalam "Pohon Tempatan". Lapisan warna membentuk ukiran dengan imej figura.

SeniTekstil.

Empat orang pelukis yang menyertakan karya seni tekstil ialah Fatimah Chik, Kalsom Muda, Zaleha Zainuddin dan Zaliha Shaari. Tekstil yang telah berkembang sejak dalam zaman Yunani Purba ataupun Dinasti Sung dengan penemuan ulat sutera, memang telah menarik ramai pencipta seni tanahair. Keempat orang ini memang mendapat latihan dalam kajian Seni Reka Tekstil di ITM sebelum melanjutkan bidang yang sama di luar negara.

Fatimah Chik memang sudah tidak anih lagi dalam menghasil karya dua dimensi dengan teknik batik, iaitu salah satu teknik yang mula berkembang lebih kemudian jika dibandingkan dengan tenunan ikat ataupun songket. Perhatian terhadap teknik ini mula digarapnya dengan serius khususnya apabila beliau menumpukan perhatian terhadap seni hias Nusantara melalui motif gunungan, puncak rebung, wayang kulit. la mula meneliti motif kain pua kumbu, patola dan cindai . Kesannya ia tidak ragu-ragu lagi memetik, menyusun dan mencipta catano Yang menarik pelukis ini terus menerus melibatkan diri dengan kegiatan seni tekstil seperti dalam pameran batik, ikat celup ataupun bergabung dalam pameran anjuran Balai Seni Lukis. Seperti umumnya teknik batik, kita dapat menemukan garis-garis pecahan retak lilin. Dalam siri Nusantara, yang dikekalkan ialah motif pucuk rebung, atau gunungan, disusun sama ada dalam corak melintang atau meneg2i\. Ukuran kainnya kadang-kadang persegi panjang seperti ukuran pua kumbu atau batik lepas. Karya Fatimah penuh unsur hiasan tetapi seni dekoratif ini tetap membawa kesan artistik. Dalam "Nusantara - Fajar Menyinsing" Fatimah tetap menggunakan motif pucuk rebung, awan larat dengan susunan warna ungu merah sebagai lambang kecerahan menjelang siang hari.

Kalsom Muda juga adalah lulusan daripada Kajian Seni Lukis dan Seni Reka ITM (1969 -72) kemudian berpeluang belajar di London College of Fashion (1972 - 1974) 1 dan di Syracuse

Page 2: archive.ivaa-online.orgarchive.ivaa-online.org/files/uploads/texts/016-020 katalog Nuansa... · Kini ia berdiri dan tampak sebagai seni catan lukisan Cina dengan pemandangan awan,

University, New York (MFA, 9982). la turut terl ibat dalam mereka bentuk pakaian MAS (1983), 'Fabric Montage', Fabric Anza, (1988) serta pameran bersama anjuran Balai Seni Lukis Negara ataupun Persatuan Pelukis Malaysia "Siri Bintang" memperlihatkan kesedaran terhadap alam. Bahan fabric pelbagai warna dijahit tampal tanpa meninggalkan kesan kerja-kerja seorang tukang. Kini ia berdiri dan tampak sebagai seni catan lukisan Cina dengan pemandangan awan, air dan taburan cahaya bintang. Warna yang meriah berselang seli dengan garis-garis zigzag seakan-akan halus menunjungi lapisan ruang karya seni tekstil ini.

Kain pelangi berkembang ke alam Nusantara hampir seiring dengan kemasukan cindai (patola) daripada India. Pelangi atau bandhana yang dihasilkan dengan proses ikat dan celup juga mendapat perhatian pelukis semasa. Zaleha Zainuddin yang berkelulusan Seni Tekstil, University of Michigan (MFA) ini memang menumpu langsung kepada bahan dan teknik pelangi disamping melibatkan diri dengan mereka bentuk pakaian dan seni dalaman. "Siri Mata Hati" telah dihasilkan sejak tahun 1988 mengekalkan proses, teknik, dan ragam hias kain pelangi. Namun begitu Zaleha seakan mengajak kita lebih menyedari tentang sanubari insani. Mata hati lebih memberi erti dalam kehidupan manusia. 'Hati ' dalam karya ini adalah penggerak segalanya. Motif ini berada di tengah dansekelilingnyadiperciki dengan pecahanwarna merah hitam dan putih. Kadang kala ia memasukkan motif tumbuhan kecil ("Siri Mata Hati" 1988). Warna-warna celupannya memang warna ranggi sesuai dengan imej mata hati yang menjadi subjek pentingnya.

Salah seorang lagi pelukis yang menumpukan kepada seni tekstil ialah Zaliha Shaari . Beliau mendapat pendidikan asas seni di ITM (1978) dan dalam bidang Rekabentuk Tekstil daripada Universiti of Kansas, USA (1990). Pengalamannya sebagai juru runding reka bentuk dengan jabatan diplomatik, MAS, Keretapi Malaysia telah melibatkannya dengan kerja yang berhubungan dengan seni tekstil. Bagi Zaliha, kerja-kerja seni tekstil adalah refleksi daripada kepakaran estetika. la menggunakan teknik resis , ikat celup, jahitan mesin langsung ke atas kain (fabric crayon) . Ini bererti fabrik tidak sekadar fabrik lagi. Seni tekstil dapat seimbang dengan nilai kemurnian seni. Pengalaman musim dingin yang pernah dialaminya menjadi inspirasi terhadap seni teksti l. "Karang Musim Dingin" dengan hamparan kain yang panjang mempamerkan kesan tampak pemandangan lembut (salji) dengan warna gelap sebagai kesan unggukan benteng karang. Warn a disusun dengan tampalan fabrik serta pecahan warna ikat celup.

Gurisan

Gurisan sebagai salah satu teknik seni cetak juga mendapat perhatian pelukis-pelukis Malaysia. Dalam pameran ini karya dengan teknik ini dihasilkan oleh lise Noor dan Norma Abbas.

lise Noor memang terkenal sebagai illustrator dan terl ibat dengan dunia teater kanak-kanak melalui projek Sang Kancil. la mendapat latihan asas seni lukis di Cologne dan seni grafik di Munich dibawah tunjuk ajar Prof. Franz Nagel. Selama di Malaysia lise telah menghasilkan buku kanak­kanak Cenderawasih: Tujuh Mimpi Tujuh Istana 1990, disamping terlibat dengan kegiatan pelukis tempatan. Dalam pameran ini lise memaparkan kepekaannya terhadap alam dan kehidupan. Melalui "Bunuhku -Aku akan Menyanyi" ia cuba menjelmakan kembali semangat sang unggas yang dibunuh. Sayap atau bulu burung menjulur ke bawah, kaki terkulai lemah dan kaku. Tetapi pelukis bakal mewakili semangat sang unggas walaupun ada tangan-tangan jahil cuba memusnahkan

. kehidupan namun masih ada yang merestui iaitu dengan rasa kasih sayang. Kasih sayang ini juga

Page 3: archive.ivaa-online.orgarchive.ivaa-online.org/files/uploads/texts/016-020 katalog Nuansa... · Kini ia berdiri dan tampak sebagai seni catan lukisan Cina dengan pemandangan awan,

yang menggerakkan lise Noor untuk terus mengabadikan lakaran atau gurisan bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia.

Norma Abbas menghasilkan figuratif bebas melarui teknik gurisan dan pastel. Norma memang terdidik dalam bidang 'Autographing Printmaking' di Chelsea School of Art, London (MFA 1982). Sebelum itu ia berkelulusan dalam bidang seni cetak dan tekstil (ITM, 1972). Pengalaman sebagai perekabentuk grafik jelas terbawa dalam karya seni seperti yang dipamerkan. Norma memilih profil lelaki (Rama Raja I, II, III) yang memperlihatkan 'kehebatan Rama'. Dalam konteks tradisi, 'Rama' memang membawa makna yang sudah tidak asing lagi dalam budaya Nusantara. Apakah ini yang ingin ditonjolkan oleh pelukis? Warn a-warn a pastel dan teknik gurisannya memantapkan lagi sang tokohnya. Kemeriahan warna (ungu - hijau) mengingatkan kita dengan "Buste de Femme" oleh Picasso (1959) iaitu profil wanita dengan garis kontor dan berlatar kuning, merah, baju berbintik merah di atas kain hijau. Ciri-ciri begini juga terlihat dalam karya Norma. Warnanya berani. Tiga keping karya dijejerkan seiring. Pot ret lelaki dengan latar belakang ungu di kiri , teknik gurisan di tengah dan potret berlatar hijau di kanan. Gaya ini bagai memaparkan tahap perkembangan suasana autographic sesuai dengan bidang kepakaran pelukis ini.

Bahan Campuran dan Lain-lain

Khatijah Sanusi dan Ng Buan Cher bertolak dari alam persekitaran dengan mengolah bahan­bahan campuran. Khatijah yang terdidik daripada W.A. Art Teacher's Australia, kemudian di Temple University, Philadelphia USA (1986 -1988) ini memang sejak dulu berkesedaran terhadap seni hias tempatan. Akhir-akhir ini minatnya makin berkembang ke arah Seni Tamaddun Islam dengan menerbitkan kertas kerja seperti "The Visual Art an Islamic Perspective" (1986) dan "Islamization of the Arts -School of Art and Design, ITM Malaysia" (1989) . Dalam pameran 'Seni cipta Puteri Malaysia (1982) Khatijah memang tidak lari dari konsep seni hias. "Jalur Vertikal" menyusun unsur-unsur seni lukis dengan warna-warna hijau lembut berselang seli dengan tona kuning persegi dan garis-garis organik. Ciri ini masih berkesinambungan hingga kini. Dalam pameran ini Khatijah memberi judul karyanya sebagai "Batik" (1987). Karya ini masih mengekalkan gaya asalnya. Ruang dibentuk malalui susunan garis dan warna-warnanya tetap lembut, disusun menyerong bagai susun kepala kain batik yang dipotong di tengahnya. Motif flora dan fauna melengkapkan lagi imej kain batik.

Ng Buan Cher juga menampilkan catan dengan bahan campuran. Warna-warnanya lembut dengan garis-garis atau titik halus tumbuh di sanasini.la menggabungkan gaya seni klasik China dan Barat. Ini sesuai sekali dengan pengalaman dan pendidikan seni yang dilaluinya. la berkelulusan diploma seni daripada Akademi Seni Kebangsaan Taipe (1969), kemudian berpeluang belajar ke Chelsea School of Art London (1978) dalam seni cetak. Penglibatan berpameran juga meluas. la ikut serta mempamerkan kerjanya dalam Pameran 'Ink-Printing' (1983) juga Contemporary Malaysian -Chinese Painting (1985). Karyanya menggabungkan bahan cat air dan tinta. Tetapi kesannya ialah catan bebas yang penuh ekspresi. Dalam "Muzik Pagi" yang memberi kesan ialah kelengangan, keheningan dengan susunan warna putih di bahagian atas di sinari titik-titik merah-putih. Manakala ruang bawah diimbangi warna biru tua kelam. Dalam kelengangan masih ada irama suara dan percakapan dalaman man usia.

Ruzaika Omar Basaree memang telah manghasilkan karya-karya seni yang merujuk kepada objeksebenar sejak lebih sepuluh tahun yang lalu. Beberapa istilah telah disebutdalam memperkatakan

Page 4: archive.ivaa-online.orgarchive.ivaa-online.org/files/uploads/texts/016-020 katalog Nuansa... · Kini ia berdiri dan tampak sebagai seni catan lukisan Cina dengan pemandangan awan,

karya pelukis ini seperti 'karya miniatur' ataupun artis minimalist yang memaparkan konsep kenyataan objek dengan suasana keindahan(Sabapathy, Piyadasa: 50) . Ruzaika memegang Ijazah Sarjana Seni Pendidikan daripada University of Illinois, USA iaitu setelah lebih dahulu mengikuti kursus diploma di ITM Sebagai pendidik seni di ITM, Ruzaika cuba meneruskan kesedaran seni dan budaya warisan. la mengangkat realiti ke ruang seni yang patut dihargai. Seni ukir yang terbiar atau yang dilupakan cuba dihidupkan lagi. Kesedaran ini makin mengukuh konsep seninya apabila ia bertugas di Terengganu. "Siri Dungun" (1978) mengatur ukiran jendela yang, ... 'menyarankan nilai mistik yang ditempatkan dalam konteks kebudayaan baru (Syed Ahmad : 32). Ruzaika sendiri akhir-akhir ini mengakui, 'saya ingin dan selalu berkesadaran inilah karya "asli" yang dipinjam melalui ragam hias tradisi'. Karya yang dipamerkan di sini ialah model miniatur yang disusun gubah dengan motif-motif geometrik dan organik. Warna-warna hanya perantaraan bagi menjelmakan ragam hias ukiran. "Siri Ragam Hias" ini telah berkembang sejak tahun 1980an dan sekarang kekal sebagai identiti Ruzaika.

Ham Rabeah Kamarun adalah lulusan bidang seni keramik, mempunyai diploma dari United Kingdom (1972) dan sarjana seni halus keramik, New York (1984) . Penglihatannya dalam seni keramik atau tembikar moden Malaysia memang telah diakui. la sering diundang membimbing bengkel Tembikar (Balai Seni Lukis, 1989). Karya seni keramiknya lebih bersifat bebas yang 'membentuk' -"struktur" bagai pohon tumbuh, kekar dan berkembang ke atas. Tetapi dalam pameran ini Ham Rabeah menampilkan "Lakaran Struktur". Semua lakarannya menggunakan bahan arang dan 'conte' yang jelas sebagai langkah asas seni keramiknya. Seluruh permukaan kertas dipenuhi dengan warna gelap yang dibatasi garis atau ruang putih dengan tegas membahagi permukaan kertasnya. Kalau ini dianggap sebagai karya seni yang berdiri sendiri, lakaran ini juga bagai tidak dapat melarikan dari gaya seni keramik. Garis-garisnya kukuh dan tegas sesuai dengan semangat seni keramik yang memerlukan kehebatan tukang dan daya seni yang merangsang.

Satu-satunya pengarca yang mewaki li pelukis-pelukis Malaysia ialah Waveney Jenkins. Setelah lulus daripada Academie Julien, Paris dan City and Guilds Art School, London (1960), Waveney telah mengembara ke Malaya (1963). Dari sinilah bermula dunia seni arcanya di Malaysia. Kini dia bukanlah orang asing. Karyanya berdiri gagah di Muzium Negara dengan potret pemimpin, hiasan mural bangunan pejabat dan institusi kerajaan. Bahan karyanya ialah tanah Iiat, logam dan fibreglass. Hubungan 'kekeluargaannya' dengan teman-teman seni, para budayawan dan golongan pemerintah memang telah lama berjalan baik. la dapat digolongkan sebagai seniman yang kerap mendapat komisyen. Pusat perhatiannya tetap alam kehidupan: manusia, binatang-binatang, hidupan air, laut dan unggas Dalam pameran ini Waveney menampilkan gerak be bas dalam "Garis Tarian II" dan "Garis Tarian Bali".la menggunakan bahan ternbaga kilat. Kepingan logam dipipih tipls dengan membentuk gerak tari yang meliuk lembut. Garis meruncing di hujung, lebar di tengah sering menjadi perhatiannya. Kesannya kita memang melihat atau menonton tarian dalam kesunyian irama tetapi mengimbau dinamika gerak dan liuk melalui kilauan tembaga.

INDONESIA

Seperti yang telah dijelaskan di atas, pendidikan dan pengalaman seni asal pelukis telah membentuk dan menunjangi karya seni masing-masing. Alam budaya Yogyakarta telah membentuk Ida Hadjar, Siti Adiyati, Lucia Haritini, Yanuar Ernawati, Titik Sunarti dengan ciri-ciri seni figuratif yang menyolok. Erna Pirous, Farida Srihadi, Wiranti Tedjasukmana, Renni Hoegeng adalah lulusan ITB yang kemudian berpeluang belajar lagi ke Amerika dan Eropah. Namun, kesan ekspresi bebas,

Page 5: archive.ivaa-online.orgarchive.ivaa-online.org/files/uploads/texts/016-020 katalog Nuansa... · Kini ia berdiri dan tampak sebagai seni catan lukisan Cina dengan pemandangan awan,

abstrak jelas mewarisi ciri ITB. Manakala Nunung Ws mewakili AKSERA - memperlihatkan kesan ekspresionis. Kesemua pelukis menghasilkan seni bentuk catano

Seni Figuratif

Yang dimaksudkan dengan ciri seni figuratif ialah pembentukan figura ataupun objek yang dipotretkan. Ini kerap juga diistilah sebagai representational art' iaitu lawan kepada ciri 'non-figu­rative' atau seni abstrak (Chilvers 1990: 160). Ciri-ciri figuratif ini begitu ketara mewakili pelukis­pelukis lulusan ASRI Yogyakarta.

Ida Hadjar adalah pelukis senior lulusan sarjana muda ASRI. Wanita kelahiran Wonosobo ini pernah mendapat Wendy Sorenson Memorial Fund Award (USA, 1967). Sejak lulus dari ASRllda terus aktif .dalam pameran seperti dalam 'Sepuluh Pelukis Wan ita Indonesia' di Lingkaran Mitra Budaya (1969), Pameran Keliling ASEAN dan terakhir 'Lima Pelukis Angkatan '60' di Jakarta (1991). Pameran tunggalnya ialah di The International Club, Washington D.C. USA (1983) dan The Summer Art Fairs, Ann Arbor, Michigan USA (1984,1985). Sebagai pendidik (guru bahasa), di The University of Michigan (1983) ia juga mengajar seni batik di Kelab Seni di University yang sama (1983-1985). Sungguhpun ia telah terlibat di dunia antarabangsa, namun ciri-ciri figuratif gaya Yogyakarta masih kental dalam karyanya. "Ke Pasar" (Akrilik, 75 x 1 OOcm), memaparkan alam tempatan. Tiga orang wan ita berkebaya pendek (Jawa) berjalan seiring, memperlihatkan aksi membawa bakul jamu (diikat di belakang) menjunjung dan membimbit bakul, seorang anak kecil di hadapan membawa kesan keakraban yang lahir dari naluri keibuan. Warna-warnanya cerah dengan lataran kuning tanah. Kedudukan figura digarisi oleh kesan kontor yang jelas, yang kalau kurang diimbangi dengan kecerahan warna pasti menimbulkan kesan kakul

Titik Sunarti adalah juga lulusan ASRI sejak tahun 1966, kegiatannya bersama Sanggar Bambu mahu tidak mah-u menjadikan karya figuratifnya lembut dan bening. Bersama Sanggar Bambu ia ikut serta berpameran di Jakarta, Yogyakarta. Pelukis ini juga ikut meramaikan pameran, '25 Pelukis Wanita NUANSA' (1985) dan pameran tunggal (1988, 1989). Ciri garis Sanggar Bambu yang meliuk, lembut, penuh kesayuan - terpapar dalam "Dua Wajah". Dua orang wan ita yang berkebaya cerah - tipis berbayang menengadah ke atas. Pandangan sayu penuh harapan bagai menembusi udara melalui sapuan warna pastelnya juga berbayang lembut, tetapi dengan lataran rimbunan daun-daun dan bunga kembali mendamaikan suasana.

Memang sejak masih kuliah di ASRI, Siti Adiyati sering menyerapkan dunia anak-anak ke dalam karyanya. Mengikut Kusnin:

' ... dalam "Cermin-cermin", ia tidak sekadar mengungkapkan idea dengan proses penciptaannya, namun seperti ada satu permintaan yang kecenderungannya di samping karya itu sendiri berdiri sebagai karya seni, di lain pihak bermaksud untuk meneguk kembali lingkungan dan persoalan estetis ke dalam bagian-bagiannya'

(Kusnin Asa 1975).