kelemahan murid yang memerlukan terapi

2
LAPORAN KELEMAHAN MURID YANG MEMERLUKAN TERAPI Murid pendidikan khas yang telah saya pilih untuk menjalankan sesi terapi ini adalah Muhammad Anieq Haikal Bin Azhar dari kelas Budi, Program Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Taman Awana. Murid ini dikategorikan sebagai bermasalah pembelajaran dengan keisitimewaan sebagai kanak-kanak autisme. Dari segi pertuturan, murid ini boleh bertutur dengan jelas dan boleh difahami. Walaubagaimanapun, beliau mempunyai satu masalah iaitu suka bercakap sendirian atau ketawa sendirian. Seperti yang umum sedia maklum, kanak-kanak autisme akan menunjukkan ciri-ciri seperti gemar bersendirian, bercakap sendirian, berada di dalam dunia sendiri dan kurang bercakap dengan orang lain. Walaubagaimanapun, murid ini tidak bersikap mencederakan orang lain. Dari segi kognitif pula, murid ini menunjukkan ciri positif iaitu beliau mampu untuk menjawab soalan yang diberi guru dengan baik. Murid ini juga boleh mengenal huruf dan nombor. Ini menunjukkan beliau mempunyai tahap kognitif yang baik. Murid ini juga boleh membaca huruf jawi. Walaubagaimanapun, murid ini masih belum mampu mengeja atau melakukan operasi matematik. Beliau juga hanya mengingati ejaan namanya sahaja. Murid ini menunjukkan tingkah laku yang agak aktif. Menurut guru serta ibu bapanya, murid ini mempunyai sedikit masalah hyper active yang menyebabkannya tidak boleh duduk dengan diam. Untuk

Upload: hasrolnizam-hassan

Post on 20-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pku 3312

TRANSCRIPT

LAPORAN KELEMAHAN MURID YANG MEMERLUKAN TERAPIMurid pendidikan khas yang telah saya pilih untuk menjalankan sesi terapi ini adalah Muhammad Anieq Haikal Bin Azhar dari kelas Budi, Program Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Taman Awana. Murid ini dikategorikan sebagai bermasalah pembelajaran dengan keisitimewaan sebagai kanak-kanak autisme.Dari segi pertuturan, murid ini boleh bertutur dengan jelas dan boleh difahami. Walaubagaimanapun, beliau mempunyai satu masalah iaitu suka bercakap sendirian atau ketawa sendirian. Seperti yang umum sedia maklum, kanak-kanak autisme akan menunjukkan ciri-ciri seperti gemar bersendirian, bercakap sendirian, berada di dalam dunia sendiri dan kurang bercakap dengan orang lain. Walaubagaimanapun, murid ini tidak bersikap mencederakan orang lain.Dari segi kognitif pula, murid ini menunjukkan ciri positif iaitu beliau mampu untuk menjawab soalan yang diberi guru dengan baik. Murid ini juga boleh mengenal huruf dan nombor. Ini menunjukkan beliau mempunyai tahap kognitif yang baik. Murid ini juga boleh membaca huruf jawi. Walaubagaimanapun, murid ini masih belum mampu mengeja atau melakukan operasi matematik. Beliau juga hanya mengingati ejaan namanya sahaja.Murid ini menunjukkan tingkah laku yang agak aktif. Menurut guru serta ibu bapanya, murid ini mempunyai sedikit masalah hyper active yang menyebabkannya tidak boleh duduk dengan diam. Untuk menarik perhatiannya pula, guru boleh menggunakan aktiviti mewarna atau menulis kerana beliau meminati aktiviti seperti itu. Murid ini memerlukan perhatian yang rapi supaya pergerakannya mudah dikawal. Jika dibiarkan sahaja, murid ini akan lari ke ma-mana tempat.