kece dera an
DESCRIPTION
kTRANSCRIPT
Pengenalan
Kecederaan sukan mahupun kecil atau besar memerlukan perhatian.
Penjagaan. Kesihatan meliputi aspek meningkatkan prestasi, pencegahan
kecederaan sehinggalah kepada bentuk rawatan kecederaan yang holistik.
Pengurusan perubatan sukan seharusnya berperanan memberikan rawatan
kecederaan sukan kepada mereka yang memerlukannya.
Skop utama pengurusan kecederaan sukan adalah seperti berikut:
1. Pengetahuan berhubung mekanisma berlakunya kecederaan. Ini akan membantu membuat diagnosis dan pencegahan kecederaan.
2. Tindakan awal atau segera supaya menghalang timbulnya kesan atau komplikasi
yang lebih teruk.
3. Memberikan diagnosis yang tepat dan pilihan rawatan yang paling efektif.
4. Memberikan rawatan awal yang sesuai dan spesifik.
5. Memberikan penilaian secara objektif dan mengukur kemampuan anggota yang
cedera untuk kembali bersukan.
6. Memberikan rawatan secara berperingkat sebelum atlet beraksi semula.
7. Mampu memberikan nasihat untuk mencegah atau mengelakkan dari
kecederaan tersebut berulang semula.
Pada masa-masa tertentu seperti semasa waktu rehat atau di luar waktu latihan,
atlet yang cedera mempunyai banyak masa untuk mendapatkan rawatan. Atlet
tersebut perlu datang ke klinik di mana beberapa nasihat boleh diberikan
sesuai dengan latar belakang dan tahap kompetensi atau status kecederaan.
JENIS KECEDERAAN DALAM SUKAN
Boleh berlaku pada bahagian tubuh dari kulit sehingga tulang.
KULIT
Abrasion
Laceration
Puncture wound
OTOT
Muscle soreness
Muscle cramp
Muscle strain
LIGAMENT
Ligament sprain
TENDON
Tendon tear/rupture
TULANG
Dislokasi
Patah
Contoh jenis kecederaan yang biasa:
Terseliuh (ligament sprain/muscle strain)
Ketegangan otot (muscle cramp)
Otot terkoyak (muscle tear)
Kecederaan tendon Achilles
Sakit di tulang Tibia akibat stress fracture
Patah tulang (fracture)
Dislokasi
Sakit sendi lutut
Tisu Lembut (Soft tissue)
Tisu lembut merangkumi kulit, otot, arteri, vena, kapilari, saraf, meniscus, tendon
dan ligamen. Tendon adalah jalur atau bandyang berserat yang menyambung otot
ke tulang. Ligamen adalah struktur yang berserat menyambung dari tulang ke
tulang. Tanda dan simptom kecederaan tisu lembut. Tanda dan simptom
kecederaan tisu lembut bergantungkepada lokasi dan tahap kecederaan. Atlet
mengadu kesakitan dan kesukaran menggerakkan anggota. Anggota yang terlibat
mengalami bengkak, lebam, perubahan warna kulit dan pergerakan yang
terhad.
1.2 Luka
Luka adalah kecederaan kepada tisu lembut (kulit) samada koyakan dalaman atau
luaran.
Jenis-jenis Luka
a) Luka Tersagat(Abrasion)
Kulit tersagat dan terhilang bila bergesel dengan permukaan keras. Pendarahan
minima tetapi perlu dibersihkan sebelum infeksi boleh terjadi.
b) Luka Terkoyak(Laceration)
Luka yang tidak rata, bentuk pelbagai rupa akibat koyakan tisu lembut kerana
kemalangan atau cedera.
c) Luka Tertusuk (Punctured wound)
Ia disebabkan oleh sesuatu bahan yang tajam sepertipin atau paku menusuk ke
dalam anggota tubuh. Walaupun luka kecil pendarahan boleh menjadi besar.
Semua kes kecederaan luka tertusuk memerlukan suntikan anti-tetanus bagi
mengelakkan penyakit kancing gigi.
Rawatan Luka
Sebelum memberi rawatan, tentukan tangan dicuci dengan sebersihnya. Gunakan
sarung tangan. Jika luka dicemari oleh kotoran, bersihkan dengan air yang mengalir
atau gunakan pengelap bebas alkohol.Lap luka sehingga kering dengan
menggunakan kapas. Kemudian sapukan ubat pencuci (antiseptic).Tutup luka
dengan pembalut kasa yang steril.Sekiranya perlu, tinggikan anggota tercedera
melebihi paras jantung.
1.3 Muscle Strain, Muscle Soreness dan Muscle Cramp
Muscle Strain
Ia berlaku apabila otot meregang secara berlebihan sehingga koyak.Kecederaan ini
sering berlaku pada persimpangan otot dan tendon (tendon menyambungkan otot ke
tulang). Otot menjadi tegang apabila terlebih regangan atau terkoyak atau putus.
Kecederaan yang sakit ini kadangkala dipanggil ‘muscle pulled’ akibat
kemalangan, penggunaan otot yang tidak betul ataupun otot yang terlebih latihan
(overtrained). Punca regangan otot adalah kerana otot atau tendon terpusing,
tertarik atau terkeluar. Ianya boleh berlaku samada secara mendadak atau perlahan-
lahan. Ketegangan yang mendadak seperti kerana kecederaan masa lalu
(chronic), mengangkat benda-benda berat atau otot-otot telah penat.Tanda dan
simptom tegang adalah sakit, bengkak, otot mengeras atau otot menjadi lemah.
Cara pencegahan atau untuk mengelakkan otot tegang adalah dengan mengelak
daripada membuat latihan jika penat atau sakit, mengekalkan berat badan unggul,
memakai kasut yang sesuai serta berlari atas padangyang rata.
Sebab-sebab muscle strain
Muscle strainboleh disebabkan oleh overstretching otot akibat:
warm-up yang tidak mencukupi.
penggunaan peralatan yang tidak betul.
kerap guna otot tertentu (overused).
teknik yang tidak betul.
trauma.
Muscle Soreness
Ini lebih kepada rasa kesakitan yang tidak selesa (nagging pain). Mungkin anda
pernah mengalami sakit otot sebegini. Bagi sesetengah individu, otot yang sakit
merupakan satu tanda selepas sesi latihan keras (sign after a hard workout). Begitu
juga mereka akan berasa puas bersenam jika otot berasa sakit. Kelesuan otot atau
“sore” sering berlaku dalam sukan, rasa kurang senang, sengal otot dan penat. Ada
yang mengalaminya selepas kerja berat ataupun setelah tamat atau habis
bekerja. Simptom Delayed Onset Muscle Soreness (D.O.M.S) berlaku apabila
seseorang mengadu sakit dan lemah otot sehari atau dua hari selepas
bersukan (24-72 jam). Kadangkala terjadi kerana corak latihan atau senaman
yang bukan rutin di samping intensiti tinggi atau tempoh latihan yang lama.
Sebab-sebab muscle soreness
Latihan bertenaga (energetic workout) menyebabkan pengumpulan asid laktik
dalam otot. Punca adalah disebabkan kesan latihan yang lasak atau intensiti tinggi
di mana terjadinya pengumpulan asid yang menimbulkan rasa sakit dan
kurang selesa pada otot. Jenis kelesuan otot juga dinamakan Delayed Onset
Muscle Soreness(DOMS).
Rawatan muscle soreness
Tiada rawatan spesifik. Ada yang mencadangkan regangan yang ringkas tetapi
satu kajian di Australia (2007) mendapati regangan tidak begitu berkesan. Di
antara lain, cadangan-cadangan berikut boleh dicuba:
‘Active Recovery’gunakan pemulihan aktif.
Rehat dan sejukkan badan
Urutan sukan.
Mandian ais.
Regangan perlahan dan lembut.
Mengambil ubat tahan sakit (N.S.A.I.D).
Muscle Cramp
Muscle Cramp adalah penguncupan otot skeletal secara luar kawal hingga
menyebabkan otot teramat sakit. Otot sukar untuk relaks sehingga kelihatan otot
seperti bengkak. Biasanya berlaku apabila otot mengecut secara tiba-tiba dan boleh
menyebabkan kesakitan, berlaku semasa atau selepas senaman. Punca muscle
cramp adalah kerana pengaruh saraf ke atas otot. Seringkali dikaitkan dengan
kecederaan pada otot atau saraf, dehidrasi, kurang zat kalsium, magnesium
dan kalium serta kekurangan vitamin seperti vitaminB1, B5 dan B6.
Tanda dan Simptom muscle cramp
Kesakitan
Bengkak
Otot mengeras
Kelemahan Otot
Rawatan muscle cramp adalah merehatkan otot itu dengan cara regangan,
urutan sukan dan aplikasi ais untuk mengurangkan sakit. Rawat punca muscle
cramp seperti rehidrasi, mengganti mineral yang hilang iaitu kalsium.
Pencegahan
Elak bersenam atau bermain apabila letih atau dalam kesakitan.
Kekalkan berat yang ideal
Memakai kasut yang sesuai.
Lari di permukaan rata.
Pencegahan boleh dilakukan dengan regangan sebelum dan selepas bersukan
terutamanya bagi sukan yang lasak. Pastikan membuat aktiviti memanaskan
badan (warm up) dan menyejukkan badan (cool down).
1.4 Ligament Sprain
Kecederaan yang menegangkan ligamen menyebabkan ia terkoyak atau terputus.
Biasa terjadi pada buku lali, lutut dan sendi bahu serta pergelangan tangan.
Apabila ligamen terseliuh, struktur tisu / organ yang berhampiran seperti otot dan
tendon juga boleh cedera.
Tanda dan Simptom
Bunyi pop (crackling).
Gerakan atau koyakan boleh didengari.
Sendi seolah tergelongsor (gives way).
Kesakitan tiba-tiba.
Bengkak.
Lebam dan panas.
Pencegahan
Warm up danstretching.
Elakkan peningkatan mendadak dalam jumlah dan intensiti latihan.
Pastikan otot atlet kuat dan fleksibel.
Gunakan peralatan yang betul.
Pakai pakaian dan kasut yang sesuai.
1.5 Patah dan Dislokasi
Patah dan dislokasi tidaklah selalu terjadi pada ahli sukan. Kadang kala kerana
badan yang tidak seimbang atau kurang fleksibel ataupun kerana mungkin akibat
tulang yang rapuh seperti osteoporosis. Patah dan dislokasi lebih kerap terjadi pada
sukan kontak kerana impak atau hentakan yang kuat. Boleh juga berlaku patah
kerana lakuan yang berulang kali atau gerakan anggota badan yang tidak biasa.
Patah
Patah adalah satu rekahan atau pecah pada tulang. Patah terdiri dari jenis yang
tertutup (close fracture) ataupun yang terbuka (open fracture). Patah yang
ringkas (simple fracture) terjadi apabila kulit tidak tembus atau tidak koyak.
Jenis parah sebenarnya dapat membantu kaedah pilihan rawatan yang sesuai
atau berkesan bagi tulang yang terlibat. Patah biasanya dikategorikan berdasarkan
tahap keterukan (severity) dan impak kecederaan tisu sekeliling. Ada yang patah
hanya sebahagian sahaja (incomplete) dan ada yang patah terus (complete).
Jenis-jenis patah
Greenstick fracture - hanya berlaku pada satu jenis tulang sahaja.
kelihatan bengkak tapi tidak patah terus, sering kali terjadipada kanak-kanak.
Transverse fracture - bila garisan patah melintas garis tengah tulang
dan berkedudukan sudut tepat dengan tulang panjang tengah.
Oblique fracture - patah di mana garisan patah itu dalam penjuru dengan
tulang panjang yang lurus.
Comminuted fracture - patah hingga berlakunya serpihan lebih dari dua
tulang yang seperti berkecai di sekeliling tempat yang patah.
Spiral fracture - patah yang agak kompleks di mana garisan patah itu
berpusing pada tulang.
Compound fracture - patah sehingga tulang menembusi kulit.
Rawatan adalah bergantung pada jenis dan corak tulang yang patah kerana
rawatan tidak semestinya berakhir dengan pembedahan. Di hospital, proses
reductiondilakukan di wad kecemasan atau hanya sekadar dibalut dengan plaster
khas.