kelajuan

5
Kelajuan/ Kepantasan Kelajuan ialah keupayaan untuk bergerak pantas. Sebagai contoh, seseorang individu yang mempunyai kelajuan kaki akan dapat berlari dengan cepat. Kelajuan berkait rapat dengan kekuatan dan kuasa otot serta rangsangan yang diterima. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindak balas dan masa bergerak. (Jarak langkahan x Kekerapan melangkah = Kelajuan). Latihan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kelajuan seseorang ialah latihan jeda. Latihan jeda Latihan jeda adalah satu kaedah latihan yang berulang- alik secara berterusan dan diselang-selikan rehat yang cukup. Tujuan utama latihan ini adalah untuk menambahkan

Upload: anonymous-tsmgjjfswu

Post on 04-Dec-2015

7 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KELAJUAN

TRANSCRIPT

Page 1: KELAJUAN

Kelajuan/ Kepantasan

Kelajuan ialah keupayaan untuk bergerak pantas. Sebagai contoh, seseorang

individu yang mempunyai kelajuan kaki akan dapat berlari dengan cepat.

Kelajuan berkait rapat dengan kekuatan dan kuasa otot serta rangsangan

yang diterima. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindak balas dan

masa bergerak. (Jarak langkahan x Kekerapan melangkah = Kelajuan).

Latihan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kelajuan seseorang ialah

latihan jeda.

Latihan jeda

Latihan jeda adalah satu kaedah latihan yang berulang-alik secara

berterusan dan diselang-selikan rehat yang cukup. Tujuan utama latihan ini

adalah untuk menambahkan kecekapan sistem tenaga anaerobik supaya

menambahkan kebolehan individu dalam prestasi yang lebih hebat. Latihan

ini merupakanh latihan yang saintifik dan mengandungi latihan ulangan pada

satu jarak yang ditetapkan dengan masa pemulihan di antara latihan dalam

bentuk berjalan, berjogging atau aktiviti yang bersesuaian. Jeda juga

bermaksud “kerja dan rehat” iaitu melibatkan pelaksanaan aktiviti dan di

antara set aktiviti. Atlet mampu melakukan aktiviti dalam jangka masa yang

panjang kerana terdapat masa pemulihan di antara ulangan. Di mana, atlet

mampu memproses sistem aerobik semasa membuat masa pemulihan

sebelum membuat ulangan yang berikutnya.

Atlet yang menjalankan aktiviti berterusan selama 10 minit akan

menghadapi masalah kelesuan yang menyebabkan atlet tersebut berhenti

untuk meneruskan aktiviti. Manakala atlet yang menjalani latihan jeda, atlet

tersebut mampu mengatasi kelesuan dan dapat meneruskan aktiviti lebih

daripada satu jam. Dalam latihan jeda, atlet dapat mengatasi masalah

kelesuan dan memperolehi oksigen yang mencukupi.

Page 2: KELAJUAN

Latihan jeda adalah satu latihan yang dikawal oleh kadar denyutan nadi,

iaitu merupakan satu latihan jantung. Aktiviti dan latihan ini diajar dalam

bentuk-bentuk yang berlainan, yang pentingnya ialah berlari pantas dalam

jarak tertentu beberapa kali atau beberapa ulangan. Latihan ini banyak

diaplikasikan dalam olahraga dan sukan permainan seperti berbasikal, bola

sepak dan pelbagai permainan lagi.Latihan jeda ini membantu atlet untuk

mencapai kecergasan fizikal atau pada satu tahap yang tinggi dalam masa

lapan minggu dengan menjalankan latihan jeda selama tiga kali seminggu.

Terdapat dua jenis latihan jeda iaitu latihan jeda pendek dan latihan jeda

panjang. Latihan jeda pendek mengutamakan kelajuan manakala latihan jeda

panjang mengutamakan stamina dan daya tahan otot.

Jeda pendek Jeda panjang

Kelajuan Maksimum 90-100%

Rehat 10 saat- 2 minit 3-15 minit

Ulangan 8-30 kali 4-15 kali

Contoh latihan:

Jeda pendek Jeda panjang

1. Memanaskan badan Memanaskan badan

2. Lari 100% untuk 10 saat Lari 90% kelajuan untuk 60 saat

3. Rehat aktif 10 saat berjalan

perlahan-lahan

Rehat aktif 4 minit- berjalan senang

4. Ulangan 2 dan 3 sehingga 10

ulangan

Ulangan 2 dan 3 untuk 5 larian

Page 3: KELAJUAN

Contoh Latihan Jeda