kemahiran membangun dan melaksanakan pelan strategikpippa.usm.my/images/pdfcontent/2018/pelan...
TRANSCRIPT
Pelan strategik seringkali dirujuk atau disebut semasa perbincangan atau mesyuarat pengurusan di pelbagai peringkat. Hakikatnya, ia senang disebut. Namun bagaimana membangunkannya? Lebih penting dari itu bagaimana melaksanakannya dengan berkesan? Pengalaman mengendalikan program latihan dan khidmat rundingan kepada pelbagai agensi sebelum ini menunjukkan kemahiran ini merupakan antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh organisasi. Apatah lagi dalam usaha agensi melaksanakan agenda transformasi dan menerapkan pelbagai pendekatan dalam pemantauan pencapaian KPI. Kesemua pendekatan ini memerlukan kemahiran
khusus untuk mengaitkannya dengan halatuju organisasi agar apa yang dilaksanakan tidak sekadar berbentuk ‘out put’ tetapi memberi impak signifikan kepada kumpulan sasaran perkhidmatan. Tanpa kemahiran membangun dan melaksanakan pelan strategik akan mendorong kepada proses pembangunan pelan strategik dibuat sekadar untuk memastikan ianya ‘ada’ sebagai dokumentasi dan akhirnya tidak dapat dilaksanakan secara yang berkesan.
Matlamat Program• Meningkatkan kefahaman tentang kepentingan
pelan strategik.
• Memahami proses yang terlibat dalam pembangunanpelan strategik.
• Meningkatkan kemahiran penggunaan kaedah/teknikyang terdapat dalam proses pembangunan pelanstrategik.
• Menguasai teknik menterjemahkan pelan strategikkepada pelan tindakan.
• Menguasai teknik pemantauan pelaksanaan inisiatifberasaskan output dan outcome
Kandungan• Pelan strategik dan kepentingannya berasaskan
kerangka mudah ‘JAI-MAP©’
• Konsep dan teknik VMOSA
• Mengenal pasti Key Focus Area (KFA)©
• Analisis persekitaran (dalaman dan luaran)
• Membangunkan strategi
• Memilih strategi berpandukan prinsip A, B, C©
• Mengenal pasti inisiatif strategik
• Teknik mengenalpasti inisiatif strategik
• Teknik menghubungkait pelan strategik dan tindakan
individu/pasukan
• Teknik pemantauan pelaksanaan program / inisiatif
berasaskan ‘dashboard’
MetodologiProgram ini menggunakan gabungan kaedah ceramah,
perbincangan kumpulan, kajian kes dan ujian/analisis
inventori.
...................................................................................................
Encik Ahmad baru sahaja dilantik menjadi ketua jabatan. Beliau telah diminta oleh pihak pengurusan tertinggi untuk menyediakan pelan strategik jabatan yang dipimpinnya. Tarikh akhir pelan tersebut akan berakhir dua bulan lagi. Tetapi Encik Ahmad masih memikirkan tentang cara hendak melakukannya dan titik permulaannya.
SENAR IO
Kemahiran Membangun DanMelaksanakan Pelan Strategik
Universiti Sains Malaysia28-29 Mac 2018Tarikh
Tempat
Yuran
RM890
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .Simpan bahagian ini dan fakskan kepada PIPPA
Siapa Patut Hadir• Pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) Gred 41- 54• Penyelia kumpulan sokongan • Individu yang berminat
PemudahcaraDr. Musa Ali ialah Pengasas dan Pengarah Pusat Inovasi dan Produktiviti PentadbiranAwam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia. Telah menghasilkan empat buah buku antaranya ‘Transformasi Pengurusan Latihan Sektor Awam’ yang dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada 2008 dan “Transformasi Organisasi: Konsep dan Teknik Pelaksanaan.” (2015). Pada tahun 2016, buku beliau “Organisational Transformation :Concepts and Implementation Techniques” diterbitkan bersama Educational Competencies Consortium (ECC), UK. ‘MyCPD’ sistem pembelajaran sepanjang hayat yang beliau asaskan telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 2008. Pada tahun 2008 juga beliau telah dianugerahkan biasiswa oleh Centre for Creative Leadership, Amerika Syarikat dan adalah certified facilitator untuk Benchmarks®, SKILLSCOPE®, Prospector®, 360 BY DESIGN®, Executive Dimension® dan KEYS®. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai perunding sumber manusia sebuah jabatan kerajaan di Australia dan terlibat dalam membangunkan kerangka kompetensi untuk jabatan berkenaan. Antara sumbangan besarnya ialah menjadi penggerak utama kepada pembangunan sistem penjajaran sumber manusia ialah HCMS, MyCPD, MyTalent, MyWorkProfiling dan yang terbaru MySO-KFA. Sejak 2015 beliau dilantik sebagai felo pelawat di CED4 -System Dynamics Group, University of Palermo, Itali. Di samping itu beliau juga dilantik sebagai Panel Penasihat Institute of Local Government, Universiti Utara Malaysia, Panel Penilai Bebas Indeks SSR ,MAMPU, Jabatan Perdana Menteri dan Adjunct Professor (Talent Management), DRB-Hicom University.
Hubungi kami +604.653.6058
Faks ke +604.653.6060
Emelkan ke [email protected]
Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PiPPA)Aras 2, Bangunan TORAY, Universiti Sains Malaysia11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia
Phone : +604.653.6058 +604.653.6056Fax : +604.653.6060
Isi borang di bawah.Bil Nama Jawatan Tel. bimbit Emel
Maklumat Pentadbiran:ORGANISASI : PEGAWAI MELULUSKAN :
ALAMAT :
TEL : FAKS : E-MEL :
Bagaimana memohon?
• Bayaran boleh dibuat melalui Cek I Pesanan Kerajaan I Draf Bank atas nama USAINS HOLDING SDN. BHD. dan hantar ke: Pusat Inovasi & Produktiviti Pentadbiran Awam, Level 2, Bangunan Toray, USM, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.• PIPPA berhak meminda jadual serta kandungan program tanpa sebarang notis awal. Yuran adalah tertakluk di bawah terma dan syarat digariskan dalam Polisi Pendaftaran PIPPA.• Caj 100% akan dikenakan terhadap sebarang pembatalan selepas surat pengesahan penyertaan dikeluarkan oleh pihak penganjur. • Pihak PIPPA tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tempahan tiket penerbangan, penginapan yang dibuat sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh pihak penganjur.
pippa.usm.my
CENTRE FOR INNOVATION AND PRODUCTIVITY IN PUBLIC ADMINISTRATIONPUSAT INOVASI DAN PRODUKTIVITI PENTADBIRAN AWAM
U N I V E R S I T I S A I N S M A L A Y S I A
SOARINGUPWARDSPIP P»\ MyCP9
Pemb angunan Profesional Berterusan