keberkesanan program pemulihan latihan kemahiran ... · social problem amongst teenagers like...
TRANSCRIPT
KEBERKESANAN PROGRAM PEMULIHAN LATIHAN KEMAHIRAN
VOKASIONAL KE ATAS BANDUAN-BANDUAN SABITAN DI PENJARA
SUNGAI BULOH, SELANGOR.
SITI ZABEDAH BINTI ABU JAMIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KEBERKESANAN PROGRAM PEMULIHAN LATIHAN KEMAHIRAN
VOKASIONAL KE ATAS BANDUAN-BANDUAN SABITAN DI PENJARA SUNGAI BULOH, SELANGOR.
SESI PENGAJIAN: 2006/2007
Saya SITI ZABEDAH BINTI ABU JAMIL (KP: 700608-01-6164)
mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti
Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Cik Sarimah Bt Ismail No. 7, Kg. Paya, 81850 Layang-layang, Kluang , Johor. Tarikh: 18 APRIL 2007 Tarikh: 18 APRIL 2007 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada
pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup ).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : CIK SARIMAH BT ISMAIL.
Tarikh : 18 APRIL 2007
KEBERKESANAN PROGRAM PEMULIHAN LATIHAN KEMAHIRAN VOKASIONAL KE ATAS BANDUAN-BANDUAN SABITAN DI PENJARA
SUNGAI BULOH, SELANGOR.
SITI ZABEDAH BINTI ABU JAMIL
Laporan ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup).
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
APRIL, 2007
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : SITI ZABEDAH BINTI ABU JAMIL
Tarikh : 18 APRIL, 2007
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayahku : Hj Abu Jamil Bin Hj Abu Bakar
Buat arwah ibuku,: Hjh Suhaiah Bte Amir
Segala pengorbananmu mak dan abah mendidikku sehingga dewasa dan berjaya ke menara gading, tidak akan kulupakan hingga ke akhir hayat. Hanya Allah sahaja
yang maha mengetahui dan akan membalasnya. Terima kasih abah. Buat arwah emak: semoga rohmu dicucuri rahmatNya. Amin.
Buat pensyarah pembimbing: Cik Sarimah Bt Ismail
Segala tunjuk ajar dan bimbinganmu, kuucapkan terima kasih tidak terhingga.
Buat suami tercinta serta anak-anak tersayang:
Zulkifli Bin Ismail Arwah Muhammad Iskandar Bin Zulkifli
Muhammad Izzudin Bin Zulkifli Siti Nur Assyikin Binti Zulkifli
Segala pengorbananmu dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga . Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya. Terima kasih abang, along dan adik.
Buat para pensyarah dan teman-teman seperjuangan:
Terima kasih di atas segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan. Akanku jadikan pedoman dalam hidupku.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah
yang amat dikasihi.
Setinggi-tinggi ucapan penghargan dan jutaan terima kasih Cik Sarimah Bt
Ismail selaku penyelia, En Mohd Khata Bin Jabor selaku penilai pertama dan Dr
Yahya Bin Buntat selaku penilai kedua. Terima kasih yang tidak terhingga di atas
nasihat dan tunjuk ajar serta curahan idea kepada saya dalam usaha menyiapkan
projek ini. Hanya Allah S.W.T. yang mengetahui dan membalas jasa-jasamu itu.
Sekalung ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak pentadbiran Ibu
Pejabat Penjara Malaysia, Kajang , Penjara Sungai Buloh, Selangor dan Penjara
Kajang , Selangor kerana memberikan kerjasama yang baik bermula daripada
permohonan membuat kajian sehingga menjalankan kajian rintis dan kajian sebenar.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat kaum keluarga tersayang; abah,
abang, kakak ,adik, suami dan anak-anak yang menjadi pencetus inspirasi dan
pembakar semangat untukku menggulung sekeping ijazah. Sesungguhnya kejayaan
ini adalah untuk kalian semua.
Akhir sekali buat teman-teman seperjuangan yang banyak memberikan idea
dan bantuan dalam menjayakan projek ini. Semoga persahabatan yang terjalin ini
akan kekal sehingga ke akhir hayat. Sekian terima kasih.
v
ABSTRAK
Masalah sosial di kalangan remaja dewasa ini seperti rompakan, pengedaran dadah,
pembunuhan, rogol, ragut dan sebagainya telah menjadi satu isu yang hangat diperkatakan
kerana ia telah menjadi punca kepada peningkatan kadar jenayah di Malaysia. Akibatnya
berlakulah kesesakan jumlah banduan di 28 buah penjara di seluruh Malaysia termasuk di
Penjara Sungai Buloh, Selangor. Kesesakan ini juga berpunca daripada kemasukan banduan
secara berulang ke dalam penjara tersebut yang mungkin disebabkan oleh kesukaran
banduan yang telah tamat tempoh hukuman di penjara mendapat pekerjaan setelah mereka
dibebaskan. Oleh itu penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan
program pemulihan latihan kemahiran vokasional ke atas banduan-banduan sabitan di
Penjara Sungai Buloh, Selangor. Empat pembolehubah sebagai penunjuk keberkesanan
program telah dikaji iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap banduan terhadap latihan
kemahiran vokasional. Responden kajian adalah 61 orang banduan sabitan yang menjalani
latihan kemahiran vokasional di Bengkel Jahitan penjara tersebut. Kajian kuantitatif ini
menggunakan borang soal selidik sebagai instrument kajian. Data yang diperolehi dianalisis
menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 11.0.
Kebolehpercayaan, α item dalam borang soal selidik ialah 0.9077. Data dipersembahkan
dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan aspek
pengetahuan banduan sabitan terhadap latihan kemahiran vokasional adalah pada tahap
sederhana dengan purata min 3.45, aspek kemahiran pula berada pada tahap tinggi dengan
purata min 3.66 manakala aspek sikap banduan sabitan terhadap latihan kemahiran
vokasional juga berada pada tahap tinggi dengan purata min 4.41. Min keseluruhan adalah
pada tahap yang tinggi dengan nilai min 3.84. Ini menunjukkan program pemulihan latihan
kemahiran vokasional ke atas banduan-banduan sabitan di penjara sungai buloh, selangor
adalah berkesan Di akhir dapatan kajian ini, pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan
dijalankan ke atas aspek lain yang menyumbang kepada keberkesanan program pemulihan
latihan kemahiran vokasional di penjara-penjara seluruh Malaysia dikaji seperti minat,
keperluan peralatan, kemudahan bengkel dan guru.
vi
ABSTRACT
Social problem amongst teenagers like robbery, drug distributor, homicide, rape,
snatch thief and so forth has become a major issue because it was main reason to the
increment of crime rate in Malaysia. As a result, 28 prisons all over Malaysia including
Sungai Buluh Prison were crowded with prisoners. The crowdedness of the prisoners were
also because of repetitive admittance of the prisoners in the prison that is believed due to the
difficultness of the prisoners to get good job after completing the duration of their
punishment. Therefore this research is conducted to identify the effectiveness of the
recovery of vocational skill training program on prisoners in Sungai Buloh Prison, Selangor.
There were three variables as an indicator of the effectiveness of the program that been
studied such as knowledge, skill and attitude of the prisoners towards the vocational training
skill. Respondent of the study were 61 prisoners who undergo vocational skills training in
Bengkel Jahit. This quantitative research method used questionnaires as a research
instrument. The trustworthiness, α of the items in the instrument was 0.9077. Data acquired
was analysed using computer software Statistical Packages for the Social Science (SPSS)
version 11.0 and were presented in a form of frequency, percentage and mean. Research
findings showed that vocational skills training of the prisoners in term of knowledge was at
moderate level with average mean of 3.45, skills aspect was at moderate level with average
mean of 3.66 and attitude aspect was also at high level with average mean of 4.41. The
overall mean was at high level with mean of 3.84. Result of the study showed that the
recovery program of vocational skill training amongst the prisoners at Sungai Buluh Prison
was effective. This study suggested that further researches could be conducted on other
variables that contributed to the effectiveness of the vocational skill training programme in
other Malaysian prisons such as interest, equipment requirement, workshop facilities and
trainers.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xviii
viii
BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 7
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 12
1.5 Persoalan Kajian 12
1.6 Kepentingan Kajian 13
16.1 Banduan 13
16.2 Penjara Sungai Buloh 14
16.3 MLVK 14
1.7 Skop dan Batasan Kajian 14
1.8 Definisi Operasional 15
1.8.1 Banduan 15
1.8.2 Keberkesanan 15
1.8.3 Program 16
1.8.4 Pemulihan 16
1.8.5 Penjara 17
1.8.6 Latihan 17
1.8.7 Kemahiran 18
1.8.8 Vokasional 18
ix
BAHAGIAN KEDUA
SOROTAN KAJIAN
2 SOROTAN KAJIAN 19
2.1 Pengenalan 19
2.2 Penjara Sungai Buloh 20
2.3 Faktor-faktor keberkesanan program latihan 21
2.3.1 Tahap Pengetahuan 22
2.3.2 Tahap Kemahiran 26
2.3.3 Sikap 30
2.4 Rumusan 33
BAHAGIAN KETIGA
METODOLOGI
3 METODOLOGI 35
3.1 Pengenalan 35
3.2 Rekabentuk Kajian 35
3.3 Tempat Kajian 36
x
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 36
3.5 Instrumen Kajian 37
3.6 Keesahan Soal Selidik 41
3.7 Kebolehpercayaan Soal Selidik 41
3.8 Kajian Rintis 42
3.9 Prosedur Kajian 43
3.10 Analisa Data 46
3.11 Kesimpulan 48
BAHAGIAN KEEMPAT
ANALISIS DATA
4 ANALISIS DATA 49
4.1 Pengenalan 49
4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden 50
4.2.1 Jantina 50
4.2.2 Umur 51
4.2.3 Taraf Perkahwinan 52
4.2.4 Tahap Pendidikan 52
4.2.5 Etnik 53
4.2.6 Pekerjaan Sebelum Masuk Penjara 53
4.3 Bahagian B : Analisis Item Soalan 54
xi
4.3.1 Persoalan 1: Apakah Tahap Pengetahuan
Banduan Sabitan Terhadap Latihan
Kemahiran Vokasional di Penjara
Sungai Buloh, Selangor? 56
4.3.2 Persoalan 2: Apakah Tahap Kemahiran
Banduan Sabitan Terhadap Latihan
Kemahiran Vokasional di Penjara
Sungai Buloh, Selangor? 59
4.3.3 Persoalan Kajian 3: Apakah Sikap
Banduan Sabitan Terhadap Latihan
Kemahiran Vokasional di Penjara
Sungai Buloh, Selangor? 61
4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 64
BAHAGIAN KELIMA
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 67
5.1 Pengenalan 67
5.2 Ringkasan Dapatan Kajian 68
5.2.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 68
5.2.2 Bahagian B: Persoalan Kajian 69
5.3 Rumusan dan Perbincangan Dapatan Kajian 71
xii
.3.1 Persoalan Kajian 1 : Apakah Tahap
Pengetahuan Banduan Sabitan Terhadap
Latihan Kemahiran Vokasional di Penjara
Sungai Buloh, Selangor? 71
5.3.2 Persoalan Kajian 2 : Apakah Tahap
Kemahiran Banduan Sabitan Terhadap
Latihan Kemahiran Vokasional di Penjara
Sungai Buloh, Selangor? 73
5.3.3 Persoalan Kajian 3 : Apakah Sikap
Banduan Sabitan Terhadap Latihan
Kemahiran Vokasional di Penjara
Sungai Buloh, Selangor? 76
5.4 Cadangan 78
5.4.1 Penjara Sungai Buloh 79
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 80
5.5 Kesimpulan 81
BIBLIOGRAFI 82
LAMPIRAN 88
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Plan Pembangunan Insan 3
di Penjara Sungai Buloh
1.2 Statistik Kemasukan Banduan Sabitan dan 8
Reman di Penjara Sungai
Kadar Residivisme Di Penjara Sungai Buloh ,
Banduan Sabitan dari Tahun 2000 – 2005.
1.3 Bilangan Banduan Sabitan yang mengikuti
Latihan Kemahiran Vokasional di bengkel-
Bengkel perusahaan Penjara Sungai Buloh 9
1.4 Kadar Residivisme di Penjara Sungai Buloh,
Banduan Sabitan dari Tahun 2000 – 2005 11
3.1 Taburan Populasi Kajian 37
3.2 Pembolehubah-pembolehubah yang digunakan
dalam kajian 38
3.3 Pembahagian item berdasarkan pembolehubah
dalam persoalan kajian. 39
3.4 Skor skala likert tahap pengetahuan 39
xiv
3.5 Skor skala likert tahap kemahiran 40
3.6 Skor skala likert sikap 40
3.7 Pengkategorian nilai Alpha Cronbach 42
3.8 Tahap penilaian responden berdasarkan min 46
3.9 Tahap penilaian responden berdasarkan peratusan 47
3.9 Skala pemeringkatan tahap pengetahuan 47
3.10 Skala pemeringkatan tahap kemahiran 48
3.11 Skala pemeringkatan sikap 48
4.1 Taburan jantina responden 51
4.2 Taburan umur responden 51
4.3 Taburan taraf perkahwinan responden 52
4.4 Taburan pendidikan 52
4.5 Taburan etnik responden 53
4.6 Taburan pekerjaan sebelum masuk penjara responden 54
4.7 Taburan persoalan kajian dan bilangan item 55
4.8 Tahap penilaian responden berdasarkan min 55
4.9 Tahap penilaian responden berdasarkan peratusan 55
4.10 Analisis tahap pengetahuan banduan sabitan terhadap
latihan kemahiran vokasional di Penjara Sungai Buloh 56
4.11 Analisis tahap kemahiran banduan sabitan terhadap
latihan kemahiran vokasional di Penjara Sungai Buloh 59
4.12 Analisis sikap banduan sabitan terhadap latihan
Kemahiran vokasional di Penjara Sungai Buloh 62
4.13 Taburan min keseluruhan berdasarkan pembolehubah
Kajian 65
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH MUKA SURAT
3.1 Carta aliran prosedur pengendalian kajian 45
xvi
SENARAI SINGKATAN
% - Peratus
f - Frekuensi/kekerapan
AM - Amat Mahir
ATM - Amat Tidak Mahir
CIDB - Construction Industrial Development Board
TC - Therapeutic
SKM - Sijil Kemahiran Malaysia
MLVK - Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
MOU - Memorandum Persefahaman
PSM - Projek Sarjana Muda
R - Rendah
S - Setuju
SRP - Sijil Rendah Pelajaran
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPSS - Statistical Package For Social Science
SS - Sangat Setuju
SUHAKAM - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
xvii
STS - Sangat Tidak Setuju
T - Tinggi
TP - Tidak Pasti
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xviii
LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 88
B Output Analisis - Kajian Rintis 94
C Surat Permohonan Menjalankan 95
Penyelidikan di Penjara Sungai
Buloh, Selangor.
D Surat Kebenaran Menjalankan 96
Penyelidikan di Penjara Sungai
Buloh, Selangor.
E Surat Permohonan Menjalankan 99
Kajian Rintis di Penjara Kajang,
Selangor.
xix
F Surat Kebenaran Menjalankan 100
Kajian Rintis di Penjara Sungai
Kajang, Selangor.
H Surat Pengesahan Item Soal Selidik 103
- Ketua Bidang Teknik & Vokasional
SMK Bukit Gading, Sg Buloh, Selangor.
I Surat Pengesahan Item Soal Selidik 104
- Pembantu Pegawai Latihan Vokasional J22
Penjara Sungai Buloh, Selangor.
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Penjara adalah satu institusi yang berbeza dari institusi atau organisasi yang lain.
Perbezaan bukan sekadar dari penampilan fizikal, malahan fungsinya sendiri iaitu
penjara adalah tempat di mana satu kumpulan pekerja yang terlatih berkhidmat untuk
mengurus dan menjaga satu kumpulan manusia yang bergelar banduan. Kumpulan
kedua ini tidak datang secara rela, malah mereka dipaksa masuk dan dihalang dari
meninggalkan kawasan penjara oleh pengawal, tembok dan pagar. Dalam erti kata lain,
pihak pengurusan Jabatan Penjara tidak boleh memilih penghuni dan tidak mempunyai
kuasa untuk membebaskan mereka. Banduan harus hidup mengikut peraturan yang
ditetapkan dan pergerakan mereka adalah amat terkawal ( Sejarah Penjara ,2006).
Peranan penjara pada hari ini, menjadi semakin besar. Ia bukan setakat
menahan pesalah dan penjenayah, malah ia menjadi institusi pendidikan dan pemulihan.
Di Malaysia kini terdapat 28 buah penjara (tidak termasuk depot tahanan pendatang
tanpa izin) yang terletak di empat zon iaitu utara, selatan, timur dan barat. Jumlah
2
banduan yang ditahan di penjara-penjara seluruh Malaysia pada September 2006
adalah seramai 34,813 orang dan majoritinya adalah banduan lelaki (Melati Mohd Ariff,
2006). Jabatan penjara dibina supaya boleh memberi kesejahteraan kepada masyarakat
dan keselamatan kepada negara khususnya dari segi pemulihan banduan, agar mereka
tidak akan melakukan jenayah lagi. Ini juga bertujuan supaya banduan-banduan
tersebut tidak lagi menjadi ancaman kepada masyarakat setelah dibebaskan kelak.
Jabatan Penjara merupakan sebuah agensi yang terbabit dalam sistem keadilan
jenayah Malaysia yang mempunyai dua objektif iaitu keselamatan dan pemulihan.
Selain memastikan penahanan yang selamat, penjara adalah sebagai institusi pendidikan
dan pemulihan. Banduan-banduan tersebut perlu diletakkan dalam keadaan rendah diri
untuk membolehkan pemulihan diberikan supaya mereka dapat menerima hakikat
bahawa mereka telah melakukan kesalahan, dan dan mereka perlu diberi bimbingan di
dalam penjara (Melati Mohd Ariff, 2006).
Jabatan Penjara Malaysia telah memperkenalkan program Pelan Pembangunan
Insan kepada banduan sejak 2004. Sebelum ini ia memberi fokus kepada program-
program vokasional bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada banduan apabila
mereka dibebaskan. Pelan Pembangunan Insan dibuat secara menyeluruh dan
mempunyai empat fasa bagi membolehkan banduan diberi pendidikan dan pemulihan
secara berkesan. Jadual 1.1 .menerangkan tentang kerangka Plan Pembangunan Insan
di Penjara Sungai Buloh.
3
Jadual 1.1 Kerangka Plan Pembangunan Insan di Penjara Sungai Buloh
FASA PROGRAM AKTIVITI
1 Orientasi (3 bulan)
a. Induksi, b. Pembentukan Disiplin c. Penilaian.
2 Pengukuhan Sahsiah (6 -12 bulan)
a. Modul Halaqah, b. Modul Kaunseling c. Modul Seks.
3 Latihan Kemahiran Vokasional
a. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) b. Banduan Mengikuti Kerja Di Bengkel
Perusahaan c. Akaun Amanah
4 Prabebas a. Khidmat Mesra Masyarakat dan b. Program Keinsafan – Mesej Dari Penjara.
Sumber Pemulihan , Ibu Pejabat Penjara Malaysia (2004).
Objektif pemulihan yang dijalankan di penjara adalah untuk memulih dan
melatih penghuni penjara (banduan) melalui aktiviti perusahaan vokasional, spiritual
dan mental agar mereka menjadi warganegara yang berguna dan produktif. Ia juga
bertujuan menanam sikap menghargai diri, berdisiplin dan bertanggungjawab di
kalangan banduan dengan menerapkan nilai-nilai positif yang murni yang menjurus ke
arah sahsiah manusia yang baik. Bahagian pemulihan adalah terdiri daripada tiga
seksyen iaitu perusahaan dan latihan vokasional, pendidikan kerohanian dan kebajikan,
rawatan, pemulihan dadah dan kesihatan am. Seksyen-seksyen tersebut diterangkan
seperti di bawah;
i) Perusahaan Dan Latihan Kemahiran Vokasional
Fungsi utama seksyen ini ialah untuk menyediakan program vokasional supaya
banduan berpeluang menerima latihan kemahiran vokasional yang membantu mereka
berdikari selepas dibebaskan. Objektifnya adalah untuk menyediakan aktiviti latihan
vokasional, menyediakan tenaga pengajar yang terlatih dan mencukupi serta
menyediakan kemudahan atau kelengkapan yang sesuai. Perusahaan vokasional
4
diwujudkan bagi memberi pendedahan latihan kemahiran asas kepada banduan-banduan
supaya mereka dapat berdikari setelah dibebaskan kelak. Banduan-banduan yang
bekerja di bengkel-bengkel perusahan akan dibayar gaji. Tempoh menyertai program
latihan kemahiran ini bergantung kepada hukuman yang dijalani oleh seseorang
banduan.
Latihan kemahiran yang disediakan termasuklah berkebun, menjahit,
pertukangan kayu, dobi, memasak, kimpalan, kratik dan sebagainya. Banduan-banduan
yang bekerja dibayar gaji berdasarkan kategori atau warna kolar pakaian. Daripada
hasil pendapatan yang diperolehi , hanya 2/3 boleh digunakan oleh mereka untuk
membeli barang-barang di kantin dan 1/3 lagi mesti disimpan dan akan diberikan
semula kepada mereka apabila dibebaskan kelak.
Program Kemahiran yang dilaksanakan di Penjara Sungai Buloh mempunyai
objektif untuk melahirkan penghuni mahir dalam bidang vokasional dan melahirkan
penghuni yang cemerlang dalam bidang sukan. Ia bertujuan untuk memberi peluang
kepada penghuni mengikuti kerja-kerja di bengkel-bengkel perusahaan penjara, bengkel
amanah atau bengkel usahasama. Perlaksanaan program ini akan melahirkan empat
kumpulan penghuni (banduan) iaitu:
i. Penghuni mahir – menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
ii. Penghuni Separuh Mahir – kerja di bengkel tanpa sijil
iii. Penghuni Tidak Mahir – bekerja didobi, dapur dan kebersihan
iv. Penghuni yang cemerlang dalam bidang sukan khususnya tinju, angkat berat,
bina badan dan seni mempertahankan diri.
Untuk program latihan kemahiran ini, pihak penjara membuat kerjasama dengan
pihak luar seperti Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) di mana peserta
5
akan diberikan sijil selepas tamat kursus. Pada tahun 2006 jabatan penjara telah
menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan CIDB (Construction
Industrial Development Board) untuk kursus pembinaan seperti membuat plaster siling
dan mengikat batu bata. Kursus ini berkait dengan Akademi Binaan Malaysia dan
banduan akan diberikan sijil pengiktirafan.
(Pemulihan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia ,2004)
ii) Pendidikan Kerohanian Dan Kebajikan
Pendidikan Kerohanian diajar di penjara kerana sebilangan besar banduan
melakukan kesalahan mereka disebabkan pendidikan akhlak yang kurang sempurna.
Ketiadaan kekuatan akhlak dan pegangan hidup yang teguh menyebabkan mereka tiada
pedoman dan tidak teragak-agak untuk menceburkan diri dalam kegiatan-kegiatan
jenayah.
Menyedari hakikat bahawa pendidikan agama adalah merupakan unsur penting
dalam program pemulihan, maka pendidikan agama telah disediakan mengikut agama
yang mereka anuti seperti pengajaran dan Pendidikan Agama Islam, Kristian, Hindu
dan Buddha. Objektif pendidikan ini diajar ialah untuk memberi bimbingan agama
kepada banduan bagi membentuk sikap dan akhlak yang mulia.
6
iii) Rawatan, Pemulihan Dadah Dan Kesihatan Am
Jabatan Penjara Malaysia adalah berperanan untuk merawat dan memulihkan
kecergasan jasmani , rohani dan psikologi banduan supaya mereka dapat kembali
menjadi warganegara yang produktif dan bertanggungjawab. Jabatan ini juga
bertanggungjawab mewujudkan persekitaran yang sihat dan bebas dari gejala dadah di
dalam penjara supaya banduan dapat menjalani kehidupan yang normal.
Program Pemulihan Dadah Penjara Malaysia terdiri daripada Pemulihan
Bersepadu dan Pemulihan Therapeutic Community (TC). Pemulihan Bersepadu terdiri
daripada latihan vokasional, bimbingan agama, moral, akademik, kaunseling, latihan
kawad (disiplin), sukan/rekreasi, dan kemudahan perpustakaan.
Program Pemulihan Therapeutic (TC) pula lebih tertumpu kepada aspek
psikologi ke arah pembentukan tingkah laku dan berkonsepkan hubungan kekeluargaan.
Kategori banduan yang menyertai program ini pada dasarnya adalah secara sukarela,
namun demikian terdapat juga peserta diambil secara pilihan terhadap banduan yang
difikirkan berpotensi mengikuti program ini dengan jayanya. Mereka perlu ditemuduga
bagi menentukan kesesuaiannya . Tempoh bagi seseorang perlu mengikuti program ini
paling minima ialah satu tahun.
Kemudahan rawatan kesihatan diberi dengan sempurna kepada semua banduan.
Banduan yang sakit, akan diberi rawatan, jika kritikal mereka akan dibawa ke hospital
berdekatan untuk dirawat. Namun demikian, pegawai kesihatan akan sentiasa membuat
pemeriksaan ke atas banduan-banduan dari semasa ke semasa untuk memastikan
7
kesihatan mereka dalam keadaan normal. Segala khidmat nasihat tentang masalah
kesihatan dan penjagaan sentiasa dititikberatkan di penjara.
Program Perkhidmatan Kaunseling telah diperkenalkan di penjara sejak tahun
1981 bertujuan untuk memberikan latihan dan bimbingan bercorak psikologi pemulihan
akhlak serta menyemaikan perasaan keyakinan pada diri sendiri dan berpandangan
positif bahawa mereka masih berpeluang untuk meresapkan atau mencorakkan nilai-
nilai hidup baru dan membuang apa sahaja tabiat buruk yang selama ini telah
merosakkan diri mereka.
(Aktiviti Pemulihan Di Penjara Malaysia, 2006)
1.2 Latar Belakang Masalah
Masalah sosial memang hebat dibincangkan di mana-mana sahaja di dunia ini
dan kini lebih hebat dibincangkan dari masa ke semasa di negara kita.. Bukan sahaja
masalah ini terjadi di negara membangun tetapi di negara maju dan juga dunia ketiga.
Remaja masa kini hidup penuh dengan cabaran demi kemajuan dan kemodenan
sehingga mereka kini hidup dengan penuh kebebasan. Kebebasan remaja kini tiada
terbatas lagi hingga berlaku pelbagai masalah sosial di kalangan mereka yang bergelar
remaja. Mereka sering terjebak dengan aktiviti seperti penyalahgunaan dadah, seks
bebas, melepak, merokok , meragut dan sebagainya (Ramlah Yong, 2006).
8
Peningkatan kes jenayah yang berlaku di negara kita dewasa ini telah
menyebabkan berlakunya kesesakan di 28 buah penjara di seluruh Malaysia yang
berjumlah 38,191 orang banduan ketika ini. Hasil rundingan antara Suruhanjaya hak
Asasi Manusia (Suhakam) dan Jabatan Penjara, 16 buah penjara akan dibina secara
berperingkat-peringkat bagi mengatasi masalah kesesakan banduan. Enam daripada
penjara itu dalam pembinaan dan dijangka siap hujung tahun ini iaitu Penjara Machang,
Penjara Bentong, Penjara Kuching, Penjara Sungai Udang dan Penjara Perlis.
Pembinaan ini juga akan dikhaskan kepada beberapa pengkhususan seperti Penjara
Industrial, Penjara Juvana dan Penjara Reman bagi memudahkan tahanan ditempatkan
mengikut kesesuaian (16 Penjara Baru Dibina Di Seluruh Negara, 2007).
Statistik di Penjara Sungai Buloh, pula menunjukkan jumlah Banduan Reman
dan Sabitan meningkat dari tahun ke tahun, sedangkan kapasiti banduan di penjara
tersebut ialah 2500 orang sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa Penjara Sungai Buloh
mengalami kesesakan dan kepadatan banduan seperti dalam Jadual 1.2.
Jadual 1.2 Statistik Kemasukan Banduan Sabitan dan Reman di Penjara Sungai Buloh dari tahun 2000 hingga 2005.
BIL BANDUAN TAHUN
SABITAN REMAN
JUMLAH
2000 470 2708 3178
2001 659 3277 3936
2002 696 4120 4816
2003 593 4053 4646
2004 931 4260 5191
2005 720 4924 5644
Sumber Pengurusan Penjara Sungai Buloh, Selangor (2006)
9
Banduan boleh dikategorikan kepada dua iaitu Banduan Reman dan Banduan
Sabitan. Banduan Reman ialah banduan yang belum dijatuhkan hukuman oleh pihak
mahkamah. Banduan Sabitan pula ialah banduan yang telah dijatuhkan hukuman dan
sedang menjalani hukuman atas kesalahan masing-masing. Bilangan Banduan Reman
melebihi bilangan Banduan Sabitan. Namun begitu bukan semua Banduan Sabitan
dapat mengikuti latihan kemahiran di bengkel-bengkel perusahaan Penjara Sungai
Buloh. Bilangan banduan sabitan yang mengikuti latihan kemahiran di bengkel adalah
seperti di dalam jadual 1.3.
Jadual 1.3 Bilangan Banduan Sabitan yang mengikuti Latihan Kemahiran vokasional di bengkel-bengkel perusahaan Penjara Sungai Buloh.
Bil Bengkel Bilangan Banduan
1 Bengkel Jahit I 25 orang
2 Bengkel Jahit II 36 orang
3 Bengkel Kayu 26 orang
4 Bengkel Dobi 24 orang
Jumlah 111 orang
Sumber Pengurusan Penjara Sungai Buloh, Selangor (2006)
Kebanyakan banduan yang menjalani hukuman penjara beberapa kali di atas
kesalahan mereka disebabkan oleh;
i) mereka sukar diterima oleh masyarakat kerana pengalaman mereka sebagai
bekas banduan. Ini termasuk ahli keluarga mereka sendiri. Oleh itu mereka
membuat keputusan untuk kembali melakukan jenayah setelah gagal mendapat
sebarang pekerjaan.
ii) latihan dan program kesedaran yang diterima atau diajar semasa di penjara
diakui oleh mereka adalah sesuatu yang baik tetapi masalahnya mereka sukar
mempraktikkannya tanpa dorongan dan tunjuk ajar terutamanya soal kewangan.
10
Mereka kembali giat melakukan jenayah setelah gagal separuh jalan dalam
program usahawan mereka.
iii) pengaruh persekitaran amat kuat terutama rakan-rakan jenayah yang lain masih
mempengaruhi mereka untuk terus bergiat semula melakukan jenayah atau
mengambil dadah.
iv) mereka mengakui bahawa setelah dibebaskan, mereka akan tetap terus
melakukan jenayah kerana ingin memasuki semula ke penjara. Bagi mereka
layanan yang diterima semasa menjalani hukuman lebih baik dari di luar
penjara. Mereka dicemuh oleh ahli keluarga dan masyarakat malah mereka
sukar untuk mendapat pekerjaan untuk menyara kehidupan diri dan keluarga
mereka. Mereka sering dipersalahkan jika berlakunya sebarang kecurian di
kampong atau di tempat tinggal mereka, walaupun mereka tidak melakukannya.
v) jiwa mereka telah sebati dengan jenayah yang mereka lakukan, seolah-olah telah
menjadi darah daging mereka.
(Jamaluddin, 1999)
Program pemulihan yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Penjara adalah satu
program yang telah disusun dengan begitu teliti dan tersusun ke atas semua peringkat
banduan-banduan yang menjalani hukuman penjara. Namun demikian sejauh manakah
keberkesanan program-program tersebut telah membawa kepada perubahan ke atas
banduan-banduan setelah dibebaskan?. Penilaian ini hanya dapat dibuat berdasarkan
kepada statistik banduan-banduan yang dimasukkan semula ke penjara (Residivisme)
seperti dalam Jadual 1.4
11
Jadual 1.4 Kadar Residivisme Di Penjara Sungai Buloh , Banduan Sabitan dari tahun 2000 hingga 2005.
Tahun Kali Pertama Masuk Penjara
Berulang kali (Residivisme)
Jumlah Banduan
2000 301 169 470
2001 472 187 659
2002 411 285 696
2003 312 281 593
2004 251 680 931
2005 281 439 720
Sumber Pengurusan Penjara Sungai Buloh (2006)
1.3 Pernyataan Masalah
Peningkatan jumlah banduan reman dan sabitan yang membanjiri Penjara
Sungai Buloh dari tahun ke setahun ada kaitannya dengan kadar residivisme banduan-
banduan tersebut. Masih ada segelintir masyarakat yang masih tidak dapat menerima
kehadiran bekas banduan walaupun mereka telah insaf. Kesukaran mendapat pekerjaan
menyebabkan mereka terjebak semula dalam kancah jenayah. Akhirnya mereka
meringkuk semula di dalam penjara.
Berdasarkan kepada pertambahan bilangan banduan yang keluar masuk ke
penjara ini, menyebabkan pengkaji menjalankan kajian berkaitan dengan keberkesanan
program pemulihan latihan kemahiran vokasional yang dijalankan ke atas banduan-
banduan sabitan di Penjara Sungai Buloh, Selangor. Pengkaji ingin mengenalpasti
tahap keberkesanan program pemulihan tersebut terhadap banduan-banduan sabitan di
Penjara Sungai Buloh. Para banduan yang berada di dalam penjara adalah golongan
12
yang perlu diberi kesedaran dan pemulihan agar mereka dapat pulang ke jalan yang
benar di samping dapat diterima semula oleh keluarga dan masyarakat.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti;
i. tahap pengetahuan banduan-banduan sabitan terhadap latihan kemahiran
vokasional yang dijalankan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
ii. tahap kemahiran vokasional yang diperolehi oleh banduan-banduan sabitan yang
sedang menjalani latihan kemahiran di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
iii. sikap banduan terhadap latihan kemahiran vokasional yang dijalankan di
Penjara Sungai Buloh, Selangor.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan-persoalan di dalam kajian ini adalah seperti berikut;
i. apakah tahap pengetahuan banduan sabitan terhadap latihan kemahiran
vokasional yang dijalankan di Penjara Sungai Buloh?
ii. apakah tahap kemahiran banduan sabitan terhadap latihan kemahiran vokasional
yang dijalankan di Penjara Sungai Buloh?
iii. apakah sikap banduan sabitan terhadap latihan kemahiran vokasional yang
dijalankan di Penjara Sungai Buloh?