keluaran mei, 2016 tips mengatasi malas · staf yang berprestasi rendah. 6. hayati semangat hijrah...
TRANSCRIPT
TIPS MENGATASI
MALAS
Pengenalan
Salah satu sebab kenapa staf tidak produktif ialah kerana
mereka mempunyai penyakit MALAS. Ia dipanggil penyakit
kerana boleh dirawat. “Malas untuk berfikir, malas untuk
membaca, malas mahu memulakan satu tugasan” ini antara
yang mereka beritahu kepada kaunselor dalam sesi kaunseling.
Malas akan menyebabkan staf dan organisasi RUGI. Rugi dari
pelbagai segi. Rugi masa, rugi tenaga, rugi peluang, rugi
sumber, menghancurkan masa depan yang seharusnya
cemerlang, menyebabkan visi dan misi organisasi tidak tercapai
secara optima. Staf yang malas menyebabkan pelanggan dan
stakeholders kecewa. Staf yang malas merisaukan dan
menyusahkan rakan-rakan sekerja dan pengurus mereka.
Implikasi staf yang malas juga merugikan bangsa, negara serta
agama.
Keluaran Mei, 2016
KAUNSELING
D’PUNCAK
(artikel)
Berikut beberapa tips yang boleh
dijadikan panduan untuk merawat pen-
yakit malas yang amat merugikan ini?
Antara langkah yang boleh dilakukan ialah:
1. Jaga cara anda berfikir “What the mind conceive and believe, the mind will achieve”. Percayalah cara anda berfikir akan mempengaruhi perasaan dan tingkah laku anda.
Maka fikirlah secara positif. Berfikirlah perkara-perkara yang baik-baik. Fikirkanlah
perkara yang boleh dilakukan. Anggaplah setiap hari adalah hari baru dalam hidup
anda dan anda akan lakukan sesuatu yang lebih baik hari ini berbanding semalam.
2. Tahu matlamat hidup anda
Ada yang beranggapan orang yang malas ialah orang yang tidak tahu apakah
matlamat hidupnya yang sebenar. Orang yang malas tidak tahu apa matlamat yang
ingin dicapainya ketika berapa di pejabatnya. Sebagai seorang staf anda hen-
daklah perjelaskan kepada diri anda setiap hari apa yang ingin anda capai. Bet-
ulkan niat anda agar usaha anda teratur dan dapat hasil yang baik. Lihatlah ke
hadapan. Bentuklah matlamat berdasarkan prinsip SMART….Be Specific, Measura-
ble, Attainable, Realistic and Have a Time Frame.
3. Buat pengiraan untung rugi
Sekiranya anda sering membuat pengiraan untung rugi dalam kehidupan seharian,
ianya akan dapat membantu anda mengatasi malas. Mereka yang memanfaatkan
masa akan dapat mencapai berbagai perkara positif. Anggaplah diri sebagai
seorang peniaga yang ada berbagai sumber untuk digunakan bagi mencapai
keuntungan. Fikirkan sumber apa yang anda ada kini yang boleh dimanfaatkan.
Staf telah diberi pelbagai sumber, jadi gunalah sumber tersebut untuk dimanfaatkan
dan menguntungkan organisasi.
SMART….Be Specific, Measurable, Attainable, Realistic and Have a Time
Frame.
5. Pupuk 2 jenis perasaan untuk membantu anda mengatasi malas Perasaan tersebut ialah seronok dan takut. Ikhtiarkan untuk mencari keseronokan
dalam apa yang anda lakukan. Sebenarnya setiap perkara yang baik seperti bekerja
jadikanlah ia bermakna. Barulah anda akan mula merasa seronok melakukannya.
Perasaan takut pun boleh dijadikan faktor penggerak dari sifat malas. Kalau perasaan
takut dikaitkan kepada Allah s.w.t. lagi baik. Takut berdosa tidak memenuhi janji dan
amanah akan menjadikan diri berusaha bersungguh-sungguh ke arah perkara-perkara
baik walaupun ia tidak mudah. Ingatkanlah diri anda dari masa ke semasa dan rasai
perasaan takut untuk tidak terus membuat perkara yang merugikan.
4. Sering mendapat peringatan baik boleh membantu diri mengatasi malas Seorang staf pernah ditanya apakah cara untuk kekal bermotivasi tinggi. Staf tersebut
menyatakan bahawa beradalah dalam kumpulan sahabat yang saling ingat-mengingati
agar membantu diri untuk tidak lalai memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan.
Pesanan staf ini patut disematkan di dalam hati. Program Morning Circle and Program
Koreksi Diri antara program yang dilakukan oleh Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM
Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam agar staf UKK mengamalkan budaya saling
ingat mengingati tanggungjawab mereka. Manusia mudah lupa maka perlulah sering
diingatkan antara satu sama lain untuk berjaya. Jadilah rakan sekerja yang saling
bantu membantu. Bantu, jangan jadi hantu OK?!
…..SYUKURLAH KERANA MASIH BEKERJA….
7. Banyakkan berdoa
Sebagai seorang insan yang lemah,
perbanyakkanlah berdoa agar mampu
mengatasi malas dari mencengkam hidup
ini. Selain berdoa, perbanyakkanlah sabar
dan jagalah solat agar penyakit ini dapat
diatasi. Solat dapat mencegah perkara keji
dan mungkar.
8. Syukur anda masih ada kerja
Tahukah anda kini ramai yang
menganggur? Syukur anda ada kerja.
Melalui kerja di UiTM ini, staf mendapat
berbagai nikmat. Anda mendapat gaji,
kemudahan kesihatan, pinjaman-pinjaman
yang membolehkan anda membeli rumah
dan kereta. Melalui kerja, anda dapat
jaminan kehidupan yang stabil untuk diri
dan keluarga. Jagalah nikmat kerja yang
anda miliki serta bersyukurlah. Satu tanda
syukur ialah dengan tidak bermalasan.
Jagalah nikmat kerja terutamanya kini
organisasi akan memulakan Exit Policy bagi
staf yang berprestasi rendah.
6. Hayati semangat hijrah dalam kehidupan ini Konsep hijrah ini bererti melakukan perubahan. Berhijrahlah daripada perkara yang
negatif seperti malas kepada positif iaitu bekerja dengan rajinnya. Bekerjalah secara
HARD dan SMART. Berhijrahlag dari malas ke rajin, kotor ke bersih, hitam ke putih,
najis ke suci, jahil ke berilmu, sesat ke benar, dari sifat tercela ke sifat terpuji, hidup sia-
sia ke berguna. Banyak kebaikan lagi diperolehi jika menghayati semangat hijrah ini.
Sekiranya tuan/puan ingin mendapatkan perkhidmatan
kaunseling, tuan/puan boleh menghubungi talian berikut
untuk maklumat lanjut:-
Kampus Puncak Alam
03-32584069—Pejabat Am UKK
03-32584107- Hjh Siti Aluyah
Mohd Ali
03-32584084—Hamidah Abdul
Ninggal
03-32584075— Hjh Rozainun
Mahmod
03-32584085— Mawaddah Fida
Farid
03-32584094—Azila Bakri
03-32584074– Nurfatihah Aziz
03-32584085—Mohd Zulkhairi
Ibrahim
Kampus Puncak Perdana
03-79622326—Sulaiman Selamat
Kampus Dengkil
03– 89245205 - Marlizawati
Mohamat
03-89245336 - Syeriefa
Zulaikha Asni
Kesimpulan
Malas lawannya rajin. Staf yang rajin akan disayangi oleh
rakan sekerja, dianggap boleh diharap oleh pengurusnya,
memudahkan urusan pelanggan dan membolehkan
organisasi mencapai visi dan misinya. Berusahalah setiap
hari dengan memujuk diri agar menjadi staf yang rajin.
Atasilah penyakit malas. Datanglah berjumpa kaunselor
anda untuk merawat diri daripada penyakit malas. Kini
UiTM Cawangan Selangor mempunyai 10 orang kaunselor
yang bersedia membantu anda membuat PERUBAHAN
DIRI.
Oleh:-
Puan Hajah Siti Aluyah Mohd Ali
Ketua Unit Kerjaya dan Kaunseling
UiTM Cawangan Selangor