kemuliaan alquran.ppt

19
KEMULIAAN AL-QURAN

Upload: azka77

Post on 20-Dec-2015

61 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMULIAAN ALQURAN.ppt

KEMULIAAN AL-QURAN

Page 2: KEMULIAAN ALQURAN.ppt

SURAH AL-HASYR AYAT 21-24

Page 3: KEMULIAAN ALQURAN.ppt

MAKSUD AYATMAKSUD AYATSekiranya Kami turunkan alquran ini ke atas gunung, nescaya engkau dapati gunung itu khusyuk serta berkecai kerana takut kepada Allah. Dan ( ingatlah ) contoh-contoh perbandingan ini kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya. Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia, yang mengetahui perkara yang ghaib dan nyata, Dia maha pemurah lagi maha mengasihani. Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia. Yang menguasai ( sekalian alam ) yang maha suci, yang maha selamat sejahtera ( daripada segala kekurangan ). Dia melimpahkan keamanan, yang maha melengkapi segala kebesaran-Nya. Maha suci Allah daripada segala yang mereka sekutukan dengannya. Dialah Allah yang mencipta sekalian makhluk, yang mengadakan ( daripada tiada kepada ada ) yang membentuk rupa ( makhluk-Nya menurut yang dikehendaki-Nya ) bagi-Nyalah nama-nama yang sebaik-baik dan semulia-mulianya. Bertasbih kepada-Nya segala yang dilangit dan dibumi. Dan Dialah yang tidak ada tolok bandingnya, lagi maha bijaksana.

Page 4: KEMULIAAN ALQURAN.ppt

INTISARI AYAT

• Allah menyatakan sekiranya al-Quran diturunkan ke atas gunung yang teguh, nescaya ia akan pecah.

• Ini disebabkan gunung tidak mampu melaksanakan tanggungjawab untuk menyebarkan ajaran al-Quran serta melaksanakannya.

• Allah mempunyai nama-nama yang indah dan sifat yang sempurna.

• Semua makhluk di langit dan di bumi tunduk dan bertasbih kepada Allah.

Page 5: KEMULIAAN ALQURAN.ppt
Page 6: KEMULIAAN ALQURAN.ppt

KEISTIMEWAAN AL-QURAN• Al-Quran mempunyai banyak

keistimewaan, antaranya ialah :

1.Mukjizat agung kepada Rasulullah.

2.Kandungan al-Quran lengkap merangkumi semua aspek kehidupan seperti akhlak, ekonomi, sosial, sains dan politik.

3.Ajarannya sesuai dilaksanakan untuk semua bangsa, tempat dan masa.

Page 7: KEMULIAAN ALQURAN.ppt

4.Terpelihara dari sebarang perubahan dan penyelewengan hingga kiamat.

5.Tiada makhluk yang mampu menandingi keindahan bahasa al-Quran.

6.Membimbing manusia menuju kebahagiaaan hidup di dunia dan akhirat.

7.Setiap huruf yang dibaca dikira ibadat dan diberikan pahala.

Page 8: KEMULIAAN ALQURAN.ppt

MAKHLUK SELAIN MANUSIA TUNDUK DAN PATUH KEPADA ALLAH

• Dalam ayat 24 surah al-Hasyr Allah menyatakan bahawa semua makhluk tunduk dan patuh kepada Allah.

• Antaranya dengan cara bertasbih dan mengikut semua ketentuan dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah.

• Contohnya matahari dan bulan sentiasa beredar mengikut paksinya.

• Sebagai manusia yang mempunyai akal, kita sepatutnya tidak menderhakai Allah yang telah mencipta kita.

Page 9: KEMULIAAN ALQURAN.ppt

PLANET BERGERAK MENGIKUT PAKSI

Page 10: KEMULIAAN ALQURAN.ppt

TUMBUHAN TAATI PERINTAH ALLAH

Page 11: KEMULIAAN ALQURAN.ppt

PERBANDINGAN ANTARA PERBANDINGAN ANTARA GUNUNG DAN ORANG YANG GUNUNG DAN ORANG YANG INGKAR KEPADA ALLAHINGKAR KEPADA ALLAH

• Allah membandingkan keingkaran manusia menerima al-Quran dengan sifat gunung yang hancur berkecai apabila diturunkan al-Quran.

• Allah membuat perbandingan ini sebagai peringatan kepada orang kafir yang keras hati dan bersikap kasar.

• Allah juga mengingatkan orang yang tidak khusyuk membaca al-Quran.

• Sekiranya gunung mendengar ayat-ayat Allah nescaya akan hancur berkecai kerana takut kepada Allah.

Page 12: KEMULIAAN ALQURAN.ppt

CARA MENGHAYATI AL QURAN

Page 13: KEMULIAAN ALQURAN.ppt

CARA MENGHAYATI AL QURAN Langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk

menjadi seorang yang menghayati al-Quran :

1. Istiqamah dalam membaca al-Quran2. Memahami dan mengamalkan kandungan al-Quran

dalam kehidupan seharian3. Sentiasa mempelajari dan mendalami isi

kandungan al-Quran4. Membaca al-Quran dengan bertajwid dan

bertarannum.

Page 14: KEMULIAAN ALQURAN.ppt

NAMA ALLAH

• AL-MALIK : MAHA MENGUASAI• AL-QUDDUS : MAHA SUCI• AS-SALAM : MAHA PEMBERI SEJAHTERA• AR-RAHMAN : MAHA PENGASIH• AR-RAHIM : MAHA PENYAYANG• AL-MUKMIN : MAHA PEMBERI KEAMANAN

Page 15: KEMULIAAN ALQURAN.ppt
Page 16: KEMULIAAN ALQURAN.ppt

• Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

• "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu,

barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga"

- Riwayat Bukhari

Page 17: KEMULIAAN ALQURAN.ppt

PENGAJARAN AYATPENGAJARAN AYAT

1.Allah memerintahkan kita supaya mengambil 1.Allah memerintahkan kita supaya mengambil iktibar daripada peringatan yang terdapat iktibar daripada peringatan yang terdapat dalam al-Quran.dalam al-Quran.

2.Gunung-ganang yang kuat dan kukuh akan 2.Gunung-ganang yang kuat dan kukuh akan musnah sekiranya diturunkan al-Quran ke musnah sekiranya diturunkan al-Quran ke atasnya kerana keagungan al-Quranatasnya kerana keagungan al-Quran

3.Haiwan dan tumbuhan sentiasa tunduk dan 3.Haiwan dan tumbuhan sentiasa tunduk dan bertasbih kepada Allah.bertasbih kepada Allah.

4.Allah mengetahui perkara-perkara ghaib4.Allah mengetahui perkara-perkara ghaib5.Allah memiliki nama yang agung lagi suci 5.Allah memiliki nama yang agung lagi suci

supaya manusia mengambil iktibar.supaya manusia mengambil iktibar.

Page 18: KEMULIAAN ALQURAN.ppt
Page 19: KEMULIAAN ALQURAN.ppt