kementerian kerajaan tempatan dan perumahan … · “kerajaan tempatan” merupakan satu...
TRANSCRIPT
1
PELAN INTERGRITI ORGANISASI
KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH
KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH
1.0 LATAR BELAKANG
“Kerajaan Tempatan” merupakan satu pembahagian geografi dalam sebuah negara yang
berdaulat atau separa daulat, yang mana melaksanakan kuasa pemerintah dalam sebuah kawasan
yang tertentu dan ianya berada dibawah kuasa Kerajaan Negeri masing-masing.
Kerajaan Tempatan mempunyai kedudukan yang sah dari segi undang-undang, yang mana
ianya kerajaan yang boleh didakwa dan mendakwa dan boleh melibatkan diri dalam sebarang
perjanjian atau kontrak.
Kerajaan Tempatan merupakan “Kerajaan Peringkat Ketiga” dalam struktur Persekutuan di
Malaysia.
Kerajaan Tempatan di Sabah ditubuhkan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961 (No.
11) berkuatkuasa pada 1hb. Januari 1962 di bawah GN No. 134 bertarikh 15 November 1961.
Selepas pilihanraya Majlis Undangan Negeri 1963, pentadbiran Kerajaan Tempatan
diwujudkan berasingan daripada urusetia dengan pengwujudan Kementerian Kerajaan Tempatan.
Pada tahun 1967, Kementerian ini dinamakan sebagai Kementerian Kerajaan Tempatan dan
Perumahan.
ORDINAN KERAJAAN TEMPATAN 1961 :
o OKT 1961 terbahagi kpd 15 bahagian yang memberi kuasa, tanggungjawab dan fungsi kepada
Pihak Berkuasa Tempatan Sabah.
Perkembangan Kerajaan Tempatan di Negeri Sabah :
o 1931 : „Sanitary Boards‟ (SB) diperkenalkan di Jesselton, Sandakan, Tawau dan Labuan iaitu
sebahagian daripada pejabat-pejabat daerah.
BAHAGIAN 1
2
PELAN INTERGRITI ORGANISASI
KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH
o 1954 : SB diasingkan daripada pejabat Majlis Daerah bagi penubuhan Majlis Daerah Luar
Bandar (MDLB) / Lembaga Bandaran (LB) dibawah „Municipalities and Urban Authorities
Ordinance 1954.
o 1961 : Kedudukan MDLB dan LB diperbaiki dibawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961
(OKT).
1.2. PUNCA KUASA
Semasa penubuhan awal Kementerian ini, beberapa Ordinan telah digunapakai bagi
memastikan kementerian dapat menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan berkesan.
Ordinan-ordinan ini telah diperbaiki dan ditambah mengikut kesesuaian dan juga peredaran
zaman.
(i) Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (No. 11)
(ii) Ordinan Perancangan Bandar dan Desa 1950 (Cap. 141)
(iii) Ordinan Pentadbiran Luar Bandar 1951 (Cap. 132)
(iv) Ordinan Mahkamah Anak Negeri 1952 (Cap. 86)
(iv) Ordinan Hiburan Awam 1958 (No. 23)
(v) Rent Control (Business premises) Enactment 1960
(vi) Ordinan Kesihatan Awam 1960 (No. 7)
(vii) Ordinan Anjing 1960 (No.24)
(ix) Ordinan Petroleum 1961
(x) Enakmen Perumahan (Pengawalan dan Pelesenan Pemaju-Pemaju Perumahan) 1978
(xi) Enakmen Penguasa Pembangunan Perumahan dan Bandar, 1981.
Kementerian ini juga bertanggungjawab bagi memastikan semua Undang-Undang Kecil
dan Peraturan-Peraturan dibuat di bawah peruntukan-peruntukan Ordinan/Enakmen diselaraskan
secara teratur dan dikuatkuasakan oleh PBT. Kementerian juga bertanggungjawab dalam
menyediakan draf Undang-Undang Kecil serta peraturan dan pindaan-pindaan berkaitan dengan
undang-undang.
3
PELAN INTERGRITI ORGANISASI
KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH
1.3 VISI KEMENTERIAN
Menjadikan KKTP pemacu pembangunan mampan melalui penyampaian perkhidmatan
yang kreatif dan berinovatif secara berterusan.
1.4 MISI KEMENTERIAN
Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau Pihak Berkuasa Tempatan,
Pembangunan Perumahan, Pembangunan Bandar & Wilayah dan Hal Ehwal Anak Negeri untuk
mewujudkan masyarakat sejahtera.
1.5 FUNGSI DAN PERANAN
Kementerian juga bertanggungjawab dalam pentadbiran undang-undang berikut:
1) Ordinan Hiburan Awam, 1958 (No.23)
2) Ordinan Kesihatan Awam, 1960 (No.7)
3) Enakmen Kawalan Sewa (Premis Perniagaan) 1960.
Pentadbiran
Kerajaan
Tempatan
Pentadbiran
Hal Ehwal
Anak Negeri
Fungsi Perancangan
Bandar Dan
Desa
Pengawalan
Pembangunan
Perumahan
4
PELAN INTERGRITI ORGANISASI
KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH
1.6 OBJEKTIF KKT&P
1.6.1 Pentadbiran Kerajaan Tempatan
Mewujudkan sistem Kerajaan Tempatan yang cekap, kompiten dan responsif melalui
penggunaan optimum ICT.
Membina sistem rangkaian sepenuhnya dan perkhidmatan on-line Pihak Berkuasa Tempatan
seluruh negeri.
Mengurangkan penggantungan kewangan PBT kepada kerajaan melalui memperkasakan
Pihak Berkuasa Tempatan.
Memastikan semua undang-undang Kecil dan suratcara-suratcara lain disemak untuk
memenuhi keperluan semasa dan melaksanakannya dengan tegas.
Memastikan keperluan asas dan kemudahan awam yang mencukupi dapat disediakan untuk
meningkatkan taraf hidup pembayar cukai.
Menyerapkan prinsip-prinsip LA21 dalam Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan.
Menghapuskan setinggan menjelang tahun 2010 melalui skim-skim penempatan semula
yang teratur dan program-program perumahan kos rendah.
1.6.2 Perancang Bandar Dan Desa
Memastikan pembangunan dan pertumbuhan bandar dan pekan-pekan baru secara tersusun
melalui perancangan fizikal yang teratur.
Memastikan pembangunan fizikal bandar dan luar bandar secara teratur melalui
perancangan yang sistematik di semua peringkat.
Memastikan pertumbuhan bandar yang seimbang melalui pembangunan pekan-pekan baru
dan pusat-pusat pertumbuhan di kawasan-kawasan luar bandar yang berpotensi .
5
PELAN INTERGRITI ORGANISASI
KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH
1.6.3 Kawalan Dan Pelesenan Pembangunan Perumahan
Meregulasikan industri perumahan di Sabah dengan menguatkuasakan undang-
undang dan peraturan-peraturan berkenaan untuk menjaga kepentingan semua
pihak yang berkaitan.
Memastikan semua dasar-dasar kerajan berkaitan dengan pemilikan rumah bagi
bumiputra adalah dipatuhi.
Memastikan projek-projek perumahan yang terbengkalai dipulih dan disiapkan
Menyemak dan menguatkuasakan semua undang-undang dan peraturan yang
berkaitan dengan industri perumahan secara berterusan.
.
1.6.4 Pentadbiran Pengurusan Hal Egwal Anak Negeri
Mewujudkan institusi pentadbiran Hal Ehwal Anak Negeri yang berkredibiliti dan
dihormati.
1.6.5 Nilai-nilai budaya cemerlang
Amanah
Integriti
Disiplin
Kualiti
6
PELAN INTERGRITI ORGANISASI
KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH
PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)
2.0 PENGENALAN
Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan atau rancangan yang dirancangkan serta
dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk
budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Etika dan Integriti
adalah dua kata kunci terpenting yang mendasari PIN. Etika merupakan himpunan nilai dan
moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion. Integriti ialah
kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti
berkait dengan etika yang berlandaskan etika dalam tindakan seharian .
2.1 FALSAFAH PIN
Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip
perlembagaan Persekutuan.PIN berlandaskan kepada:
2.1.1 Falsafah dan prinsip Rukun Negara iaitu membawa masyarakat yang bersatu padu,
adil, demokratik, liberal dan progresif (5 prinsip) Rukun Negara.
2.1.2 Diasaskan oleh falsafah dan cabaran wawasan 2020 kearah mewujudkan sebuah
Negara maju mengikut acuan sendiri menjelang tahun 2020.
2.1.3 Pelan yang lahir selaras dengan aspirasi rakyat untuk kesejahteraan masyarakat dan
negara, mengambilkira perkembangan antarabangsa, pengalaman negara lain dan impek
globalisasi.
BAHAGIAN 2
7
PELAN INTERGRITI ORGANISASI
KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH
2.2 OBJEKTIF UMUM PIN
Untuk merealisasikan hasrat wawasan 2020 iaitu menjadi sebuah negara maju mengikut
acuan sendiri dengan membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etika
dengan para warganya mempunyai nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan didasari
oleh budi pekerti yang luhur.
2.3 OBJEKTIF KHUSUS PIN
2.3.1 Memberikan halatuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka bekerjasama
dalam usaha besar membina masyarakt yang bersatu padu, berharmoni,
berintegriti, bermoral dan beretika.
2.3.2 Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha
peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan
dalam semua bidang.
2.3.3 Menggalakan semangat bertanggungjawab dikalangan anggota masyarakat serta
mendorong perkembangan masyarakat Sivil yang menjunjung prinsip integriti dan
bergerak cerdas menegakkan integriti.
2.3.4 Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat, negara dan
peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat.
2.3.5 Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani
cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.
8
PELAN INTERGRITI ORGANISASI
KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH
PELAN TINDAKAN PIN
KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH
3.1 STRATEGI PIN DALAM KKT&P
3.1.1 Institusi Pentadbiran
Strategi 1: Memantapkan Keberkesanan Tadbir Urus Terbaik
BIL. PROGRAM/
AKTIVITI MATLAMAT KUMPULAN
SASARAN
PELAKSANA
1. Meningkatkan
Tadbir Urus
Terbaik
Memastikan
pentadbiran
Organisasidi
tadbir dengan
efisyen dan
berintegriti
tinggi.
Semua
peringkat
pegawai
Bahagian Audit
2. Pemodenan
pentadbiran dan
institusi
-Memantapkan
pembaharuan
dalam
pentadbiran dan
pengurusan
-Memastikan
penambahbaikan berterusan .
Semua
peringkat
pegawai
Pengurusan
KKT&P
3. Memperluaskan
penggunaan
teknologi
komunikasi
(ICT) dalam
pelaksanaan
tugas
-Mempertingkat
kecekapan,
Keberkesanan
dan
mempercepat
proses kerja
-Memastikan keselamatan data dan rekod.
Warga anggota
KKT&P
Bahagian
Teknologi
maklumat
BAHAGIAN 3
9
PELAN INTERGRITI ORGANISASI
KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH
Strategi 2: Memantapkan pengurusan sumber manusia
BIL PROGRAM/
AKTIVITI
MATLAMAT
KUMPULAN
SASAR
PELAKSANA
1. Melaksanakan
sistem saringan
dalam pemilihan
pegawai dan
staf yang lebih
ketat, terutama
mereka di
bahagian/unit
berisiko tinggi
dengan ruang
dan peluang
gejala rasuah
Memastikan
pengambilan
pegawai dan
staf
yang dianggap
bersih dan
memiliki tahap
integriti yang
tinggi
Pegawai dan
staf
pengambilan
baru dan staf
untuk kenaikan
pangkat
Bahagian
Pengurusan
Sumber Manusia
10
PELAN INTERGRITI ORGANISASI
KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH
Strategi 3: Melaksanakan program kesedaran memerangi jenayah rasuah,
penyelewengan, salah guna kuasa serta meningkatkan integriti.
BIL PROGRAM/
AKTIVITI
MATLAMAT
KUMPULAN
SASAR
PELAKSANA
1. Mewujud dan
memantapkan
saluran aduan
dalaman dan
saluran aduan
awam
Memantapkan
mekanisme
ketelusan dalam
pentadbiran bagi
memperbaiki
sebarang
kelemahan dan
aduan salahlaku
atau kelemahan
pentadbiran
Menerusi:
i. Urus setia JK
keutuhan.
ii. Urus Setia
Aduan (Web).
iii. Portal yang
dicadangkan
Warga anggota
KKT&P
Bahagian
Pengurusan
Sumber
Manusia
Bahagian Hal
Ehwal
Korporat
Bahagian
Teknologi
Maklumat
2. Memperluas
Kempen
kesedaran
masyarakat
memerangi
jenayah rasuah,
penyelewengan
dan salahguna
kuasa serta usaha
pemantapan
integriti dan nilai-nilai murni di semua peringkat
Meningkatkan
tanggungjawab
pentadbiran dan
pengurusan
organisasi supaya
sentiasa memberi
kefahaman dan
kesedaran kepada
warga
organisasi
pentingnya usaha
mempertingkatkan integriti dan
menghapuskan rasuah
Semua anggota
Bahagian latihan
11
PELAN INTERGRITI ORGANISASI
KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH
3.1.2 Institusi Keluarga
Strategi 1: Membina keluarga yang utuh, penyayang, bahagia dan sejahtera berlandaskan
nilai-nilai murni
BIL PROGRAM/
AKTIVITI MATLAMAT
KUMPULAN
SASAR
PELAKSANA
1 Mengadakan hari
keluarga setiap
tahun
Merapatkan lagi
hubungan
Sesama anggota keluarga
Keluarga
anggota warga
KKT&P
Kelab kebajikan
& Rekreasi
2 Program lawatan
kebajikan
Mewujudkan
kesedaran dalam
mengeratkan
hubungan
kekeluargaan
Anggota
keluarga
KKT&P
Kelab
Kebajikan
3.1.3 Institusi Sosiobudaya
Strategi 1: Membina insan yang berpengetahuan, berkemahiran, beretika, berintegriti,
dan bertanggungjawab
BIL PROGRAM/
AKTIVITI MATLAMAT
KUMPULAN
SASAR
PELAKSANA
1 Menjalankan
seminar atau
kempen kesedaran
integriti
Menimbulkan
kesedaran
terhadap kepentingan
integriti sebagai budaya hidup
Warga
anggota
KKT&P
Bahagian
Latihan
12
PELAN INTERGRITI ORGANISASI
KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH
Strategi 2: Meningkatkan taraf kesihatan, kecerdasan, keceriaan dan produktiviti
BIL PROGRAM/
AKTIVITI MATLAMAT
KUMPULAN
SASAR
PELAKSANA
1 Membudayakan
aktiviti sukan
dan kecerdasan
dikalangan
anggota
perkhidmatan
Membina
masyarakat sihat
dan cerdas
Warga
anggota
KKT&P
Pengurusan &
Kelab Reakreasi
Strategi 3: mengembangkan budaya yang kreatif, berinovasi, dan betanggungjawab
melalui penyebaran maklumat.
BIL PROGRAM/
AKTIVITI MATLAMAT
KUMPULAN
SASAR
PELAKSANA
1 Memperkasakan
Kakitangan pelbagai
peringkat serta
menggalakkan
mereka
mengemukakan
pandangan dan
cadangan kepada
pihak pengurusan
-Mengembangkan
budaya pelaporan
dalaman (Whistle
blowing)
-Mengelakkan
penumpuan
kuasa atau kuasa
terpusat
-Membetulkan
kesilapan dan
penyelewengan
Warga
anggota
KKT&P
Bahagian
Pengurusan
Sumber
Manusia
13
PELAN INTERGRITI ORGANISASI
KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH
KESIMPULAN
Seiring dengan perkembangan dunia tanpa mengira sempadan pada masa kini, pelbagai
kaedah serta pendekatan telah dilaksanakan oleh semua pihak dalam usaha untuk menghapuskan
rasuah, salah guna kuasa,, penyelewengan dan kelemahan pentadbiran.
Wujudnya usaha untuk memantapkan keutuhan pentadbiran, mempertingkatkan tadbir
urus serta mengurangkan karenah birokrasi dalam sektor awam seharusnya perlu dilaksanakan
secara bersepadu dan menyeluruh. Hal ini kerana, tindakan-tindakan ini tidak boleh dilaksanakan
secara sendiri dan tidak akan bergerak secara bersendirian. Hal ini akan melibatkan isu
pertindihan tugas serta membazirkan masa, tenaga dan kos.
Oleh yang demikian, perlu ada satu pendekatan yang boleh diterima oleh semua pihak
untuk memastikan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam berada ditahap yang terunggul dan
cemerlang.
BAHAGIAN 4