kementerian pendidikan malaysia program diploma … · 2018-11-22 · pengajian tajwid dan rasm...
TRANSCRIPT
i
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MODUL PENDIDIKAN ISLAM
PIMKD2053 PENGAJIAN TAJWID DAN RASM UTHMANI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)
MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)
ii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Hak Cipta
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cetakan November 2018 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
iii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak Pengarang
i
Kandungan ii
Panduan Pelajar ii
Pengenalan v
Agihan Tajuk dan Unit vi
UNIT 1 PENGENALAN TILAWAH DAN TARTIL AL-QURAN 1
UNIT 2 TAJWID AL-QURAN 9
UNIT 3 AMALI TAJWID 22
UNIT 4 RASM UTHMANI DAN DHABT AL-QURAN 26
UNIT 5 TAJWID, RASM DAN DHABT DALAM KAEDAH IQRA’ 42
Bibliografi 53
Panel 54
Simbol 55
KANDUNGAN MUKA SURAT
iv
PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini. SASARAN KURSUS Pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri. JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran. PEMBELAJARAN DALAM TALIAN Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil daripada Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.
PANDUAN PELAJAR
v
SUSUNAN UNIT MODUL Modul pembelajaran ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima elemen asas yang konsisten: 1. Hasil Pembelajaran Unit 2. Sinopsis 3. Kandungan Unit 4. Penulisan berkaitan kandungan unit 5. Refleksi/ Latihan Panduan pelaksanaan interaksi bersemuka secara dalam talian bagi tajuk yang berkaitan disediakan juga. Walau bagaimanapun, pensyarah mengajar perlu menyediakan bahan bacaan atau nota tajuk tersebut untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus seperti yang dinyatakan dalam MK. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar pelajari secara interaksi bersemuka, modul pembelajaran dan dalam talian.
vi
PENGENALAN Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan kurikulum dalam Pendidikan Islam untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah . HASIL PEMBELAJARAN
1. Menghuraikan konsep tilawah, tartil, tajwid dan Rasm Uthmani.
2. Memperdengarkan bacaan Al-Quran secara bertajwid mengikut Rasm Uthmani menurut Riwayat Hafs pada surah yang dibaca.
3. Menganalisis hukum tajwid, rasm, dan dhabt dalam kaedah Iqra’
vii
AGIHAN TAJUK Panduan Kepada Pengguna
Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.
TAJUK/ TOPIK
JUMLAH JAM
KESELU-
RUHAN
DALAM MK
44 JAM
INTERAKSI BERSEMUKA
60%
26 JAM
MODUL
40%
18 JAM
KULIAH
40%
18 JAM
DALAM
TALIAN
20%
8 JAM
1. Pengenalan Tilawah dan Tartil Al-Quran
Konsep Tilawah dan Tartil Al-Quran. (K)
Rukun tilawah (M)
Maratib dan Kesalahan Tilawah (DT)
Tahqiq, Tartil, Tadwir, dan Hadar
Bentuk Tilawah yang dilarang (DT)
Kesalahan-kesalahan dalam bacaan al-Quran (M)
7 2 3 2
2. Tajwid Al-Quran
Ilmu Tajwid
Makhraj dan Sifat Huruf (K)
Hukum Nun dan Mim Sakinah (K)
Hukum Tarqiq, Tafkhim dan Taghliz (K)
Al-Mudgham (M)
Al-Mudud (M)
Kaedah Waqaf dan Ibtida’ (M)
10 4 - 6
viii
Nota: K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian
3. Amali Tajwid (A)
Surah Al-Fatihah (DT)
Surah Al-Zalzalah (DT)
Surah Al-Baiyinah (DT)
Surah Al-Qadr (DT)
Surah Al-‘Alaq (DT)
Surah Al-Tin (DT)
Surah Al-Insyirah (DT)
Surah Al-Dhuha (DT)
9
5 4
4. Rasm Uthmani dan Dhabt Al-Quran
Ilmu Rasm Uthmani dan Dhabt
Pengenalan Rasm Uthmani dan sejarah ringkas penulisan Al-Quran (M)
Kaedah dan Kelebihan Rasm Uthmani (M)
Dhabt al-Quran Rasm Uthmani (K)
10 4 - 6
5. Tajwid, Rasm dan Dhabt dalam Kaedah Iqra’
Pengenalan dan prinsip Kaedah Iqra’ (K dan M)
Kemahiran Tajwid, Rasm dan Dhabt dalam Kaedah Iqra’ (DT)
8 3 1 4
JUMLAH 44 JAM 18 JAM 8 JAM 18 JAM
1
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai konsep tilawah,
tartil, tajwid dan Rasm Uthmani.
HASIL PEMBELAJARAN
KERANGKA TAJUK
1.1 Konsep Tilawah dan Tartil Al-Quran.
1.2 Rukun tilawah
1.3 Maratib dan Kesalahan Tilawah
- Tahqiq, Tartil, Tadwir, dan Hadar
1.4 Bentuk Tilawah yang dilarang
1.5 Kesalahan-kesalahan dalam bacaan al-Quran
1.6 Latihan
1.1 Konsep Tilawah dan Tartil Al-Quran.
Terdapat beberapa faktor yang telah digariskan oleh para al-Qurra’ yang bersumberkan
al-Quran dan al-Sunnah dalam menilai tilawah al-Quran berdasarkan konsep yang betul.
Antaranya ialah:
UNIT 1
PENGENALAN TILAWAH DAN TARTIL AL-QURAN
Di akhir topik ini, pelajar dapat :
i Menghuraikan konsep Tilawah dan Tartil al-Quran
ii Menghuraikan rukun tilawah al-Quran berdasarkan pandangan ulama’
iii Menjelaskan bentuk-bentuk tilawah yang dilarang serta kesalahan-
kesalahan dalam bacaan al-Quran
i. Menghuraikan konsep, definisi, falsafah dan matlamat Pendidikan Islam.
ii. Menghuraikan matlamat Pendidikan Islam dari perspektif Sarjana Islam.
iii. Menjelaskan falsafah dan hasrat penggubalan Kurikulum Pendidikan Islam.
2
i. Membaca dengan tartil (iaitu bacaan tenang tanpa tergopoh-gapah dan
memenuhi kehendak tajwid).
Firman Allah SWT:
نامنوكم لك قرونأه وكفىبرٱل دنوح ابصيراۦب كبذنوبعبادهمنبع ١٧خبير
(Surah al-Isra’ 17: 106)
Maksudnya:
Dan al-Quran itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian.
Firman-Nya lagi:
هورت ل علي زد ءانأو قر ٱل تيلا ٤تر
(Surah al-Muzammil 73: 4)
Maksudnya:
Dan bacalah al-Quran dengan “tartil”. Tartil di sini bermaksud membaca dengan tenang tanpa tergopoh-gapah dan bertajwid. ii. Pengambilan melalui talaqqi dan musyafahah. Ulamak Tajwid ada menyusun
beberapa rangkap syairyang bermaksud:
Sesiapa yang menerima ilmu daripada guru secara musyafahah, Dia akan terselamat dari terpesong dan diseleweng Dan sesiapa yang menerima ilmu daripada buku Ilmunya di sisi orang yang berilmu seperti orang yang jahil. iii. Membaca al-Quran secara tadabbur. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Sesiapa yang ingin bercakap dengan Allah SWT hendaklah dia membaca al-Quran.
iv. Memperelokkan suara semasa membaca al-Quran.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan olehan-Nasai dan Abu Daud dari al-Barra’
yang bermaksud:
Perhiaskanlah al-Quran dengan suara kamu.
v. Bacaan dengan lahjah Arab. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud
yang bermaksud:
Bacalah al-Quran dengan gaya pertuturan Arab dan suaranya.
3
vi. Tidak mengalunkan suara dengan berlebihan sebagaimana sabda Rasulullah SAW
yang diriwayatkan oleh Jabir yang bermaksud:
Seseorang yang paling baik suaranya ialah mereka yang apabila membaca al-Quran, engkau melihatnya takut kepada Allah.
1.2 Rukun tilawah
Setiap ibadat mempunyai rukun-rukun yang tersendiri, begitu juga dengan bacaan Al-
Quran. Rukun bacaan Al-Quran ada tiga. Ringkasannya seperti dalam grafik di bawah
Sah sanad.
Sanad secara mudah bermakna sandaran, sijil tauliah atau syahadah. Secara
lebih khusus Iaitu sesaorang membaca Al-Quran sehingga khatam daripada
bimbingan guru-guru yang muttaqin lagi bijaksana dan bersambung sanad-
sanad bacaannya sehingga kepada bacaan Rasulullah. Pemeliharaan rukun ini sangat
penting kerana bacaan al-Quran merupakan sebahagian daripada sunnah Nabi s.a.w.
Definasi sebenar cara penerimaan sanad untuk meyakinkan bahawa bacaan tersebut
adalah datangnya daripada Rasululah s.a.w ialah dengan membaca al-Quran di hadapan
guru yang thiqoh (dipercayai), serta keilmuan guru tersebut dalam bidang al-Quran
diketahui umum dan guru kepadanya juga terkenal di dalam masyarakat. Inilah
dimaksudkan sanad atau sijil ketika menuntut ilmu bacaan al-Quran.
RUKUN TILAWAH
AL-QURAN
SAH SANAD BACAAN
BERTEPATAN DENGAN
NAHU BAHASA ARAB
BERTEPATAN DENGAN
RASM UTHMANI
4
Sanad yang dikenali umum dalam bentuk sehelai kertas yang dinamakan sijil atau tauliah
merupakan suatu perkara yang baru. Kewujudannya kerana terhakisnya ilmu daripada
hati manusia dan pembohongan serta penipuan berleluasa. Jika diimbas kepada sirah
rasulullah kita dapati orang yang menanggung al-Quran ketika itu adalah mereka yang
sangat amanah (sahabat-sahabat). Penerimaan mereka terhadap ilmu yang dipelajari
daripada Rasulullah tidak diragui kesahihannya walaupun ketika itu tidak terdapat sijil dan
bentuk-bentuk perakuan bertulis yang lain.
Oleh itu untuk mengelakkan keraguan dalam bacaan al-Quran, setiap individu muslim
hendaklah mencari kepastian terhadap diri sendiri tentang pembelajaran dan penerimaan
di dalam ilmu al-Quran yang dibaca sekarang. Adakah bacaannya menepati sepenuhnya
sebagaimana bacaan Rasulullah mengajar para sahabatnya iaitu membaca mengikut
kaedah-kaedah tajwid yang ditentukan. Adakah kita membuat kepastian terhadap guru
yang mengajar al-Quran kepada kita. Adakah guru tersebut mengambil dan menerima
sanad daripada pembacaan al-Quran beliau sebelum ini.
Bertepatan dengan mushaf rasm Uthmani
Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu daripada mushaf-
mushaf Rasm Uthmani. Mushaf kufi adalah salah satu mushaf Rasm
Uthmani dan digunakan secara meluas di Malaysia dan di dunia.
Penggunaan mushaf ini selari dengan riwayat bacaan yang tersebar luas di Malaysia dan
di dunia iaitu bacaan Imam Asim, Riwayat Hafs Thoriq (aliran bacaan) Syatibi. Penulisan
Rasm Uthmani merupakan sesuatu yang tauqifi (ketentuan Allah) dan bukan daripada
ijtihad (buah fikiran) mana-mana pihak.
Pengabaian terhadap penggunaan mushaf Rasm Uthmani akan menyebabkan bacaan
kurang tepat seperti menambah bacaan huruf-huruf tambahan di dalam penulisan al-
Quran, penghentian (waqaf) bacaan kurang tepat.
Bertepatan dengan nahu Bahasa Arab.
Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu wajah (bentuk)
kaedah nahu Bahasa Arab samada ia fasih atau lebih fasih, yang disepakati
atau yang tidak disepakati selama mana sanad bacaan tersebut tetap sahih.
5
Berapa banyak bacaan-bacaan al-Quran yang diingkari oleh ahli-ahli nahu bahasa arab
tetapi keingkaran mereka tidak diterima kerana ulama-ulama salaf berijmak
menerimanya. Ini kerana jika sesuatu riwayat diakui kesahannya ahli-ahli nahu tidak boleh
menolaknya dan dikira sebagai satu kesalahan bahasa kerana bacaan al-Quran adalah
sunnah muttabaah yang mesti diterima.
Jika kekurangan salah satu daripada rukun tersebut bacaan itu dikira Syaz (yang meragukan). 1.3 Maratib dan Kesalahan Tilawah
- Tahqiq, Tartil, Tadwir, dan Hadar
Untuk memuliakan dan menjaga al-Quran yang berstatus mukjizat Islam menentukan 4
maratib atau kelajuan bacaan al-Quran. Empat bentuk tersebut diharuskan dan
dirumuskan dalam rajah di bawah.
Tahqiq
Iaitu kelajuan bacaan seperti tartil cuma ia lebih lambat dan perlahan. Kelajuan ini
biasanya dilaksanakan bagi mereka yang baru belajar membaca al-Quran
Tartil
Ialah bacaan perlahan-lahan , tenang ketika melafazkan huruf-huruf daripada makhrajnya
dan dengan memberikan haq (sifat semula jadi huruf) dan mustahaqnya (sifat-sifat yang
mendatang) serta bertadabbur dengan maknanya.
TAHQIQ
TARTIL
TADWIR
HADAR
6
Hadar
Iaitu bacaan cepat serta tetap menjaga kesemua hukum tajwid dan biasanya diamalkan
oleh orang yang mentasmik hafazan di depan gurunya.
Tadwir
Iaitu kelajuan bacaan pertengahan di antara kelajuan bacaan tartil dan hadar.
1.4 Bentuk Tilawah yang dilarang
Akibat daripada terdedah dengan berbagai bentuk irama dan alunan bentuk bacaan al-
Quran juga semakin berubah dan untuk mengawal keadaan itu Islam sudah lama
menentukan cara-cara bacaan yang ditegah. Di sini dinyatakan beberapa keadaan
tersebut.
1. Tatrib iaitu bacaan dengan merengek-rengek suara dan memanjangkan bukan
pada tempatnya
2. Tamtit iaitu bacaan dengan melebihkan-lebihkan harakat pada hokum mad.
3. Tarkis iaitu bacaan dengan melenggok-lenggok nada suara sehingga
melebihkan pada harakat huruf mad bertujuan menyesuaikan rentak
4. Tahzin bacaan dengan nada yang amat sedih yang menjejaskan tajwid dan
membawa sifat riyak
5. Tar’id iaitu bacaan yang menggentarkan suaru keterlaluan seperti orang
kesejukan atau ditimpa sakit.
6. Tahrif iaitu bacaan al-Quran secara serentak dan berhenti secara serentak
7. Membaca bersama alat muzik.
1.5 Kesalahan-kesalahan dalam bacaan al-Quran
Kesalahan dalam bacaan al-Quran dinamakan al-Lahn. Perkara ini amat jarang
berlaku dalam generasi sahabat kerana mereka adalah golongan Arab yang fasih
berbicara. Kebesaran al-Quran dan keagungannya mesti diraikan oleh setiap Muslim
meliputi makna-makna Al Quran, ajaran dan petunjuknya. Di samping itu keagungan al-
Quran juga mesti diserlahkan dalam bacaannya dengan tidak melakukan kesalahan.
Daripada Ummu Darda’ r.a berkata: “Sesungguhnya aku sangat suka membaca al-Quran
sebagaimana diturunkan”. Ungkapan Ummu Darda’ ini menunjukkan tentang ketelitiannya
dalam membaca al-Quran dengan bacaan yang tepat. Ulama membahagikan al-Lahn
atau kesalahan bacaan al-Quran i ini kepada dua bahagian iaitu al-Lajn al-Jaliyy dan al-
Lahn al-Khofiyy.
7
Al-Lajn al-Jaliyy
al-Lajn al-Jaliyy ditakrifkan oleh Ibnu al-Jazari dengan katanya: Kesalahan yang berlaku
pada lafaz yang membawa kepada kerosakan makna dan uruf bacaan. Atau kesalahan
yang berlaku pada lafaz-lafaz yang membawa kepada kerosakan uruf bacaan tanpa
merosakkan makna. Seorang ulama mutaakhirin Dr Abdul Aziz Abdul Fattah al-Qadhi
telah mengemukakan takrifannya dengan berkata: Kesalahan yang berlaku pada lafaz-
lafaz dan menyebabkan kerosakan makna kalimah secara jelas dan perkara tersebut
diketahui ulama dan juga orang awam sama ada ia merosakkan makna atau sebaliknya.
Al-Lahn al-Khofiyy
Al-Lahn al-Khofiyy ditakrifkan sebagai kesalahan yang berlaku pada lafaz dan
merosakkan uruf bacaan tanpa merosakkan makna. Al-Sakhowi telah menghuraikan
masalah ini dengan menyatakan pembaca tidak menyempurnakan sebutan huruf dan
haknya, mengurangkan atau menambah sifat-sifat huruf yang patut dibaca. Dalam
menjelaskan lagi al-Lahn al-Khofiyy ini beliau mengatakan iaitu kesalahan yang
merosakkan huruf seperti meninggalkan ikhfa’, iqlab, ghunnah tetapi tidak merosakkan
makna dan i’rab.
1.6 Latihan
Catatkan pendapat-pendapat qurra’ berkenaan hukum al-Lahn al-Jaliyy
dan al-Lahn al-Khofiyy
Gunakan pita rakaman audio atau radio dan bandingkan kelajuan
bacaan al-Quran bagi setiap maratib bacaan al-Quran
Kemudian bincangkan bersama tutor bentuk-bentuk kesalahan dalam
bacaan al-Quran.
8
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan
i. Aplikasi Whatssap
ii. Masa 3 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi.
B. Tajuk Pembelajaran: Pengenalan Tilawah dan Tartil Al-Quran
i. Maratib dan Kesalahan Tilawah (DT) ii. Bentuk Tilawah yang dilarang (DT)
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Tahqiq
ii. Tartil
iii. Tadwir
iv. Hadar
D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian
9
SINOPSIS
Kursus ini juga membincangkan pengenalan ilmu tajwid dan hukum-hukum yang terdapat
di dalam bacaan al-Quran berkisar tentang Makhraj dan Sifat Huruf, Hukum Nun dan Mim
Sakinah, Hukum Tarqiq, Tafkhim dan Taghliz, al-Mudgham, al-Mudud dan kaedah Waqaf
dan Ibtida’.
HASIL PEMBELAJARAN
KERANGKA TAJUK
2.1 Ilmu Tajwid
2.2 Makhraj dan Sifat Huruf
2.3 Hukum Nun dan Mim Sakinah
2.4 Hukum Tarqiq, Tafkhim dan Taghliz
2.5 Al-Mudgham
2.6 Al-Mudud
2.7 Kaedah Waqaf dan Ibtida’
2.8 Latihan
UNIT 2 TAJWID AL-QURAN
Di akhir topik ini, pelajar dapat: i Menghuraikan maksud ilmu tajwid berdasarkan asas-asasnya dan
kepentingan ilmu tajwid
ii Mengupas persoalan hukum-hukum tajwid berkaitan makhraj dan sifat
huruf, hukum nun dan mim sakinah, hukum tarqiq, tafkhim dan taghliz, al
Mudgham dan al-Mudud.
iii Menjelaskan kaedah waqaf dan ibtida’ yang terdapat di dalam al-Quran.
10
2.1 ILMU TAJWID
Ulamak Islam mengatakan bahawa setiap ilmu mempunyai asas yang menjadi
teras perbincangan. Sepuluh asas ilmu tajwid ialah ;
1. Pengertian :
Pada bahasa bererti memperelokkan sesuatu
Pada Istilah : mengeluarkan huruf hijaiyah daripada makhrajnya dan
diberikan hak (sifat asli) dan mustahaknya (sifat-sifat mendatang)
2. Hukum mempelajarinya:
Mendalami hukum-hukumnya secara ilmiah fardhu kifayah tetapi beramal
dengannya ketika bacaan fadhu ain bagi setiap muslimin dan muslimat.
3. Dalil-dalil kewajipan beramal dengannya.
Surah alMuzammil ayat 4.
Sabda Rasulullah s.a.w
Ijmak ulamak sejak zaman sahabat hinggalah hari ini.
4. Nama ilmunya.
Ilmu tajwid
5. Tumpuan perbincangan.
Kalimah-kalimah al-Quran
6. Kelebihannya.
Antara ilmu termulia kerana ia berkaitan terus dengan kalam Allah
7. Penyusunnya.
Secara amali Nabi Shallallahu alaihi Wasallam
8. Masalah dalam perbincangannya.
Kaedah-kaedah umum yang menjuruskan kepada kaedah-kaedah yang
lebih khusus.
9. Matlamatnya.
Memelihara lidah daripada melakukan kesalahan dalam bacaan.
10. Faedah umum.
Mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat daripada
Allah di dunia dan akhirat.
2.2 MAKHRAJ DAN SIFAT HURUF
2.2.1 Makhraj
Pada bahasa tempat keluar. Pada istilah tempat keluar huruf-huruf hijaiyah yang
membezakan antara satu huruf dengan huruf yang lain.
11
Mengikut pendapat terpilih makhraj huruf am terbahagi kepada lima bahagian iaitu
makhraj jauf, makhraj halk, makhraj lisan, makhraj dua bibir dan makhraj rongga hidung.
Bagi makhraj am jauf hanya terdapat satu makhraj khas dan huruf-huruf yang terlibat ialah
ketiga-tiga huruf mad. Bagi makhraj am halk terdapat tiga makhraj khas iaitu
pangkal,tengah dan hujung halkum dan huruf-hurufnya pula ialah hamzah dan ha keluar
daripada pangkal halkum, ain dan ha kecil keluar daripada tengah halkum dan khain dank
ho terbit daripada hujung halkum.
Makhraj am lidah pula mengandungi sepuluh makhraj khas yang meliputi pangkal, tengah,
tepi dan hujung lidah. Huruf-huruf yang terlibat ialah Tak,Tho,Jim,Dal,Dzal,Ra
Zai,Sin,Syin,Shad,Dhad,Tok, Zha’,Qaf,Kaf,Lam,Nun dan ya.
Makhraj am dua bibir mempunyai dua makhraj khas dan huruf yang terlibat ialah
ba,wau,mim dan fa. Makhraj am jauf pula mengandungi satu makhraj khas dan keluar
daripadanya ghunnah.
2.2.2 Sifat huruf.
Pada bahasa bermaksud sesuatu yang wujud pada sesuatu benda seperti hitam, putih,
kuat, lemah dan sebagainya. Pada istilah bermaksud cara mengawal dan menekan udara
ketika huruf-huruf dilafazkan samada tinggi, nyaring, kuat dan sebagainya. Sifat-sifat
huruf ketara kedengaran ialah ketika ia mati berbanding ketika ia berbaris.
Mengikut pendapat yang mashur huruf-huruf hijaiyah mempunyai tujuh belas sifat lazim.
Ia merangkumi sifat-sifat tunggal dan sifat-sifat yang mempunyai lawan. Sifat-sifat tunggal
ialah sofir bermakna siulan/berdesir dan huruf-hurufnya ialah zai sin sod ,lin bermaksud
lembut , takrir bermaksud berulang/ulang dan hurufnya ialah ro , istitolah bermaksud
memanjang dan hurufnya ialah dod, Qolqolah bermaksud berdetak dan huruf-hurufnya
digabung dalam ungkapan “qutubun jaddun” , Inhiraf bererti melencong dan huruf-
hurufnya ialah lam dan ro dan tafassi bererti menghembur dan hurufnya ialah syin. Sifat
yang mempunyai lawan ialah jahar (nyaring) lawannya hamas (berbisik) , syiddah (kuat)
lawannya rokhowah (lembut) dan di antaranya tawassut/bayyinah, isti’la (meninggi)
lawannya istifal (merendah), itbaq (melekap) lawannya infitah (terbuka), ismat (tersekat)
lawannya izlaq (tergelincir/lancar).
12
2.3 HUKUM-HUKUM NUN DAN MIM SAKINAH
Nun Sakinah iaitu nun yang tidak berbaris dan ia akan menerima baris jika bertemu
dengan huruf sukun. Tanwin pada bahasa bermakna suara dan pada istilah lafaz (suara)
nun sakinah yang terdapat (tersirat) di akhir kata nama isim.
Apabila nun sakinah atau tanwin bertemu dengan huruf-huruf hijaiyyah hukumnya
terbahagi kepada empat iaitu Izhar, idgham, Ikhfa’ dan iqlab.
Izhar
Izhar bererti nyata dan terang dan pada istilah ialah mengeluarkan setiap huruf daripada
makhrajnya dengan terang tanpa dengung. Terdapat enam huruf izhar yang digabungkan
dalam ungkapan “ ”. Kejauhan nun sakinah atau tanwin dengan huruf-huruf halkum
menyebabkan bacaannya diizharkan.
Idgham
Pada bahasa bererti memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu dan pada istilah bermaksud
memasukkan huruf yang sukun ke dalam huruf berbaris seolah-olah menjadi satu huruf
bertasydid. Huruf-hurufnya digabungkan ke dalam ungkapan “yarmaluna”. Sebab-sebab
bacaan diidgamkan kerana pertama nun sakinah dan tanwin adalah dua huruf mislain/
mutamasilain, kedua nun sakinah dan tanwin dengan mim adalah dua huruf yang
bersekutu pada segala sifat dan ketiga nun sakinah dan tanwin dengan huruf-huruf
lam,ra,wau dan ya adalah dua huruf mutaqaribain.Idgham terbahagi dua iaitu idgham
tanpa dengung dan idgham dengan dengung. Idgham tanpa dengung mempunyai dua
huruf yang digabungkan dalam ungkapan “ralla” dan huruf-huruf idgham maal ghunnah
digabungkan dalam ungkapan “yumin”.
Martabat idgham juga terbahagi dua iaitu idgham kamil dan naqis. Ulama bersepakat
mengatakan idgham kamil nun sakinah dan tanwin berlaku pada dua huruf iaitu lam dan
ro dan kebanyakan ulama juga mengatakan idgham kamil juga berlaku pada huruf-huruf
nun dan mim.
Iqlab
Iqlab bererti memalingkan sesuatu dan pada istilah bermaksud menukarkan lafaz sesuatu
huruf kepada yang lain dengan mengekalkan dengung serta Ikhfa’.(Diikhfa’kan mim
kepada ba). Sebab-sebab ditukarkan nun sakinah dan tanwin kepada mim kerana kedua-
13
dua huruf itu mempunyai persamaan iaitu; persamaan pada makhraj dan sifat-sifat kedua-
duanya.
Ikhfa’
Pada bahasa Ikhfa’ bererti tersembunyi dan pada istilah mennyembunyikan huruf sukun
dengan satu sifat antara izhar dan idgham tanpa tasdid serta kekal ghunnah pada huruf
pertama. Huruf-hurufnya digabungkan dalam rangkaikata “ستجز صدك فثق ضطظ شذ”. Sebab-
sebab diIkhfa’kan kerana makhraj nun sakinah atau tanwin tidak berjauhan dan tidak
berhampiran dengan makhraj huruf-huruf Ikhfa’. Jadi ia berada di pertengahan di antara
izhar dan idgham.
Ikhfa’ mempunyai tiga martabat.
1. Martabat tertinggi iaitu Ikhfa’ kepada huruf to dan ta.
2. Martabat terendah iaitu Ikhfa’ terhadap huruf-huruf “kof” dan “kaf”
3. Martabat pertengahan iaitu Ikhfa’ terhadap huruf-huruf selain daripada
huruf-huruf di atas.
2.4 HUKUM TARQIQ, TAFKHIM DAN TAGHLIZ
Makna tafkhim ialah menebalkan sebutan huruf dengan mengangkat lidah ke lelangit
manakala tarqiq ialah menipiskan sebutan huruf dengan membuka ruang antara lidah
dengan lelangit.
Tebal nipis huruf-huruf hijaiyyah terbahagi tiga;
1. huruf yang tebal selama-lamanya iaitu huruf-huruf istila’
2. huruf yang sentiasa tipis ialah huruf-huruf istifal kecuali huruf-huruf alif ro dan lam.
3. huruf-huruf yang boleh nipis dan tebal (bergantung kepada keadaannya) iaitu
huruf-huruf alif lam dan ro.
Hukum huruf alif
Ditebalkan jika sebelumnya huruf istiklak dan ditarkikkan jika sebelumnya huruf-huruf
istifal contohnya قال dan فتاب
14
Hukum lam lafaz jalalah
Dibaca taghliz atau tebal apabila didahului huruf berbaris fathah atau dhommah dan
dibaca tarqiq jika didahului huruf berbaris kasrah atau baris dua di atas atau baris dua di
hadapan seperti قومن هللا،احدن هللا
Hukum huruf Ra’
Berdasarkan tafkhim dan tarqiq ro dibahagikan kepada empat bahagian iaitu;
1. yang mesti dibaca tebal dan ia berlaku dalam 10 keadaan berikut;
a. berbaris fathah
b. berbaris dhommah
c. ro mati dan sebelumnya berbaris fathah
d. ro mati dan sebelumnya berbaris dhommah
e. ro mati huruf sebelumnya berbaris kasrah dan selepasnya huruf istiklak
f. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah yang mendatang samada
dalam satu kalimah atau kalimah berasingan
g. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya berbaris fathah
h. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya berbaris dhommah
i. ro mati kerana waqaf, huruf sebelumnya juga sukun (selain ya) dan huruf
sebelumnya berbaris fathah.
j. Ro mati kerana waqaf huruf sebelumnya sukun (selain ya) dan huruf
sebelumnya berbaris dhommah.
2. yang mesti dibaca nipis dan ia berlaku 9 keadaan berikut;
a. berbaris kasrah
b. berbaris kasrah arid (mendatang)
c. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah
d. ro mati huruf sebelumnya berbaris kasrah dan selepasnya huruf istiklak
dalam kalimah berasingan
e. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya mati serta huruf sebelumnya
berbaris kasrah
f. ro mati kerana waqaf dan sebelumnya ya Mad
g. ro mati kerana waqaf dan sebelumnya ya Lin
h. ro yang dimalahkan
i. ro yang diqaqaf secara raum
15
3. ro yang harus tipis atau tebal tetapi tebal lebih utama dan hanya berlaku pada kata
.di dalam surah-surah Yusuf, Yunus dan Zukhruf مصر
4. ro yang harus tebal atau tipis tetapi nipis lebih utama dan berlaku dalam keadaan
berikut;
a. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah serta selepasnya huruf
isti’lak yang juga berbaris kasrah contoh فرق
b. ro sukun kerana waqaf (asalnya berbaris kasrah) dan huruf sebelumnya
huruf isti’la’ yang juga berbaris sukun القطر
c. ro mati kerana waqaf (asalnya berbaris kasrah) dan selepasnya ya
mahzufah iaitu pada kalimah االسر دان نذر
2.5 AL-MUDGHAM
Idgham mutamasilain.
Iaitu idgham yang berlaku antara dua huruf yang bersamaan sifat dan makhraj. Idgham
ini terbahagi dua iaitu dengan ghunnah dan tanpa ghunnah. Idgham mutamasilain tanpa
dengung berlaku pada beberapa huruf sahaja iaitu huruf ba, ta, dal, dzal, ro, ain, fa, kaf,
lam, wau dan ha. Idgham mutamasilain dengan ghunnah berlaku pada antara huruf-huruf
mim sakinah pada mim dan nun sakinah pada Nun.
Idgham mutaqaribain.
Ialah idgham yang berlaku pada dua huruf yang berhampiran sifat dan makhraj. Ia juga
terbahagi dua tanpa dengung dan dengan dengung. Idgham mutaqaribain tanpa dengung
berlaku antara huruf-huruf qaf sakinah pada kaf, nun sakinah pada ra, dan nun sakinah
pada lam. Idgham mutaqaribain dengan dengung berlaku pada antara huruf-huruf nun
sakinah pada wau dan nun sakinah pada ya.
Idgham mutajanasian.
Iaitu idgham yang berlaku pada dua huruf yang bersamaan makhraj tetapi berlainan sifat.
Ia juga terbahagi dua tanpa dengung dan dengan dengung. Ia berlaku pertemuan antara
huruf-huruf ta’ sakinah dan dal, ta’ sakinah dan to, ta’ sakinah pada dzal, dal sakinah pada
ta’, dzal sakinah pada zho dan tho sakinah pada tak. Idgham mutajanisain dengan
ghunnah pula hanya berlaku pada antara huruf-huruf ba sakinah dan mim.
16
2.6 AL-MUDUD
Mad
Mad pada bahasa bererti pertambahan. Pada istilah mad diertikan memanjang suara
melalui salah satu huruf mad atau huruf-huruf lin. Dalil bacaan mad terdapat melalui hadith
nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud di mana seorang lelaki membaca ayat 60 surah
taubah tanpa bacaan mad.
Huruf mad ada tiga iaitu alif wau dan ya tetapi dengan syarat-syarat berikut; pertama alif
yang didahului oleh baris fathah, kedua wau sakinah yang didahului baris dommah dan
ketiga ya sakinah yang didahului baris kasrah. Contoh bagi keadaan-keadaan mad
tersebut terdapat pada kalimah "نوحيها" , manakala huruf lin terdapat dua iaitu wau dan ya
yang berkehendakkan syarat-syarat ; wau sakinah didahului baris fathah dan ya sakinah
yang didahului baris fathah seperti contoh-contoh س دان سوف""لي .
Pembahagian mad
Mad terbahagi dua mad asli dan mad farei. Mad asli iaitu mad yang terjadi dengan sebab
utama mad iaitu kewujudan huruf mad. Ia juga dikenali mad tabie dan mad zati. Mad asli
terbahagi kepada dua pula iaitu mad asli harfi atau mad asli thunai. Ia hanya terdapat di
huruf-huruf tertentu pembukaan surah yang dikumpulkan dalam ungkapan "حي طهر". Mad
asli kedua ialah mad asli kalimi atau mad asli mutlaq seperti contoh sebelum ini.
Mad Far’ie pula terhasil daripada sebab kewujudan hamzah atau sukun yang mengiringi
huruf-huruf mad atau lin. Ia juga dikenali dengan nama mad mazidi. Terdapat tiga jenis
yang terhasil dengan sebab kewujudan hamzah. Mad-mad itu ialah mad wajib muttasil,
mad jaiz munfasil dan mad badal. Mad arid lissukun, mad lin dan mad lazim pula terhasil
daripada kewujudan sukun.
Jenis mad akibat kewujudan hamzah.
17
Mad wajib muttasil.
Ia terhasil apabila mana-mana huruf mad bertemu hamzah dalam satu kalimah sama ada
ketika bacaan wasal atau ketika waqaf. Mengikut imam asim riwayat hafs thoriq Syatibi
wajib dibaca 4 atau 5 harakat ketika bacaan wasal dan harus dibaca 6 harakat ketika
waqaf. Ketiga contoh bagi hukumnya terdapat pada kalimah-kalimah "ساء، سوء دان سيء" .
Mad jaiz munfasil.
Ia terhasil apabila mana-mana huruf mad bertemu hamzah dalam dua kalimah iaitu
ketika bacaan wasal sahaja. Hukumnya mengikut imam asim riwayat torik syatibi harus
dibaca 4 atau 5 harakat ketika wasal dan hanya dibaca dua harakat ketika waqaf.
Contohnya terdapat pada kalimah "ومآانزل، قالو إنا معكم، وفى أنفسكم" .
Mad badal.
Ia terjadi apabila hamzah mendahului huruf mad dengan syarat tiada hamzah atau sukun
selepas huruf mad tersebut. Ia juga digelar mad badal asli. Mengikut riwayat hafs Torik
Syatibi ia dibaca dua harakat. Contoh-contohnya terdapat pada kalimah-kalimah
،أوتي دان إيمنا""ءامن . jika huruf mad terdapat selepas huruf hamzah asli ia dinamakan mad
syabih bil badal. Contohnya ialah:
.
MAD DISEBABKAN HAMZAH
Mad wajib muttasil
Mad jaiz munfasil
Mad badal
18
Mad arid lilsukun.
Ia terjadi apabila huruf mad bertemu sukun yang mendatang iaitu ketika waqaf sahaja.
Bacaannya harus 2, 4 dan 6 harakat.
Mad lin.
Ia terjadi apabila huruf lin bertemu dengan sukun yang mendatang iaitu ketika waqaf
sahaja. Ia harus dibaca 2, 4 atau 6 harakat.
Mad lazim.
Secara am mad lazim terbahagi kepada dua kategori kalimi dan harfi. Mad lazim kalimi
apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam kalimah-kalimah al-Quran dan mad
lazim harfi berlaku apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli pada huruf-huruf
pembukaan (fawatih) al-Quran. Setiap mad lazim harfi dan kalimi terbahagi kepada dua
bahagian pula iaitu muthaqqal dan mukhaffaf. Maksud muthaqqal ialah huruf sukun
selepas huruf mad diidghamkan ke dalam huruf selepasnya manakala mukhaffaf ialah
huruf sukun selepas huruf mad tidak diidghamkan ke dalam huruf selepasnya.
Mad-mad farie yang lain.
Mad silah.
Terjadi ketika membaca wasal pada hak domir yang berada di antara dua huruf berbaris
dan ia terbahagi dua iaitu qosirah dan towilah. Mad silah qosirah ialah apabila ha’ dhomir
mendahului huruf hijaiyyah selain daripada hamzah. Ia dibaca 2 harakat ketika wasal dan
ketika waqaf dimatikan hak domir tersebut. Mad silah towilah pula ialah apabila ha’ dhomir
mendahului hamzah. Mengikut riwayat hafs thoriq Syatibi ia dibaca 4 atau 5 harakat ketika
wasal dan apabila waqaf ia dimatikan.
MAD DISEBABKAN SUKUN
Mad arid lilsukun
Mad lin
Mad lazim
19
Mad tamkin.
Apabila berhimpun dua huruf ya dengan syarat ya yang pertama bertasdid dan berbaris
kasrah dan ya kedua sukun.
Mad iwadh.
Ia terjadi apabila waqaf pada huruf bertanwin mansub kecuali ta marbutoh. Bacaannya 2
harakat kerana ia mad tabie yang terjadi ketika waqaf.
Mad faraq.
Ia terjadi apabila hamzah wasal yang berada sebelum lam takrif dimasuki hamzah
istifham. Ia sebahagian daripada mad lazim kalimi sama ada muthaqqal dan mukhaffah.
Mad takzim
Terjadi apabila huruf mad pada kalimah la nafiah bertemu hamzah pada kalimah "إله".
Hukumnya harus dibaca 4 atau 5 harakat kerana ia sebahagian daripada mad jaiz
munfasil.
Mad tabriah.
Terjadi apabila huruf mad pada kalimah la nafiah bertemu dengan huruf hijaiyyah selain
daripada hamzah. Hukumnya wajib dibaca 2 harakat kerana ia sebahagian daripada mad
asli.
2.7 HUKUM WAQAF DAN IBTIDA’
Waqaf
Waqaf pada bahasa : menahan.
Waqaf pada istilah : memutuskan suara bacaan di akhir perkataan pada kadar masa
boleh bernafas mengikut adatnya serta berniat untuk menyambung semula bacaan.
Hukum Belajar : Wajib pada pandangan setengah ulama’
Bahagian Waqaf
Waqaf boleh di bahagikan kepada empat bahagian;
20
1. Waqaf Ikhtiari iaitu waqaf pilihan yang dilakukan oleh pembaca tanpa sebarang
sebab yang tertentu.
2. Waqaf Idhtirari iaitu waqaf terpaksa ( darurat) yang dilakukan pembaca kerana
kehabisan nafas, terbersin, menguap dan sebagainya.
3. Waqaf Intizhari iaitu waqaf tangguh yang dilakukan oleh pembaca kerana
membaca wajah ( qiraat) yang lain daripada wajah bacaan yang diterima.
4. Waqaf Ikhtibari iaitu waqaf pengetahuan yang dilakukan oleh pembaca bertujuan
untuk menerangkan perbezaan antara maqtu’ dan maushul. Ithbat dan mahdzuf,
menyoal dalam peperiksaan atau mengajar.
Waqaf Ikhtiari dibahagikan kepada jenis;
1. Waqaf Tam ( berhenti dengan sempurna) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak
mempunyai hubungan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz dan makna.
2. Waqaf Kafi ( berhenti memadai ) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak mempunyai
hubungan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz tapi mempunyai hubungan
dari segi makna.
3. waqaf Hasan(berhenti yang baik ) iaitu waqaf pada kalimah yang boleh memberi
faham akan maknanya yang jelas tetapi mempunyai hubungan dengan kalimah
atau ayat selepasnya dari segi lafaznya.
4. Waqaf Qabih ( berhenti yang tidak baik) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak
memberi faham akan maknya kerana berhubung kuat deengan kalimah
selepasnya kecuali darurat dan ( jika berlaku) wajib memulakan dengan kalimah
sebelumnya.
Ibtida’
Makna Ibtida’ pada bahasa : permulaan.
Pada istilah : Memulakan bacaan al-Quran sama ada selepas waqaf atau qata’
Hukum Ibtida’ terbahagi dua jenis;
1. Ibtida’ Jaiz ( permulaan yang harus) iaitu memulakan bacaan pada kalimah yang
dapat memberi faham akan maknnya serta tidak bersalahan dengan apa yang
dikehendaki Allah Ta’ala
21
2. Ibtida’ Tidak Jaiz ( permulaan yang tidak harus) iaitu memulakan bacaan pada
kalimah yang tidak menyampaikan maksud yang sebenar atau boleh mengubah
makna yang dikehendaki.
2.8 Latihan
Gunakan CD holy Quran versi 6.5 dan amat-amati bagaimana makhraj
dan sifat huruf-huruf hijaiyyah diamalikan.
Rujuk kepada guru al-Quran tertentu dan praktikkan bacaan Ikhfa’ yang
nun sakinah atau tanwin bertemu dengan huruf-huruf isti’lak.
Tatbiqkan bacaan idgham kamil dan naqis dalam bacaan surah al-insan
Sediakan penjelasan istilah-istilah yang berkaitan dengan hukum mad
berikut : mad wajib, mad lazim , mad jaiz , mad farq , mad tamkin dan
mad takzim
Dapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan hikmah hukum ro yang
boleh di baca dua wajah di perpustakaan atau pusat sumber yang
berdekatan.
Catatkan pendapat-pendapat ahli tafsir ketika mentafsirkan perkataan
tartil ketika mentafsirkan ayat 4 surah muzzammil.
Senaraikan waqaf-waqaf jibril yang disepakati yang terdapat di dalam al-
Quran dan kenapakah di tempat-tempat tersebut kita disunnahkan
Waqaf.
22
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, pelajar akan menganalisis hukum-hukum tajwid dan memperdengarkan
bacaan Al-Quran secara bertajwid mengikut Rasm Uthmani menurut Riwayat Hafs pada
surah-surah yang ditetapkan.
HASIL PEMBELAJARAN
KERANGKA TAJUK
3.1 Surah Al-Fatihah
3.2 Surah Al-Zalzalah
3.3 Surah Al-Baiyinah
3.4 Surah Al-Qadr
3.5 Surah Al-‘Alaq
3.6 Surah Al-Tin
3.7 Surah Al-Insyirah
3.8 Surah Al-Dhuha
3.9 Latihan
UNIT 3
AMALI TAJWID
Di akhir topik ini, pelajar dapat: I Menganalisis hukum-hukum tajwid yang telah dipelajari yang terdapat di
dalam surah-surah yang ditetapkan.
ii Memperdengarkan bacaan Al-Quran secara bertajwid mengikut Rasm
Uthmani menurut Riwayat Hafs pada surah-surah yang ditetapkan.
23
3.1 Surah Al-Fatihah
م نٱللبس م د١ٱلرحيمٱلرح حم ٱل رب لمينلل ع ن٢ٱل م م٣ٱلرحيمٱلرح لكيو ينم بدوإياكإياك٤ٱلد نع
تعين دنا٥نس طٱه ر تقيمٱلص مس ط٦ٱل رٱلذينصر غي هم تعلي عم ضوبأن مغ ولٱل هم ٧ٱلضال ينعلي
3.2 Surah Al-Zalzalah
زلتإذا ضزل ر زالهاٱل رجت١زل ضوأخ ر قالهاٱل نوقال٢أث نس بارها٣مالهاٱل ثأخ تحد مئذ يو
حىلهابأن٤ در٥ربكأو يص مئذ ٱلناسيو لهم م أع ا تاتال يرو رايرهفمن٦أش خي قالذرة مث مل ٧ۥيع
ايره شر قالذرة مث مل ٨ۥومنيع
3.3 Surah Al-Baiyinah
زلتإذا ضزل ر زالهاٱل رجت١زل ضوأخ ر قالهاٱل نوقال٢أث نس بارها٣مالهاٱل ثأخ تحد مئذ يو
حىلهابأن٤ در٥ربكأو يص مئذ ٱلناسيو لهم م أع ا تاتال يرو رايرهفمن٦أش خي قالذرة مث مل ٧ۥيع
ايره شر قالذرة مث مل ٨ۥومنيع
3.4 Surah Al-Qadr
لةإنا هفيلي ن رأنزل قد لة١ٱل رىكمالي روماأد قد رلةلي ٢ٱل قد ٱل ر فشه أل ن رم ئكةتنزل٣خي
مل وحوٱل ٱلر
ر أم نكل نرب همم لع٤فيهابإذ مهيحتىمط رسل فج ٥ٱل
3.5 Surah Al-‘Alaq
رأ مبٱق نخلق١خلقٱلذيرب كٱس نس رأ ٢علقمن ٱل رموربكٱق ك قلمعلمبٱلذي٣ٱل نعلم٤ٱل نس ٱل
لم يع نكلإن٥مالم نس ٱل غى نىرءاهأن٦ليط تغ عىإنإلىرب ك٧ٱس ج ت٨ٱلر هىٱلذيأرءي ٩ين
داا عب تإنكانعلى١٠إذاصلى هدىأرءي أمرب١١ٱل وىأو ت١٢ٱلتق أرءي ١٣إنكذبوتولى ألم
لمبأن ابكل١٤يرىٱلليع فع ينتهلنس ذب١٥ٱلناصيةلئنلم ك ناصية عناديه١٦ةخاطئة يد ع١٧ۥفل سند
هو١٨ٱلزبانية جد كللتطع تربوٱس ١٩۩ٱق
3.6 Surah Al-Tin
تونووٱلت ين ذا٢وطورسينين١ٱلزي بلدوه مينٱل نا٣ٱل خلق نلقد نس سٱل فيأح ويم هثم٤نتق ن ردد
فلين فلس تءامنواوعملواٱلذينإل٥أس لح ٱلص نون رمم رغي أج دبفما٦فلهم بكبع ينيكذ س٧ٱلد ألي
كمٱلل كمينبأح ح ٨ٱل
24
3.7 Surah Al-Insyirah
ركألم لكصد رح رك١نش ناعنكوز ركٱلذي٢ووضع رك٣أنقضظه نالكذك فإنمع٤ورفع
ر عس اٱل را رمعإن٥يس عس راٱل تف٦يس غبوإلىرب كف٧ٱنصب فإذافرغ ٨ٱر
3.8 Surah Al-Dhuha
حى لو١وٱلض رلكمن٣ماودعكربكوماقلى٢إذاسجىٱلي خرةخي ولىولل ف٤ٱل طيكولسو يع
ضى كيتيماف٥ربكفتر يجد فهدىووجدك٦اوى ألم نىووجد٧ضال ٨كعائلفأغ
3.9 Latihan
Gunakan pita rakaman audio atau radio syeikh-syeikh qurra’ yang
muktabar serta analisis bacaan al-Quran mereka berdasarkan hukum-
hukum tajwid yang telah dipelajari
Pratikkan kesemua surah-surah di atas secara talaqqi dan musyafahah
bersama tutor masing-masing.
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan
i. Aplikasi Whatssap
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 30 minit bagi satu
sesi.
B. Tajuk Pembelajaran: Tajwid, Rasm dan Dhabt dalam Kaedah Iqra’
i. Kemahiran Tajwid, Rasm dan Dhabt dalam Kaedah Iqra’ (DT)
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Surah Al-Fatihah (DT)
ii. Surah Al-Zalzalah (DT)
iii. Surah Al-Baiyinah (DT)
iv. Surah Al-Qadr (DT)
v. Surah Al-‘Alaq (DT)
vi. Surah Al-Tin (DT)
vii. Surah Al-Insyirah (DT)
25
viii. Surah Al-Dhuha (DT)
D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian
26
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah konsep-konsep bidang penulisan
dan pengumpulan al-Quran dari zaman Rasulullah hinggalah ke zaman Saiyidina Abu Bakar
al-Siddiq R.A. dan zaman Saidina Uthman bin Affan R.A. Seterusnya, kaedah-kaedah
penulisan Rasm Uthmani termasuk kaedah al-Hazf, al-Ziyadah, ibdal, al-Wasl dan al-Fasl,
kaedah penulisan al-Hamzah dan kaedah ma fiihi qiraataini di samping mengetahui kelebihan
dan keistimewaan Rasm Uthmani. Akhir sekali, perbincangan tentang kaedah al-Dabt dan
nuqat dalam rasm Uthmani serta maksud tanda-tandanya. .
HASIL PEMBELAJARAN
KERANGKA TAJUK
4.1 Pengenalan Rasm Uthmani dan sejarah ringkas penulisan Al-Quran
4.2 Kaedah dan Kelebihan Rasm Uthamani
4.3 Dhabt al-Quran Rasm Uthmani
4.4 Latihan
4.1 Pengenalan Rasm Uthmani dan sejarah ringkas penulisan Al-Quran
UNIT 4
RASM UTHMANI DAN DHABT AL-QURAN
Di akhir topik ini, pelajar dapat: i Menghuraikan Pengenalan Rasm Uthmani dan sejarah ringkas penulisan Al-
Quran
ii Menjelaskan Kaedah dan Kelebihan Rasm Uthmani
iii Menjelaskan Dhabt al-Quran di dalam mushaf Rasm Uthmani
27
Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf Al Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh
Saidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah Al Quran dan huruf-hurufnya. Ia juga
ditakrifkan sebagai satu ilmu untuk mengetahui perbezaan antara mashaf-mashaf Rasm
Uthmani dengan mashaf-mashaf Rasm Qiyasi. Sebahagian ulama mendefinisikannya
sebagai sebarang penulisan yang menyalahi cara penulisan lafaz-lafaz disebabkan ziyadah,
hadhf, ibdal dan sebagainya.
Dr. Syaaban Muhammad Ismail pula mendefinisikannya dengan lebih terperinci sebagai satu
keterangan yang membicarakan mengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada zaman Saidina
Uthman r.a dan diutus ke kota-kota Islam ketika itu. Kaedah penulisannya pula merangkumi
tujuh huruf Al Quran, ditulis tanpa mempunyai titik dan baris serta terdapat dalam semakan
terakhir dan tidak dimansuhkan bacaannya.
Rasm Uthmani ini juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para
sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm
tersebut. Di samping itu, ia juga dinamakan sebagai Rasm Taufiqi kerana kebanyakan ulama
berpendapat bahawa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w
dan bagindalah yang memerintahkan supaya ianya digunakan dalam penulisan al Quran pada
ketika itu.
Daripada definisi-definisi yang dikemukakan oleh para ulama, dapat disimpulkan bahawa
Rasm Uthmani itu ialah tulisan asal Al Quran yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada
Rasulullah s.a.w dan rasm inilah yang digunakan oleh para sahabat untuk menulis ayat-ayat
Al Quran dan dinisbahkan kepada Saidina Uthman r.a kerana beliaulah yang mengarahkan
supaya Al Quran disalin semula kepada beberapa buah mashaf dengan menggunakan rasm
tersebut.
Pengertian rasm
Rasm ialah pembentukan lafaz atau perkataan melalui penggabungan huruf-huruf hijaiyah
atau gambaran-gambaran kalimah yang seterusnya dapat dituturkan. Ia juga boleh diertikan
sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan apa-apa jenis khat.
Ilmu Rasm pula ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau ucapan
untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang
membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan
huruf penulisan (rasm) Al Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w yang diikuti secara
28
ijma’ (sepakat) oleh seluruh ulama’ mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk taufiqiyah
dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w.
Pembahagian Rasm
Rasm Al Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu: 1. Rasm Qiyasi / Imla’ie • Penulisan
menurut ucapan atau pertuturan.
2. Rasm Istilahi / Uthmani • Penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama
dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa keadah
seperti membuang, menambah, mengganti, menyambung, atau memisahkan huruf dan
penulisan hamzah. Kebanyakan mashaf ditulis mengikut kaedah ini. Oleh itu, penulisan
mashaf Uthmani ini diakui sebagai penulisan yang bersifat taufiqiyah. Maka, penggunaan
tulisan Imla’ie tau Qiyasi tidaklah diharuskan.
Perbezaan Rasm Uthmani Dengan Rasm Imla’i
Terdapat perbezaan antara Rasm Uthmani dengan Rasm Imla’iy. Perbezaan ini hanyalah
pada kedudukan sesuatu huruf, hazaf dan ziadah. Konsep ini berkait rapat dengan kaedah
bahasa Arab.
Perbezaan ini mempunyai implikasi besar dalam ilmu bahasa dan ilmu Qiraat. Dua perkara
ini tidak dapat dibincangkan di dalam tulisan yang pendek ini. Ia memerlukan pengetahuan
bahasa yang baik dan ilmu Qiraat yang dipelajari daripada guru yang mursyid secara Talaqqi
dan Mushafahah. Walau bagaimanapun dibawakan dua contoh mudah untuk menerangkan
betapa perlu dikekalkan Rasm Uthmani dalam penulisan Al-Quran. Ia mempunyai hubungan
yang sangat rapat dan penting dengan kaedah bacaan Al-Quran mengikut Qiraat Tujuh.
Sejarah Ringkas Penulisan al-Quran
AL-QURAN yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui beberapa cara iaitu:
a) Jibril memasukkan ke dalam hati Baginda dalam keadaan Baginda tidak melihat apa-
apa, hanya Baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam hatinya.
b) Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan mengucapkan ayat
kepada Baginda sehingga Baginda benar-benar dapat menghafaz ayat yang
diturunkan itu.
29
c) Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. Ini adalah cara yang paling berat
dihadapi oleh Baginda sehingga keadaan baginda sangat panas walaupun ketika itu
cuaca sangat sejuk.
d) Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang dialami oleh Baginda
sewaktu turunnya ayat surah al-Muzammil.
Sejarah penurunan al-Quran pula terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
Allah menurunkan al-Quran ke Luh Mahfuz secara sekali gus bukannya secara
beransur-ansur. Firman Allah dalam surah al-Buruj ayat 21 - 22 yang bermaksud:
“Bahkan apa yang didustakan mereka itu ialah al-Quran yang mulia, yang tersimpan dalam Luh Mahfuz.”
Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia juga diturunkan sekali gus. Firman Allah
SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 3 maksudnya:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran di malam yang penuh keberkatan.”
Firman-Nya lagi dalam surah al-Qadar ayat 1 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr.”
Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah ayat 185 maksudnya:
“Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran.”
Turun dari langit dunia kepada Nabi saw melalui perantaraan Jibril bermula tanggal 17
Ramadan. Firman Allah dalam surah as-Syura ayat 192-195 maksudnya:
“Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam,
dibawa turun oleh Ar-Ruhul Amin (Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad saw) supaya
kamu menjadi salah seorang di antara orang yang memberi peringatan dengan
bahasa Arab yang jelas.”
Setiap ayat yang dibawa oleh Jibril dihafaz oleh Nabi SAW kemudian baru dibacakan kepada
sahabat. Nabi saw menghafaznya betul-betul bimbang jika tertinggal perkataan tertentu atau
huruf tertentu. Baginda mengulangi bacaan ketika Qiamullail (bangun malam) dan solat.
Setiap tahun sekali Nabi SAW ditasmi (mendengar dan membetulkan) bacaannya oleh Jibril
30
(Angel Gabriel) dalam bulan Ramadan secara bertadarus. Pada akhir hayat Baginda, Jibril
mentasmi’nya sebanyak dua kali.
Sahabat berusaha dan bersungguh-sungguh menghafaz dan mempelajari serta
memahaminya dengan menjauhi kenikmatan tidur dan rehat. Sebagaimana Rasulullah saw,
sahabat turut memanfaatkan masa malam mereka untuk memantapkan hafalan mereka. Di
antara huffaz (penghafaz / penghafal Al-Quran) terkenal daripada sahabat iaitu empat orang
Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali bin Abi
Talib), Talhah, Ibnu Mas’ud, Huzaifah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, Ibnu Abbas, Ai’syah dan
Hafsah (isteri Rasullullah). Selain itu, termasuk daripada orang-orang Ansar (penduduk asal
Kota Madinah) seperti Ubai bin Ka’ab, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit, Abu Darda’ dan Anas
bin Malik.
Pada masa yang sama, Nabi SAW juga melantik beberapa sahabat sebagai penulis wahyu.
Mereka menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan setiap kali wahyu turun
sebagai tambahan dalam hafalan supaya tidak hilang begitu saja. Di antara penulis itu ialah
empat Khulafa’ Ar-Rasyidin, Muawiyah bin Abu Sufian, Khalid bin al-Walid, Ubai bin Kaab dan
Zaid bin Thabit. Penulisan pada waktu itu hanya dibuat diatas kulit kayu,batuan,kulit haiwan
dan kain-kain sahaja berikutan kertas belum diketemukan.
Pada masa itu iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih hidup, ayat al-Quran tidak dihimpunkan
dalam satu mashaf (teks lengkap yang berbuku). Ini disebabkan kepada beberapa faktor iaitu:
• Tidak ada faktor yang membolehkan untuk dikumpul satu mashaf daripada
kemudahan penulisan, sedangkan sewaktu itu ada ramai huffaz(penghafal Al-Quran)
dan qurra’(pembaca Al-Quran).
• Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasikh dan mansukh(hukum atau ayat yang
bertukar disebabkan perkara tertentu).
• Ayat al-Quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi beransur-ansur.
• Setiap ayat yang turun adalah atas satu-satu faktor, sebab dan peristiwa.
Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah ramai huffaz mati dalam peperangan
Yamamah iaitu hampir 70 orang. Lalu Saidina Umar mencadangkan kepada Saidina Abu
Bakar supaya dihimpunkan helaian ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya
kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurra’.
31
Pada mulanya beliau ragu-ragu kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya dan takut
seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran. Selepas dibincang
dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari bahawa ia adalah satu wasilah yang paling
agung untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput,
maka Saidina Abu Bakar bersetuju untuk dikumpulkan ayat al-Quran itu.
Maka dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi saw yang masih hidup
antaranya Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran. Al-Quran kemudian
ditulis oleh Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas,
tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah SAW. Mashaf ini
diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya, diserahkan pula
kepada Saidina Umar al-Khattab. Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah
Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan
dan penyusunan Al-Quran pada zaman Khalifah Uthman.
Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu
Qiraat yang telah diizinkan Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya memaksa kepada
tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan Al-Quran. Maka dibentuk satu jawatankuasa
penyelaras dalam usaha membukukannya. Pada peringkat awal, jawatan kuasa penyelaras
Al-Quran itu telah membukukan sebanyak 6 buah naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh
Khalifah Uthman bin Affan sendiri,naskah dihantar ke Kota Basrah, naskah kepada kota Kufah
dan kota Syam serta sebuah naskah ke kota Madinah Al-Munawwarah dan sebuah lagi ke
kota Makkah AlMukarramah. Manakala,kemudiannya diciptakan 2 buah naskah khas yang
disalin terus dari naskhah Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk pegangan Sheikh Umar
Dany dan Sheikh Abu Daud Sulaiman bin Najah.Dua salinan baharu itu hanya digunakan
tatkala timbulnya perselisihan berkenaan teks salinan sebenar Kitab suci Al-Quran, serta
membetulkan keraguan dalam mashaf Al-Quran enam buah seperti yang dinyatakan diatas,
akibat timbul dari perbezaan sebutan dan periwayatan imam-imam Qiraat.
Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab
yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy
yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab
Quraisy.Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf
Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi
menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah bin
Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin
Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah(Nabi SAW).
32
Manakala cara membarisnya pula adalah diambil daripada apa yang telah diakui
kesahihannya oleh para Ulama seperti yang dibandingkan dalam Kitab “At-Tarazu Ala Dhabtil
Kharazi” karangan Imam At-Tanassi dengan mengambil tanda-tanda Al-Khalil bin Ahmad dan
Para pengikut daripada kalangan(Masyariqah) Masyarakat Al-Quran,gantian daripada
tandatanda yang disepakati oleh orang Andalusia(di Spanyol) dan orang-orang Maghribi.
Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani hasil penggemblengan tenaga oleh
Zaid bin Thabit sebagai ketua, Abdullah bin Zubair, Said bin Ash dan Abdul Rahman bin Harith
bin Hisyam. Akhirnya mashaf Uthmani itu bertebaran ke seluruh dunia yang menjadi panduan
umat Islam yang paling utama hingga hari ini.
Nota: Walaupun Al-Quran yang telah distandardkan mengikut resam mashaf Uthmani
sekarang,namun masih ada lagi saki baki kitab-kitab Suci Al-Quran mengikut resam yang
berlainan seperti Al-Quran Muhammad(Quranul Majid),Mashaf Madinah dan lain-lain.Hal ini
disebabkan Al-Quran tersebut diselaraskan dengan bacaan sesuatu pegangan imam
Qiraat(Imamimam Syatibi) yang khusus,tidak mengikut standart bacaan Arab Quraisy yang
dipersetujui bersama.Namun begitu ayat-ayat Al-Quran dalam Teks resam yang lain dari
mashaf Uthmani tidak mengubah akan ayat-ayat dan maksud Al-Quran itu,Cuma mungkin
berlainan dari segi tanda baris akibat dari sebutan yang diriwayatkan oleh imam-imam Qiraat
yang berlainan.Namun diharapkan Al-Quran versi bukan mashaf Uthmani diminta untuk tidak
dibuat bacaan ataupun hafalan bagi mengelakkan kekeliruan.
Tahap Penulisan Al-Quran
Penulisan al-Quran Rasm Uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap-tahap
berikut:
i. Tahap Pertama: Belum diletakkan sebarang tanda.
ii. Tahap Kedua: Ditandakan titik (العراب yang dipelopori oleh/Abu al-Aswad alDuali ( نقطة
(meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah pada zaman Khalifah Marwan bin alHakam).
iii. Tahap Ketiga: Mula ditandakan dengan titik (العجام yang dipelopori oleh Yahya bin (نقطة
Ya'mar dan Nasyr bin 'Asim al-Laisy dengan perintah Gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusof
al-Thaqafi,
33
iv. Tahap Keempat: Mula diletakkan dengan tanda-tanda baris (harakah) yang dipelopori oleh
al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah Abdul
Malik bin Marwan.
v. Tahap Kelima: Ditambah dengan tanda-tanda waqaf dan lain-lain tanda lagi. Tulisan
alQuran dengan menggunakan Khat Nasakh mula dicetak buat pertama kalinya di Hamburg,
Jerman pada tahun 1694 Masihi (1113 Hijrah) dan seterusnya dicetak di negara-negara Islam
yang lain sehingga ke hari ini.
4.2 Kaedah dan Kelebihan Rasm Uthmani
4.3 Dhabt al-Quran Rasm Uthmani
Mushaf-mushaf yang disalin dari Suhuf Au Bakar r.a. pada masa khalifah Uthman bin Affan
r.a. tidak bertitik dan tidak berbaris. Tujuannya untuk dapat menampung berbagai qiraat.
Demikian pula Mushaf-mushaf yang disalin dari Mushaf Uthmani pada waktu itu tidak diberi
titik dan dan baris. Dengan demikian tulisan yang tidak bberbaris dan tidak bertitik itu dapat
menampung berbagai qiraat yang diturunkan oleh Allah kepada Rasul-Nya s.a.w. Ahmad
Syarsal mengatakan, pada mulanya yang menunjukkan baris huruf hanya alif. Maksudnya
huruf alif yang tercantum dalam tulisan Mushaf menunjukkan huruf sebelumnya dibaca fathah
(berbunyi a), seperti: ق ال . Menurut sebahagian ulama huruf-huruf yang menunjukkan
harakat itu ada tiga huruf, iaitu: alif, waw dan ya. Huruf alif menunjukkan haruf sebelumnya
berbunyi “a” (fathah). Huruf waw menunjukkan haruf sebelumnya berbunyi “”u” (dhommah).
Dan huruf ya menunjukkan haruf sebelumnya berbunyi “i” (kasrah). Mushaf yang tidak bertitik
dan tidak berbaris dipandang biasa dan tidak mendatangkan kemusykilan bagi pembacanya
pada masa pemerintahan khalifah Uthman r.a. dan beberapa tahun selepasnya. Orang-orang
Islam pada masa itu tidak menghadapi sebarang kesukaran dalam membaca al-Quran dan
memilah di antara kata-kata yang huruf-hurufnya serupa. Hal itu dikeranakan kemurnian naluri
ke’araban dalam diri orang-orang Islam dan juga kerana mereka mengambil al-Quran secara
langsung dari mulut Rasulullah s.a.w. atau daripada para sahabat yang mengambilnya
langsung dari Nabi s.a.w. Ditambah lagi orang-orang ‘Ajam (non Arab) pada masa itu masih
belum banyak yang memeluk agama Islam, sehingga bahasa Arab komunikasi pada masa itu
masih dapat dikawal dan belum banyak dipengaruhi oleh bahasa lain. Orang-orang Islam
masih bertutur dengan bahasa Arab yang faseh dan membaca al-Quran tanpa kesukaran.
Pemberian Baris (نقطةالعراب ) pada masa pemerintahan Mu’awiyah bin Abi sufyan ( 41 – 66
H.) Keadaan yang demikian telah berubah, dengan meluasnya wilayah Islam ke negeri-negeri
34
‘Ajam (non ‘Arab). Banyak penduduk negeri yang ditaklukkan memeluk agama Islam. Mereka
mula berbaur dengan orang Arab dan belajar bahasa Arab. Pada masa itu bahasa Arab sudah
rusak disebabkan pengaruh bahasa orang non Arab yang masuk Islam itu. Kesalahan dalam
bertutur bahasa Arab telah nampak jelas dan lebih jelas lagi apabila sebahagian mereka
membaca al-Quran. Keadaan seperti ini perlu diatasi segera dengan meletakkan tanda-tanda
yang membantu pengucapan katakata al-Quran yang betul, tanpa menyentuh rasm uthmani.
Abu ‘Amrin al-Dani ( w. 444 H. ) meriwayatkan dari Muhammad al-Qasim al-Anbari dengan
mengatakan: Ayahku menceritakan kepadaku, ujarnya: Telah menceritakan kepada kami Abu
‘Ikrimah, ujarnya: Al-‘Utbi mengatakan: “Mu’awiyah r.a. mengirim sepucuk surat kepada Ziyad
(w.53 H.), meminta anaknya ‘Ubaidullah datang. Setelah Ubaidullah datang bertemu
Mu’awiyah, lalu Mu’awiyah bercakap dengannya. Dalam percakapan itu Mu’awiyah
mendapati kesalahan bahasa anaknya. Lalu Mu’awiyah memulangkan anaknya itu kepada
Ziyad, serta menulis sepucuk surat mencelanya dengan mengatakan: Pantaskah seperti
‘Ubaidullah ini disia-siakan?”. Setelah Ziyad membaca surat Mu’awiyah itu, maka ia
menghubungi Abu al-Aswad al-Duali (w.69 H.) seraya mengatakan: “Hai Abu al-Aswad,
sesungguhnya orang-orang yang berkulit putih (orang-orang non Arab) telah banyak yang
berbaur dengan orang Arab dan mereka sudah merusak bahasa Arab. Mahukah engkau
berbuat sesuatu yang dapat digunakan bagi membetulkan bahasa mereka dan bagi membaca
al-Quran tanpa kesalahan baris akhir? Permintaan Ziyad itu ditolak oleh Abu al-Aswad Al-
Duali. Penolakan Abu al-Aswad yang demikian tidak membuat Ziyad kehabisan akal. Dia
mengatur siasat dengan menyuruh seorang laki-laki duduk di tepi jalan yang biasa dilalui oleh
Abu al-Aswad. Ziyad berpesan kepada laki-laki itu: “Kalau kamu melihat Abu al-Aswad
melintas di hadapanmu bacalah ayat al-Quran secara salah”. Laki-laki itupun menurut apa
yang dikatakan oleh Ziyad, sehingga apabila Abu al-Aswad melintas di hadapannya, ia pun
membaca ayat ketiga dari surah al-Tawbah:
ن نوأذ ملناسٱإلىۦورسولهللٱم ٱيو حج برٱل ك نللٱأنل ركينٱبريءم مش رۥورسولهل فهوخي تم فإنتب
ف تم وإنتولي لمواٱلكم جزيع رمع غي رللٱأنكم ٣كفروابعذابأليملذينٱوبش
Dengan mengkasrahkan baris “lam” pada kata ورسوله yang membawa maksud: “Allah
memutuskan hubungan dengan orang-orang musyrik dan rasulNya”. Bacaan yang betul
adalah dengan mendhammahkan “lam” ورسول ه , yang membawa pengertian: Allah dan
RasulNya memutuskan hubungan dengan orang-orang musyrik. Mendengar bacaan itu Abu
al-Aswad berkata: Maha Suci Allah dari pemutusan hubungan dengan RasulNya). Setelah itu
Abu al-Aswad al-Duali segera datang menjumpai Ziyad dan menyatakan kesediaannya
meletakkan dasar-dasar i’rab al-Quran. Untuk keperluan itu Abu al-Aswad meminta kepada
35
Ziyad agar diutus kepadanya tiga puluh orang ulama untuk dipilih di antara mereka satu orang
yang dapat membantunya memenuhi permintaan Ziyad. Ziyad segera mengirim sejumlah
ulama yang diminta oleh Abu al-Aswad. Dari jumlah tiga puluh orang itu Abu al-Aswad memilih
sepuluh orang. Kemudian dari sepuluh orang itu disaring lagi dengan amat teliti sehingga
terpilih satu orang yang bernama ‘Abd ibn al-Qais dari kabilah Basrah.
Kemudian Abu al-Aswad al-Duali menyiapkan sebuah Mushaf dan tinta yang berlainan
warnanya dari warna tulisan Mushaf. Untuk pemberian baris (tanda baca) Abu al-Aswad
mengatakan kepada temannya: saya akan membaca al-Quran dan perhatikan gerak mulud
saya. Apabila bibir saya sewaktu membaca al-Quran terangkat ke atas, maka bubuhlah satu
titik di atas huruf akhir kosakata sebagai tanda fathah (bunyi a ). Apabila gerak bibir saya ke
bawah, maka bubuhlah satu titik di bawah huruf akhir kosakata sebagai tanda kasrah (bunyi i
). Apabila mulut saya membulat ketika membaca, maka bubuhlah satu titik di depan huruf
akhir kosakata sebagai tanda dhommah (bunyi u ). Apabila saya membaca bunyi ghunnah
(tanwin), maka tambahlah satu titik di atas titik huruf yang sudah ada sebagai tanda tanwin
(bunyi nun mati).
Selanjutnya tanda sukun (bunyi huruf mati) untuk tandanya tidak diberi titik oleh Abu alAswad
al-Duali. Jadi kalau huruf akhir kosakata itu tidak dibubuhi titik, maka huruf itu bunyinya mati.
Demikianlah pemberian tanda baca (baris) dari awal hingga akhir Mushaf yang dilakukan oleh
Abu al-Aswad al-Duali bersama temannya Abd bin al-Qais dari kabilah Basrah. Titik yang
dibubuhkan oleh teman Abu al-Aswad al-Duali itu bentuknya bulat, berbeda warna dengan
warna rasm Mushaf, diletakkan pada huruf akhir setiap kosa kata al-Quran sekarang dikenal
dengan harakat (baris).
Hasil kerja Abu al-Aswad al-Duali ini terus terpakai dan diterima baik oleh para ulama,
sehingga masa Abbasyyah. Pada masa itu telah lahir seorang ulama besar bernama Khalil
bin Ahmad al-Farahidi al-Basri (w. 170 H.). Dialah yang telah melakukan beberapa perbaikan
pada titik yang diletakkan oleh Abu al-Aswad. Digantinya titik di atas huruf dengan alif yang
melintang di atasnya sebagai tanda fathah. Titik di depan huruf sebagai tanda kasrash diganti
dengan waw kecil. Titik di bawah huruf sebagai tanda kasrah diganti dengan ya kecil. Bacaan
sabdu (syiddah) ditandai dengan kepala syin. Tanda sukun diletakkan kepala kha. Hamzah
diberi tanda dengan kepala ‘ain. Demikian juga diberi tanda bagi ikhtilas, isymam dan lain-
lain. Pemberian Titik Pembeda Huruf ( ) نقطةالعجام Pada masa Abdul Malik bin Marwan (
65-87 H.) banyak terjadi futuhat (pembukaan daerah baru) di luar Jazirah ‘Arabiyyah. Orang-
orang ‘Ajam bertambah banyak yang masuk Islam dan mereka berbaur dengan orang Arab,
serta merusak bahasaArab. Kerana itu timbul kekhawatiran kerusakan bahasa Arab akan
36
berpengaruh terhadap al-Quran. Abdul Malik bin Marwan memandang perlu memelihara al-
Quran dari pengaruh bahasa Arab yang telah rusak itu. Maka ia memerintahkan Al-Hajjaj bin
Yusuf al-Tsaqafi ( w. 95 H.) penguasa Basrah untuk bekerja keras menjauhkan fenomena
yang tidak sehat ini dari tertular kepada al-Quran. Lalu al-Hajjaj memilih dua orang ulama
terkemuka pada masa itu, iaitu Yahya bin Ya’mar al-Adwani al-Basri (w. sebelum 90 H.) dan
Nasr bin ‘Asim al-Laisi al-Basri (w. 90 H.) untuk memberi titik huruf-huruf yang serupa
bentuknya, agar berbeza antara satu dengan lainnya. Kedua ulama ini terkenal tidak ada
bandingannya dalam memahami rahasia-rahasia bahasa Arab dan seni-seni qiraat.
Keduanya adalah anak murid dari Abu al-Aswad al-Duali. Sejak ditugaskan oleh al-Hajjaj
kedua ulama ini bekerja keras memberi titik huruf-huruf yang serupa bentuknya untuk
membedakan antara satu dengan lainnya. Titik yang mereka meletakkan pada huruf-huruf itu
menggunakan tinta yang warnanya sama dengan warna tinta penulisan Mushaf, sehingga
berbeda dengan titik yang dibubuhkan oleh Abu al-Aswad al-Duali. Titik yang dibubuhkan
kedua ulama ini dinamakan امجلعاةطقن (titik pembeda huruf).
Dengan demikian nyatalah bahawa titik baris akhir ( نقطةالعراب ) yang dibubuhkan oleh Abu
al-Aswad al-Duali adalah lebih awal dari titik pembeda huruf ( نقطةالعجام ) yang dibubuhkan
oleh Yahya bin Ya’mar dan Nasr bin ‘Asim. Dan perbaikan-perbaikan yang dibuat oleh Khalil
bin Ahmad al-Farahdi atas titi Abu al-Aswad terkemudian dari keduanya. Perlu diketahui
bahawa titik yang dibubuhkan oleh Abu al-Aswad al-Duali dan sahabatnya itu, warna penanya
berbeda (berlainan) dengan warna pena Mushaf dan diletakkan di atas atau di bawah atau
sebelah kiri huruf akhir kosa kata. Sedangkan titik yang dibubuhkan oleh Yahya bin Ya’mar
dan Nasr bin ‘Asim, warna tintanya sama dengan warna tinta Mushaf dan titik-titik itu
mencakup huruf-huruf awal, tengah dan akhir kosa kata seluruh al-Quran. Penambahbaikan
Tanda Baca oleh al-Khalil Sebagaimana telah disebut sebelumnya seorang ulama terkemuka
dari Basrah bernama Khalil bin Ahmad bin ‘Amrin bin Tamim al-Azdi al-Farahidi (100-170 H.)
telah melakukan penambah-baikan titik yang dibubuhi oleh Abu al-Aswad al-Duali. Hal itu
disebabkan orangorang ‘Ajam yang baru masuk Islam, bahkan orang Arab sendiri merasa
musykil dalam membaca al-Quran pada Mushaf yang telah bertaburan titik dan sudah
bercampur antara titik yang dibubuhi oleh Abu al-Aswad al-Duali yang warnanya berlainan
dengan warna tulisan Mushaf dengan titik yang diletakkan oleh Yahya bin Ya’mar dan Nasr
bin ‘Asim yang warnanya sama dengan warna tulisan Mushaf. Untuk memudahkan bacaan,
Khalil bin Ahmad menggantikan titik Abu al-Aswad dengan tanda baca baru yang diambilnya
dari huruf mad. Untuk tanda baris atas (fathah) Khalil mengantikan titik di atas huruf dengan
alif yang melintang. Tanda baris bawah digantikan dengan ya kecil di bawah huruf. Tanda
baris depan digantikan dengan waw yang diletakkan di sebelah kiri huruf. Al-Tanassi
37
menyebutkan, bahawa tanda baca baru ciptaan Khali itu diambilnya dari tiga huruf ‘illat , iaitu:
alif, waw dan ya. Tanda baca baris atas diambilnya dari alif dan dilintangkan di atas huruf
yang diberi baris atas. Untuk tanda baca baris depan diambil dari waw yang ditulis kecil dan
diletakkan di sebelah kiri huruf atau di atasnya. Untuk tanda baca baris bawah diambil dari
huruf ya yang ditulis kecil dan diletakkan di bawah huruf. Kemudian oleh ulama sesudah Khalil
huruf ya tersebut di ambil kepalanya dan dibuang badannya. Al-Faramawi mengatakan:
penambah-baikan tanda baca Mushaf yang dilakukan oleh Khalil bin Ahmad al-Farahidi
mencakup seluruh huruf kosa kata dalam al-Quran, baik di awal, di tengah, maupun di akhir,
termasuk huruf yang telah diberi titik dan yang tidak diberi titik sebelumnya.
Bagi kosa kata yang bertanwin (berbunyi nun mati), Al-Farahidi menambahkan satu lagi tanda
baca seumpama tanda baca huruf yang sudah ada menjadi dua tanda baca, iatu: satu sebagai
tanda baca huruf dan satu lagi sebagai lambang untuk menunjukkan pada kosa kata itu ada
bunyi tanwin (bunyi nun mati). Adapun cara meletakkan baris tanwin itu, Abu ‘Amrin al-Dani
menjelaskan, bahawa kalau sesudah tanwin itu huruf al-halq (izdhar) iaitu: hamzah, ha, kha,
‘ain, ghain dan ha (runcing), maka baris dua di atas diletakkan bersusun sejajar ujung dan
pangkalnya; baris dua di depan berhdapan dan baris dua di bawah bersusun. Kalau sesudah
tanwin itu bukan huruf al-halq, maka bentuk baris duanya diletakkan beriring seperti jajaran
genjang, iaitu: ujung baris yang di bawah menonjol ke sebelah kiri dan ujung beris yang di
atas menonjol ke sebelah kanan.
Al-Syarisi juga dalam hal meeletakkan baris tanwin mengatakan seperti dijelaskan oleh al-
Dani di atas. Selain tanda baris satu dan tanwin Khalil bin Ahmad al-Farahidi juga
menciptakan tanda baca tasydid yang diambilnya dari kepala huruf syin tidak bertitik ( سـ )
yang diambil dari kata “شديد” yang ertinya keras. Maksudnya huruf ganda itu bunyinya
bacaannya keras ketika diucapkan. Tasydid dinamakan juga dengan sukun yang berat. Huruf
bertasydid itu ialah dua huruf yang berbunyi ganda, huruf yang pertama bunyinya mati dan
huruf kedua hidup. Kemudian huruf yang mati di idghamkan kepada huruf yang hidup dan dua
huruf yang ganda itu ditulis dengan satu huruf , tetapi dalam bacaan bunyinya ganda ( ن,أب
) asalnya ( أ 16ن,أنبب(.أ Selanjutnya tanda baca sukun (huruf mati) baik di tengah maupun
di akhir suatu kata seperti م ءن ام ن , maka untuk tandanya Khalil menciptakan tanda baru
yang diambilnya dari kepada huruf kha ( حـ ) yang tidak bertitik, diambilnya dari kata “ فيفخ
“ yang bererti “ringan”. Maksudnya ringan lidah orang Arab mengucapkan huruf yang bunyinya
mati itu.
Selain apa yang telah disebutkan, Khalil juga menciptakan huruf hamzah yang diambilnya dari
kepala a’in. Dalam masa sebelumnya huruf hamzah dalam Mushaf Utsmani yang ada hanya
38
bunyi ketika diucapkan, tidak ada hurufnya yang khas. Hamzah itu kadang-kadang
dilambangkan dengan huruf waw seperti و نموين . Terkadang dilambangkan dengan alif
seperti س ل dan terkadang dilambangkan dengan huruf ya seperti يدبي . Maka Khalil
menciptakan lambang baru iaitu kepala huruf a’in ( ء ), baik terletak di awal, di tengah atau di
akhir. Terkadang diletakkan di atas huruf alif, di atas huruf waw, atau ya dan terkadang ditulis
tersendiri. Tanda baca hamzah itu diambil dari huruf a’in kerana hamzah dan a’in berdekatan
makhrajnya. Demikian pula Khalil membuat tanda baru bagi Hamzah wasal yang diambil dari
kepala huruf Shad ( صـ ) yang diletakkan di atas setiap huruf alif wasal di seluruh al-Quran,
seperti:
( لذينٱ ). Ini bermaksud, kalau kepala huruf shad itu diletakkan di atas huruf alif, maka huruf alif
itu dinamakan Hamzah wasal dan bunyi bacaannya gugur ketika disambung dengan kata
sebelumnya seperti:
ط رلذينٱصر غي هم تعلي عم ضوبٱأن مغ ولل هم ٧لضال ينٱعلي
Kalau tidak disambung dengan kata yang sebelumnya, seperti kalau ia terletak di awal
kalimah, maka alif wasal itu dibaca bunyi Hamzah, seperti:
٢لصمدٱللٱ Bagi menandakan mad wajib pula Khalil memberikan tanda baca mim kecil dan dal ( ) مـد yang
diletakkan di atas huruf yang dipanjangkan. Sekarang tanda itu tidak digunakan lagi dan
diganti dengan tanda panjang yang bergelombang ( ~ آ yang diletakkan di atas huruf ( آل
mad. Adapun ar-raum dan al-isymam, Khalil tidak memberinya tanda baca, kerana
menurutnya cara membacanya harus melalui guru. Al-Suyuti menyebutkan di dalam al-Itqan
bahawa Khalil adalah orang pertama yang meletakkan tanda baca Hamzah, syiddah, al-raum
dan al-isymam, tetapi al-Suyuti sendiri tidak menjelaskan bagaimana bentuk tanda baca a-
raum dan al-isymam itu.
Al-isymam dalam mushaf al-Madinah al-Munawwarah pada kata (نا م surah Yusuf (لتأ
(12:11)
أبانامالكلتقالوا ناعلىيوسفوإنالهي م صحونۥأ ١١لن
diberi lambang segi empat dan salah satu sudutnya menghadap ke atas, diletakkan di antara
huruf Mim dan huruf Nun. Abu ‘Amrin al-Dani menyebutkan: dahulu oleh para ulama tanda al-
isymam diberi titik bulat dan merah. Tetapi belakangan kerana sukar membuat tanda seperti
itu ketika dicetak, maka para ulama menggantinya dengan tanda segi empat.
Tanda Baca Tambahan Setelah al-Khalil Selain tanda baca yang telah diciptakan oleh Khalil
Ahmad al-Farahidi, para ulama memberikan tanda baca mad ( اوى ) yang tidak tercantum
dalam rasm uthmani. Tanda-tanda baca ini adalah sebagai berikut:
39
a. Tanda huruf mad ditulis kecil ( ). اوى
Al-Tanassi (w. 899 H.) menyebutkan di dalam kitabnya Syarh al-Tiraz bahwa dalam Mushaf
banyak terdapat bunyi bacaannya yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para
sahabatnya, tetapi tidak tercantum dalam tulisan, oleh sebab itu perlu diberi tanda baca
supaya tidak disangka bunyi itu tidak ada. Huruf-huruf itu ditulis kecil berwarna merah dan
diletakkan pada tempat bunyinya diucapkan. Dibedakan warnanya dan kecil bentuknya agar
tidak serupa dengan tulisan Mushaf. Pada masa sekarang warnanya sudah disamakan
dengan warna tulisan Mushaf, namun bentuknya tetap kecil, kerana kemusykilan pada
percetakan. Huruf-huruf kecil itu diletakkan sesuai dengan tempat bunyi huruf-huruf itu
dituturkan dan sesuai dengan urutan bunyinya, bukan diletakkan di atas huruf berbaris
sebelum huruf mad.
b. Tanda panjang bergelombang ( ~ ) Tanda panjang seperti ini (~) diletakkan di atas salah
satu huruf mad yang tiga ( ) اوى
apabila sesudahnya ada Hamzah, seperti: ئك ,بماأنزل Dan huruf mad sesudahnya ,وأول
sukun seperti: لضال ينٱ , baik mad muttasil atau mad munfasil.
c. Tanda Mad silah Mad silah adalah waw sesudah ha dhamir mufrad ghaib yang berbaris
depan dan tidak tercantum tulisannya dalam Mushaf, tetapi bunyi itu diajarkan oleh Rasulullah
s.a.w. seperti :( تٱمافيۥله و لسم ) dan bunyi ya sesudah huruf ha dhamir mufrad ghaib yang
berbaris di bawah seperti:( مه عل ن ۦم ) . Al-Tanassi menyebutkan bahawa sesudah ha dhamir
itu hubungkan silah huruf waw atau ya sesudahnya. Pada contoh ( ماۥله ) di atas kalau tidak
diberi mad silah waw ketika disambung bunyinya akan serupa dengan لهما dhamir tasniyah.
d. Pemberian Tanda Alif Ziyadah (Alif Tambahan) Yang dimaksud dengan Alif ziyadah di sini
ialah alif yang tercantum dalam tulisan, tetapi tidak difungsikan dalam bacaan.
e. Pemberian nombor ayat Pada asalnya ayat-ayat Al-Quran tidak bernombor. Penomboran
ayat bermula ketika Mushaf mula dicetak. Ghanim Qadduri menyebutkan, Mushaf dicetak
pertama kali pada tahun 1694 M. / 1106 H. di Jerman di kota Hamburg oleh Abrahmi
Hinckelmanni. Pada mulanya Mushaf tidak ada nombor ayatnya; tetapi yang mencetaknyalah
yang memberi nombor ayat. Menurut Imam al-Alusi angka yang digunakan untuk pemberian
nombor ayat tersebut adalah angka yang biasa dipakai oleh ahli hisab dan dijadikan sebagai
tanda dalam hitungan. Belum adanya numbor ayat diperkuatkan lagi oleh Muhammad Tahir
40
dalam kitabnya Tarikh Al-Quran, bahawa pada masa Imam Malik dia memperlihatkan Mushaf
di akhir setiap ayat adalah titik dari tinta untuk memisahkan antara ayat-ayat. Dalam
perkembangan selanjutnya numbor-numbor ayat di tulis di dalam bulatan yang
sebahagiannya diperindah dengan lukisan yang beragam.
4.4 Latihan
Aktiviti Tutorial: Berikan contoh-contoh kalimah dan huraikan perbezaan
di antara Rasm Uthmani dengan Rasm Imla’iy yang berkaitan dengan ilmu
qiraat.
Dalam Talian: Buat perbincangan dalam kumpulan berkenaan kaedah-
kaedah penulisan rasm uthmani dan hasilkan peta minda berkaitan
kelebihan-kelebihan penulisan rasm uthmani. Ikut arahan pensyarah
untuk mengupload bahan berdasarkan tajuk perbincangan.
Perbincangan:
1. Bezakan antara Hamzah Wasal dan Hamzah Qata`
2. Nyatakan cara penulisan huruf Hamzah ketika berada di tengah-tengah
kalimah.
3. Apakah hikmah perbezaan kedudukan Hamzah dalam kalimah-
kalimah al-Quran.
4. Kemukakan petikan-petikan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan
hazaf Wau dengan Ya`.
5. Hasilkan rajah yang menggambarkan perbezaan pengumpulan al-
Quran di zaman Nabi s.a.w., zaman Saiyyidina Abu Bakar dan zaman
Saiyyidina Uthman.
41
SINOPSIS
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai pengenalan dan
prinsip Kaedah Iqra’ serta kemahiran Tajwid, Rasm dan Dhabt dalam Kaedah Iqra’ dalam
pengajaran al-Quran.
HASIL PEMBELAJARAN
KERANGKA TAJUK
5.1 Pengenalan dan prinsip Kaedah Iqra’
5.2 Kemahiran Tajwid, Rasm dan Dhabt dalam Kaedah Iqra
5.3 Latihan
5.1 PENGENALAN KAEDAH IQRA’
Model pengajaran kaedah Iqra’ diasaskan oleh Ustaz As’ad Humam )Pengarah Kumpulan
Tadarus Angkatan Muda Masjid dan Musalla Jogjakarta, Indonesia) pada tahun 1988
berdasarkan penyelidikan dan pengalaman luas beliau dalam pengajaran dan pembelajaran
tilawah al-Quran. Model pengajaran kaedah Iqra’ ini menggunakan buku khusus yang terdiri
daripada enam jilid berdasarkan tahap kesukaran bacaan.
UNIT 5
TAJWID, RASM DAN DHABT DALAM KAEDAH IQRA’
Di akhir topik ini, pelajar dapat: i Menghuraikan pengenalan dan prinsip Kaedah Iqra’ dalam pengajaran al-
Quran
ii Menjelaskan kemahiran Tajwid dalam Kaedah Iqra’ dalam pengajaran al-
Quran.
iii Menganalisis Rasm dan Dhabt dalam Kaedah Iqra’ dalam pengajaran al-
Quran.
42
Melalui kaedah Iqra’ murid diperkenalkan dengan bunyi setiap huruf al-Quran yang bertanda
baris tanpa mengenalkan nama setiap huruf dalam al-Quran. Bagi meningkatkan keupayaan
murid untuk mengenali bunyi bagi setiap huruf, maka kaedah talqin ditekankan Melalui
kaedah Iqra’ juga, murid tidak diperkenalkan dengan istilah tajwid, namun amat menekankan
pembacaan yang mengaplikasikan hukum tajwid dalam bacaan sebenar. Sehubungan itu,
guru perlu memberikan bacaan contoh yang tepat kepada murid sesuai dengan hukum tajwid
yang terdapat dalam potongan ayat yang diajarkan.
5.2 PRINSIP ASAS KAEDAH IQRA’
Kaedah Iqra’ mempunyai beberapa ciri dan sifat khusus yang sesuai dijadikan model
pengajaran tilawah al-Quran sepertimana yang diharapkan oleh penyusunnya. Antaranya
seperti berikut:
1. Bacaan terus (bunyi) iaitu murid tidak diperkenalkan kepada nama-nama huruf hija’iyyah
dan tanda-tanda bacaan.
2. Bahan pengajaran khusus iaitu pengajaran dan pembelajaran menggunakan satu set
buku mengikut tahap kemampuan bermula dari buku satu hingga ke buku enam dengan kulit
buku berwarna sehingga mampu meningkatkan minat dan motivasi dalam kalangan murid.
3. Teknik pengajaran Cara Belajar Murid Aktif (CBMA) iaitu murid belajar secara aktif
dan guru hanya menerangkan kemahiran tertentu sahaja. Kaedah tikrar (latih tubi) amat
ditekankan sehingga murid betul-betul menguasai topik. Melalui teknik ini, yang belajar
adalah murid, jadi setelah guru menjelaskan asas pengajaran dan pelajar sudah jelas
mengulangi beberapa kali (Talaqqi Musyafahah), maka pelajar disuruh membaca sendiri
bahan berikutnya. Jika bacaan murid salah atau keliru, jangan sekali-kali mencela apalagi
mencaci dan menghina. Guru sebaliknya cuma memberi peringatan, contohnya : “Cuba ulang
sekali lagi bagaimana ? kenapa dibaca panjang ? dan sebagainya.
4. Pendekatan talaqqi dan musyafahah iaitu mempelajari bacaan al-Quran secara
langsung dengan guru. Faktor ini sangat ditekankan supaya pelajar betul-betul tahu makhraj
dan sifat-sifat huruf yang sebenarnya.
5. Tahap pengajaran berasaskan pencapaian individu. Tahap pencapaian dan kelajuan
pelajar dalam mengikuti pelajarannya adalah bergantung kepada kecekapan individu dan
43
peranan guru dalam membimbingnya. Untuk penilaian dan pengesanan, rekod prestasi
perlulah disediakan dengan baik dan sistematik.
6. Pembahagian kumpulan kecil iaitu semasa pengajaran kaedah Iqra’ seorang guru
dicadangkan membimbing lima hingga enam orang murid dalam satu masa. Jika keadaan
memerlukan guru tambahan, maka dibolehkan mengambil murid pintar untuk dijadikan
pembantu.
7. Praktis -Tujuan Kaedah Iqra’ dibentuk adalah supaya pelajar dengan cepat dan mudah
membaca al-Quran. Soal teori dan ilmu tajwid akan diajar setelah pelajar berupaya dan
bertadarus al-Quran. Istilah tajwid tidak diajar tetapi dipraktiskan sebutannya.
8. Sistematik - Disusun secara lengkap, sempurna dan terancang dengan bentuk huruf dan
reka letak yang seimbang. Bermula daripada mengenal huruf tunggal, huruf-huruf sambung
dan berirama (Mad), huruf-huruf pelbagai baris peringkat demi peringkat sehingga ayat yang
bermakna.
9. Komunikatif - Lingkaran petunjuk dan pengenalan adalah akrab dengan pembaca
sehingga dapat menyeronokkan mereka yang mempelajarinya. Disusun dalam bahasa
Melayu yang mudah difahami, sehingga ianya lebih berkesan. Selain itu sejak awal-awal lagi
sudah diperkenalkan pelajaran secara berirama (mad = panjang dan tanpa mad = pendek)
sehingga terasa seronok dalam membacanya.
10. Kelenturan dan mudah - Buku Iqra’ ini boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja, bermula dari
kalangan kanak-kanak usia pra tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, bahkan orang
dewasa mahupun para ibu bapa yang belum mahir membaca al-Quran. Selain itu bagi sesiapa
yang mahir membaca al-Quran dapat pula mengajarkannya. Malah murid-murid yang baru
sahaja tamat jilid 2 atau 3 sudah boleh mengajar murid-murid yang di bawahnya (jilid1). Ianya
boleh menambahkan keseronokan dalam suasana belajar dan mengajar.
Manakala semasa pengajaran kaedah Iqra’ beberapa prinsip-prinsip lain yang juga boleh
dianggapkan sebagai teknik pengajaran kemahiran al-Quran boleh dilaksanakan,
antaranya :
1. Al-Tariqah bi al-tadarruj iaitu sistem bertahap dan berperingkat dari tahap mudah kepada
sukar atau daripada sesuatu yang diketahui kepada yang tidak diketahui.
44
2. Al-Tariqah al-sautiah iaitu pengajaran secara langsung dengan bunyi bacaan bukan
dengan pengenalan huruf dan tanpa mengeja.
3. Al-Tariqah bi al-muqaranah iaitu dengan membuat perbandingan antara makhraj-makhraj
huruf yang mirip.
4. Al-Tariqah bi al-riyadhah lil-atfal iaitu sistem yang memberikan lebih banyak latihan kepada
murid.
5. Al-Tariqah bil al-mushafahah iaitu mengutamakan sistem talaqqi iaitu pertemuan
bersemuka antara guru dan murid.
6. Al-Tariqah bi al-kalam al-sarih iaitu memberikan pemantapan dengan perkataan yang jelas.
7. Al-Tariqah bi al-targhib wa al-tarhib iaitu pendekatan dengan banyak memberikan motivasi
dengan pujian dan peringatan.
6.3. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN TAJWID DALAM KAEDAH IQRA’
Buku Kaedah Iqra’ mengandungi 41 kemahiran hukum tajwid. Kemahiran-kemahiran tersebut
adalah:
BIL
KEMAHIRAN
1 Menyebut Huruf Tunggal
2 Membaca Huruf Hampir Persamaan
3 Membaca Huruf Bersambung
4 Membaca Bacaan Panjang (Mad Asli )
5 Perbezaan Tanda Mad Asli
6 Huruf Berbaris Kasrah
7 Bacaan Panjang Huruf Mad ( ي )
8 Bacaan Panjang Mad Silah Ha’ Kasrah
9 Bacaan Dhommah
10 Bacaan Panjang Huruf Mad Wau
11 Alif dianggap tidak ada pada bacaan
12 Bacaan Panjang Pada Huruf Ha’ Dhamah
13 Berbaris Dua Di Atas (Tanwin)
14 Baris Dua Di Bawah
15 Baris Dua Di Hadapan
45
16 Bunyi Min Sukun
17 Bunyi Nun Sukun (Mati) – Izhar Halqi
18 Bacaan Huruf Qalqalah
19 Perbezaan Bunyi Huruf Persamaan Sifat dan Makhraj
20 Alif Lam Qamariah
21 Mad ‘Arid Lissukun
22 Mad Iwad
23 Wakaf Pada Huruf Ta Marbuthah
24 Mad Jaiz
25 Nun dan Mim Wajib al-Ghunnah
26 Idgham Ma’al Ghunah
27 Alif Lam Syamsiah
28 Huruf Bertasydid
29 Ikhfa’ Syafawi
30 Kalimah Allah Dibaca Tebal dan Nipis
31 Idgham Bilaghunah
32 Mad Lazim Kalimi Muthaqqal
33 Idgham Maal al-Ghunah
34 Hukum Iqlab
35 Hukum Ikhfa
36 Tanda-tanda Wakaf
37 Wakaf Di Atas Nun Syaddah
38 Wakaf Huruf Hamzah Berbaris Dua
39 Wakaf Atas Dua Huruf Sakinah
40 Wakaf Atas Huruf Qalqalah.
41 Huruf Awal Surah
46
Panduan mengajar Buku Iqra`
Buku Iqra` Panduan
Buku Iqra` 1
1. Kaedah mengajar: 1.1 Cara mengajar murid aktif, guru sebagai pemudah cara dan hanya memberikan contoh sahaja. 1.2 Guru menyemak seorang demi seorang 1.3 Murid yang cerdas membantu murid yang lemah. 2. Guru hanya memberi contoh bacaan, tidak memberi ulasan. 3. Sekiranya murid yang sudah boleh membaca dengan betul maka guru tidak perlu mengulangi lagi. 4. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf yang pendek dengan bacaan yang panjang, guru perlu memperbetulkannya dengan segera dan jelas. 5. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf-huruf tertentu, guru hendaklah membetulkannya dengan cara berikut:
5.1 Isyarat seperti kata-kata atau hati-hati ! dan sebagainya, jika murid-murid masih keliru juga guru perlu memberi peringatan seperti lupa membaca bunyi (ز ), guru mengingatkan sahaja, bila tiada titiknya dibaca (ر) dan sekiranya murid-murid masih lupa juga, guru perlu menunjukkan bacaannya yang sebenar.
6. Buku satu memberi pengenalan sebutan bunyi huruf fathah, murid-murid yang menguasai buku satu sahaja yang layak dipindahkan ke buku dua, walaupun murid- murid kurang fasih menyebut bunyi huruf-huruf tertentu seperti:
شسضظزعذقاخ7. Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman berkenaan. 8. Penilaian – guru berkenaan sebagai penilainya.
Buku Iqra` 2
1. Panduan mengajar buku 1 digunakan juga dalam pengajaran buku 2. 2. Huruf-huruf yang diulang dalam buku 1, boleh diulangi semasa belajar buku 2 supaya lebih sempurna. 3. Guru tidak perlu menerangkan huruf-huruf yang disambung, contohnya: ب ، بصر diawal, بخطب di akhir ب صبر، di tengah kerana biasanya murid-murid sudah boleh memahami dan membacanya. 4. Mulai muka surat 14, guru memperkenalkan bacaan Mad supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang pendek. 5. Huruf-huruf yang bersambung bolehlah dibaca secara putus-putus. 6. Mulai muka surat 14, sekiranya murid-murid masih keliru tentang bacaan panjang pendek, guru perlu menegur mengapa dibaca demikian.
47
Buku Iqra` 3
1. Panduan mengajar buku Iqra` 1, nombor 1,2,3,4,7, dan 8 juga buku Iqra` 2, nombor 4 dan 6 boleh digunakan untuk buku Iqra` 3. 2. Apabila murid-murid selalu memanjangkan bacaan yang sepatutnya pendek kerana mengingatkan huruf berikutnya maka tegurlah dengan membacanya dengan putus-putus. Kalau perlu huruf berikutnya hendaklah ditutup sementara. 3. Guru tidak boleh memberi contoh-contoh yang sukar diikuti oleh murid-murid. 4. Sekiranya murid mengulang-ngulang bacaan kalimah yang sama maka tegurlah dengan perkataan seperti: وما ada berapa, kerana bacaan yang sudah betul tidak boleh diulang lagi.
Buku Iqra` 4
1. Panduan mengajar buku satu, nombor 1, 2, 8, dan buku 2, nombor 6 serta buku 3, nombor 3 dan 4 masih boleh digunakan untuk buku 4. 2. Mulai buku 4, bolehlah diperkenalkan nama-nama huruf (sila rujuk buku 1 ms 32) 3. Sekiranya berlaku kekeliruan bacaan samada ditengah atau di akhir kalimah, guru hanya perlu memperbetulkan yang keliru itu sahaja. 4. Untuk memudahkan ingatan, huruf-huruf Qolqolah bolehlah dengan singkatan : قطــبجــــــد 5. Halaman 1,7, 9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid. 6. Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21 (hamzah sukun dan sebagainya) murid-murid diajak membaca dengan baris fathah dahulu secara berulang- ulang kemudian baru diamati, contoh:
تــــكتـــــكتــــك
Buku Iqra` 5
1. Panduan mengajar buku 1, 2, 3, 8 dan buku 2 nombor 6, buku 3 nombor 3, 4 dan buku 4,nombor 3 semuanya boleh diikuti dalam buku 5. 2. Muka surat 21 (surah al-Mukminun ayat 1-11) seeloknya digalakkan murid-murid menghafaz dan memahami maksudnya. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya. 3. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya. 4. Murid-murid tidak perlu mengenal istilah-istilah tajwid seperti: Idgham, ikhfa`, mad dan sebagainya,yang penting murid- murid dapat menguasai bacaan dengan betul. 5. Halaman 14-17 boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid- murid.
1. Panduan mengajar buku 1, nombor 1, 2, 8, dan buku 2, nombor 6, buku 3, nombor 3, 4, buku 4, nombor 3 dan buku 5, nombor 3, 4, semuanya boleh digunakan bagi buku 6. Bahan di halaman penilaian pada buku 6, hendaklah dihafaz dan difahami maksudnya.
48
Buku Iqra` 6 2. Walaupun murid telah berpindah ke buku 6, namun panduan membaca lambat asalkan betul hendaklah dipatuhi kerana murid akan dapat menguasainya setelah mereka membaca bahagian seterusnya. 3. Gaya bacaan yang menyusahkan tidak digalakkan, walaupun dengan bacaan tartil. 4. Pengajaran buku 1-6 dari segi tajwid diajar secara tidak langsung berdasarkan praktik bacaan.
Aplikasi Iqra`
Buku Iqra` Aktiviti
Buku Iqra` 1
1. Baca terus huruf hijaiyyah berdasarkan muka surat dalam buku Iqra` tanpa perlu dieja terlebih dahulu. 2. Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman berkenaan.
Buku Iqra` 2
1. Baca terus huruf hijaiyyah berdasarkan muka surat dalam buku Iqra` tanpa perlu dieja terlebih dahulu. 2. Mulai muka surat 14, guru memperkenalkan bacaan Mad supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang pendek. 3. Muka surat15 baris paling bawah guru disarankan menggunakan rentak nasyid/lagu agar lebih jelas perbezaan antara bacaan panjang dan pendek:
نـاننــاننــاننننــانننــاننــان
Buku Iqra` 3
1. Membezakan antara bunyi huruf hijaiyyah baris atas, bawah dan depan. 2. Mulai muka surat 6, membezakan bacaan panjang huruf mad ا dan huruf mad ي 3. Mulai muka surat 18, membezakan bacaan panjang huruf mad ي، ا dan huruf mad و .
Buku Iqra` 4
1. Membezakan antara bacaan baris dua di atas, bawah dan depan. 2. Membezakan antara bacaan yang mati sebelumnya berbaris di atas dengan ya mati sebelumnya berbaris dibawah. 3. Membezakan antara bacaan wau mati sebelumnya berbaris di depan dengan wau mati sebelumnya berbaris di atas. 4. Muka surat 11-13 cara membunyikan huruf mim mati sebelumnya berbaris di atas, di bawah dan di depan. 5. Muka surat 14-15 cara bacaan hukum Izhar Halqi. 6. Muka surat 16-17 cara bacaan qolqolah. 7. Halaman 1,7, 9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid. 8. Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21 (hamzah sukun dan sebagainya) murid-murid diajak membaca dengan baris fathah dahulu secara berulang- ulang kemudian baru diamati, contoh:
تــــكتـــــكتــــك
49
Buku Iqra` 5
1. Cara bacaan hamzah wasal bersambung, huruf alif tidak dibunyikan ms 1-2: والـــــحمدمــااكتسبت 2. Cara bacaan ketika wakaf huruf akhir dibaca sukun, ms 3- ءاميننستعين :5 3. Cara bacaan ketika wakaf pada huruf tanwin di atas dihilangkan satu baris dan dibaca dengan panjang dua harakat ms 6 : أبـــــدااوزنـــــاا 4. Cara bacaan wakaf pada ta` marbutah ditukar menjadi ha Sakinah ms 7-8 : ءانيةحاميةا5. Tanda bacaan panjang (~ ) lebih dari dua harakat ms8 آلاعبـــد 6. Nun dan mim syaddah م ن dibaca dengung dua harakat ms 10 . 7. Tanwin bertemu dengan nun dan mim dibaca dengung dua harakat ms 11 :ن ســــــاء خيـــر8. Tanda sabdu pada huruf selepas alif lam bacaannya alif lam tidak dibaca ms 12-13 :والــــــــــناس 9. Setiap bacaan yang mengandungi tasydid hendaklah bacaannya ditekankan / diberatkan sedikit bacaannya ms كبـــربــدل :14-18 10. Mim sakinah bertemu dengan ba dibaca dengung dua harakat ms19-21 : ـــمعـــليــهمبــالس 11. Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris atas, huruf lam dibaca tebal ms 22 : واللــــه 12. Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris bawah, huruf lam dibaca nipis ms 23: ــــهللـ 13. Huruf nun atau tanwinbertemu ل dan ر bacaannya Tidakdidengungkan ms 24-25: يرلك منرءاىخ14. Tanda mad disusuli sabdu bacaannya hendaklah dipanjangkan hingga 6 harakat ms 27: وآلالــضــآل يــن 15. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya. 16. Boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid- murid.
Buku Iqra` 6 1. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan wau dan ya hendaklah dibaca dengung dua harakat ms 1-6 : خيروأبقى 2. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan ba hendaklah dibaca dengung kadar dua harakat. Dengungnya ditukar kepada mim yang ringan ms 7-9: بــعضمن 3. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf ikhfa` hendaklah dibaca dengan dengung kadar dua harakat ms11-18 : منجوع 4. Tanda-tanda wakaf ms 19-20 5. Huruf di permulaan surah dibaca panjang ms 27 . 6. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya. 7. Boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid.
50
Model pengajaran Kaedah Iqra’ turut menggambarkan proses pengajaran kemahiran al-
Quran berdasarkan beberapa komponen pengajaran seperti objektif, tahap murid, set
induksi, kaedah dan teknik, pujian, rumusan, penilaian dan sahsiah guru.
5.2 Latihan
1. Huraikan pendekatan terbaik pelaksanaan Kaedah Iqra’ di dalam kelas. 2. Bina satu grafik banding beza antara Kaedah Baghdadi(eja) dengan Kaedah Iqra’.
3. Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru al-Quran, bincangkan kekuatan dan kelemahan Kaedah Iqra’ yang telah dilaksanakan di dalam kelas.
51
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan
i. Aplikasi Whatssap / Telegram
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 30 minit bagi satu
sesi.
B. Tajuk Pembelajaran: Tajwid, Rasm dan Dhabt dalam Kaedah Iqra’
i. Kemahiran Tajwid, Rasm dan Dhabt dalam Kaedah Iqra’ (DT)
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Surah Al-Fatihah (DT)
ii. Surah Al-Zalzalah (DT)
iii. Surah Al-Baiyinah (DT)
iv. Surah Al-Qadr (DT)
v. Surah Al-‘Alaq (DT)
vi. Surah Al-Tin (DT)
vii. Surah Al-Insyirah (DT)
viii. Surah Al-Dhuha (DT)
D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian
52
BIBLIOGRAFI
Abd. Rahman Abd. Ghani. (2009). Rasm Uthmani: Pelengkap Pembacaan Al-Quran. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Abdul Qadir Leong. (2011). Tajwid al-Quran Rasm Uthmani. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Abu Mardhiyah. (2007). Tajwid al-Quran ‘Aashim, Riwayat Hafsh Thoriq al-Al-Syatibi, Jilid
1& 2. Kuala Lumpur: Al-Jenderaki Enterprise Adel M. Abdul Aziz. (2006). Panduan dan Bimbingan Guru Al-Quran. Kuala Lumpur: Yadim Ahmad Asri Lubis Abu Samah. (2010). Etika belajar & mengajar al-Quran. Kuala Lumpur:
Yamani Angle Sdn. Bhd. Asad Humam, Haji. (2011). Iqra’ cara cepat belajar membaca al-Quran Rasm Uthmani.
Kuala Lumpur: Darul Fikir Sdn. Bhd. Imam Nawawi. (2010). Tata-tertib pengajian al-Quran. (Terjemahan Syed Ahmad Semait).
Singapore: Pustaka Nasional Pte Ltd. Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd. Mohd Rahim Jusoh Bin Musa. (2008). Tarikh al-Quran & Rasm Uthmani. Selangor Darul
Ehsan: Pustaka Khodim al-Mushaf Nik Jaafar bin Nik Ismail. (2012). Ikhtilaf arriwayataini hasf dan shu’bbah .Kuala Lumpur:
Darul Fikir Sdn. Bhd.
53
PENYELARAS MODUL PDPP
Bil. Nama Pegawai Akademik
1 Othman bin Loman Bidang Pendidikan Islam
PANEL PENGGUBAL PDPP
PIMKD2053 PENGAJIAN TAJWID DAN RASM UTHMANI
Bil. Nama Kelayakan Akademik
1 Farah Ilyani binti Zakaria
Sarjana Pendidikan Islam, UKM Sarjana Muda Syariah Fiqh dan Usul, UM Diploma Pendidikan, Pengajian Tarannum dan Qiraat, MPI Sijil Tinggi Tarannum al-Quran Darul Quran, JAKIM
2 Sarkiah binti Shaari
BA (Hons) Pengajian Islam- al-Quran dan al-Sunnah (1998) MA Usuluddin Sejarah dan Tamadun Islam (2006) Sijil Perguruan Asas Pendidikan Islam ( 1989)
54
SIMBOL PEMBELAJARAN Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan/ maksud seperti yang dinyatakan
Gunakan pita rakaman audio atau radio.
Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.
Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).
Gunakan bahan-bahan multimedia.
Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.
Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.
Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.
Senarai semak.
Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.
Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.
Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.
Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.
Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.
55
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Rujukan surat khabar.
Panduan kepada pengguna.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.
Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA. Bahan Pembelajaran Pembelajaran dalam talian
Media Sosial