kedudukan frasa kerja dalam bahasa melayu brunei

5
1. Frasa (Definisi dan Jenis Frasa) Menurut Za’ba (1965) frasa dianggap sebagai rangkai kata manakala menurut Nik Safiah et al. (1993:416) & Abdullah Hassan et al (2006:3) frasa adalah unit yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan tapi boleh diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih. Ianya terdiri daripadu Subjek yang kemudiannya diikuti dengan Predikat yang mengandungi Objek, Pelengkap atau Keterangan. Contoh frasa: Dua orang mahasiswa sedang membaca buku di perpustakaan. Subjek Predikat Keterangan tempat Frasa terbahagi kepada 4 jenis iaitu:- a. Frasa Nama b. Frasa Kerja c. Frasa Adjektif d. Frasa Sendi nama 2. Frasa Kerja (Definisi dan Jenis Frasa Kerja)

Upload: zulle-ali

Post on 25-Oct-2015

47 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Kedudukan Frasa Kerja Dalam Bahasa Melayu Brunei

TRANSCRIPT

Page 1: Kedudukan Frasa Kerja Dalam Bahasa Melayu Brunei

1. Frasa (Definisi dan Jenis Frasa)

Menurut Za’ba (1965) frasa dianggap sebagai rangkai kata manakala menurut Nik Safiah

et al. (1993:416) & Abdullah Hassan et al (2006:3) frasa adalah unit yang terdiri daripada

sekurang-kurangnya satu perkataan tapi boleh diperluaskan menjadi dua perkataan atau

lebih.

Ianya terdiri daripadu Subjek yang kemudiannya diikuti dengan Predikat yang

mengandungi Objek, Pelengkap atau Keterangan.

Contoh frasa: Dua orang mahasiswa sedang membaca buku di perpustakaan.

Subjek Predikat Keterangan tempat

Frasa terbahagi kepada 4 jenis iaitu:-

a. Frasa Nama

b. Frasa Kerja

c. Frasa Adjektif

d. Frasa Sendi nama

2. Frasa Kerja (Definisi dan Jenis Frasa Kerja)

Frasa Kerja adalah salah satu jenis dari 4 frasa dan ia wajib mengandungi Kata Kerja

untuk menyatakan frasa itu sebagak Frasa Kerja.

Menurut Nik Safiah et al (1993:365), Frasa kerja adalah binaan ayat yang boleh terdiri

daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Di dalam ayat, biasanya

frasa kerja selalu hadir di dalam konstituen predikat.

Frasa kerja terbina daripada 5 unsur:-

Page 2: Kedudukan Frasa Kerja Dalam Bahasa Melayu Brunei

Kata bantu – Kata kerja transitif/ tak transitif sebagai inti – Objek/Pelengkap –

Keterangan

Contoh frasa kerja dalam ayat:-

Subjek

Predikat/Frasa Kerja

Kata bantu Kata kerja Objek/Pelengkap Keterangan

Ali - menang - -

Hujan - turun - dengan lebatnya

Budak itu sedang membaca buku -

Khatib sedang berkhutbah - di atas mimbar

Hilmi sedang mencari pekerjaan untuk Hazelina

Dari contoh di atas kita dapat meliat bahawa biasanya konsitutuen predikat sendiri adalah

frasa kerja apabila terdapat kata kerja di dalam konstituen predikat. Ianya hanya

memerlukan kata kerja tika kira transitif atau tak transitif dan tidak semestinya wajib

diikuti dengan pelengkap atau keterangan.

Menurut Nik Safiah, frasa kerja ada 2 jenis :-

a. Frasa kerja tanpa objek

b. Frasa kerja dengan objek

Manakala menurut Ahmad Khair & Abdullah Hassan frasa kerja:-

1. Frasa Kerja Tak Transitif

2. Frasa Kerja Transitif

Sebenarnya, Frasa kerja tanpa objek ada lah frasa kerja tak transitif dan frasa kerja

dengan objek pula adalah frasa kerja transifit namun Nik Safiah mempunyai cara

penyampaian yang berbeza berbanding dengan Ahmad Khair dan Abdullah Hassan

kerana Nik safiah merasa lebih tepat jika di sampaikan dengan penulisan ‘tanpa objek’

dan ‘dengan objek’. Dalam kertas kerja ini, kami sependapat dengan Ahmad Khair &

Abdullah Hassan kerana merasa cara penyampaian ‘transitif’ dan ‘tak transitif’ lebih

konsisten berbanding cara penyampaian Nik Safiah.

Page 3: Kedudukan Frasa Kerja Dalam Bahasa Melayu Brunei

Frasa Kerja Tak Transitif adalah frasa kerja yang mempunya Kata kerja tak transitif

sebagai inti frasa kerja. Frasa kerja tak transitif tidak mengandungi objek tetapi

sebahagian dari pada frasa kerja mempunya pelengkap.

Frasa kerja tak transitif terbahagai kepada dua jenis iaitu

Tak berpelengkap

FK tak transitif tak berpelengkap

3. Kedudukan Frasa Kerja dalam ayat Bahasa Melayu Standard

4. Kedudukan Frasa Kerja dalam ayat Bahasa Melayu Brunei

Menurut kami kedudukan Frasa Kerja dalam ayat Bahasa Melayu Brunei sangat

bergantung kepada kata ganti diri ke 1, 2 atau ke 3.

Dalam ayat Bahasa Melayu Brunei, susunan binaan ayat adalah seperti susunan ayat

songsang. Dalam binaan ayat Bahasa Melayu brunei, sebahagian atau keseluruhan

predikatnya berada di hadapaan binaan subjek. Berikut ada contoh ayat yang terdiri

daripada kata ganti diri nama ke 1:-

Predikat Subjek Keterangan

Bebubut-bubut kanak-kanak atu di padang

Mamurancah lakat si awang atu di dalam bilik

Membuyuk bah cara permainan bisdia atu

Bajuritan jua Naindah Dalam bilik ani

Ditungapnya Semua makanan atu

Page 4: Kedudukan Frasa Kerja Dalam Bahasa Melayu Brunei

Kata ganti diri nama ke 3:-

Subjek Predikat Keterangan

Abu Mengumban sebiji bola Kepada anaknya

Buajah Bekurapak inda pandai beranti Sama bini amit

Kanak-kanak atu Bebubutan Di padang

Makanan atu Semua di tungapnya

Ia

5. Kesimpulan

6. Rujukan