ke arah penjaminan kualiti kepimpinan dan pengurusan sekolah
DESCRIPTION
Kepimpinan pengetuaTRANSCRIPT
KE ARAH PENJAMINAN KUALITI
KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
SEKOLAH
Oleh
HJ AHMAD KAMAL BIN RAMTAN
KETUA SEKTOR JAMINAN KUALITI
JABATAN PENDIDIKAN MELAKA
Assalamualaikum WRM. WBRKTH.
Salam 1 Malaysia
Salam Melaka Maju Negeriku Sayang,
Negeri Bandar Teknologi Hijau
Salam Melaka Maju Fasa Kedua
Salam Melaka 752 tahun
Salam, JPN Melaka No.1
Terima kasih kepada tuan/puan Pengerusi majlis, Yang
Berusaha, Pengerusi MPSM dan AJKnya, Semua
Pegawai Unit Sekolah Menengah JPN dan PPD Negeri
Melaka
Alhamdulillah, Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurniaNya dapat saya bersama dengan
tuan puan pengetua sekolah menengah seluruh Negeri
Melaka tahun 2014 ini
VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan
Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara”
SLOGAN
“Berfikir Bagaimana, Bertindak Segera”
OBJEKTIF TAKLIMAT
Falsafah Dalam Pengurusan
Kualiti Pemimpin Sekolah Era PPPM
Peranan Pemimpin Sekolah Era PPPM
Amalan PDCA
Keberkesanan Kepimpinan
Keberkesanan Motivasi
Soal Selidik oleh UPM tentang Pengetua
Aduan-aduan dan contoh penyelesaian
Pendidikan Abad ke-21 – Langkah Persediaan
Beberapa cadangan penambahbaikan
Falsafah Dalam Pengurusan
1. Kelebihan si burung helang adalah
kerana kemampuannya terbang tinggi
dan mampu memerhatikan kelemahan
mangsa-mangsanya
Maknanya:
Hiraki pentadbiran kadang kala
membolehkan mereka yang di atas
melihat kelemahan mereka yang di
bawahnya. Pentadbir mampu melihat
yang di bawah dengan lebih mudah.
Falsafah Dalam Pengurusan
2. Si Cerdik Yang Malas adalah sama
kedudukannya dengan si Jahil yang
bodoh
Maknanya:
Kelebihan insan itu bukan diukur dari
segi kepandaiannya sahaja tetapi diukur
dari segi kerajinan dan kesungguhannya
untuk berubah
Falsafah Dalam Pengurusan
3. Kehebatan si ular yang menjalar hanyaberada di daratan sahaja sedangkankehebatan si helang kerana mampuhidup di udara dan di daratan
Maknanya:
Kita perlu mempunyai kelebihantambahan untuk terus mampumenciptakan kehebatan berbandingmereka yang biasa-biasa sahaja.
Falsafah Dalam Pengurusan
4. Dalam Islam, anak kecil yang baik bacaan
alQurannya lebih layak menjadi imam berbanding
si tua yang tidak baik bacaannya
Maknanya:
Allah SWT lebih memandang keilmuan dan amalan
seseorang BUKAN memandang kepada usia atau
kedewasaan kita. Amat malang lagi, apabila usia
kita meningkat tetapi amalan kita masih kurang.
Taburlah kebaikan di mana-mana sahaja anda
berada.
Falsafah Dalam Pengurusan
5. Menghancurkan sesuatu yang telah sedia
ada adalah lebih mudah dari membina
sesuatu yang baru
Maknanya:
Seorang pemimpin itu perlu menyerap
segala kebaikan yang sedia ada dan
menambahbaik yang masih perlu diperbaiki.
Beransur-ansurlah membuat perubahan dan
jangan mudah menggantikan terus yang
lama dengan yang baru kerana kayu yang
patah amat sukar disambung semula.
Kualiti Pemimpin Sekolah Era PPPM
1. Salah satu ciri pemimpin yang baik ialah
pemimpin yang boleh melahirkan beberapa
pemimpin pelapis sepertinya. Tidak guna
sekiranya seseorang ketua atau pemimpin
itu hanya berupaya membentuk dirinya
sahaja tanpa memikirkan siapakah yang
akan menggantikannya apabila dia telah
tiada lagi. Kesinambungan kepimpinan
adalah perlu.
Fahami konsep Kepimpinan Pelapis
2. Sebagai pemimpin di peringkat atasan
dan merupakan ketua, adalah menjadi
tanggungjawab mereka untuk melatih
dan membimbing seramai mungkin
muka-muka baru yang akan terus
mewarisi kepimpinan pendidikan di masa
hadapan
Fahami konsep Kepimpinan Instruksional
Kualiti Pemimpin Sekolah Era PPPM
3. Dalam transformasi sistem, anjakan ke-5menyebut, “memastikan kepimpinanberprestasi tinggi ditempatkan di setiapsekolah”. Oleh itu, kriteria pemilihanpengetua dan guru besar akan dibuatberdasarkan tahap kompetensi dankeupayaan diri untuk menjadi pengurussekolah yang berkesan. Selain itu, merekaadalah lulusan NPQEL(IAB). Temudugauntuk jawatan ini juga perlu dilalui olehcalon-calon pengetua dan guru besarterlebih dahulu.
Kualiti Pemimpin Sekolah Era PPPM
1. PPPM yang sedang kita lalui adalah pelan
yang disediakan untuk pemimpin sekarang
bertanggungjawab merealisasikan ke
semua 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid
dan 11 anjakan serta 9 bidang keutamaan
yang diperhalusi termasuk kepimpinan
sekolah.
Fahami konsep Transformasi Pendidikan di
bawah PPPM (2013-2025)
Peranan Pemimpin Sekolah Era PPPM
2. Kesemua aspirasi ini sekiranya diolah
dan diselaraskan mengikut
perkembangan terkini, ianya akan dapat
membantu murid meningkatkan daya
intelek, kerohanian, emosi dan jasmani
mereka
Fahami konsep Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Peranan Pemimpin Sekolah Era PPPM
3. Di peringkat aspirasi pengetahuan, setiap murid
perlu menguasai kemahiran literasi dan
numerasi serta menguasai subjek teras,
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Sains
dan Matematik. Murid juga perlu didedahkan
dengan sejarah dan kemahiran asas dalam
bidang-bidang lain seperti pendidikan
Islam/Moral, menggunakan pelbagai
kecerdasan agar dapat membantu murid untuk
meningkatkan kreativiti dan menghasilkan
inovasi serta teknologi yang baru.
Peranan Pemimpin Sekolah Era PPPM
4. Kemahiran berfikir yang diterapkan
dalam PdP akan membantu murid
menjadi lebih kreatif dan inovatif serta
berupaya menyelesaikan masalah dan
boleh berfikir di luar kotak
Fahami dan sediakan pelan aktiviti
kokurikulum dan program yang boleh
menggalakkan murid mengalami situasi
kemahiran berfikir
Peranan Pemimpin Sekolah Era PPPM
5. Kemahiran memimpin membolehkanmurid sedia ada mempunyai potensiuntuk bersaing di peringkat glokal danseterusnya menjadi pemimpin yangmempunyai daya tahan yang tinggi,kecerdasan emosi dan juga kemahiranberkomunikasi.
Sediakan ruang dan program yang dapatmemberi pengalaman dan latihan kepadamurid untuk mengasah bakat memimpin
Peranan Pemimpin Sekolah Era PPPM
6. Kemahiran berbahasa terutamanya Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris dan juga
bahasa lain yang membolehkan generasi
akan datang dapat berkomunikasi di
peringkat antarabangsa seterusnya
mendapatkan kerja di pasaran dunia.
Sediakan ruang dan program kokurikulum
yang menggalakkan mereka berbahasa.
Adakan pertandingan peringkat kelas dan
sekolah.
Peranan Pemimpin Sekolah Era PPPM
7. Penerapan nilai-nilai murni dan kerohanian hendaklah
dipertingkatkan agar generasi akan datang berupaya
untuk “survival” dalam dunia yang penuh halangan dan
cabaran. Elemen percaya kepada Tuhan dan sentiasa
mematuhi segala hukum dan larangan untuk
menjadikan generasi akan datang kuat dari segi mental,
fizikal dan spiritual perlu disebatikan di jiwa anak pelajar
kita.
Untuk pelajar Islam, dekatkan mereka dengan program-
program keIslaman agar mereka dapat bersedia
menjadi Insan Muslim yang cemerlang. Konsep Amal
Maaruf Nahi Mungkar hendaklah diajarkan.
Konsep kasih sayang dan hubungan kekeluargaan perlu
juga disebarluaskan.
Peranan Pemimpin Sekolah Era PPPM
5 Teras Utama Untuk dikongsi bersama:
1. Crystallized Thinking – Mempunyai matlamat dan
wawasan yang jelas melalui pemikiran yang jitu
2. Plan & Balance – Mempunyai perancangan dan
keseimbangan
3. Passion & Desire – Kesungguhan dan keinginan
untuk berjaya
4. Confidence & Trust – Keyakinan dan kepercayaan
5. Commitment & Responsibility – Komitmen dan
tanggungjawab
Peranan Pemimpin Sekolah Era PPPM
AMALAN PDCA (semakan kualiti)
Umumnya, pemimpin sekolah yang mempunyai misi
dan visi yang jelas akan berupaya untuk
menggerakkan organisasi sekolah secara
menyeluruh melalui sentuhan-sentuhan yang
berkualiti dan mendapat sokongan dari semua guru
dan murid.
Target ataupun hala tuju yang perlu dicapai mestilah
dibuat secara kolektif dan menyeluruh agar semua
warga sekolah dapat menetapkan minat dan
matlamat ke arah visi yang satu.
Setiap ahli di dalam organisasi sekolah perlu tahu
apa yang perlu lakukan untuk mencapai matlamat
yang ditetapkan itu.
Bagaimanakah kita boleh mencapai kejayaan? Sudah
tentu melalui perancangan aktiviti yang mantap dan
tepat? (P)
Adakah perubahan-perubahan yang dilakukan oleh
pemimpin berjaya memberi kesan secara menyeluruh
kepada semua guru dan murid di sekolah? (D)
Adakah kita telah berpuas hati dengan kejayaan yang
telah kita capai walaupun hanya peningkatan yang
sedikit sahaja? (C)
Sudahkah kita menilai kembali segala program yang
dilaksanakan dan membuat penambahbaikan kepada
program yang gagal? (A)
Laksanakanlah amalan PDCA untuk setiap tindakan kita.
KEBERKESANAN KEPIMPINAN
Umumnya… Masyarakat masih menaruh harapan yang tinggi
kepada institusi sekolah, dalam usahamelahirkan para pelajar yang cemerlang, berkemahiran dan sahsiah terpuji, sebagaimanadihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Negara, dan membantu mereka menyediakan anak-anakmereka ke pasaran kerja. Walau bagaimanapun, ada suara-suara sumbang yang menuduh ianyamasih gagal lagi.
Namun pada sudut tertentu, ADA BENARNYA KENYATAAN ITU, yang mana masih kedapatanbeberapa perkara yang perlu diberi perhatian, khususnya dalam menangani masalah ini iaitukelemahan perhubungan interpersonal antarapentadbir, guru dan murid.
Sabda Rasullullah SAW,
“Bertakwalah kepada Allah di mana sahajakamu berada. Iringilah perbuatan jahatdengan perbuatan baik, mudah-mudahanyang baik itu akan memadam yang jahat. Dan pergaulilah orang ramai dengan budipekerti yang baik”
Riwayat at-Tarmizi
KEBERKESANAN KEPIMPINAN
Peranan pemimpin mestilah ke hadapan dalammenerajui perubahan dengan mengamalkan7M
1. Menilai situasi luaran dan dalamanorganisasi dengan mengenal pasti masalahyang sebenar
2. Misi yang kukuh bagi menggerakkan seluruhmekanisme perjuangan organisasi
3. Melatih pemimpin dan pengikut supayalebih cekap , tersusun dan berketrampilan
KEBERKESANAN KEPIMPINAN
4. Memperkasa atau melakukan pengupayaankuasa supaya memudahkan kerja
5. Membina pasukan yang berkualiti untukmelaksanakan misi bersama
6. Mempromosi aktiviti organisasi yang dapatmemikat hati para pelanggan
7. Mendengar dan prihatin terhadap apa jugamasalah pengikut dan pelanggan
KEBERKESANAN MOTIVASI
KEBERKESANAN MOTIVASIApakah yang mendorong seseorang pekerja itu
ghairah dalam pekerjaannya? Terdapat beberapafaktor yang turut menyumbang ke arah kepuasanbekerja.
1. Rasa dihargai dan mendapat pengiktirafanorganisasi
2. Rasa diberi pilihan untuk mencapai kecemerlangandiri
3. Rasa kompeten dalam diri dan mempunyai nilaikualiti untuk menjadi pekerja cemerlang
4. Rasa maju ke hadapan dalam organisasi dalammenyempurnakan tugasan
KEBERKESANAN MOTIVASI5. Menerima penghargaan yang berpatutan kerana
dapat melaksanakan tugasan dengan jayanya
6. Kesediaan untuk serta dalam pasukan kerja danaktiviti kesukanan
7. Tertib dalam perlakuan dan beradab
8. Melaksanakan arahan dan bersemangat untukmembantu subordinat mengikut bidang tugas
9. Sanggup bersama atau keluar pasukan denganterhormat
10. Bersemangat membuat kerja-kerja rutin bersama-sama kerja pengurusan
Soal selidik oleh UPM tentang Pengetua
Pengetua saya membuat penilaian SKT denganmunasabah berdasarkan sumbangan guru
Saya boleh bercakap dengan pengetua saya secarabebas dan terbuka
Pengetua saya sentiasa datang ke sekolahsebelum waktu pelajaran pertama dimulakan
Pengetua saya tidak memberikan komen yang negatif terhadap saya di khalayak ramai
Pengetua saya berani mengakui kesilapan / kesalahan diri
Walaupun pengetua saya sibuk dalam tugashariannya, beliau masih masuk kelas untukmengajar
Pengetua saya menghargai sumbangan semuawarga sekolah.
Pengetua saya berani mempertahankan guru sekiranya guru berkenaan didapati tidak bersalah
Pengetua saya bergaul dengan semua orang tanpamengira latar belakang mereka
Pengetua saya mengambil berat terhadapkebajikan semua warga sekolah
Pengetua saya sentiasa memberi pengiktirafankepada warga sekolah yang menghasilkan kerjadengan cemerlang
Pengetua saya merupakan model yang baik untuksemua warga sekolah
Soal selidik oleh UPM tentang Pengetua
KOLEKSI ADUAN-ADUAN (untukrenungan bersama)
1. Mengemukakan bantahan, rasa tidak puashati dan pandangan marah dan benci terhadap Pengetua
2. Pengetua memarahi pelajar di perhimpunan dengan mengeluarkan kata-kata yang kesat
3. Ibu bapa mengadu bahawa mereka dimarahi oleh Pengetua kerana perangai ibu bapa lain yang tidak mengikut peraturan
CADANGAN PENYELESAIAN
(sekadar pilihan)
1. Jika bantahan datang dari guru-guru dan pekerja, Pengetua
perlu memanggil pengerusi bilik guru dan wakil pekerja untuk
berbincang. Melalui meja rundingan ini diharapkan isu-isu
berbangkit dapat di selesaikan.
2. Hentikan. Sebagai Pengetua kita adalah contoh tauladan
kepada guru-guru dan murid-murid. Tanamkan lebih rasa
kasih sayang. Ingatlah, apa yang kita beri hari ini, menentukan
apa yang kita akan dapat di hari kemudiannya.
3. Pengetua tidak boleh bertindak secara umum atau sembrono.
Setiap orang ada masalah mereka masing-masing. Cari lebih
ramai kawan berbanding mendapat ramai musuh kerana
tingkahlaku kita. Gunakan kebijaksanaan Pengetua dalam
memberikan nasihat kepada sasaran yang betul.
4. Pengetua berselisih faham dengan GPK1 menyebabkan pengurusan sekolah jaditidak menentu dan bermasalah
5. Aduan kebajikan guru-guru tidak dijagaoleh Pengetua kerana mempunyaipendirian yang pelik (pandangan peribadiyang tidak seperti Pengetua lain)
6. Pentadbir membuat keputusan tanpamerujuk kepada SPI atau peraturan yang sedia ada.
KOLEKSI ADUAN-ADUAN (untukrenungan bersama)
4. Sebagai pemimpin, Pengetua adalah dominan. Semua kata
pemutus di tangan Pengetua. Oleh itu, jika benar GPK1
bermasalah dalam melaksanakan setiap arahan, tegur beliau
secara tertutup dan buat pemantauan untuk menentusahkan
tuduhan dan buat catatan. Walau bagaimanapun selaku
pemimpin kita juga perlu selalu muhasabah diri, adakah setiap
arahan kita tepat dan memudahkan orang bawahan kita.
Hormatilah orang bawahan kita sebagai manusia yang
berpelajaran.
KOLEKSI ADUAN-ADUAN (untuk
renungan bersama)
5. Selaku pemimpin perlu ada perasaan “timbang rasa” terhadap orang lain khususnya rakan-rakanseperjuangan kita yang sering bertungkus lumusmenjaga nama sekolah dan sekali gus menjaga namabaik diri anda. Masakan selepas semua pengorbananmereka itu kita balas dengan sikap sambil lewa atautidak prihatin terhadap kemahuan mereka. Fikir-fikirkan lah…
6. Selaku pemimpin sekolah setiap tindak tanduk kitatidak boleh terlepas dari peraturan sedia ada atauarahan pihak atasan. Kaji dahulu semua pekelilingyang berkaitan atau mohon pandangan pihak yang berkenaan, dan selepas itu buatlah keputusan yang terbaik untuk guru dan murid-murid sekolah anda.
KOLEKSI ADUAN-ADUAN (untukrenungan bersama)
PENDIDIKAN ABAD KE-21
- SATU TINJAUAN
39
1. “CLASSROOM SET UP” DIPELBAGAIKAN2. PERWATAKAN GURU (PENUH ILMU & PELBAGAI)3. MENGAMALKAN P&P ABAD KE-21 (STUDENT
CENTERED)4. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN (TERKINI – PBS/PT3)5. ICT (KONSEP PEMBELAJARAN MAYA – VLE FROG)6. BENTUK PEMBELAJARAN MURID (PELBAGAI &
DINAMIK)7. SEKOLAH PENYAYANG (DIPERKUKUHKAN)
“KEHADIRAN MURID DIRAI,“KEBERADAAN MURID DIHARGAI,“KEWUJUDAN MURID DIRASAI”
BEBERAPA CIRI PENDIDIKAN ABAD KE-21 ADALAH SEPERTI BERIKUT:-
Pendidikan Abad ke-21
OBJEKTIF PENDIDIKAN ABAD
KE-21
Pendidikan Abad ke-21
KESEDIAAN UNTUK PENDIDIKAN LANJUT DAN ALAM
PEKERJAAN
Komunikasi(communication)
Kolaboratif(collaboration)
Pemikiran Kritis(critical thinking)
Pemikiran Kreatif(creative thinking)
Pendidikan Abad ke-21
PEDAGOGI ABAD
KE-21
Mengajar dan membentukkemahiran berfikir (KBAT)
Menggalakkan kolaborasi(teknologi,komunikasi, kemahiran sepasukan)
Teknologi sebagaipengupaya- alat
kolaborasi, alat digital
Penilaian Murid – jelas, telus, kendiri, rakan,
tugasan yang bermakna, maklum balas
Menggalakkan refleksikendiri dan refleksi
rakan
Membentuk kemahiranmaklumat, media dan
teknologi
Mengajar menggunakanpendekatan “Projek
based learning”
Membentukkemahiran
menyelesaikanmasalah (masalah
sebenar, kontektual)
OUTCOME
UTAMA
MuridCemerlang
Warganegara
Baik
Keboleh-pasaran &
Tenaga Kerja
Peningkatan prestasi akademik murid
Guru Bermotivasi dalam melaksanakan tugasdengan cemerlang
Murid bermotivasi untuk belajar
Guru mengajar mengikut kepakaran
Penjimatan kos pengurusan
Pengurusan panitia berkesan
Sekolah menuju ke arah kecemerlangan prestasi
HASIL YANG DIHARAPKAN DARI KEJAYAAN
PPPM (2013-2025)
46
Apakah Impak Transformasi ini kepada
Pemimpin Sekolah?
HASIL YANG DIHARAPKAN DARI KEJAYAAN
PPPM (2013-2025)
HASIL YANG DIHARAPKAN DARI KEJAYAAN
PPPM (2013-2025)
47
Apakah Impak Transformasi ini kepada
Pemimpin Sekolah?
HASIL YANG DIHARAPKAN DARI KEJAYAAN
PPPM (2013-2025)
48
Apakah Impak Transformasi ini kepada
Pemimpin Sekolah?
HASIL YANG DIHARAPKAN DARI KEJAYAAN
PPPM (2013-2025)
49
Apakah Impak Transformasi ini kepada
Pemimpin Sekolah?
HASIL YANG DIHARAPKAN DARI KEJAYAAN
PPPM (2013-2025)
50
Apakah Impak Transformasi ini kepada
Pemimpin Sekolah?
SEKIAN, TERIMA KASIH
5151
AMPUN MAAF ATAS SEGALA KESILAPAN DAN
KESALAHAN