kelas bercantum

2
Sejarah dan Konsep Kelas Bercantum Setiap murid di negara ini perlu diberikan peluang untuk memperoleh pendidikan selaras dengan pendemokrasian pendidikan. Oleh sebab terdapat banyak sekolah kurang murid di pedalaman, kelas bercantum diadakan. Di samping itu, bilangan guru di sekolah-sekolah tersebut juga adalah sedikit dan dengan itu, perlu mengajar lebih daripada satu kelas pada masa-masa tertentu. Sejarah kelas bercantum telah bermula sejak penjajahan British di negara ini di mana ia dikenali sebagai Multiple Class Teaching. Multiple Class Teaching dijalankan di Lower Primary School ketika itu oleh sebab keadaan bilangan guru yang sangat minima dan kemudahan asas seperti bilik darjah dan papan tulis tidak mencukupi. Konsep Kelas Bercantum Konsep kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi murid-murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu dan dua, tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam. Kelas bercantum sebagai satu bentuk pengajaran yang mana seorang guru mengajar murid-murid terdiri daripada beberapa gred atau lebih daripada satu gred di dalam sebuah bilik darjah. (UNESCO, 1988). Berasaskan pernyataan di bawah, cuba bincang dengan rakan anda bagaimana boleh berlaku? a. Kalau enrolmen tahun / darjah berkenaan ada 10 orang murid atau lebih, kelas tidak perlu dicantum. b. Kalau bilangan guru mencukupi, kelas tidak perlu dicantum. c. Kalau bilangan guru tidak mencukupi dan bilangan murid adalah 10 orang atau kurang, kelas perlu dicantum. d. Seelok-eloknya satu kelas bercantum tidak melebihi 20 orang murid. e. Umur murid-murid dalam satu kelas bercantum perlulah hampir sama dan dari tahap yang sama, misalnya darjah satu dan dua atau darjah dua dan tiga. 6.2 Ciri-ciri Kelas Bercantum Kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja. Murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan Bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak membolehkan satu kelas biasa dibuka. Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru mengikut bilangan kelas.

Upload: kiki-lala

Post on 17-Nov-2015

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kelas bercantum

TRANSCRIPT

Sejarah dan Konsep Kelas Bercantum

Setiap murid di negara ini perlu diberikan peluang untuk memperoleh pendidikan selaras dengan pendemokrasian pendidikan. Oleh sebab terdapat banyak sekolah kurang murid di pedalaman, kelas bercantum diadakan. Di samping itu, bilangan guru di sekolah-sekolah tersebut juga adalah sedikit dan dengan itu, perlu mengajar lebih daripada satu kelas pada masa-masa tertentu.

Sejarah kelas bercantum telah bermula sejak penjajahan British di negara ini di mana ia dikenali sebagai Multiple Class Teaching. Multiple Class Teaching dijalankan di Lower Primary School ketika itu oleh sebab keadaan bilangan guru yang sangat minima dan kemudahan asas seperti bilik darjah dan papan tulis tidak mencukupi.

Konsep Kelas Bercantum

Konsep kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi murid-murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu dan dua, tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam.

Kelas bercantum sebagai satu bentuk pengajaran yang mana seorang guru mengajar murid-murid terdiri daripada beberapa gred atau lebih daripada satu gred di dalam sebuah bilik darjah. (UNESCO, 1988).

Berasaskan pernyataan di bawah, cuba bincang dengan rakan anda bagaimana boleh berlaku?

a.Kalau enrolmen tahun / darjah berkenaan ada 10 orang murid atau lebih, kelas tidak perlu dicantum.b.Kalau bilangan guru mencukupi, kelas tidak perlu dicantum.c.Kalau bilangan guru tidak mencukupi dan bilangan murid adalah 10 orang atau kurang, kelas perlu dicantum.d.Seelok-eloknya satu kelas bercantum tidak melebihi 20 orang murid.e.Umur murid-murid dalam satu kelas bercantum perlulah hampir sama dan dari tahap yang sama, misalnya darjah satu dan dua atau darjah dua dan tiga.

6.2Ciri-ciri Kelas BercantumKelas ini wujud di sekolah rendah sahaja.Murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahanBilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak membolehkan satu kelas biasa dibuka.Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru mengikut bilangan kelas.Strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa.

Anda perlu ketahui bahawa tugas mengelola kelas-kelas bercantum banyak memerlukan persediaan dan pendekatan yang mahir daripada pihak guru. Kemahiran multi task atauketerampilan guru diperlukan supaya dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.