kelebihan dan kelemahan project based learning

3
Kelebihan dan Kelemahan Project Based Learning a. Kelebihan dari Project Based Learning Project Based Learning adalah suatu pendekatan komprehensif yang memberikan petunjuk bagi pelajar, bekerja secara individu atau kelompok, dan berhubungan dengan topik di dunia nyata. Penerapan Project Based Learning yang baik dapat memberikan kemampuan yang bermanfaat bagi pelajar. Keberhasilan Project Based Learning yang dijalankan dapat memberi motivasi yang tinggi, pelajar jua aktif dalam pembelajarannya, dan dapat menghasilkan hasil kerja yang berkualiti tinggi. Anatta ( 2007 ) menyebut beberapa kelebihan dari Project Based Learning antaranya ialah : 1 Meningkatkan motivasi, dimana pelajar tekun dan berusaha keras dalam mencapai kejayaan dalam melaksanakan projek. 2. Meningkatkan kemampuan dalam pencapaian menyelesaikan masalah dari berbagai sumber dan dapat melahirkan pelajar yang lebih aktif dan berhasil menyelesaikan masalah. 3. Meningkatkan kerjasama, pentingnya kerjasama dalam melaksanakan projek serta dapat memperluaskan komuniti sehingga terhasilnya konsep saling memberi dan menerima dalam melaksanakan sesuatu projek. Manakala menurut Markham,T.H (2003) kelebihan Project Based Learning ialah: 1. Memberi peluang kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat apa yang mereka telah pelajari.

Upload: ummu-deen

Post on 23-Jul-2015

478 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kelebihan Dan Kelemahan Project Based Learning

Kelebihan dan Kelemahan Project Based Learning

a. Kelebihan dari Project Based Learning

Project Based Learning adalah suatu pendekatan komprehensif yang memberikan petunjuk bagi

pelajar, bekerja secara individu atau kelompok, dan berhubungan dengan topik di dunia nyata.

Penerapan Project Based Learning yang baik dapat memberikan kemampuan yang bermanfaat

bagi pelajar. Keberhasilan Project Based Learning yang dijalankan dapat memberi motivasi yang

tinggi,  pelajar jua aktif dalam pembelajarannya, dan dapat menghasilkan hasil kerja yang

berkualiti tinggi. Anatta ( 2007 ) menyebut beberapa kelebihan dari Project Based Learning

antaranya ialah :

1 Meningkatkan motivasi, dimana pelajar tekun dan berusaha keras dalam mencapai

kejayaan dalam melaksanakan projek.

2. Meningkatkan kemampuan dalam pencapaian menyelesaikan masalah dari berbagai

sumber dan dapat melahirkan pelajar yang lebih aktif dan berhasil menyelesaikan

masalah.

3. Meningkatkan kerjasama, pentingnya kerjasama dalam melaksanakan projek serta dapat

memperluaskan komuniti sehingga terhasilnya konsep saling memberi dan menerima

dalam melaksanakan sesuatu projek.

Manakala menurut Markham,T.H (2003) kelebihan Project Based Learning ialah:

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat apa yang mereka telah

pelajari.

2. Memberi cabaran kepada pelajar dan mendorong kearah pembinaan pengetahuaan dalam

pembangunan projek.

3. Menggalakkan pelajar meneroka dalam pembelajaran.

Boaler ( 1999 ) pula menyatakan kelebihan ialah :

1. Sistem PBL menunjukkan prestasi yang lebih seimbang antara penilaian dan projek

berbanding pelajar yang menggunakan sistem tradisional.

Page 2: Kelebihan Dan Kelemahan Project Based Learning

Menurut Gultiken ( 2005 ) antara kelebihan Project Based Learning ialah :

1. Pelajar yang menggunakan Project Based Learning menjadi penyelidik yang lebih baik.

2. Pelajar menjadi penyelesai masalah dan menjadi pemikir yang lebih tinggi.

Pembelajaran berasaskan projek juga menolong para pelajar dalam pembelajaran dan menguasai

kemahiran menyelesaikan masalah. Hal ini menunjukkan pembelajaran berasakan projek

memberi impak yang besar terhadap kefahaman pelajar serta membantu menarik minat pelajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

b. Kelemahan dari Project Based Learning

Pembelajaran berasakan projek adalah pembelajaran yang menggunakan masalah sebagai

langkah awal dalam mengumpulkan dan mengintegrasikan pengetahuan baru berdasarkan

pengalamannya dalam beraktiviti secara nyata. Namun terdapat beberapa kelemahan yang timbul

dalam melaksanakan Project Based Learning ini. Lomri ( 1999 ) menyebut beberapa kelemahan

dari PBL diantaranya ialah :

1. Topik yang dipilih perlu sesuai dengan keperluan pelajar, kemudahan yang mencukupi

dan sumber-sumber yang diperlukan.

2. Penggunaan teknologi sebagai alat kognitif sukar diwujudkan dalam setiap kelas.

3. Perbincangan dalam melaksanakan projek memerlukan masa yang lama. Maka

memerlukan kos atau perbelanjaan yang agak tinggi.

Manakala menurut Synteta,P (2002 )

1. Sekiranya pelajar gagal untuk menggunakan projek sebagai alat pembelajaran mereka

akan cenderung untuk membawa implikasi yang lebih negatif.

Untuk mengatasi kelemahan Project Based Learning seorang pendidik perlu dapat mengatasi

segala permasalahan contohnya dari segi menyediakan kemudahan yang lengkap dan memberi

had masa kepada pelajar dalam menyelesaikan sesuatu projek agar masa yang diambil tidak

terlalu panjang.