kemudahan landskap untuk golongan kurang upaya_…

Upload: zamil

Post on 29-May-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 KEMUDAHAN LANDSKAP UNTUK GOLONGAN KURANG UPAYA_

    1/15

    1

    KEMUDAHAN GOLONGAN KURANG UPAYA: KEPENTINGANNYA PADA MASA KINI.

    Oleh

    AHMAD ZAMIL BIN ZAKARIAJabatan Senibina Landskap

    Universiti Teknologi Mara PerakKampus Seri Iskandar, Perak

    E-mail: [email protected]

    ABSTRAK

    Kemudahan golongan kurang upaya pada masa kini masih dipinggirkan. Apakah sebenarnyakemudahan golongan kurang upaya? Kemudahan golongan kurang upaya adalah kemudahanyang dikhaskan kepada golongan kurang upaya untuk mereka bergerak tanpa halangan samadadi taman-taman awam, bangunan awam ataupun di bandar yang sesak dengan pelbagai aktiviti.Di era yang serba canggih dan maju kini, manusia semakin mengejar pembangunan dan

    kemajuan tetapi tanggungjawab sosial terutamanya kepada golongan kurang upaya mulaiterhakis. Di Malaysia, terdapat garispanduan yang digunakan untuk merekabentuk kemudahangolongan kurang upaya. Garispanduan yang digunapakai adalah menyentuh tentang laluan diluar bangunan dan laluan di dalam bangunan awam. Kepentingan kemudahan ini adalah untukmenarik golongan kurang upaya supaya menggunakan kemudahan awam. Di samping itu ianya

    juga untuk tidak meminggirkan hak golongan kurang upaya untuk menikmati kemudahan danpembangunan yang disediakan. Konsep Barrier-Free Design ataupun rekabentuk tanpahalangan sudah lama diaplikasikan di dunia barat. Bagaimanapun di Malaysia penggunaankonsep ini masih samar-samar kerana ianya tidak diimplimentasikan secara menyeluruh akibatdaripada kurangnya kesedaran sosial dikalangan profesional-profesional yang terlibat di dalampembangunan dan merekabentuk sesebuah taman awam, bangunan ataupun bandar. Kesandaripada implimentasi konsep ini akan mewujudkan hubungan yang lebih baik antara golongankurang upaya dan masyarakat umum. Rekabentuk landskap kejur akan mewujudkan perasaan

    yang lebih selamat dan selesa kepada golongan kurang upaya disamping lebih tertarik untukmenggunakan kemudahan yang disediakan. Selain daripada itu ianya adalah untukmeningkatkan persepsi orang ramai terhadap isu-isu berkaitan dengan golongan kurang upaya.

    Kata Kunci:Kemudahan Golongan Kurang Upaya, Malaysian Standard (SIRIM)

    PENGENALAN

    Apabila bercakap mengenai golongan kurang upaya kita perlulah mengetahui maksud golongankurang upaya terlebih dahulu. Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, golongankurang upaya adalah mereka yang tidak boleh melakukan sesuatu perkara untuk keperluan diri

    sendiri atau seseorang yang tidak dapat mengambil bahagian sepenuhnya di dalam kehidupanmasyarakat. Kecacatan ini adalah terjadi sejak lahir atau oleh kemalangan. Jabatan KebajikanMasyarakat Malaysia telah membahagikan golongan kurang upaya kepada;

    1) kecacatan fizikal, seperti pekak, buta, tiada tangan / kaki2) kecacatan pendengaran,3) kecacatan penglihatan dan4) terencat akal5) orang-orang tua yang terbatas keupayaan fizikal6) pengguna kerusi roda7) perempuan mengandung8) kanak-kanak dan orang kerdil(Sumber: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa semenanjung Malaysia (2002)

  • 8/8/2019 KEMUDAHAN LANDSKAP UNTUK GOLONGAN KURANG UPAYA_

    2/15

    2

    Jika dilihat daripada definisi yang telah diberikan golongan kurang upaya adalah melibatkangolongan yang mempunyai kecacatan fizikal seperti pekak, buta, tiada tangan atau kaki. Selain

    itu seseorang itu diisytiharkan cacat juga apabila menggunakan kerusi roda, wanita mengandung,warga emas dan seseorang yang pembesarannya terbantut. Perkara-perkara asas yang perludiketahui umum mengenai peralatan yang digunakan oleh golongan kurang upaya adalah sepertipenggunaan kerusi roda, tongkat untuk kegunaan bahagian tangan (crutch), tongkat (cane),tongkat empat kaki (walker), tongkat ketiak (brace), kaki palsu (artificial limb), kasut rekaanistimewa, ramp, pagar keselamatan (safety railing) dan laluan pejalan kaki khas.

    PERUNDANGAN DAN GARISPANDUAN UMUM BAGI PERANCANGAN FIZIKAL DANREKABENTUK YANG MELIBATKAN GOLONGAN KURANG UPAYA.

    Terdapat beberapa garispanduan yang telah dicadangkan oleh O Morrow, G.S. (1976) iaitukemudahsampaian ke sesuatu tempat, sirkulasi yang boleh digunakan oleh orang ramai, tempatyang boleh ditujui oleh semua orang, peralatan atau kegunaan untuk semua anggotamasyarakat, keutamaan keselamatan, perbuatan yang boleh dilakukan oleh semua pihak dantiada halangan penggunaan kemudahan yang disediakan.

    Antara perundangan negara ini yang menyebut tentang keistimewaan dan keperluan penyediaankemudahan kepada golongan kurang upaya ialah;

    1) Undang-undang Kecil bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984),2) Kod Amalan SIRIM (Malaysian Standards),3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

    Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984)

    Di dalam Undang-undang Kecil bangunan Seragam 1984 ada menyebut tentang kesemuabangunan awam perlu dilengkapkan dengan kemudahan untuk golongan kurang upaya. Sebagaicontoh ia tertera di dalam seksyen satu iaitu jalan atau kemudahsampaian, jalan keluar serta

    jalan penghubung perlu dibina dengan menitik beratkan kemudahan semua pihak termasuklahgolongan kurang upaya. Di dalam seksyen dua ada menyatakan perlunya spesifikasi bagikemudahan untuk golongan kurang upaya berdasarkan Malaysian Standards MS 1184 dan MS1183. Seksyen tiga, empat dan lima pula menyatakan pihak berkuasa tempatan perlulahmemastikan pelan bangunan yang telah di serahkan mengikut Malaysian Standards iaitupenyediaan kemudahan bagi pengguna kurang upaya bagi setiap bangunan termasuklahbangunan yang diubahsuai. Seksyen 6 pula menyatakan bangunan-bangunan seperti bangunanpejabat, terminal, kawasan letak kereta dan bangunan awam termasuklah hospital, bangunankerajaan, restoran, panggung wayang, kompleks sukan, sekolah, asrama, hotel dan lain-lain lagi.

    Kod Amalan SIRIM pula menyatakan di dalam tiga (3) kod iaitu kod amalan untukkemudahsampaian pengguna kurang upaya di dalam bangunan awam (MS 1184) 2002, kodamalan kemudahsampaian pengguna kurang upaya di luar bangunan awam (M8 1331) 1993 dankod amalan jalan keselamatan untuk golongan kurang upaya (MS 1883) 1990.

    Kod Amalan Untuk Kemudahsampaian Pengguna Kurang Upaya Di dalam BangunanAwam (MS 1184) 2002

    Kod amalan untuk kemudahsampaian pengguna kurang upaya di dalam bangunan awam (MS1184) 2002 menyatakan perlunya menyediakan rekabentuk kemudahan yang boleh memastikankeselesaan kepada pengguna kurang upaya. Ia termasuklah spesifikasi kemudahan yang disediakan yang menitikberatkan saiz, ukuran, jenis, bahan dan rekabentuk yang bersesuaian dan

  • 8/8/2019 KEMUDAHAN LANDSKAP UNTUK GOLONGAN KURANG UPAYA_

    3/15

  • 8/8/2019 KEMUDAHAN LANDSKAP UNTUK GOLONGAN KURANG UPAYA_

    4/15

    4

    KAJIAN KES

    Untuk kajian ini enam (6) buah taman di kawasan Lembah Klang telah di pilih bagi membolehkan

    kita mengetahui tahap kecenderungan arkitek landskap dalam merekabentuk taman yang bolehdigunakan oleh pelbagai pihak termasuklah pengguna kurang upaya. Melalui pemerhatian dapatdisimpulkan:

    Pertimbangan RekabentukTaman Awam Tempat Letak

    KeretaLaluanPejalan

    Kaki

    PermukaanLantai

    JaluranPenunjuk

    Arah

    ObjekMenghalang

    Laluan

    SusurTangan

    Taman KLCC

    TLK terletakberhampiran

    dengan tamandan

    menyediakankemudahanuntuk OKU.

    Kelebaranyang sesuai

    bagikegunaan

    kerusi roda.

    Permukaanlantai yangsesuai bagikegunaan

    OKU.

    Tiada jaluranpenunjuk arah

    untukmenunjukkanpersimpangan

    jalan dankawasan

    rehat.

    Laluan pejalankaki bebasdaripada

    sebarang ojekyang boleh

    menghalanglaluan.

    Susurtangan

    disediakanpada

    kawasanyang sesuai.

    Taman BukitKomanwel

    Tiadakemudahan

    TLK bagi OKUdisediakan.

    Tidakmenggunakan kelebaranyang sesuai

    bagipengguna

    kerusi roda.

    Permukaanlantai yangsesuai bagikegunaan

    OKU.

    Tiada jaluranpenunjuk arah

    untukmenunjukkanpersimpangan

    jalan dankawasan

    rehat.

    Laluan pejalankaki bebasdaripada

    sebarang ojekyang boleh

    menghalanglaluan.

    Susurtangan

    disediakanpada

    kawasanyang sesuai.

    Taman TasikPerdana

    Tiadakemudahan

    TLK bagi OKUdisediakan.

    Tidakmenggunakan kelebaranyang sesuai

    bagi

    penggunakerusi roda.

    Sesetengahkawasan tidak

    mempunyailantai yang

    sesuai

    digunakanoleh OKU.

    Tiada jaluranpenunjuk arah

    untukmenunjukkanpersimpangan

    jalan dankawasanrehat.

    Laluan pejalankaki bebasdaripada

    sebarang ojekyang boleh

    menghalanglaluan.

    Sesetengahkawasan

    tidakdisediakan

    susur

    tangan.

    Taman TasikPermaisuri

    Tiadakemudahan

    TLK bagi OKUdisediakan.

    Tidakmenggunakan kelebaranyang sesuai

    bagipengguna

    kerusi roda.

    Di kawasanberalun tidakdisediakanpermukaanyang kasar.

    Tiada jaluranpenunjuk arah

    untukmenunjukkanpersimpangan

    jalan dankawasan

    rehat.

    Laluan pejalankaki bebasdaripada

    sebarang ojekyang boleh

    menghalanglaluan.

    Sesetengahkawasan

    tidakdisediakan

    susurtangan.

    Taman TasikShah Alam

    Tiadakemudahan

    TLK bagi OKUdisediakan.

    Tidakmenggunakan kelebaranyang sesuai

    bagipengguna

    kerusi roda.

    Permukaanlantai yangsesuai bagikegunaan

    OKU.

    Tiada jaluranpenunjuk arah

    untukmenunjukkan

    persimpanganjalan dankawasan

    rehat.

    Laluan pejalankaki bebasdaripadasebarang

    objek yangboleh

    menghalanglaluan.

    Sesetengahkawasan

    tidakdisediakan

    susurtangan.

    Taman TasikTitiwangsa

    Tiadakemudahan

    TLK bagi OKUdisediakan.

    Tidakmenggunakan kelebaranyang sesuai

    bagipengguna

    kerusi roda.

    Permukaanlantai yangsesuai bagikegunaan

    OKU.

    Tiada jaluranpenunjuk arah

    untukmenunjukkanpersimpangan

    jalan dankawasan

    rehat.

    Laluan pejalankaki bebasdaripada

    sebarang ojekyang boleh

    menghalanglaluan.

    Sesetengahkawasan

    tidakdisediakan

    susurtangan.

  • 8/8/2019 KEMUDAHAN LANDSKAP UNTUK GOLONGAN KURANG UPAYA_

    5/15

  • 8/8/2019 KEMUDAHAN LANDSKAP UNTUK GOLONGAN KURANG UPAYA_

    6/15

    6

    Lampu pada laluan pejalan kaki perlu untuk tujuan keselamatan pengguna. Penyelenggaraanperlu kerap dilakukan bagi mengelakkan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan kepadapengguna. Kerb rampperlu disediakan pada setiap laluan melintas. Struktur pengairan seperti

    drain, gratingatau catch basintidak boleh diletakkan berhampiran kerb rampdan persimpanganjalan. Penahan roda (wheel stops) perlu direkabentuk dengan membolehkan air mengalir keluardaripada laluan pejalan kaki. Saiz laluan pejalan kaki perlulah mempertimbangkan jenis lalulintasdan penggunaannya.

    Pemilihan tanaman menurut Robinette G.O. (1985) memerlukan seseorang itu menitikberatkanperletakan, pemilihan pokok yang sesuai dan penyelenggaraan. Antara perkara yang patut diberi penekanan dalam pemilihan pokok ialah memastikan tiada pokok yang berpotensimendatangkan bahaya seperti mempunyai duri yang panjang, atau buah beracun yang ditanamberdekatan dengan laluan pejalan kaki utama. Pokok juga memerlukan penyelenggaraan yangbaik supaya tidak menjadi penyebab kepada kecederaan pengguna. Pokok yang dipilih jugaperlulah mempunyai fungsi sebagai tempat berlindung daripada sinaran matahari dan juga anginkencang. Pemilihan pokok renek bagi tujuan menghalang pengguna melalui jalan yang menujuke kawasan yang berbahaya. Pemilihan pokok yang baik akan menghasilkan suatupemandangan menarik serta dapat menarik perhatian pengguna untuk menggunakan sesuatukawasan itu.

    Laluan interpretive menurut Robinette G.O. (1985) perlu direkabentuk untuk memberikankepelbagaian kepada pengguna laluan pejalan kaki. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatiandalam menyediakan laluan interpretive ini ialah setiap jalan memerlukan papan tanda yangmempunyai tulisan braille dan menimbulkan tulisan serta simbol bagi memberikan informasikepada pengguna kurang upaya. Papan tanda yang sesuai bagi membantu pengguna kurangupaya dalam kategori buta. Laluan pejalan kaki perlulah menggunakan bahan yang tahan lasakdan bebas daripada sebarang halangan yang boleh mendatangkan bahaya kepada penggunakurang upaya.

    CADANGAN DAN GARISPANDUAN ELEMEN LANDSKAP UNTUK GOLONGAN KURANG

    UPAYA BAGI KAWASAN LUAR BANGUNAN

    Cadangan dan garispanduan yang dititikberatkan adalah:

    1) Pertimbangan Rekabentuk Bandar2) Papan Tanda3) Perabot Jalan4) Laluan Pejalan Kaki5) Kerb Ramp6) Tempat Letak Kenderaan7) Ramp8) Tangga9) Pagar dan Susur tangan (handrail)

    1) Pertimbangan Rekabentuk Bandar

    Permasalahan yang selalu dikaitkan dengan rekabentuk bandar adalah seperti elemen halanganpada laluan pejalan kaki, papan tanda bergantung yang terlalu rendah dan kekurangan papantanda amaran dikawasan yang terdapat halangan. Prinsip perancangan bagi mengatasipermasalah ini adalah untuk merekabentuk laluan pejalan kaki yang tiada halangan untukkeselamatan dan kebebasan golongan kurang upaya.

    Pertimbangan rekabentuk adalah seperti mengetahui elemen-elemen yang mampu menghalangserta membahayakan pengguna, tekstur yang digunapakai adalah untuk menjadi panduankepada golongan kurang upaya terutama bagi yang buta, meninggikan papan tanda yang

  • 8/8/2019 KEMUDAHAN LANDSKAP UNTUK GOLONGAN KURANG UPAYA_

    7/15

    7

    tergantung iaitu melepasi ketinggian manusia, dan perletakan serta warna tong sampah perlumengambilkira permasalahan golongan buta warna dan rabun.

    2) Papan Tanda

    Terdapat permasalahan yang berkaitan dengan papan tanda tidak sah,kemalangan yang disebabkan oleh perletakan papan tanda yang tidaksesuai, kekurangan papan tanda yang memaparkan amaran kawasanmerbahaya, dan tiada papan tanda jalan serta papan tanda menuju kesesuatu kemudahan yang disediakan. Prinsip perancangan yangdicadangkan adalah untuk menyediakan kemudahan penunjuk arahkepada golongan kurang upaya bagi memudahkan pergerakan mereka.

    Pertimbangan rekabentuk yang ingin diketengahkan adalah seperti mengetahui jenis-jenispapantanda secara menyeluruh termasuklah bahan yang digunakan dan lokasi yang sesuai.Perlu juga mengetahui simbol untuk mewakili golongan kurang upaya yang digunakandiperingkat antarabangsa.Selain itu papan tanda arah perlu menunjukkan arah dan tempat yangditujui dengan jelas.Papan tanda yang memaparkan nama jalan perlu diletakkan pada ketinggianyang maksima. Panel informasi dan peta kawasan juga perlu mengutamakan jarak penglihatandan diserta alat bantuan kepada golongan buta seperti tulisan braille. Bentuk papan tanda jugaperlu selaras seperti papan tanda informasi berbentuk segi empat bujur, papan tanda amaranperlu berbentuk segi tiga dan papan tanda interdictoryperlu berbentuk bulat. Penggunaan warnapada papan tanda juga perlu dititikberatkan dan umumnya kita menggunakan warna sepertiputih, hitam, kuning, merah, biru dan hijau. Permukaan papan tanda juga perlulah mengelakkanmenggunakan bahan yang memberikan silau dan bagi kemudahan brailleperlu akan tulisan yangstandard. Huruf pada papan tanda perlulah sesuai dan mudah dibaca.

    3) Perabot Jalan

    Pada masa kini terdapat tiga (3) jenis permasalahanberkaitan dengan perabot jalan iaitu ketidaksesuaianrekabentuk perabot jalan, perabot yang menyekatlaluan dan kemudahan jalan yang tidak dapatdihampiri. Bagi memastikan permasalahan berkaitandengan perabot jalan ini dapat diselesaikan, satu

    prinsip perancangan iaitu untuk merekabentukkemudahan yang boleh digunapakai oleh semua pihak,tanpa terdapat sebarang halangan di sepanjang laluanpejalan kaki.

    Pertimbangan rekabentuk yang diperlukan adalah seperti

    mengetahui jenis-jenis perabot jalan secara umumnyadan lokasi perletakan yang sesuai adalah bagimengelakkan bahaya kepada pengguna. Pondok telefonawam perlulah disediakan untuk ketinggian yangpelbagai serta mempunyai butang yang boleh dibacadengan menyentuh bagi kemudahan golongan buta.Kawasan rehat juga perlu disediakan bagi membolehkan pengguna yang mengalami masalahkepenatan berjalan untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanannya.

  • 8/8/2019 KEMUDAHAN LANDSKAP UNTUK GOLONGAN KURANG UPAYA_

    8/15

    8

    4) Laluan Pejalan Kaki

    Masalah yang selalu terdapatpada laluan pejalan kaki adalahseperti kerb yang dibina tidakseragam dari segi ketinggian,laluan pejalan kaki yangmendatangkan bahaya danketidakselesaan kepadapengguna, kelebaran yang tidakmencukupi dan perubahan leveltanah seperti cerun. Prinsip

    perancangan yang di digunapakai adalah untuk menyediakan laluan pejalan kaki yang bebasdaripada sebarang halangan yang boleh membahayakan pengguna seperti mengaplikasikankecerunan yang sesuai, kelebaran yang boleh memberi keselesaan kepada pengguna ketikaberjalan terutamanya kepada golongan cacat penglihatan dan yang mempunyai masalah

    pergerakan.

    Pertimbangan rekabentuk adalah seperti mengenali jenis- jenis laluan pejalan kaki terutama pada kawasan lapang dankawasan rekreasi.Laluan pejalan kaki semestinya mempunyai

    jaluran penunjuk arah (guide strip) bagi kegunaan golonganbuta. Selain menggunakan jaluran penunjuk arah (guidestrip), laluan pejalan kaki memerlukan kotak tanda yang bolehdisentuh (tactile marking) dengan menggunakan tongkat olehgolongan buta. Kotak ini akan diletak dipersimpangan setiap

    jaluran penunjuk arah (guide strip) dan kawasan yang menjadi halangan kepada golongan buta.Kerbyang dibina mestilah mengutamakan keselamatan pengguna terutama pada waktu malam.

    Kerb ramppula mestilah bagi memudahkan kegunaan golongan berkerusi roda. Kelebaran laluanpejalan kaki yang minimum adalah laluan pejalan kaki yang boleh memuatkan dua (2) laluankerusi roda. Kecerunan laluan pejalan kaki perlulah tidak melebihi 1:20.Jika melebihi kecerunan1:20 laluan tersebut perlu dibina rampbagi keselesaan pengguna. Jeriji longkang (drain grating)perlulah diletakkan bersudut tepat (perpendicular) di luar kawasan laluan pejalan kaki. Laluanpejalan kaki mestilah dilengkapkan dengan edgingbagi keselamatan pengguna. Pemilihan pokokperlulah mengambilkira sifat-sifat yang terdapat pada pokok itu sendiri. Pokok yang dipilihperlulah dari jenis yang tidak beracun, daun tidak luruh dan akar yang boleh memecahkan laluanpejalan kaki.

    5) Kerb Ramp

    Permasalah yang wujud pada Kerb ramp adalah

    ketidaksempurnaan rekabentuk peralihan ataubukan peralihan pada kesemua kawasan antarakerb dan laluan lintasan pejalan kaki (pedestriancrossing). Kerb jalan yang tiada kerb ramp akanmenyusahkan pengguna terutamanya penggunaberkerusi roda. Prinsip perancangan yang

    digunapakai bagi mengatasi masalah ini adalah untuk mengatasi perbezaan level antaralaluan pejalan kaki dan permukaan jalan.

    Pertimbangan rekabentuk yang dicadangkan adalah keperluan kepada mengenali jenis-jenis kerbrampserta fungsinya. Perlu dielakkan daripada merancang kerb rampdikawasan yang mudahditakungi air. Lokasi perletakan kerb ramp perlulah disetiap persimpangan jalan dan laluanlintasan pejalan kaki serta ditempat menurunkan pengguna seperti di kawasan tempat meletak

  • 8/8/2019 KEMUDAHAN LANDSKAP UNTUK GOLONGAN KURANG UPAYA_

    9/15

    9

    kenderaan dan perhentian bas.Kecerunan minimum bagi kerb ramp adalah 1:12 bagimemudahkan pergerakan kerusi roda. Jaluran penunjuk arah (guide strip) dan kotak tanda(tactile marking) perlu diletakkan pada setiap kerb ramp. Permukaan kerb ramp perlulah

    mempunyai tekstur yang kasar bagi mengelakkan kegelinciran.

    6) Tempat Letak Kenderaan

    Tempat letak kenderaan pada masa kini mempunyai masalahseperti berikut iaitu lorong laluan (aisle) bagi pengguna kerusiroda tidak disediakan dan kurangnya kuantiti tempat letakkenderaan khas bagi golongan kurang upaya. Prinsipperancangan yang dicadangkan adalah untuk mewujudkantempat letak kenderaan yang boleh digunapakai oleh golongankurang upaya ke sesuatu tempat yang ditujui.

    Pertimbangan rekabentuk adalah mengenali kawasan yang sesuai bagi menempatkan tempatletak kenderaan khas bagi golongan kurang upaya. Nisbah yang sesuai bagi jumlah tempat letakkereta dan tempat letak kereta khas ialah 1:50. Nisbah ini sesuai diimplimentasikan di kawasanrekreasi dan taman-taman awam. Sesebuah taman yang baik perlulah menyediakan sekurang-kurangnya satu (1) tempat letak kereta khas supaya memudahkan pengguna kurang upaya.Lokasi perletakannya pula adalah mestilah dikawasan yang paling selamat dan mudah dikunjungioleh pengguna. Ukuran saiz minimum tempat letak kereta khas ini adalah 3.6m. Ia adalahtermasuk lorong laluan (aisle) bagi pengguna kerusi roda. Perlu menyediakan alat penghalangtayar (pre-cast wheelstop) supaya kereta tidak memasuki bahagian laluan pejalan kaki dan kerusiroda. Selain itu tempat menurunkan pengguna kurang upaya juga diperlukan supayamemudahkan mereka bergerak. Selalunya tempat menurunkan pengguna adalah didepan pintumasuk taman. Kecerunan tempat letak kereta perlulah 1:20 dan berpermukaan seragam sertatidak mengerutu. Papan tanda tempat letak kereta khas perlu disediakan supaya dapatmemberitahu pengguna akan kewujudannya. Papan tanda ini perlu menggunakan simbol yang

    digunakan di peringkat antrabangsa.

    7) Ramp

    Permasalahan yang selalu dibangkitkanadalah ketidaksempurnaan rekabentuk ramp,kecerunan rampyang terlalu curam dan jugakesusahan menghubungkan antara jalanyang berbeza level. Prinsip perancanganyang digunapakai adalah untukmewujudkan ramp bagi menggantikantangga. Dengan ini ia dapat menyelesaikan

    masalah kepada pengguna berkerusi roda dan juga pengguna yang menghadapi masalahberjalan.

    Pertimbangan rekabentuk utama ialah pemilihan lokasi yang sesuai bagi perletakan ramp.Kawasan luar bangunan yang mempunyai kecerunan lebih daripada 1:20 boleh dianggapsebagai ramp. Lokasi yang sesuai adalah di kawasan luar bangunan kerana kawasan yang lebihluas dan mempunyai pelbagai level tanah. Selain itu lokasi yang sesuai ialah bersebelahandengan tangga. Perlu juga mengetahui jenis-jenis ramp yang sesuai dengan kawasan yangdicadangkan. Kelebaran minimum ukuran saiz ramp adalah 0.9m. Kecerunan maksimum rampadalah 1:12. Pelantar (landing) untuk berehat perlu disediakan bagi mengelakkan kelajuan yangboleh membahayakan pengguna. Pelantar perlu disediakan setiap 10m dan panjang minimumpelantar adalah 1.2m. Susur tangan (handrail) perlu disediakan pada ramp untuk keselamatandan keselesaan pengguna. Permukaan ramp perlu tahan lasak dan tidak licin. Ramp juga

  • 8/8/2019 KEMUDAHAN LANDSKAP UNTUK GOLONGAN KURANG UPAYA_

    10/15

    10

    semestinya mempunyai jaluran penunjuk arah (guide strip) bagi kegunaan golongan buta. Selainmenggunakan jaluran penunjuk arah (guide strip), ramp memerlukan kotak tanda yang bolehdisentuh (tactile marking) dengan menggunakan tongkat oleh golongan buta.

    8) Tangga

    Masalah yang berkaitan dengan tangga ialah kecuramantangga yang tidak munasabah dan ketidaksempurnaanrekabentuk yang menghalang pergerakan kaki.Prinsipperancangan yang digunakan ialah untuk mewujudkantangga yang selamat dan selesa kepada semua penggunaterutama sekali kepada pengguna yang mempunyai masalahpergerakan.

    Pertimbangan rekabentuk yang disyorkan ialah tangga yangdisediakan perlulah seragam, mempunyai pelantar (landing)dan disesetengah kes boleh dicadangkan elevator atau lift

    jika tidak mempunyai ramp. Kelebaran minimum adalah 0.9muntuk tangga sehala dan 1.5m bagi tangga dua (2) hala.Tangga juga perlu mempunyai jaluran penunjuk arah (guidestrip) bagi kegunaan golongan buta. Selain menggunakan

    jaluran penunjuk arah (guide strip), tangga juga memerlukan kotak tanda yang boleh disentuh(tactile marking) dengan menggunakan tongkat oleh golongan buta. Pelantar ( landing) yangdisediakan apabila mempunyai perbezaan level lebih 2.5m. Panjang pelantar (landing) yangdicadangkan adalah 1.2m. Susur tangan (handrail) juga perlu disediakan dikedua-dua belahtangga bagi memudahkan pergerakan. Permukaan tangga perlulah tidak licin bagi keselesaanpengguna.

    9) Pagar dan Susur Tangan (handrail)

    Permasalahan yang berkaitan denganpagar dan susur tangan (handrail)ialah pagar yang digunakan tidakselamat, susur tangan (handrail) yangsusah untuk dipegang dan ketiadaanpagar atau susur tangan ditempatyang sepatutnya diletakkan. Prinsipperancangan yang dicadangkan ialah

    untuk menyediakan pagar yangboleh berfungsi sebagai penghadang

    keselamatan kepada semua pengguna terutama sekali kepada yang mempunyai masalah

    pergerakan.

    Pertimbangan rekabentuk adalah menentukan kawasan yang merbahaya di sesuatu tapak.Kawasan yang membahayakan pengguna perlu disediakan pagar keselamatanwalaubagaimanapun ia perlulah diletakkan ditempat yang tidak mengganggu pergerakanpengguna. Ketinggian pagar ini perlulah bersesuaian dengan pengguna biasa dan yangmenggunakan kerusi roda. Bentuk susur tangan perlulah mudah dipegang dan tidak tajam.Jaluran penunjuk arah (guide strip) bagi kegunaan golongan buta yang disediakan perlulahberada disebelah pagar bagi memudahkan pengguna. Kawasan permainan kanak-kanak jugaboleh dicadangkan pagar bagi memudahkan pengawasan.

  • 8/8/2019 KEMUDAHAN LANDSKAP UNTUK GOLONGAN KURANG UPAYA_

    11/15

    11

    CADANGAN DAN GARISPANDUAN ELEMEN LANDSKAP UNTUK GOLONGAN KURANGUPAYA BAGI KAWASAN DALAM BANGUNAN AWAM

    Di dalam piawaian SIRIM - Kod amalan untuk kemudahsampaian pengguna kurang upaya didalam bangunan awam (MS 1184) 2002, beberapa terma telah digunapakai iaitu:

    1) Laluan Untuk Golongan Kurang Upaya

    Ia bermaksud laluan yang tiada halangan untuk melaluinya atau di antara bangunanyang boleh digunakan oleh pengguna kerusi roda atau seseorang yang mempunyaipergerakan yang terhad.

    2) Alatan Bantuan Untuk Bergerak Bagi Golongan Kurang Upaya

    Seseorang yang boleh bergerak tetapi bergantung kepada anggota badan palsu(prostheses), penyokong kaki (calipers), tongkat, tongkat ketiak atau alatan untukbergerak yang lain, dan seseorang yang mampu bergerak tetapi mempunyai masalahpancaindera seperti buta dan pekak.

    3) Ruang Sirkulasi

    Bermaksud ruang panjang atau sempit pada sesuatu bangunan, koridor, lobi, ruangmasuk atau ramp yang disediakan antara bahagian bangunan. Untuk kegunaan kerusiroda ruangan yang kosong tanpa halangan tidak kurang daripada 1200mm perlu untukmemudahkan pergerakan. Golongan yang mempunyai masalah penglihatan bolehbergerak menggunakan tongkat dan mengikut dinding yang tegak lurus, tetapi kawasanyang curam perlulah dihindari. Tiang-tiang juga boleh membahayakan golongan ini.Tiang yang direkabentuk perlulah berbentuk bulat supaya dapat mengurangkan risikokecederaan kepada mereka.

    4) Golongan Kurang Upaya

    Merujuk kepada manusia dengan masalah fizikal, pendengaran atau penglihatan yangboleh membataskan pergerakan mereka di dalam bangunan atau alam menggunakankemudahan yang disediakan.

    5) Ruangan Masuk

    Bermaksud ruang yang digunakan oleh seseorang untuk masuk ke dalam bangunan,tetapi tidak termasuk ruangan bawah tanah atau kawasan utiliti. Setiap bangunan awamperlu mempunyai pintu masuk untuk laluan pengguna kerusi roda ke dalam bangunan.Sekurang-kurangnya satu pintu masuk disediakan untuk mereka. Di samping itu padatingkat ini juga perlu disediakan kemudahan seperti lift. Pintu masuk dan keluar bagi

    golongan masalah penglihatan perlu dipasang blok penunjuk arah. Pintu yang dilengkapidengan kemudahan intercom, ketinggian perletakan microphone adalah 1100 1300mmdan butang khusus disediakan untuk kegunaan golongan masalah pendengaran.

    6) Blok Pemandu Arah

    Jubin khusus yang di gabungkan pada permukaan laluan pejalan kaki, dan susun aturuntuk memandu arah kepada golongan yang mempunyai masalah penglihatan. Merekadapat merasai tekstur pada permukaan blok sebagai tanda arah bagi memudahkanmereka bergerak. Susun atur blok ini perlulah di letakkan di kawasan yang strategikseperti pintu masuk utama. Ia juga boleh disusun mengarah kepada pintu masuk, tempatyang berlainan ketinggian permukaan lantai termasuklah tangga, lift, eskalator, rampdanlain-lain halangan atau objek yang dapat membahayakan mereka.

  • 8/8/2019 KEMUDAHAN LANDSKAP UNTUK GOLONGAN KURANG UPAYA_

    12/15

    12

    Blok pemandu arah yang baik perlulah:a) Boleh di rasa dengan kaki (apabila berlaku sentuhan)

    b) Mestilah mudah dipasang dan diselenggarac) Tidak mudah gelincir atau licind) Warna yang kontras dengan permukaan berdekatan

    Terdapat 2 jenis blok pemandu arah iaitu:a) Blok jenis garisan menunjukkan arah yang patut diikutb) Blok jenis Dot memberikan amaran berhenti atau menukar arah (untuk

    mengelakkan mereka pergi ke tempat yang merbahaya)

    7) Landskap

    Boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:a) Landskap lembut (softscape) seperti tumbuhan renek dan pokok.b) Landskap kejur (hardscape) seperti perabot, pencahayaan, tong sampah atau

    bahagian istmewa yang digunakan untuk tujuan hiasan dan lain-lain lagi.

    8) Simbol dan Papan Tanda

    Simbol grafik yang mewakili konsep, dan bentuk bahagian papan tanda.Papan tanda merujuk kepada rekabentuk yang dapat membantu untuk menyatakanlokasi atau arah ke sesuatu kawasan yang mempunyai kemudahan untuk golongankurang upaya. Papan tanda yang disediakan perlulah mempunyai saiz yang sesuai,rekabentuk yang efektif dan lokasi perletakan dapat memberi manfaat kepada golongankurang upaya, di dalam bentuk audioatau visual.

    9) Laluan vertical

    Adalah termasuk kemudahan berkenaan:a) Rampdi dalam bangunanb) Step rampc) Liftyang direkabentuk untuk mengangkut golongan kurang upayad) Kombinasi antara kemudahan (a), (b) dan (c)e) Di dalam menyediakan kemudahan bergerak untuk golongan kurang upaya, tangga

    dan eskalatorperlu disediakan

    10) Pengguna Kerusi Roda

    Ialah seseorang yang bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak. Ini termasuklahorang yang menggerakkan/menolak kerusi roda, kerusi roda berenjin dan kerusi rodayang digerakkan sendiri oleh pengguna.

    11) Tandas

    Setiap bangunan awam perlu menyediakan tandas yang khusus untuk golongan kurangupaya. Tandas yang disediakan perlulah boleh digunakan oleh golongan berkerusi roda.Tandas untuk golongan kurang upaya digalakan berkongsi antara pengguna lelaki danwanita untuk pembinaan di bangunan awam.

    12) Rak dan dinding

    Untuk kemudahan pengguna kerusi roda rekabentuk dan perletakan rak dan dindingperlu mengikut perkara dibawah:

  • 8/8/2019 KEMUDAHAN LANDSKAP UNTUK GOLONGAN KURANG UPAYA_

    13/15

    13

    a) Susunan rak tidak menghalang pergerakan (300 400mm dari dinding, ketinggianmaksima rak 1500mm dari permukaan lantai, dicadangkan ketinggian yang selesaadalah 450 750mm dari permukaan lantai)

    b) Susunan rak dan dinding yang dekat dengan kawasan bekerja (panjang permukaanbekerja yang ideal ialah 550 600mm, ketinggian maksimum rak ialah 1250mm daripermukaan lantai, ketinggian maksima tempat bekerja adalah 800mm untukgolongan berkerusi roda)

    c) Ruang yang menyediakan rak untuk tujuan meletakkan benda panas atau mudahterbakar ketinggian maksima adalah 750mm dari permukaan lantai.

    13) Projections,guard rails, bukaan dan jatuhan

    Papan tanda yang tergantung, lampu, awning dan objek yang seumpanya adalah terjulurkeluar ke ruangan sirkulasi. Minimum ketinggian untuk mengurangkan bahaya adalah2000mm dari permukaan lantai. Pintu atau tingkap tidak boleh dibuka berdekatan denganlaluan pejalan kaki, koridor, tangga atau rampkerana ia boleh menghalang laluan. Guardrails mesti disediakan disepanjang laluan drop-off untuk mengelakkan bahaya kepadagolongan masalah penglihatan dan orang awam. Objek bukaan dalam apa bentuksekalipun tidak boleh tinggi daripada 75mm daripada permukaan lantai melalui laluanpejalan kaki, koridor atau lain-lain ruangan untuk bergerak bagi menghindarkan bahayakepada golongan masalah penglihatan.

    14) Kemasan

    Kemasan lantai perlulah tidak mudah tergelincir atau licin, mempunyai tekstur untuksentuhan golongan kurang upaya. Kemasan dibawah adalah disyorkan:

    a) Untuk lokasi yang basah termasuklah permukaan dalaman bangunan yang sering dicuci perlu konkrit dengan tekstur permukaan yang kasar, konkrit dengan kemasanagregate, konkrit bitumin, batu semulajadi dengan kemasan kasar, bata paving

    dengan kemasan yang kasar, vinyl untuk permukaan timbul dan getah untukpermukaan timbul.

    b) Untuk lokasi yang kering termasuklah semua bahan yang sesuai untuk lokasibasah, berpermaidani dan lantai yang menggunakan bahan yang lembut seperticork, linoleum, vinyl, kayu, terrazzo dan bahan seumpanya.

    15) Susur tangan

    Laluan pejalan kaki, koridor, ramp dan tangga, yang boleh dilalui oleh pengguna kerusiroda dan golongan kurang upaya yang lain memerlukan susur tangan dengan ciri-ciritersebut:

    a) Susur tangan yang mempunyai ketinggian 840 900mm daripada permukaan lantai,

    dilebihkan 300mm panjang untuk susur tangan tangga dan ramp.b) Tidak mempunyai halangan ke atas pemegang disepanjang susur tangan.c) 50 100mm daripada dinding terdekat.d) Memilih untuk menggunakan warna yang kontras dengan dinding.e) Boleh menampung beban minimum 100kg dan diletakkan di kedua-dua belah

    tangga, ramp atau laluan pejalan kaki.

    16) Tangga

    Tangga hanya disediakan untuk laluan bebas sesetengah golongan kurang upaya.Antara kemudahan lain yang boleh digunakan untuk memberikan laluan vertical kepadagolongan kurang upaya adalah ramp dan lift. Tangga perlu mempunyai ciri-ciri tersebutiaitu:

  • 8/8/2019 KEMUDAHAN LANDSKAP UNTUK GOLONGAN KURANG UPAYA_

    14/15

    14

    a) Jumlah ketinggian tangga tidak melebihi 2000mmb) Perubahan level tidak boleh melebihi 180mm

    c) Tread dan riser tangga perlu diseragamkand) Garisan hujung tangga perlu berbentuk bulat dan berjejari 10 15mm dan seragamsetiap anak tangga

    e) Lapped anak tangga tidak melebihi 25mmf) Tempat berehat tangga dan permukaan lantai perlu mempunyai warna yang kontras,

    cerah atau bertekstur.g) Tidak boleh ada pintu atau tingkap yang boleh dibuka melintasi tangga kerana boleh

    menghalang menaiki atau menuruni tangga.h) Tangga perlu mempunyai susur tangan di kedua-dua belah bahagiani) Jarak antara susur tangan pada tangga tidak boleh kurang daripada 900mm (jarak

    dari bahagian kiri ke kanan tangga)

    KESIMPULAN

    Pada keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa penyediaan kelengkapan atau kemudahankepada golongan kurang upaya dapat memberikan manfaat kepada semua. Ini adalah keranaselain daripada memberi keselesaan kepada golongan kurang upaya secara tidak langsung ia

    juga memperbaiki sistem keselamatan sesebuah taman dan bangunan awam itu. Untukmenjadikan ianya realiti kita perlulah sentiasa memikirkan cadangan terbaik untuk keselesaandan kegunaan golongan kurang upaya. Pelbagai promosi tentang perlunya kemudahan kepadagolongan kurang upaya perlu diadakan bagi menggalakkan arkitek landskap dan arkitek menjadilebih prihatin kepada persekitaran. Dari aspek sosial pula, dengan menyediakan kemudahan iniia, secara tidak langsung menggalakkan interaksi antara semua pihak tidak kira terdiri di dalamgolongan normal atau kurang upaya. Bagaimanapun pengimplimentasian kemudahan bagipengguna kurang upaya perlulah mengikut piawaian dan garispanduan yang telah disediakanoleh pihak yang berwajib. Garis panduan dan piawaian yang dihasilkan ini adalah bagi kegunaan

    semua pihak terutamanya Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalammerancang dan membantu agensi pelaksana menyediakan kemudahan-kemudahan yangdiperlukan oleh golongan kurang upaya yang secukupnya dalam sesuatu kawasanpembangunan. Akhir sekali saya mengharapkan agar pada suatu masa seluruh taman danbangunan awam yang telah dibina dan yang akan dibina lengkap dengan kemudahan untukgolongan kurang upaya kerana ianya dapat memberikan manfaat yang banyak kepada kitasemua.

  • 8/8/2019 KEMUDAHAN LANDSKAP UNTUK GOLONGAN KURANG UPAYA_

    15/15

    15

    RUJUKAN

    LEMBAGA PENYELIDIKAN UNDANG-UNDANG (2006), Undang-Undang Kecil Bangunan

    Seragam 1984, International Law Book Services, Petaling Jaya,Malaysia

    OMORROW, G.S, (1976), Therapeutic Recreation A Helping Profession.

    ROBINETTE.G.O. (1985), Barrier Free Exterior Design, Van Nostrand Reinhold Company, NewYork, USA.

    STANDARD & INDUSTRIAL RESEARCH INSTITUTE (1993), Malaysia Standard MS 1331:Code of Practice for Access for Disabled People Outside Building,SIRIM, Shah Alam, Malaysia.

    STANDARD & INDUSTRIAL RESEARCH INSTITUTE (2002), Malaysia Standard MS 1184:Code of Practice for Access for Disabled People Public Building,SIRIM, Shah Alam, Malaysia.

    JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA, (2002),Planning Guidelines and Standards Facilities of the Disabled,Ministry Of Housing And Local Government Malaysia, Malaysia.