kemahiran berfikir aras tinggi (kbat) dan kandungan · pdf filesuasana bilik darjah mestilah...
TRANSCRIPT
KANDUNGAN:
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025
merupakan satu pelan strategik jangka panjang yang mensasarkan
kualiti pendidikan Negara dipertingkatkan dalam tempoh 13 tahun
dengan pelaksanaan tranformasi pendidikan secara menyeluruh.
Lima (5) aspirasi sistem dan enam (6) aspirasi murid telah
dikenalpasti sebagai pemangkin untuk memacu kecemerlangan
pendidikan Negara di masa hadapan. Antara keberhasilan daripada
pelaksanaan transformasi pendidikan ialah Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) berhasrat untuk meletakkan Negara dalam
kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti
TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan
Pelaksanaan KBAT di Sekolah
Bagi mencapai hasrat tersebut, semua pihak perlu saling
menyokong serta memainkan peranan masing-masing. Guru-guru
khususnya perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran serta amalan-amalan baru pengajaran dan
pembelajaran yang relevan dengan perkembangan dan keperluan
abad ke-21, kemahiran berfikir yang merentas semua disiplin ilmu
dalam kalangan murid perlu diberi keutamaan. Kemahiran berfikir
guru dan murid terutama dalam konteks Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) merupakan perkara keperluan atau keutamaan
dalam menentukan kejayaan transformasi pendidikan seperti yang
digariskan dalam PPPM 2013-2025.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) dan Pelaksanaan KBAT di
Sekolah
Persekitaran Pembelajaran KBAT
Ciri-ciri Murid KBAT
Ciri-ciri Guru Yang Menggalakkan
KBAT
Cadangan Bilik Darjah KBAT
Perkongsian Amalan Terbaik
Pelaksanaan KBAT: Peranan
SISC+
Pelaksanaan KBAT di dalam Bilik
Darjah: SMK Putrajaya Presint 8(1)
Di bawah PPPM, guru-guru diberi sokongan dalam bentuk Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD), Latihan
dalam Perkhidmatan (LDP) dan bantuan daripada SISC+ untuk mengaplikasi KBAT dalam PdP. Perkongsian dalam
Professional Learning Community (PLC) juga merupakan salah satu cara bagaimana guru boleh meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran tentang KBAT, selain pembelajaran akses kendiri. Pentadbir sekolah dan ibu bapa juga
diberi sokongan untuk membantu mengaplikasi KBAT melalui hebahan media dan sesi interaksi dasar-dasar
Kementerian
Contoh aktiviti KBAT yang dilaksanakan di dalam bilik
darjah
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) dan Pelaksanaan KBAT di
Sekolah
Persekitaran Pembelajaran KBAT
Ciri-ciri Murid KBAT
Ciri-ciri Guru Yang Menggalakkan
KBAT
Cadangan Bilik Darjah KBAT
Perkongsian Amalan Terbaik
Pelaksanaan KBAT: Peranan
SISC+
Pelaksanaan KBAT di dalam Bilik
Darjah: SMK Putrajaya Presint 8(1)
Definisi KBAT
Keupayaan untuk mengaplikasi
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya
mencipta sesuatu
Pelaksanaan KBAT dalam bilik darjah
melalui perubahan dalam kurikulum,
pedagogi dan pentaksiran
Kurikulum
Ditulis secara eksplisit dalam dokumen kurikulum
Pedagogi
Pelbagai strategi PdP yang menerapkan KBAT seperti alat berfikir, soalan aras tinggi dan inkuiri
Pentaksiran
Soalan berbentuk aras tinggi dalam peperiksaan pusat
Persekitaran Pembelajaran KBAT
1. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk inkuiri, penyelesaian masalah, penyelidikan dan berasaskan projek
2. Pelbagai pendekatan dan aktiviti dalam bilik darjah. Guru dan murid menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran dan penyoalan aras tinggi semasa PdP
3. Pengajaran dan Pembelajaran akan berubah menjadi
Pembelajaran dan Pemudahcaraan:
Guru berperanan mengajar dan murid belajar semasa melaksanakan aktiviti aras pemikiran rendah; dan
Apabila aras pemikiran meningkat ke aras yang lebih tinggi,
guru berperanan sebagai pemudah cara semasa murid belajar
Ciri-ciri Murid KBAT
Murid yang suka bertanya dan boleh memberi cadangan penyelesaian berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Penggunaan bahan rangsangan seperti soalan aras tinggi dapat menggalakkan murid berfikir dengan lebih mendalam, membuat kesimpulan dan refleksi, seterusnya mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi sebenar.
Ciri-ciri Guru Yang Menggalakkan KBAT
Guru sebagai pemudah cara yang melaksanakan pelbagai aktiviti berpusatkan murid, menyediakan aktiviti yang dapat mencabar minda murid dan penyoalan aras tinggi secara berperingkat bagi mendorong murid memberi pandangan serta membuat penyelidikan dan membuat penerokaan secara terancang dan berstruktur.
Cadangan Bilik Darjah KBAT
Bilik Darjah merujuk kepada di mana berlakunya pengajaran dan pembelajaran. Murid juga boleh dipupuk dengan KBAT dalam situasi sebenar seperti samasa lawatan dan projek atau kerja lapangan. Suasana bilik darjah mestilah ceria dengan paparan hasil murid di dalam bilik darjah dan aktif dalam pembelajaran. Susun atur bilik darjah berpusatkan murid di mana murid duduk dalam kumpulan yang membolehkan murid mudah berinteraksi dan berkolaborasi. Guru menggunakan bahan sokongan yang dapat meningkatkan pemikiran murid.
Anjakan Mac 2015
Sumber: Buku KBAT, Bahagian Pembangunan Kurikulum
Guru SK Bukit Beringin Masjid
Tanah Melaka membimbing
murid untuk memberi respon
kepada stimulus yang
memerlukan jawapan KBAT
Perkongsian Amalan Terbaik Pelaksanaan KBAT Dalam PdP Di Sekolah-sekolah:
Peranan SISC+
Kumpulan Pembimbing Pakar Peningkatan
Sekolah atau SISC+ memainkan peranan
penting dalam mengukuhkan pengetahuan dan
kemahiran guru-guru bagi memupuk Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi. SISC+ secara berterusan
membimbing guru-guru meningkatkan
kemahiran pedagogi untuk melaksanakan aktiviti
yang menarik dan berkesan bagi murid mereka.
Menurut Pn Zurain Bakri, SISC+ subjek Bahasa
Malaysia dari PPD Alor Gajah, Melaka, SISC+
bertanggungjawab memastikan guru-guru diberi
pendedahan secukupnya mengenai pedagogi
abad ke-21 demi merealisasikan aspirasi
pendidikan Negara.
Sesi latihan peningkatan pedagogi oleh SISC+ PPD Alor
Gajah kepada guru-guru
Aktiviti Bahasa Malaysia Tahun 2
di SJKT Ladang Kemuning Kru,
Alor Gajah, Melaka. Aktiviti
berkumpulan dengan bimbingan
dan teknik interaksi yang sesuai
daripada guru dapat mencetuskan
KBAT dalam kalangan murid
Anjakan Mac 2015
Aktiviti
pembentangan
murid di dalam
bilik darjah
dapat
membantu
meningkatkan
murid dalam
KBAT
Semangat
kerjasama dalam
menyiapkan tugas
secara berkumpulan
dapat memupuk nilai
toleransi dan
semangat kekitaan
Aktiviti KBAT
dalam kelas
Matematik-
membina
segiempat
sama dalam
segiempat
Jika ada sebarang cadangan dan maklumat berkaitan PPPM, hantarkan kepada kami.
Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 3, Blok E9,Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya. [email protected] +03 8872 1605
Jika ada sebarang cadangan dan maklumat berkaitan PPPM, hantarkan kepada kami.
Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 3, Blok E9,Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya. [email protected] +03 8872 1605
Murid diberi peluang untuk
mempamerkan nota kumpulan di
papan putih
Pelaksanaan KBAT Didalam Bilik Darjah: SMK Putrajaya Presint 8(1)
Perbincangan antara guru dan
murid sentiasa berlaku di dalam
kelas, selaras dengan Aspirasi Murid
untuk meningkatkan kemahiran
dwibahasa
Pentaksiran rakan sebaya
menggunakan kad visual
memudahkan guru mengenal pasti
tahap pemahaman murid dlam
suatu topik
Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diamalkan dapat menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran satu pengalaman yang menyeronokkan untuk murid. Aktiviti seperti perbincangan
kumpulan, pembentangan dan pentaksiran rakan sebaya dapat memupuk KBAT dalam kalangan murid
dengan peranan guru lebih sebagai fasilitator di dalam bilik darjah. Buletin Anjakan meninjau aktiviti yang
dijalankan untuk subjek Sejarah Tingkatan 4 di SMK Putrajaya Presint 8 (1) baru-baru ini.
Anjakan Mac 2015
“Dengan adanya penekanan kepada KBAT ini, guru-guru akan lebih kreatif dalam merancang dan
melaksanakan aktiviti pedagogi yang lebih menarik untuk mencetuskan semangat inkuiri dalam diri
murid. Apabila murid berkongsi maklumat yang mereka perolehi daripada sumber di luar bilik
darjah, mereka dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi. Pelbagai nilai
dapat diterapkan melalui aktiviti yang dijalankan di dalam kelas sesuai dengan Anjakan ke 3 PPPM
2013-2025. Di sekolah ini kami memastikan guru-guru diberi latihan berterusan untuk
melaksanakan aktiviti KBAT melalui sesi Latihan Dalam Perkhidmatan yang dijalankan selepas
sekolah atau pada hujung minggu”
Pn Nor Hayati Ishak Penolong Kanan 1
SMK Putrajaya Presint 8(1)
Semasa saya di sekolah rendah belum ada penekanan kepada aktiviti Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi. Di dalam kelas, kami lebih banyak diberi latihan kerana ketika itu saya menduduki
peperiksaan UPSR. Selepas waktu sekolah kami diberi kelas tambahan di mana kami
menjawab soalan-soalan peperiksaan. Tetapi pengalaman di Tingkatan Satu dan Dua di
sekolah menengah ini agak berbeza. Di kelas kami duduk secara berkumpulan dan kami
diberikan tugasan untuk dikongsi dan dibentangkan. Saya rasa lebih seronok sebab dalam
kelas kita aktif, boleh bergerak dan buat pembentangan, jadi kalau kelas petang kita tidak
mengantuk atau rasa bosan. Dulu saya rasa malu bercakap di hadapan kelas tapi sekarang
lebih yakin. Soalan yang diberikan sekarang agak ‘tricky’, kita perlu fikir betul-betul, guna
imajinasi dan pengetahuan daripada subjek-subjek lain juga. Saya suka sebab kita dapat lebih
banyak peluang untuk berbincang dan ada ruang juga untuk menilai kerja rakan-rakan kita.
Ahmad Farhan, Tingkatan 2, SMK Putrajaya Presint 8(1)