kenaikan harga fosil.doc

18
Kenaikan harga bahan fosil : Esei Percubaan Pengajian Am Penggal 1 Kelantan 2012 Kenaikan harga bahan api di pasaran dunia telah menyebabkan berlakunya inflasi di Malaysia. Walau bagaimanapun terdapat juga faktor lain yang turut mempungaruhi fenomena tersebut. Jelaskan. Pengenalan Inflasi merupakan satu proses kenaikan harga umum untuk semua barangan secara menyeluruh dalam pasaran. Kenaikan harga bahan api di pasaran antarabangsa semestinya membimbangkan semua pihak. Terkini harga minyak sudah melepasi paras 100 dolar Amerika setong dan ini cukup untuk mencetuskan suasana panik di kalangan pelabur dan pengguna minyak di seluruh dunia. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya inflasi di Malaysia. Bil Idea Huraian 1. Bahagian A (Idea wajib) Kenaikan harga bahan api -Peperangan, bencana alam –bekalan berkurangan -Sikap pengeluar dan penyimpan stok penimbal

Upload: asma170496

Post on 25-Jan-2016

55 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kenaikan Harga Fosil.doc

Kenaikan harga bahan fosil : Esei Percubaan Pengajian Am Penggal 1 Kelantan 2012

Kenaikan harga bahan api di pasaran dunia telah menyebabkan berlakunya inflasi di

Malaysia. Walau bagaimanapun terdapat juga faktor lain yang turut mempungaruhi

fenomena tersebut. Jelaskan.

Pengenalan

Inflasi merupakan satu proses kenaikan harga umum untuk semua barangan secara menyeluruh dalam pasaran. Kenaikan harga bahan api di pasaran antarabangsa semestinya membimbangkan semua pihak. Terkini harga minyak sudah melepasi paras

100 dolar Amerika setong dan ini cukup untuk mencetuskan suasana panik di kalangan pelabur dan pengguna minyak di seluruh dunia.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya inflasi di Malaysia.

Bil Idea Huraian

1.

Bahagian A (Idea wajib)

Kenaikan harga bahan api

-Peperangan, bencana alam –bekalan berkurangan

-Sikap pengeluar dan penyimpan stok penimbal

minyak – sengaja menyekat pengeluaran – untuk

meningkatkan harga minyak global

-Kenaikan kos pengangkutan & kos pengeluaran

-Pindah pada pengguna –naikkan harga barang .

- Inflasi berlaku.

Bahagian B -Di dalam dan luar negara -

Page 2: Kenaikan Harga Fosil.doc

2.( Faktor-faktor lain)

Bencana alam

banjir,kemarau,letusan gunung berapi dan

gempa bumi –sumber musnah dan berkurangan.

- penawaran barangan dari dalam dan luar

negara berkurangan.

-Con: gandum, beras, kacang soya dan buah-buahan

-harga meningkat

3. Permintaan luar jangka

-Musim perayaan, kenduri kahwin, cuti sekolah.

-permintaan meningkat terhadap barangan –

tepung, gandum , gula, minyak masak.

-Penawaran terhad

-Harga barangan meningkat

4. Sikap pengguna

-Pembelian tanpa perancangan – beli barang yang tak perlu

-Belanja mengikut nafsu – bukan mengikut keperluan

-Pembelian panik –khabar angin – beli dengan byk

-Barangan dalam pasaran habis.

-Mengamalkan gaya hidup mewah

-Menaikkan harga .

5. Sikap peniaga/Pengeluar

-Tamak – ingin keuntungan berlipat ganda

-Menyorok barangan keperluan

-Memonopoli pengeluaran dan pasaran

-Mendesak kerajaan menaikkan harga barangan keperluan

-akibat kekurangan sumber – inflasi.

Kenaikan mata wang asing berbanding ringgit Malaysia

-Barangan yang diimport menjadi lebih mahal

Page 3: Kenaikan Harga Fosil.doc

6.

-Con: gandum, kacang soya dan beras

7.

Kuasa beli pengguna meningkat

-Kenaikan gaji, bonus atau kenaikan harga

komoditi pertanian seperti getah dan kelapa sawit.

-Pendapatan rakyat bertambah – berbelanja lebih.

-Wang banyak mengejar barangan yang sedikit

-Berlaku inflasi

8. Faktor luar negara -Kos bahan mentah, barangan siap yang diimport dari luar negara meningkat – harga barangan di pasaran tempatan / negara pengimport meningkat

Page 4: Kenaikan Harga Fosil.doc

Punca kenaikan harga barang di pasaran.

Pendahuluan

Kenaikan harga barang menjadi buat mulut masyarakat.

- membimbangkan semua pihak.

- disebabkan pelbagai punca.

Isi 1

- Pengeluaran barangan keperluan tidak dapat menampung keperluan pengguna.- oleh sebab peningkatan bilangan penduduk yang mendadak.- kilang penghasilan barangan tidak bertambah.

Isi 2- Sikap peniaga yang mahu mengaut untung berlebihan.- mereka menaikkan harga sesuka hati.- menyorok barangan keperluan untuk menaikkan harga. Contohnya, kenaikan harga gula

dikaitkan dengan aktiviti peniaga menyorok bekalan gula.

Isi 3- Pengeluaran terjejas akibat bencana alam.- Taufan di negara jiran menjejaskan pengeluaran. Negara kita masih mengimport barangkeperluan.- Banjir besar juga menjejaskan pengeluaran barang keperluan.

Isi 4- Permintaan mendadak akibat musim perayaan.- Terdapat banyak perayaan di negara ini. Contohnya hari raya, Deepavali, Krismas, dll.- Pengguna memerlukan lebih banyak barang keperluan pada musim perayaan.- Kekurangan barang menyebabkan harga meningkat.

KesimpulanKenaikan harga barangan keperluan memang menyusahkan masyarakat.Semua pihak mesti berganding bahu mengatasi gejala ini.Pengawalan harga barang akan menjadikan kehidupan lebih sejahtera

Page 5: Kenaikan Harga Fosil.doc

Fenomena pemanasan global yang menyebabkan perubahan cuaca luar biasa. Akibatnya, banyak negara termasuk di negara pengeluar makanan, dilanda bencana alam sama ada kemarau panjang, banjir besar atau ribut salji. Dari sini, elok juga kita huraikan kesan bencana alam ini terhadap pengeluaran makanan dunia. Apatah lagi isu kenaikan harga barang makanan kini semakin meresahkan rakyat. Kebanyakan kita mendakwa harga barang makanan naik disebabkan kerajaan mengurangkan subsidi. Hakikatnya, cuma empat makanan utama dikawal harganya dan mendapat subsidi, iaitu beras, gula, gandum dan minyak masak, tetapi mereka memberi gambaran seolah-olah harga semua barang makanan naik mendadak disebabkan kerajaan mengurangkan subsidi. Berdasarkan kajian ABN Amro, cuaca buruk dan bencana alam menyebabkan dunia kini menghadapi krisis makanan yang menyaksikan peningkatan harga secara mendadak sejak musim panas tahun lalu, walaupun permintaan dan penawaran berada dalam keadaan baik.

Kenaikan harga bahan bakar dunia juga dikenal pasti menyebabkan kos pengeluaran meningkat hingga melonjakkan lagi harga makanan. Malah, di Brazil, China dan Russia kenaikan mendadak harga makanan turut menyumbang kepada peningkatan kadar inflasi secara keseluruhannya. Isu ini turut dijelaskan dalam satu artikel yang disiarkan laman web KonsumerKINI. Antara lain, artikel bertarikh 12 Januari lalu itu menjelaskan mengikut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, krisis makanan sekali lagi akan menyelubungi dunia tahun ini. Berdasarkan laporan FAO, harga tanaman bagi makanan utama akan meningkat seperti yang berlaku pada 2008. Bil import makanan global dijangka melonjak kepada AS$1 bilion (RM3.13 bilion), sementara peningkatan harga komoditi berlaku secara mendadak buat kali kedua (yang pertama berlaku pada 2008).

Peningkatan ini juga dikatakan berlaku lebih pantas berbanding pada 2007 dan 2008. FAO meramalkan bil import makanan bagi dunia ‘negara termiskin’ akan

Page 6: Kenaikan Harga Fosil.doc

naik 11 peratus pada 2010, sementara untuk negara pengeluar makanan akan naik 20 peratus. Ini bermakna, dengan melewatkan satu trilion dolar, bil import makanan global kemungkinan akan naik ke tahap yang tidak diduga sejak harga makanan mencapai kemuncaknya pada tahap rekod pada 2008. Menurut artikel itu lagi, John Stephenson, penulis buku The Little Book of Commodity Investing juga bersetuju inflasi makanan akan menjadi isu utama pada 2011. Beliau berkata, perubahan diet makanan dengan pertambahan penduduk dunia serta penurunan stok bijirin global pada 15 tahun terakhir akan meningkatkan harga gandum, jagung dan kacang soya. Harga yang tinggi di negara Barat mendorong wujudnya spekulasi menyebabkan harga makanan di negara ini turut menjadi mahal.

Malaysia adalah pengimport makanan bersih dengan jumlah import sebanyak RM15.8 bilion pada 2009. Itulah latar belakang sebab kenaikan harga barang makanan yang bukan saja dirasai di negara kita, malah di seluruh dunia. Jadi, apakah ini salah kerajaan? Hakikatnya, kerajaan tidak boleh mengawal harga pasaran sekiranya harga pada peringkat global meningkat disebabkan pengeluar utama dunia juga mengalami masalah yang sangat meruncing. Misalnya, banjir luar biasa yang melanda Australia, Januari lalu, menyebabkan harga daging lembu meningkat kerana kebanyakan penggunaan untuk negara ini diimport dari Australia. Mungkin ada pula yang bertanya kenapa tidak kita usahakan sendiri tanaman atau ternakan dalam negara bagi mengelak penggantungan bekalan dari luar? Memang sebaik-baiknya itulah yang sepatutnya dilakukan, tetapi negara kita juga tidak kebal cuaca. Contohnya, banjir besar di utara Semenanjung, akhir tahun lalu, menyebabkan ribuan hektar padi di Kedah dan Perlis musnah. Musim tengkujuh di Pantai Timur pula boleh menyebabkan harga ikan melambung tinggi.

Inilah hakikat yang perlu kita hadapi. Tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh melakukan sesuatu untuk mengurangkan kesan kenaikan harga barang makanan.

Page 7: Kenaikan Harga Fosil.doc

Bagi pihak kerajaan, tentunya rakyat mengharapkan agensi berkaitan mengambil tindakan sewajarnya, misalnya, dari segi penguatkuasaan. Pemantauan hendaklah dipertingkatkan dan tindakan tegas mesti diambil terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang makanan dengan sewenang-wenangnya. Pengguna pula mestilah bijak berbelanja dan jika perlu, ubahlah cara pemakanan kita dengan mengurangkan penggunaan gula atau minyak masak, misalnya. Ini juga dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan kita. Mungkin kita juga boleh menanam sayur-sayuran di halaman rumah untuk kegunaan sendiri bagi menjimatkan perbelanjaan. Kempen mengusahakan tanaman menggunakan sistem hidroponik yang tidak memerlukan kawasan besar pernah dilaksanakan sebelum ini, tetapi biasalah kita mudah lupa bila keadaan kembali selesa.

Page 8: Kenaikan Harga Fosil.doc

Malaysia kembali gamat apabila harga petrol RON97 meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter mulai 1 Februari 2011. Sedikit sebanyak, kesan ini dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia, tidak kira kaum, status dan umur. Impak terhadap kenaikan harga petrol ini pastinya membawa kepada kenaikan harga barang-barang mentah yang boleh membawa kepada inflasi negara. Perkara ini pastinya akan menyulitkan negara dalam merealisasikan Model Baru Ekonomi (MBE) menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) yang mengaspirasikan status negara berpendapatan tinggi. Hakikatnyata, permasalahan ini berpunca daripada keadaan ekonomi global yang sedang meruncing akibat kenaikan harga minyak dunia. Kita perlu menyedari bahawa kebergantungan Malaysia terhadap minyak mentah dan gas asli untuk menjana pembangunan negara amatlah tinggi. Petrol digunakan secara meluas untuk pelbagai sektor yang melibatkan penggunaan tenaga yang besar.

Ini termasuklah pengangkutan industri dan penjanaan bekalan elektrik yang saling berkaitan dengan sub-industri lain, contohnya sektor pembinaan, pengangkutan awam dan bekalan bahan mentah yang memacu pembangunan negara. Justeru itu, apabila berlakunya kenaikan harga petrol dunia, negara turut merasakan impaknya. Selama ini, rakyat Malaysia begitu selesa dengan subsidi petrol yang melimpah ruah. Hasilnya, penggunaan kenderaan begitu tinggi di Malaysia dan ia pasti menuntut permintaan yang tinggi terhadap bahan bakar. Sektor-sektor pembinaan dan pengangkutan awam juga mengharapkan bekalan bahan bakar yang tinggi. Apabila wujud kemelut dalam kenaikan pasaran harga minyak, maka berlakulah sikap tuding menuding di antara satu sama lain. Ledakan kemarahan berlaku di kalangan pengguna. Kenaikan harga bahan-bahan mentah menyebabkan industri-industri lain turut terjejas.

Situasi ini sedikit sebanyak menuntut kepada pencarian alternatif lain bagi membekalkan tenaga dengan kadar segera. Terdapat pelbagai usaha untuk mencari penyelesaian bagi permasalahan ini. Antaranya, melancarkan secara meluas penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy). Menerusi

Page 9: Kenaikan Harga Fosil.doc

Rancangan Malaysia ke-10, Polisi Tenaga Baru telah diperkenalkan yang antaranya adalah untuk memacu ke arah pembangunan strategik pelbagai sumber tenaga baru termasuklah tenaga yang diperbaharui. Rakyat harus diperkenalkan secara meluas menerusi media massa terhadap pelan tindakan dan usaha-usaha penyelidikan tenaga ini supaya mereka lebih memahami dan bersedia pada masa hadapan. Apakah ia tenaga boleh diperbaharui? Ia merupakan sejenis tenaga yang dihasilkan daripada janaan sumber semula jadi seperti cahaya matahari, angin, hujan, ombak dan geoterma, yang mana ia diperbaharui secara semula jadi.

Tenaga ini lebih bersih dan tidak akan pupus. Ia menghasilkan kuasa solar, hidro-elektrik, biojisim dan bahan bakar bio yang penting untuk industri. Gabungan penggunaan tenaga-tenaga ini dapat memberikan bekalan tenaga yang lebih lestari, konsisten, bersih dan menyelamatkan bumi dari kesan pencemaran. Negara-negara maju seperti Jepun, Korea dan benua Eropah sedang giat mengusahakan sektor tenaga boleh diperbaharui ini secara meluas di negara mereka. Negara jiran, Thailand walaupun dalam keadaan politik yang tidak stabil, begitu pesat membangunkan industri solar mereka. Semua negara ini mempunyai matlamat mencari sumber tenaga alternatif yang lebih lestari, selain daripada petrol. Malaysia semestinya bertuah kerana secara geografinya terletak di garisan Khatulistiwa yang memberikan kelebihan terhadap bekalan kuasa matahari dan air yang tinggi.

Kuasa solar yang selama ini mampu membekalkan bekalan sumber elektrik di kawasan-kawasan pedalaman di Malaysia, sepatutnya diperluaskan dengan lebih giat ke seluruh negara terhadap pelbagai sektor. Terdapat suntikan usaha-usaha penggunaan solar oleh organisasi-organisasi tertentu, namun masih di peringkat minimum. Manakala, hujan yang turun sepanjang tahun yang selama ini dibiarkan terbuang sebenarnya boleh dijana dan dibentuk menjadi sumber tenaga hidro. Selain itu, kelebihan industri kelapa sawit yang meluas di negara ini dapat memberikan impak menerusi bahan bakar bio. Kelebihan ini perlu dipergunakan sebaik mungkin dan usaha yang giat sepatutnya diperluaskan. Penyelidikan-penyelidikan berskala besar perlu diperuntukkan untuk sektor ini dan hasil penyelidikan sepatutnya telah mula dikomersialkan bagi penggunaan semua. Ramai

Page 10: Kenaikan Harga Fosil.doc

berpendapat, penghasilan tenaga alternatif lebih tinggi daripada petrol.

Namun hakikatnya, adakah kita mempunyai pelan perancangan jangka panjang jika sesuatu berlaku kepada sumber asli ini? Apakah yang akan berlaku sekiranya kita terlampau bergantung terhadap satu sumber yang tidak lestari? Ini pastinya boleh menyekat pertumbuhan negara pada masa hadapan. Dengan kadar pertambahan bilangan rakyat Malaysia di masa hadapan, ia sedikit sebanyak bakal mempengaruhi permintaan tenaga yang tinggi. Usaha untuk menggalakkan rakyat berjimat cermat adalah baik, namun ia lebih bersifat sementara. Oleh itu, perancangan jangka panjang untuk penghasilan tenaga-tenaga lain merupakan satu tindakan bijak untuk kesejahteraan negara. Di Malaysia sendiri sebenarnya terdapat banyak pusat penyelidikan untuk tenaga yang boleh diperbaharui ini. Hampir semua universiti-universiti awam mempunyai pusat penyelidikan dengan kapasiti penyelidik yang ramai.

Kepakaran warga tempatan untuk menyalurkan khidmat nasihat kepada kerajaan dalam melancarkan Polisi Tenaga Baru amat signifikan dalam menjana pembangunan negara. Apa yang pasti, proses ini haruslah dijalankan secara berterusan dan sistematik. Antara yang patut dilakukan adalah mula mengorak langkah terhadap pemasaran hasil penyelidikan di dalam bidang ini dengan skala yang besar. Hasilan penyelidikan bahan bakar bio sepatutnya telah mula dikomersialkan bagi penggunaan pengangkutan awam. Ini akan mengurangkan kadar permintaan terhadap bahan bakar asli petrol. Permintaan seharusnya dihalakan kepada bahan bakar bio, yang akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat dan menjana pertumbuhan ekonomi baru. Pelan tindakan ini sekurang-kurangnya mampu memberi peluang kepada rakyat Malaysia merasai kelebihan bahan bakar bio, di samping terus menggunakan petrol sedia ada.

Page 11: Kenaikan Harga Fosil.doc

Bagi masa hadapan, potensi memasarkan bahan bakar bio ini akan lebih mudah diterima. Selain itu, bangunan-bangunan pentadbiran awam dan sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara, sepatutnya sudah mula menggunakan sistem solar. Ini secara tidak langsung memperkenalkan industri solar dengan kadar lebih luas. Terdapat sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa harga pengaplikasian sistem solar adalah lebih tinggi, namun penggunaan kuasa solar untuk bangunan-bangunan ini akan menyebabkan berlakunya penurunan terhadap permintaan tenaga elektrik yang dijana melalui sumber bakar asli. Jadi, secara tidak langsung, ia memberi keseimbangan ekonomi negara pada masa hadapan. Peluang-peluang industri kecil di dalam bidang ini juga akan berkembang sekali gus meningkatkan pasaran kerja yang lebih banyak.

Kesimpulannya, melalui pelan tindakan dan pelaksanaan strategi yang betul, usaha-usaha memantapkan bidang tenaga yang diperbaharui ini boleh dipasarkan secara meluas. Semestinya, semua rakyat Malaysia mengimpikan kemajuan dan pembangunan negara yang stabil dalam suasana yang harmoni. Realitinya, untuk mencapai objektif ini, kita memerlukan pasaran tenaga dari sumber yang stabil. Melalui kapasiti tenaga yang stabil, ia akan membentuk pembangunan negara yang produktif dan berterusan.

Page 12: Kenaikan Harga Fosil.doc

Punca-punca kenaikan harga barang (Inflasi)Posted: August 16, 2010 in Uncategorized

22

48 Votes

Ketika menongkah arus globalisasi yang semakin mencabar, negara kita tidak dapat melepaskan diri daripada belenggu inflasi, iaitu kenaikan harga barang secara holistik. Senario ini bukan sahaja memberikan beban kepada rakyat jelata, terutama golongan yang berpendapat rendah yang terpaksa hidup bagai kain basah kering di pinggang. Duri dalam daging ini perlu dicabut dalam masyarakat kita sebelum parah, rusuhan akibat daripada inflasi yang berlaku di luar negara harus menjadi iktibar di negara kita. Sebelum mengatur langkah untuk menangani masalah ini, biarlah pihak berkuasa menyusuri punca-punca kenaikan harga barang di negara kita.

Kata orang tua-tua, “ada asap, ada api”. Setiap kemusykilan pasti ada pangkal pokoknya. Salah satu faktor prioriti yang menyebabkan inflasi ialah kenaikan harga minyak. Tidak dapat dinafikan bahawa harga minyak petroleum telah naik secara drastik di pasaran antarabangsa, sehingga pernah mencecah US $144 setong pada tahun 2007. Hal ini memangkinkan kegiatan penyeludupan minyak petrol dan diesel yang telah disubsidikan oleh kerajaan itu ke negara jiran kita. Lantaran kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak petrol dan diesel untuk mengurangkan beban kewangan. Penyeludup yang tamak telah menyebabkan rakyat jelata mengalami penderitaan. Hal ini sama dengan peribahasa, “ orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah.” Kenaikan minyak yang sebagai kos pengangkutan yang terutama akan memberikan kesan yang amat besar kepada harga barangan. Walhasilnya, harga semua barangan turut naik dengan serentak.

Sesungguhnya, bencana alam juga merupakan punca yang mencetuskan kenaikan harga barang. Ketika berlakunya banjir atau kemarau yang berpanjangan, hasil tanaman pasti berkurangan. Sebagai contoh, ketika dilanda musim tengkujuh, harga sayur-sayuran akan naik secara mendadak. Sayur sawi pernah mencecah harga sebanyak RM8 sekilo manakala cili merah kini telah mencecah harga RM15 sekilo sebagai harga runcit. Sejak beberapa tahun ini, negara pengeluar makanan terutama seperti negara Thai, Rusia, India dan Kanada sering mengalami pelbagai musibah yang berkaitan dengan pemanasan global. Hasil tanaman mereka mengalami kemerosotan. Akibatnya, kerajaan negara berkenaan sanggup mengehadkan eksport hasil tanaman dan ternakan seperti beras, bahan tenusu, tepung gandum, bawang dan lain-lain ke luar negara sehingga harga barang makanan di pasaran antarabangsa turut menjulang. Rentetan daripada itu, rakyat kita terpaksa membeli barang makanan yang semakin mahal.

Tambahan pula, kenaikan mata wang asing berbanding dengan mata wang Malaysia telah menyumbang kepada gejala ini. Sejak dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997, nilai mata wang Malaysia telah terjunam. Peniaga negara kita terpaksa mengimport pelbagai barangan dari luar negara dengan mata wang asing. Sebagai realiti, negara kita terpaksa berurus niaga dengan negara asing melalui US dolar. Walaupun harga barangan tertentu tidak mengalami kenaikan harga di pasaran antarabangsa tetapi rakyat kita terpaksa

Page 13: Kenaikan Harga Fosil.doc

menanggung kos yang tinggi akibat nilai mata wang Malaysia yang agak rendah. Tidak dapat dinafikan bahawa mahu tidak mahu, kita tetap perlu membeli pelbagai barang keperluan dari luar negara kerana tidak dapat dihasilkan di dalam negara kita sendiri, seperti tepung gandum.Error: Reference source not found

Lebih-lebih lagi, ada peniaga yang bersikap tamak haloba sering memasang jerat untuk meningkatkan harga barang. Demi meragut keuntungan yang lumayan, terdapat banyak peniaga sentiasa menangguk di air keruh dengan menyorok barangan keperluan. Mereka enggan menjual barang keperluan di pasaran lalu menimbulkan suasana yang gelisah dalam kalangan pengguna bahawa sudah kehabisan stok. Pengguna yang seperti cacing kepanasan akan merebut untuk membeli barangan itu sehingga peniaga berani menaikkan harga untuk menjual barang itu. Hal ini sering berlaku dalam masyarakat kita. Barangan keperluan seperti beras, gula, dan tepung sering menjadi sasaran kepada peniaga yang sentiasa menunggu peluang.

Kita semua sedar bahawa permintaan pasaran lebih tinggi daripada bekalan akan tercetusnya inflasi. Sehubungan dengan itu, pengguna kita juga perlu bertanggungjawab dalam konteks ini. Rakyat Malaysia tidak memiliki kesedaran tentang ilmu kepenggunaan. Mereka sering membeli-belah dengan berdasarkan nafsu dan bukan berpaksikan keperluan. Sebagai contohnya, ketika musim perayaan, penduduk Malaysia sering membeli barangan secara berlebihan sehingga berboros kerana tidak dapat menghabiskannya. Tamsilnya, mereka sering merebut daging ayam dan telur. Mereka membuat kuih-muih dan juadah dengan terlalu banyak. Apabila permintaan di pasaran lebih banyak daripada bekalan, harga barang naik secara drastik lagi. Siapakah yang menjadi mangsa? Tepuk dada tanya selera. Kenapa perayaan tidak boleh diraikan secara sederhana? Bukankah hubungan yang intim sekeluarga lebih penting daripada menyediakan makanan yang melambak? Ingatlah peribahasa, “Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.”

Untuk melepaskan diri daripada belenggu inflasi, pihak kerajaan, terutama Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna harus bertindak bijaksana seperti menarik rambut di dalam tepung untuk menangani masalah ini daripada terus menular. Kerjasama pihak pengguna, peniaga dan prihatin pihak berkuasa amat signifikan untuk meminimumkan inflasi sehingga mencapai inflasi sifar. Hal ini memang selaras dengan aspirasi 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.