kemahiran yang perlu ada pada seorang pemimpin

4
Kemahiran Yang Perlu Ada Pada Seorang Pemimpin. Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya ‘Asas Pentadbiran Pendidikan’, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu iaitu yang pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. (Dr Robiah Sidin (1988). Antara kemahiran yang perlu ada pada seorang pemimpin ialah memberi ransangan pada orang lain.Ini adalah kemahiran asas paling penting jika anda mahu berada di tahap kepimpinan yang paling atas.Ia juga amat penting untuk dimiliki oleh seorang usahawan agar segala keputusannya berjaya dilaksanakan tanpa ada bantahan. Tetapi harus diingat memberi ransangan tidak sama dengan memaksa. Usahawan bukan saja perlu meransang pekerja, malah usahawan perlu juga berupaya meransang pelanggan, pelabur dan lain-lain individu berkaitan untuk memberikan sokongan pada perniagaannya. Selain itu, mempamerkan integriti juga boleh meransang atau mempengaruhi orang lain pada perkara buruk oleh orang yang buruk perangainya, tidak akan dapat bertahan lama. Bila pekung terbuka, semua orang akan lari. Oleh itu, integriti yang dihiasa dengan kejujuran perlu ada pada semua orang yang

Upload: bulan-purnama

Post on 19-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Kemahiran Yang Perlu Ada Pada Seorang Pemimpin.Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya Asas Pentadbiran Pendidikan, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu iaitu yang pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. (Dr Robiah Sidin (1988).Antara kemahiran yang perlu ada pada seorang pemimpin ialah memberi ransangan pada orang lain.Ini adalah kemahiran asas paling penting jika anda mahu berada di tahap kepimpinan yang paling atas.Ia juga amat penting untuk dimiliki oleh seorang usahawan agar segala keputusannya berjaya dilaksanakan tanpa ada bantahan. Tetapi harus diingat memberi ransangan tidak sama dengan memaksa. Usahawan bukan saja perlu meransang pekerja, malah usahawan perlu juga berupaya meransang pelanggan, pelabur dan lain-lain individu berkaitan untuk memberikan sokongan pada perniagaannya.Selain itu, mempamerkan integriti juga boleh meransang atau mempengaruhi orang lain pada perkara buruk oleh orang yang buruk perangainya, tidak akan dapat bertahan lama. Bila pekung terbuka, semua orang akan lari. Oleh itu, integriti yang dihiasa dengan kejujuran perlu ada pada semua orang yang mahu berjaya apatah lagi jika anda usahawan.Terutamanya pada usahawan yang mahu bertahan lama dalam dunia keusahawanan.Menjadi penyelesai masalah yang baik juga antara kemahiran yang perlu ada pada seorang pemimpin. Hidup yang bermakna, dalam satu segi adalah sama dengan aktiviti menyelesaikan masalah. Tak kira samada masalah diri sendiri mahupun masalah orang lain. Selagi kita sanggup berhadapan dengan masalah dan cari jalan untuk selesaikannya, kehidupan akan jadi lebih bermakna. Konklusinya semakin tinggi tahap kepimpinan, semakin tinggi keupayaan menyelesaikan masalah diperlukan. Oleh itu belajarlah jadi penyelesai masalah yang baik dan bukannya menjadi pencetus masalah pada orang lain. Tambahan pula, seorang usahawan adalah individu yang kerjanya menyelesaikan masalah pelanggan, tak ada yang lebih penting untuk berjaya dalam perniagaan selain daripada keupayaan menyelesaikan masalah dengan baik.

Permudahkan perubahan Pemimpin yang baik adalah agen kepada perubahan.Perubahan amat perlu dari masa ke masa untuk pergi ke tahap yang lebih baik. Tak kira sebagai seorang individu mahupun kepada sebuah organisasi. Orang yang tak mahu berubah, biasanya tak akan ke mana-mana, dia akan kekal pada tahap akhir kedudukannya berada. Mampu ubah diri sendiri masih tidak cukup jika kita berada di dalam petak kepimpinan. Kita mesti mampu membantu orang lain untuk berubah, barulah keseluruhan organisasi dapat berubah. Petua yang paling baik untuk menjadi agen perubahan adalah sentiasa ingat akan perkataan permudahkan. Permudahkan apa saja tugasan anda, permudahkan juga urusan orang lain.Berkomunikasi dengan jelas Ada orang yang jujur dan punyai integriti yang hebat, tapi malangnya dia tak berupaya menjelaskannya pada orang lain. Ada juga orang yang punya idea yang cukup hebat, dia bijak dan punyai banyak ilmu, tapi tak berupaya berkomunikasi dengan baik. Itu merupakan masalah rakyat di negara kita terutamanya pada majoriti pelajar yang tamat pengajian mereka di pusat pengajian tinggi. Mereka bijak menghafal, malangnya tak dapat membuat penyampaian dengan baik. Tidak ada kemahiran untuk berkomunikasi dengan baik dan jelas hanya membuatkan segala keupayaan dan idea kita tertanam dalam kubur bersama dengan jasad bila kita mati kelak. Pastikan kemahiran ini digarap dengan baik sepanjang hidup kita. Ikuti latihan, buat pembacaan dan berlatihlah tanpa jemu sehingga anda mampu berkomunikasi dengan jelas, baik dan ringkas dan tidak menjemukan.

Bijak berkerjasama Bila dah namanya ketua, ertinya perlu bekerja dengan ramai lagi orang lain di bawah. Ketua juga perlu mewakili kumpulannya untuk berbincang dan bekerjasama dengan ketua kumpulan yang lain pula. Bijak bekerjasama adalah kemahiran yang ada hubung kait dengan kejayaan seseorang individu dalam melayari kehidupannya. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang ramai kawan dan pandai bekerjasama dengan rakan-rakannya sejak kecil, bila membesar biasanya lebih berjaya dalam kehidupan mereka dan menjadi ketua. Kebijaksanaan untuk bekerjasama dengan orang lain juga adalah resepi untuk menjadi usahawan yang berjaya ke peringkat yang lebih tinggi. Tak ada usahawan boleh naik dan berjaya seorang diri tanpa adanya kerjasama dengan orang lain.

Kesimpulannya, kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan.Walaupun kepimpinan boleh dipelajari, tapi tidak semua orang dapat menjadi pemimpin yang baik. Menjadi pemimpin yang baik memerlukan kesabaran, kecekalan, pembelajaran yang berterusan, sikap cintakan ilmu, penguasaan pelbagai kemahiran, disiplin diri yang tinggi, kesediaan untuk menerima teguran juga kritikan dan sebagainya. Natijahnya seorang pemimpin organisasi yang baik bukan sahaja bergantung kepada jawatan yang disandang tetapi lebih kepada keupayaannya mengendalikan peranan-peranan dalam organisasi dengan berkesan serta menguasai kemahiran-kemahiran yang dinyatakan dengan baik.