kelebihan dan kelemahan portfolio

Upload: shu-han

Post on 11-Oct-2015

351 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kesan pengolahan teknik mengikut pelbagai zaman

Kelebihan dan Kelemahan PortfolioKelebihan PortfolioDapat melihat pertumbuhan dan perkembangan kemampuan murid dari semasa ke semasaAkauntabiliti yang tinggiMeningkatkan peranan murid dan penglibatan murid secara aktifIdentifikasiPenglibatan orang tua dan masyarakatPenilaian diriFleksibel Tanggungjawab bersamaKeadilanMurid menjadi lebih bertanggungjawabMemberi kesempatan kepada murid untuk meningkatkan kemampuan diriDapat melihat petumbuhan dan perkembangan kemampuan murid dari semasa ke semasa

Penilaian portfolio lebih menekankan pada proses perubahan kemampuan anak daripada hasil belajar. Berdasarkan feedback atau refleksi kendiri murid, guru juga dapat mengetahui perkembangan mereka.AkauntabilitiDengan penglibatan murid-murid, tanggungjawab menilai tidak hanya berdasarkan guru sahaja tetapi boleh penilaian juga boleh dijalani oleh murid-murid sendiri. Meningkatkan peranan murid dan penglibatan mereka secara aktif Penilaian portfolio lebih bersifat individual dan semua murid terlibat dalam pembelajaran dan penilaian portfolio secara nyata.IdentifikasiDengan penilaian portfolio, kita lebih mudah menemukan hubungan antara tujuan belajar dan hasil belajar. Hasil belajar lebih jelas dipaparkan dan bersifat autentik.Penglibatan orang tua dan masyarakatPenilaian portfolio lebih bermakna bagi masyarakat dan orag tua kerana dapat melihat perkembangan kemampuan anak atau murid-murid dari semasa ke semasa dengan hasil belajar mereka dalam portfolio.Penilaian diriDengan penilaian portfolio, murid-murid diarahkan untuk melakukan penilaian terhadap diri sendiri. Dengan pertanyaan atau soal jawab atau borang penilaian mudah.FleksibelPengukuran dijalankan secara lebih fleksibel. Fleksibiliti pengukuran dalam penilaian portfolio dapat diertikan bahawa untuk menyimpulkan dan melaporkan hasil penilaian tidak memerlukan satu pengolahan dan analisis yang rumit. Guru senang untuk membuat perancangan seterusnya seperti membahagikan kumpulan mengikut tahap penguasaan kemahiran dan sebagainya.Tanggungjawab bersamaGuru dan murid bersama-sama dalam perancangan dan evaluasi hasil belajar.Sebelum melakukan penilaian dengan pendekatan portfolio dalam menyusun mozek, murid-murid diajak untuk membuat perbincangan dahulu tentang pelaksanaan kegiatan yang akan dilakukan.KeadilanMembantu guru melakukan penilaian secara adil, berobjektif dan dapat dipertanggungjawabkan tanpa mengurangkan kreativiti murid.Dengan penilaian portfolio, murid-murid yang pandai boleh menunjukkan kelebihan-kelebihan dirinya secara optimal, manakala murid-murid yang kurang pandai dapat dibantu dalam meningkatkan kemampuanya.Murid menjadi lebih bertanggungjawab Portfolio menjadi tanggungjawab murid dalam kelas ataupun di luar kelas. Murid tahu tanggungjawab mereka dan belajar untuk bertanggungjawab dalam penghasilan portfolio.Memberi kesempatan untuk murid meningkatkan kemampuan merekaDalam penilaian, murid dapat membuat pemerhatian dalam portfolio kawan dan portfolio sendiri. Dengan ini, murid-murid boleh berkongsi ilmu dan belajar bersama-sama untuk meningkatkan kemampuan diri mereka.Kekurangan PortfolioMemerlukan masa yang lama berbanding dengan ujian biasaReliabiti rendahAda kecenderungan guru mementingkan pencapaian akhir sahajaMemerlukan masa yang lama berbanding dengan ujian biasaSekurang-kurangnya penilaian portfolio memerlukan beberapa minggu tetapi ujian biasa mungkin boleh disiapkan dalam tempoh sehari.Reliabiliti rendahTingkat reliabiliti rendah kerana dalam tempoh penilaian proses penghasilan portfolio adalah panjang dan pelbagai faktor akan mempengaruhi proses ini. Contohnya, jika diberikan tugas yang sama pada waktu lain mungkin hasil akan lebih baik kerana tugas itu berulang seperti mewarna sesuatu gambar.Ada kecenderungan guri mementingkan hasil akhir sahajaSesetengah guru lebih mementingkan pencapaian akhir sehingga mengabaikan atau kurang memberi perhatian pada proses penilaian.