kek lapis instagram
TRANSCRIPT
Kek Lapis Instagram (Saiz 8"x8")
Bahan A:
250 mentega 1 cawan gula halus *boleh juga kurangkan kpd 3/4
1 tbs ovallette 10 biji telur gred A 1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk horlick 1 1/2 cawan tepung hong kong
Bahan B :
1/2 tbs coklat emulco -warna coklat 1/2 tsp pandan paste - warna hijau 1/2 tsp strawberry paste - warna merah
Sedikit pewarna kuning dan biru - biarkan plain
Caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 200'c,api atas.Sediakan tin bersaiz 8"x8", sapu sedikit mentega dan alas dengan baking paper.
2. Masukkan mentega,gula dan ovalette dalam mangkuk pengadun, pukul hingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu hingga habis, pukul lagi hingga sebati.Kemudian
masukkan susu pekat,horlick dan tepung.Pukul lagi hingga sebati. 4. Bahagikan kepada 5 bahagian dengan nisbah 1:1:1:1:4.Guna sukatan cawan je, 1=1
cawan.(Warnakan 1- hijau,merah,biru,kuning dan 4 = coklat.)
5. Masukkan 1 cawan adunan berwarna coklat,bakar hingga masak.Lebih kurang 7-8 minit bergantung pada oven masing-masing.Bila dah masak, tekan sedikit permukaan
kek menggunakan penekan khas. 6. Lapiskan dengan adunan coklat,bakar lagi.Teruskan ulang langkah dengan adunan
biru,hijau,kuning, merah dan 2 lapisan adunan coklat hingga habis.
7. Setelah masak, buka sedikit pintu oven dan biarkan sejuk.Sedia untuk dipotong dan dinikmati.
Kek Lapis Kasih Ibu
Bahan2:
340g mentega 165g gula halus
1/2 tin kecil susu manis 1 sudu teh esen vanila 6 biji telur ayam (gred A)
170g tepung hongkong/tepung gandum 180g seri kaya(tin kecil)
Pewarna-hijau dan merah jambu / atau pewarna pilihan
Cara membuatnya:
1. Panaskan pengukus, oles loyang dengan mentega dan tabur tepung dengan rata(tepuk2kan loyang sekeliling supaya tepung rata,buang tepung selebihnya)
2. Mentega dipukul bersama gula halus sehingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul dengan kelajuan yang perlahan.
3. Setelah itu masukkan esen vanila,tepung,susu dan serikaya. Pukul sehingga sebati dan
padamkan mesin. 4. Dengan menggunakan senduk,gaul adunan agar benar2 sebati sehingga dasar bekas.
5. Bahagi kepada 2 bahagian,warnakan hijau dan satu bahagian lagi diwarnakan merah jambu.
6. Masukkan satu cawan warna hijau dan kukus sehingga hampir masak(cukup sekadr
permukaan hampir kering(masih berwap) dan jangan tunggu sehingga menggelembung)
7. Lapiskan dengan satu cawan adunan berwarna merah jambu..(Boleh susunkan asam manis jika suka.)Ulangi langkah ini sehingga adunan habis.
8. Kukuslah sekurang2nya satu jam setelah lapisan terakhir. Selamat mencuba.. :)
Kek nih macam kek sarawak
yg dah aku buat tayangan amal sebelum2 nih juga,lembut n moist..boleh juga kalau nak tambah perisa seperti horlicks atau milo yer..
Kena rajin mencuba kalau nak tahu hasilnya macammana.. tapi kalau nak buat koleksi resepi pun,apa salahnya ye tak..kot2 satu hari nanti baru tergerak hati nak mencuba ke..hehehe
Bahan2 (Untuk separuh adunan biasa)
220g Mentega (untuk kek lapis yg sedap,guna golden churn) 90g /1/2 Gelas gula halus-kurangkan kpd 80g jika x suka manis
110g /1 Gelas tepung gandum 5 Biji telur
150g seri kaya 190g/ 1/2 tin kecil susu pekat manis -susu tin rendah boleh rujuk sini 1/3 Cawan serbuk nescafe (campurkan dengan 1 sudu air panas)
1/2 penutup botol esen vanilla Pewarna Hijau dan Kuning secukupnya
Cara-cara
1. Panaskan pengukus. Loyang digris dengan mentega dan di tabur tepung sekata. 2. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang(putih). 3. Masukkan telur satu-persatu..(sambil adunan masih dipukul dgn kelajuan sederhana)
4. Masukkan esen vanila,seri kaya dan susu pekat manis dan diadun sekata.. 5. Setelah itu,masukkan pula tepung gandum.. tepung gandum boleh diayak terus ke
dalam adunan)
6. Bila adunan dah sebati,bahagikanlah kpd 3 bahagian.. (i)warnakan hijau (ii)warnakan kuning (iii)masukkan nescafe dan gaul rata
(Pastikan pengukus dah mendidih sebelum mula mengukus)
1. Tuangkan separuh adunan kuning,tutup dengan aluminium foil dan kukus 3-5 minit(bergantung saiz pengukus),jgn lama sgt sbb nanti lapisan mdh trtanggal. Tp pastikan adunan dah tak cair semasa hendak memasukkan lapisan ke dua dan seterusnya..-seperti membuat kueh lapis.. :)
2. Seterusnya masukkan setengah adunan lapisan nescafe 3. Diikuti separuh adunan lapisan hijau. (Terpulang nak letak kuning atau hijau di
permulaan lapisan. Seterusnya ulangi langkah pertama tadi sehingga adunan habis.
Pandangan close-up...
Resepi untuk separuh adunan
ini menghasilkan 6 lapisan (Gambar kat atas nih disusun 2..untuk pameran sahaja..hehe)
Tips: >Semasa membahagi adunan,gunakan senduk dan kira sama rata untuk hasil lapisan yg sama..
-untuk 1 adunan biasanya adunan yg x diwarnakan diketepikan dahulu dan akan ditambah pada adunan yg kurang cukup pembahagiannya.
>Semasa mengukus,setkan masa/minit bagi setiap lapisan supaya tidak teragak2 hendak melapis lapisan seterusnya..misalnya lapisan pertama masak dalam 3 minit,begitu juga lapisan ke 2..perlu diingat semakin lapisan ke atas mungkin masa berkurang sedikit sebab
cepat masak. >Pastikan aluminium foil tidak bocor,untuk selamat..sila gunakan yg baru dan bukan kitar
semula. :)
Bahan-bahan : loyang 8" x 8"
10 biji telur gred A
500 g mentega berkualiti tinggi (jenama Anchor, Golden Churn, Tatura, SCS dsbnya) – QH guna SCS
300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak) – QH guna tepung gandum
150 g gula kastor
100 g serbuk horlicks
150 g serikaya
300 g susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe) – kalau buat kaler rainbow yang ni tak perlu
1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk koko dan coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar – yang ini juga
1 sudu kecil strawberry emulco + pewarna merah jambu – yang ini juga
Filing oren secukupnya – yang ni QH tambah
Color rainbow atau pelangi
Merah
Oren
Kuning
Hijau
Biru
Ungu
Cara-cara :
1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim.
3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
4. Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
5. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 4 (6) bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen
vanilla, satu bahagian lagi diberi pes pandan, satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan nescafe / pes mocha dan satu lagi pes strawberi. (adunan dikalerkan mengikut warna pelangi)
7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan pink/strawberi terlebih dahulu (anggaran 6-7
sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing). (Untuk cara ni bile adunan dah dibahagikan kepada 6 warna. Untuk setiap warna tersebut QH bahagikan
kepada 2 pula. Contoh seperti dalam gambar tu yer..)
8. Kemudian tuangkan adunan seterusnya dan bakar. Buat sampai habis.
9. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
10. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan
sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. (untuk lapisan terakhir, QH sapukan butter di atasnya bagi nampakkan bahagian atas tu berkilat)
11. Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
NOTA :
Gunakan mentega yg berkualiti untuk mendapatkan kek yg lembut dan sedap.
Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan sedikit jem setiap kali melapis. (DJ x buat). (QH sapukan butter dan jem secara berselang seli
pada setiap lapisan. Contoh jem, butter, jem, butter sampai habis)
Boleh juga menggunakan loyang kek berukuran 9" x 9" jika tak nak kek terlalu tinggi. Ikutlah citarasa masing2.
Suhu bergantung pd jenis oven masing2. Sila adjust sendiri.
Untuk menjadikan kek sentiasa lembab dan basah, jangan bakar terlalu lama
dan sapukan sedikit mentega pada setiap lapisan. (QH ikut cara ni)
Kek ni bila dah disimpan berhari2, ia akan bertambah lembut dan basah. Lagilah bertambah sedap dimakan. Baunya pun harum dan menyelerakan.
Ringkasan cara penyediaan yang QH gunakan:
1. Memula sekali bile adunan kek ni dah siap diadun, timbang keseluruhan adunan tersebut.
2. Selepas itu, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian atau kaler yang kita nak. QH buat 6 kaler dan bahagian.
3. Warnakan adunan tersebut satu persatu.
4. Lepas tu pula, setiap satu kaler tadi QH bahagikan pula adunan tersebut kepada 2.
5. Kemudian tuang adunan tersebut ke dalam loyang yang kita nak gunakan. Ratakan.
6. Untuk setiap lapisan kek lapis ni QH bakar selama 20 minit dengan suhu oven 150C. Bahagian atas biar bagi garing atau kehitaman
sedikit untuk menampakkan garisan lapisan kek tu nanti.
7. Setiap lapisan tu pula QH sapukan butter dan jem atau filing perasa oren secara berselang seli. Contoh lapisan pertama butter, lapisan kedua pula filing oren. Begitu la seterusnya sehingga habis.
8. Akhir sekali lapisan atas kek tu QH sapukan butter untuk menampakkan kek tu berkilat dan dan lembab. Siap.
Kek Lapis Keju Cheddar
Bahan-bahan
450gm mentega
200gm gula kaster
5 sudu makan susu pekat manis
1 sudu makan ovalette
15 biji kuning telur
6 biji putih telur
250gm tepung hongkong
50gm serbuk biskut marie - ayak
Parutan keju cheddar (oren) secukupnya
Pewarna yang di sukai
Loyang 8" di alas dan di gris dasarnya
Cara-cara :
1. Pukul mentega, gula dan susu pekat manis hingga berkrim. Masukkan ovalette, pukul hingga
sebati.
2. Masukkan kuning telur dan putih telur satu persatu sambil di putar rata.
3. Masukkan ke dalam mangkuk besar, letak tepung dan serbuk biskut marie. Gaul hingga rata dan
sebati.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian, letak pewarna biru dan satu bahagian lagi pewarna pink.
5. Ambil 5 atau 6 sudu makan adunan biru dan ratakan ke dalam loyang. Tabur dengan sedikit
parutan keju cheddar. Bakar pada suhu 180C api atas dan bawah selama 8 minit hingga masak.
6. Tekan permukaan dengan penekan kek, sapu mentega dan cucuk permukaan kek dengan garpu.
7. Ratakan pula adunan pink, tabur keju dan bakar dengan api atas sahaja hingga permukaannya
keperangan. Ulangi langkah berselang warna hingga habis.
8. Akhir sekali, tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar dengan api atas dan bawah selama 20
minit hingga masak.
Kek Lapis Betawi Pelangi / Kek Lapis Rempah
Bahan A
300gm mentega
150gm gula kastor
14 biji kuning telur
6 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
Bahan B
150gm gula kastor
7 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk krim tartar
Bahan C
180gm tepung Hong Kong
2 sudu teh serbuk rempah campuran
1 sudu teh serbuk penaik
Pewarna yang disukai
Bahan Sapuan (3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis)
Panaskan ketuhar pada suhu 180c selama 15 minit. Sediakan tin pembakar 8in x 8in
Cara-cara :
1. Bahan A : Satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen vanila dalam mangkuk
adunan. Pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan mentega ini
ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan.
3. Bahan B : Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor dan krim
tartar. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan kembang.
4. Bahan C : Masukkan tepung Hong Kong, serbuk rempah campuran dan serbuk penaik ke dalam
adunan mentega tadi. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.
5. Tuangkan pula adunan putih telur tadi. Gaul hingga adunan bercampur rata.
6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Warnakan setiap satu dengan warna yang berlainan.
Ambil satu cawan adunan dan ratakan dalam tin pembakar. Bakar dengan api atas dan bawah
selama 10 minit atau hingga kek berwarna perang.
7. Cucuk permukaan kek dgn garpu atau lidi. Tekan lapisan ini agar rata.
8. Sapukan permukaan kek ini dgn sedikit bahan sapuan.
9. Ambil satu cawan adunan dan ratakan atas lapisan kek tadi. Bakar dgn api atas sahaja hingga kek
masak. Buatkan proses melapis seperti ini sehingga lapisan yang terakhir siap dibakar.
10. Tutup tin pembakar dgn kertas aluminium. Bakar semula dgn api atas dan bawah sel ama 15
minit.
KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES
By: Kak Fida
Rujukan : My Resepi
5 biji telur ~ grade A yg sejuk dari peti ais
225 g gula halus atau
220 g tepung gandum
1 sk rata baking powder
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
secukup hawflakes ~ ita guna besar 50 sen
Panaskan kukusan
Sediakan loyang 8x8 inc
Sapukan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper
Ayak tepung dan baking powder
Kemudian campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
Pukul adunan hingga sebati dan gebu.
Kemudian masukkan minyak jagung atau minyak masak dan gaul adunan secara kaup balik dengan
spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati
Kemudian bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut kesesuaian dan warna yang kita suka.
Ita bahagi kepada 6 bahagian ( anggaran 1 cawan setiap bahagian) dan letakkan setiap bahagian itu
dengan pewarna yang disukai.
Tuangkan lapisan pertama dalam loyang dan ratakan
Susunkan kepingan hawflakes atas lapisan pertama.
Kukus lapisan pertama selama 5~7 minit
Bila masak angkat dan tuang lapisan kedua, dan susunkan hawflakes kukus semula
Buat kaedah yang sama sehingga habis setiap lapisan
Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 20 minit supaya kek masak secara keseluruhannya
Setelah kek masak, biarkan dalam loyang selama 10 minit
Kemudian terbalikkan atas redai
Biarkan kek sejuk sepenuhnya
KEK LAPIS EVERGREEN EKONOMI
By: Kak Fida
Rujukan : My Resepi
250 g mentega
3/4 cwn gula halus/kastor
6 biji telur - A yg sejuk dari peti ais
1 sk ovallete
200 g susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
50 gm serbuk Holick
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang ukuran 8x8 inc
Hanya sapukan minyak pada dasar loyang sahaja
Alas dasar loyang dengan baking paper
Ketepikan
Ayak tepung dengan baking powder ~ ketepikan
Dalam bekas mixer, pukul mentega dan gula hingga kembang
Kemudian masukkan telur sebijik demi sebijik dan terus memukul hingga sebati.
Kemudian masukkan ovallate dan pukul lagi hingga sebati.
Tambahkan susu pekat manis dan esen vanila dan kacau dengan spatula
Masukkan serbuk holick dan kaup balik sebati
Akhir sekali masukkan tepung dan kaup balik hingga adunan bergaul sempurna.
Tuangkan 1 1/2 senduk anggaran 150 gm dalam loyang dan ratakan
Bakar menggunakan api atas dan bawah hingga lapisan atas kek berwarna kecoklatan
Ita punya ni tak cukup coklat tau! sebab kejar masa nak ambil Dalili sekolah. Nanti kalau bakar biar
dia coklat sikit sebab bila potong baru nampak lapisannya.
Ok! lepas masak kita tekan-tekankan permukaan kek dengan alat penekan. Kalau tak de carilah
permukaan senduk yang rata untuk menekan.
Kemudian kita tuangkan pula lapisan ke 2 dan ratakan
Kali ini jangan lupa! tutup api bawah dan hanya buka api atas sahaja.
Ita letak loyang masa bakar kat rak tengah.
Kita bakar pula lapisan ke 2 hingga permukaannya coklat juga.
Bila dah masak, sapukan permukaan kek tadi dengan susu pekat manis. Hingga rata.
Kemudian susunkan pula kek lapis kukus tadi.
Ok! jangan ikut ita ye sebab ita ada tersilap iaitu ita dah ratakan tepi kek kukus. Jadi loyang tu tak
sama besar dengan kek kukus ita tadi.
Oleh itu guna loyang yang sama ukuran untuk kedua-dua kek
Untuk lekatkan kek sapukan dengan susu pekat manis
Peringatan
Bila dah sapu susu pekat manis kek tu terus melekat antara sau sama lain. Jadi pastikan susunan tu
betul-betul supaya kita tak lah nak alih2 sebab nanti dia dah melekat susah pulak! Bila kita nak
alihkan pulak dia dah tersopak dan tak cantik.
Kalau ada ruang kosong tu, letakkanlan lah adunan tu sikit. Guna piping bag senang nak masukkan
adunan pada celah-celah kek tu.
Kemudian tuang lapisan lagi dan bakar semula cara yang sama hingga permukaan dia coklat lagi.
Buat satu lagi lapisan. Ita tak buat tau lapisan yang ni sebab ita terlupa.. hihi
Jadi bermakna lapisan pemisah antara 2 kek kukus tu ada 2 lapisan lah kan..
Lepas tu kita buat semula kaedah tadi. Sapukan susu dan susun lagi kek kukus tu.
Tuang adunan dan bakar semula
Buat lah hingga habis.
Jangan lupa untuk tekan setiap lapisan yang dah bakar dengan alat penekan supaya tiada ruang
udara.
Lapisan yang terakhir bakar tu kita bakar juga hingga coklat.
Lepas tu kita balut permukaan dia dengan aluminium foil, buka api atas dan bawah.
Ita ubah kedudukan kek pada rak bawah dan bakar semula selama 15 minit hingga kek masak
sepenuhnya.
Bila dah masak. Rehatkan sekejap dalam 10 ~ 15 minit, kemudian baru terbalikkan atas redai
Tunggu kek benar-benar sejuk barulah dipotong.
Ini corak yang paling simple lah kan.. hihi nanti kalau dah pandai barulah boleh cuba corak yang
susah-susah pulak.. aduyaiii.. bila lah tu.. buat yang ni pon dah habis sengal2 satu badan.. KEK
LAPIS EVERGREEN EKONOMI
By: Kak Fida
Rujukan : My Resepi
250 g mentega
3/4 cwn gula halus/kastor
6 biji telur - A yg sejuk dari peti ais
1 sk ovallete
200 g susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
50 gm serbuk Holick
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang ukuran 8x8 inc
Hanya sapukan minyak pada dasar loyang sahaja
Alas dasar loyang dengan baking paper
Ketepikan
Ayak tepung dengan baking powder ~ ketepikan
Dalam bekas mixer, pukul mentega dan gula hingga kembang
Kemudian masukkan telur sebijik demi sebijik dan terus memukul hingga sebati.
Kemudian masukkan ovallate dan pukul lagi hingga sebati.
Tambahkan susu pekat manis dan esen vanila dan kacau dengan spatula
Masukkan serbuk holick dan kaup balik sebati
Akhir sekali masukkan tepung dan kaup balik hingga adunan bergaul sempurna.
Tuangkan 1 1/2 senduk anggaran 150 gm dalam loyang dan ratakan
Bakar menggunakan api atas dan bawah hingga lapisan atas kek berwarna kecoklatan
Ita punya ni tak cukup coklat tau! sebab kejar masa nak ambil Dalili sekolah. Nanti kalau bakar biar
dia coklat sikit sebab bila potong baru nampak lapisannya.
Ok! lepas masak kita tekan-tekankan permukaan kek dengan alat penekan. Kalau tak de carilah
permukaan senduk yang rata untuk menekan.
Kemudian kita tuangkan pula lapisan ke 2 dan ratakan
Kali ini jangan lupa! tutup api bawah dan hanya buka api atas sahaja.
Ita letak loyang masa bakar kat rak tengah.
Kita bakar pula lapisan ke 2 hingga permukaannya coklat juga.
Bila dah masak, sapukan permukaan kek tadi dengan susu pekat manis. Hingga rata.
Kemudian susunkan pula kek lapis kukus tadi.
Ok! jangan ikut ita ye sebab ita ada tersilap iaitu ita dah ratakan tepi kek kukus. Jadi loyang tu tak
sama besar dengan kek kukus ita tadi.
Oleh itu guna loyang yang sama ukuran untuk kedua-dua kek
Untuk lekatkan kek sapukan dengan susu pekat manis
Peringatan
Bila dah sapu susu pekat manis kek tu terus melekat antara sau sama lain. Jadi pastikan susunan tu
betul-betul supaya kita tak lah nak alih2 sebab nanti dia dah melekat susah pulak! Bila kita nak
alihkan pulak dia dah tersopak dan tak cantik.
Kalau ada ruang kosong tu, letakkanlan lah adunan tu sikit. Guna piping bag senang nak masukkan
adunan pada celah-celah kek tu.
Kemudian tuang lapisan lagi dan bakar semula cara yang sama hingga permukaan dia coklat lagi .
Buat satu lagi lapisan. Ita tak buat tau lapisan yang ni sebab ita terlupa.. hihi
Jadi bermakna lapisan pemisah antara 2 kek kukus tu ada 2 lapisan lah kan..
Lepas tu kita buat semula kaedah tadi. Sapukan susu dan susun lagi kek kukus tu.
Tuang adunan dan bakar semula
Buat lah hingga habis.
Jangan lupa untuk tekan setiap lapisan yang dah bakar dengan alat penekan supaya tiada ruang
udara.
Lapisan yang terakhir bakar tu kita bakar juga hingga coklat.
Lepas tu kita balut permukaan dia dengan aluminium foil, buka api atas dan bawah.
Ita ubah kedudukan kek pada rak bawah dan bakar semula selama 15 minit hingga kek masak
sepenuhnya.
Bila dah masak. Rehatkan sekejap dalam 10 ~ 15 minit, kemudian baru terbalikkan atas redai
Tunggu kek benar-benar sejuk barulah dipotong.
Ini corak yang paling simple lah kan.. hihi nanti kalau dah pandai barulah boleh cuba corak yang
susah-susah pulak.. aduyaiii.. bila lah tu.. buat yang ni pon dah habis sengal2 satu badan..
KEK KERANA MU MALAYSIA
Resepi ni untuk satu adunan
3 cwn tepung gandum 4 sdk baking powder
1/2 sdk garam 1 cwn butter ~ suhu bilik 1 3/4 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik 1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
1 sudu teh strawberry emulco 1 sudu teh blueberry paste pewarna merah dan biru
Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter Panaskan oven pada suhu 170C
Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih . Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli
dengan susu segar Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik. *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung
juga. maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
Letakkan pewarna merah dan strawberry emulco
Kacau rata.
Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
Masukkan dalam loyang Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah
menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6
lapisan Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan
tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain. Bila kek dah sejuk ita potong lapisan atas kek yang keras supaya bila kita susun kek nampak
rata dan sekata. Kemudian potong setiap kek kepada 2 lapisan setiap satu
Kita akan dapat 6 lapisan kek. Boleh jika nak gunakan ke enam-enam lapisan. Ita hanya gunakan 5 lapisan sahaja kerana bimbang kek terlampau tinggi. Jadi terpulang pada budi bicara masing-masing samaada nak buat 5 atau 6 lapisan
Untuk 2 keping lagi lapisan potong tengahnya menggunakan ring cutter bulat ukuran 6 inc
atau 5 inc 1/2. Ambil bahagian luar kek yang di potong sahaja.
Bagi adunan biru kaedah yang sama juga di gunakan Letakkan pewarna biru dan paste blueberry
Kemudian bakar dalam loyang 8 inc
Bila dah masak dan kek telah sejuk. Potong kek menggunakan ring cutter bulat ukuran 6 inc. atau boleh juga guna ukuran 5 inc 1/2
Ambil lapisan yang dalam sahaja.
Sekarang kita mulakan proses untuk melapis kek. Boleh rujuk pada rajah di bawah
Untuk setiap lapisan ita sapukan atau pancitkan sedikit jus lemon untuk melembabkan kek dan memudahkan kita meratakan cream.
Ita masukkan cream ke dalam piping bang untuk memudahkan proses meletakkan cream atas kek.
Setelah kek mengeras dan dikeluarkan dari peti ais boleh lah kita sapukan sekali lagi dengan
krim untuk proses deco.
Ratakan kek supaya licin dan kemas
Untuk lapisan atas ita gunakan nozel no 133 untuk rumput
Untuk bahagian bawah ita gunakan teknik sisik ikan, hanya menggunakan sudu kecil.
Kek Lapis Choco-Horlicks
Resepi:[email protected]
Bahan2:
250g mentega tulen
1/2 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis
70g horlicks
30g serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan tepung hongkong/gandum
Cara2:
1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.
2. Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim 3. Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi) 4. Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong
sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan
5. Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian 6. Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan
serbuk koko dan kacau sebati. 7. Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah berselang seli warna
sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek.
8. Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir
Kek Hitam Manis By:HaSue
Bahan-bahan ( Loyang 9x9 )
* 450g Mentega berkualiti * 200g Gula halus-boleh kurangkan ke 180g * 10 biji telur saiz A
* 1 penutup botol esen vanilla * 1 tin kecil susu pekat manis/krimer manis
* 1 tin sederhana serikaya * 1 tin kecil nestle cream(rujuk gambar di bawah) * 200g horlicks
* 150g browning sugar atau secukupnya(sehingga adunan cukup hitam)
* 200g tepung hong kong/tepung gandum * 1 sudu teh ovalete
Nestle cream yang digunakan dalam
resepi ini..ada 2 saiz di pasaran.
Cara-cara:
1. Panaskan pengukus(pastikan air pengukus diisi hampir penuh agar tidak mudah kering),
oleskan loyang dengan mentega dan ditaburkan rata dengan tepung.
2. Mentega(pastikan pada suhu bilik) dipukul bersama gula halus sehingga berkrim dan putih.
Masukkan sebiji telur(pecahkan di dalam mangkuk terlebih dahulu untuk mengelakkan
sekiranya ada telur busuk) dan pukul lagi..setelah sebati,baru masukkan sebiji lagi telur.
Ulangi langkah ini sehingga telur habis.
3. Masukkan satu persatu- esen vanilla,susu,serikaya,nestle cream,horlicks,ovallete dan
tepung gandum(setiap kali masukkan setiap bahan,pukul dengan sebati baru masukkan bahan
seterusnya.
4. Kemudian,masukkan browning sugar dan gaul sehingga benar2 sebati.
5. Masukkan ke dalam loyang yg sudah dioles tadi dan kukuslah selama 4 jam. Pastikan air
pengukus sudah mendidih ketika kek mula dikukus.
6. Pastikan kek sudah sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan daripada loyang. Selamat
mencuba! :)
Kek Pilih Kasih
Bahan-bahan ( 8" x 8" x 3" )
• 10 Biji telur
• 2 gelas tepung gandum >disyorkan 1 1/2 gelas shj utk kek lebih lembap
• 1 gelas gula halus
• 450gm Butter (golden churn)
• 1 gelas horlicks
• 1 tin susu pekat / krimer
• 5 sudu makan milo
• 1 gelas bijan - di sangan dulu
• 2 gelas kacang tanah - disangan + dikisar
• 2 sudu makan browning sugar
>hasue tambah 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara
1. Gula dan butter di pukul hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu
3. kemudian masukkan esen vanila,tepung,susu pekat dan gaul rata.
4. Masukkan horlicks dan milo dan di gaul rata.
5. Masukkan kacang tanah dan bijan dan gaul hingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan browning sugar dan adunan di masukkan dlm loyang yang telah di alaskan
dgn kertas minyak dan dikukus selama 4 jam ½