kebaikan dan keburukan teknik latih tubi

2
ESEI KRITIKAN Antara tujuh teknik yang disenaraikan, saya berpendapat bahawa teknik latih tubi merupakan teknik yang paling mempunyai banyak mempunyai kelemahan jika ingin dibandingkan dengan teknik pengajaran lain seperti teknik mestamu, teknik permainan bahasa, teknik pentomin dan sebagainya. Walau bagaimanapun, teknik latih tubi merupakan sebuah teknik yang menjadi pilihan dan selalu digunakan oleh para guru sekolah rendah memandangkan teknik ini menjimatkan masa dan tenaga guru. Guru perlulah memberi perhatian terhadap teknik pengajaran yang digunakan dengan topik yang ingin diajar kerana tidak semua topik sesuai diajar dengan konsep konstruktivisme atau pun latih tubi. Pada pendapat saya. teknik latih tubi lebih sesuai untuk diaplikasikan bagi subjek Matematik yang memerlukan murid untuk menguasai rumus atau formula seperti topik Trigonometri. Selain itu, latih tubi hanya sesuai untuk pemahaman konsep. Ini dibuktikan melalui kajian ahli psikologi Buswell dan Repp (1930) dalam Adzmi (2003). Walau bagaimana pun kaedah ini mempunyai kelemahan iaitu teknik ini biasanya menyekat dan menghadkan kebebasan berfikir dan menghalang daya kreativiti murid. Namun, tidak pula saya bermaksud bahawa teknik latih tubi tidak sesuai langsung untuk diserap masuk dalam sistem pengajaran Bahasa Melayu. Teknik latih tubi juga turut membantu kelancaran pengajaran Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, teknik ini lebih-lebih lagi untuk mencapai tahap kemahiran atau untuk

Upload: alraqibahbin2217

Post on 09-Aug-2015

695 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNIK LATIH TUBI

TRANSCRIPT

Page 1: KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNIK LATIH TUBI

ESEI KRITIKAN

Antara tujuh teknik yang disenaraikan, saya berpendapat bahawa teknik latih tubi

merupakan teknik yang paling mempunyai banyak mempunyai kelemahan jika ingin

dibandingkan dengan teknik pengajaran lain seperti teknik mestamu, teknik permainan

bahasa, teknik pentomin dan sebagainya. Walau bagaimanapun, teknik latih tubi

merupakan sebuah teknik yang menjadi pilihan dan selalu digunakan oleh para guru

sekolah rendah memandangkan teknik ini menjimatkan masa dan tenaga guru.

Guru perlulah memberi perhatian terhadap teknik pengajaran yang digunakan

dengan topik yang ingin diajar kerana tidak semua topik sesuai diajar dengan konsep

konstruktivisme atau pun latih tubi. Pada pendapat saya. teknik latih tubi lebih sesuai

untuk diaplikasikan bagi subjek Matematik yang memerlukan murid untuk menguasai

rumus atau formula seperti topik Trigonometri. Selain itu, latih tubi hanya sesuai untuk

pemahaman konsep. Ini dibuktikan melalui kajian ahli psikologi Buswell dan Repp

(1930) dalam Adzmi (2003). Walau bagaimana pun kaedah ini mempunyai kelemahan

iaitu teknik ini biasanya menyekat dan menghadkan kebebasan berfikir dan

menghalang daya kreativiti murid.

Namun, tidak pula saya bermaksud bahawa teknik latih tubi tidak sesuai

langsung untuk diserap masuk dalam sistem pengajaran Bahasa Melayu. Teknik latih

tubi juga turut membantu kelancaran pengajaran Bahasa Melayu. Hal ini demikian

kerana, teknik ini lebih-lebih lagi untuk mencapai tahap kemahiran atau untuk

melekatkan sesuatu perkaitan supaya ilmu atau perkara yang telah dipelajari atau diajar

bermenjadi lebih kekal dalam ingatan terutamanya seperti kemahiran menulis dan

membaca. Adalah lebih baik sekiranya teknik ini diperbaikkan lagi agar penggunaannya

di masa hadapan kelak dapat dioptimumkan.

Cara yang boleh diaplikasikan untuk menambahbaik teknik ini adalah dengan

memberi sedikit ruang kepada para murid untuk mencurahkan kreativiti dalam latih tubi.

Biarkan murid diberi sedikit kebebasan untuk melahirkan idea-idea asli sekaligus

melatih dan mendidik kecerdasan akal mereka. Selain daripada itu, sekiranya ruang

dan juga kebebasan diberi kepada para murid, maka, sesi latih tubi itu sendiri juga akan

Page 2: KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNIK LATIH TUBI

menjadi satu sesi yang menyeronokkan kepada murid. Teknik ini bakal menjadi alat

pengikis rasa bosan setelah mendengar pemerhatian daripada guru untuk jangka waktu

yang panjang.