kaunseling adalah satu proses interaksi yang melibatkan seorang kaunselor dan juga klien

11
Kaunseling adalah satu proses interaksi yang melibatkan seorang kaunselor dan juga klien. Kaunseling sebenarnya bukan bererti memberi nasihat walaupun terdapat cadangan yang diberikan. Malahan, kaunselor tidak memberi jawapan secara langsunng kepada semua persoalan klien tetapi mencari jawapan bersama. Kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Kaunselor akan mengembangkan pemikiran, menstabilkan perasaan dan mengubah tingkah laku klien kepada yang lebih diterima. Kaunselor juga menitikberatkan faktor kerahsiaan, Kaunseling juga memberi fokus kepada kemahiran membuat keputusan dan pengurusan masalah. Klien merupakan murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Johor. Dia tinggal bersama ayah, emak, abang dan adiknya di jalan Tekukur, Kulaijaya. Murid ini mempunyai masalah keluarga. Ibu bapanya seringkali bergaduh di rumah. Akibatnya, dia merasa begitu tertekan apabila berada di rumah. Murid ini merupakan murid yang cemerlang semasa berada di tahun 4. Tetapi, semasa peperiksaan akhir tahun keputusan peperiksaannya merosot sehinggalah dia berada di tahun 5. Oleh hal yang demikian, dia terpaksa dipindahkan ke kelas Cerdik iaitu kelas yang ketiga. Matlamat kaunselor menjalankan sesi kaunseling individu. Kaunselor telah menetapkan supaya klien sentiasa befikiran positif. Klient telah menjalankan sesi bersama saya semasa menjalankan praktikum di sekolah Sk Bandar Putra. Pada asasnya klient menyatakan tidak mempunyai sebarang masalah. Tetapi klient ketika di dalam kelas menunjukkan masalah tingkah laku seperti murung dan kerap tidak menghantar kerja sekolah dan oelh sebab itu murid ini dipanggil oleh guru untuk menjalankan sesi kaunseling individu. Pada sesi yang

Upload: izzat-shukor

Post on 30-Sep-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kaunseling

TRANSCRIPT

Kaunseling adalah satu proses interaksi yang melibatkan seorang kaunselor dan juga klien. Kaunseling sebenarnya bukan bererti memberi nasihat walaupun terdapat cadangan yang diberikan. Malahan, kaunselor tidak memberi jawapan secara langsunng kepada semua persoalan klien tetapi mencari jawapan bersama. Kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Kaunselor akan mengembangkan pemikiran, menstabilkan perasaan dan mengubah tingkah laku klien kepada yang lebih diterima. Kaunselor juga menitikberatkan faktor kerahsiaan, Kaunseling juga memberi fokus kepada kemahiran membuat keputusan dan pengurusan masalah. Klien merupakan murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Johor. Dia tinggal bersama ayah, emak, abang dan adiknya di jalan Tekukur, Kulaijaya. Murid ini mempunyai masalah keluarga. Ibu bapanya seringkali bergaduh di rumah. Akibatnya, dia merasa begitu tertekan apabila berada di rumah. Murid ini merupakan murid yang cemerlang semasa berada di tahun 4. Tetapi, semasa peperiksaan akhir tahun keputusan peperiksaannya merosot sehinggalah dia berada di tahun 5. Oleh hal yang demikian, dia terpaksa dipindahkan ke kelas Cerdik iaitu kelas yang ketiga. Matlamat kaunselor menjalankan sesi kaunseling individu. Kaunselor telah menetapkan supaya klien sentiasa befikiran positif. Klient telah menjalankan sesi bersama saya semasa menjalankan praktikum di sekolah Sk Bandar Putra. Pada asasnya klient menyatakan tidak mempunyai sebarang masalah. Tetapi klient ketika di dalam kelas menunjukkan masalah tingkah laku seperti murung dan kerap tidak menghantar kerja sekolah dan oelh sebab itu murid ini dipanggil oleh guru untuk menjalankan sesi kaunseling individu. Pada sesi yang pertama saya telah membina hubungan dengan klient dengan melihat persekitaran hidupnya sama ada mempengaruhi kehidupannya atau pun tidak. Saya telah memberi tugasan kepada klient dengan melukis isi.Selain itu, pada mulanya proses penerokaan agak kurang berjalan lancar kerana klien tidak mahu berkongsi banyak perkara dengan guru dan setiap persoalan tidak dijawab olehnya bahkan hanya dijawab dengan perkatan tidak tahu. Kemudian, dengan teknik yang digunakan oleh guru menyebabkan murid menceritakan masalah yang dihidapi iaitu masalah keluarga. Dalam sesi yang kedua saya banyak meneroka berkaitan dengan kawan-kawan klien. Berdasarkan sesi, kawan-kawan klient tidak mempengaruhinya sama ada di dalam kelas ataupun di luar kelas. Dengan itu, jelaslah bahawa rakan-rakan klient bukan merupakan punca dia menghidapi masalah seperti kemurungan tersebut.Teori yang diaplikasikan dalam sesi ini adalah teori pemusatan perorangan. Teori pemusatan perorangan ini dipelopori oleh Carl Rogers. Melalui Carl Rogers, beliau melihat ahli-ahli terapi hanya bertindak sebagai penyedia kepada perkembangan peribadi seseorang. Menurut beliau, kewujudan satu keadaan interaksi yang penuh dengan penerimaan dari kedua-dua belah pihak, maka kaunselor dan klien boleh menjamin perasaan yang terpendam diluahkan secara mudah tanpa sembunyi. Beliau menenkankan kepada individu sebagai klien yang mana dianggapnya mempunyai banyak pengalaman sendiri dan berguna untuk diketahui bersama. Mengikut Carl Rogers, manusia mempunyai desakan semula jadi untuk memajukan diri dan sentiasa bergerak ke arah kesejahteraan diri.Menurut teori pemusatan perorangan, Carl Rogers mempercayai matlamat terapi digunakan adalah untuk menolong klien dan sekiranya klien dapat menerima dirinya secara sedar dalam setiap peristiwa yang dihadapi maka individu tersebut akan menjadi lebih realistik dalam setiap persepsinya dan seterusnya meembolehkannya berkembang dan mencapai pembenaran kendiri. Dengan itu, kaunselor telah menekankan aspek yang menggalakkan diri klien itu memahami persepsi tentang diri dengan alam sebenar. Bagi lebih mencapai keadaan tersebut, perhubungan yang teraputik antara kaunselor dengan klien yang berasaskan konsep kongruen, penerimaan tanpa syarat dan empati telah diwujudkan.Kaunselor telah kongruen di dalam perhubungan dengan kliennya. Kaunselor benar-benar ikhlas semasa menjalani sesi kaunseling dan tidak berpura-pura. Kaunselor bersifat terbuka dan telah menjalinkan perhubungan yang baik sehingga dapat meyakinkan klien iaitu murid yang menghadapi masalah tersebut. Dengan adanya keyakinan yang kukuh itu, klien tidak berasa takut dan bersedia menceritakan masalahnya kepada kaunselor. Dengan demikian, semakin kaunselor menjadi dirinya yang sebenar dalam hubungan kaunseling, semakin berpotensi kliennya berubah dan berkembang dalam keadaan yang konstruktif.Selain itu, dalam kaunseling penusatan perorangan adalah sangat penting untuk mewujudkan suasana penerimaan dan mengambil berat. Dalam kaunseling yang telah dijalankan ini, kaunselor telah menghormati klien tanpa mengira perbezaan nilai antara kaunselor dank lien iaitu lebih dikenali penerimaan positif tanpa syarat. Kaunselor juga telah mengamalkan tanggapan positif tanpa syarat dan bersedia menerima kliennya dalam apa jua keadaan sama ada klien berasa tertekan, marah, sedih, gembira dan sebagainya. Dalam mengekalkan perasaan demikian, kaunselor telah bersikap tidak menilai dan sifat mengambil berat wujud tanpa sebab-sebab yang tertentu.Rogers tidak mengutamakan teknik-teknik tertentu dalam kaunsling penusatan perorangan. Namun, terdapat beberapa kemahiran tertentu yang biasa digunakan oleh beliau. Kemahiran yang digunakan olehnya banyak membantu dalam proses perhubungan kaunseling pemusatan perorangan. Antara kemahiran yang telah diterapkan oleh guru mengikut Carl Rogers adalah seperti soalan terbuka dan soalan tertutup. Soalan terbuka memberi kebebasan kepada klien untuk respon manakala soalan tertutup pula mengehadkan percakapan klien tetapi tepat terhadap maklumat yang dikehendaki. Kemahiran dorongan minima juga telah digunakan dalam sesi kaunseling pemusatan perorangan ini. Dorongan minima merupakan respon yang ringkas yang menunjukkan bahawa kaunselor sedang mengikuti dan memahami perkara yang disampaikan oleh klien. Contoh dorongan minima yang telah dilakukan oleh guru adalah seperti anggukan kepala, pektaan teruskan, ya, saya faham, oh, begitu dan sebagainya. Selain itu, guru juga telah menggunakan kemahiran prafrasa iaitu guru menggunakan kemahiran pengulangan sesuau perkara yang telah pun dikemukakan oleh klien secara ringkas dan tepat. Sebagai contoh, klien meluahkan perasaannya bahawa ibu bapanya seringkali bergaduh. Kemudian, guru mengulang perkara tersebut dengan menyatakan oh, ibu bapa awak seringkali bergaduh. Apabila klien mendengar ringkasan yang direspon kembali oleh kaunselor, klien akan menyedari bahawa kaunselor benar-benar memberi tumpuan kepadanya. Hal ini dapat mencapaipersefahaman antara kaunselor dengan klien.Kemahiran rumusan juga telah dilaksanakan oleh guru dalam sesi kaunseling ini. Guru telah menggunakan kemahiran rumusan pada permulaan sesi untuk mengimbas kembali tentang perkara yang dibincangkan pada sesi sebelumnya. Guru juga telah menggunakan kemahiran rumusan ini pada akhir sesi untuk menggarapkan cerita yang disampaikan sepanjang sesi kaunseling ini. Guru turut menggunakan kemahiran refleksi perasaan dalam sesi kaunseling ini. Refleksi perasaan merupakan salah satu cara kaunselor untuk meyakinkan klien yang menunjukkan kaunselor memahami perasaan klien seperti mengulang perasaan yang dialami oleh klien. Sebagai contoh, guru mengulang perasaan yang dialami oleh murid selaku klien seperti, oh, awak sedih. Apabila klien menyedari bahawa kaunselor memahami apa yang dirasainya , klien akan meluahkan lagi perasaannya.Tambahan lagi, guru juga telah menggunakan kemahiran konfrontasi iaitu mencabar klien dalam sesi kaunseling. Tujuan guru menggunakan kemahiran ini adalah untuk mendapatkan maklumat atau menggerakkan perkembangan klien. Kemahiran ini dilakukan secara pelawaan atau ajakan supaya klien tidak berselindung dengan perkara yang selamat sahaja. Kemahiran memfokus juga turut digunakan dalam sesi kaunseling ini mengikut teori pemusatan perorangan yang dipelopori oleh Carl Rogers. Guru telah memberi tumpuan yang sepenuhnya ke atas perkara yang disampaikan oleh klien. Dengan memberi tumpuan yang sepenuhnya, guru dapat mengelakkan kekeliruan.Teori pemusatan perorangan ini memberi sumbangan yang unik kepada keberkesanan kaunseling. Penekanannya kepada menyediakan klien dengan persekitaran yang menyokong dan fokus adalah sepenuhnya kepada cirri-ciri menyokong. Kaunseling pemusatan perorangan menekankan kepada mendengar secara reflektif sementara kaunselor cuba memberi klien kefahaman melalui ruang rujukan dalamannya.Bagi mencapai matlamat kaunseling, seseorang yang bergelar kaunselor hendaklah mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu. Kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta menggaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran asas kaunseling Antaranya adalah kemahiran prasesi, kemahiran membina hubungan, kemahiran melayan, kemahiran memberi perhatian, kemahiran mendengar, kemahiran refleksi, kemahiran parafrasa, kemahiran menyoal dan sebagainya. Kemahiran-kemahiran ini menjamin kualiti hubungan yang dibina antara kaunselor dan klien. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Kemahiran prasesi merupakan persediaan bagi seseorang kaunselor untuk memberi perkhidmatan kepada seseorang klien. Kaunselor menentukan aspek tempat dan masa untuk menjalankan sesi kaunseling. Kaunselor juga menyemak rekod-rekod klien selain menentukan kaedah yang diajalankan tidak bersifat mengancam dan membentuk satu prosedur yang mesti diikuti sepanjang sesi kaunseling berlangsung.Kemahiran asas yang seterusnya adalah kemahiran membina hubungan. Kemahiran ini memberi rangsangan kepada klien untuk sentiasa tenang dengan memberi persepsi pertama yang positif. Terdapat beberapa aspek dalam kemahiran ini iaitu suasana alam sekeliling. Penyediaan kerusi meja yang sesuai dan selesa diduduki, tidak bising, tidak panas, bukan tempat yang menjadi tumpuan ramai dan bukan kawasan yang berbau. Sebagai contoh, dalam sesi kaunseling yang telah dijalankan oleh guru terhadap murid tahun 5 Cerdik telah melakukan sesi kaunseling individu ini di dalam bilik kaunseling individu SK Bandar Putra. Bilik yang tertutup ini mewujudkan keselesaan kepada klien dan juga kaunselor. Suasana teraputik juga merupakan anspek yang ditekankan dalam kemahiran ini. Suasana ini perlu wujud dalam bilik kaunseling sebelum sesi dijalankan supaya klien berasa selesa dan dapat membuat pendedahan kendiri. Aspek yang seterusnya pula adalah jarak komunikasi. Jarak yang dicadangkan antara 1 meter hingga 1.5 meter bagi tahap sekolah rendah Jarak yang terlalu jauh akan mengakibatkan kaunselor tidak mendengar suara klien dan tidak dapat melihat mimic muka klien dengan baik. Kemahiran asas yang seterusnya pula adalah kemahiran melayan. Kemahiran melayan berlaku pada awal sesi iaitu ketika klien masuk ke dalam bilik kaunseling. Hal ini dapat dibuktikan melalui sesi kaunseling individu yang telah dijalankan oleh guru iaitu guru menjemput klien masuk ke dalam bilik kaunseling individu denga cara yang mesra seperti menghulurkan tangan sebagai tanda menjemputnya masuk. Mengikut Ivey dan Ivey (1999), kemahiran melayan digunakan bagi membantu klien meluahkan cerita terutamanya mereka yang kurang aktif dalam komunikasi.Kemahiran memberi perhatian juga turut digunakan dalam sesi kaunseling individu ini. Guru memberi perhatian terhadap segala gerak-geri klien. Guru telah memastikan bahawa klien dapat duduk dalam keadaan yang selesa. Kedudukan tubuh guru condong ke hadapan iaitu ke arah klien menandakan bahawa guru berminat untuk mendengar luahan hati klien serta murid itu. Ekspresi muka guru juga berseri dan menunjukkan bahawa guru bersedia menerima klien. Tentangan mata antara guru dengan klien juga dilakukan menunjukkan bahawa guru meminati apa yang diperkatakan oleh klien. Intonasi yang digunakan oleh guru turut melambangkan pemahaman emosi yang diluahkan oleh klien. Guru juga melakukan tingkah laku dorongan minima untuk bercakap dan seterusnya menunjukkan guru berminat akan kata-kata klien.Kemahiran mendengar juga telah digunakan menerusi kaunseling individu ini. Menurut Muhd Mansur dan Siti Nordina (1993), kaunselor yang baik akan meluangkan lebih banyak masa mendengar daripada berhujah panjang atau sekadar memberi nasihat. Dalam sesi kaunseling individu ini guru banyak menggunakan kemahiran mendengar seperti mendengar secara fizikal, mendengar dengan psikologi dan mendengar dengan perasaan.Kemahiran refleksi juga turut digunakan oleh guru di dalam sesi kaunseling individu ini. Guru akan menyebut semula apa yang sudah diperkatakan oleh klien dalam satu rangkaian kata yang pendek dan padat. Menurut Aziz (2009), tujuan utama membuat refleksi adalah menggerakkan perasaan klien. Guru telah menggunakan kemahiran refleksi isi, refleksi perasaan dan juga refleksi pengalaman dalam sesi kaunseling ini.Selain itu, guru juga menggunakan kemahiran parafrasa semasa menjalankan sesi kaunseling ini. Semasa sesi kaunseling berlangsung, guru mengulang balik kata-kata kunci dalam perbualan klien dalam satu-satu pernyataan. Tujuannya adalah untuk menyemak kefahaman guru yang sepenuhnya mengenai masalah yang disampaikan oleh klien.Kemahiran menyoal turut digunakan oleh guru dalam sesi kaunseling ini. Kemahiran menyoal amat penting dalam sesi kaunseling. Kemahiran menyoal yang pertama iaitu soalan tertutup iaitu soalan yang berkehendakkan kepada jawapan secara khusus dan tepat. Soalan jenis ini diutarakan bertujuan untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta. Contoh soalan tertutup adalah seperti yang berikut.Guru : Awak tinggal di mana?Murid : Saya tinggal di Jalan Tekukur.Kemahiran menyoala yang kedua pula adalah soalan terbuka. Soalan jenis ini adalah soalan yang memerlukan jawapan yang lebih jelas dan huraiannya agak panjang. Tujuannya adalah untuk menggalakkan klien meluahkan perasaannya dengan puas. Hal ini dapat dibuktikan melalui perbualan antara guru dan murid dalam sesi kaunseling individu ini seperti yang berikut.Guru : Mengapa awak begitu marah dengan ayah awak?Murid : Saya marah dengan ayah saya cikgu sebab dia selalu memukul ibu saya jika ibu saya membuat dia marah. Saya geram.Tambahan lagi, guru juga telah menggunakan kemahiran pendedahan kendiri iaitu keadaan di mana guru berkongsi maklumat berdasarkan pengalaman sendiri. Tujuannya adalah untuk membolehkan murid berasa masalah yang dihadapi bukanlah sesuatu yang ganjil ataupun sangat teruk. Hal ini dapat dibuktikan melalui teks perbualan antara guru dan murid semasa sesi kaunseling berlangsung. Murid : Saya tertekan cikgu. Ayah saya selalu marah dan pukul saya.Guru : ow..begitu. sabar ya Amin. Semasa saya kecik-kecik dulu pun saya pernah kena rotan dengan ayah saya. Saya pernah merasainya tetapi, apa yang penting adalah matlamat kita untuk belajar. Kemahiran menghadapi kesenyapan juga turut digunakan oleh guru dalam sesi kaunseling individu ini. Semasa sesi kaunseling berlangsung, murid menjadi senyap kerana mengorganisasikan semula pemikirannya. Guru telah mengambil sedikit masa membiarkan murid kembali tenang. Guru juga telah membiarkan murid untuk seketika apabila dia mengangis sehingga dia berasa lega dan selesa untuk kembali berkongsi kepada guru. Setelah murid itu tenang, guru mengabil inisiatif memulakan dahulu perbualan.Tambahan lagi, guru juga telah menggunakan kemahiran konfrontasi iaitu mencabar klien dalam sesi kaunseling. Tujuan guru menggunakan kemahiran ini adalah untuk mendapatkan maklumat atau menggerakkan perkembangan klien. Kemahiran ini dilakukan secara pelawaan atau ajakan supaya klien tidak berselindung dengan perkara yang selamat sahaja. Sebagai contoh, guru menyatakan seperti tadi awak kata awak ingin berjaya tetapi nampaknya awak langsung tiada persediaan untuk berjaya. Guru menyatakan seperti ini kepada murid kerana terdapat cerita dan maklumat yang bercanggah yang disampaikan olehnya kepada guru.Bukan itu sahaja, malahan kemahiran merumus juga turut digunakan oleh guru dalam sesi kaunseling ini. Kemahiran merumus ini adalah untuk menyedarkan kepada murid dan mengimbas kembali tentang apa yang telah dibincangkan semasa sesi kaunseling berlangsung. Guru telah menggunakan kemahiran merumus kecil dan kemahiran merumus besar. Rumusan kecil ini dilakukan beberapa kali dalam satu sesi manakala rumusan besar pula digunakan pada akhir sesi untuk menggarapkan cerita yang disampaikan sepanjang sesi kaunseling ini dan memberi fokus dan impak kepada perkara-perkara penting dalam cerita atau perkongsian murid. Petikan teks dialog di bawah jelas menunjukkan bahawa guru menggunakan kemahiran membuat rumusan besar.Guru : sebelum saya menutup sesi bagi permasalahan kamu ini maka, saya akan merumuskan apa yang telah kita lalui sepanjang sesi berlangsung ya Amin Berdasarkan cerita Amin, Amin jadi begini kerana masalah ibu bapa Amin yang suka bergaduh dan memarahi Amin. Amin rasa tertekan berada di rumah dan tidak boleh untuk meneruskan pelajaran. Amin turut berasa sedih kerana selalu dimarahi oleh bapa Amin sendiri.

Adalah menjadi tugas kaunselor menimbulkan pilihan yang dpat membantu klien menyelesaikan permasalahan dan membuat keputusan di tangan klien itu sendiri.