kebudayaan melayu

33
1.0 Pengenalan : Sejarah dan Identiti Masyarakat Melayu Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah masyarakat yang terbesar bilangannya di rantau Nusantara ini. Hal ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas lagi terutamanya di bumi Malaysia. Kewujudan masyarakat Melayu telah bermula sejak sebelum terbinanya empayar Kesultanan Melayu Melaka lagi kira-kira 500 tahun yang lalu. Ketika ini boleh dikatakan bahawa masyarakat Melayu adalah antara masyarakat yang tinggi ketamadunannya kerana dengan wujudnya empayar pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Semenanjung Tanah Melayu terutamanya di negeri Melaka telah menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang- pedagang dari luar negara terutamanya dari Arab, Parsi, India, China dan lain-lain lagi. Jika dilihat dari suatu sudut perspektif, empayar Kesultanan Melayu Melaka yang boleh dikatakan terdiri daripada masyarakat Melayu sudah berjaya menaiki satu anak tangga dalam memajukan ekonomi yang sekadar bermula dengan perusahaan pertanian ataupun penangkapan ikan yang hanya mampu menampung keperluan diri dan keluarga telah berubah sehingga menjadi sumber pendapatan yang lebih lumayan. Hal ini kerana hasil yang mereka perolehi daripada aktiviti pertanian ataupun penangkapan ikan boleh didagangkan. Walaupun pada permulaannya aktiviti ekonomi hanya melibatkan urus niaga secara sistem barter atau bertukar barang ini telah berevolusi sehingga wujudnya sistem mata wang. Bertitik tolak daripada terciptanya sistem mata wang ini, kegiatan ekonomi di Tanah Melayu semakin berkembang maju. Secara tidak langsung telah menggalakkan lagi kedatangan pedagang daripada luar negara. Hasilnya pertembungan kepelbagaian budaya telah wujud di Tanah Melayu dan ada yang diserap dan diasimilasikan dalam budaya Melayu. Pengasimilasian budaya ini juga telah mula ditapis agar menepati kehandak syarak setelah kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Hal ini berlaku apabila Kesultanan Melayu Melaka yang sebelum ini diasaskan oleh Parameswara, iaitu orang yang bertanggungjawab membuka Kota Melaka. Keturunannya telah memeluk Islam dan boleh dikatakan hampir keseluruhan rakyat jelata turut mengikut perbuatan raja mereka untuk menganut agama Allah S.W.T. iaitu agama Islam. Kebudayaan atau budaya masyarakat Melayu yang wujud kini boleh dikatakan berlandaskan kepada ajaran Islam dan ada juga budaya-budaya yang diserap daripada budaya masyarakat India yang beragama Hindu dan masyarakat Cina yang 1

Upload: azri-abd-rahman

Post on 31-Dec-2015

53 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gyjtyj

TRANSCRIPT

Page 1: kebudayaan melayu

1.0 Pengenalan : Sejarah dan Identiti Masyarakat Melayu

Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah masyarakat yang terbesar

bilangannya di rantau Nusantara ini. Hal ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas lagi

terutamanya di bumi Malaysia. Kewujudan masyarakat Melayu telah bermula sejak

sebelum terbinanya empayar Kesultanan Melayu Melaka lagi kira-kira 500 tahun

yang lalu. Ketika ini boleh dikatakan bahawa masyarakat Melayu adalah antara

masyarakat yang tinggi ketamadunannya kerana dengan wujudnya empayar

pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Semenanjung Tanah Melayu terutamanya

di negeri Melaka telah menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang-

pedagang dari luar negara terutamanya dari Arab, Parsi, India, China dan lain-lain

lagi.

Jika dilihat dari suatu sudut perspektif, empayar Kesultanan Melayu Melaka yang

boleh dikatakan terdiri daripada masyarakat Melayu sudah berjaya menaiki satu

anak tangga dalam memajukan ekonomi yang sekadar bermula dengan perusahaan

pertanian ataupun penangkapan ikan yang hanya mampu menampung keperluan diri

dan keluarga telah berubah sehingga menjadi sumber pendapatan yang lebih

lumayan. Hal ini kerana hasil yang mereka perolehi daripada aktiviti pertanian

ataupun penangkapan ikan boleh didagangkan. Walaupun pada permulaannya

aktiviti ekonomi hanya melibatkan urus niaga secara sistem barter atau bertukar

barang ini telah berevolusi sehingga wujudnya sistem mata wang.

Bertitik tolak daripada terciptanya sistem mata wang ini, kegiatan ekonomi di

Tanah Melayu semakin berkembang maju. Secara tidak langsung telah

menggalakkan lagi kedatangan pedagang daripada luar negara. Hasilnya

pertembungan kepelbagaian budaya telah wujud di Tanah Melayu dan ada yang

diserap dan diasimilasikan dalam budaya Melayu. Pengasimilasian budaya ini juga

telah mula ditapis agar menepati kehandak syarak setelah kedatangan Islam ke

Tanah Melayu. Hal ini berlaku apabila Kesultanan Melayu Melaka yang sebelum ini

diasaskan oleh Parameswara, iaitu orang yang bertanggungjawab membuka Kota

Melaka. Keturunannya telah memeluk Islam dan boleh dikatakan hampir keseluruhan

rakyat jelata turut mengikut perbuatan raja mereka untuk menganut agama Allah

S.W.T. iaitu agama Islam. Kebudayaan atau budaya masyarakat Melayu yang wujud

kini boleh dikatakan berlandaskan kepada ajaran Islam dan ada juga budaya-budaya

1

Page 2: kebudayaan melayu

yang diserap daripada budaya masyarakat India yang beragama Hindu dan

masyarakat Cina yang mengamalkan agama Buddha. Penyerapan budaya ini

berlaku selagi budaya yang diserap itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Contohnya adat bersanding atau berinai yang diambil daripada masyarakat India.

Secara amnya terdapat beberapa pendapat atau definisi mengenai budaya

yang berbeza-beza mengikut pengkaji itu sendiri. Akan tetapi maksud budaya yang

dikemukakan oleh mereka membawa konotasi yang sama atau serupa maknanya.

Kata budaya itu berasal daripada cantuman bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu

iaitu;

Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal

Ini bermaksud budaya itu adalah kecergasan akal fikiran seseorang yang akan

menentukan tahap pemikiran mereka dalam menangani sesuatu permasalahan dan

seterusnya mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut.

Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh

Kata daya di sini memberi maksud bahawa sesorang individu itu menggunakan

segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh yang semula jadi bagi membantu

menjana pemikiran mereka. Hasil gabungan kedua-dua kata atau perkataan ini

menjelaskan maksud bahawa budaya merupakan kebolehan seseorang individu

menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran bagi ke arah meningkatkan

kecergasan akal fikiran bagi menyelesaikan permasalahan dan seterusnya berupaya

menyelesaikan permasalahan tersebut. Penyelesaian tersebut pula boleh diterima

semua ahli masyarakat dan seterusnya menjadi amalan bersama. Amalan yang yang

diterima ini seterusnya dijadikan budaya dalam kehidupan mereka.

Menurut Kamus Dewan (2005), budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran,

akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga diklasifikasikan

sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem

sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap

dan nilai.

Dictionary of Philosophy (1996) ada menjelaskan yang budaya itu adalah:

2

Page 3: kebudayaan melayu

‘The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts,

scienes, modes of perception, and habits of thought and activity.’

Amalan-amalan yang dibentuk ini akan menetukan hala tuju bersama dalam

masyarakat berkenaan.

Mohd Taib Osman (1988) ada membuat tafsiran mengenai budaya. Menurut

beliau, budaya memperlihatkan satu himpunan kelengkapan intelektual dan

kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologidan kemasyarakatan serta

dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. Melalui himpunan daya

intelektual tersebut masyarakat membentuk nilai yang dapat diterima bersama. Selo

Soemardjan dan Soelaiman Soemardi bersepakat bahawa budaya merupakan alat

penghasilan karya seni, rasa, dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat.

Penghasilan karya atau kesenian tersebut dipersembahkan dalam pelbagai bentuk

yang akan menjadi asas kebudayaan masyarakat.

Manakala Malinowsky dalam bukunya ‘ A Scientific Theory of Culture’ telah

mengkelaskan budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia.

Budaya merupakan keseluruhan aspek kemanusiaan dari segi sejarah,

kesusasteraan, institusi politik, muzik, lukisan, falsafah dan sebagainya. Budaya

secara umum adalah cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat atau bangsa.

Budaya meliputi semua aktiviti harian manusia dan juga berperanan membezakan

bangsa-bangsa tertentu.

Kesimpulan yang boleh dibuat mengenai budaya adalah, budaya dari aspek

bahasa adalah cara hidup yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat pada

masa kini. Dari aspek istilah pula, budaya merujuk kepada satu cara hidup yang

diamalakan oleh kebanyakkan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan,

pandangan dan tabiat sesorang dalam menghadapi sesuatu perkara atau situasi.

Budaya boleh dikaitkan dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan

masyarakat sekelilingnya. Budaya merupakan warisan sosial manusia, cara

pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. Budaya adalah hak

masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.

Menyentuh semula dengan kebudayaan Melayu. Kebudayaan Melayu adalah

satu cara hidup atau amalan seharian yang diamalkan oleh masyarakat Melayu

3

Page 4: kebudayaan melayu

dalam kehidupan seharian mereka. Berdasarkan kepada pendapat yang telah

dinyatakan oleh Mohd Taib Osman dan Malinowsky, budaya dapat dibahagikan

kepada 2 jenis iaitu ‘budaya material’ dan ‘budaya bukan material’. Budaya material

adalah budaya yang bersifat kebendaan. Contohnya alatan permainan, pakaian,

bentuk rumah dan sebagainya. Manakala budaya bukan material adalah budaya

yang bersifat bukan kebendaan. Budaya bukan material lebih bersifat kepada

kepercayaan dan adat resam sesuatu masyarakat itu sendiri. Bagi lebih memahami

konsep budaya material dan bukan material yang terdapat dalam budaya

masyarakat Melayu, rajah berikut boleh dijadikan rujukan yang ringkas dan padat

mengenainya.

4

Page 5: kebudayaan melayu

2.0 Takrif dan Definisi Pantun

Kesusasteraan Melayu merupakan sebahagian daripada pusaka kebudayaan

Melayu yang tak terhingga nilainya. Kesusasteraan Melayu amat berkait rapat

dengan bidang kesenian yang merupakan sub-budaya Melayu yang berbentuk

bukan material atau kebendaan.

Apabila menyebut sahaja mengenai kesusasteraan Melayu, tidak dapat tidak

kita lari daripada membincangkan tentang puisi. Puisi-puisi ini pada asalnya adalah

salah satu bentuk persembahan yang berbentuk lisan dan diwarisi secara turun

temurun dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Namun atas kesedaran 5

Page 6: kebudayaan melayu

yang mula tumbuh dalam diri tokoh sejarawan dan budayawan Melayu, puisi-puisi ini

mula dibukukan bagi menjamin kelangsungan wujudnya pusaka budaya ini daripada

pupus atau hilang ditelan zaman.

Puisi-puisi ini dicipta atas hasil daya kreativiti pemikiran masyarakat Melayu

terdahulu dalam menyusun bait-bait kata sehinggalah terciptanya pelbagai genre

puisi seperti syair, gurindam, teromba, seloka, pantun dan lain-lain lagi. Keindahan

susunan kata ini mencerminkan ketinggian budi pekerti dan adab sopan masyarakat

Melayu dalam berkomunikasi. Kewujudan puisi-puisi ini adalah sebagai salah satu

bentuk hiburan. Selain itu, puisi-puisi ini juga digunakan dalam komunikasi untuk

menyampaikan sesuatu hasrat seperti dalam menyampaikan nasihat dalam bentuk

bahasa yang indah dan berlapik. Hal ini tidak seperti kebudayaan Barat yang lebih

berterus terang dalam menasihati dan menegur sesuatu perbuatan atau perlakuan

yang kurang manis dipandang.

Salah satu bentuk puisi yang begitu terkenal dalam masyarakat Melayu

adalah pantun. Pelbagai kajian telah dilakukan terhadap pantun Melayu, maka

pelbagailah tafsiran yang muncul bagi menerangkan pendapat masing-masing

tentang hasil kajian mereka. Sebagai contoh, asal wujudnya kata pantun telah

dibincangkan dengan panjang lebar oleh Pijnappel, Hoessein Djajadiningrat, Zainal

Abidin Ahmad, Wilkinson. Winstedt, Van Ophuijsen dan lain-lain lagi. Salah seorang

daripada mereka ada mengatakan bahawa pantun itu terdapat dalam pelbagai

bahasa di Nusantara. Contohnya toen (bahasa Sunda), tuntun (bahasa Pampanga),

tonton (bahasa Tagalog), tuntun, atuntun, matuntun (bahasa Jawa), panton (bahasa

Bisaya) dan pantun (bahasa Toba). Dalam kesemua bahasa yang dinyatakan tadi,

kata-kata yang berasal daripada pelbagai bahasa itu merujuk kepada satu kata yang

iaitu pantun. Kesemua kata daripada pelbagai bahasa itu merujuk kepada satu

bentuk atau suatu cara penglahiran maksud mengikut tatasusila yang teratur.

Van Ophuijsen ada mengatakan dalam kajiannya yang menyebut tentang asal

wujudnya pantun itu adalah berasal daripada kebiasaan orang Mandahiling

menggunakan dedaunan sebagai lambang untuk menyuarakan perasaan hati dalam

kalangan golongan muda-mudi. Walau bagaimanapun pendapat beliau disangkal

oleh Wilkinson, menurutnya pantun wujud hasil daripada kebiasaan masyarakat

Melayu menggunakan perkataan bersajak, sebunyi atau seirama. Manakala Harun

6

Page 7: kebudayaan melayu

Mat Piah pula berdasarkan kajiannya pula, mengatakan bahawa sebuah pantun

berisi suatu saran bunyi pada kuplet pertama yang memberikan bayangan kepada

kuplet kedua. Pantun terbahagi kepada beberapa jenis seperti pantun 2 kerat, 4

kerat, 6 kerat, 8 kerat dan seterusnya dalam bilangan yang genap. Namun begitu pa

Banyak pendapat mengatakan bahawa pantun bukan sahaja khazanah

budaya kepunyaan masyarakat Melayu, tetapi merupakan ciptaan orang Melayu itu

sendiri. Pendapat ini disokong lagi dengan kajian yang telah dilakukan oleh Harun

Mat Piah setelah melakukan perbandingan antara pendapat-pendapat yang

dikemukakan oleh tokoh-tokoh seperti Winstedt, Teeuw, Overbeck dan Prampolini.

Harun ada membuat kesimpulan bahawa pantun adalah ciptaan asal dalam

masyarakat Melayu dan bukan karya saduran dari Jawa, Cina atau India.

Secara umumnya pantun memiliki ciri-ciri dan hukum kepuitisan yang

tersendiri seperti yang berikut:

i. Memiliki rangkap-rangkap yang berasingan.

ii. Setiap rangkap terdiri daripada baris-baris atau kerat-kerat.

iii. Jumlah suku kata dalam setiap baris antara 8 hingga 10.

iv. Setiap rangkap ada pembayang dan maksud.

v. Skima rima akhir a-b-a-b.

vi. Setiap rangkap ada pantun memiliki kesatuan fikiran yang lemgkap dan

sempurna.

vii. Memiliki lambang yang sesuai dengan norma dan nilai masyarakat

setempat.

viii. Terdapat hubungan antara bahagian pembayang dan makna.

Ciri terakhir pantun iaitu mempunyai hubungan atau perkaitan antara

pembayang dan makna. Perkara ini sering menjadi polemik antara para pengkaji.

Namun ada sesetengah pengkaji yang menyangkal dan ada juga yang mengambil

jalan tengah dengan mengatakan bahawa hanya pantun-pantun tertentu yang

pembayangnya ada perkaitan dengan makna.

Pantun-pantun ini dapat dibahagikan kepada beberapa variasi atau jenis

bergantung kepada isi kandungan atau tujuan pantun itu dibina. Contohnya:

7

Page 8: kebudayaan melayu

i. Pantun Kanak-kanak

ii. Pantun Jenaka

iii. Pantun Kiasan

iv. Pantun Nasihat

v. Pantun Keagamaan

vi. Pantun Kasih Sayang

3.0 Nilai dalam Masyarakat Melayu

Masyarakat Melayu umumnya mempunyai banyak nilai yang menjadikan

bangsa Melayu ini penuh dengan tatasusila dan terkenal dengan sopan santunnya.

Nilai merupakan salah satu aspek yang sentiasa ditekankan oleh ahli masyarakat.

Melalui nilai, kita akan belajar untuk mencontohi sesuatu amalan yang baik dan

positif. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 muka surat: 1081, nilai adalah taksiran

harga, harga sesuatu yang dibandingkan dengan harga yang lain, kadar nisbah, sifat

ketinggian dan darjat, kualiti, mutu dan taraf. Ini bermakna, nilai adalah ukuran

kepada sesuatu seperti sifat keperibadian dan sebagainya yang ada pada individu.

Menurut Clyde Kluckhon, nilai ialah satu konsep nyata atau tersirat yang

dapat membezakan seseorang individu atau ciri-ciri kumpulan dari segi perkara yang

diingini. Keadaan ini akan mempengaruhi cara individu itu memilih kefahaman yg

sedia ada dan tingkah laku pada akhirnya.

8

Page 9: kebudayaan melayu

Menurut George Lundberg, semua objek mempunyai nilai dan manusia

bertindak terhadap objek itu supaya dapat mengekalnya atau menambah hak

kepunyaan individu. Umumnya, nilai boleh dihuraikan sebagai sesuatu benda atau

perkara yang boleh dilihat dari segi harga yang boleh dikira dgn aritmetik dan kualiti

intrinsik. Nilai merupakan salah satu aspek budaya yang disebut sebagai bukan

material. Bukan material bermaksud sesuatu yang tidak dapat disentuh dengan

anggota badan namun boleh dirasai dan dicontohi.

Menurut Mohd Yusof Hasan dalam bukunya Dunia Melayu (30:1991), nilai

ialah asas pertimbangan bagi seseorang atau sesuatu kelompok manusia untuk

menentukan sama ada sesuatu perkara atau bendaitu baik, benar, bermanfaat,

indah dan diingini dan cuba diperoleh dan dibina, atau sebaliknya, buruk, palsu,

berbahaya, dibenci dan berusaha untuk dijauhi dan dihapuskan. Nilai dapat

dibahagikan kepada empat iaitu nilai estetik, nilai moral, nilai doktrin dan nilai

budaya. Kesemua nilai ini akan dikaji dalam tugasan ini berdasarkan pantun-pantun

orang Melayu.

3.1 Nilai : Berbudi.

Nilai pertama yang dapat dilihat dalam masyarakat Melayu ialah berbudi.

Masyarakat Melayu dibiasakan dengan amalan berbudi. Semangat berbudi ini

sememangnya dapat mewujudkan satu rasa kebersamaan dan saling bergantungan

antara satu sama lain. Sememangnya masayarakat Melayu terutamanya telah

dibiasakan dengan nilai-nilai budi. Sememangnya isu-isu berkaitan budi ini

merupakan antara isu yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Melayu sejak

dulu lagi. Oleh kerana itu, banyak pantun yang menggunakan nilai budi sebagai tema

pantun mereka. Contohnya seperti pantun di bawah.

Mengenang Budi

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga;

Hancur badan dikandung tanah,

Budi baik dikenang juga.

9

Page 10: kebudayaan melayu

Mengenang budi merupakan antara aspek yang seringkali dibicarakan apabila

menyentuh sahaja tentang budi. Secara umumnya mengenang budi boleh diertikan

sebagai mengingati, menghargai atau tidak melupakan jasa yang telah diberikan

oleh seseorang.

Contoh yang paling mudah adalah, mengenang budi kedua-dua ibu bapa

yang telah membesarkan anak sehingga dewasa. Sebagai seorang anak jasa, kedua

ibu bapa sememangnya tidak terbalas dengan harta mahupun wang ringgit. Mereka

telah membesarkan kita dari seawal usia dalam kandungan sehinggalah dewasa.

Mereka telah mengasuh kita dengan segala ilmu dunia dan akhirat. Kesemua ibu

bapa di dunia ini sudah tentunya mahukan yang terbaik dalam hidup anak-anak

mereka. Mereka tidak mengatakan tidak atas segala permintaan yang dibuat oleh

anak selagi kemahuan mereka itu tidak mendatangkan kesan yang negatif.

Jika diperhatikan dari aspek keperluan harian seperti makanan, pakaian

mahupun keselamatan, bapalah yang memainkan peranan utama. Bapa adalah

orang boleh dikatakan individu yang bertanggungjawab penuh. Maka tidak hairanlah

apabila adanya kata-kata seperti kasih ayah kekal selamanya. Manakala ibu pula

adalah insan sanggup melakukan apa sahaja bagi memenuhi keperluan anak-anak

dari aspek pengurusan anak itu dari kecil sehinggalah dewasa atau sehingga anak

itu boleh berdikari sendiri. Bayangkan, ibulah orang yang sanggup bangun di tengah-

tengah malam hanya semata-mata ingin menukar lampin anaknya. Tidak cukup

dengan itu, ibu jugalah yang sanggup menyusukan, membasuh pakaian, memasak

dan berbagai lagi tugasan yang dibuat hanya semata-mata ingin memastikan yang

anaknya sentiasa terurus.

Aspek kerohanian dan pembentukan sahsiah juga tidak dilupakan. Dalam

menjalankan tanggungjawab ini, kedua-dua ibu bapa akan menegur, menasihati,

memarahi atau melakukan apa sahaja bagi memastikan yang anak-anak mereka

menjadi insan yang berakhlak. Jadi tidak hairanlah orang-orang dahulu mengatakan,

sayang anak ditangan-tangankan. Istilah atau frasa ini bukanlah bermaksud yang ibu

bapa tidak menyayangi anak mereka, sebaliknya tujuan perkara itu dilakukan adalah

10

Page 11: kebudayaan melayu

kerana ibu bapa amat menyayangi anak mereka. Bayangkan, betapa besarnya

pengorbanan mereka itu.

Ringkasnya, mengenang budi amat penting tidak kiralah daripada siapa kita

menerima budi atau jasa. Sentiasa ingat dan hargailah budi dan jasa yang pernah

kita terima. Seperti apa yang digambarkan dalam pantun di atas, walaupun

seseorang individu itu telah meninggal dunia budi baik yang pernah diterimanya akan

tetap dikenang.

Sikap Berbudi Bahasa tidak Mengenal Taraf.

Anak dara berkain cukin,

Dari Daik bulan puasa;

Tidak kira kaya miskin,

Asalkan baik budi bahasa.

Berbudi bahasa. Berbudi bahasa adalah satu amalan yang mulia dan harus

diamalkan oleh setiap orang di muka bumi ini. Perihal pentingnya berbudi bahasa ini

adalah untuk mewujudkan suasana yang aman dan harmonis dalam sesebuah

masyarakat itu sendiri. Amalan ini hendaklah dipraktikkan oleh segenap lapisan

masyarakat tanpa mengira darjat, keturunan, warna kulit mahupun taraf sosial

individu itu. Selain itu, kepentingan berbudi bahasa adalah untuk memastikan

seseorang itu sentiasa dipandang mulia dan memberikan persepsi yang positif

kepada masyarakat sekeliling.

Pelbagai kempen telah diadakan oleh kerajaan, contohnya kempen yang

dijalankan melalui media elektronik. Kempen yang dimaksudkan adalah iklan di

televisyan yang dilakonkan oleh Adlin Aman Ramli yang sanggup buat-buat tidur

hanya kerana tidak mahu memberikan tempat duduknya kepada orang yang lebih 11

Page 12: kebudayaan melayu

memerlukan. Keadaan itu telah memberikan persepsi negatif kepada dirinya.

Penumpang-penumpang lain yang sedar akan perbuatan Adlin itu telah mendapat

persepsi negative kepada Adlin. Walau bagaimanapun dalam iklan yang lain Adlin

telah memberikan reaksi yang positif apabila memerhatikan adanya seorang

perempuan yang lebih memerlukan tempat duduknya. Adlin bingkas bangun dan

memberikan tempat duduknya kepada perempuan itu. Tindakannya itu telah

membuatkan wujudnya suasana yang harmoni tanpa sebarang rasa tidak puas hati.

Selain itu juga, masyarakat sekeliling juga perlulah mengamalkan amalan

berbudi bahasa ini tanpa mengira taraf sosial ataulatar belakang mereka. Sebagai

contoh, dengan mengamalkan sikap ini jurang antara orang kaya dan miskin itu akan

terhapus. Hal ini secara tidak langsung akan mewujudkan perhubungan yang lebih

akrab dan mesra antara segenap lapisan masyarakat.

Berbudi Bahasa Tidak Hanya Melalui Pertuturan.

Makan sirih berpinang tidak,

Pinang di bawah tangga;

Makan sirih mengenyang tidak,

Tapi tanda budi bahasa.

Berbudi bahasa tidak hanya melalui pertuturan adalah bermaksud sikap atau

perilaku berbudi bahasa itu boleh dizahirkan melaui perbuatan atau tingkah laku.

Berdasarkan baris maksud pantun, makan sirih mengenyang tidak, tapi tanda budi

bahasa adalah sebagai menghormati adat dan tujuan seseorang. Perkara ini dapat

dilihat pada zaman dahulu. Kebiasaannya apabila ada tetamu datang ke rumah, tuan

rumah akan menjamu tetamu dengan sedikit minuman dan makan ringan atau kuih

muih, selesai dengan itu tuan rumah akan mengeluarkan sirih untuk dimakan

bersama-sama tetamu yang bertandang. Secara logiknya makan sirih tidak

mengenyangkan dan hanya sekadar bahan kudapan.

Perkara yang ingin ditekankan di sini adalah niat murni tuan rumah yang tidak

mahu membiarkan tetamu hanya sekadar duduk bersembang kosong sahaja tanpa

ada sebarang jamuan. Manakala sebagai tetamu pula haruslah memakan sirih itu

12

Page 13: kebudayaan melayu

bagi menghormati tujuan atau niat tuan rumah. Ada sesetengah orang mengatakan

bahawa makan sirih itu adalah budaya atau amalan yang mesti diamalkan apabila

bertandang ke rumah orang. Sebagai tetamu, individu itu haruslah memakan sirih

bersama dengan tuan rumah sebagai tanda menghormati adat atau budaya tuan

rumah tiu sendiri.

Budi Bahasa Melambangkan Bangsa.

Tegak rumah kerana sendi,

Runtuh sendi rumah binasa;

Sendi bangsa ialah budi,

Runtuh budi runtuhlah bangsa.

Masyarakat Asia memang terkenal dengan adab ‘Ketimuran’ yang kaya

dengan budi bahasa dan sopan santunnya. Jadi tidak hairanlah yang masyarakat

Melayu yang merupakan sebahagian daripada penduduk Asia memang terkenal

dengan sopan santunnya yang juga boleh dikatakan sebahagian daripada

kebudayaan Melayu.

Seperti apa yang dinyatakan dalam pantun di atas budi adalah sendi bangsa.

Persoalan pokok yang cuba diutarakan oleh pencipta pantun ini adalah mengatakan

yang kekuatan yang menghubungkan sesuatu bangsa juga terletak kepada budi

yang juga merupakan sebahagian daripada kebudayaan sesuatu bangsa.

Masyarakat Melayu yang telah dididik sejak dari kecil hinggalah dewasa tentang budi

bahasa penerapan nilai-nilai murni yang sama telah membentuk satu kelompok

masyarakat Melayu yang mengamalkan sikap berbudi bahasa. Kesannya

terebentuklah masyarakat yang bersatu padu. Walau bagaimanapun akan runtuhnya

sesebuah masyarakat atau bangsa itu jika amalan berbudi bahasa tidak lagi

diamalkan. Hal ini kerana amalan berbudi bahasa yang menjadi sendi penghubung

13

Page 14: kebudayaan melayu

antara ahli dalam sesebuah masyarakat itu tidak lagi diamalkan. Hal ini akan

mewujudkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain dan merenggangkan

perhubungan ahli masyarakat itu.

Apa yang disampaikan oleh pencipta pantun ini amat bertepatan melalui

persamaan yang dibentuk menjadi pantun. Secara umumnya amalan berbudi bahasa

dapat meneguhkan perhubungan antara ahli atau anggota sesebuah masyarakat itu.

Budi yang Tak Terbalas

Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti;

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Antara sudut lain yang dapat dibincangkan tentang nilai berbudi adalah nilai

budi baik yang tak terbalaskan dengan wang ringgit ataupun harta. Merujuk tentang

pantun di atas yang menyatakan bahawa hutang yang berbentuk wang ringgit boleh

dilunaskan walau dengan apa cara sekalipun, tetapi tidak hutang budi. Contoh

mudah yang dapat diberikan adalah berdasarkan dalam sesuatu situasi berikut yang

melibatkan individu A yang sedang sakit dan memerlukan rawatan dan individu B

pula dengan rela hati dan ikhlas menolong individu A tadi dengan menghantarnya ke

hospital. Walaupun dengan hanya bantuan kecil yang dilakukan oleh individu B tetapi

telah menyelamatkan nyawa individu A.

Jika kita mengibas kembali sejarah perubatan negara, pada tahun1999 telah

terlakarnya satu peristiwa yang akan memilukan hati sesiapa sahaja yang tahu

tentang perkara itu. 13 tahun lalu seorang bayi bernama Afiq yang dijangkakan

hanya dapat hidup selama 10 bulan kerana mempunyai masalah hati. Bayi malang

itu dapat meneruskan hidupnya atas ikhsan seorang yang bukan darah dagingnya

yang sanggup mendermakan sebahagian daripada hatinya semata-mata ingin

memastikan kelangsungan hidup bayi itu. Seorang pemuda berusia 23 tahun,

Hafizam. Atas budi yang diberikan oleh Hafizam, Afiq Berjaya meneruskan hidup

14

Page 15: kebudayaan melayu

seperti anak-anak yang lain. Manakala ibu bapa Afiq pula merasa begitu terhutang

budi kepada Hafizam kerana sanggup mendermakan sebahagian daripada hatinya

kepada anak mereka. Ringkasnya apa yang disimpulkan adalah, ada sesetengah

budi boleh dibalas jika budi itu berbentuk harta atau wang ringgit tetapi bagaimana

pula dengan budi yang bukan bersifat wang ringgit sudah tentunya tidak terbalas.

Seperti apa yang digambarkan dalam kes di atas yang melibatkan pendermaan

organ.

3.2 Nilai : Nasihat Menasihati.

Nasihat dan peringatan begitu diperlukan manusia kerana dengannya mereka

akan didorong untuk sentiasa berada dalam kebaikan dan kebenaran. Beberapa ayat

Allah menegaskan kepentingan peringatan kerana ia mendatangkan manfaat,

khususnya kepada golongan beriman. Kepentingan nasihat juga ditegaskan oleh

Nabi SAW dalam hadis Baginda sehingga dikatakan bahawa Islam itu adalah

nasihat. Agama terletak pada nasihat yang mengandungi unsur ketaatan kepada

Allah dan Rasul-Nya selain keimanan serta usaha beramal dengan kitab-Nya serta

Sunnah Rasul-Nya. Manfaat atau kebaikan besar yang terkandung dalam nasihat

terserlah pada maksud perkataan itu sendiri. Nasihat mengandungi maksud supaya

individu yang dinasihati memperoleh keuntungan atau faedah. Selain itu, nasihat

juga terkandung kaedah penyampaian iaitu dengan menggunakan kata yang dipilih

dengan teliti dan dihalusi di samping berasaskan ketulusan hati serta tidak

dipengaruhi maksud yang buruk.

Yang Baik Jadikan Teladan

Anak dara menumbuk pandan,

Membuat kuih hidangan kenduri;

Ilmu yang baik jadikan teladan,

Segala yang buruk tolak ke tepi.

Yang baik jadikan teladan, yang buruk tolak ke tepi. 2 baris (maksud) pantun

di atas menyatakan tentang kepentingan menuntut ilmu yang baik. Manakala segala

perkara yang bersifat buruk atau negatif haruslah diabaikan. Nilai yang terdapat

dalam masyarakat Melayu selalu menekankan isu-isu mengenai amalan yang baik 15

Page 16: kebudayaan melayu

dijadikan teladan. Contohnya melalui cerita-cerita rakyat seperti ‘Perlumbaan Arnab

dan Kura-kura’. Berdasarkan cerita ini tema yang ingin disampaikan adalah jangan

berputus asa. Mesej yang terdapat dalam cerita ini diterapkan dalam minda generasi

seterusnya.

Mengenai ‘Segala yang buruk tolak ke tepi’, pula bermaksud tidak menerima

amalan yang bertentangan dengan amalan masyarakat Melayu. Contoh perkara

atau amalan buruk yang ditolak oleh masyarakat Melayu adalah mengumpat.

Perbuatan ini walaupun bertentang dengan nilai masyarakat Melayu namun masih

ada lagi sesetengah atau sekumpulan kecil yang melakukannya. Maka dengan

terciptanya pantun ini diharap dapat menyedarkan sekumpulan kecil yang melakukan

perbuatan mengumpat. Melalui pantun ini, sindiran halus dilakukan bagi dalam susun

kata bahasa yang beralas.

Jangan Mengharapkan Balasan

Ada ubi bawalah ubi,

Ada beras berikan beras;

Suka dipuji selalu rugi,

Tamakkan balas kerap melepas.

Pantun di atas jelas menggambarkan bahawa sikap sukakan pujian atas

segala apa yang dilakukanakan mendatangkan kerugian. Pantun ini juga

menerangkan kesan negatif jika bersikap tamak. Kedua-dua sikap negatif ini telah

dimasukkan dalam pantun ini adalah bertujuan untuk menasihati masyarakat Melayu

khususnya agar tidak terjebak dalam sikap yang tidak mendatangkan faedah ini.

Berdasarkan maksud suka dipuji selalu rugi, seseorang individu yang bersikap

begini pada mulanya memang disukai oleh ramai orang, namun lama kelamaan

inidividu seperti ini akan semakin kurang rakan atau teman. Masyarakat di

sekelilingnya akan mula menjauhkan diri daripada individu seperti ini kerana mereka

akan mula rasa hilang hormat. Manakala tamakkan balas kerap melepas pula

bermaksud, orang suka mengharapkan balasan atas segala perbuatan baik

khususnya akan kerap melepas. Hal ini kerana peluang yang diperolehnya untuk

16

Page 17: kebudayaan melayu

melakukan jasa atau menghulurkan bantuan akan semakin tertutup kerana

masyarakat akan mula menolak sebarang pemberian oleh individu yang sukakan

balasan atas apa yang dilakukannya.

Secara umumnya pantun di atas menjelaskan yang masyarakat Melayu

khususnya perlu menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan buruk seperti yang

dinyatakan tadi.

Jangan Mengikut Perasaan

Padi muda jangan dilurut,

Kalau dilurut pecah batangnya;

Hati muda jangan diturut,

Kalau diturut salah datangnya.

Kepentingan nasihat juga penting dalam masyarakat Melayu khasnya untuk

golongan muda. Hal ini kerana golongan muda sering kali dikaitkan sikap darah

muda yang berjiwa membara. Golongan muda mentah yang kurang pengalaman ini

cenderung untuk melakukan keputusan tanpa memikirkan baik buruk yang

mendatang. Pantun di atas jelas menggambarkan kerasionalan generasi muda ini

dalam menentukan hala tuju mereka. Pembayang dan maksud pantun yang jelas

menasihati golongan muda agar lebih berhati-hati dan berfikir lebih jauh ke depan

dalam membuat sebarang keputusan. Pembayang pantun yang amat berkait rapat

dengan maksud pantun dipilih agar bersesuaian dengan baris maksud pantun.

Pencipta pantun ini mengibaratkan yang golongan muda in sebagai batang padi

muda yang lemah, yang akan pecah jika dilurut. Manakala kesan padi yang pecah

akibat dilurut disamakan dengan kesan negatif yang timbul akibat membuat

keputusan yang terburu-buru.

Jelas sekali pantun nasihat ini amat berguna dalam usaha membantu anak

muda dalam mengingatkan diri mereka agar lebih berhati-hati dalam membuat

keputusan agar tidak mendatangkan masalah bukan sahaja kepada diri mereka

tetapi kadang kala akan membabitkan individu di sekeliling mereka.

17

Page 18: kebudayaan melayu

Jangan Selalu Memakan Budi Orang

Jangan selalu memakan budi orang merupakan salah satu nasihat yang

sering ‘dileterkan’ oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka. Hal ini kerana

seseorang yang terlebih makan budi orang akan menyesal di kemudian hari.

Dalam masyarakat moden sekarang ini ada istilah yang menyebut tentang

perkara ini yang berbunyi “terhutang budi sampai tergadai body”. Hal ini timbul

apabila ada keluarga yang malas berusaha dalam mencari rezeki tetapi hanya

bergantung kepada bantuan orang tertentu untuk meneruskan hidup mereka.

Sampai suatu masa apabila ingin membalas budi keluarga tadi tidak mampu dan

penyelesaian yang paling mudah adalah mengahwinkan anak mereka dengan

individu yang banyak membantu keluarga itu. Perkahwinan itu secara kebiasaannya

bukanlah atas kerelaan anak tetapi terpaksa merelakan kerana memikirkan segala

budi yang pernah diterima.

Pantun di atas jelas mengingatkan orang Melayu khususnya agar berusaha

untuk meneruskan hidup tanpa mengharapkan bantuan atau budi baik orang lain.

Hal ini bukan sahaja akan mendatangkan masalah kepada diri sendiri dan ahli

keluarga, malah akan menjadi buah mulut orang lain.

Anak Perling melompat pergi,

Singgah mencolok buah hutan;

Jangan kita kedapatan budi,

Kelak tentu orang perkatakan.

Sedar Akan Keupayaan Diri

Masyarakat Melayu juga sering menasihati golongan muda agar sentiasa

berpijak di bumi yang nyata agar tidak hanyut dalam angan-angan yang hanya

sekadar mimpi di siang hari. Unsur nasihat seperti ini penting bagi memastikan yang

masyarakat Melayu tidak berangan yang keterlaluan atau bermimpikan sesuatu yang

mustahil untuk dicapai. Elemen nasihat seperti ini juga penting kerana mempunyai

funsi untuk menaikkan semangat dan usaha bagi memastikan apa yang dihajati

dapat dicapai.

18

Page 19: kebudayaan melayu

Nasihat yang terdapat dalam pantun ini juga dpat diperhatikan dalam

peribahasa Melayu seperti ‘ukurlah baju di banadan sendiri’ atau ‘kalau kail panjang

sejengkal lautan dalam jangan diduga’.

Anak tenggiri anak selambai,

Ikan lidah dalam perahu;

Langit tinggi jangan dicapai,

Bumi rendah tengok dahulu.

3.3 Nilai : Kasih Sayang.

19

Page 20: kebudayaan melayu

Dalam masyarakat melayu, nilai kasih sayang amat penting dalam memupuk

masyarakat yang penyayang dan saling mengasihi antara satu sama lain tidak kira

sahabat, sanak-sudara malah haiwan peliharaan juga menjadi aset untuk memupuk

kasih sayang.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kasih membawa maksud perasaaan

sayang (terhadap seseorang atau sesuatu,cinta). Selain itu kasih juga membawa

maksud berasa sayang. Manakala sayang pula menurut Kamus Dewan membawa

maksud mengasihi atau mencintai, kasihan atau berasa belas.

Dalam konteks kebudayaan melayu, kasih sayang dapat disifatkan sebagai

nilai budaya yang amat dititkberatkan agar dapat membentuk masyarakat yang

harmoni melalui nilai kasih sayang ini. Nilai kasih sayang yang wujud dalam

masyarakat Melayu dapat dilihat melalui bidang kesusasteraan melayu yang amat

terkenal sejak tahun 1940-an lagi yang mana masyarakat Melayu pada masa itu

terkenal dengan cerita penglipur laranya.

Dalam masyarakat Melayu, menurut Aripin Said (1948) dalam bukunya Puisi

Warisan, pantun merupakan puisi Melayu lama yang menggambarkan kehalusan

budi dan keprihatinan masyarakat pada waktu itu terhadap alam dan ruang lingkup

budayanya.

Nilai kasih sayang dalam masyarakat Melayu dapat diterjemahkan dalam

bentuk puisi yang merangkumi sajak,syair,gurindam dan pantun. Antara pantun yang

dapat kita lihat ialah seperti pantun berikut :

Burung terkukur digulai lemak,

Kembang selasih dibawah batang’

Sudah lumpur jalanpun semak;

Sebab kasih saya datang.

Dalam pantun ini, ternyata masyarakat Melayu pada masa itu mementingkan

kasih sayang sebagai nilai dalam masyarakat pada masa tersebut. Dalam rangkap

“sudah lumpur jalanpun semak, sebab kasih saya datang”, rangkap ini membawa

maksud walaupun terdapat halangan dan cabaran untuk mendapatkan kasih

20

Page 21: kebudayaan melayu

sayang, seseorang itu tetap pergi menempuh halangan tersebut untuk mendapatkan

kasih sayang yang diinginkan. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu

amat mementingkan nilai kasih sayang walaupun nilai kasih sayang itu sukar untuk

didapatkan.

Antara pantun lain yang dapat memberi contoh nilai kasih sayang ialah seperti

pantun berikut :

Cuba – cuba bertanam mumbang,

Moga – moga tumbuh kelapa,

Cuba – cuba bertanam sayang;

Moga – moga menjadi cinta

Dewan Bahasa, Mei 1958, hlm. 241

Rangkap pertama membawa maksud perihal alam iaitu menanam mumbang

kelapa atau pucuk kelapa yang mustahil akan tumbuh menjadi kelapa. Dalam

rangkap kedua pula membawa maksud menyemai kasih sayang agar sayang yang

disemai itu menjadi cinta. Nilai kasih sayang dalam pantun ini menunjukkan kasih

sayang mesti ditanam dalam diri agar dapat membentuk cinta. Dalam budaya

melayu, kasih sayang yang wujud antara seorang lelaki kepada seorang perempuan

akan berakhir dengan cinta apabila mereka berkahwin.

Antara pantun lain yang dapat memberi contoh nilai kasih sayang ialah seperti

pantun berikut :

Zaman lampau telah pun hilang,

Dulu kecil kini dewasa,

Zaman baru sudah menjelang;

Kasih ibu masih dirasa.

Puisi – puisi pilihan Usman

21

Page 22: kebudayaan melayu

Awang, Rahman Shaari 1991.

Dalam pantun di atas, rangkap pertama membawa maksud peredaran zaman

iaitu daripada zaman kanak – kanak sehingga dewasa iaitu zaman dahulu.

Manakala, rangkap kedua pula membawa maksud zaman yang yang baru yang

mana menceritakan kasih sayang daripada seorang ibu tetap dirasai walaupun

zaman telah berubah. Dalam masyarakat melayu, nilai kasih sayang sangat

dijunjung oleh seorang anak terhadap seorang ibu meskipun zaman dan masa

berubah tetapi kasih kepada ibu tetap dirasai dan diingati. Contohnya seorang anak

yang telah lama terpisah dengan ibunya. Meskipun bertahun-tahun berpisah dengan

ibunya yang telah meninggalkan dunia,tetapi kasih tetap dirasai dan dihargai.

Pantun keempat yang dapat menggambarkan nilai kasih sayang dalam

masyarakat melayu ialah seperti pantun berikut :

Perahu tongkang memuat kayu,

Datang angin dilayarkan,

Hendak kasih, kasih selalu;

Kasih jangan tuan tinggalkan.

Pantun Dondang Sayang Vols. 2, hlm 42.

Maskud rangkap pertama dalam pantun ini ialah memerihalkan tongkang yang

bergerak apabila terkena angin. Dalam rangkap kedua pula, membawa maksud ingin

berkasih. Jika ingin berkasih sayang, janganlah ditinggalkan orang yang kita kasihi

itu. Dalam budaya masyarakat Melayu, kasih sayang kepada seseorang amat

dihargai. Jika kita telah pun sayang atau kasih kepada seseorang, eloklah kiranya

kita terus menyayangi seseorang itu selalu dan tidak meninggalkan orang yang kita

kasih itu. Contohnya, apabila kita berkasih dengan seseorang, haruslah kita

22

Page 23: kebudayaan melayu

mengasihinya sampai bila – bila agar orang yang dikasihi itu senantiasa bahagia dan

tidak berkecil hati dengan kita.

Pantun kelima yang merupakan pantun terakhir yang dapat menggambarkan

nilai kasih sayang dalam masyarakat Melayu ialah seperti pantun berikut :

Rakit buluh dari seberang,

Dulang terletak diatas geta,

Sakit sungguh kasih seorang;

Orang tidak kasihkan kita.

Petua Mengarang Pantun Melayu,hlm 22.

Dalam rangkap pertama pantun di atas memerihalkan tentang rakit dan

dulang iaitu dua benda yang berbeza dari segi kegunaannya yang mana rakit yang

datang dari seberang dan dulang pula diletakkan di atas geta iaitu tempat raja

beradu atau berehat. Dalam rangkap kedua pula, membawa maksud apabila kita

kasihkan seseorang dan kasih kita tidak terbalas oleh seseorang itu,maka akan

timbul rasa tidak sempurna.

Jika dilihat dari perspektif kebudayaan Melayu, pantun ini menggambarkan

nilai kasih sayang itu seharusnya dibalas untuk mengelakkan sebelah pihak tidak

terasa sakit dan dapat mengukuhkan ikatan kasih sayang dalam sesuatu budaya

masyarakat. Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih pasti hidup dalam suasana

harmoni dan bersatu padu . Bak kata pepatah, serumpun bagai serai, selubang

bagai tebu.

3.4Nilai : Patuh kepada perintah agama.

Nilai yang seterusnya yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah nilai

kepatuhan kepada agama. Budaya masyarakat Melayu menggabungkan unsur

agama iaitu Islam dan adat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam

proses sosialisasi dan pembudayaan. Namun demikian, adat dan budaya yang

menjadi asas dalam proses sosialisasi tersebut hendaklah berteraskan kepada

syarak. Ini adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalah

23

Page 24: kebudayaan melayu

berpaksikan konsep tauhid dan syariah yang telah mewarnai budaya Melayu sejak

dari abad ke-13 lagi. [Pemikir April-Jun (2003: 6)]

Kedua-dua aspek ini iaitu agama dan budaya menjadi asas yang utama dalam

proses sosialisasi dan pembudayaan. Proses sosialisasi ialah proses mempelajari

perkara-perkara yang diamalkan oleh masyarakat bagi membolehkan seseorang

berfungsi dalam masyarakat tersebut. (Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2001:

187). Pembudayaaan pula ialah proses penerapan unsur-unsur budaya bagi

memastikan seseorang itu bertindak dalam lingkungan peraturan, norma dan nilai

budaya masyarakat yang dianggotainya (Tamadun Islam dan Tamdun Asia 2001:

187). Kedua-dua proses ini dijalankan dalam kitaran hidup seseorang individu, tetapi

yang terpenting adalah pada masa seseorang itu masih kecil iaitu dari tahap

kelahiran hingga ke tahap remaja. Proses ini bertujuan mengekalkan kesinambungan

budaya dan identiti masyarakat dan seterusnya kehidupan bertamadun.

Apabila orang-orang Melayu menerima Islam, proses penyesuaian antara

tradisi dengan ajaran Islam itu mengambil masa yang lama. Proses Islamisasi itu

berlaku secara berterusan. Kedatangan pengaruh barat itu juga disesuaikan dengan

kehendak-kehendak ajaran Islam. Islam adalah teras kepada budaya Melayu. Orang-

orang Melayu sentiasa merujuk kepada ajaran Islam apabila mereka menghadapi

permasalahan. Misalnya, dalam pertembungan dengan berbagai-bagai unsur budaya

yang dibawa dari luar, bagi menentukan sama ada unsur tersebut dapat diterima

atau tidak, mereka akan merujuk kepada ajaran Islam. Malahan, mereka juga

sentiasa menilai kembali unsur-unsur budaya warisan dari segi kesesuaiannya

dengan ajaran Islam.

Umumnya, pantun agama adalah merupakan sebuah pantun yang

berunsurkan nilai keagamaan. Dalam pantun agama terselit unsur-unsur nasihat

serta pengajaran yang berguna bagi dijadikan panduan kepada seluruh genap

masyarakat. Pantun agama dapat membentuk serta membina nilai-nilai murni dalam

diri seseorang kerana di dalamnya terkandung makna-makna tersirat dan dapat

dijadikan pedoman. Tidak dapat dinafikan pantun agama memang terdapat

pengajaran yang berguna kerana melalui pantun tersebut sekali gus dapat mendidik

24

Page 25: kebudayaan melayu

dan mengajar kita berkaitan ilmu agama sama ada ilmu duniawi atau ukhrawi. Antara

pantun Melayu yang menggambarkan keadaan ini adalah seperti yang berikut :

Hari ini hari Selasa,

Hari esok hari Rabu.

Dapat mengenal Tuhan Yang Esa,

Wajib diturut perintahnya itu.

(Mastika, Oktober 1960, halaman 23)

Pantun di atas membawa maksud sebagai seorang muslim, kita hendaklah

sentiasa melakukan perkara-perkara yang telah diperintahkan oleh Allah. Segala

perkara yang disuruh oleh Allah hendaklah dilaksanakan dengan penuh ketaqwaan

kerana kita sudah bersaksi bahawa Allah SWT itu adalah Tuhan Yang Esa. Orang

Melayu hendaklah bersyukur kerana telah dilahirkan dalam keadaan Islam. Ini

dinyatakan dalam perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa orang Melayu

wajib beragama Islam.

Selain daripada itu, orang Melayu berpegang kepada segala perintah Allah

yang telah termaktub di dalam kitab-Nya supaya menjadi panduan dalam

menyelusuri kehidupan di dunia ini. Oleh yang demikian, orang Melayu hendaklah

patuh kepada kitab suci iaitu Al-Quran yang penuh dengan panduan untuk diikuti

oleh seluruh umat manusia. Contohnya, jika kita hendak melakukan sesuatu

pekerjaan, kita hendaklah memilih pekerjaan yang halal disisi syarak supaya

mendapat berkat daripada Allah SWT. Pekerjaan seperti mencuri, merompak,

menipu dan sebagainya adalah bertentangan dengan syariat Allah dan ini akan

mendatangkan murka Allah kepada mereka yang mengerjakan perkara yang

mungkar. Antara pantun yang menggambarkan betapa perlunya kita mematuhi

segala perintah Allah yang termaktub di dalam Al-Quran adalah seperti yang berikut :

Daun terap dia atas dulang

Anak udang mati dituba.

Dalam kitab ada terlarang,

Yang haram jangan dicuba.

(An introduction to Malay Pantuns, halaman 25)

25

Page 26: kebudayaan melayu

Pantun di atas membawa maksud di dalam Al-Quran, sudah termaktub

perkara-perkara yang mungkar yang dilarang oleh Allah untuk dilakukan oleh

manusia di atas muka bumi ini. Setiap perkara yang telah dilarang di dalam kitab suci

Al-Quran serta As-Sunnah hendaklah dijauhi kerana perkara-perkara yang ditegah

itu datangnya daripada Allah. Ini adalah kerana setiap perkara yang dilarang oleh

Allah akan mendatangkan kemudaratan kepada orang yang mengerjakan perkara

tersebut. Oleh yang demikian, sebagai seorang muslim, orang melayu hendaklah

patuh kepada segala suruhan Allah seperti yang telah termaktub di dalam kitab-Nya.

Seterusnya, masyarakat Melayu sering melakukan sesuatu pekerjaan dengan

bersungguh-sungguh dan kemudian menyandarkan usaha bagi sesuatu perkara

yang dilakukan itu kepada Allah SWT. Mereka akan bertawakal kepada Allah atas

segala apa yang telah diusahakan dan dikerjakan oleh mereka supaya pekerjaan

mereka itu mendapat rahmat, berkat dan dimakbulkan oleh Allah. Contohnya dalam

mencari jodoh mahupun pasangan pengantin, mereka disyorkan untuk berusaha

mencari pasangan hidup mereka masing-masing kemudian mereka dikehendaki

untuk bertawakal kepada Allah semoga usaha mereka itu dipermudahkan oleh Allah

melalui solat istikharah dan solat hajat. Patun dibawah dapat membantu

menggambarkan situasi tersebut.

Sayang-sayang buah kepayang,

Buah kepayang hendak dimakan;

Manusia hanya mampu merancang,

Kuasa Allah yang menentukan.

(Kumpulan Pantun Melayu, 1984, halaman 70)

Baris pertama pantun di atas iaitu sayang-sayang buah kepayang

menceritakan mengenai manusia walaupun mereka cuba merancang atau

menentukan sesuatu seperti manusia suka akan buah kepayang tetapi kuasa Allah

yang menentukan segalanya. Selain itu, buah kepayang hendak dimakan seperti 26

Page 27: kebudayaan melayu

manusia yang mahu makan buah kepayang tetapi hanya Allah yang berhak atas

manusia yang diciptanya. Ini bermakna, manusia boleh merancang berbagai perkara

dan berharap akan terlaksana seperti yang dirancang walaupun mengetahui bahawa

yang menentukan takdir hanyalah Allah S.W.T. Kuasa Allah yang tiada siapa pun

dapat menandingi-Nya.

            Sebagai seorang muslim juga, orang Melayu hendaklah melaksanakan solat

lima waktu sehari semalam bagi menandakan rasa syukur dan taatnya kepada

segala suruhan dan perintah Allah. Di dalam solat, mereka dikehendaki untuk berdoa

kepada Allah supaya diampun segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan

sebelum ini. Islam menuntut umatnya supaya segera bertaubat setelah melakukan

kesalahan. Ini adalah kerana, Allah SWT adalah tuhan yang Maha Pengampun.

Contohnya, jika seseorang itu telah melakukan jenayah mencuri, maka dia perlu

segera bertaubat memohon keampunan kepada Allah dan perlu menyesali segala

perbuatan mungkarnya itu. Berikut adalah pantun yang dapat menggambarkan

situasi yang berlaku di atas :

Anak ayam turun sepuluh,

Mati seekor tinggal Sembilan.

Bangun pagi sembahyang subuh,

Minta ampun kepada tuhan.

Pantun di atas menyeru kepada manusia supaya bangun awal pagi iaitu pada

waktu subuh untuk sujud menyembah Allah, memohon keampunan kepada-Nya di

atas segala kekhilafan yang pernah dilakukan. Antara nilai yang terdapat dalam

pantun tersebut adalah nilai ketaatan yang ditunjukkan pada baris ketiga pantun iaitu

“Bangun pagi sembahyang subuh”. Orang Melayu sememangnya akan bangun

seawal subuh bagi menunaikan solat subuh. Nilai yang seterusnya yang terdapat

dalam pantun ialah keinsafan dan memohon keampunan. Orang yang telah

27

Page 28: kebudayaan melayu

melakukan kesalahan hendaklah memohon kempunan kepada Allah diatas setiap

kesalahan yang telah dilakukanya.

Nilai-nilai yang telah ditetapkan dalam Islam itu merupakan ketetapan

daripada Allah, namun dalam mempengaruhi perlakuan itu adalah mengikut tradisi

budaya masing-masing. Misalnya, Islam telah menetapkan nilai-nilai dalam menjaga

aurat. Maka bagi menentukan cara atau kaedah untuk memenuhi nilai-nilai itu adalah

berasaskan kepada budaya tradisi. Orang-orang Melayu mempunyai tradisi pakaian

mereka tersendiri sebagai menyatakan jati diri pakaian Melayu. Contohnya pakaian

baju kurung dan baju Melayu yang lengkap menutupi seluruh tubuh lelaki dan

perempuan. Ini selari dengan nilai-nilai Islam yang telah ditetapkan oleh al-Quran

dan Hadith.

Selain itu, orang Melayu sangat terkenal dengan budaya ketimuran yang

tinggi. Masyarakat Melayu terkenal dengan adab sopan santunnya. Ini menyebabkan

masyarakat Melayu dipandang tinggi oleh masyarakat lain yang menjadikan budaya

dan cara hidup orang Melayu sebagai contoh dan teladan untuk diikuti. Kesantunan

perilaku dan berbahasa telah menjadikan masyarakat Melayu tinggi adab dan

budayanya. Untuk mencapai tahap ini, mereka perlu memelihara segala tingkahlaku

supaya setiap perlakuan mereka tidak melanggar syariat yang telah ditetapkan oleh

Allah. Pantun dibawah menggambarkan betapa pentingnya kita menjaga tingkah

laku dan komunikasi kita supaya semua perlakuan kita terpelihara daripada segala

kemungkaran.

Kalau bercakap peliharalah lidah,

Kalau berjalan peliharalah kaki.

Kalau menghadap kepada Allah,

Luruskan iman peliharalah hati.

Pantun di atas bermaksud kita sebagai umat manusia hendaklah memelihara

segala perlakuan dan anggota tubuh kita daripada melakukan perkara yang dimurkai

oleh Allah. Apabila kita hendak memelihara sesuatu yang zahir, maka kita hendaklah

memulakan sesuatu itu degan segala amal kebaikan melalui pembersihan hati dan

28

Page 29: kebudayaan melayu

jiwa kita. Pembersihan hati inilah yang dinamakan sebagai taqwa. Apabila hati kita

baik, maka baiklah seluruh anggota dan apabila rosak hati itu maka akan binasalah

seluruh anggota badan kita dan kebersihan itu hanyalah dicipta melalui Al-

Muraqabah. Dalam masyarakat Melayu, segala tingkah laku hendaklah berlandaskan

syariat Islam. Orang Melayu meletakkan ajaran Islam sebagai landasan dalam

menentukan perjalanan hidup mereka. Oleh yang demikian, segala perintah Allah

akan mereka turuti supaya mereka tidak tergelincir ke arah perkara-perkara yang

ditegah oleh Allah.

3.5Nilai : Tolong-menolong.

Manusia adalah makhluk sosial yang saling perlu dan memerlukan antara satu

sama lain. Sejak dilahirkan sehingga akhir hayat, memberi dan menerima

pertolongan merupakan dua amalan yang biasa bagi seorang manusia yang normal.

Manusia dan persekitaran adalah dua elemen yang tidak boleh dipisahkan dalam

memastikan kesempurnaan dan kelangsungan kehidupan. Oleh itu, menolong dan

ditolongi merupakan fitrah semula jadi yang ada dalam diri setiap manusia. Budaya

tolong-menolong juga merupakan amalan yang mulia yang boleh mewujudkan

keharmonian dalam sesebuah masyarakat.

Begitu juga dengan masyarakat Melayu. Nilai ini merupakan antara unsur

penting yang membentuk masyarakat Melayu. Tolong-menolong sememangnya

sudah menjadi budaya dalam masyarakat Melayu. Pertolongan yang diberi adalah

seikhlas mungkin kerana orang Melayu percaya bahawa setiap perbuatan baik itu

pasti akan dibalas dengan kebaikan. Pertolongan yang diberi pula adalah seikhlas

hati tanpa meminta balasan mahupun ganjaran daripada orang yang meminta

pertolongan. Pantun di bawah menjadikan nilai ini sebagai tema lantas membuktikan

pentingnya nilai ini dalam masyarakat Melayu.

Buah jambu buah kedodong

Jatuh ke tanah dimakan bulus

Hidup itu tolong menolong

Tanpa diupah kerana tulus.

29

Page 30: kebudayaan melayu

Pantun di atas bermaksud, setiap daripada pertolongan yang diberikan

hendaklah kita lakukan dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan sebarang

ganjaran diatas pertolongan yang telah dihulurkan. Kita tidak sepatutnya meminta

ganjaran di atas segala pertolongan yang telah diberikan kerana kemungkinan kita

akan membebankan orang lain. Kita hendaklah yakin bahawa setiap pertolongan

yang diberikan dengan hati yang ikhlas bukan sahaja merapatan hubungan kita

dengan orang lain, malah kita akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.

Selain itu, tanpa nilai tolong-menolong ini, masyarakat juga akan menjadi

lemah dan tunduk kepada musuh. Sesungguhnya Islam amat menggalakkan

umatnya supaya memperbanyakkan pertolongan terhadap amalan-amalan kebaikan

yang memberi manfaat kedua-dua belah pihak semasa hidup di dunia dan juga di

akhirat nanti, seperti firman Allah s.w.t. “Tolong-menolonglah kamu dalam perkara

kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas

perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut olehmu akan

Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dasyat”. (Surah

Al-Maidah: 2) Ini kerana, kekuatan sesebuah masyarakat dibentuk dari nilai bersatu-

padu. Pepatah Melayu sendiri banyak mengaitkan nilai bersatu-padu dan tolong-

menolong. Ini terbukti dalam penulisan pantun di bawah:

Masa berjalan bawalah tongkat,

Kalau boleh jenis semambu.

Sama sekampung teguhkan pakat,

Kalau tidak musuh berkubu.

(Zainal Abidin Bakar, Koleksi Pantun Zakaria Hitam,150:1983)

Pantun di atas membawa dalam kehidupan bermasyarakat, kita hendaklah

sentiasa hidup dalam keadaan bersatu padu dan tolong menolong agar hubungan

kita kita dalam kalangan masyarakat terjalin dengan erat tanpa sebara krisis atau

permasalahan yang boleh memecahbelahkan keharmonian hidup bermasyarakat.

Jika hubungan dalam kalangan masyarakat dapat dijaga dengan baik, maka anasir-

anasir luar tidak dapat mengganggu gugat persefahaman anatara masyarakat. Jika 30

Page 31: kebudayaan melayu

tidak, kehidupan akan menjadi tidak tenteram dan dipenuhi dengan ketidakpuasan

hati dan pemberontakan.

Dalam bermasyarakat, orang Melayu sangat mementingkan nilai tolong

menolong ini. Contohnya dalam sesebuah keraian atau kenduri.Dalam masyarakat

Melayu, majilis kenduri kendara bagi meraikan pengantin baharu mahupun kenduri

kesyukuran akan dijalankan secara bergotong royong. Orang kampung akan turun

padang bersama-sama membantu tuan rumah untuk menyediakan juadah bagi

membantu melancarkan perjalanan majlis kenduri yang diadakan. Masyarakat

Melayu bergotong-royong tanpa mengira peringkat umur. Oleh itu, sesuatu kerja

yang dilakukan akan menjadi mudah. Dengan adanya semangat sebegini, nilai

bersatu padu akan menambahkan kekuatan bagi sesbuah masyarakat itu

terutamanya masyarakat Melayu. Dalam pantun di bawah menunjukkan nilai bersatu

dan tolong-menolong.

Orang cina menjual daging,

Daging dijual berpikul-pikul

Kalau ringan sama dijinjing

Kalau berat sama dipikul.

(Setiamulia, Lima Puluh Pantun, 6:1965)

Tolong menolong juga merupakan kewajiban bagi setiap manusia. Ini kerana,

dengan tolong menolong kita akan dapat membantu orang lain dan jika kita perlu

bantuan tentunya orangpun akan menolong kita. Sikap tolong menolong, bantu

membantu dan jamin-menjamin sesama muslim di dalam perkara makruf atau

kebaikan adalah merupakan tuntutan al-ukhuwwah al-Islamiyyah (persaudaraan

Islam). Seseorang muslim sentiasa berusaha membantu saudara muslimnya yang

lain. Membantu sesama muslim adalah antara tanggungjawab yang mesti dipikul

oleh bahu setiap yang beriman dengan ayat Allah (maksudnya)Sesungguhnya orang

beriman itu bersaudara, (Surah al-Hujurat : ayat 10). Tolong menolong juga akan

dapat membantu kita membina hubungan baik dengan semua orang. Jika kita

31

Page 32: kebudayaan melayu

sentiasa tolong menolong sesama insan, kita dapat memupuk rasa kasih sayang

antara tetangga, antara tema dan juga antara rakan kerja. Singkat kata tolong

menolong adalah sifat hidup bagi setiap orang. Pantun di bawah ini menggambarkan

situasi di atas :

Adat bersampan mahu berdayung

Adat membelat mahu berbasah

Adat berkawan mahu menolong

Adat bersahabat mahu bersusah

(Tenas Effendy, Khazanah Pantun Melayu Riau, 36:2007)

Pantun di atas bermaksud sebagai seorang sahabat dan kawan, kita perlu

mengharungi segala cabaran di dunia ini bersama-sama tanpa mengira waktu sudah

mahupun waktu senang. Kawan yang baik adalah kawan yang sanggup berasama

kita tidak mengira sama ada waktu senang mahupun waktu susah. Jadi, amat

penting untuk kita memilih kawan yang bukan sahaja sekadar dapat menemani dan

berkongsi suka dengan kita, malah kita dituntu untuk memilih sahabat yang baik

pekertinya dan mendekatkan diri dengan agamanya kerana orang yang dekat

dengan agama akan menjaga hubungan dengan kawannya sebagaimana yang

dituntut oleh agamanya.

Manusia dan masyarakat merupakan entiti yang tidak sempurna. Apabila

manusia dan masyarakat tidak sempurna, maka akan timbul pelbagai masalah.

Masalah yang timbul memerlukan penyelesaian, maka tolong menolong antara satu

sama lain adalah perlu apabila masalah timbul.

Dalam masyarakat Melayu, tujuan menolong secara umumnya adalah untuk

memberi arahan dan motivasi, mengatasi masalah sosial atau peribadi,

menyelesaikan konflik interpersonal, isu-isu yang mendadak, dan keperluan-

keperluan dalam kalangan masyarakatnya. Seandainya perkara-perkara ini dapat di

atasi, maka kualiti hidup akan meningkat, dan ini merupakan salah satu matlamat

menolong terutama dalam masyarakat Melayu. Kadangkala apabila kita membantu 32

Page 33: kebudayaan melayu

orang lain, kita akan ingat akan kesusahan yang pernah kita alami sebelumnya.

Secara tidak langsung diri kita terdidik untuk membantu orang yang berada dalam

kesusahan. Pantun dibawah adalah contoh pantun yang boleh menggambarkan

situasi tersebut :

Untuk apa menebang pisang

Supaya dapat merasa buahnya

Untuk apa menolong orang

Supaya ingat masa susahnya

(Tenas Effendy, Khazanah Pantun Melayu Riau, 234:2007)

33